Anda di halaman 1dari 4

Dl DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH

DALAM NEGERI PERAK, MALAYSIA

KES NO.: 352216-711-2021

“AFFIDAVIT KETERANGAN SAKSI UTAMA DEFENDAN”

ANTARA

SAODAH BT AHMAD MAHMUD PLAINTIF


(NO. KP: 430406 - 07 - 4146)

DAN

AHMAD ILYAS BIN ISMAIL DEFENDAN


(NO. KP: 820205 - 07 - 5675)
Saya, Maria Mariana Binti Ed Osmera (No. KP: 910422 - 07 - 5422) adalah seorang
warganegara Malaysia yang beragama Islam dan beralamat di Lot 1098, Jalan
Perpaduan 7, Taman Perpaduan, 31150 Ulu Kinta, Perak bersumpah dan menyatakan
seperti berikut:-

1. Saya adalah Saksi Utama Defendan yang dinamakan diatas dan segala perkara
yang dinyatakan di sini adalah benar dan berada dalam pengetahuan saya
melainkan yang dinyatakan sebaliknya.

2. Saya mengaku segala keterangan yang saya berikan dalam menjawab soalan-
soalan Peguam adalah benar. Walau bagaimanapun saya merizabkan hak saya
untuk memasukkan apa-apa keterangan tambahan sekiranya perlu selepas ini.

3. Soalan: Sila nyatakan kepada mahkamah ini, nama, umur, dan pekerjaan anda.

Jawapan: Saya Maria Mariana Binti Ed Osmera (No. KP: 910422 - 07 – 5422)
berumur 30 tahun dan telah berkhidmat sebagai seorang pegawai di Pejabat Tanah
dan Daerah Kinta selama hampir 7 tahun.

[ Mohon Mahkamah merujuk Salinan Kad Pengenalan Saksi Utama Defendan di muka
surat 14 Ikatan Dokumen Dipersetujui dan ditanda sebagai D-3, serta Salinan Surat
Lantikan Saksi Utama Defendan di muka surat 15 Ikatan Dokumen Dipersetujui dan
ditanda sebagai D-4, dan diterima sebagai bukti di Mahkamah ]

4. Soalan: Boleh Puan nyatakan tujuan utama kehadiran Puan di mahkamah ini pada
hari ini?

Jawapan: Saya hadir di mahkamah pada hari ini sebagai Saksi Utama Defendan
dalam kes pengesahan hakmilik tanah antara Plaintif dan Defendan

5. Soalan: Puan, sila berikan penjelasan ringkas kepada pihak Mahkamah tentang
geran tanah dan kepentingannya kepada pemilik tanah.
Jawapan: Baik. Geran tanah merupakan bukti pemilikan tanah yang diberikan oleh
kerajaan Negeri kepada pemilik tanah. Butiran yang terdapat di dalam dokumen
geran tanah adalah maklumat pemilik tanah, jenis dan lokasi tanah yang dimiliki,
serta pelan keluasan tanah tersebut. Geran tanah adalah penting bagi
melaksanakan apa-apa urusan berkaitan hartanah seperti pindahmilik tanah.

[ Mohon Mahkamah merujuk Salinan Plan Tanah Lot 3556 di muka surat 16 Ikatan
Dokumen Dipersetujui dan ditanda sebagai D-5 dan diterima sebagai bukti di
Mahkamah]

6. Soalan: Baik, soalan seterusnya, Puan. Boleh Puan terangkan siapakah yang akan
dikenakan cukai tanah?

Jawapan: Menurut Kanun Tanah Negara 1965, pembayaran cukai tanah adalah
diwajibkan ke atas pemilik tanah tersebut atau wakilnya.

7. Soalan: Puan, bagaimanakah caranya seseorang individu dimaklumkan tentang


pembayaran cukai tanah?

Jawapan: Kebiasaannya, bil makluman pembayaran cukai tanah akan dihantar ke


alamat yang didaftarkan pada geran tanah tersebut selagimana tiada sebarang
urusan pertukaran nama dan alamat berlaku oleh pembayar atau pemilik tanah di
Pejabat Tanah Daerah.

[ Mohon Mahkamah merujuk Salinan resit pembayaran cukai tanah di muka surat
3 Ikatan Dokumen Tidak Dipersetujui, ditanda sebagai ID-2 dan diterima sebagai
bukti di Mahkamah]

8. Soalan: Bolehkah Puan sahkan nama yang tertera pada bil cukai tanah tersebut?
Jawapan: Ya, saya ialah salah seorang pegawai yang berkhidmat dalam bahagian
pengurusan cukai tanah serta pengemaskinian geran tanah dan dengan ini saya
memastikan bahawa nama yang tertera pada bil cukai tanah tersebut ialah Haji
Ismail Bin Abdul Salam.

[ Mohon Mahkamah merujuk kepada Salinan rekod cukai tanah tahunan Perak di
muka surat 7 Ikatan Dokumen Tidak Dipersetujui dan ditanda sebagai ID-6 dan
diterima sebagai bukti di Mahkamah ]

9. Soalan: Adakah segala keterangan yang diberikan oleh Puan benar belaka?

Jawapan: Ya, semua keterangan yang saya berikan adalah benar.

10. Soalan: Puan ada sebarang penambahan, pembetulan atau apa-apa yang hendak
dimaklumkan kepada mahkamah?

Jawapan: Tiada.

Pada 13 Julai 2021 Diakui benar oleh penama,


Di Mahkamah Tinggi Malaya, Ipoh

Maria Mariana Binti Ed Osmera


(No. KP: 910422 - 07 - 5422)

AFFIDAVIT KETERANGAN SAKSI UTAMA DEFENDAN ini difailkan oleh Faaes & Co,
Peguamcara bagi pihak Defendan yang beralamat di D1-1-14, No.1, Jalan Dutamas 1,
Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia. No.Tel/Faks:
03-64133524. E-mel: faaesandco@gmail.com (No. Rujukan: IP/LIT/06/2021/T)

Anda mungkin juga menyukai