Anda di halaman 1dari 5

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(P) AlMashoor

Jalan Sultan Ahmad Shah


10050 Pulau Pinang

LAPORAN BENGKEL TEKNIK MENJAWAB


KIMIA
SPM 2021

Disediakan oleh:

PN NURUL HIDAYAH BT AB RAZAK


Guru Kimia
SMKA (P) AlMashoor
Nama Program : Bengkel Teknik Menjawab Kimia SPM 2021
Subjek : Kimia
Tarikh/ Hari : 11 September 2021/ Sabtu
Masa : 10.00 - 12.30 tengah hari
Aplikasi : Google Meet
Peserta : Semua pelajar tingkatan 5 Akhtar dan 5 Absor
Kehadiran : 32 /34
Nama Peserta Yang Tidak Hadir: Siti Nur Aisyah ( 5 Akhtar) - demam
Nur Nabila Najwa (5 Absor)- positif covid
Penceramah : En. Abu Aswatudali Syawal bin Mohamad
Guru Kimia dari Sekolah Menengah Sains Kepala Batas

Aktiviti :
Masa Aktiviti Catatan

10.00 -11.00 a.m. Kemahiran menjawab Amali Penceramah menekankan cara menjawab
Sains menggunakan 11 Kemahiran Proses Sains. Kemahiran
mengukur dalam memberikan bacaan unit kepada
tempat perpuluhan, pemerhatian apa yang perlu
pelajar rekod, membuat inferens, hipotesis, definisi
operasi dan mengelaskan.

11.00- 12.30 p.m. Kemahiran menjawab kertas Fokus kepada cara memberikan jawapan dan istilah
2 yang tepat dalam soalan struktur. Memberikan dua
set kertas soalan peperiksaan percubaan negeri,
pelajar diberikan tempoh masa menjawab dan
melakukan sesi perbincangan jawapan.

12.30 p.m. TAMAT DAN BERSURAI

Kewangan:
Item Jumlah Kos (RM) Catatan

Bayaran penceramah RM 250.00 Peruntukan PUZ

JUMLAH KESELURUHAN RM 250.00


Kekuatan:
1. Semua pelajar memberikan tumpuan sepenuhnya ketika sesi penerangan oleh guru.
2. Kehadiran pelajar adalah baik dan menunjukkan kesungguhan sepanjang program berlangsung.
3. Pelajar lebih peka terhadap penekanan kemahiran menjawab dan menguasai kertas 2 pada bahagian esei .
Pelajar juga belajar cara mengingat formula kimia menggunakan kaedah akronim. Pelajar lebih peka
terhadap penekanan dalam bahagian esei.

Kelemahan:
1. Perbincangan kertas 2 dan kertas 3 mengambil masa agak lama dan peruntukan masa agak terhad.
2. Pelajar tidak ingat topik-topik yang awal diajar pada awal tahun.

Cadangan penambahbaikan:
1. Untuk bengkel akan datang, guru akan memfokuskan teknik menjawab soalan berdasarkan bentuk soalan
yang kebiasaannya pelajar keliru (definisi operasi, inferens, membina konsep dan lain-lain)
2. Guru akan menyediakan soalan dari modul soalan SPM JPN dan soalan percubaan negeri-negeri untuk
dibuat oleh pelajar.
3. Bengkel ini perlu dijalankan selama 2 hari dan peruntukan masa yang agak terhad.

Gambar-Gambar Sekitar Program

En. Syawal memperkenalkan diri sebelum program


En. Syawal memberikan kata-kata motivasi sebelum memulakan bengkel

En. Syawal menerangkan teknik menjawab kertas amali dengan mengutamakan aspek kemahiran proses sains
En. Syawal menerangkan cara menjawab kertas 2 struktur menggunakan istilah yang betul

Pelajar dan penceramah membincangkan jawapan kertas 2 dan point yang perlu ada

Anda mungkin juga menyukai