Anda di halaman 1dari 5

8 Kebaikan Air Kelapa Yang Ramai Tidak Tahu

Rendah kalori, bebas dengan kolestrol dan lemak, ini hanya


sedikit kebaikan air kelapa. Air kelapa atau pun disebut
sebagai 100plus semula jadi kini semakin mendapat tempat
dalam hati masyarakat.

Tahukah air kelapa sebenarnya lebih baik daripada


kebanyakan air penghidrat tenaga diluar sana. Air semula
jadi ini sangat kaya dengan nutrient nutrient penting yang
diperlukan oleh tubuh. Berikut merupakan kebaikan air
kelapa yang menjadi mengapa ia sungguh popular.

#1 Membantu Untuk Menguruskan Badan


Bagi mereka diluar sana yang ingin menurunkan berat
badan, jangan takut untuk minum minuman yang sihat ini
kerana air kelapa ini kandungan lemaknya rendah. Jadi,
usahlah khuatir, berat anda tidak akan naik jika anda
minum air kelapa.

Air kelapa juga boleh mengawal nafsu makan anda dengan


membuatkan anda kenyang dengan serta merta. Dengan air
kelapa sahaja anda boleh berdiet.
#2 Boleh Mendapatkan Kulit Yang Licin, Halus dan
Mulus
Kulit anda tidak sekata? Ataupun masalah jerawat? Apa
kata anda cuba meminum air kelapa. Air kelapa berupaya
melembabkan kulit anda sama seperti fungsi pelembab
yang dijual di pasaran sekarang.

Selain itu, ia juga membuang minyak minyak muka yang


banyak dan membuatkan kulit anda lebih sekata. Tidak
hairanlah jika krim krim pemutih dan pelembab yang dijual
mengandungi ekstrak kelapa yang banyak. Tetapi,
bukankah lebih elok jika kita berpaling kepada alam
sekitar?

#3 Ubat Bagi Mereka Yang Mabuk


Menurut seorang Professor Antropologi di Union College,
James M. Schafaer, mabuk adalah disebabkan badan
mengandungi tosik yang banyak tetapi tidak mampu untuk
mengeluarkannya.

Semasa mabuk, seseorang akan mengalami muntah


muntah dan rasa seperti hendak membuang air kecil. Air
kelapa mengandungi electrolyte dan vitamin yang
diperlukan untuk mengembalikan tenaga yang hilang
semasa mabuk.
#4 Mempercepatkan Pencernaan
Air kelapa dikatakan boleh mempercepatkan proses
pencernaan. Jadi, jika anda menghadapi masalah seperti
sembelit, sakit perut dan sebagainya, anda sangat
digalakkan untuk meminum air kelapa.

Air kelapa mengandungi kadar fiber yang tinggi dan boleh


mengelakkan daripada berlaku masalah penghadaman di
dalam perut. Ia juga boleh mengelakkan daripada
berlakunya gastrik.

#5 Meningkatkan Hidrasi Badan Anda


Seperti yang disebutkan di atas tadi, air kelapa dikenali
sebagai air isotonik semula jadi. Air ini mempunyai
beberapa elemen seperti kalsium, potassium, magnesium,
fosforus dan sodium yang sangat diperlukan oleh tubuh
semasa bersukan.

Ia juga lebih sihat daripada meminum air tenaga yang dijual


di pasaran! Ketika sedang melakukan aktiviti yang lasak
dan berpeluh, badan manusia akan hilang banyak mineral.
Jangan lupa, kandungan mineralnya lebih banyak daripada
air tenaga kegemaran anda.
#6 Mengurangkan Tekanan Darah
Menurut Dr Bruce Fife Pengarah Pusat Penyelidikan Kelapa,
kajian menunjukkan bahawa air kelapa boleh
meningkatkan peredaran darah, menurunkan tekanan
darah dan mengurangkan risiko serangan jantung dan
strok.

Disebabkan oleh ketidak seimbangan electrolyte di dalam


badan, maka berlakunya peningkatan tekanan darah.
Memandangkan air kelapa mampu untuk mengimbangkan
electrolyte maka tidak hairanlah jika ia dikatakan mampu
mengurangkan strok dan tekanan darah.

Adalah sangat digalakkan bagi penghidap penyakit darah


tinggi untuk meminum air kelapa setiap hari untuk
mengawal tekanan darah anda.

#7 Kaya Dengan Nutrient


Jangan samakanair kelapa dengan air yang dijual di pasar
raya. Kerana kemampuannya lebih daripada itu! Ia
mempunyai gula, vitamin, mineral, enzim dan macam
macam lagi tetapi masih lagi bersifat semula jadi.

Selain itu, air kelapa juga mengandungi 5 electrolyte


penting yang ada di dalam badan manusia seperti kalsium,
potassium, magnesium, fosforus dan sodium. Air kelapa
juga sangat bagus untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Jadi, tidak perlulah anda memasamkan muka setiap kali
memakan ubat. Air kelapa kan ada?
#8 Sesuai Dengan Darah
Menurut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) air
kelapa sangat serupa dengan darah manusia. Oleh sebab
itu, air kelapa telah banyak digunakan di dalam peperangan
seperti Perang Dunia Kedua untuk menyelamatkan nyawa.

Selain itu, ia bersifat isotonik kepada darah manusia. Oleh


sebab itu ia boleh digunakan untuk menghidrasikan semula
badan jika berlaku kecemasan.

Berapa Banyak Yang Patut Anda Ambil?


Terus terang, memandangkan air kelapa boleh dinikmati
begitu sahaja, tiada halangan untuk anda minum seberapa
banyak yang anda suka. Walau bagaimanapun, pakar
daripada Mayo Clinic sangat mengesyorkan anda untuk
minum dengan banyak jika anda seorang yang aktif
bersukan.

Jangan lupa untuk mencari buah yang paling segar, paling


muda dan paling hijau semasa proses mencari air kelapa.
Selalunya buah kelapa yang paling hijau dan muda itulah
yang mengandungi air yang banyak. Goncanglah buah
kelapa itu jika anda masih mahukan kepastian untuk
mengetahui berapa banyak kandungan airnya.

Ayuh amalkan air kelapa dalam kehidupan seharian kita!

Anda mungkin juga menyukai