Anda di halaman 1dari 6

LOI SOON KAI 6F PENDAHUALUAN DAN PENUTUP

1. 2016 P2 CS7
ISU: TENAGA KERJA
KATA TUGAS: KELEMAHAN, LANGKAH
Tenaga kerja merupakan orang yang mengerjakan sesuatu atau pekerja.Terdapat beberapa kelemahan tenaga kerja dan
langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang dihadapi oleh tenaga kerja.
Kesimpulannya, terdapat beberapa kekurangan dan cara untuk meningkatkan keupayaan tenaga kerja. Oleh itu,
Kementerian Sumber Manusia (KSM) perlu bekerjasama dengan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Negara (NIOSH) untuk menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dalam pasaran buruh negara supaya
pertumbuhan ekonomi Malaysia terjamin.

2. 2015P1&2014UP1 CS20
ISU: GEJALA RASUAH
KATA TUGAS: KESAN NEGATIF, LANGKAH
Gejala rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang undang iaitu seseorang mendapat kebebasan, kontrak,
atau keistimewaan dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang atau hadiah. Terdapat beberapa
kesan buruk gejala rasuah kepada masyarakat dan negara serta langkah yang perlu diambil bagi mengawal gejala ini.
Kesimpulannya, terdapat beberapa impak negatif dan cara untuk mengatasi gejala rasuah. Oleh itu, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia wajarlah bekerjasama dengan masyarakat untuk membanteras masalah duit kopi agar
mampu mengekalkan integriti dalam pentadbiran negara.

3. 2015 PENGGAL 3 CS20


ISU: AMALAN DASAR BERBAIK BAIK
KATA TUGAS: MANFAAT
Amalan dasar berbaik-baik dengan negara luar merupakan Dasar Luar Malaysia yang dibentuk bermula pada tahun
1957 sebagai matlamat, Rancangan Dan tindakan yang dijalankan oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung
dengan sesebuah negara yang lain. Terdapat pelbagai manfaat yang diperoleh oleh Malaysia melalui amalan dasar
berbaik-baik dengan negara luar dalam bidang ekonomi.
Kesimpulannya, Terdapat beberapa faedah amalan dasar berbaik-baik dengan negara luar terhadap bidang ekonomi
Malaysia. Oleh itu, kementerian hal ehwal ekonomi Malaysia hendaklah berkerjasama dengan kerajaan negara luar
untuk menjaga keharmonian hubungan kerjasama supaya ekonomi Malaysia terus terjamin.
4. 2014UP3/CS19 (K11)
ISU: PEMERDAGANGAN MANUSIA
KATA TUGAS: FAKTOR , KESAN NEGATIF
Pemerdagangan manusia merupakan perniagaan atau perdagangan yang melibatkan migrasi manusia secara haram
oleh kumpulan advokasi untuk aktiviti buruh secara sah atau secara paksa. Terdapat beberapa faktor yang
menyebabkan peningkatan dan kesan negatif kegiatan pemerdagangan manusia kepada Malaysia.
Kesimpulannnya, terdapat beberapa punca peningkatan dan keburukan kegiatan pemerdagangan manusia kepada
Malaysia. Oleh itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) perlu bekerjasama dengan Malaysia untuk
membanteras kegiatan pemerdagangan manusia supaya hak kemanusiaan terjamin.

5. 2016 PEGGAL 1 CS20


ISU: PERKHIDMATAN AWAM
KATA TUGAS: CIRI-CIRI KEPIMPINAN YANG BERKUALITI
Perkhidmatan awam merupakan proses, organisasi atau individu yang terlibat dalam pelaksanaan undang-undang dan
peraturan yang diputusan oleh badan perundangan ,eksekutif dan kehakiman dalam negara Malaysia.Terdapat
beberapa ciri-ciri kepimpinan berkualiti yang perlu ada untuk mencapai kecemerlangan tadbir urus dalam
perkhidmatan awam.
Kesimpulannya, terdapat beberapa aspek pelaksanaan berkualiti dalam perkhidmatan awam yang perlu dititikberatkan
untuk memudahkan sesuatu urusan dan meningkatkan kecemerlangan tadbir urus negara. Oleh itu,kakitangan
organisasi harus bekerjasama dengan ketua organisasi dalam usaha meningkatkan aspek pelaksanaan berkualiti
perkhidmatan awam agar pentadbiran negara sentiasa licin.

6. K11 2014 UP3 CS19


ISU: PEMERDAGANGAN MANUSIA
KATA TUGAS: FAKTOR, KESAN BURUK
Pemerdagangan manusia merupakan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram,
termasuk aktiviti buruh secara sah dan paksa. Maka, terdapat beberapa faktor berlakunya pemerdagangan manusia dan
kegiatan tersebut menimbulkan kesan negatif kepada Malaysia.
Kesimpulannya,terdapat banyak punca yang menyumbang kepada berlakunya pemerdagangan manusia dan juga
mendatangkan impak negatif kepada Malaysia. Oleh itu ,pihak imigresen antara dua buah negara harus berganding
bahu dalam membanteras isu pemerdagangan manusia agar kes pengeksploitasian manusia dapat dielakkan.

7. 2016 P1 CS22
ISU: TEKNOLOGI SATELIT
KATA TUGAS: MANFAAT, KESAN NEGATIF
Teknologi satelit merupakan kemudahan yang disediakan oleh sebuah objek di ruang angkasa buatan manusia yang
beredar mengelilingi bumi. Terdapat beberapa manfaat dan kesan negatif yang dibawa oleh teknologi satelit kepada
Malaysia.
Kesimpulannya, teknologi satelit telah mendatangkan beberapa kebaikan dan keburukan kepada Malaysia. Oleh itu,
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi(MOSTI) haruslah bekerjasama dengan masyarakat untuk memastikan
kemudahan yang dibawa oleh teknologi satelit boleh digunakan untuk tujuan baik agar kemajuan teknologi satelit
boleh dicapai.
8. 2016 P1/2015UP1 CS21
ISU: SEMANGAT PATRIOTIK
KATA TUGAS: PUNCA, USAHA
Semangat patriotik merupakan perasan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara
melebihi kepentingan diri. Terdapat banyak punca generasi muda kurang mempunyai semangat patriotik terhadap
negara dan pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menanam semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.
Kesimpulannya, terdapat banyak faktor menyumbang kepada kekurangan semangat patriotik dalam kalangan generasi
muda dan beberapa modus operandi untuk menyemai semangat ini dalam sanubari golongan muda. Oleh itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia haruslah bekerjasama dengan masyarakat untuk memantapkan patriotisme belia
muda sejak usia yang muda agar kedaulatan negara sentiasa terjamin.

9. 2015P1&2014UP1 CS21
ISU: PENGINTEGRASIAN DAN PERPADUAN KAUM
KATA TUGAS: FAKTOR
Pengintegrasian dan perpaduan kaum ialah proses menggabungkan kelompok masyarakat yang mempunyai perbezaan
latar belakang pada asalnya kepada satu kesatuan yang hidup secara muafakat.Terdapat beberapa faktor yang
menghalang pengitegrasian dan perpaduan kaum di Malaysia.

Kesimpulannya,terdapat beberapa punca yang menyekat penyatuan kaum.Oleh itu,Kementerian Perpaduan Negara
haruslah bekerjasama dengan pihak masyarakat dalam menyatupadukan komuniti supaya kesejahteraan negara dan
rakyat dapat dijamin.

10. 2016 P2 CS8

ISU: PERPADUAN ANTARA KAUM


KATA TUGAS: LANGKAH
Perpaduan antara kaum merupakan penyatuan dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat
ataupun kumpulan dan jiran yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan budaya.Terdapat pelbagai cara sistem
pendidikan untuk memperkukuh perpaduan antara kaum.
Kesimpulannya,terdapat beberapa usaha sistem pendidikan untuk memperkukuhkan perpaduan antara kaum.Oleh itu,
Kementerian Pendidikan Malaysia haruslah bekerjasama dengan masyarakat dalam menerapkan nilai-nilai murni
kepada generasi muda agar kesejahteraan negara dapat dijamin.

11. K11-CS18-2014 P3

ISU: MISI PENGHANTARAN BANTUAN KEMANUSIAAN


KATA TUGAS: SEBAB & MASALAH
Misi penghantaran bantuan kemanusiaan merupakan tugas menghantar bantuan bahan-bahan keperluan seperti kotak
makanan dan minuman ataupun pek musim sejuk berupa tilam bersama selimut tebal dan logistik kepada orang yang
memerlukan pertolongan. Biasanya bantuan ini bersifat sementara sehingga digantikan dengan bantuan kerajaan dan
institusi lain dalam jangka masa panjang. Terdapat beberapa sebab Malaysia sering terlibat dalam misi tersebut
berserta masalah yang dihadapi dalam menjayakan misi yang sama.
Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor Malaysia sering terlibat dalam misi penghantaran bantuan kemanusiaan dan
halangan yang dihadapai ketika menjalankan misi tersebut. Oleh itu, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia atau lebih
dikenali sebagai MERCY Malaysia haruslah bekerjasama dengan Kementerian Luar Negeri Malaysia dalam
meningkatkan misi penghantaran bantuan kemanusiaan agar pembangunan misi tersebut menjadi cemerlang dalam
penyampaian bantuan perubatan dan kemanusiaan kepada orang yang memerlukan pertolongan.

12. 2014 Penggal 3 Cs20

ISU: TENAGA NUKLEAR


KATA TUGAS: FAEDAH & RISIKO
Tenaga nuclear merupakan satu tenaga yang dibebaskan melalui tindakbalas nuklear seperti pereputan radioaktif serta
pembelahan atau pelakuran nuklear. Terdapat beberapa faedah penemuan dan penjanaan tenaga nuklear kepada
manusia dan pelbagai risiko kepada kehidupan sejagat.
Kesimpulannya,terdapat banyak kebaikan yang diberikan oleh pengenalan dan perbuatan tenaga nukear dan bahaya
yang dibawa oleh tenaga nuklear kepada kehidupan rutin.Oleh itu, negara-negara membangun,iaitu Malaysia dan
negara-negara maju mestilah bekerjasama dengan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) untuk mengkaji
potensi tenaga nuklear agar tenaga tersebut boleh dimanfaatkan terhadap pembangunan sesebuah negara

13. 2015 PENGGAL 1 CS20

ISU: RASUAH
KATA TUGAS: KESAN BURUK, LANGKAH
Rasuah merupakan gejala memberi atau menerima suapan dalam bentuk wang atau hadiah sebagai upah atau dorongan
untuk seseorang individu. Terdapat  pelbagai kesan buruk rasuah kepada masyarakat dan negara dan langkah perlu
diambil untuk mengawal gejala ini daripada berleluasa
Kesimpulannya, terdapat beberapa kesan  negatif yang akan dihadapi oleh masyarakat dan negara dan beberapa cara
perlu diambil untuk menyekat gejala ini daridapa berleluasa. Oleh itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
perlu bekerjasama dengan rakyat untuk menangani masalah rasuah agar megara kita akan bebas daripada rasuah dan
berkembang maju pada masa hadapan.

14. 2014 UP3 CS20

ISU: UBAT TIRUAN


KATA TUGAS: RISIKO, USAHA
Ubat tiruan merupakan ubat yang dihasilkan dan diproses dengan tujuan menciplak jenama ubat-ubatan yang tulen.
Terdapat pelbagai risiko pengambilan ubat tiruan kepada pengguna dan usaha yang perlu diambil bagi membanteras
kegiatan pengedarannya di Malaysia.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kebarangkalian buruk penggunaan ubat tiruan kepada konsumer dan inisiatif bagi
mengatasi kegiatan pengedarannya di Malaysia. Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia perlulah bekerjasama
dengan para peniaga dalam membasmi penjualan produk farmaseutikal palsu di pasaran agar kesihatan rakyat
Malaysia sentiasa terjamin.

15. 2014

ISU: KELDAI DADAH


KATA TUGAS: SEBAB & RISIKO
Keldai dadah merupakan seseorang yang secara rela atau diperdaya untuk membawa dadah atau barang seludup ke
negara lain. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini terus meningkat dan telah membawa pelbagai
risiko jika tidak ditangani dengan segera.
Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya keldai dadah dan ancaman akan wujud jika
tidak atasinya. Oleh itu, jabatan siasatan narkotik (JSJN) hendaklah bekerjasama dengan agensi anti dadah
kebangsaan (AADK) untuk mengatasi keldai dadah agar masyarakat bebas daripada terjebak menjadi keldai dadah
16. KM2021

ISU: KETIDAKSTABILAN POLITIK


KATA TUGAS: KESAN
Ketidakstabilan politik merupakan kondisi yang menyebabkan perubahan dalam pemerintahan, kebijakan dan aturan
di suatu negara. Terdapat pelbagai kesan kepada Malaysia ketidakstabilan politik negara.
Kesimpulannya terdapat pelbagai impak untuk Malaysia jika menghadapi ketidakstabilan politik negara. Oleh itu,
Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertahanan Malaysia mesti membuat persiapan awal dari aspek
perancangan ekonomi dan pertahanan supaya ketidakstabilan politik negara tidak akan mempengaruhi keamanan dan
ekonomi Malaysia.

17. 2014 UP3 CS18

ISU:KEMISKINAN
KATA TUGAS: PERANAN, LANGKAH
Kemiskinan adalah satu keadaan sosial yang dicirikan oleh kekurangkan sumber yang diperlukan untuk terus hidup
asas.Terdapat faktor-faktor yang mengakibatkan berlaku kemuskinan dan beberapa peranan yang boleh diusahakan
oleh kerajaan untuk mengurangkan kadar kemiskinan negara .

Kesimpulannya, terdapat beberapa punca dan usaha untuk membasmikan kemiskinan.Oleh itu, Unit Perancangan
Ekonomi (UPE)haruslah bekerjasama dengan Unit Penyelarasan Pelaksanakan(ICU) merancang pembangunan
sosial dan ekonomi untuk membasmi kemiskinan agar kemiskinan dapat dikurangkan.

18. 2015P1 & 2014 UP1 CS22

ISU: PENGHIJRAHAN MODAL INSAN


KATA TUGAS: FAKTOR, KESAN
Penghijrahan modal insan merupakan perpindahan individu ke arah perkembangan diri dari aspek kemahiran dan ilmu
pengetahuan. Terdapat beberapa punca penghijrahan modal insan Malaysia ke negara lain terus berlaku dan kesan
yang boleh menjejaskan ekonomi negara jika fenomena ini berterusan.
Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor penghijrahan modal insan Malaysia ke negara lain terus berlaku dan impak
jika fenomena ini berterusan. Oleh itu, Kementerian Sumber Manusia haruslah bekerjasama dengan pihak majikan
untuk meminumkan perpindahan tenaga mahir negara ke negara lain agar dapat meningkatkan ekonomi negara.

19. 2015 ULANGAN PENGGAL 2 CS8

ISU: SISTEM PENGANGKUTAN AWAM


KATA TUGAS: KEPENTINGAN, MASALAH
Sistem pengangkutan awam merupakan sistem pengangkutan seperti bas, rel dan kapal terbang yang mana penumpang
tidak bergerak menggunakan pengangkutan sendiri. Terdapat beberapa kepentingan sistem pengangkutan awam dalam
pembangunan negara dan masalah dalam sistem pengangkutan awam yang menjadi pilihan yang terakhir kepada
pengguna .
Kesimpulannya, terdapat beberapa kebaikan sistem pengangkutan awam dan halangan timbul dalam sistem
pengangkutan awam yang menjadi pilihan yang terakhir kepada pengguna . Oleh itu, Kementerian Pengangkutan
Malaysia haruslah bekerjasama dengan pihak masyarakat dalam membangunkan sistem pengangkutan awam agar
negara Malaysia dapat menjadi negara yang maju dan canggih dalam perkhidmatan pengangkutan awam.
20. 2015 P3 CS19

ISU: JENAYAH RENTAS BENUA & JENAYAH TRANSNASIONAL


KATA TUGAS: TINDAKAN & PUNCA
Jenayah rentas benua atau jenayah transnasasional merupakan jenayah global yang melibatkan keganasan,
penyeludupan manusia,dadah dan senjata api yang menggugat keamanan ,keselamatan individu dan juga
negara.Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya jenayah rentas benua atau jenayah transnasional dan
tindakan yang perlu dititikberatkan oleh Malaysia bagi mengatasi masalah tersebut.
Kesimpulannya , terdapat pelbagai faktor dan langkah yang harus diimplementasikan untuk mengatasi jenayah
tersebut. Oleh itu, Kementerian Pertahanan Malaysia harus bekerjasama dengan Polis Diraja Negara dalam usaha
membanteras jenayah ini agar kesejahteraan rakyat dan negara terjamin.

21. 2015 PENGGAL 2 CS27

ISU: JENAYAH
KATA TUGAS: CARA KERAJAAN
Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang - undang kerajaan sesuatu tempat iaitu rogol,kegiatan
perlanunan dan pemerdagangan manusia. Terdapat beberapa cara bagi kerajaan mengurangkan jenayah daripada
berleluasa di negara ini.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah kerajaan membanteras perbuatan kriminil yang serius di Malaysia . Oleh
itu, Polis Diraja Negara haruslah bekerjasama dengan masyarakat dalam mengatasi kes jenayah supaya kesejahteraan
negara dan rakyat dapat dijamin .

22. 2014 UP2 CS8

ISU: PINJAMAN WANG SECARA HARAM


KATA TUGAS: PUNCA, MASALAH
Pinjaman wang secara haram merupakan seseorang individu atau kumpulan menawarkan pinjaman tanpa lesen pada
kadar faedah yang tinggi. Terdapat beberapa punca kegiatan tersebut mendapat sambutan daripada orang ramai dan
masalah yang dihadapi oleh peminjam kerana gagal menjelaskan pinjaman.
Kesimpulannya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kegiatan pinjaman wang secara haram semakin
berleluasa dalam masyarakat dan kesulitan yang mengancam peminjam jika gagal menjelaskan pinjaman. Oleh itu,
Kementerian Kewangan haruslah bekerjasama dengan masyarakat untuk mengatasi masalah ini yang semakin
meruncing agar rakyat dapat menikmati kehidupan yang sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai