Anda di halaman 1dari 3

PERNYATAAN MASALAH

Sahsiah atau akhlak adalah satu element penting yang harus diterapkan dalam setiap
individu di dunia ini. Setiap orang yang beriman itu dituntut untuk mencontohi sifat-sifat yang
terpuji. Ini kerana, agama Islam amat menitik beratkan keindahan akhlak. Membentuk
akhlak dan sahsiah remaja menurut Islam adalah merupakan kewajipan semua pihak,
bermula dari ibu bapa, pendidik, masyarakat, pemimpin dan yang lebih penting adalah diri
remaja itu sendiri.Melalui kajian ini,kami ingin merungkai tentang sejauh manakah
kesedaran masyarakat akan pentingnya pembentukan sahsiah terpuji dalam diri mereka
khususnya golongan remaja.Selain itu, Justeru,kajian ini dilakukan untuk mengupas sebab-
sebab mengapa perkara ini sering diamalkan walhal segelintir dari mereka mengetahui
bahawa amalan yang mereka lakukan tidak membawa faedah kepada mereka.Kajian ini
dilakukan dengan lebih tererinci dengan menyoal sendiri mereka dengan mengedarkan
borang soal selidik keatas beberapa orang remaja di sebuah lokasi untuk merumuskan
masalah ini.
LATAR BELAKANG KAJIAN

Kajian yang kami lakukan adalah bertajuk sahsiah terpuji dalam kalangan remaja. Kajian ini
bertujuan untuk menkaji adakah remaja mengambil berat akan kepentingan pembetukan
sahsiah terpuji dalam diri mereka sendiri.Remaja dan belia pada masa kini banyak terdedah
kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa, pengaruh atau
desakan daripada rakan sebaya serta ibu bapa.Para belia yang ditarbiyah harus memainkan
peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai dengan imej pelajar yang
ditarbiyah di ipt atau di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Akhlak yang baik
termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan bebas, menjaga batas-batas aurat,
serta menjaga hubungan baik sesama individu di sekeliling kita.

Tajuk ini dipilih kerana masalah keuntuhan akhlak sering kami lihat dimata kami sendiri
dimana remaja masa kini melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan mengamalkan
tabiat buruk seolah-olah mereka tidak mementingkan sahsiah diri mereka.Perkara ini
seharusnya dipandang serius kerana tabiat yang dilakukan oleh golongan remaja masa kini
menggambarkan masa depan negara.Antara akhlak remaja yang amat membimbangkan
adalah seperti merokok,merempit,mengabaikan pelajaran dan sebagainya.Sebagai
contoh,sering dilihat berlaku di sekolah,segelintir remaja sering ponteng sekolah,tidak
menghormati guru dan mengabaikan kepentingan prestasi pelajaran.Bukan itu sahaja,malah
pelajar ipt juga tidak menghormati pensyarah dan sering ponteng kelas dan melanggar
peraturan-perturan di istitusi pengajian.Di samping itu,remaja juga dilihat sering
mengenakan gaya pemakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan sering tidak
menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Kajian ini dilakukan untuk melihat sendiri dengan lebih jelas akan kesedaran individu remaja
itu sendiri terhadap kepentingan mempunyai sahsiah yang terpuji.Di samping itu dalam
kajian ini juga akan mengupas antara faktor atau punca mengapa segelintir remaja
mengabaikan perkara ini.Kajian ini juga ingin membuktikan adakah pengaruh rakan
merupakan salah satu faktor pembentukan sahsiah remaja dengan menyelidik para
responden akan kenalan rapat mereka iaitu dengan siapa mereka berkawan.Akhir
sekali,kajian ini juga adalah untuk merungkai kepentingan pembentukan sahsiah terpuji dan
mencari solusi keruntuhan sahsiah dalam kalangan remaja.
Sumber Rujukan

(sistem rujukan APA)

Ahmad Ayoup,M.M.(2018,November 23).IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-304: HADITH


BERAKHLAKLAH SEPERTI AKHLAK ALLAH.6 Disember 2020 diambil dari
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/2796-irsyad-al-hadith-siri-ke-304-hadith-
berakhlaklah-seperti-akhlak-allah.

Syira.(n.d).Peranan Remaja Dalam Membentuk Sahsiah Diri Yang Terpuji.6 Disember 2020
diambil dari https://www.termpaperwarehouse.com/essay-on/Peranan-Remaja-Dalam-
Membentuk-Sahsiah-Diri-Yang-Terpuji/45133.

Anda mungkin juga menyukai