Anda di halaman 1dari 7

Bahasa Melayu STPM Kertas 2 (910/2)

Nota
PENGGAL MORFOLOGI
2

PENGGOLONGAN KATA : KATA ADJEKTIF

A. KONSEP KATA ADJEKTIF

1. Pengertian:
 Perkataan yang menunjukkan sifat bagi kata nama.
 Kata adjektif menjadi inti bagi binaan frasa adjektif.

2. Ciri-ciri Kata Adjektif (KA):


(i) Penggunaan kata penguat = sama ada penguat hadapan (sebelum KA), penguat
belakang (selepas KA), atau penguat hadapan dan belakang (secara serentak)

Penguat di hadapan Penguat di belakang Penguat serentak


 amat indah  bijak sekali  amat bijak sekali
 paling tinggi  cepat benar  sangat cepat benar
 sungguh dermawan  merdu nian  sungguh halus sekali

(ii) Mengalami perbandingan = menggunakan bagai, bak, seperti, laksana, imbuhan


se- dan ter-, sama, lebih, dan kurang

 cantik bagai/bak/seperti/laksana  sama kuat


bidadari  lebih/kurang manis
 secerdik abangnya  termasyhur

(iii) Boleh disertai kata penegas = di hadapan atau di belakang


1 http://dermagabmk1.blogspot.com

 memang lazat  selesa juga

(iv) Boleh menerima bentuk se-...-nya


 sebenarnya  setinggi-tingginya
 selengkapnya

(v) Boleh didahului perkataan makin atau semakin


 makin segak  semakin kotor
 makin subur  semakin sombong
3. Fungsi KA

(i) Inti bagi binaan frasa adjektif


 kelabu asap  jauh pandangan
 secantik ibunya

(ii) Unsur utama binaan predikat ayat


 Cerun itu curam sekali.  Wajahnya ceria kebelakangan ini.
 Buah rambutan itu manis.

(iii) Penerang bagi frasa nama = dalam subjek atau predikat ayat
 Baju merah itu kesukaan adik.  Adik mahu basikal baharu.
 Pemuda kacak itu baru sampai.  Mereka mencari rumah besar.

(iv) Keterangan bagi frasa kerja = berfungsi sebagai kata adverba


 berbincang panjang lebar  melompat tinggi
 terbang jauh

(v) Menjadi subjek ayat = asalnya penerang bagi frasa nama (FN) tetapi berfungsi
sebagai FN apabila KN digugurkan

 (Rupa) Cantik idaman kebanyakan wanita.


 (Tabiat) Malas perlu dihindarkan.
 (Warna) Merah lambang keberanian.

B. PENGGOLONGAN KATA ADJEKTIF

Jarak
Sifatan / Keadaan
Bentuk
2 http://dermagabmk1.blogspot.com

Cara
KATA
Waktu
ADJEKTIF
Warna
Perasaan
Ukuran
Pancaindera
1. Sifatan atau Keadaan = menerangkan sifat perangai, tabiat, dan keadaan
Perangai/Tabiat Keadaan
 Berani  pandai  baik  tenang
 curiga  takut  kasar  tenteram
 gopoh  sihat
2. Cara = menerangkan kelakuan atau ragam
 jelas  cepat  lincah
 laju  sengit  perlahan

3. Warna
 hitam  biru  kuning
 jingga  hijau  perang
 kelabu  merah  putih

4. Ukuran = menerangkan saiz dan berat

 besar  berat  rendah


 nipis  gemuk  tinggi
 panjang  kurus  ringan

5. Jarak = menjelaskan ruang di antara dua benda, tempat atau keadaan


 dekat  jarang  nyaris
 hampir  sempit  rapat

6. Bentuk = menerangkan rupa


 bengkok  buncit  lekuk
 bujur  cengkung  leper
 bulat  lurus  tembam

7. Waktu = konsep masa


 awal  lama  lewat
 baharu  lampau  segera
 cepat  suntuk  silam

8. Perasaan
 benci  cinta  gembira
 berahi  ragu  malu
3 http://dermagabmk1.blogspot.com

 kasih  segan  marah

9. Pancaindera = menerangkan sifat yang dapat dikesan oleh indera: kulit, lidah, mata,
telinga, dan hidung

 busuk  hanyir  semerbak


Bau (hidu)
 harum  hapak  tengik
 bising  nyaring  serak
Dengar
 garau  lunak  mersik
 indah  kacak  terang
Pandang
 hodoh  montel  suram
 sedap  manis  kelat
Rasa
 lazat  masin  payau
 lembap  keras  kesat
Sentuh
 lembut  licin  panas
 nyaman (pandang + sentuh)  licin (pandang + sentuh)
Gabungan deria
 selesa (pandang + sentuh)  tenteram (dengar + pandang)

Selain gabungan deria, terdapat juga kata adjektif yang tergolong dalam lebih daripada satu
jenis:

tenteram : keadaan, pancaindera (dengar + pandang)


bersih : keadaan, pancaindera (pandang + bau)

C. BENTUK KATA ADJEKTIF

1. Kata Adjektif Tunggal


 Pengertian = Kata adjektif yang terbentuk tanpa diberikan imbuhan, gandaan,
atau pemajmukan.

 boros  muram  pintar


 penting  sederhana  sangsi

2. Kata Adjektif Terbitan

(a) Pengertian = bentuk kata adjektif yang terhasil daripada proses pengimbuhan
= proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar

(b) Jenis imbuhan kata adjektif


 Terdiri daripada awalan, akhiran, apitan, dan sisipan
 Terdapat imbuhan asli dan imbuhan pinjaman

Awalan Akhiran Apitan Sisipan


 ter-  -el-  -em-
Asli

 se- -  ke-...-an
 te-  -er-  -in-
4 http://dermagabmk1.blogspot.com

Pinjam

 bi-  -is  -i
 anti- - -
 pro-  -wi  -iah
an

3. Kata Adjektif Gandaan

(a) Pengertian = bentuk kata kerja yang terhasil daripada proses penggandaan =
proses mengulang kata dasar

(b) Jenis gandaan kata kerja:


(i) Gandaan penuh = seluruh kata adjektif dasar diulang, sama ada kata tunggal
atau kata terbitan
Kata dasar tunggal Kata dasar terbitan1
 baik-baik
 kebodoh-bodohan
 dekat-dekat
 kegila-gilaan
 kemas-kemas
 kekuning-kuningan
 murah-murah
 kemalu-maluan
 segar-segar

(ii) Gandaan separa = sebahagian kata dasar diulang, melibatkan kata berawalan
dan berakhiran

Berawalan Berakhiran
 sebijak-bijak  besar-besaran
 secantik-cantik  gila-gilaan
 sepuas-puas  rindu-rinduan

(iii) Gandaan berentak = pengulangan atau persamaan bunyi vokal dan


konsonan, dan berentak bebas

Pengulangan Pengulangan
Berentak bebas
vokal konsonan
 compang-camping  gelap-gelita
 hiruk-pikuk
 kucar-kacir  kusut-masai
 karut-marut
 lekak-lekuk  porak-peranda

(c) Makna Gandaan Kata Nama = Rujuk nota Proses Pembentukan Kata:
Penggandaan, hlm. 4: (c) Makna Penggandaan Kata Adjektif

4. Kata Adjektif Majmuk

(a) Pengertian = bentuk kata adjektif yang terhasil daripada proses


merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu
 Wujud perkataan baharu yang membawa makna yang berbeza
daripada makna asal kata dasar yang digunakan
5 http://dermagabmk1.blogspot.com

(b) Ejaan kata adjektif majmuk = lazimnya terpisah


 biru muda  hijau pucuk pisang
 manis buah  putih telur
 muda remaja  terang hati

(c) Jenis kata adjektif majmuk

(i) Rangkai kata bebas = digunakan secara umum dalam pelbagai bidang
 gemuk air  merah jambu
 hitam pekat

1
Tatabahasa Asas (2012:188), tetapi bentuk seperti ini dianggap gandaan separa berapitan oleh
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008:241)
(ii) Kiasan = terdiri daripada peribahasa
 berat hati  panjang akal
 besar diri  terang tanah
 gelap mata

D. KATA ADJEKTIF DENGAN PERBANDINGAN

1. KONSEP
 Perbandingan merupakan ciri istimewa bagi kata adjektif.
 Perbandingan boleh dilakukan dengan kata bandingan, tanpa kata bandingan, dan
dengan kata terbitan.
 Perbandingan dapat menunjukkan kedudukan sesuatu kata adjektif, sama ada biasa,
lebih rendah atau tinggi, dan paling tinggi atau tidak tertandingkan.

2. DARJAH PERBANDINGAN

(a) Darjah Biasa


= Tidak melibatkan perbandingan dengan benda atau maujud lain, dan tidak
melibatkan kata bandingan atau kata penguat.

 gentar  cermat
 montel  kering
 sesak  mudah

(b) Darjah bandingan

= Membandingkan sifat sesuatu benda dengan benda yang lain.


 Dua cara bandingan: bandingan yang sama, dan bandingan yang berbeza.

(i) Bandingan yang sama = menggunakan awalan se-, menggunakan


6 http://dermagabmk1.blogspot.com

perkataan sama + KA + dengan, dan menggunakan kata perbandingan

 Menggunakan awalan se-+ KA


 secerdik abangnya  seindah lukisan asal
 sebesar kereta Jupri

 Menggunakan sama + KA + dengan


 sama cerdik dengan abangnya
 sama besar dengan kereta Jupri
 sama indah dengan lukisan asal

 Dengan kata bandingan = membawa makna “kesamaan” atau “kemiripan”


 keras bagai batu  jahat umpama syaitan
 tinggi seperti galah  merdu laksana buluh perindu
 kencang ibarat taufan
(ii) Bandingan yang berbeza = menggunakan perangkai lebih... daripada atau
kurang...daripada

 lebih bijak daripada...  kurang masam daripada...


 lebih lemah daripada...  kurang lazat daripada...
 lebih harum daripada...

(c) Darjah Penghabisan


= Menyatakan tingkat kepalingan, iaitu menunjukkan kedaan yang tiada
tandingan.

(i) se- + KA + gandaan + KN


 segagah-gagah gajah  selebar-lebar lebuh raya
 sejernih-jernih air  sesabar-sabar manusia

(ii) ter- + KA
 terbesar  terluas
 terkuat  terpanjang

(iii) paling + KA
 paling ketat  paling bahagia
 paling mesra  paling sejuk

(iv) KA + sekali
 nyaman sekali  keruh sekali
 kedekut sekali  tepat sekali

(v) ter- + (amat/sangat) + KA


 teramat resah  tersangat jelita
 teramat sekejap  tersangat manja
 teramat sentosa  tersangat mulia
7 http://dermagabmk1.blogspot.com

(vi) amat/sungguh/sangat + KA + sekali


 amat aman sekali  sungguh dahaga sekali  sangat bahagia sekali
 amat gah sekali  sungguh mulia sekali  sangat gelisah sekali
 amat syahdu sekali  sungguh penat sekali  sangat jauh sekali

(vii) terlalu/terlampau + KA2


 terlalu gembira  terlampau mudah
 terlalu sayang  terlampau selesa

(viii) maha- + KA3


 maha mulia  maha besar

2 Tatabahasa Asas (2012:195)


3 Tatabahasa Asas (2012:196)

Anda mungkin juga menyukai