Anda di halaman 1dari 19

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN KEWANGAN ANTARABANGSA LABUAN


KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN
LAYANG-LAYANG CHINA &1WAU

ISI KANDUNGAN

BI KANDUNGAN MUKA SURAT


L
1 PENDAHULUAN 2

2 SEJARAH LAYANG-LAYANG 3
2.1.Layang-layang China 4
2.2.Jenis layang-layang China 5

3 PENERIMAAN LAYANG-LAYANG DI MALAYSIA 7


3.1.Sejarah layang-layang di Malaysia:Asal-usul wau 7
3.2.Jenis-jenis wau 9
3.3.Cara bermain 11
3.4.Pembuatan reka corak & Motif reka corak wau 12
3.5.Festival wau di Malaysia 15

4 RUMUSAN 17

5 RUJUKAN 18
LAYANG-LAYANG CHINA &2WAU

PENDAHULUAN
Tema tugasan kumpulan Renaissance adalah permainan tradisional,oleh itu kami

bersepakat untuk memilih penerimaan layang-layang China di Malaysia sebagai tajuk

tugasan kami. Melalui tugasan ini, ahli kumpulan dapat mengetahui tentang asal-usul

layang-layang serta wau. Selain itu, kami turut mengenali bagaimana sesuatu adat atau

seni bina diubahsuai melalui peredaran masa.Contohnya, wau dikatakan berasal dari

layang-layang di China. Melalui perubahan dan kewujudan wau, kami boleh

menganalisis bagaimana layang-layang dapat diterima dan tersebar di Kepulauan

Melayu serta penerimaan layang-layang dan pengubahsuaiannya mengikut budaya

tempatan.

Kedatangan permainan layang-layang di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan

tarikhnya,namun menurut sebuah buku yang dikarang oleh Jennifer Rodrigo bertajuk

Malaysia–The beautiful,kedatangan permainan layang-layang atau lebih dikenali sebagai

wau di Malaysia adalah sekitar abad yang ke 16. Manakala permainan layang-layang

cina pula dikatakan telah dicipta oleh seorang ahli falsafah kuno china yang terkenal

iaitu Mo Di (468-376 sebelum Masihi) sekitar abad ke-4 S.M.Oleh hal yang demikian

tidak hairanlah jika dikatakan bahawa permainan Wau Malaysia berasal daripada layang-

layang China atau lebih dikenali sebagai “Fengzheng”. Hal ini kerana,reka bentuk serta

karakter wau banyak mempunyai persamaan dengan layang-layang China.

Oleh itu,dalam tugasan ini objektif kami adalah untuk mengkaji dengan lebih

mendalam tentang permainan layang-layang China dan wau seperti sejarah layang-

layang dan wau serta informasi yang berkaitan kedua-dua permainan ini untuk

membuktikan bahawa benarlah permainan wau di Malaysia berasal dari permainan

layang-layang China,serta telah dimainkan di Malaysia berabad lamanya sehingga

diterima oleh semua golongan lapisan masyarakat di Malaysia.


LAYANG-LAYANG CHINA &3WAU

SEJARAH LAYANG-LAYANG
Layang-layang dipercayai berasal dari negara China,menurut buku ‘Tamadun Islam

& Asia’ yang dikeluarkan oleh Penerbitan Multimedia,China lah yang mula-mula

mencipta layang-layang iaitu seawal abad ke-4 S.M.Layang-layang china lebih dikenali

sebagai ‘Fengzheng’ di kalangan masyarakat China,nama fengzheng mula digunakan

semasa era 5 dinasti(907-960 selepas Masihi).Layang-layang China mula dipanggil

sebagai fenzheng apabila,Li Ye seorang yang hidup semasa era 5 Dinasti mula

memasang seruling buluh di bahagian kepala layang-layangnya,supaya layang-

layangnya akan mengeluarkan bunyi ‘Zheng’ semasa ia diterbangkan.

layang-layang China dicipta oleh ahli falsafah terkenal China iaitu Mo Di sekitar abad

ke-4 S.M.Dipercayai bahawa layang-layang pertama yang dicipta oleh beliau dibuat

daripada kayu dan berbentuk helang serta mengambil masa selama tiga tahun untuk

menyiapkannya,layang-layang pertama yang dicipta oleh beliau hanya mampu

diterbangkan selama satu hari sahaja.Sebelum terciptanya kertas,layang-layang China

hanya dibuat dengan menggunakan kayu ataupun kain sutera oleh itu permainan ini

hanya mampu dimainkan oleh golongan yang berada serta golongan bangsawan.

Selepas terciptanya teknologi pembuatan kertas pada era dinasti Han layang-layang

china menjadi semakin popular di semua peringkat masyarakat serta tersebar di seluruh

dunia,kerana cara pembuatannya menjadi semakin mudah dan menjimatkan.


LAYANG-LAYANG CHINA &4WAU

2.1.Layang – layang China

layang-layang bukan

sahaja digunakan sebagai

alat permainan tetapi juga

sesuatu alatan yang penting

dimana ianya telah memberi

sumbangan dalam ilmu

pengetahuan dan

pengeluaran. Pesawat-

pertama terbentuk setelah

terhasilnya layang-layang.

Pada 1782, Benjamin

Franklin, saintis Amerika dan

juga seorang negarawan

mencatat bahawa petir dan guruh di langit dapat diatasi dengan bantuan layang-layang

dan kemudian menemukan penebat kepada petir tersebut. Layang-layang masih

digunakan oleh beberapa nelayan untuk meletakkan umpan di laut untuk menarik ikan,

atau kaedah seorang jurugambar untuk mengambil gambar pemandangan luas dari

ketinggian yang tinggi.

Layang-layang china yang terawal diperbuat daripada kayu dan dipanggil muyuan

(layang-layang kayu). Ianya muncul semasa pemerintahan zaman Warring sekurang-

kurangnya dua millennium dahulu. Selepas penciptaan kertas, layang-layang mula

dibuat mengunakan benda baru yang dikenali sebagai zhiyuan (layang-layang kertas).

Selain daripada menjadi alat permainan, layang-layang pada suatu ketika dahulu

digunakan untuk tujuan ketenteraan. Bukti sejarah menyatakan bahawa layang-layang

yang digunakan adalah besar dari segi saiznya, sesetengahnya agak kuat untuk

menampung orang di udara untuk meninjau pergerakan musuh dan seterusnya

digunakan untuk propaganda.Pada zaman dinasti Liang(502-557 M),semasa

peperangan,layang-layang digunakan sebagai alat komunikasi(Robert Tempel,1998:173-


LAYANG-LAYANG CHINA &5WAU

174, Suffian Mansor,2003:109-111).Menurut Records of Strange Events (Du Yi Zhi) ,

apabila Xiao Yan seorang emperior Wudi (464-549) dari Dinasti Liang, telah dikepung di

Taicheng, Nanjing oleh pemberontak dibawah Hou Jing.Xiao Yan telah menggunakan

layang-layang untuk menghantar pesanan kepada orang luar untuk membantunya.selain

itu layang-layang juga digunakan sebagai isyarat tertentu semasa perang serta untuk

mengetahui arah tiupan angin

Tambahan lagi,pada sekitar era pemerintahan Dinasti Qing (1644-1911),mula

wujudnya kepercayaan bahawa bermain layang-layang akan membuatkan pemainnya

sentiasa sihat.contohnya jika seseorang itu melepaskan tali layang-layangnya, nasib

buruk atau sebarang penyakit yang dialaminya akan pergi dan hilang seperti perginya

layang-layang tersebut.Manakala jika seseorang itu menjumpai layang-layang yang

sesat dan mengambilnya ia akan membawa nasib buruk padanya.

2.2.Jenis-jenis layang-layang China

Ada 4 kategori layang-layang China yang utama:

1) Layang-layang lipan(centipede kites)

2) Layang-layang bersayap keras(hard winged kites)

3) Layang-layang bersayap lembut(soft winged kites)

4) Layang-layang rata(flat kites)

1. layang-layang lipan

layang-layang lipan mempunyai kepala yang menyerupai naga manakala badannya pula

berbentuk beberapa cakera yang bersambung dengan kepalanya.Antara contoh

layang-layang lipan:
LAYANG-LAYANG CHINA &6WAU

2. Layang-layang bersayap keras

Layang-layang bersayap keras ini mempunyai kedudukan rangka buluh yang bersimetri,

antara contoh layang-layang bersayap keras:

3. Layang-layang bersayap

lembut

Layang-layang jenis ini mempunyai sayap yang fleksibel pada bahagian sayap

bawahnya,selalunya layang-layang bersayap lembut ini mempunyai lebih dari

sepasang sayap.Apabila diterbangkan layang-layang ini memberi sudut

pandangan yang jelas serta menawan.Antara contoh layang-layang bersayap

lembut adalah:

4. Layang-layang rata

Seperti namanya bentuk layang-

layang ini adalah rata,layang-layang

rata amat mudah untuk

diterbangkan,kebiasaannya layang-layang ini mempunyai ekor yang panjang untuk

membuatkan layang-layang ini stabil semasa dilayangkan.Kebanyakan layang-layang

rata mempunyai gambar yang bermotifkan mitos

ataupun keagamaan,dan kebanyakannya

mempunyai simbol ying-yang.Antara contoh layang-

layang rata:
LAYANG-LAYANG CHINA &7WAU

PENERIMAAN LAYANG–LAYANG DI
MALAYSIA

3.1.Sejarah layang-layang di Malaysia:Asal-usul wau

Permainan wau merupakan salah satu daripada permainan

tradisional orang-orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu

lagi. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli.

Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat

pada wau tersebut. Bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk

membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu

dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan

sebuah wau.

Asal-usul permainan wau telah diceritakan dalam beberapa buku Sejarah Melayu.

Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada

zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Pendapat ini berdasarkan

kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang mana ada menceritakan tentang

permainan wau.

Menurut sejarahwan Clive Hart pula, wau berasal daripada layang-layang yang

berasal dari negara China.Hal ini kerana,terdapat pelbagai persamaan dari segi reka

bentuk serta ciri-ciri wau dengan layang-layang tradisional dari negara China.Perkara ini

berlaku kerana layang-layang di Malaysia banyak menyerap unsur-unsur kebudayaan

dari negara China memandangkan hubungan Malaysia-China telah berlangsung sejak

zaman Greek lagi.Permainan layang-layang di Malaysia dipercayai mula dimainkan

sekitar abad ke 16 Masihi.


LAYANG-LAYANG CHINA &8WAU

Perkataan ‘wau’ yang menggantikan nama layang-layang banyak digunakan di

negeri pantai timur serta utara Malaysia seperti Kelantan,Terengganu, Kedah dan Pulau

Pinang,wau juga dipanggil sebagai layang-layang di negeri pantai Barat semenanjung

Malaysia.Nama Wau dipercayai dikaitkan dengan bunyi yang terhasil dari busur yang

diikat pada wau,kerana apabila wau dimainkan busur yang diikat pada wau tersebut

akan menghasilkan bunyi ‘wau’ secara berirama.Nama wau turut dikatakan berasal

daripada kanak-kanak yang memainkan wau di mana wau pada zaman tersebut

diperbuat dari daun yang diikat pada tulang belakang daun dengan tali kelopak batang

pisang atau urat-urat daun nenas. Setelah membuat wau, kanak-kanak akan

memainkannya di tempat yang berangin. Apabila tali wau terputus, kanak-kanak sering

menangis “wa,wa,wa,wa…”. Oleh itu, lahirlah nama "Wau".

Wau sinonim dengan kaum Melayu,ada sesetengah pihak pada masa dahulu percaya

bahawa wau mempunyai kaitan dengan semangat angin dan langit ataupun semangat

padi.Ada satu mitos yang dikaitkan dengan kewujudan wau,iaitu pada suatu hari

sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak terjumpa seorang anak perempuan.

Maka, mereka pun memeliharanya. Selepas itu, suaminya membawakan minuman dan

makanan setiap hari kepada anak perempuan itu di tempat dia bermain di rumah padi.

Akhirnya, isterinya cemburu akan dengan anak perempuan tersebut. Justeru, anak

perempuan itu sering dipukul oleh isterinya supaya dapat menghalau anak perempuan

tersebut. Oleh sebab sering didera oleh isterinya. Maka, anak perempuan melarikan diri

dari rumah petani tersebut.

Selepas kejadian itu, padi petani suami isteri tersebut, tidak berbuah dan sering

diserang penyakit. Oleh itu, mereka minta tunjuk ajar daripada nujum. Mengikut nujum,

anak perempuan yang dihalau tadi adalah semangat padi. Demi menggelakan padi

mereka diserang penyakit dan tidak berbuah. Maka, nujum menasihati petani tersebut

supaya membuat satu lembaga merupai Bulan dan dinaikkan setelah menuai,selepas itu

petani tersebut membuat wau yang berbentuk bulan untuk dilayangkan selepas

menuai.Maka di situlah mula tersebarnya mitos,bahawa wau mempunyai kaitan dengan

semangat padi.Namun cerita ini hanyalah mitos semata-mata.


LAYANG-LAYANG CHINA &9WAU

3.2.Jenis-jenis wau
Permainan wau yang dipercayai berasal dari negara China telah mula dimainkan di

Malaysia seawal abad ke 16 lagi.Maka tidak hairanlah wau boleh diterima dan dimainkan

oleh semua golongan masyarakat,malah di Malaysia sudah terdapat banyak jenis wau

antara wau yang utama adalah wau bulan,wau jalabudi,dan wau kucing.Tambahan lagi

pecahan dari 3 jenis kategori wau ini terdapat juga beberapa lagi jenis wau tradisional

yang mewakili negeri-negeri yang terdapat di Malaysia.Antaranya ialah:

Negeri Wau rasmi Gambar


1 Johor Wau Merak

2 Kelantan Wau Puyuh

3 Melaka Wau Kikik

4 Pahang Wau Cenderawasih


LAYANG-LAYANG CHINA &10
WAU

5 Perak Wau Seri Bulan

6 Perlis Wau Helang

7 Pulau Pinang Wau Kotak


8 Selangor Wau Kapal

9 Terengganu Wau Dodo Helang

10 Negeri Sembilan Wau Seri Negeri

11 Kedah Wau kangkang

12 Sarawak Wau Kenyalang


LAYANG-LAYANG CHINA &11
WAU

3.3.CARA BERMAIN
Selain kepelbagaian jenis wau,wau juga

dimainkan dalam pelbagai cara.Ada yang

bermain hanya untuk hiburan sahaja,tidak

kurang juga yang bermain untuk pertandingan.

Dalam permainan wau terdapat pelbagai jenis cara bermain khususnya semasa dalam

sesuatu pertandingan wau,antaranya ialah:

1. Wau tertinggi,Pengadilan dalam pertandingan ini dibuat berdasarkan

ketinggian atau arah terbangan wau, kemahiran peserta menaikkan wau, bunyi

yang dihasilkan dan lakaran gambar yang naik secara menegak. Terdapat juga

pertandingan wau cantik.

2. Wau tercantik,Pertandingan wau cantik pula diadili dengan cara melihat

keunikan dan kekreatifan pembuat wau. Wau yang diadili tidak perlu

diterbangkan. Oleh itu, tiada pemarkahan dibuat pada tahap ketinggian, bunyi

dan arah terbangan wau.

3. Selain pertandingan wau yang terbang tinggi dan wau cantik, ada juga pemain

yang bertanding dengan cara menjatuhkan wau pihak lawan. Serbuk kaca akan

diletakkan pada tali wau dan apabila tali tersebut bergesel dengan tali wau pihak

lawan, ia akan terputus. Wau yang jatuh dianggap kalah dalam pertandingan

tersebut.

Asasnya,untuk bermain wau,untuk menaikkannya memerlukan dua orang,yang dikenali

sebagai juruanjung dan jurumain tali. Juruanjung memegang tali, manakala jurumain

tali memegang wau 15 hingga 25 meter dari juruanjung. Langkah pertama untuk

menaikkan wau adalah memastikan keseimbangan wau. Setelah wau benar-benar

seimbang, jurumain tali akan melepaskan wau dan juruanjung akan menarik tali

tersebut sambil berlari. Semasa wau dinaikkan, tali akan sentiasa dihulur agar wau

mencapai ketinggian yang paling maksimum iaitu sehingga 500 hingga 600 meter ke

udara. Setelah yakin dan berpuas hati dengan ketinggian wau, juru anjung akan
LAYANG-LAYANG CHINA &12
WAU

mengikat tali wau di pangkal pokok dan meninggalkannya untuk menikmati kemerduan

bunyinya.

3.4.Pembuatan reka corak & motif reka corak wau

Motif dalam reka corak wau dimaksudkan sebagai suatu

perhiasan yang diukir dengan menggunakan kertas

warna dalam bentuk dua dimensi, kemudian disusun

dan digubah menjadikan pola atau corak hias. Reka

corak ini tidak sekadar untuk keindahan sahaja tetapi

juga mengandungi makna yang tertentu. Oleh itu setiap

motif adalah menurut aturan tertentu yang disesuaikan dan bersangkutan dengan adat

resam, agama, kepercayaan, norma hidup dan nilai-nilai tradisi.

untuk menghasilkan reka corak, kertas warna akan di lipat dua kemudian dilakar

disebelahnya. Ini bagi mendapatkan reka corak yang simetri (seimbang) bila proses

menebuk dilakukan. Motif reka corak akan dilakar pada kertas warna yang telah

ditentukan warnanya terlebih dahulu. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat dan

lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza. Kertas warna ini akan ditebuk

mengikut corak yang telah dilakar. Kemudiannya ianya akan ditampal mengikut susunan

warna secara berlapis-lapis seperti yang dikehendak Kerja melakar dan menebuk reka

corak ini adalah sebahagian daripada hasil kraf tangan yang wujud seiring dengan seni

rupa Melayu.

Proses menebuk dan menampal ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai

”sobek”. Pada sesuatu motif reka corak akan diulang tebuk dan tampalan beberapa kali

bergantung kepada lapisan warna corak tersebut. Kebiasaannya tiga hingga empat lapis

kertas warna digunakan. Corak-corak yang dibentuk menghasilkan kesan tiga dimensi,

seperti ukiran. Proses ini akan diulang pada motif corak yang lain mengikut warna yang

dirancang. menebuk dan menampal ini adalah rumit dan perlu dibuat dengan penuh

teliti. kekerapan lapisan tampalan ini boleh mempengaruhi ketinggian wau bila

diterbangkan. Wau yang untuk diterbang lebih tinggi hanya menggunakan dua hingga
LAYANG-LAYANG CHINA &13
WAU

tiga lapis kertas warna sahaja. Selain itu Keseimbangan merupakan aspek yang penting

dalam sesebuah wau. Jesteru itu reka coraknya juga perlu mengimbangi pada wau

tersebut.

Walaupun dipercayai wau berasal dari layang-layang China namun motif reka corak

wau adalah berbeza dengan layang-layang China. Dalam reka corak wau,motif tumbuh-

tumbuhan adalah sesuatu daripada unsur yang memberi sifat-sifat tersendiri dalam seni

rupa yang menjadi reka corak utama pada hiasan wau. Semua jenis wau menggunakan

motif alam semulajadi untuk dijadikan reka corak hiasan. Antaranya Motif yang

digunakan berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti bunga-bungaan, awan larat dan sulur

kacang sebagai rangkaian corak tersebut. Pohon yang bersifat lemah-lembut ini

diangggap bentuk yang indah dan sesuai dijadikan motif reka corak hiasan pada

sesebuah wau. Bagi Masyarakat dahulu kepakaran batiniah turut mempengaruhi dalam

menghasilkan motif reka corak wau tersebut. Kerana seni ukir ini tidak hanya sekadar

hiasan pada seni rupa sesuatu ciptaan, tetapi memperlihatkan juga taraf pencapaian

nilai falsafah Melayu.

Motif tumbuh-tumbuhan tempatan selalu digunakan sebagai reka corak Wau

Helang. Antaranya pokok peria, bunga ketumbit, pokok timun tikus dan pokok letup.

Tambahnya lagi, corak-corak ini semuanya dihasilkan berpusat daripada dada (bahagian

tengah) wau dan menjalar keluar. Semua tumbuhan ini adalah dari jenis menjalar atau

melata. Motif ini bersesuaian pada wau kerana ia ditumpukan kepada susun semukur

tampak yang penuh seimbang pada bahagian dahan yang meliuk dan menjalar (Siti

Zainon Ismail: 1989) .Tiap bentuk motif disusun seimbang, umpamanya sekuntum

bunga diletak di bahagian tengah dan kiri kanan bahagiannya diapit oleh daun-daun

yang meliut ke atas dan ke bawah.Susunan ini akan diulang dengan cara yang sama

hingga ke bahagian tepi wau. Bahagian tengah, di kiri kanan sayap wau dipanggil

“kijang emas, kijang kencana”, dibiarkan kosong yang menunjukkkan kepekaan dalam

menyusun corak dan memberi imbangan di antara kawasan yang kaya dengan hiasan

dan kawasan yang sengaja dikosongkan untuk memeberi nafas.


LAYANG-LAYANG CHINA &14
WAU

Misalnya,Corak sobek pada  Wau Helang menggunakan tiga hingga empat lapis

kertas warna.  Bentuk dan motifnya terkawal dalam keadaan sederhana serta tiada

unsur yang berlebih-lebihan. Bahagian hujung sesuatu corak jarang sekali berdiri tegak

atau melentik jauh keluar tetapi lebih menyarankan merendah diri. Di sini jelas

menampakkan reka corak wau juga mempunyai unsur-unsur simbol sifat masyarakat

Melayu yang kaya dengan adat susila. Sikap pentingkan diri adalah dihindari dalam

budaya Melayu. Ini dapat dilihat dengan gambaran motif daun yang menjalar tidak

sama sekali menerjah kawan. Semuanya digambarkan dengan penuh kelembutan serta

seiring dengan ciri-ciri kesederhanaan.


LAYANG-LAYANG CHINA &15
WAU

3.5.Festival layang-layang di Malaysia

Permainan layang-layang sudah lama

bertapak di Malaysia serta sudah sebati

dengan budaya masyarakat Malaysia,maka

tidak hairanlah di Malaysia festival Wau

diadakan setiap tahun. Festival Wau

merupakan satu acara yang telah

diperkenalkan di Malaysia bagi menarik pelancong datang ke Malaysia. Selalunya festival

wau disambut di negeri Kelantan kerana permainan ini sangat terkenal di negeri

tersebut. Festival wau telah di masukkan ke dalam kalendar pelancongan Malaysia.

Keunikan festival ini ialah wau dan layang-layang di terbangkan bersama-sama. Selain

itu, pada masa ini juga kita boleh melihat corak wau dan layang-layang yang berbeza

dan keunikan seni ukiran pada corak wau tersebut.Selalunya tarikh festival wau ini ialah

pada penghujung bulan Mei kerana keadaan cuaca yang sesuai pada masa itu dan

tempat festival ini biasa dilakukan di pantai sri Tujoh,Tumpat,Kelantan. Kawasan ini

menjadi tempat sambutan festival kerana keadaan kawasan yang lapang dan sesuai

untuk permainan wau. Biasanya permainan ini di mainkan oleh remaja dan orang

dewasa tetapi pada masa sekarang semua peringkat umur boleh memainkannya.

Selain itu juga, festival wau juga di sambut di Pasir Gudang johor, dimana festival

ini di kenali sebagai Pasir Gudang world Kite Festival. Festival ini telah menarik lebih

seratus ribu orang pelancong dan festival ini di perkenalkan di Pasir Gudang buat kali

pertamanya pada tahun 2002,kebiasaannya festival layang-layang ini disertai oleh

peserta dari negara Amerika Syarikat,Eropah,China,Thailand,Jepun,Nepal dan

Indonesia.Festival ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan kerajaan

negeri Johor melalui Jabatan perlancongan negeri. Apa yang menarik semasa festival

ini, kita dapat melihat pelbagai jenis wau dan layang-layang yang di bawa dari luar

Negara dan dimainkan dalam festival ini. Selalunya acara ini akan berlangsung selama

seminggu atau pun tiga hari.


LAYANG-LAYANG CHINA &16
WAU

Kementerian kesenian budaya dan warisan Malaysia telah memperuntukkan dana

bagi menampung festival ini kerana festival ini telah mampu menyumbang kepada

pendapatan Negara. Keunikan corak dan kawasan yang sesuai untuk memainkan

permainan ini telah menarik pelancong dari Negara luar datang ke Malaysia bagi melihat

cara wau dimainkan. Di samping itu,pertandingan wau tercantik dan layang-layang

gergasi juga turut di adakan sempena festival ini. Acara persembahan juga turut

diadakan bagi mengisi aktiviti festival ini. Semasa festival ini juga kita boleh membeli

cenderahati yang berbentuk kraftangan yang diukir menjadi wau untuk kenangan

kepada pengunjung kerana festival ini hanya di sambut sekali sahaja dalam setahun

mengikut masa yang sesuai.

Selain festival, Kementerian kesenian dan warisan telah menubuhkan satu muzium

wau di Pasir Gudang,Johor iaitu Muzium layang-layang Pasir Gudang yang

menempatkan pelbagai jenis layang-layang dan wau.Jumlah jenis layang-layang dan

wau dianggarkan lebih dari 200 jenis. Muzium ini dibuka pada tahun 2002 semasa

festival layang-layang Pasir Gudang yang ke-7 sebagai tanda perhargaan kepada

sumbangan pelayang Malaysia dan luar negara.

Muzium Layang-

layang Pasir Gudang


Festival layang-layang Pasir Gudang


LAYANG-LAYANG CHINA &17
WAU

RUMUSAN
Berdasarkan beberapa fakta yang dinyatakan,dapatlah disimpulkan bahawa adalah

benar jika dikatakan wau Malaysia berasal daripada layang-layang China.Seperti yang

telah dinyatakan,pengaruh layang-layang China telah lama meresap dalam budaya

masyarakat Malaysia sehingga terciptalah wau,wau amat sinonim dengan budaya

masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu.

Melalui peredaran masa,pada masa ini permainan layang-layang China telah

disesuaikan mengikut budaya masyarakat Malaysia,kini terdapat banyak jenis layang-

layang atau lebih dikenali sebagai wau dalam kalangan masyarakat Malaysia.selain

daripada wau yang utama iaitu wau bulan,wau kucing,dan wau jalabudi,setiap negeri

mempunyai wau rasmi masing-masing,jadi tidak hairanlah di Malaysia terdapat pelbagai

jenis wau seperti wau kenyalang yang mewakili negeri Sarawak,wau puyuh yang

mewakili negeri Kelantan dan lain-lain.

Tambahan lagi,cara bermain juga telah disesuaikan mengikut budaya masyarakat

Malaysia,wau bukan hanya untuk hiburan sahaja malah di Malaysia ada pelbagai jenis

pertandingan wau yang diadakan.selain itu motif reka corak wau juga telah disesuaikan

dengan masyarakat Malaysia khususnya Melayu,ini kerana majoriti wau adalah

menggunakan motif reka corak tumbuh-tumbuhan,ianya berbeza dengan motif reka

corak layang-layang China yang lebih bermotifkan haiwan ataupun keagamaan kerana

majoriti pengamalan budaya serta agama oleh masyarakat Malaysia adalah berbeza

dengan masyarakat China.


LAYANG-LAYANG CHINA &18
WAU

RUJUKAN

Sumber laman web

1) Festival layang-layang antarabangsa.Diambil pada 3 Februari 2011


http://www.kitefestpasirgudang.com

2) Permainan Wau.Diambil pada 3 Februari 2011


http://www.scribd.com/doc/2547106/PERMAINAN-WAU

3) Origin of Chinese kites.Diambil pada 6 Februari 2011


http://www.chinakiteonline.com/origin.html

4) Chinese kites history.Diambil pada 8 Februari 2011


http://www.my-best-kite.com/history-of-chinese-kites.html

5) History of Chinese kites.Diambil pada 15 Februari 2011


http://chinakites.org/htm/fzls-gb.htm

6) Wau.Diambil pada 15 Februari 2011


 http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm

7) Jenis-jenis wau tradisional(2007).Diambil pada 27 Februari 2011


http://www.pelayangjohor.com/jenis_wau.php?id=1

Sumber buku

1) Ros Aiza Mohd Mokhtar , Abd Hakim Mohad , Dg Hafizah Ag Basir , Siti Halimah
Putung.(2011).Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Oleh:Penerbitan
Multimedia sdn. Bhd.

2) Jennifer Rodrigo.(1996).Malaysia – The Beautiful. Oleh:New Holland Ltd.

Anda mungkin juga menyukai