Anda di halaman 1dari 3

Budaya Marhaban dalam kalangan Generasi Y di Panchor.

Abstrak

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti budaya marhaban dalam kalangan generasi Y di Panchor,
Muar, Johor. Selain itu, kajian ini juga mengkaji tentang faktor-faktor Generasi Y yang kurang
berminat terhadap budaya marhaban. Lokasi kajian pengkaji ialah di Panchor, Muar, Johor. Kajian ini
menggunakan kaedah soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Soal selidik dijalankan kepada
generasi Y di Panchor iaitu seramai 30 orang telah dipilih bagi menyokong kajian ini. Selain itu temu
bual juga dilakukan terhadap generasi Y yang telah dipilih dan pemerhatian juga dilakukan diPanchor,
Muar, Johor. Hasil dapatan utama kajian ini mendapati bahawa faktor utama budaya marhaban ini
kurang diminati Generasi Y adalah kerana kesan teknologi masa kini iaitu gajet-gajet canggih dan
kemudahan internet yang menjadi kegilaan Generasi Y ini. Selain itu, mereka juga kurang bersosial
dngan rakan-rakan, malahan kerap mengisi masa lapang dengan bermain permainan video di dalam
bilik. Kesimpulannya, kajian ini dijalankan supaya kita dapat bersama-sama mencari jalan
penyelesaian terhadap masalah ini. Harapan agar budaya marhaban ini tidak pupus di telan dek
zaman.

i
SENARAI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

Abstrak i

Kandungan ii

Penghargaan iii

1.0 Pengenalan 1-2

2.0 Objaktif Kajian 2

3.0 LokasiKajian 3

4.0 MetodologiKajian 4-6

5.0 DapatanKajian
5.1 DemografiResponden 7-10
5.2 Faktor-Faktor generasi Y tidak berminat 11-21
5.3 Langkah-langkah supaya budaya marhaban tidak terpinggir 21-23
6.0 Rumusan 24-25

7.0 Rujukan 26

8.0 Lampiran

PENGHARGAAN

ii
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya kerja kursus ini dapat
disiapkan dengan jayanya. Pertama sekali, ingin mengucapkan penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara lisan dan bertulis.

Ribuan terima kasih juga kepada Puan Norzilah Binti Mohamad Shahid guru matapelajaran
Pengajian Am yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya
dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehingga dalam proses menyiapakan tugasan ini. Selain itu,
terima kasih kepada puan kerana memberi kepercayaan kepada pelajar-pelajarnya dalam menjalankan
tugasan ini dengan jayanya.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa yang memberi sokongan serta dorongan dan juga
wang ringgit dalam menghasilkan kerja khusus ini malah, jutaan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang sama-sama bertukus lumus dalam menghasilkan tugasan ini dan bertukar-tukar
idea dalam mebantu menyiapkan kerja khusus ini.

Akhir sekali, harapan agar segala tugasan ini hasilnya dapat menambahkan pengetahuan
rakan-rakan dan orang ramai tentang budaya marhaban khususnya bagi Generasi Y negara kita,
Malaysia.. Selain itu juga, harapan agar segala ilmu ini dapat memberi manfaat kepada diri ini
terutama kepada pembaca agar kita sama-sama dapat meluaskan pengetahuan secara formal atau tidak
formal.

iii

Anda mungkin juga menyukai