Anda di halaman 1dari 28

Jalan Bakam, 98009 Miri, Sarawak

No. Tel: 085-421201 Faks: 085-424178


http://ipgks.moe.edu.my

NOTA PENULISAN
PERUJUKAN APA
Edisi Ke-7 (2020)

Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi


& Jabatan Kecemerlangan Akademik
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak
Oktober 2020
KANDUNGAN

Perkara Muka Surat


1.0 PENGENALAN 1
2.0 PLAGIARISME DAN LARANGANNYA 1
3.0 FORMAT DAN GAYA 3
4.0 JADUAL DALAM PENULISAN 3
5.0 RAJAH DALAM PENULISAN 5
6.0 LAMPIRAN 7
7.0 PANDUAN MENULIS NAMA PENGARANG 8
8.0 MENULIS RUJUKAN DALAM TEKS 9
9.0 MENULIS PETIKAN DALAM TEKS 13
10.0 PENULISAN SENARAI RUJUKAN 14
10.1 Bilangan Pengarang 14
10.2 Internet 15
10.3 Buku 16
10.4 Artikel 17
10.5 Dokumen Awam 19
10.6 Tesis / Latihan Ilmiah 19
10.7 Surat Khabar – Artikel / Makalah 20
10.8 Bahan Sumber Yang Tidak Diterbitkan 20
10.9 Kamus, Tesaurus, Encyclopaedia Article 21
10.10 Media Sosial 21
10.11 Pembentangan 22
10.12 Sumber Lain 23
11.0 RUMUSAN 23
BIBLIOGRAFI 23
LAMPIRAN A Langkah-langkah penggunaan common Mathematical 24
Equations dalam MS Word untuk menaip operasi Matematik
LAMPIRAN B Langkah-langkah Penggunaan Symbol dalam MS Word 26
untuk Operasi Matematik
1

1.0 PENGENALAN
Penulisan ilmiah sering digunakan untuk mempersembahkan laporan, kertas kerja,
projek kajian, tesis atau disertasi sama ada untuk dibentangkan di seminar, kolokium,
simposium, persidangan, viva atau sekadar penulisan untuk diterbitkan di dalam jurnal, buku
atau majalah ilmiah. Pendedahan penulisan ilmiah juga boleh digunakan oleh pelajar untuk
menghasilkan kerja kursus (tugasan) yang berkualiti.
Panduan ini akan membincangkan secara umum tentang format dan cara penulisan
ilmiah yang tepat khususnya dalam bahagian penulisan rujukan mengikut gaya Publication
Manual of the American Psychological Association (APA) Seventh Edition (2020). Garis
panduan yang dimuatkan di sini adalah untuk kegunaan para guru dan pelajar yang bakal
terlibat dalam aspek penulisan ilmiah atau penghasilan tugasan kursus pada setiap
semester pengajian. Adalah diharapkan, melalui usaha bengkel ini akan dapat
pengetahuan untuk menyediakan dan menghasilkan kerja kursus yang menepati format
yang ditetapkan.
Apakah perbezaan antara rujukan dengan bibliografi? Rujukan ialah bahan yang
dirujuk dan ditulis dalam teks penulisan, sama ada dalam bentuk petikan, sedutan atau
pemparafrasaan bahan berkenaan. Bahan-bahan yang disenaraikan dalam rujukan
dicatatkan sebagai penunjuk rujukan dalam teks. Bibliografi pula merupakan satu senarai
bahan yang disediakan untuk memudahkan pembaca memperoleh bahan-bahan tambahan
sebagai bahan bacaan tambahan untuk mengetahui konsep-konsep asas yang
disentuh/dibincang atau perkara-perkara yang tidak disentuh oleh penulis. Bahan-bahan
yang dimasukkan dalam senarai bacaan tambahan tidak dicatatkan dalam teks sebagai
penunjuk rujukan.

2.0 PLAGIARISME DAN LARANGANNYA


Plagiarisme berlaku apabila idea-idea atau perkataan-perkataan dari karya orang lain
yang telah diterbitkan digunakan tanpa dicatatkan kata-kata penghargaan kepada penulis.
Dalam penggunaan idea atau perkataan orang lain, penghargaan mesti dibuat mengikut
kebiasaan yang dinyatakan di bawah ini:
• Penggunaan idea atau perkataan orang lain mesti diakui secara perseorangan dalam
teks. Tambahan pula, setiap karya yang dirujuk perlu dicatat di dalam Rujukan atau
Bibliografi.
• Telah ditegaskan bahawa penulisan tugasan atau apa sahaja laporan/projek
ilmiah/akademik yang diserahkan mestilah merupakan hasil asal pelajar sendiri.
Larangan terhadap plagiarime merangkumi:
1. Seseorang tidak boleh memplagiat apa-apa idea, penulisan, data atau ciptaan orang
lain;
2

2. Plagiarisme termasuklah:
(a) perbuatan mengambil sesuatu idea, penulisan, data atau ciptaan orang lain
dan mendakwa bahawa idea, penulisan, data atau ciptaan itu adalah hasil
ciptaan atau ciptaannya sendiri; atau
(b) suatu cubaan untuk menonjolkan atau perbuatan menonjolkan, dalam apa-
apa cara, bahawa dia ialah sumber asal atau pencipta sesuatu idea,
penulisan, data atau ciptaan yang adalah sebenarnya diambil daripada
beberapa sumber lain.
3. Tanpa menjejaskan keluasan makna perkara (2), seseorang dikatakan memplagiat
apabila dia:
(a) menerbitkan, dengan dirinya sebagai pengarang, suatu ringkasan, artikel,
kertas saintifik atau akademik, atau buku yang keseluruhannya atau
sebahagiannya adalah ditulis oleh beberapa orang lain;
(b) menggabungkan dirinya atau membenarkan dirinya digabungkan sebagai
pengarang bersama sesuatu ringkasan, artikel, kertas saintifik atau akademik,
atau buku, apabila dia tidak langsung membuat apa-apa sumbangan bertulis
kepada ringkasan artikel, kertas saintifik atau akademik, atau buku;
(c) memaksa orang lain untuk memasukkan namanya dalam senarai penyelidik
bersama bagi sesuatu projek penyelidikan tertentu atau dalam senarai
penyelidikan bersama bagi penerbitan apabila dia tidak membuat apa-apa
sumbangan yang boleh melayakkan dirinya sebagai penyelidik bersama atau
pengarang bersama;
(d) memetik data akademik hasil penyelidikan yang dijalankan oleh beberapa
orang lain, seperti dapatan makmal atau dapatan kerja lapangan, atau data
yang diperolehi melalui penyelidikan perpustakaan, sama ada diterbitkan atau
tidak diterbitkan, dan menggabungkan data tersebut sebagai sebahagian
daripada penyelidikan akademiknya tanpa memberi pengiktirafan sewajarnya
kepada sumber asal;
(e) menggunakan data penyelidikan yang diperoleh melalui kerja usaha sama
dengan beberapa orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu merupakan
anggota kaki tangan atau pelajar institut sebagai sebahagian daripada
penyelidikan akademik yang berbeza, atau bagi penerbitan atas namanya
sendiri sebagai pengarang tunggal, tanpa memperoleh keizinan penyelidik
bersamanya sebelum memulakan penyelidikan peribadinya atau sebelum
menerbitkan data;
(f) menyalin idea atau ciptaan orang lain yang disimpan dalam apa-apa jua
bentuk, sama ada bertulis, tercetak atau tersedia dalam bentuk elektronik,
3

atau dalam bentuk slaid, atau dalam apa-apa juga bentuk pengajaran atau
perkakas penyelidikan atau dalam apa-apa bentuk lain dan mengaku sama
ada secara langsung atau tidak langsung bahawa dia ialah pencipta idea atau
ciptaan itu;
(g) menterjemahkan tulisan atau ciptaan orang lain daripada satu bahasa kepada
bahasa lain sama ada atau tidak secara keseluruhan atau sebahagian, dan
kemudian mengemukakan terjemahan itu dalam apa-apa jua bentuk atau
cara sebagai penulisnya atau ciptaannya sendiri;
(h) memetik idea daripada penulisan atau ciptaan orang lain dan membuat
beberapa pengubahsuaian tanpa rujukan sewajarnya kepada sumber asal
dan menyusun idea itu semula dalam apa-apa cara yang seolah-olah dia
ialah pencipta idea-idea itu. …”

3.0 FORMAT DAN GAYA


- Margin 1” untuk semua sisi dokumen. Perlu memasukkan nombor muka surat di
sebelah kanan atas bagi setiap muka surat.
- Guna langkau 2.0 atau langkau 1.5 termasuk tajuk dan muka surat rujukan.
- Nombor di bawah 10 perlu diejakan, contohnya lima. Manakala nombor 10 dan ke
atas ditulis dalam bentuk nombor.
- Guna fon umum iaitu cadangan
• 11 pt. Arial
• 11 pt. Calibri
• 12 pt. Times New Roman
• 11 pt. Georgia
• 10 pt. Lucinda sans Unicode
- Penulisan melibatkan elemen Matematik perlu menggunakan common Mathematical
4
Equations. Misalnya persamaan kuadratik 2𝑥 2 − 4𝑥 + 7 = 0 , pecahan dan
5
sebagainya. Ini termasuk operasi Matematik, contohnya huruf ”x” tidak boleh
digunakan sebagai perwakilan bagi simbol darab () dan sebagainya. Rujuk
Lampiran A untuk langkah-langkah penggunaan common Mathematical Equations
dalam MS Word untuk menaip operasi Matematik. Rujuk Lampiran B untuk Insert
Symbol bagi memilih simbol Matematik yang dikehendaki.

4.0 JADUAL DALAM PENULISAN


Jadual lazim dimuatkan di dalam teks. Jadual-jadual ini mestilah dimuatkan bermula
dengan jarak satu (1) “tab” dari jidar kiri jika jadual lebih kecil dalam lingkungan birai yang
4

telah ditetapkan. Setiap jadual mestilah mengandungi satu nombor rujukan dan keterangan.
Nombor ini mestilah diberi nombor secara berturutan iaitu 1, 2, 3 dan seterusnya dalam
penulisan teks. Seterusnya, perkataan 'Jadual', nombor dan keterangannya ditulis mula dari
jidar kiri dalam 1.0 atau 1.5 atau 2.0 baris (mengikut langkau pada penulisan teks) pada
sebelah atas jadual itu. Baris pertama ialah perkataan “Jadual” dan nombornya dengan bold.
Baris kedua ialah keterangan atau judulnya dengan italic. Langkau dalam kandungan jadual
boleh 1.0 baris atau mengikut langkau dalam penulisan teks.
Hadkan penggunaan sempadan atau garis dalam jadual dengan yang diperlukan
sahaja untuk kejelasan. Secara umum, gunakan sempadan di bahagian atas dan bawah),
dan sempadan yang diperlukan untuk memisahkan maklumat. Juga boleh menggunakan
sempadan untuk memisahkan baris yang mengandungi jumlah atau maklumat ringkasan
lain dari baris lain dalam jadual. Jangan gunakan sempadan menegak untuk memisahkan
data, dan jangan gunakan sempadan dalam setiap sel dalam jadual. Gunakan jarak antara
lajur dan baris dan penjajaran yang sesuai untuk menjelaskan hubungan antara elemen
dalam jadual.
Jika terdapat singkatan digunakan dalam jadual, maka catatan singkatan perlu
dituliskan di bawah sebelah kiri jadual. Ini termasuk nota jadual jika diperlukan. Jadual 1,
Jadual 2 dan Jadual 3 merupakan contoh jadual yang terdapat dalam di dalam teks.

Jadual 1
Profil responden kajian
Responden Jantina Kaum
R1 Lelaki Melayu
R2 Perempuan Iban
R3 Perempuan Cina
R4 Perempuan Iban
R5 Perempuan Melayu

Jadual 2
Profil responden kajian
Responden Jantina Kaum Pencapaian dalam Tahap
UD (%)
R1 Lelaki Melayu 0 lemah
R2 Perempuan Iban 5 lemah
R3 Perempuan Cina 10 lemah
R4 Perempuan Iban 0 lemah
R5 Perempuan Melayu 5 lemah
Catatan. UD = Ujian Diagnostik
5

Jadual 3
Moderator Analysis: Types of Measurement and Study Year
Effect Estimate SE 95% CI p
LL UL
Fixed effects
Intercept .119 .040 .041 .198 .003
a
Creativity measurement .097 .028 .042 .153 .001
Academic achievement −.039 .018 −.074 −.004 .03
measurement b
Study year c .0002 .001 −.001 .002 .76
Goal d
−.003 .029 −.060 .054 .91
Published e .054 .030 −.005 .114 .07
Random effects
Within-study variance .009 .001 .008 .011 <.001
Between-study variance .018 .003 .012 .023 <.001
Note. Number of studies = 120, number of effects = 782, total N = 52,578. CI =
confidence interval; LL = lower limit; UL = upper limit.
a
0 = self-report, 1 = test. b 0 = test, 1 = grade point average. c Study year was grand centered.
d
0 = other, 1 = yes. e 0 = no, 1 = yes.

5.0 RAJAH DALAM PENULISAN


Rajah mungkin merupakan gambar foto, ilustrasi, carta, graf, lukisan, peta atau
sebagainya yang digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu. Rajah sebenarnya ialah apa
sahaja yang tidak merupakan teks atau jadual. Setiap rajah mestilah mengandungi satu
nombor rujukan dan keterangan. Nombor ini mestilah diberi nombor secara berturutan iaitu 1,
2, 3 dan seterusnya dalam penulisan teks. Seterusnya, perkataan 'Rajah', nombor dan
keterangannya ditulis mula dari jidar kiri dalam 1.0 atau 1.5 atau 2.0 baris (mengikut
langkau pada penulisan teks) pada sebelah atas rajah itu. Baris pertama ialah perkataan
“Rajah” dan nombornya dengan bold. Baris kedua ialah keterangan atau judulnya dengan
italic.
Saiz tulisan dalam rajah tidak kecil dari 8 poin dan tidak besar dari 14 poin. Lazimnya
sesuatu rajah tidak melebihi satu muka surat dan perlu diletak di tengah-tengah. Gambar
foto yang lebih kecil daripada ukuran satu muka surat hendaklah dilekatkan dengan kukuh
pada muka surat/halaman berkaitan. Gambar foto boleh juga dicetak sebesar kertas A4.
Garis pada rajah hendaklah dibuat dengan kemas. Jika terdapat singkatan digunakan dalam
rajah, maka catatan singkatan perlu dituliskan di bawah sebelah kiri rajah. Ini termasuk nota
6

rajah jika diperlukan. Rajah 1, Rajah 2 dan Rajah 3 merupakan contoh rajah yang terdapat
dalam di dalam teks.

Rajah 1
Graf pertumbuhan ekonomi
f (t)

18
16
14
12
10
8
6
4
2

0.5 1 t

Rajah 2
Examples of Stimuli Used in Experiment 1

Note. Stimuli were computer-generated cartoon bees that varied on four binary dimensions,
for a total of 16 unique stimuli. They had two or six legs, a striped or spotted body, single or
double wings, and antennae or no antennae. The two stimuli shown here demonstrate the
use of opposite values on all four binary dimensions.
7

Rajah 3
Organizational Framework for Racial Microaggressions in the Workplace

Racial microaggressions in the workplace

• Environmental
• Stereotypes of Black women
Racial • Assumed universality of the
Black experience
microaggressions
• Invisibility
• Exclusion

Perception of racial
microaggressions

Processes
Consequences and
Reactions to racial
the impact of racial
microaggressions
microaggressions

• Religion and spirituality


Coping • Armoring
• Shifting
strategies • Support network
• Sponsorship and mentorship
• Self-care

6.0 LAMPIRAN
Lampiran mengandungi ilustrasi tambahan, dokumen tambahan, data asal dan
petikan yang terlalu panjang hingga tidak dapat dimuatkan ke dalam teks. Bahagian ini
dapat menghindarkan pembaca melencong dari perbincangan utama. Lampiran perlu diberi
nama seperti Lampiran A, Lampiran B dan seterusnya bergantung kepada jenis dan
banyaknya bahan yang disertakan sebagai lampiran. Lampiran juga perlu diberi tajuk-tajuk
tertentu. Tiap-tiap lampiran serta tajuknya, jika ada, hendaklah disenaraikan secara
berasingan di dalam Isi Kandungan. Semua jadual dan rajah di dalam lampiran hendaklah
dinomborkan dan bertajuk. Setiap lampiran perlu disebutkan/dirujukkan dalam teks
penulisan.
8

7.0 PANDUAN MENULIS NAMA PENGARANG


Walaupun pada umumnya nama pengarang ditulis mengikut sistem nama keluarga
diikuti oleh singkatan nama lain. Sistem nama yang tidak mempunyai nama keluarga boleh
ditulis mengikut kelaziman kelompok berkenaan. Berikut adalah panduan menulis nama
pengarang di dalam teks dan dalam senarai rujukan.
a. Nama Barat
Tuliskan nama keluarganya dan diikuti oleh singkatan nama lain.
Contoh:
nama : John Neville Pavlovic
dalam teks : Pavlovic [nama keluarga sahaja]
dalam rujukan : Pavlovic, J. N.

b. Nama Melayu
Gunakan nama pengarangnya. [Catatan: tidak tuliskan binti atau bin]
Contoh:
nama : Mohd Noor bin Abdullah
dalam teks : Mohd Noor Abdullah [nama penuh]
dalam rujukan : Mohd Noor Abdullah

c. Nama Arab atau Berunsur Arab


Gunakan nama keluarganya atau nama pengarang jika tiada nama keluarganya.
Contoh (guna nama keluarga):
nama: Syed Muhammad Naquib Al-Attas
dalam teks: Al-Attas [nama keluarga sahaja]
dalam rujukan: Al-Attas, Syed Muhammad Naquib

Contoh (tiada nama keluarga):


nama : Malik ibn Anas
dalam teks: Malik ibn Anas
dalam rujukan: Malik ibn Anas

d. Nama Cina dan Nama Cina dengan nama Inggeris


Gunakan nama pengarangnya.
Contoh:
nama: Tan Beng Keat
dalam teks: Tan
dalam rujukan: Tan, B. K.

nama: Vincent Tan Beng Keat


dalam teks: Vincent Tan
dalam rujukan: Vincent Tan B. K.

e. Nama India, Iban dan bumiputera


i. Gunakan nama pengarangnya. [tidak tulis a/p atau a/l atau anak]
Contoh:
nama: Srinivasan a/l Venkataraman
dalam teks: Srinivasan Venkataraman [nama penuh]
dalam rujukan: Srinivasan Venkataraman
9

ii. Ditulis terbalik sekiranya nama mempunyai singkatan.


Contoh:
nama : S. N. Gupta
dalam teks : Gupta
dalam rujukan : Gupta, S. N.

f. Nama Punjabi / Sikh [tidak tulis d/o atau s/o]


Gunakan nama penulisnya.
Contoh:
nama : Pretam Singh
dalam teks : Pretam Singh [nama penuh]
dalam rujukan : Pretam Singh

g. Nama Yang Diwarisi


Gunakan nama yang diwarisi
Contoh:
nama : Raja Ahmad Yusof
dalam teks : Raja Ahmad Yusof [nama penuh]
dalam rujukan : Raja Ahmad Yusof

h. Tiada Pengarang
Gunakan tajuk artikel / badan korporat / Nama Persidangan / Agensi / Persatuan /
Institusi / Bahagian dan sebagainya
Contoh:
nama Institusi: Kementerian Pelajaran Malaysia
dalam teks : Kementerian Pelajaran Malaysia [bukan guna KPM]
dalam rujukan : Kementerian Pelajaran Malaysia
nama Institusi: Bahagian Pembangunan Kurikulum
dalam teks : Bahagian Pembangunan Kurikulum [bukan guna BPK]
dalam rujukan : Bahagian Pembangunan Kurikulum

8.0 MENULIS RUJUKAN DALAM TEKS


Rujukan dalam teks hendaklah ditulis menggunakan nama utama pengarang sahaja
(tanpa nama ringkasannya) seperti berikut:
a. Meletakkan tahun penerbitan dalam kurungan selepas nama pengarang yang
dirujuk. Contoh:

Menurut Paredis (1993), sebilangan besar masalah utama penjadualan dalam


pelbagai bidang seperti ekonomi dan kejuruteraan tergolong ke dalam kelas
masalah pengoptimuman kekangan.

Shaifol Ahmad (2004) menyatakan proses literasi akan membolehkan pengamalnya


memperolehi maklumat yang tersusun dan seterusnya menguasai sesuatu tajuk.

Chua (2002), ciri-ciri mesra pengguna termasuklah keterangan yang ditulis dalam
bahasa yang mudah difahami ...
10

Muhamad Razali (2000), audio merupakan alat komunikasi yang digunakan ...

John (2012), mendapati pencapaian pelajar yang ...

Srinivasan Venkataraman (2013) menyatakan bahawa...

Pada tahun 2013, Srinivasan Venkataraman menyatakan bahawa...

b. Jika nama pengarang tidak perlu ditulis dalam ayat, maka tuliskan nama dan tahun
dalam kurungan. Contohnya

Oleh itu, penyelidikan terhadap kaedah penyelesaian yang berkesan bagi masalah
pengoptimuman kekangan ini menjadi suatu bidang kajian yang popular dewasa ini
(Paredis, 1993).

Animasi adalah aplikasi media yang terdiri daripada gerakan objek dalam bentuk
3-D atau 2-D yang dapat menarik minat pengguna (Szuprowicz, 1992).

c. Sekiranya bahan sumber yang dirujuk dihasilkan oleh dua pengarang, tuliskan
nama kedua-dua pengarang pada setiap kali sedutan. Contoh:

Penjadualan senggaraan telah lama dikaji, contohnya dalam penghasilan kuasa oleh
Kralj dan Petrovic (1995) . . . . Selain itu, Kralj dan Petrovic (1995) juga menyatakan
bahawa ...

Grafik terdiri daripada pelbagai bentuk tulisan, lukisan, lakaran dan gambar. Media
grafik digunakan sebagai alat untuk memberi arahan dan penerangan (Wittich &
Schuller, 1979). Wittich dan Schuller (1979) juga menyatakan bahawa...

Bagi tiga atau lebih pengarang, hanya pengarang pertama dan diikuti dengan et al.
(and others) teks penulisan bukan dalam Bahasa Inggeris. Jika teks penulisan adalah
Bahasa Inggeris, maka tuliskan et al. iaitu tiada italic. Contoh:
Masserton et al. (1989), menyatakan bahawa ...

Safaai Deris et al. (1997), menggunakan pendekatan tersebut ke atas jadual waktu
Universiti.
11

Menurut Merrill et al. (1996), dalam kaedah tutorial, perisian boleh menggantikan
peranan guru sebagai tutor.

Perisian multimedia yang sempurna dan sesuai digunakan sebagai alat untuk
mendidik hendaklah dilaksanakan mengikut landasan teori-teori pembelajaran (Wan
Salihin et al., 1998).

Jones et al. (2019) found that the effects of ...

d. Gunakan huruf kecil (a, b, c), untuk mengenal pasti dua atau lebih penerbitan oleh
pengarang yang sama dan dikeluarkan pada tahun yang sama. Contoh:

Contoh perisian yang menggunakan bahasa pengaturcaraan kekangan ialah ILOG


Solver oleh Puget dan Albert (1994a).

Penggunaan objek amat meluas, terutama dalam pengaturcaraan kepintaran buatan


(Puget & Albert, 1994b).

e. Rujuk silang (cross reference) atau sumber sekunder dalam penulisan digunakan
apabila anda tidak memperoleh sumber asal bagi sesuatu petikan tetapi mendapati
ia dirujuk di dalam karya orang lain. Anda harus memberi sumber asal (penulis yang
anda petik itu patut peroleh) dan rujukan yang anda dapati. Contohnya,
Skinner (1968), quoted by Conant (1972), was...

Thompson’s study (as cited in Smith, 2008) ...

Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan (Mansur,


1982, seperti yang dinyatakan dalam Lim, 1990).

Mengikut Mansur (1982, seperti yang dinyatakan dalam Lim, 1990), sistem
pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan peperiksaan.

f. Tanpa Pengarang
Apabila sumber sedutan tidak dinyatakan pengarangnya, maka beberapa perkataan
pertama dalam tajuk dan tahun perlu dituliskan. Gunakan tanda petikan berganda
(double quotation marks, “ ”) pada tajuk bagi artikel, bab dan laman sesawang. Italic
12

tajuk bagi penerbitan berkala, buku, brosur, dan laporan. Tiada pengarang,
organisasi sebagai pengarang. Contohnya,

Within schools and colleges STEM subjects are usually taught individually, providing
young people with the benefit of specialist teaching (“The National STEM Centre”,
2015).

Berdasarkan Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), secara umumnya setiap


perisian pendidikan (tutorial) mengandungi satu atau ...

Jika pengarang telah ditetapkan sebagai ”Anonymous” (tanpa nama), maka sedutan
ditulis seperti: (Anonymous, 1999)

Organisasi kumpulan dengan singkatan, penulisan rujukan kali pertama tanpa


singkatan. Contoh: (National Institute of Mental Health [NIMH], 2020), penulisan yang
seterusnya boleh menggunakan singkatan (NIMH, 2020).

Organisasi kumpulan tanpa singkatan, contoh (Stanford University, 2020)

g. Multi Rujukan
Dalam menulis pelbagai rujukan teks yang memberi pengertian maksud yang sama,
semua rujukan itu ditulis bersama dan dipisahkan bersama tanda semi kolon (;).
Susun dua atau lebih sedutan bagi pengarang yang berbeza mengikut abjad.
Contohnya,
Hiperteks mempunyai keistimewaan, iaitu memberi peluang kepada pelajar untuk
membuat penjelajahan serta mencari dan menggabungkan maklumat yang
diperolehi (Reader & Hammond, 1994; Jones & Berger, 1995; Rivlin et al., 1994,
1996; Kirsh, 1997).

Susun dua atau lebih sedutan bagi pengarang yang sama mengikut urutan tahun
yang dipisahkan dengan tanda koma (,)
Contohnya,
Bahan latihan adalah mencukupi (Department of Affairs, 2001, 2003)
13

9.0 MENULIS PETIKAN DALAM TEKS


Petikan terus (citation) menggunakan sistem petikan pengarang – tahun, termasuk
nombor muka surat (p. atau pp.) dan memasukkan petikan ke dalam perenggan jika
bilangan perkataan kurang dari 40 patah perkataan.
a. Sebarang penggunaan perkataan sebenar dari orang lain perlu diakui dengan
menggunakan tanda petik serta dengan menyatakan sumbernya dan muka surat
petikan asal di dalam teks. Contohnya,

“Civic education turned away from concentrating on the founding to concentrating on


openness based on history and social sciences” (Bloom, 1987, p. 29).
atau
Menurut Bloom (1987), “Civic education turned away from concentrating on the
founding to concentrating on openness based on history and social sciences”
(p. 270).

b. Petikan 40 atau lebih perkataan, harus dimulakan lebih jauh dari garis tepi (indent
0.5” dari margin kiri) dan tanda petik tidak perlu digunakan. Contohnya,
The general theory of relativity, on its own, cannot explain these features or
answer these questions because of its prediction that the universe started off
with infinite density at the big bang singularity. At the singularity, general
relativity and all other physical laws break down: one couldn’t predict what will
come out of the singularity. (Hawking, 1988, p. 122)

c. Sekiranya hanya sebahagian satu karangan dari sebuah buku digunakan, maka ia
harus dinyatakan dengan menggantikan perkataan yang tidak digunakan dengan
tiga titik. Contohnya, “There must be give-and-take, with the teacher being a
participant as well as leader and ... a source of answers”. (Sizer, 1984, p.118).

d. Sebarang perkataan sendiri yang ditambah untuk melengkapkan sesuatu petikan


perlu dimasukkan dalam tanda kurungan empat segi. Contohnya, “This principle
[sanctity of contracts] is closely associated with that of freedom of contract...” (Peden,
1982, p. 9).

e. Tanpa Muka Surat


Nyatakan nama bahagian
• Gunakan nama yang disingkatkan dalam petikan jika nama bahagian terlalu
panjang. Contoh (Gecht-Silver & Duncombe, 2015, Osteoarthritis section)
14

• Berikan nombor perenggan (kira secara manual jika tidak bernombor).


Contoh: (Chamberlin, 2014, para. 1)
• Berikan masa/waktu permulaan bahan yang dipetik dari sumber audio / visual.
Contoh: (Cuddy, 2012, 2:12)

10.0 PENULISAN SENARAI RUJUKAN


Dalam penulisan tugasan/laporan/projek/tesis, seseorang penulis akan merujuk
pelbagai jenis bahan sumber. Kemasukan rujukan dalam senarai rujukan hendaklah disusun
mengikut abjad atau susunan ”Hanyu Pinyin” (汉语拼音) untuk penulisan senarai rujukan
dalam Bahasa Cina. Contoh berikut adalah sebagai panduan untuk menulis bahan rujukan
mengikut jenisnya ke dalam senarai rujukan.

10.1 Bilangan Pengarang


a. Satu hinggan 20 Pengarang, senarai semua pengarang.
b. Melebihi 20 Pengarang, senaraikan 19 pengarang pertama, ... dan pengarang
terakhir
c. Maklumat Yang Tidak Lengkap
Elemen Penyelesaian Dalam Senarai Dalam Teks
yang tiada Rujukan Penulisan
Pengarang Berikan Judul, Tahun dan Judul. (Tahun). (Judul, Tahun)
penerbit/sumber Penerbit/Sumber. Judul (Tahun)

Tarikh/Tahun Berikan Pengarang, Pengarang. (n.d.). (Pengarang,


tuliskan ”n.d.” untuk ”no Judul. n.d.)
date” dan tuliskan judul Penerbit/Sumber. Pengarang
dan sumber (n.d.)

Judul/Tajuk Berikan pengarang dan Pengarang. (Pengarang,


tahun. penerangan (Tahun). tahun)
mengenai kerja dalam [Penerangan Pengarang
kurungan [ ] dan penerbit/ mengenai kerja]. (tahun)
sumber. penerbit/sumber.

Pengarang Berikan judul, tulis "n.d." Judul. (n.d.). (Judul, n.d.)


dan untuk "no date", berikan penerbit/ sumber. Judul (n.d.)
tarikh/tahun penerbit/ sumber.

Pengarang Penernagan mengenai [Penerangan ([Penerangan


dan judul kerja dalam kurungan [ ] mengenai kerja]. mengenai
dan berikan tarikh dan (Tarikh/Tahun). kerja], tahun)
penerbit/ sumber Penerbit/ sumber. [Penerangan
mengenai kerja]
(tahun)
15

Tarikh dan Berikan pengarang, Pengarang. (n.d.). (Pengarang,


judul tuliskan ”n.d.” untuk ”no [Penerangan n.d.)
date”, penerangan mengenai kerja]. Pengarang
mengenai kerja dalam Penerbit/sumber. (n.d.)
kurungan [ ] dan berikan
penerbit/ sumber.

Pengarang, Penerangan mengenai [Penerangan ([Penerangan


tarikh dan kerja dalam kurungan [ ], mengenai kerja]. mengenai
judul tuliskan ”n.d.” untuk ”tiada (n.d.). kerja], n.d.)
tarikh” dan berikan Penerbit/sumber. [Penerangan
penerbit/ sumber. mengenai kerja]
(n.d.)

10.2 Internet
"Diperoleh dari" atau “Retrieved from” biasanya tidak diperlukan. Kebanyakan laman
web tidak memerlukan tulis "diperoleh dari" dalam senarai rujukan. Jika sumber dengan
kedua-dua DOI dan URL diberikan, pilih DOI.
a. Judul laman web (biasanya penerbit atau syarikat) juga digunakan dalam petikan
rujukan laman web sekarang di mana judul jurnal diletakkan.
b. Satu-satunya masa yang anda perlukan tuliskan "Diperoleh dari, tarikh" atau
“retrieved from, date” adalah ketika mendapatkan sumber di mana kandungannya
dirancang berubah dari semasa ke semasa atau dikemaskinikan oleh pengguna dan
edisi halaman sebelumnya tidak diarkibkan (contoh Wikipedia).
c. Laman web / URL boleh dipendekkan dengan menggunakan pemendek pautan
seperti http://bitly.com atau http://tinyurl.com
d. DOI sebagai http://: DOI’s (Digital Object Identifiers), sekarang disenaraikan secara
alamat website yang lengkap di dalam senarai rujukan.
i. DOI boleh menerima alamat pautan yang lebih pendek dengan menggunakan
http://shortdoi.org.
ii. Jika buku/kertas/bahan bercetak, pautan tidak perlu diaktifkan.

Nama penulis. (tahun). Tajuk dokumen elektronik. Alamat website.


Contoh:
Jones, D. (1999). The de grummond children’s literature collection. http://avatar.lib.
usm.edu/~degrum/.

Avramova, N. (2019, January 3). The secret to a long, happy, healthy life? Think age-
positive, CNN. https://edition.cnn.com/2019/01/03/health/respect-toward-
elderly-leads-to-long-life-intl/index.html

Bologna, C. (2018, Jun 27). What happens to your mind and body when you feel
homesick? HuffPost. https://www.huffpost.com/entry/what-happens-mind-
body-homesick_n_5b201ebde4b09d7a3d77eee1
16

Pegion, K., Kirtman, B. P., Becker, E., Collins, D. C., LaJoie, E., Burgman, R., Bell.
R.,DelSole, T., Min, D., Zhu, Y. J., Li, W., Sinsky, E., Guan, H., Gottschalck,
J., Metzger, E. J., Barton, N. P., Achuthavarier, D., Marshak, J., Koster, R.
D., ... Kim, H. (2019) The Subseasonal Experiment (SubX): A Multimodel
Subseasonal Prediction Experiment. Bull. Amer. Meteor. Soc. 100(10). 2043–
2060. https://doi.org/10.1175/ BAMS-D-18-0270.1

e. Website with no author or date of publication.


Census data revisited. (n.d.). http://harvard.edu/data/index.php

10.3 Buku
a. Satu hingga 20 Pengarang, senarai semua pengarang
Nama penulis (Tahun). Judul buku. Penerbit.
Contoh:
Theusen, G. J. (1984). Engineering economy. Prentice-Hall.

Puget, J. F. & Albert, P. (1994a). SOLVER: constraints–objects descriptions.


Technical Report. ILOG S. A.

Pergantis, S. A., Cullen, W. R. & Elgendor, G. K. (1997). One-to-one web-marketing.


John Wiley.

b. Melebihi 20 Pengarang, senaraikan 19 pengarang pertama, ... dan pengarang


terakhir
Contoh:
Kalnay, E., Kanamitsu, M., Kistler, R., Collins, W., Deaven, D., Gandin, L. Iredell, M.,
Saha, S., White, G., Woollen, J., Zhu, Y., Chelliah, M., Ebisuzaki, W., Higgins,
W., Janowiak, J., Mo, K. C., Ropelewskin, C., Wang, J., Leetmaa, A., ...
Joseph, D. (1996). The NCEP/NCAR 40-year reanalysis project. Bulletin of
the American Meteorological Society. 77(3), 437-471. http://doi.org/fg6rf9

c. Penyunting/Penyusun (Edited books = ed atau eds ) (penyusun = pnys, penyunting =


pnyt)
Contoh:
Martin, A. M. (ed). (1991). Peat as an agent in biological degradation of waste.
Elsevier.

Lees, R. H. & Thomas T. R. (ed). (1974). Chemical nomenclature usage. Ellis


Horwood.

Hasnul Faizal. (pnys). (2002). Etika dan displin dalam sukan. Kumpulan Kertas Kerja
3. Penerbitan Universiti Teknologi Mara.

d. Penulis/Penyunting Korporat
Contoh:
Engineers Joint Council. (1969). Thesaurus of engineering and scientific terms.
Engineers Joint Council.

American Chemical Society. (ed). (1978). Handbook for authors of american


chemical society publications. American Chemical Society.
17

e. Selangaraan (penyelenggara = pngr)


Contoh:
Nor Azahan Mustfar. (pngr). (2007). Peristilahan sukan dan PJK. Dewan Bahasa dan
Pustaka.

f. Berbilangan Jilid (Jilid = jld)


Contoh:
Abdulah Abo Baka. (2006). Matematik Algebra. Jld. 2. Penerbitan Sinar Bakti.

g. Terjemahan (terjemahan = terj.)


Contoh:
Thomas, D. (2007). Renang meniti tangga kejayaan. Terj. Asma Saad. Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.

h. Edisi Ulang Cetak


Contoh:
Theusen, G. J. (1984). Engineering economy. 6th ed. Prentice-Hall.

Theusen, G. J. (1984). Engineering economy. 6th edition. Prentice-Hall.

Othman Mohamad. (2008). Penulisan tesis dalam bidang Sains Sosial Terapan. Ed.
ke-4. Penerbitan Universiti Putera Malaysia.

i. Buku Elektronik (E-book)


Contoh:
Parker, M. E. (2005). Nursing theories and nursing pratice (2nd ed.). F. A. Davis
Company. (Masukkan link DOI jika ada)

j. Chapter Spesifik dalam buku (Bab dalam Buku)


Nama pengarang chapter. (tahun). Judul chapter: nombor chapter Dlm pengarah
buku, Judul buku. edisi, halaman pertama-halaman akhir. Penerbit.
Contoh:
Roslina Ismail. (2002). Faedah yang diperolehi dari menceburkan diri dalam aktiviti
sukan. Dlm Mohd Sofian Omar Fauzee, Psikologi sukan, (p. 55 – 64). Utusan
Publication & Distributors Sdn Bhd.

Weinstock, R., Leong, G. B., & Silva, J. A. (2003). Defining forensic psychiatry: Roles
and responsibilities. In R. Rosner (Ed.), Principles and pratice of forensic
psychiatry (2nd ed., pp. 7-13_. CRC Press.

Orem, D. E. (2005). Part one: Dorothea E. Orem’s self-care deficit theory. In M. E.


Parker’s (Ed.), Nursing theories and nursing practice (2nd ed., pp. 141-159). F.
A. Davis Company.

10.4 Artikel

a. Artikel dalam buku


Nama pengarang artikel (Tahun). Judul Artikel. Dlm Nama pengarang buku. Judul
Buku. Penerbit. hlm.
Contoh:
Sukiman Sarmani. (1987). Pencemaran radioaktif. Dlm Ahmad Badri Mohamad.
Perspektif persekitaran. Fajar Bakti. 71 - 87.

b Artikel dalam jurnal


Nama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Judul Jurnal. Jilid (nombor), halaman.
18

Contoh:
Billings. S. A. (1980). Identification of nonlinear systems: A survey. Proc. Instn Electr.
Engrs, Part D. 127(6), 272-284.

Iskandar Zakaria. (2005) Keberkesanan Perisian Multimedia Bestari kepada pelajar


Pendidikan Khas. Jurnal Pendidikan, 12(2), 152-163.

Huestegge, S. M., Raettig, T., & Huestegge, L. (2019). Are face-incongruent voices
harder to process? Effects of face–voice gender incongruency on basic
cognitive information processing. Experimental Psychology. 66, 154-164.
https://doi.org/10.1027/1618-3169/a000440.

c. Artikel Jurnal, penerbitan awal dalam talian (advance online publication)


Huestegge, S. M., Raettig, T., & Huestegge, L. (2019). Are face-incongruent voices
harder to process? Effects of face–voice gender incongruency on basic
cognitive information processing. Experimental Psychology. Advance online
publication. https://doi.org/10.1027/ 1618-3169/a000440.

d. Artikel dalam majalah


Nama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Judul Majalah. Jilid (nombor): hlm.
Contoh:
Rusdina Abdul Rahim. (1993). Ke arah pengkomputeran pengajaran bahasa: Cereka
atau fakta. Majalah Dewan, Jan: 16-30.

e. Artikel daripada persidangan/Prosiding/Makalah dalam Pasca Sidang


Nama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Tajuk Persidangan. Tarikh Persidangan. Nama
Penerbit. hlm.
Contoh:
Sheta, A. F., & De Jong, K. (1996). Parameter estimation of nonlinear systems in
noisy environments using Genetic Algorithms. Proceedings of the 1966 IEEE
International Symposium on Intelligent Control. September 15-18. IEEE, 360-
365.

Azlin Norhani Mansor. (2004). Amalan pengurusan pengetua: Satu kajian kes.
Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-1.
13-15 Disember. Universiti Teknologi Malaysia. 255-265.

Duckworth, A. L., Quirk, A., Gallop, R., Hoyle, R. H., Kelly, D. R., & Matthews, M. D.
(2019). Cognitive and noncognitive predictors of success. Proceedings of the
National Academy of Sciences, USA, 116(47), 23499–23504. https://doi.org
/10.1073/pnas.1910510116

f. Artikel daripada Database / Internet


Nama penulis. (Tahun). Judul Artikel. Judul Jurnal. Jilid (nombor), halaman, DOI atau
URL
Botto, S. V., & Rochart, P. (2018). Sensitivity to the evaluation of others emerges by
24 months. Developmental Psychology, 54(9), 1723-1734. https://doi.org/10.
1037/dev0000548

McCauley, S. M., & Christiansen, M. H. (2019). Language learning as language use:


A cross-linguistic model of child language decelopment. Psychological
Review, 126(1), 1-51. https://doi.org/10.1037/rev0000126

Billings. S. A. (1980). Identification of nonlinear systems: A survey. Proc. Instn Electr.


Engrs, Part D. 127. http://www.cac.psu.edu/jbe. html.
19

Supyan Hussin. (2010). Pembangunan perisian pembelajaran bahasa berbantukan


computer. Jurnal Bahasa. http://www.dbp.gov.my/dbp98/majalah/bahasa20/
mac/j03ajar1.htm

Arakji, R. Y., & Lang, K. R. (2008). Avatar business value analysis: A method for the
evaluation of business value creation in virtual commerce. Journal of
Electronic Commerce Research, 9, 207-218. http://www.csulb.edu/journals/
jecr/

g. Artikel Jurnal yang akan diterbitkan


Pachur, T., & Scheibehenne, B. (in press). Unpacking buyer-seller difference in
valuation from experience: A cognitive modeling approach, Psychonomic
Bulletin & Review.

10.5 Dokumen Awan

a. Parlimen dan Dewan Undangan Negeri


Dewan Rakyat Malaysia. (2003). Perbahasan rang undang-undang multimedia.
Penyata Rasmi Dewan Rakyat. 3(09), 1932-2314 Parlimen Keempat belas
Penggal Kedua.

b. Laporan dan Dokumen


Dewan Rakyat Malaysia. (2006). Memelihara keselamatan negara. Kertas Perintah
35, tahun 2006.

c. Penerbitan Kerajaan / Website Kerajaan


Malaysia. (1996). Akta Tanah (Rezab Melayu) (pindaan) 1996. Warta Kerajaan
25(8).
Centers ofr Disease Control and Prevention. (2019, November 25). Chicken and food
poisoning. https://www.cdc.gov/foodsafety/chicken.html.

d. Warta Kerajaan Negeri


Johor. (1990). Akta Perbandaran 1988: Peraturan tempat letak kereta. Warta
Kerajaan Negeri Johor 45(1).

e. Laporan Kerajaan Persekutuan


Pusat Perkembangan Kurikulum. (2005). Huraian Sukatan Pelajaran Tahun 4:
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kementerian Pelajaran Malaysia

f. Laporan Jawatankuasa
Jawatankuasa Pengistilahan Sains. (2005). Ed. Ke-7. Istilah Sains mengikut Bahasa
Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka.

g. Dokumen Pertubuhan Antarabangsa


UNESCO. (2004). Education trend. report. UNESCO.

h. Website Umum
Mettler, L. (2018, March 20). Should you wash raw chicken? CDC posts serious
reminder about food poisoning. Today. https://tinyurl.com/y7zbwbop

10.6 Tesis / Latihan Ilmiah

a. Tesis Yang diterbitkan


Zambrano-Vazquez, L. (2016). The interaction of state and trait worry on response
monitoring in those with worry and obsessive-compulsive symptoms [Doctoral
20

dissertation, University of Arizona]. UA Campus Repository. https://repository.


arizona.edu/handle/10150/620615

Kabir, J. M. (2016). Factors influencing customer satisfaction at a fast food


hamburger chain: The relationship between customer satisfaction and
customer loyalty (Publication No. 10169573) [Doctoral dissertation,
Wilmington University]. ProQuest Dissertations & Theses Global.

b. Tesis Yang Tidak Diterbitkan


Nama Penulis. (Tahun). Judul. Tesis. Nama Institusi.
Contoh:
Ahmad Zaki Abu Bakar. (1989). Pemprosesan teks Bahasa Melayu untuk
pemahaman komputer [Tesis Doktor Falsafah Yang Tidak Diterbitkan].
Universiti Teknologi Malaysia.

Nathaneal Chemaline. (2014). Penggunaan rajah perwakilan dalam bentuk lazim


untuk meningkatkan kemahiran tambah dan tolak murid tahun 3. [Pelaporan
Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan]. Institut Pendidikan Guru Kampus
Sarawak.

Harris, L. (2014). Instructional leadership perceptions and practices of elementary


school leaders [Unpublished doctoral dissertation]. University of Virginia.

10.7 Surat Khabar – Artikel / makalah

a. tiada pengarang
New drug appears to sharply cut risk od death from heart failure. (1993, March 20).
The Washington Post. pp.13.

Umat Islam perlu mempunyai ciri mulia kekuatan iman. (2008, Mac 20). Berita
Harian. hlm.13.

b. Artikel suratkahbar, seorang pengarang


Schwartz, J. (1993, March 20). New drug appears to sharply cut risk od death from
heart failure. The Washington Post, pp. 13.

Mohd Razalan Salleh. (2008, Jun 3). Anak yatim terokai Dunia Sains. Harian Metro,
V8.

Becker, E. (2001, August 27). Prairie farmers reap conservation's rewards. The New
York Times. http://www.nytimes.com

Neeley, O. (2019, November 24). County DSS report shows effective service. The
Wilson Times. http://wilsontimes.com/stories/county-dss-report-shows
effective-service,195618

c. Surat kepada Editor


Penjual Ayam. (2008, 4 Jun). Jangan salahkan penjual sahaja lihat sekali apa
pemborong buat. Berita Harian. p. 10.

10.8 Bahan Sumber Yang Tidak Diterbitkan

a. Kertas kerja abstrak dan sebagainya


Sim A. H. & Siti Ropiah Abu Bakar. (2000, 25-28 Jun). Kemahiran teknologi
maklumat dan sikap terhadap komputer selepas Kursus Latihan Guru
21

Sekolah Bestari. Kertas Kerja Seminar Teknologi Pendidikan, Alor Star


Kedah.

b. Abstrak
Mohd Haikal Sazuwan, Mohd Amirul Abdullah & Siti Nor Amira Ahmad. (2007, 25-28
Jun). Kesan kenaikan harga minyak di Pulau Pinang. Abstrak Kertas Kerja,
Persidangan Sains Sosial UiTM.

c. Minit Mesyuarat / Surat Pekeliling


Minit Mesyuarat Pengetua-Pengetua Negeri Johor Kali Kelapan. (2007, 4-7 Jun).
Rompin, Pahang.

d. Kertas Kerja
Jabatan Pendidikan Negeri Johor. (2007, 4-7 Jun). Cabaran dan tanggungjawab
Pengetua dalam zaman globalisasi. Kertas Kerja Mesyuarat Pengetua-
Pengetua Negeri Johor Kali Kelapan. Rompin, Pahang.

e. Laporan / Laporan Kerajaan


Laporan Belanjawan Mengurus Sekolah. (2007, 4-7 Jun). Mesyuarat Pengetua-
Pengetua Negeri Johor Kali Kelapan. Rompin, Pahang.

United States Government Accountability Office. (2008). Young adults with serious
mental illness: Some states and federal agencies are taking steps to address
their transition challenges (GAO-09-678). https://www.gao.gov/assets/280/
277167.pdf

f. Temu bual
Mohamad Kasim Basir. (2010, Julai 9). Penilaian perisian multimedia. Institut
Pendidikan Guru Kampus Sarawak. Temu bual.

10.9 Kamus, Tesaurus, Encyclopaedia Article

Bergman, P. G. (1993). Relativity. In The New Encyclopedia Britannica (Vol. 26, p.


501-508). Encyclopedia Britannica.

American Psychological Association. (n.d.). APA dictionary of psychology. Retrieved


Jun 14, 2019, from https://dictionary.apa.org/

Merriam-Webster. (n.d.). Merriam-Webster.com dictionary. Retrieved May 5, 2019,


from https://www.merriam-webster.com/

Zalta, E. N. (Ed.). (2019). The Stanford ensyclopedia of philosophy (Summer 2019


ed.). Stanford University. https://plato.stanford.edu/archives/sum2019/

Kamus Dewan Bahasa. (2002). Dewan Bahasa dan Pustaka.

Merriam-Webster's collegiate dictionary. 10th edition. (1993). Merriam-Webster.

10.10 Media Sosial

a Facebook
Gaiman, N. (2018, March 22). 100,000+ Rohingya refugees could be at serious risk
during Bangladesh’s monsoon season. My fellow UNHCR Goodwill
Ambassador Cate Blanchett is [Image attached][Status update]. Facebook.
http://bit.ly/2JQxPAD
22

National Institute of Mental Health. (2018, November 28). Suicide affects all ages,
genders, races, and ethnicities. Check out these 5 Action Steps for Helping
Someone in Emotional Pain [Infographic]. Facebook. http://bit.ly/321Qstq

News From Science. (2018, June 26). These frogs walk instead of hop:
https://scim.ag/2KlriwH [Video]. Facebook. https://www.facebook.com/
ScienceNOW/videos/10155508587605108/

b. Blog post:
Lincoln, D. S. (2009, January 23). The likeness and sameness of the ones in the
middle. [Web log post]. http://www.blogspace.com/lincolnworld/2009/1/23.php

c. Online Video & Audio & YouTube


Goyen, A. (2007, February 22). Downtown Marquette dog sled races [Video].
http://www.youtube.com/watch?v=gW3CNCGGgTY

University of Chicago. (2007, December 12). European cartographers and the


Ottoman world, 1500-1750 [Video]. YouTube. http://www.youtube.com/
watch?v=Xax5d4IKqrQ

So Yummy. (2019, August 9). How to decorate pies. [Video]. YouTube.


https://www.youtube.com/watch?v=VtKNrd-6Pwg

d. Video Webcast from Television Series Single Episode\


ABC News (Producer). (2007, September 21). Dying professor's lecture of a lifetime
[Video webcast] [Television series episode]. In Good Morning America.
Person of the Week. http://abcnews.go.com/GMA/PersonOfWeek/Story?id=
3633945&page=1

e. Audio Podcast
Charney, T. (Producer). (2007). Ashes to hope: Overcoming the Detroit riots. U.P.
Family Still Struggles to Deal With Pressure of '67 Riot [Audio podcast].
http://www.michiganradio.org/

10.11 Pembentangan

a Pembentangan Seminar
Perlu tuliskan seperti [Sesi Konferen], [Sesi Seminar], [Pembentangan kertas],
[Pembentangan poster], [Sesi Ucap Utama] atau [Conference session], [Paper
presentation], [Poster session], [Keynote address] dan sebagainya yang bersesuaian.
Contohnya

Evans, A. C., Jr., Garbarino, J., Bocanegra, E., Kinscherff, R. T., & Márquez-Greene,
N. (2019, August 8–11). Gun violence: An event on the power of community
[Conference presentation]. APA 2019 Convention, Chicago, IL, United States.
https://convention.apa.org/2019-video

Christina Ting S. T. (2020, Jun 24 – 25). Ciri kepimpinan dalam Era Revolusi Industri
4.0. [Pembentangan seminar]. e-SPeDIP2020 Peringkat Kebangsaan, Miri,
Sarawak. http://www.spedip.com/pengurusan-dan-pentadbiran-pendidikan.
html

b. Abstrak Pembentangan
Cacioppo, S. (2019, April 25–28). Evolutionary theory of social connections: Past,
present, and future [Conference presentation abstract]. Ninety-ninth annual
23

convention of the Western Psychological Association, Pasadena, CA, United


States. https://westernpsych.org/wp-content/uploads/2019/04/WPA-Program-
2019-Final-2.pdf

10.12 Sumber Lain

a. Perundangan
Nama negara (Tahun). Judul Perundangan. : Nombor perundangan.
Contoh:
Malaysia (1983). Perintah monumen lama dan tapak tanah bersejarah.: P.U.(A)41
1983.

b. Piawai
Nama institusi (Tahun). Judul Piawai. Nombor piawai.
Contoh:
British Standards Institution (1987). Tongued and grooved software flooring. BS
1297.

c. Paten
Nama pemunya (Tahun). Nombor paten. Sumber rasmi paten diperolehi.
Contoh:
Lindgren, E. A. (1960). U.S. Patent 2, 925, 457. U.S. Patent and Trademark Office.

d. Katalog Dagang
Nama pengeluar (Tahun). Judul. Nota.
Contoh:
Howick Partitioning Ltd. (1984). Howick: partitioning in business. Trade Brochure.

e. Lukisan Terukur dan Teknik


Nama pengeluar (Tahun). Judul. Nota.
Contoh:
Zairul Azidin Badri (1980). Rumah kutai Haji Sahak, Kampung Tanjung, Kampung
Gajah, Lukisan Terukur.

Salim Man (1989). Pengisi sekam ke dalam kontena penyimpan: pandangan


isometrik. Lukisan Teknik.

f. Filem
Anak Ku Shazali. (1965). Filem cereka. Shaw Brother.

11.0 RUMUSAN
Sesuatu penulisan formal dan ilmiah biasanya dihasilkan berdasarkan sesuatu
format dan kaedah yang tertentu. Namun demikian, terdapat beberapa perbezaan kecil di
antara satu hasil penulisan ilmiah dengan penulisan yang lain bergantung kepada organisasi
berkenaan.

BIBLIOGRAFI

American Psychological Association. (n.d.). APA style. http://www.apastyle.org/


24

Disediakan oleh
Dr HU LAEY NEE
Unit Matematik, Jabatan STEM,
Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi,
Jabatan Kecemerlangan Akademik,
IPG Kampus Sarawak
29 September 2020

Lampiran A
Langkah-langkah Penggunaan Common Mathematical Equations dalam MS Word
Untuk Menaip Operasi Matematik

Langkah 1: Klik menu Insert dan klik Equation

Langkah 2: Klik Insert New Equation


25

Langkah 3: Pilih jenis formula / operasi Matematik yang perlu ditaip dari paparan ini.

Pilih di sini untuk jenis formula/operasi


Matematik yang perlu ditaip

Langkah 4: Pilih jenis simbol Matematik yang perlu ditaip dari paparan ini.

Klik di sini untuk pilihan simbol


operasi Matematik

Contoh formula Matematik


Skor Z dalam Statistik:
𝑋−𝜇
Skor Z =
𝜎

Kod Linear dalam bentuk matriks:


𝑐4 1 1 0 𝑐1
[𝑐5 ] = [1 0 1] [𝑐2 ]
𝑐6 0 1 1 𝑐3

Fungsi polinomial:
1
𝑓(𝑥) = 𝑥 4 − 3𝑥 2 + 4
2

Fungsi pengamiran:
5
𝑔′ (𝑥) = ∫ (−𝑥 3 + √3𝑥 + sin 𝑥)𝑑𝑥
−1
26

Lampiran B
Langkah-langkah Penggunaan Symbol dalam MS Word
Untuk Simbol Operasi Matematik

Langkah 1: Klik menu Insert dan klik Symbol

Langkah 2: Klik More Symbols

Langkah 3: Cari dan pilih simbol-simbol yang dikehendaki dan klik Insert

Boleh klik untuk mencari simbol-


simbol yang dikehendaki

Anda mungkin juga menyukai