Anda di halaman 1dari 6

Modul PDPR : 4.

0 Minggu 25 Tarikh: 02/08/2021 Hingga 06/08/2021

Mata Pelajaran Sejarah Sasaran Tingkatan 3 siri 1

Tajuk 8.0 Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu menangani cabaran Barat.

Standard Kandungan 8.1 Reaksi Pemerintah Negeri-Negeri Melayu Utara Dan Johor Terhadap
tindakan

Barat.

Standard Pembelajaran SK : 8.2 : Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu menangani cabaran
Barat.
SP : 8.2.1 : Menerangkan reaksi pemerintah negeri-negeri Melayu Utara dan
Johor terhadap tindakan Barat.
K8.2.5 : Menerangkan kepentingan sikap bijaksana dalam mempertahankan
kedaulatan tanah air.

Objektif Pembelajaran Pada akhir pembelajaran anda akan dapat:

a) Menilai dua kesan protocol sempadan Perjanjian Bangkok


membecahbelakhak wilayah Negeri-Negeri Melayu Utara
b) Mengembangkan dua reaksi pemerintah Negeri –Negeri Melayu Utara
Terhadap Perjanjai Bangkok
Tempoh Masa 1 jam nota , buku teks m/s 200- 203 dan latihan
Nota Rujuk lampiran 1
Aktiviti 1. Melalui wasaap anda akan menerima penerangan dari guru.
2. Anda diminta untuk membina peta minda/i-Think berdasarkan nota lampiran
1 dan menggariskan kata kunci setiap fakta yang penting.
3. Anda perlu menjawab soalan pada lampiran 2 dan 3 dengan merujuk nota
dalam lampiran mengikut ketetapan masa yang diberikan oleh guru
4. Anda perlu menghantar tugasan untuk disemak oleh guru dan membuat
pembetulan sekiranya terdapat kesalahan
Pentaksiran Anda akan dinilai berdasarkan tugasan yang diberikan pada Lampiran 2

 Nota perlu dibaca dan difahami

 Pentaksiran perlu diselesaikan


NOTA

LAMPIRAN 1 TARIKH:

8.1 REAKSI PEMERINTAH NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR TERHADAP

TINDAKAN BARAT.

Pengalan
 Penguasan British ke atas Negeri-negeri Melayu Utara didorong perkembangan Politik serantu
 Persainan kuasa Barat terutama British dan Perancis
 Perluasan kuasa British berhasil melalui Perjanjian Bangkok 1909.

PROTOKOL SEMPADAN PERJANJIAN BANGKOK MEMECAHBELAHKAN WILAYAH NEGERI-NEGERI


MELAYU UTARA

 British meluaskan kuasa ke atas negeri-negeri Melayu melalui Perjanjian Bangkok 10 Mac 1909.

 Kesannya telah Memecahbelahkan wilayah Negeri-negeri Melayu Utara.

 British dan Siam mementingkan kedudukan pengaruh masing-masing.

 Perubahan sempadan antara British dan Siam dilakukan tanpa mengambil kira soal Kebudayaan, Geografi,
etnik dan agama penduduk tempatan.

 Legeh dan lembah sungai dijadikan sebagai pembahagian atau garisan sempadan melalui Protokol
Sempadan Perjanjian Bangkok yang dipersetujui antara British dan Siam.

Penetapan Sempadan Mengikut Perjanjian Bangkok 1090


Reaksi Pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara Terhadap Perjanjian Bangkok

• Raja Syed Alwi Jamalullail (1905-1943) Pemerintah Perlis.

• Perlis kehilangan wilayah Pujoh (utara sungai Perlis).

• Siam mengambil wilayah Pujoh dan dimasukkan ke dalam

• wilayah Setul.

• Raja Syed Alwi membantah tindakan tersebut kerana

Pujoh telah ditadbir oleh Kerajaan Perlis melalui Penghulu Kuala Perlis.

PEMERINTAH KEDAH

 Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1881-1934).

 Berasa tersinggung kerana tidak dibawa berunding bersama.

 Kedah kehilangan wilayah Sadao, Setul, Pulau Terutau, Buntang dan


pulau-pulau sekitarnya kepada Siam.

 Baginda menegaskan bahawa sempadan baharu Kedah dan Siam


ditentukan mengikut kriteria sempadan sedia ada.

 Baginda juga amat murka dan tidak akan memaafkan pihak yang
menjual negeri Kedah seperti menjual seekor kerbau.

REAKSI PEMERINTAH TERENGGANU : SULTAN ZAINAL ABIDIN III

 Perjanjian Bangkok tidak diterima pelbagai pihak di Terengganu


terutama Sultan, ulama dan pembesar.

 Sultan Zainal Abidin mengecam tindakan Siam menyerahkan


Terengganu kepada British tanpa pengetahuan Baginda.

 Siam tidak mempunyai hak ke atas Terengganu.

 Kenyataan Baginda bahawa bunga emas dihantar adalah sebagai


tanda persahabatan bukan menandakan Terengganu Jajahan Siam.

 Baginda mempertahankan kedaulatan negeri dengan mengemukakan


bantahan kepada Gabenor Negeri-negeri Selat pada 24 Mei 1909
PEMERINTAH KELANTAN

Sultan Muhammad IV

 Baginda menolak Perjanjian Bangkok 1909 melalui pertemuan bersama


J.S. Mason dan wakil Siam di Kota Baharu.

 Sultan berasa kecewa kerana wilayah Tabal yang merupakan daerah


Kelantan diserahkan kepada Siam.

 Tabal dihuni kira-kira 15 000 orang Melayu. Sebahagian besar penduduk


Tabal berhijrah ke Kelantan kerana tidak mahu berada di bawah
pemerintahan Siam

 Sungai Golok merupakan sempadan antarabangsa antara Kelantan dan


Siam selepas Perjanjian Bangkok.

KEBIJAKSANAAN PEMERINTAH JOHOR MENYEKAT KEMARAAN BRITISH


LATIHAN STRUKTUR

2 TARIK :
LAMPIRAN

1 Perjanjian Bangkok 1909 telah membawa campur tangan British di Negeri-negeri Melayu Utara.
Kedudukan politik yang terancam memberi kesedaran kepada pemerintah untuk
mempertahankan hak dan identiti dengan enggan menerima kehadiran penasihat British.

(Buku teks m.s206)

(a) Senaraikan dua Penasihat British di Negeri-negeri Melayu Utara?

.……………………………………………………………………………………………….
(i)

.……………………………………………………………………………………………….
(ii) (2 markah )

(b) Bagaimanakah kerajaan Kedah mengekalkan identiti sebagai negeri Melayu


walaupun secara rasmi telah menjadi naungan British?

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

(4 markah)

(c) Usaha raja-raja Melayu menangani cabaran perluasan kuasa barat telah berjaya
mempertahankan kedudukan institusi raja sebagai pelindung bangsa hingga hari ini.
Sebagai rakyat Malaysia, buktikan kesetiaan anda kepada institusi beraja.
……………………………………………………………………………………………......

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

………………………………………………………………………………………………..

(4 markah)

Anda mungkin juga menyukai