Anda di halaman 1dari 2

https://www.youtube.com/watch?

v=WBll-9E63B8

NURHAYATI BINTI SUKIRMALIBNI. NO MATRIK: 276666

Negara Malaysia dikenali sebagai negara yang harmoni walaupun mempunyai pelbagai
kaum, budaya dan bangsa. Hal ini dapat dibentuk kerana wujudnya etika dan peradaban dalam
kalangan masyarakat Malaysia itu sendiri. Etika merupakan prinsip moral atau nilai-nilai akhlak
seseorang individu manakala peradaban atau pula merupakan sistem dan tahap perkembangan
sosial sesuatu bangsa.

Berdasarkan video yang bertajuk SIKAP diatas, kita dapat lihat sikap itu sendiri
bermaksud tingkah laku, perangai dan akhlak seseorang, biasanya sikap seseorang itu
berdasarkan hatinya sayang dan persekitaran. Sikap kebanyakan orang berubah-rubah,
adakala positif mahupun negatif. Kadang, kita tidak menyedari sikap kita telah menyakiti,
menyiksa dan tidak disukai oleh orang lain. Video di atas menunjukkan sikap negatif
sekumpulan pelajar iaitu sikap membuli. Kita dapat lihat seorang perempuan(Zhuhra) dibuli oleh
rakan sekelasnya namun, Zhuhra tetap bersabar sehingga akhirnya dia memaafkan perbuatan
rakan sekelasnya itu. Berdasarkan video ini, terdapat beberapa etika dan adab yang dapat kita
contohi.

Pertama, sikap sabar. Kita dapat lihat, Zhuhra mempunyai tahap kesabaran yang tinggi
walaupun dibuli oleh rakan sekelasnya. Contoh kes buli berdasarkan video tersebut adalah
dikuncikan dari luar walaupun masih berada di dalam bilik air dan dihalang dengan kaki semasa
sedang berjalan sehingga tersandung dan jatuh. Walaupun dia dibuli, dia tetap sabar, diam dan
tidak membalasnya. Sikap sabar yang ditunjukkan dapat membuka mata masyarakat bahawa
kejahatan tidak harus dibalas dengan kejahatan kerana ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

Kedua, sikap bersyukur. Berdasarkan video tersebut zhuhra bersyukur dengan


mengungkapkan kata alhamdulillah setelah mendapat keputusan ujian yang dilakukan pada
hari sebelumnya. Sikap bersyukur yang ditunjukkan ini dapat melahirkan individu yang sentiasa
menghargai segala apa yang diperoleh, yang terjadi dalam kehidupan sehariannya serta
sentiasa hidup dalam kesederhanaan.

Ketiga, adab bersama guru. Adab Bersama guru yang ditunjukkan dalam video tersebut
berkata baik dan menjawab ucapan selamat siang yang diberikan oleh guru mereka. Bukan itu
sahaja, sebaik sahaja guru mereka masuk kelas, mereka berhenti dari melakukan kerja mereka
dan memberi fokus serta menjawab ucapan selamat siang guru mereka. Hal ini dapat
mengekalkan suasana harmoni antara guru dan pelajar di sekolah sekaligus melahirkan
sekolah yang dikenali sebagai sekolah yang beradap dan bersopan santun.

Keempat, sikap meminta maaf. Kita dapat lihat rakan sekelas zhuhra meminta maaf
kepadanya setelah menyesal dari kesilapan iaitu membuli zhuhra. Ucapan kata maaf amat
penting untuk menjernihkan keadaan kerana kata maaf itu penting untuk merapatkan hubungan
baik sesama manusia. Kemudian individu yang menerima kata maaf tersebut pula seharusnya
bertimbang rasa dan memaafkan seperti yang dilkukan oleh Zhuhra di dalam video tersebut,
yang mana Zhuhra menerima kata maaf kawan sekelasnya dengan hati terbuka tanpa ada
perasaan dendam.
Kesimpulannya, berdasarkan empat perkara yang telah saya bincangkan, sikap sabar,
rasa bersyukur dan meminta maaf merupakan etika manakala memberi dan mejawab ucapan
selamat siang adalah adab. Etika dan adab amat penting dalam kehidupan seharian terutama
kepada negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum seperti negara kita. Hal ini adalah
kerana etika dan adab yang yang baik dapat melahirkan suasana yang positif sekaligus dapat
mengelakkan perpecahan kaum. Etika dan adab seperti sabar, selalu bersyukur dan meminta
maaf serta hormat guru atau orang yang lebih tua seperti yang ditunjukkan dalam video terbukti
telak memberikan kesan positif dalam kelas mereka. Oleh itu tidak mustahil jika kita rakyat
melaysia, mempraktikkan etika dan adab yang positif tersebut, ia juga akan memberi impak
positif untuk keharmonian negara kita.

Anda mungkin juga menyukai