Anda di halaman 1dari 11

GAYA

PEMBELAJARAN

DISEDIAKAN OLEH : NURUL HANAN BT SHANSU BAHARING


5 Gaya Pembelajaran

VISUAL AUDITORI KINESTETIK

SOSIAL BERSENDIRIAN
VISUAL (PENGLIHATAN)
● Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Kebiasaannya, gaya
pembelajaran murid dipengaruhi oleh karakter mereka. Gaya pembelajaran yang
pertama adalah secara visual iaitu melalui penglihatan.

● Murid yang belajar secara visual lebih mudah untuk mengingat maklumat yang
disampaikan melalui gambar,carta atau rajah.Hal ini berlaku kerana,mereka berupaya
untuk mengambarkan dalam minda mereka tentang apa yang telah mereka baca dan
pelajari.

● Mereka juga belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam
buku di papan hitam atau paparan computer. Individu “visual” selalunya menulis nota
syarahan dan arahan lisan jika mereka hendak mengingati sesuatu kerana mereka
dapat memahami dan mengingat dengan lebih baik melalui nota yang ditulis.
● Hal ini kerana,mereka lebih seronok untuk membaca nota yang telah mereka
hiasi dengan pelbagai warna dan tulisan,peta minda dan gambar rajah yang
dapat memudahkan mereka mengingat berbanding membaca teks yang panjang.

● Sebagai contoh, Semasa sesi pembelajaran,Lisa hanya menulis poin-poin


penting sahaja. Namun,selepas sesi pembelajarannya,dia melengkapkan
notanya dengan menambah info dan menghiasi notanya dengan pelbagai warna
serta menampal gambar yang berkait agar lebih mudah untuk difahami
AUDITORI(PENDENGARAN)
▪ Selain itu, gaya pembelajaran yang seterusnya adalah secara auditori iaitu melalui
pendengaran.

▪ Murid yang belajar dengan gaya ini mampu mengingat maklumat yang didengarinya
dengan tepat.Mereka juga lebih cenderung untuk belajar dengan mendengar perkataan
yang disebut dan juga arahan lisan.

▪ Perkara ini berlaku kerana mendengar suara membantu mereka untuk mengingati
sesuatu maklumat. Sebagai contoh, mereka dapat mengukuhkan ingatan dengan
mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan
guru.Mereka juga boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau
menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.
▪ Oleh itu,mereka akan membaca buku dengan kuat tetapi sekadar kedengaran di
telinga mereka sahaja agar tidak menganggu orang lain.Bukan itu,sahaja mereka
juga lebih suka untuk mengingati sesuatu maklumat menggunakan lagu.

▪ Misalnya,guru boleh menukar lirik lagu yang popular dengan mengaitkan tajuk yang
dipelajari oleh mereka.

▪ Maka,murid-murid bukan sekadar menyanyi kosong malah mereka sedang


menyebutkan nama-nama system suria mengikut turutan.Kaedah ini amat efektif
kepada murid-murid keranasecara tidak langsung mereka dapat bergembira dan
menyanyi sambil belajar.
Kinestetik(Pergerakan)
• Seterusnya,gaya pembelajaran yang ketiga adalah belajar dengan melakukan
pergerakan atau dikenali sebagai kinestetik. Dalam gaya pembelajaran ini, murid
“kinestetik” belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara
fizikal dalam aktiviti bilik darjah.
• Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti melalui
hands-on. Mereka dapat belajar melalui gerakan-gerakan untuk mengingati informasi ke
dalam otaknya.
• Murid yang mengamalkan jenis pembelajaran ini, memerlukan bahan-bahan
pembelajaran yang konkrit untuk membantu mereka mengingati sesuatu.
• Contohnya,guru melakukan eksperimen Sains tentang “Roti Berkulat” ,dalam eksperimen
ini, semua murid wajib terlibat.Murid-murid diberi peluang untuk menyentuh roti,merenjis
air ke atas roti dan membalut roti kemudian menyimpan roti di tempat yang disediakan.
• Selepas itu, guru meminta murid untuk menulis kembali prosedur eksperimen
tersebut.Murid yang mempunyai gaya pembelajaran kinestetik dapat menulis prosedur
itu dengan baik tanpa melihat buku kerana mereka ingat apa yang telah mereka lakukan.
SOSIAL (INTERPERSONAL)
● Kemudian,gaya pembelajaran yang keempat adalah secara sosial.
● Murid yang belajar dengan kaedah ini memiliki kemampuan sosial yang baik seperti
berkomunikasi dengan verbal maupun tulisan
● Mereka lebih suka belajar dengan membuat pertukaran pengetahuan dan idea.
Selain itu, mereka lebih suka untuk bekerja bersama orang lain.
● Oleh sebab itu ,mereka akan berkonsultasi dan berdiskusi tentang pelajaran
bersama guru, mahupun teman sekelas untuk memahami dengan lebih jelas tentang
perkara yang telah mereke belajar.
● Sebagai contoh,murid-murid membuat kumpulan dan belajar secara
berkumpulan.Kaedah ini sangat membantu murid-murid kerana melalui kaedah ini
mereka dapat bertukar idea, dan saling memberi tanggapan dan pandangan masing-
masing terhadap sesuatu perkara. Semasa perbincangan, pelbagai idea dan pendapat
akan terhasil. Pendapat-pendapat tersebut merupakan pengetahuan baharu untuk
murid.Maka,banyak maklumat yang boleh mereka perolehi tanpa bertanya dengan
guru.
● Dalam perspektif yang berbeza pula,belajar berkumpulan dapat mengatasi rasa
bosan ketika belajar.
BERSENDIRIAN (INTRAPERSONAL)
● Kemudian,gaya pembelajaran yang terakhir adalah belajar secara bersendirian
● Murid yang menggunakan kaedah ini untuk belajar, suka berada di tempat yang sunyi
dan jauh daripada orang ramai.
● Hal ini supaya mereka dapat fokus dan memberikan konsentrasi yang sepenuhnya
terhadap apa yang mereka pelajari.
● Sekiranya berada di tempat yang ramai orang,tumpuan mereka akan terganggu oleh
bunyi-bunyi yang bising dan gurauan kawan-kawan bermain di dlam kelas.
● Dengan itu,mereka lebih senang untuk memahami pelajaran dengan membaca buku
atau belajar dengan menggunakan komputer riba ataupun telefon pintar berbanding
belajar secara berkumpulan apabila belajar berkumpulan,ada golongan yang datang
hanya untuk bermain dan bergosip.
● Oleh itu,mereka akan berasa bahawa masa mereka akan terbuang begitu sahaja tanpa
apa-apa hasil pembelajaran dan memilih untuk belajar bersendirian.
● Tamsilnya,Muhammad gemar belajar di perpustakaan kerana suasananya yang sunyi
dan tenang serta terdapat banyak rujukan yang boleh digunakannya untuk belajar. Dia
juga dapat fokus dan belajar dengan tenang tanpa gangguan sesiapa.
• Walaubagaimanapun,tiada gaya pembelajaran yang terbaik
dan terburuk.

• Setiap individu mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri


sama ada satu ataupun lebih.Namun,setiap murid hendaklah
mengetahui dan mencari gaya pembelajaran yang sesuai dan
efektif buat dirinya.
SUMBER RUJUKAN
▪ https://www.tutorkami.com/tuition/gaya-belajar-anak-vak/
▪ http://dpliprasekolahsunshine.blogspot.com/2012/09/by-eva-cheong-
s.html

▪ https://ms.successcoaching.co/blog/different-ways-people-learn
▪ https://www.ruangguru.com/blog/7-gaya-belajar
▪ https://www.researchgate.net/publication/46480625_Teori_Berkaitan_
Gaya_Pembelajaran_Dan_Kaedah_Pengajaran

▪ https://www.academia.edu/5779829/Gaya_Pembelajaran
▪ https://slideplayer.info/slide/14430808/

Anda mungkin juga menyukai