Anda di halaman 1dari 3

SAHABAT YANG SEJATI

Oleh: Zainun Mustapha

Ilustrasi oleh: Norazlan bin Tungol

Buku Sahabat yang Sejati ini merupakan salah sebuah buku dalam SIRI HAIWAN TELADAN
yang diterbitkan secara usaha sama oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad dan
Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Diterbitkan oleh: INSTITUT TERJEMAHAN & BUKU MALAYSIA BERHAD (No. Syarikat:
276206-D)
Wisma ITBM, No. 2, Jalan 2/27E Seksyen 10, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur Malaysia
Tel.: 603-4145 1800
Faks: 603-4142 0753
E-mel: publishing@itbm.com.my Laman Web: www.itbm.com.my

Cetakan Pertama 2013


Cetakan Kedua 2014
Penerbitan © Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad Teks & Ilustrasi Institut Terjemahan
& Buku Malaysia Berhad

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian teks, ilustrasi dan
isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa jua cara, sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain kecuali dengan keizinan bertulis daripada
Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad (sebelum ini dikenal sebagai Institut Terjemahan
Negara Malaysia Berhad), Wisma ITBM, No. 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10, Wangsa Maju, 53300
Kuala Lumpur.

Perpustakaan Negara Malaysia


Tiung dan Anak Kerbau bersahabat baik. Setiap hari, Tiung hinggap di atas belakang Anak
Kerbau sambil menyanyi kecil.

Persahabatan mereka tidak disenangi oleh Ular Sawa. Ular Sawa mula menghasut Anak Kerbau.

“Anak Kerbau, mengapakah kamu bodoh sangat?” tanya Ular Sawa.

“Apa maksud kamu?” tanya Anak Kerbau.

“Sudah lama aku perhatikan kamu dengan Tiung. Setiap hari, Tiung memijak kepala kamu dan
membuat bising. Kasihan aku melihat kamu,” kata Ular Sawa.

Anak Kerbau nnula termakan kata-kata Ular Sawa.

“Betul juga kata kamu itu, Ular Sawa. Tiung suka buat sibuk.”

Petang itu,seperti biasa Tiung hinggap di belakang Anak Kerbau.

“Pergi kamu dari sini! Aku tidak suka kamu hinggap di atas belakang aku. Jangan ganggu aku
lagi!” sergah Anak Kerbau kepada Tiung sambil mengibas-ngibaskan ekornya.

“Mengapa agaknya Anak Kerbau marah kepada aku?” kata Tiung di dalam hati.

Tiung berlalu pergi dari situ dengan rasa sedih. Sejak hari itu, Tiung tidak berjumpa dengan
Anak Kerbau.

Tiung berasa kesunyian. Suatu hari, sedang Tiung termenung di atas pokok, Katak Puru yang
sudah lama memerhatikannya menegurnya.

“ Mengapa kamu termenung, Tiung?” tanya Katak Puru.

“Kamu bergaduh dengan Anak Kerbau?” soal Katak Puru lagi.

“Kami tidak bergaduh, Cuma aku tidak mahu berjumpa Anak Kerbau,” jawab Tiung perlahan.

Sebenarnya, Ular Sawa yang sudah lama berniat buruk terhadap Anak Kerbau menyusur
perlahan-lahan ke arahnya.

“Aku akan makan Anak Kerbau,” kata Ular Sawa dalam hatinya.

Tiung yang ketika itu berasa rindu kepada Anak Kerbau terbang ke tempat Anak Kerbau untuk
bertanya khabor.

Ia terkejut apabila melihat Ular Sawa menyusur perlahan-lahan ke arah Anak Kerbau dan
membuka mulutnya seperti hendak menelan Anak Kerbau.
“Eh, Ular Sawa nak telan sahabatku,” kata Tiung.

Tiba-tiba, Anak Kerbau berasa dibelit oleh sesuatu. Ia terkejut apabila melihat Ular Sawa yang
sedang membelitnya.

“Eh, apa kamu buat ni, Ular Sawa?” tanya Anak Kerbau.

“Jangan makan aku!” rayu Anak Kerbau.

Ular Sawa tidak mempedulikan rayuan Anak Kerbau lalu terus membelitnya dengan kuat.

Anak Kerbau dengan tidak berdaya rebah ke bumi. Tiung segera terbang dan menghampiri Anak
Kerbau. Ular Sawa tidak menghiraukan kehadiran Tiung. Ia menelan kaki Anak Kerbau.

Dengan tidak berputus asa, Tiung cuba memikirkan cara untuk membantu Anak Kerbau.

“Kawan-kawan, cepat ke sini! Tolong sahabat aku,” jerit Tiung kepada sekumpulan burung
yang sedang mencari makanan berhampiran dengan tempat itu.

Semua burung itu terus terbang ke arahnya. Mereka mematuk-matuk badan Ular Sawa.

Oleh sebab tidak tahan dengan patukan Tiung dengan kawan-kawannya, Ular Sawa akhirnya
melepaskan Anak Kerbau. Ia cepat-cepat berlalu pergi.

“Terima kasih kerana selamatkan aku Tiung,” kata Anak Kerbau.

“Kamu sahabat aku, sudah tentu aku akan menolong kamu,” balas Tiung.

Sejak peristiwa itu, Anak Kerbau dan Tiung kembali bersahabat baik.

Anda mungkin juga menyukai