Anda di halaman 1dari 2

MUZIK

Muzik adalah sebahagian daripada alam kehidupan pelajar yang tidak boleh dipisahkan. Tanpa
muzik bererti dunia bagi pelajar adalah kosong. Selain daripada itu muzik juga merupakan satu
budaya kepada masyarakat. Pelajar senantiasa memberi respon kepada muzik dan akan merasa
senang hati apabila dapat melahirkan ekspresi diri apabila mendengar muzik. Asas muzik iaitu irama
dan ton juga terdapat dalam amalan pertuturan dan interaksi harian. Sifat cenderung kepada muzik
yang sedia ada pada pelajar mempunyai peranan tertentu dalam proses perkembangan diri dari
segi kualiti diri dan sasiahnya

Untuk membina kemahiran menyanyi dan bermain alat muzik secara solo dan ensemble
dengan teknik yang betul melalui aktiviti nyanyian dan bermain alat muzik bagi membolehkan
pelajar mengalami, menuikmati dan menilai persembahan muzik serta mengamalkan nilai-nilai
murni. Di bawah ini ianya telah dibahagikan kepada tiga komponen besar dalam pendidikan
muzik.

Kemahiran Muzikal Nyanyian

Kemahiran Muzikal Muzik dengan gerakan

Kemahiran muzikal Permainan alat muzik.

(a) Kemahiran Muzikal Nyanyian

(i) Mengetahui dan membina teknik menyanyi berasaskan elemen-elemen berikut: postur
,pernafasan ,sebutan ,artikulasi , ekspresi , penghasilan ton (register) dan memfrasa .

(ii) Membina kemahiran menyanyi

Kemahiran Individu - menyanyi pelbagai jenis lagu secara solo , menyanyikan skel: jeda, arpeggio
menaik dan menurun, menyanyikan semula keratan lagu yang didengarkan , menyanyi serta merta
mengikut skor muzik

Kemahiran Ensemble - menyanyi dalam ensemble vokal secara unison, menyanyi secara ensemble
vokal secra berharmoni dalam lapisan suara. Sporano, alto dan tenor. Mendengar secara aktif dan
selektif

(b)Kemahiran Muzikal Muzik dengan Gerakan - Bergembira bergerak dengan muzik , Melibatkan diri
secara aktif , Mendengar secara aktif dan selektif, Melahirkan ekspresi diri melalui pergerakan ,
Memahami konsep muzik melalui pegerakan , Mengenali aspek budaya yang berkaitan dengan
pergerakan dengan muzik , Meneroka dan menginterpretasi muzik melalui gerakan dan Memupuk nilai
yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik. (c)Kemahiran Muzikal Permainan Alat Muzik -
Bergembira bermain alat muzik , Melibatkan diri secara aktif , Mendengar secara aktif dan selektif ,
Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal , Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dalam
permainan alat , Mengenali alat muzik tradisional dan Membuat improvisasi secara meneroka konsep
muzik melalui aktiviti alat permainan Memupuk nilai yakin diri, disiplin diri dan daya estetika muzik.

Anda mungkin juga menyukai