Anda di halaman 1dari 19

HUBUNGAN ETNIK (CTU 553)

GROUP ASSIGNMENT 2:
ARTICLE REVIEW:
“Persekutuan Tanah Melayu Merdeka, 31 Ogos 1957: Liku dan Jejak Perjuangan
Patriot dan Nasionalis Menentang British”

PREPARED FOR : KHAIRUL FAEZI BIN MOHD SAID

GROUP : CTU553F

SUBMISSION DATE : 14TH JANUARI 2021

NO. NAME MATRIC NUMBER


1. NUR SYAZWANI ATIQAH BINTI OMAR 2019333999
2. SAZA NAJIHA BT AHMAD HAFIDZ 2019672498
3. NUR ATHIRAH BINTI MOHD ZAIN 2019361273
4. SITI ATHIRAH BT SAIMIN 2019361385
5. HUSNIAH BT MOHD EZANI 2019348345
6. NOOR ZAHAZRINA BT ZAMRI 2019334045
ISI KANDUNGAN

1.1 PENGENALAN........................................................................................................... 3

2.1 SINOPSIS ARTIKEL...................................................................................................4

2.1.1 Penentangan Orang Melayu terhadap Portugis, Siam dan British............................4

2.1.2 British di Sungai Ujong, Perak, Selangor, Pahang, Kelantan dan Terengganu........5

2.1.3 Sejarah akhbar Melayu............................................................................................6

2.1.4 Perjuangan Nasionalisme oleh Pesatuan Melayu....................................................7

2.1.5 Perjuangan Melayu Dalam Menentang Penjajah.....................................................8

2.1.7 Kewarganegaraan Dan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu 1946..................10

2.1.8 Pernubuhan perlembagaan persekutuan 1948......................................................10

2.1.9 Persekutuan Tanah Melayu 1952...........................................................................12

2.2.0 Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu..............................................................12

2.2.1 Kemerdekaan Tanah Melayu 1957........................................................................13

3.1 ULASAN KRITIS.......................................................................................................15

4.1 KESIMPULAN........................................................................................................... 18

RUJUKAN............................................................................................................................ 19

2
1.1 PENGENALAN

Tugasan ulasan artikel kami bagi subjek Hubungan Etnik (CTU 553) ini berjudul
“Persekutuan Tanah Melayu Merdeka pada 31 Ogos 1957 dimana mengenai liku dan jejak
perjuangan patriot dan nasionalis menentang British”. Artikel ini diselidik dan dikarang oleh
Encik Abdullah Zakaria Ghazali dimana beliau juga merupakan seorang Profesor di Jabatan
Sejarah di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Kuala Lumpur. Penyelidikan
beliau terhadap artikel ini mengandungi sebanyak 27 muka surat dan diterbitkan di bawah
“Malaysia Dari Segi Sejarah” pada tahun 2012.

Di dalam artikel ini, penulis menegaskan akan sejarah perjuangan menentang penjajah, dan
menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia. Erti kata yang
lain, artikel ini menceritakan tentang 55 Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan
dan mengimbau kembali perialanan sejarah perjuangan pejuang dan nasionalis yang lalu,
menghayati liku-liku perjuangan, dan menghayati perjuangan patriot dan nasionalis tanah
air. Perjuangan ini bermula sejak pencerobohan Portugis di Melaka pada tahun 1511 serta
beberapa penjajahan komunis di Tanah Malaya dan berakhirnya dengan pengisytiharan Hari
Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tujuan penulis menerbitkan artikel ini adalah mengingati
jasa- jasa pejuang tanah air dan sejarah pengorbanan ini dapat diambil sebagai teladan di
kelak kemudian hari. Selain itu, artikel ini juga menyentuh hal yang berkait rapat dengan
persefahaman di antara hubungan etnik terbesar di Tanah Melaya iaitu Melayu, Cina dan
India. Hal ini juga dapat dijadikan ajaran demi kepentingan membina dan mengukuhkan jati
diri serta perpaduan penduduk Malaysia agar dapat mencapai kemajuan dalam berbagai
bidang. politik, ekonomi dan sosial.

3
2.1 SINOPSIS ARTIKEL

2.1.1 Penentangan Orang Melayu terhadap Portugis, Siam dan British

Penulis ini menceritakan rentetan tentang perjuangan orang Melayu menentang penjajah
sebelum tahun 1957. Pada tahun 1511 orang Melayu berjuang menentang Portugis yang
datang menyerang untuk menakluki Melaka. Walaupun Melaka kalah, Portugis menawan
Melaka dan Sultan Melaka berundur tetapi perjuangan orang Melayu di bawah Sultan
Melaka berterusan. Sultan Mahmud Melaka berjuang menentang Portugis selama 17 tahun,
sehingga baginda mangkat di Kampar pada tahun 1528. Di sini dapat disimpulkan bahawa
pada masa itu usaha orang Melayu di Melaka mengusir Portugis gagal. Kemudiannya orang
Melayu menentang Siam yang menduduki Kedah, dan menentang Jepun serta British.
Jelaslah di sini, kedatangan Portugis, Belanda, Siam, Jepun dan British mencetuskan tindak
balas penduduk tempatan. Mereka berjuang mempertahankan maruah dan kedaulatan
bangsa dan tanah air [ CITATION Abd12 \l 17417 ].

Penentangan terhadap Siam dilakukan oleh orang Kedah. Gerakan tentangan ini bermula
mengatasi serangan Siam dan menghalau Siam yang menduduki Kedah pada tahun 1821.
Perjuangan orang Melayu Kedah ini dipimpin oleh Syed Zainal Abidin (dikenali sebagai
Tunku Kudin), Tunku Muhammad Saad dan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah. Tunku
Kudin gagal mengalahkan tentera Siam dan Siam memasuki Kota Kuala, kira-kira 50 orang
Melayu termasuk Tunku Kudin terkorban. Orang Melayu Kedah dalam ini berpegang kepada
perang jihad, menentang kafir, mati syahid perjuangan dan masuk syurga. Kepala Tunku
Kudin dipancung dan dibawa ke Bangkok [ CITATION Abd12 \l 17417 ]. Di sini dengan
jelas dapat disimpulkan kekejaman Siam terhadap Tunku Kudin dalam menakluki Kedah.

Seterusnya orang MeIayu menentang British pula. Kedatangan dan penglibatan British
dalam pentadbiran negeri MeIayu mencetuskan gerakan terhadap mereka. Orang Melayu
Kedah, Naning, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Terengganu berjuang
mempertahankan maruah, hak dan kedaulatan mereka. Dalam perkembangan lain, pihak
British juga melibatkan diri dalam pentadbiran Sarawak dan Sabah. Perbezaannya, campur
tangan di Sarawak bukan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris, tetapi James Brooke, bekas
tentera Syarikat Hindia Timur Inggeris [ CITATION Abd12 \l 17417 ]. Manakala Sabah pula
kegiatannya dilakukan sebuah badan perniagaan, Syarikat Berpiagam Sabah. Berdasarkan
sejarah, Sarawak di bawah kerajaan Brunei, Sabah pula sebahagiannya di bawah kerajaan
Brunei dan sebahagian lagi di bawah kerajaan Sulu. James Brooke tiba di Sarawak pada 15
Ogos 1839 dengan kapal Royalist untuk menyampaikan surat Gabenor Negeri-Negeri Selat
4
kepada Raja Muda Hashim yang memerintah Sarawak ketika itu. Namun begitu apabila
beliau datang sekali lagi di Sarawak pada tahun 1841, James Brooke menyahut permintaan
Raja Muda Hashim menyelesaikan kekacauan yang berlaku di Sarawak. Sekiranya berjaya,
James Brooke akan dilantik sebagai Gabenor Sarawak. James Brooke berjaya menghapus
pemberontakan tersebut. Dengan itu Raja Muda Hashim melantik James Brooke sebagai
Gabenor Sarawak menggantikan Pangiran Indera Mahkota pada 24 September 1841, iaitu
Bahagian Pertama sekarang [ CITATION Abd12 \l 17417 ]. Seterusnya berlakunya
serangan James Brooke ke atas penduduk peribumi untuk mengukuhkan kekuasaannya di
Sarawak.

2.1.2 British di Sungai Ujong, Perak, Selangor, Pahang, Kelantan dan Terengganu

Gerakan tentangan juga dilakukan terhadap campur tangan British di Sungai Ujong. Dato'
Shahbandar (Dato' Bandar) Abdullah Tunggal, Sungai Ujong menentang penglibatan British
di Sungai Ujong yang dijemput oleh Dato' Kelana Sungai Ujong Sayid Abdul Rahman. Dato'
Bandar dikalahkan dan bersedia menerima hukuman buang negeri ke Singapura.
Sementara Dato' Shahbandar berjuang menentang British di Sungai Ujong, J .W.W. Birch
yang datang bertugas sebagai Residen British Perak pada 4 November 1874. Berkuatkuasa
Perjanjian Pangkor yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 dengan melaksanakan
berbagai peraturan baru. Tindakan J.W.W. Birch menyalahi Perjanjian Pangkor yang
menyatakan tidak boleh terlibat dalam soal berkaitan adat Melayu Perak. Tindakan dan
langkah J. WW Birch ini tidak disenangi oleh sultan dan pembesar Perak. Akhirnya J.W.W
Birch dibunuh di Pasir Salak pada 2 November 1875 [ CITATION Abd12 \l 17417 ].

Kebencian terhadap British merebak di Selangor pada kurun ke-19. Raja Mahdi turut sama
menentang British kerana British terlibat memberi sokongan Tunku Kudin (Wakil Mutlak
Sultan Abdul Samad Selangor) yang membantu pesaing Raja Mahdi. Raja Abdullah dan
Raja Ismail dalam persaingan perebutan kuasa ke atas Klang. Campur tangan British di
Selangor dengan perlantikan Residen J.G. Davidson pada awal 1875 juga membangkitkan
rasa tidak senang hati Raja Mahdi ibn Raja Sulaiman. Perjuangan British juga berlaku di
Negeri Sembilan, di bawah pemerintahnya sendiri, Yamtuan Tunku Antah. Baginda
melancarkan gerakan menentang British kerana British melibatkan diri dalam soal Terachi
pada tahun 1875 menyokong dakwaan Dato' Klana Sungai Ujong bahawa Terachi sebagai
haknya. Perjuangan menentang British juga berlaku di Pahang. Penglibatan British di
Pahang mulai 1887 dan perlantikan J.P. Rodger sebagai Residen British pada tahun 1888
serta perlaksanan perubahan dalam pentadbiran menimbulkan percanggahan nilai-nilai
tempatan dengan barat. Pentadbiran baru di bentuk di Pahang dan beberapa serangan ke

5
atas British dilakukan oleh Dato’ Bahaman dan pejuang Pahang [ CITATION Abd12 \l
17417 ].

Perjuangan orang Melayu menentang British menegakkan maruah dan kedaulatan berlaku
di Pasir Puteh, Kelantan (atau Kebangkitan Tok Janggut) pada tahun 1915. Kebangkitan
Tuk Janggut ini dapat diatasi. Tuk Janggut dilaporkan terkoban; manakala Engku Besar
Jeram Tuan Ahmad yang mengalami kecederaan di paha diselamatkan oleh Awang
Deraman ke Reman, Selatan Thailand. Begitu juga gerakan mempertahankan maruah dan
kedaulatan berlaku di Terengganu pada tahun 1922, 1925 dan 1928 di bawah pimpinan
ulama, Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid (lebih dikenali dengan panggilan Haji Abdul
Rahman Limbong). Suatu perkara yang menarik dalam gerakan di Terengganu ini, dan
berbeza dengan perjuangan menentang British di negeri Melayu lain ialah peranan agama
begitu menonjol. Dalam perjuangan itu mereka mendapat ajaran daripada Haji Abdul
Rahman Limbong bahawa undang-undang baru yang diperkenalkan oleh pentadbiran British
ini adalah undang-undang kafir. Namun begitu sebagaimana gerakan di negeri Melayu lain
sebelum ini, kebangkitan Terengganu ini juga dapat diatasi olehBritish. Haji Abdul Rahman
Limbong ditahan, dan dijatuhkan hukuman buang negeri ke Mekah [ CITATION Abd12 \l
17417 ].

2.1.3 Sejarah akhbar Melayu

Penulis juga menceritakan tentang akhbar Melayu yang menjadi perubahan terhadap orang
Melayu. Pada awal kurun ke-20 keadaan masyarakat mulai berubah, wujudnya konteks
dengan orang Islam dari Timur Tengah dan India dan ramai pula anak tempatan menuntut
pelajaran di Timur Tengah. Selain daripada itu insprirasi kebangkitan Jepun sebagai sebuah
kuasa Asia juga turut merangsang kesedaran masyarakat Melayu. Keadaan ini memberi
kesan dalam perkembangan masyarakat berikutnya. Walaupun peringkat awal ini ia
tertumpu kepada masalah sosial dan ekonorni, tetapi suara-suara mulai lantang
mempersoalkan perkara ini. Pada 1906 sebuah akhbar Melayu, AI-Imam diterbitkan di
Singapura oleh segolongan keturunan Arab yang dipengaruhi oleh gerakan islah keetika
belajar di Timur Tengah. Akhbar ini menyeru orang Islam kembali ke ajaran kuran dan hadis,
serta menerima pengetahuan barat. Mereka yang menyebarkan ajaran ini, kemudiannya
digelar sebagai Kaum Muda. Kaum Muda telah mengecam pucuk pimpinan agama dan para
pembesar Melayu dan juga mengkritik adat serta kehidupan orang Melayu. Akhbar tersebut
diterbitkan di Singapura, iaitu Neraca (1911-1915), Utusan Melayu (1907-1922) dan
Lembaga Melayu (1914-1931). Kemudiannya pada tahun 1925 Syed Sheikh al-Hadi
menerbitkan novel Hikayat Faridah Ranum yang di antara lain menggesa supaya memberi
kebebasan yang luas kepada wanita dan kepentingan pelajaran. Kelahiran akhbar Melayu
6
telah memberi sumbangan besar kepada kesedaran terhadap masalah bangsa dan negara.
Daripada rencana pada peringkat awal berkisar kepada masalah sosial dan ekonorni,
berpindah kepada menyuarakan hal-ehwal politik [ CITATION Abd12 \l 17417 ]. Melalui
akhbar seperti Warta Malaya (1930-1941), Majlis (1931-1941), Lembaga Malaya (1935-
1941) dan Utusan Melayu (1939-941) ini suara kritikan dikemukakan mengenai sosial,
agama, ekonomi dan politik.

Begitu juga, Tanah Melayu mengalami perubahan selepas perang dunia pertama (1914-
1918), Banyak kelab ditubuhkan di Tanah Melayu, terutamanya di Pulau Pinang, Singapura
dan Melaka. Kelab ini kebanyakan adalah kelab sosial dan olahraga. Berikutnya lahir
pertubuhan di bawah pimpinan pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris, guru-guru
sekolah Melayu dan sekolah agama, pada tahun 1916 Persekutuan Keharapan Belia
ditubuhkan di Johor Bahru. Pada tahun 1918 pula Persekutuan Indera Kayangan ditubuhkan
di Alor Setar dan di ikuti pada tahun 1919, penubuhan Persekutuan Perbahasan orang-
orang Islam Muar. Seterusnya pada 1920-an pula memperlihatkan satu perkembangan baru
dalam politik Semenanjung Tanah Melayu. Pada 1920-an Kaum Muda mulai jelas terlibat
dalam politik [ CITATION Abd12 \l 17417 ]. Penglibatan ini melalui pelajar Tanah Melayu
(Malaya) di Timur Tengah. Perkembangan pendidikan akhirnya melahirkan kumpulan cerdik
pandai, dan seterusnya menjadi pemimpin mengambil alih sebahagian daripada peranan
yang sebelum ini dimainkan golongan bangsawan. Hasil daripada itu, orang Melayu yang
mendapat didikan sekolah Melayu sudah ramai boleh membaca dan menikmati segala
resah gelisah yang disuarakan melalui akhbar [ CITATION Abd12 \l 17417 ].

2.1.4 Perjuangan Nasionalisme oleh Pesatuan Melayu

Penulis menyatakan perjuangan nasionalisme oleh persatuan Melayu seperti Kesatuan


Melayu Singapura dan Persatuan Sahabat Pena Malaya, PASPAM. Walaupun perubahan
perlahan berlaku dalam arena politik, tetapi pada 1926, muncul Kesatuan Melayu Singapura
di bawah pimpinan Mohamed Eunos Abdullah yang bertujuan menjaga kepentingan
sosioekonomi penduduk Melayu Singapura. Persatuan ini menyuarakan kemajuan bangsa
Melayu dan penglibatan dalam kerajaan. Kini muncul pertubuhan orang Melayu yang
menyuarakan bukan sahaja sosio-ekonomi, tetapi juga politik. Di Kelantan pula muncul
pertubuhan bemama Kelab Putera pada tahun 1929. Kelab ini berjaya menerbitkan akhbar
Putera. Selain daripada itu terdapat sebuah lagi pertubuhan di Kelantan sebelum 1941, iaitu
Persetiaan MeIayu Kelantan. Sementara orang Melayu melalui berbagai pertubuhan
membangkitkan kesedaran sosial dan ekonomi dalam kalangan mereka, pada tahun 1930
orang Cina menubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM) di Kuala Pilah, Negeri Sembilan

7
untuk mengawal strategi dan ekonomi kawasan utama di Asia Tenggara [ CITATION
Abd12 \l 17417 ].

Pada 7 April 1934 lahir Sahabat Pena yang menanamkan lagi semangat kesatuan dalam
kalangan orang Melayu. Wakil Sahabat Pena diwujudkan di Kedah, Perak, Kelantan,
Singapura, Sabah dan Sarawak. Walaupun begitu pada tahun 1938, Sahabat Pena
menerbitkan majalah bulanan, PASPAM [ CITATION Abd12 \l 17417 ] . Tujuan
penubuhannya adalah menggalakkan ahli-ahlinya berkenalan dan bertukar pendapat bagi
memajukan diri sendiri dan bangsa. Organisasi PASPAM yang kemas dan mempunyai
perlembagaannya sendiri telah mendapat sambutan hangat walaupun tidak bersifat parti
politik tetapi kegiatan sosial PASPAM menjadi asas kepada kesedaran perpaduan Melayu.

2.1.5 Perjuangan Melayu Dalam Menentang Penjajah.

Seterusnya, artikel yg ditulis oleh Abdullah Zakaria Ghazali ini menceritakan tentang
Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada Mei 1937 yang dipimpin oleh Ibrahim
Haji Yaacob. Penulis juga menceritakan mengenai matlamat perjuangan Kesatuan Melayu
Muda iaitu menghindarkan orang Melayu daripada diperas oleh penjajah dan melahirkan
semangat kebangsaan serta ingin membebaskan Tanah Melayu daripada penjajah dan
bergabung dengan Indonesia mewujudkan "Melayu Raya" atau "Indonesia
Raya"[ CITATION Abd12 \l 17417 ].

Penulis juga menceritakan berlaku permusuhan orang Cina terhadap Jepun sehingga
mereka menubuhkan Nanyang Chinese National Salvation Movement. Pertubuhan ini
dibentuk bagi memungut wang untuk dihantar ke China membantu perjuangan menentang
Jepun. Di dalam artikel ini turut menceritakan mengenai Kongres Se Malaya yang diadakan
pada 5-6 Ogos 1939, dianjurkan di Kuala Lumpur di atas usaha Kesatuan Melayu Singapura
dan Persatuan Melayu Selangor. Matlamat perhimpunan ini ialah untuk mengiratkan lagi
hubungan, memaju dan mengukuhkan usaha-usaha bangsa dan pertubuhan Melayu. Wakil
Kesatuan Melayu Singapura, Ishak bin Haji Muhammad mencadangkan supaya
menggabungkan persatuan-persatuan Melayu dengan nama Persekutuan Persatuan-
Persatuan Melayu Semenanjung Tanah Melayu berpusat di Kuala Lumpur. Seterunya, pada
25-26 Disember 1940, Kongres kedua diadakan di Singapura. Matlamat kongres kedua ini
adalah hamper sama untuk kepetingan Melayu, tetapi kongres kedua tersebut gagal
melahirkan gabungan persatuan melayu dan perbincangan ditangguhkan. [ CITATION
Abd12 \l 17417 ]

8
Turut diceritakan di dalam artikel ini mengenai Jepun menyerang Tanah Melayu pada tahun
1941. Jepun menyerang Tanah Melayu melalui Kelantan pada Disember 1941 dan akhirnya
mentadbir Tanah Melayu setelah tentera British menyerah kalah pada 15 Februari 1942.
Ketika pemerintahan tentera Jepun, lahir pula pertubuhan, antaranya Kesatuan Rakyat
Istimewa (KRIS), dan Pembela Tanah Air (PETA). Pada tahun 1945, Jepun menyerah kalah
dan British kembali semula berkuasa di Tanah Melayu. Setelah Jepun menyerah kalah,
Malayan Anti-Japanese Army (MPAJA) yang sebelum ini berkerjasama dan membantu
British menentang Jepun mengambil kesempatan memerintah Tanah Melayu selama dua
minggu sebelum tentera British mengambil alih Tanah Melayu. [ CITATION Abd12 \l 17417
]
2.1.6 Malayan Union dan UMNO

Selain itu, artikel ini menceritakan mengenai Malayan Union yang diperkenalkan oleh
kerajaan British pada tahun 1946. Namun, penubuhan Malayan Union ini mendapat
tentangan daripada orang Melayu kerana mereka tidak berpuas hati terhadap kerakayatan
yang longgar diberikan kepada orang asing, dan kehilangan kuasa raja Melayu, yang hanya
berkuasa dalam adat dan agama Islam sahaja. Tambahan lagi, akhbar tempatan turut
memainkan peranan menyiarkan mengenai penentangan Malayan Union. Antara akhbar
yang memainkan peranan: Malay Mail, Majlis, dan Utusan Melayu. Antara tokoh yang
lantang menentang Malayan Union ialah Dato' Onn bin Jaafar. Dato’ Onn menyeru orang
Melayu Bersatu menentang Malayan Union. Dengan itu, Lembaga Kesatuan Melayu lohor
melancarkan gerakan menentang Malayan Union di lohor Bahru pada awal lanuari 1946.
Kemudian, Dato’ Onn mengadakan kongres perbincangan mengenai Malayan Union dan
telah kogres itu telah disokong oleh akhbar Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara. Dan
akhirnya kongres Melayu berjaya diadakan pada 1-4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman,
Kampung Baru. Kuala Lumpur. Dalam kongres ini 41 huah pertubuhan Melayu menghantar
wakil. Dan antaranya wakil orang asli. Kongres ini dipengerusikan oleh Za'ba. Kemudiannya
kongres memilih Dato' Onn sebagai pengerusi kongres. [ CITATION Abd12 \l 17417 ]

Penulis menambah lagi mengenai pertubuhan United Malays Organisation (UMO) atau
Pertuhuhan Melayu Bersatu yang dicadangkan oleh Dato’ Onn Jaafar dan Za'ba
mengesyorkan dimasukan perkataan National atau Kebangsaan. yang membawa nama
United Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu=PEKEMBAR). Sebuah jawatankuasa juga telah dibentuk, dianggotai oleh Dato'
Onn sehagai ketua, Dato' Nik Ahmad KamiL Dato' Panglima Bukit Gantang Abdul Wahab,
Dato' Hamzah bin Abdullah, dan Za 'ba untuk menggubal perlembagaan UMNO.
Seterusnya, Dato' Onn hersama UMNO meneruskan perjuangan menentang Malayan

9
Union, demi memulih maruah hangsa Melayu, dan Raja-raja Melayu, Perjuangan UMNO ini
mendapat sokongan ahli parlimen Parti Konsevertif, LD, Gammans. L.D. Gammans melawat
Tanah Melayu bersama scorang wakil Parti Burh, David Rees Williams. Di samping itu,
UMNO pula menggalakkan orang Melayu datang heramai-ramai herkumpul menunjukkan
perasaan anti-Malayan Union kepada rombongan yang disertai L.D. Gammans dan David
Rees Williams.

Sementara itu wakil UMNO pula berbincang dengan Gabenor Malayan Union Sir Edward
Gent di Kuala Kangsar, Perak pada 29 Mei 1946, dan sekali lagi pada 18 Jun 1946 di Pulau
Pinang. Dalam kedua-dua perbincangkan itu, Dato' Onn mewakili UMNO terus menyatakan
menolak Malayan Union. Sikap tegas yang ditunjukkan Dato' Onn dalam rundingan dan
perbincangan menyebabkan Sir Edward Gent, dan Sir Malcolm MacDonald, Gabenor Umum
(Governor General) Asia Tenggara memanjangkan simpati orang Melayu ke Sir George Hall
di Pejabat Tanah lajahan di London. Perbincangan mengenai Malayan Union diteruskan lagi
pada 18 lulai 1946 dan 24 Julai 1946, dan kali ini diadakan di King's House, Kuala Lumpur.
Dalam perbincangan ini, cadangan Dato' Onn memasukkan Melaka dan Pulau Pinang ke
dalam Persekutuan diterima Raja-raja Melayu dan pegawai British. Selain itu, persetujuan
bahawa rakyat Persekutuan hendaklah memberi taat setia kepada Persekutuan Tanah
Melayu, dan bukan kepada Raja England, dan juga mesyuarat bersetuju bahawa
perundangan Persekutuan ditentukan oleh Persekutuan, dan bukan oleh kerajaan British.
[ CITATION Abd12 \l 17417 ]

2.1.7 Kewarganegaraan Dan Kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu 1946

Pada 27 Mei 1946, kerajaan British Tanah Melayu berunding dengan Raja-raja Melayu
mengenai Persekutuan, mengetatkan taraf kerakyataan, mengiktirafkan kedaulatan Raja-
raja Melayu, taraf naungan negeri-negeri Melayu, dan perlantikan Pesuruhjaya Tinggi.
Dalam langkah tersebut sebuah lawatankuasa Kerja (Working Committee) dibentuk untuk
menggubal perlembagaan baru menggantikan Malayan Union. Jawatankuasa ini terdiri
daripada wakil kerajaan British, wakil Raja-raja Melayu, dan wakil UMNO. Dalam
perbincangan pada 20 Noveber 1946, Dato' Onn menyatakan taraf kerakyatan terbuka dan
hanya didasarkan kepada rakyat raja negeri Melayu sahaja. Walaupun begitu mesyuarat
mencapai persetujuan taraf kerakyatan Persekutuan terbuka kepada orang asing, tetapi
melalui syarat yang ketat dan taraf kerakyatan Jus Soli hanya untuk orang Melayu sahaja.
Dengan itu draf perlembagaan Persekutuan diterima pada Disember 1946. Dan telah
diputuskan bahawa kewarnegaraan layak kepada rakyat raja Melayu. rakyat British, mereka
yang lahir di negeri Melayu dan tinggal tetap di Negeri Selat, dan bapa mereka warganegara
persekutuan. [ CITATION Abd12 \l 17417 ]
10
2.1.8 Pernubuhan perlembagaan persekutuan 1948

Pada 24 Disember 1947, MacDonald mengisytiharkan perlembagaan persekutuan akan


dikuatkuasa. Perlembagaan Persekutuan juga dibawa ke dalam mesyuarat agung UMNO
yang berlangsung di Alor Setar pada 10 lanuari 1947. Perlembagaan Persekutuan dan
lawatankuasa Kerja yang ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan Persekutuan,
menggantikan Malayan Union mendapat kecaman dan cemuhan daripada Council of Joint
Action, dianggotai bukan Melayu yang ditubuhkan di Singapura pada Oktober 1946. Council
of Joint Action berkembang ke Tanah Melayu dan namanya ditukar sebagai Pan Malayan
Coucil of Joint Action pada tahun 1947, dan pada tahun yang sarna namanya ditukar lagi
sebagai All Malayan Council of Joint Action. Pertubuhan ini disertai Pusat Tenaga Rakyat
(PUTERA), cabang PKMM yang ditubuhkan pada 22 Februari 1947. PUTERA lebih tegas
menentang Dato' Onn dan UMNO. [ CITATION Abd12 \l 17417 ]

Kemudian, All Malayan Council of Joint Action (AMC1A) dan PUTERA telah
mengisytiharkan perlembagaan yang dipanggil Perlembagaan Rakyat pada tahun 1947.
Gabungan AMC1A-PUTERA dirujuk sebagai gabungan berbagai kaum iaitu model asli
kerjasama antara kaum dan pembinaan bangsa dalam sejarah Tanah Melayu. Perjuangan
ACM1A-PUTERA ini adalah berasaskan kepada tidak berpuas hati mereka terhadap
cadangan Perlembagaan Persekutuan, dan Jawatankuasa Penggubal Perlembagaan
Persekutuan.

Perlembagaan Rakyat yang dikemukakan tidak mendapat layanan kerajaan British. Gabenor
Umum Malcom MacDonald menyatakan Perlembagaan ini sebagai idealistik dan tidak
praktika. Sehubungan itu mereka melancarkan hartal, mogok ekonomi di seluruh Tanah
MeJayu pada 19 Oktober 1947, dan mendesak kerajaan British mempertimbangkan
Perlembagaan Rakyat, tetapi gagal. Desakan dan hartal tidak menghalang pengisytiharan
Perlembagaan Persekutuan.pada 20 Januari 1948 perbincangan diadakan di King's House,
Kuala Lumpur. Dalam perbincangan ini persetujuaan dicapai mengenai Perlembagaan
Persekutuan dan Perjanjian Persekutuan ditandatangani di antara Raja-raja Melayu dengan
Kerajaan British ditandatangani pada 21 lanuari 1948. Berikutnya pada 1 Februari 1948,
Persekutuan Tanah Melayu terbentuk, dan orang Melayu berjaya menghapuskan Malayan
Union. [ CITATION Abd12 \l 17417 ]

Sementara itu PKM yang tidak puas hati terhadap Persekutuan melancarkan
pemberontakan bersenjata pada tahun 1948. Pembetontakan komunis ini menyebabkan
Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat pada tahun 1948. Kerajaan persekutuan
juga mengharamkan PKM, PKMM, Angkatan Pemuda Insap (API), Angkatan Wanita Sedar
11
(AWAS), dan Hisbul Muslimin. PKM menyibarkan fahaman kepada khlayak, menyatakan
pemberontakan bersenjata yang dicetuskan pada tahun 1948 adalah untuk menentang dan
menghalau British.[ CITATION Abd12 \l 17417 ]

PKM juga telah melakukan berbagai kekejaman seperti serangan terhadap kemudahan
awam. Serangan ini menimbulkan kesusahan penduduk tempatan bergerak kerana
keselamatan mereka tidak terjamin. Serangan terhadap ladang dan lombong menyebabkan
keselamatan buruh tidak terjamin. Sepanjang tahun 1948, pengganas komunis melancarkan
47 kali serangan terhadap keretapi. Kerajaan Persekutuan mengambil Langkah untuk
mengawal dan mengatasi pemberontakan komunis ini. Antaranya menjalankan kempen
seluruh negara pada 26 Jun 1948 rekrut pemuda menyertai pasukan sukarela sebagai
Mata-mata Khas (Special Constahle).

2.1.9 Persekutuan Tanah Melayu 1952

Seterusnya, Tunku Abdul Rahman Putra telah dilantik menjadi pemimpin UMNO yang baru
menggantikan Dato’ Onn Jaafar. Tunku Abdul Rahman berpendapat kemerdekaan
hendaklah dicapai melalui perlembagaan, kerana Tanah Melayu menyerahkan
kemerdekaan kepada British meJalui perjanjian atau perlembagaan. Tunku Abdul Rahman
juga menegaskan yang kemerdekaan Tanah Melayu tidak harus diserahkan kepada
Malayan, kerana British menerima negara ini daripada orang Melayu dan takrif Malayan
belum ditentutkan lagi. Justeru, kemerdekaan Tanah Melayu haruslah diserahkan kepada
orang Melayu dan membiarkan orang Melayu yang akan memberi takrif Malayan. Tunku
Abdul Rahman menyeru bangsa Melayu bersatu untuk menuntut kemerdekaan daripada
British.

Pada tahun 1952, kerajaan meminda Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu mengenai
kerakyatan. Pindaan itu menggantikan syarat bermastautin semalam 15 tahun, Syarat
pertama kerakyatan iaitu tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada 12 tahun,
berkelakuan baik, boleh bercakap Melayu atau lnggeris serta berniat tinggal tetap di
Persekutuan. Syarat kedua pula ialah rakyat United Kingdom atau Jajahan British hendaklah
lahir disalah satu negeri Melayu dan salah seorang ibu bapa lahir di Tanah Melayu, atau
lahir di Persekutuan, tidak meninggalkan Negara lebih daripada 8 tahun daripada 10 tahun
permohonan dibuat. Pemohon mestilah yang boleh bercakap Bahasa Melayu atau Inggeris
dan bersedia menggugurkan kerakyatan atau kewarganegaraan. [ CITATION Abd12 \l
17417 ]

12
2.2.0 Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu

Hasil daripada gesaan dan tuntutan UMNO, kerajaan British mengadakan pilihan raya
perbandaran. Pilihan raya ini adalah ke arah Persekutuan Tanah Melayu berkerajaan
sendiri. Rundingan ini mewujudkan gabungan UMNO-MCA yang dikenali Perikatan. Hasil
daripada pakatan ini, UMNO-MCA memenangi 9 kerusi daripada 12 kerusi yang
dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman menyatakan UMNO boleh membuat keputusan
sendiri asalkan tidak bercanggah dengan undang-undag tubuh UMNO.

Parti Perikatan yang dimulakan dengan pakatan UMNO-MCA dikembangkan lagi dengan
gabungan Malayan Indian Congress (MIC). Antara tujuan Parti Perikatan ialah membentuk,
menjaga dan mempertahankan tujuan berpaliment secara demokrasi di Malaya dan juga
untuk merapatkan dan menjaga persahabatan di antara kaum dan kepentingan kaum-kaum
kecil. Pada tahun 1955, pilihan raya persekutuan telah diadakan. Dalam pilihan raya ini Parti
Perikatan mencapai kejayaan cermelang dengan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi
yang dipertandingkan. Hanya satu kerusi sahaja dimenangi oleh calon Parti Islam SeMalaya
(PAS). Kejayaan ini membolehkan Parti Perikatan membentuk kcrajaan dan Tunku Abdul
Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri kerajaan baru Persekutuan Tanah Melayu.
[ CITATION Abd12 \l 17417 ].

2.2.1 Kemerdekaan Tanah Melayu 1957

Kejayaan Parti Perikatan dalam pilihan raya telah menyemarakkan lagi perjuangan ke arah
kemerdekaan. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai rombongan ke
London untuk berunding dengan kerajaan British mengenai kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu, Kerajaan British berunding dengan Raja-raja Melayu dan Parti Perikatan
yang bermula pada Januari sehingga Februari 1956. Banyak persetujuan telah dicapai, dan
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dibenarkan mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan
Tanah Melayu yang akan dilaksanakan pada Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di padang Bandar Hilir, Melaka
pada 20 Februari 1956. [ CITATION Abd12 \l 17417 ]

Seterusnya, sebuah suruhanjaya dibentuk untuk menggubal perlembagaan kemerdekaan


Tanah Melayu. Lord Reid telah dilantik oleh kerajaan British mengetuai suruhanjaya tersebut
yang terdiri daripada lima orang ahli iaitu Lord Reid selaku pengerusi, ahlinya, Sir Ivor
Jennings (United Kingdom), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India), dan Hakim Abdul
Hamid (Pakistan). Suruhanjaya ini diamanah untuk memperakukan bentuk Perlembagaan
Persekutuan yang tunggal untuk seluruh Negara yang memerintah sendiri dalam Komonwel

13
dan diasaskan kepada demokrasi parlimen yang di dalamnya mempunyai dua dewan
perundangan, dan mengambil kira kedudukan serta maruah Raja-raja Melayu sebagai Raja
Berpelembagaan.[ CITATION Abd12 \l 17417 ]

Laporan Reid ini dikemukakan dan mendapat bantahan serta cadangan daripada berbagai
pihak antaranya ialah UMNO, Raja-raja Melayu, PAS, Parti Rakyat. Kerajaan British
menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja untuk meneliti cadangan yang dikemukakan oleh
Suruhanjaya Reid. Jawatankuasa ini menjalankan tugas dan mengambil kira hasil
perbincangan dengan Raja-raja Melayu, Perikatan dan Pejabat Tanah Jajahan. Hasil
persetujuan ketiga-tiga pihak daripada Raja-raja Melayu, Perikatan, dan Kerajaan British
lahirlah PerJembagaan Persekutuan Tanah Melayu Merdeka. Kemudian, perjanjian
kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dengan
kerajaan British pada 8 Ogos 1957 di King's House, Kuala Lumpur. [ CITATION Abd12 \l
17417 ]

Akhirnya, pada tengah malam, 31 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor, Kuala
Lumpur bendera British, Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera
Persekutuan Tanah Melayu. Peristiwa bersejarah di Tanah Melayu ini diteruskan pada
keesokan hari. Pada 31 Ogos 1957, dengan disaksikan oleh Raja-raja Melayu, dan wakil
kerajaan British, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah
Melayu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu, manakala Raja-raja Melayu kekal dengan bidang kuasa
seperti tercatat dalam Perlembagaan Negeri masing-masing. [ CITATION Abd12 \l 17417 ]

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, perkara 32 (1) Ketua Tertinggi Persekutuan bergelar


Yang di-Pertuan Agong. Permaisuri baginda, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan
perkara 32 (2) bergelar Raja Permaisuri Agong. Jawatan Yang di-Pertuan Agong akan dipilih
lima tahun sekali oleh Majlis Raja-raja. lawatan Yang di-Pertuan Agong pertama disandang
oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku
Muhammacl. Kini, pentadbiran Persekutuan bercorak Raja Berpelembagaan. Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Duli-Duli Yang Maha Mulia
Raja-raja Melayu menjalankan pentadbiran negara dan negeri di atas nasihat Perdana
Menteri bagi peringkat pusat dan Menteri Besar untuk negeri.[ CITATION Abd12 \l 17417 ]

14
3.1 ULASAN KRITIS

“Perseketuan Tanah Melayu Merdeka pada 31 Ogos 1957: Liku dan jejak perjuangan patriot
dan nasionalis menentang British” ialah tajuk bagi artikel ini. Tajuk ini memberi kesan yang
mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia kerana pada tarikh keramat tersebut Malaysia
telah bebas dari penjajahan British dan Tanah Melayu telah bertukar kepada Malaysia.
Semestinya tidak mudah untuk mendapatkan kemerdekaan tersebut. Pelbagai pengorbanan
dan cabaran yang telah dilalui oleh rakyat Malaysia pada masa itu.

Gaya penulisan yang terdapat di dalam artikel ialah Naratif. Naratif merupakan suatu
wacana yang berusaha mengisahkan suatu kejadian atau perisitwa sehingga Nampak
seolah olah meliaht atau mengalami peristiwa itu sendiri. Sebagai contoh artikel ini
menceritakan tentang cabaran dan perjuangan orang melayu menentang penjajah sehingga
mencapai kemerdekaan. Selain itu, gaya penulisan yang kedua ialah deskriptif yang
bermaksud menggambarkan sesuatu dengan jelas dan terperinci. Sebagai contoh dalam
aritkel ini diberitahu tahun, pelaku tempat dan apa yang dilakukan oleh pejuang pada zaman
tersebut. Penerangan yang lebih terperinci dan teratur memudahkan para pembaca.

Isu utama yang dibangkitkan oleh penulis adalah untuk memperkenalkan kepada generasi
sekarang siapakah tokoh – tokoh terkenal yang berjuang bermati – matian untuk
mempertahankan hak kita di bumi kita, di tanah air tercinta. Isu yang diutarakan oleh
penulis sangat menarik perhatian kami kerana di sini kami dapat mempelajari tokoh -tokoh
pejuang tanah air yang berjuang kearah membebaskan bangsa dan negara daripada dijajah
oleh kuasa penjajah, dan tidak dapat dinafikan hasil dari penjajahan itu juga memberikan
impk negative sepertimana telah dijelaskan dalam artikel ini, penjajahan ini mencengkam,
mengongkong dan membelenggu minda masyarakat Melayu kita pasa masa itu. Pada
pendapat kami, hasil daripada kuasa penjajahan akan memberikan nilai – nilai negatif
kepada masyarakat dan juga negara dari soal aspek fizikal, spiritual dan moral dalam bidang
politik, ekonomi dan juga sosial. Penjajahan yang dimaksudkan ini bukan sahaja merujuk
kepada kuasa oenjajah secara fizikal seperti kuasa – kuasa colonial Barat iaitu Portugi,
Belanda, Inggeris dan kuasa colonial Timur iaitu Jepun walhal ia merujuk kepada
penindasan dan mengongkong minda masyarakat pada Ketika itu.

Hasil dari kajian kami, kami berpendapat kedatangan kuasa – kuasa penjajah ke alam
Melayu sepertik kuasa Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun itu menguasai, mengongkong,
menindas dan memeras kehidupan anak – anak tempatan dari segi politik, ekonomi dan
sosial demi kepentingan hegemonisme kuasa masing – masing bahawa mereka datang ke

15
Tanah Melayu untuk menjajah dan mengekploitasi segala sumber bahan galian dan bahan
mentah yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu di samping menjajah pemikiran anak
bangs akita kerana mereka menyedari bahawa kedatangna mereka akan menyemarakkan
Gerakan penentang yang dilancarkan oleh orang Melayu ke atas mereka.

Isi yang terdapat dalam artikel tersebut sangat jelas dan terperinci. Setiap perjuangan yang
dilakukan oleh para pejuang diceritakan satu persatu bagi setiap negeri. Ini membuat para
pembaca mudah faham dan dapat menggambarkan situasi yang berlaku Ketika itu. Jalan
cerita yang ditulis juga mengikut kronologi sejak kali pertama Tanah Melayu dijajah sehingga
Tanah Melayu mendapat kemerdekaan Buktinya dapat dilihat pada tahun – tahun yang
disebut di dalam artikel ini ialah Tok Janggut, Rentap, Raja Mahdi, Dato’ Shahbandar dan
banyak lagi.

Di sini kami boleh simpulkan, kita sepatutnya menjadikan pejuang – pejuang ini sebagai
pengajaran kerana mereka mamu untuk menegakkan apa yang benar tentang penindasan
ini. Sifat inilah yang sepatutnya menjadi inspirasi dna ikutan kepada generasi kini sebagai
satu platform untuk mentransformasikan bangsa Malaysia tercinta dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial demi mengharungi gelombangan arus globalisasi yang penuh liku ini.
Tidak dapat dinafikan artikel yang kami kaji ini betul – betul telah mengubah persepsi kami
terhadap orang Melayu zaman dahulu. Jika ingin dibandingkan cara bagaimana orang
zaman dahulu mempertahankan tanah air dibandingkan dengan orang zaman sekarang
tiada tandingannya hal ini kerana orang zaman dahulu berperang hingga ke titisan darah
terakhir walhal orang zaman sekarang hanya perlu menunjukkan semangat patriotism yang
kuat terhadap tanah air kita. Di samping itu, menyedari tentang realiti politik di Malaya yang
terdiri daripada pelbagai bangsa dan menyedari susahnya Malaya untuk mencapai
kemerdekaan nasional tanpa kerjasama dengan bangsa – bangsa lain.

Pada tahun 1906 orang melayu mula menerbitkan majalah dan akhbar – akhbar. Di dalam
akhbar tersebut berkisar kepada masalah ekonomi dan politik. Majalah ini juga meyuarakan
perpaduan bangsa untuk mencapai matlamat ekonomi dan sosial. Di dalam penulisan ini
juga, telah dinyatakan kepentingan Pendidikan kepada orang mealyu supaya daapt
melibatkan diri dalam politik serta dapat berusara demi menegakkan keadilan dan hak orang
Melayu. Sebagai contoh, pada awal 1920an, kewujudan sekolah – sekolah yang
membolehkan pendapat dan rasa gelisah melalui akhbar. Ini menunjukkan perkembangan
melayu memperjuangkan negara.

Bermula pada tahun 1511 sejak pencerobohan Portugis di Melaka sehingga tahun 1956
jajahan British dan Jepun, kita dapat membayangkan cabaran dan liku – liku yang dihadapi
oleh pejuang tanah air demi mempertahankan tanah air. Akhirnya, pada tengah malam, 31
16
Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor, Kuala Lumpur, bendera British, Union
Jack telah diturunkan dna digantikan dengan bendera Perseketuan Tanah Melayu yang
dipanggil hari ini sebagai Jalur Gemilang. Walaupun telah 63 tahun berlalu, namun peristiwa
yang berlaku pada bumi Malaysia ini masih kukuh tersemat dalam kalangan takayt Malaysia.
Sebagai bukti, pada setiap 31 Ogos, seluruh rakyat Malaysia akan Bersama – sama
meraikan sambutan kemerdekaan bagi mengingati jasa dan menghargai para pejuang tanah
air. Sikap ini perlu diamalkan bukan sahaja pada 31 Ogos tetapi pada setiap masa. Melaui
penulisan ini, kitab oleh membuat perbandingan dan perbezaan yang berlaku pada zaman
dahulu dan pada hari ini. Melalui penulisan ini, kita dapat menanam sikp patriotisma dan
semangat cintakan negara dan sanggup berkorban apa sahaja demi negara tercinta. Oleh
itu, kita haruslah menjaga, mengekalkan serta meningkatkan keharmonian negara Malaysia
supaya menjadi lebih baik, aman dan bebas daripada segala jajahan kuasa luar.

Antara kelemahan artikel ini ialah sepatutnya isi yang diceritakan dibahagikan mengikut
bahagian yang berbeza. Sebagai contoh zaman awal penjajahan, pertengahan penjajahan
dan akhir penjajahan. Ini dapat membantu para pembaca untuk membuat perbandingan
cara perjaungan mengikut peredaran masa dan dapat memahami apa yang berlaku pada
awal penjajahan, pertengahan dan detik pengakhiran. Dengan adanya penulisan ini, rakyat
Malaysia dapat mengingati kembali pengorabanan yang telah dilakukan oleh para pejuang
dalam memperjuangkan tanah air tercinta. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya cakna
dengan sejarah yang berlaku di negara kita dan mengambil iktibar supaya sejarah hitam ini
tidak berulang kembali.

17
4.1 KESIMPULAN

Seperti yang kita sedia maklum, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC telah berjuang untuk
menuntut kemeredekaan bermula pada lahun 1954, dan kemerdekaan dicapai pada tahun
1957. Ia adalah satu tempoh yang agak singkat untuk mencapai kemerdekaan. Tetapi,
perjuangan menentang penjajah sangat panjang tempohnya. Sejak tahun 1511 orang
Melayu menentang Portugis di Melaka, diikuti menentang Belanda, Siam dan British. Dalam
perjuangan tersebut, ramai yang terkorban, dan banyak pertumpahan darah berlaku di bumi
Melayu. Tidak kurang juga banyak air mata menitis di bumi kerana kehilangan anak, suami
dan saudara terkorban dalam perjuangan mempertahankan maruah, tanah air, agama dan
bangsa. Setelah beberapa tahun, perjuangan menentang penjajah berubah corak, ke arah
perlembagaan, sebagaimana dilakukan oleh orang Melayu terhadap Malayan Union pada
tahun 1946. Pada tahun ini (1946) penentangan adalah melalui pertubuhan politik, PKMM
dan UMNO. Bagi mengekang PKMM yang semakin mendapat sambutan rakyat ketika itu,
pihak kolonial Inggeris telah melabel perjuangan PKMM dan parti-parti haluan kiri lain
sebagai 'berbau' komunis. Berikutan daripada itu beberapa orang pemimpinnya telah
ditangkap serta dipenjarakan. Akhirnya pada 18 Jun 1948, darurat telah diisytiharkan.
PKMM serta beberapa parti anti-penjajah yang lain telah diharamkan pihak berkuasa British
dengan persetujuan Dato' Onn Jaafar, Yang Dipertua UMNO ketika itu. Apabila PKMM
diharamkan pada tahun 1948, gabungan UMNO-MCA bermula 1952, dan MCA pada tahun
1954. Parti lain yang juga muncul sebelum mereka iaitu Parti Rakyat Malaya dan Parti Islam
SeMalaya (PAS). Hasil daripada perjuangan tersebut terciptalah Malaysia sebagai Negara
Berdaulat dan Raja Berpelembagaan pada tahun 1957.

18
RUJUKAN

Ghazali, A. Z. (2012). Persekutuan Tanah Melayu Merdeka, 31 Ogos 1957: Liku dan Jejak
Perjuangan Patriot dan Nasionalis Menentang British. pp. 1-27.

19

Anda mungkin juga menyukai