Anda di halaman 1dari 1

Nama: Muhammad Hazman Amal Bin Samsudin

Kelas : 4 Arif
Tema 4 : Sastera
Tajuk : Faktor- Faktor Remaja Kurang Meminati Karya Sastera

Lain daripada itu, faktor yang menyebabkan remaja kurang meminati


karya sastera ialah perkembangan peranti elektronik yang menggantikan karya
sastera. Perkara yang dimaksudkan ialah kewujudan pelbagai peranti elektronik
seperti telefon pintar, komputer dan sebagainya yang memudahkan akses kepada
pelbagai aplikasi dan perisian yang bertujuan sebagai permainan dalam talian,
ruang sembang, capaian maklumat yang diinginkan. Hal ini secara tidak langsung
menjadikan peranti – peranti ini sebagai platform utama atau lubuk hiburan bagi
generasi muda yakni remaja kerana hanya dengan mengklik mana – mana aplikasi
yang diingini sama ada media sosial seperti Instagram, Twitter, Facebook dan lain
– lain untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan individu lain secara maya.
Situasi ini menyebabkan karya sastera yang dianggap agak berat kerana
memerlukan mereka untuk memerah otak untuk memahami intipati yang
disampaikan oleh penulis. Kesannya, karya – karya sastera seperti Kisah Pelayaran
Abdullah,Dawa'il Kulub dan banyak lagi yang pernah mewarnai dunia sastera
negara sekadar berada di dalam kapsul sejarah sahaja. Jelaslah, perkembangan
dan penggunaan peranti elektronik yang tidak seimbang menyebabkan
kewujudan karya sastera kian sepi dan kelihatan bakal kehilangan peranannya jika
kondisinya umpama telur di hujung tanduk dipandang enteng oleh kebanyakan
pihak.

Anda mungkin juga menyukai