Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA

PEMBELIAN PERALATAN KOKURIKULUM


(ALATAN PERKHEMAHAN)
TAHUN 2021

DISEDIAKAN OLEH:
UNIT KOKURIKULUM, SKPK PRINCESS ELIZABETH.
_________________________________________________________
LORONG 5, JALAN NONG CHIK, 80100 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TA’ZIM.
KERTAS KERJA
PEMBELIAN PERALATAN KOKURIKULUM (ALATAN PERKHEMAHAN) TAHUN 2021
_________________________________________________________________

“Kegiatan Kokurikulum” yang dilaksanakan di sekolah hendaklah merupakan apa-apa kegiatan yang dirancang
lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid
peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang
dipelajari di dalam bilik darjah.”
{Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}.

PENDAHULUAN:

Pada dasarnya kokurikulum adalah pelengkap kurikulum. Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang bersepadu dan
mempunyai tujuan khusus perlu dilaksanakan supaya mencapai matlamat yang dirancang. Unit Kokurikulum,
SKPK Princess Elizabeth sederap sehaluan tidak terkecuali menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan merancang pelbagai aktiviti bagi melahirkan modal insan dalam kalangan murid berkeperluan khas
bermasalah penglihatan yang seimbang dari sudut jasmani, emosi, rohani dan intelektual selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara (FPN).

Ada pun aktiviti yang dirancang pula memerlukan bahan sokongan yang boleh berfungsi dengan baik agar gerak
kerja yang ingin dilaksanakan tidak terjejas. Namun, beberapa kekangan dan masalah kekurangan fasiliti tidak
dapat dielakkan dan perlu diselesaikan segera sebelum ianya merencatkan aktiviti yang telah dirancang. Justeru,
tujuan utama kertas kerja ini dibuat adalah untuk membuat permohonan pembelian peralatan kokurikulum
dengan menggunakan peruntukan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.

MATLAMAT:

Umumnya, diharapkan dengan pembelian bahan sokongan program dalam bentuk peralatan kokurikulum (alatan
perkhemahan) ini, ianya dapat digunakan secara optimum dan sebahagian aktiviti yang telah dirancang dapat
dijalankan dengan lancar terutamanya yang melibatkan aktiviti Unit Kokurikulum Sekolah, khasnya Unit
Beruniform (Pengakap Kanak-kanak Khas) SKPK Princess Elizabeth, Johor Bahru.

OBJEKTIF:

Dengan pembelian peralatan ini, diharapkan dapat:


3.1 Menggantikan khemah sedia ada yang sudah tidak relevan dan tidak selamat digunakan.
3.2 Menganjurkan program atau pertandingan Unit Beruniform atas talian pasca penularan Covid-19.
3.3 Menambah aset dan harta modal Unit Kokurikulum Sekolah di bawah seliaan Unit Beruniform.
3.4 Menggunakan khemah bagi menyertai perkhemahan di luar stesen seperti Jamboree dan Agoonoree.
3.5 Mengurangkan jumlah pinjaman khemah daripada pihak luar ketika penganjuran Program Perkhemahan
Unit Beruniform peringkat sekolah.

KUMPULAN SASARAN:

Semua murid Tahun 3, 4, 5 dan 6 yang menyertai Unit Beruniform (Pengakap Kanak-kanak Khas) di SKPK Princess
Elizabeth, Johor Bahru.
SUMBER KEWANGAN:

JUMLAH
BIL PERINCIAN PERKARA KOS CATATAN
(RM)
8 Person: Camping Tent 2 Door Waterproof Hexagonal
1. Automatic Quick Opening Outdoor Tent with Carry Bag. RM798.00
(RM399.00 x 2 Unit)
4 Person: Decathlon Easy Assemble Outdoor Camping Tent
2. with Carry Bag. RM796.00
(RM199.00 x 4 Unit) Bayar Kepada:
FKR MAJU ENTERPRISE
Freelife Ground Sheet BO 15’x15’ (JM0911656-P)
3. RM136.00
(RM68.00 x 2 Unit) 63, JALAN KEMPAS INDAH 1/5,
TAMAN KEMPAS INDAH, 81200
Camping Cookware Bowl Set Stainless Steel Outdoor JOHOR BAHRU, JOHOR
4. Portable Cookware Set. RM175.00
(RM35.00 x 5 Set)
Portable First Aid Kit Survival Emergency First Aid Kit Mini.
5. RM95.00
(RM19.00 x 5 Unit)

JUMLAH KESELURUHAN : RM2000.00

#Sumber Kewangan: Peruntukan Bantuan Kokurikulum (BKK), SKPK Princess Elizabeth, Johor Bahru.

PENUTUP:

Diharap dengan adanya kelengkapan peralatan sokongan program (alatan perkhemahan) seumpama ini, sedikit
sebanyak mampu menjadi pemangkin semangat kepada Ketua Guru Penasihat dalam Unit Kokurikulum Sekolah
untuk melaksanakan program demi melestarikan kemenjadian murid berkeperluan khas bermasalah penglihatan
di sekolah ini sebanding murid di aliran perdana umpama peribahasa “berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”.
Besarlah juga harapan kami agar kertas kerja permohonan ini diterima untuk diluluskan.

Disediakan oleh : Disemak oleh:

(MOHD ZAKI BIN HJ. MOHD NOOR) (HASIAH BINTI ABDULLAH)


Penyelaras Kokurikulum. Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SKPK Princess Elizabeth, Johor Bahru. SKPK Princess Elizabeth, Johor Bahru.

Disahkan oleh:

(MAZLI BIN HASHIM)


Guru Besar,
SKPK Princess Elizabeth, Johor Bahru.

Anda mungkin juga menyukai