Anda di halaman 1dari 1

GLOSARI PENDIDIKAN SENI VISUAL

Abstrak
Tidak berupa atau bersifat kebendaan, iaitu tidak dapat dilihat atau dirasa dgn pancaindera,
tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad. Wujud dalam pemikiran atau sebagai idea tetapi
tidak mempunyai kewujudan fizikal atau konkrit. Dalam seni visual, seni abstrak
menggunakan bahasa visual seperti garisan, jalinan, rupa, warna, rupa dan ruang untuk
mencipta komposisi yang bukan berbentuk realistik. Kualiti abstrak dalam seni bebas
daripada persamaan dengan realiti dunia. Susunan garisan, bentuk, nada dan warna,
walaupun dalam lukisan yang menggambarkan aspek dunia yang diketahui, boleh dilihat
sebagai satu siri hubungan bukan representasi. Misalnya, karya Suzlee Ibrahim (Gambar 3)
dan Zulkifli Yusoff (Gambar 4).

Gambar 3: Contoh catan abstrak oleh


Suzlee Ibrahim bertajuk Waterfall
(2011-2013), akrilik dan minyak atas
kanvas

Gambar 4: Contoh catan abstrak oleh Zulkifli


Yusoff, Rukunegara 2-Voice 6 (2013), media
campuran atas kanvas, fibreglass, dan
cetakan saring sutera.

Anda mungkin juga menyukai