Anda di halaman 1dari 2

RAMAI 

yang menganggap seseorang itu mengeluarkan air mata adalah


kerana gangguan emosi tetapi sebenarnya ia juga berfungsi sebagai
menyuburkan dan melindungi mata.
Tanpa kita sedari manusia dapat menghasilkan sekitar 100 liter air mata
setahun dan semuanya mengandungi air, lipid, lisozim, lipocalin,
glukosa dan natrium.

Ketahuilah bahawa menangis atau mengeluarkan air mata ini


sememangnya ada manfaat termasuk tujuan kesihatan mahupun
ketenangan fikiran.

Berikut ini adalah tiga jenis air mata dan fakta menarik mengenainya
yang jarang diketahui;

1. Air mata asas


Air mata basal merupakan air mata yang terhasil sepanjang masa bagi
tujuan membersihkan dan melindungi mata.

Air mata ini akan jatuh secara berterusan dalam jumlah yang kecil bagi
membersihkan debu dan mengelakkan mata daripada terkena jangkitan
bakteria.

Tidak perlu pelik atau risau sekiranya air mata anda kadang kala mengalir
secara tiba-tiba. Adakalanya, ia berfungsi untuk memastikan ketajaman
visual mata.

2. Air mata refleks (pantulan)


Air mata refleksi (pantulan) terjadi disebabkan kegatalan atau ada benda
asing yang masuk ke dalam mata.

Selain itu, air mata jenis ini juga boleh terjadi disebabkan oleh kepedihan
mata kerana terdedah kepada bawang, cili, minyak wangi dan lain-lain.

Bukan itu sahaja, air mata refleks juga mudah mengalir sekiranya anda
makan makanan yang panas atau pedas.

3. Air mata emosi


Air mata yang mengalir deras berlaku ketika seseorang menangis. Ini
merupakan jenis air mata yang terkait dengan emosi seperti menahan
sedih, sakit, marah dan sebagainya.
Tetapi saat anda berasa bahagia, ketawa atau berasa terharu juga boleh
menyebabkan air mata ini mengalir. Paling penting air mata jenis ini dapat
membantu seseorang menghilangkan tekanan.

Anda mungkin juga menyukai