Anda di halaman 1dari 24

=============================================

TAFSIR SURAH AL-FATIHAH OLEH MAULANA ABD HADI BIN YAAKUB


DAURAH TAFSIR 2018
=============================================

A. MUQADDIMAH

1. Surah ini masyhur dengan nama “al-Fatihah”, surah yang sentiasa kita
baca dalam sembahyang. Nama lain bagi surah al-Fatihah ialah "Ummul
Quran", induk (ibu) bagi al-Quran. Surah ini juga dinamakan "Ta'limul
Masalah", surah yang diturunkan oleh Allah untuk mengajar hamba cara-cara
untuk berdoa. Banyak lagi nama untuk Surah al-Fatihah, tetapi di sini kita
akan guna dua nama sahaja iaitu, "Ummul Quran" dan "Ta'limul Masalah".

2. "Ummul Qur'an" maknanya "ibu" atau "induk" bagi al-Quran yang


bermaksud, semua isi al-Quran ada (hubungkait) dalam al-Fatihah.

3. Sesiapa yang memahami (tuntutan) makna "al-Fatihah", boleh memahami


semua ayat-ayat al-Quran yang lain. Sesiapa yang belajar dan memahami
surah al-Fatihah ini, terutamanya tajuk dan maksudnya yang penting, maka
mudahlah baginya untuk memahami 113 surah yang lain.

4. Sebagai muqaddimah pengajian tafsir, kita hendaklah memberi perhatian


sepenuhnya kepada surah al-Fatihah. Kegagalan memahami makna yang
dituntut dari al-Fatihah, akan menyukarkan kita memahami surah-surah lain.

5. Sebagai perumpamaan, semua angka, tidak kira apa jumlahnya, hanya


akan terdiri dari angka 0,1 hingga 9. Begitu juga, ayat-ayat al-Quran yang
lain, diulang-ulang perkara yang sudah ada dalam al-Fatihah, di segi
maknanya (tetapi bukan di segi huruf dan ayat).

5. "Ummul Quran" ini adalah induk di mana perkara-perkara penting disebut


di sini. Ianya dibahagikan kepada empat susunan (bahagian).

6. Susunan pertama, "ِ‫ّللا ِبس ِْم‬ َِِ ‫ن‬


ِِ ‫َح ِيمِ الرَحْ َم‬ِ ‫"الر‬, susunan kedua, "ِ‫لِل ْال َح ْمد‬ َِِ ِ ِ‫ْال َعالَ ِمينَِ َرب‬
hingga ‫ك‬ ِِ ‫"الد‬, susunan ketiga, "ِ‫ك‬
ِِ ِ‫ين يَوْ ِِم َمال‬ َِ ‫'نَ ْست َِعينِ َوإِي َا‬, dan susunan keempat,
َ ‫ك نَعْبدِ إِيَا‬
"‫ ْالم ْستَ ِقي َِم الص َراطَِ ا ْه ِدنَا‬hingga akhir".

7. Dalam sebuah kitab tafsir disebutkan susunan ini seolah-olah Allah ajar
supaya kita baca begini (dalam empat susunan), sebagai bentuk munajat dan
permohonan.

8. Dalam keempat-empat susunan ini ada "Muqaddam khulu", yakni, "Wahai


َِِ ‫ن‬
sekelian hamba sebutlah, ucapkanlah semasa munajat kalimat, " ‫ّللا ِبس ِِْم‬ ِِ ‫الرَحْ َم‬
ِ ‫" " الر‬
ِِ ‫َح‬
‫يم‬
9. Begitu juga sebelum " ِ‫لِل ْال َح ْمد‬ َِِ ِ " sehingga " ‫ك‬ ِِ ‫ " الد‬ada satu "jumlah
ِِ ِ‫ين يَوْ ِِم َمال‬
khulu" (kalimat), ucapkanlah "Alhamdulillah. Begitu juga pada " ‫ك‬ َِ ‫ نَعْبدِ إِيَا‬.." dan
َ
pada " ‫ط ا ْه ِدنَا‬ ْ
ِ ‫" الم ْستَقِي َِم الص َرا‬. Ini adalah kerana Allah ingin mengajar kepada kita
supaya baca semasa munajat untuk memohon sesuatu kepada Allah. Dalam
munajat ini kita minta yang terbaik dari segala apa yang dituntut.

10. Buat masa ini kita mulakan dengan "khulu" yang kedua iaitu " ِ‫لِل ْال َح ْمد‬ َِِ ِ ِ‫َرب‬
َِ‫ " ْال َعالَ ِمين‬dan dua ayat seterusnya, ianya terdiri dari tiga ayat tetapi mempunyai
empat pecahan makna.

11. Dalam sebuah kitab disebutkan, Allah telah bahagikan al-Quran ini
kepada empat bahagian, dan semua keempat-empat bahagian ini dimulai
dengan lafaz " ِ‫لِل ْال َح ِْمد‬
َِِ ِ " .

12. Bahagian pertama, bermula dari surah al-Fatihah hingga akhir surah al-
Maidah. Bahagian kedua bermula dari Surah al-An'am (surah keenam) yang
juga bermula dengan lafaz " ِ‫لِل ْال َح ْمد‬
َِِ ِ "

13. " ِ‫لِل ْال َح ْمد‬


َِِ ِ " dalam surah al-An'am ini mewakili satu perempat (1/4) yang
kedua sehingga akhir surah Bani Israel.

14. Bahagian ketiga ialah dari surah al-Kahfi sehingga surah al-Ahzab (surah
ke 33). Surah al-Kahfi juga bermula dengan lafaz " ِ‫لِل ْال َح ْمد‬
َِِ ِ ".

15. Bahagian keempat ialah dari Surah Saba' hingga akhir al-Quran (Surah
an-Naas).

16. Hal-hal ketuhanan yang disentuh dalam keempat-empat bahagian ini


sebenarnya sudah ada dalam al-Fatihah.

B. TIGA AYAT PERTAMA DARI SURAH AL-FATIHAH

17. Kembali kepada Surah al-Fatihah, tiga ayat ini (dari ِ‫) ْال َعالَ ِمينَِ َربِ ِ َلِلِِ ْال َح ْمد‬,
mewakili keseluruhah al-Quran di segi ketuhanan.

18. Ianya dibahagikan pula kepada empat bahagian, iaitu ayat " ِ‫لِل ْال َح ْمد‬ َِِ ِ ِ‫َرب‬
ْ ْ َ
َِ‫" ال َعالَ ِمين‬, dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu, " ِ‫ " ََ ِلِلِِ ال َح ْمد‬satu bahagian
dan " ِ‫ " ْال َعالَ ِمينَِ َرب‬satu bahagian.

19. " ِ‫لِل ْال َح ْمد‬


َِِ ِ " mewakili satu perempat (1/4) pertama iaitu, dari surah al-
Fatihah hingga surah al-Maidah. Manakala " ِ‫" ْال َِعالَ ِمينَِ َرب‬, mewakili satu
perempat (1/4) yang kedua iaitu dari surah al-An'am hingga surah Bani Israil.
" ‫ن‬ ِِ ‫يم الرَحْ َم‬ ِ ‫"الر‬, mewakili satu perempat (1/4) yang ketiga iaitu dari surah al-
ِِ ‫َح‬
Kahfi hingga surah al-Ahzab. Maksudnya, asas dan dasar dari Surah Al-Kahfi
sehingga Surah al-Ahzab ialah untuk memberitahu tentang " ‫ن‬ ِِ ‫يم الرَحْ َم‬ ِ ‫"الر‬. "
ِِ ‫َح‬
‫ك‬ ِِ ‫"الد‬, ialah satu perempat (1/4) akhir, maksud dalam "" ‫ك‬
ِِ ِ‫ين يَوْ ِِم َمال‬ ِِ ِ‫ين يَوْ ِِم َمال‬
ِِ ‫"الد‬
dihuraikan dengan terperinci dari Surah Saba' hingga Surah an-Naas.

20. Bila kita baca tiga ayat bermula "ِ‫لِل ْال َح ْمد‬
َِِ ِ ِ‫ “ ْال َعالَ ِمينَِ َرب‬ianya telah merangkumi
30 juzuk di segi ketuhanan; Ayat di dalam surah al-Fatihah adalah
merupakan isyarat dan ianya dihuraikan di dalam surah-surah lain di dalam
al-Quran.

21. Sebab itulah surah al-Fatihah diulang-ulang, tetapi surah lain dipilih-pilih
untuk dibaca; al-Fatihah diwajibkan baca secara tetap (di dalam
sembahyang). Dalam mazhab as-Shafie, kalau kita tidak baca surah al-
Fatihah dalam solat, solat tidak sah. Isyarat dalam al-Fatihah ini ada dalam
30 juzuk al-Quran.

22. (Kita kena faham) dalam konteks kefahaman dan kepercayaan orang
Arab Quraisy semasa wahyu diturunkan.

C- ALLAH SEBAGAI PENCIPTA (KHALIQ)

23. Di dalam kalimah " ِ‫لِلِ ْال َح ْمد‬


َِ ِ " ini ada lafaz "Allah", "Pujian hanya kepada
Allah", oleh itu dalam lafaz " ِ‫لِل ْال َح ْمد‬
َِِ ِ " ini, lafaz yang perlu kita fahami ialah
kalimah "Allah" itu sendiri.

24. Orang Arab Mekah sudah sedia maklum tentang nama "Allah" dan sifat
yang ada pada Allah. Jika ditanya kepada mereka, "Siapa Allah?", nescaya
akan dijawab, "Dia ‘Rabb’ kita", pencipta kita dan lain-lain makhluk. Semasa
al-Quran diturunkan, umumnya orang kafir Mekah tahu dan maklum tentang
hal ini.

25. Supaya mereka (orang Arab Quraisy) insaf bahawa Allah adalah maha
Mencipta, maka Allah beritahu kepada mereka, sekiranya kamu telah tahu
dan terima Allah adalah Maha Mencipta, maka kamu kena terima Dia saja
sebagai Pencipta (Allah tidak berkongsi dengan apa-apa yang lain).

26. Supaya meresap dalam hati kita bahawa Allah adalah Pencipta,
dihuraikan tentang "al-Khaliq" dari surah al-Fatihah sehingga akhir surah al-
Maidah (huraian di segi ketuhanan, bukan di segi hukum).

27. Allah beritahu bahawa Dia lah yang mencipta. Jadi, surah-surah selepas
ini sehingga al-Maidah, Allah ingin beritahu dan ingin kita faham bahawa Dia
lah yang Maha Mencipta.
28. Sifat Allah yang paling menonjol kepada orang Arab ialah sebagai "al-
Khaliq" (Pencipta) berbanding sifat-sifat lain seperti ar-Rahman, ar-Rahim, al-
Aziz, al-Ghaffar.

29. Bila disebut Allah, mereka secara spontan akan faham bahawa Allah itu
adalah "al-Khaliq", Maha Pencipta.

30. Oleh kerana orang Arab faham bahawa sifat Allah yang paling menonjol
adalah "al-Khaliq", maka penjelasan tentang al-Khaliq dihuraikan oleh Allah
taala dalam bahagian (rubu') satu perempat (1/4) yang pertama.

31. Dalam satu perempat (1/4) bahagian yang pertama yang kita baca
(delete) diceritakan banyak perkara, tetapi Allah ingin bagi nampak dalam
surah-surah ini (al-Baqarah, ali-Imran, an-Nisa' & surah al-Maidah)
(terutamanya) di segi ketuhanan. Allah ingin beritahu, "Akulah yang
mencipta" apabila kita menjelajah dan menguasai surah-surah yang panjang
tadi.

32. Sebutan dalam al-Fatihah ialah “ ِ‫”لِل ْال َح ْمد‬


َِِ ِ dan huraiannya di sana (dalam
surah-surah yang disebutkan tadi).

33. Oleh kerana Allah yang maha mencipta, kita serahkan segala-galanya
kepada-Nya.

34. Dia-lah yang mengadakan segala sesuatu, dan tidak ada jasa yang lebih
besar dari mencipta dan menjadikan kita. Dunia ini pada asalnya tiada, tetapi
diciptakan untuk faedah kita.

35. Apabila meresap di dalam jiwa manusia bahawa Allah adalah Maha
Mencipta, maka dia tidak akan derhaka. Jasa-jasa yang lain (selain
penciptaannya) manusia tahu, tetapi manusia tidak tahu dan tidak terfikir
jasa Allah taala (yang menciptanya).

36. Kita terhutang budi kepada seseorang yang berjasa kepada kita; kita
tidak sanggup berkata buruk tentangnya, kita akan bela dia, (kerana)
begitulah sifat manusia. “Manusia bersedia untuk menjadi hamba apabila
orang berbuat baik kepadanya". Ini adalah naluri manusia. Jika ada orang
yang sentiasa berbuat baik kepada kita sejak dari kita kecil lagi, dalam
keadaan susah atau senang, tentunya kita akan layan dia lebih dari adik
beradik kita sendiri. Kita akan puji dia, kita akan meraikannya dan tingkah
lakunya akan mempengaruhi kita. Hati kita akan terpaut dengan orang yang
berjasa kepada kita.

37. Tapi sayangnya (kebanyakan) manusia tidak sedar "jasa" yang paling
hebat, yang tiada tandingan, yang tidak dapat diberi oleh sesiapa kecuali
Allah. Jasa-Nya yang mencipta kita dari "tiada" kepada "ada".
38. Tapi oleh kerana kita tidak nampak (kekuasaan) Allah dan jasa-jasa Allah
tidak dibaca, tidak di”tadabbur”, maka manusia derhaka kepada Allah,
sedangkan kita tidak lupa jasa sesama makhluk.

39. Supaya hamba tidak derhaka kepada Allah, hamba (manusia) hendaklah
kenang jasa Allah sebelum mengenang jasa-jasa orang lain seperti ibu bapa
dsb.

40. Dengan mengenang jasa Allah, seseorang itu akan menjadi hamba yang
taat.

41. Oleh itu memahami sifat "al-Khaliq" itu amat penting, dibicarakan dengan
panjang lebar dalam surah al-Baqarah, Aali'Imraan, an-Nisaa' dan Surah al-
Maidah.

42. Dengan menyebut " ِ‫لِل ْال َح ْمد‬


َِِ ِ ", hendaknya ada hubung kait di antara jiwa
kita dengan Allah.

43. Tiada makhluk yang dapat menandingi jasa Allah kepada kita. "Saya dulu
tidak ada, Allah jadikan saya; saya dulunya dhaif, Allah bagi kekuatan kepada
saya; saya miskin, Allah berikan saya kekayaan; saya susah, Allah bagi
kesenangan”.

44. Allah hendak supaya bila kita baca surah al-Fatihah dan sebut " ِ‫" ِ َلِلِِ ْال َح ْمد‬,
jiwa kita terus (berhubung) kepada Allah taala.

َ ‫ا ْل َعالَ ِم‬
D. BAHAGIAN KEDUA - ِّ‫ينِّ َرب‬

ْ
45. Bahagian kedua ialah " ِ‫"ال َعالَ ِمينَِ َرب‬,

46. "Rabb" maknanya "memelihara".

47. "Khalaqa" atau "al-Khaliq", hendaklah difahami sebagaimana dalam


konteks Bahasa Arab. Ianya bermaksud, "Mengadakan sesuatu dari tiada
langsung" iaitu tanpa sumber. Ini adalah apa yang dimaksudkan sebagai
"Penciptaan" dari Allah taala. Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat ini.
Dia tidak berkongsi sifat ini dengan sesiapa pun; dan orang kafir Mekah amat
jelas dalam perkara ini. Allah mencipta tanpa sumber dan hanya Allah sahaja
yang memiliki sifat Maha Mencipta.
48. Kita perlu belajar, tadabbur, mengajar dan menyampaikan kepada orang
lain supaya pemahaman tentang sifat ini meresap ke dalam jiwa. Apa yang
Allah ingin sampaikan tentang sifat maha mencipta ini akan terasa dalam
jiwa.

49. Ayat " ِ‫لِل ْال َح ْمد‬


َِِ ِ ِ‫ " ْال َعالَ ِمينَِ َرب‬ini merupakan separuh al-Quran di segi ketuhanan
dan tauhid. Jika ianya meresap ke dalam jiwa akan menyebabkan seseorang
itu taat.

", yang memelihara semesta alam yang termasuk manusia ‫ين‬ َِّ ‫ رَ بِّ ا ْلعَالَم‬50. "
dan jin; dan mereka ini akan dimasukkan samada ke dalam syurga atau
neraka. Alam-alam (makhluk) lain adalah alat untuk menguji manusia dan
jin, yang akan hancur bila tamat tempohnya.

51. Allahlah “Rabb”, Yang Memelihara; "Memelihara" bermaksud Allah jaga


selepas dijadikan manusia daripada tiada sehingga matang dan sempurna.

52. Allah adalah "Rabb" (pemelihara) sejak kita masih dalam rahim ibu;
dijadikan kita dari benih dan pelihara kita sehingga terbentuk jadi manusia.
Selepas tempoh 40 hari, 40 hari dan 40 hari barulah jasad kita terbentuk
dengan sempurna dan layak ditiup roh, tapi pada masa ini masih belum boleh
keluar dari perut ibu.

53. Allah ajar kepada manusia perkara ini, supaya manusia tahu, walaupun
dia tidak nampak (keadaan sebenar).

54. Allah huraikan kepada kita bahawa Dia adalah "Rabb" bermula dari surah
al-An'am sehinggga surah Bani Isra'il.

55. Allah menceritakan bahawa Dia adalah "Rabb", yang memelihara, supaya
kita sedar bahawa Dialah yang sebenarnya memberi kita makan dan minum
ketika di dalam perut ibu. Tiada ikhtiar dari pihak hamba dalam proses
tumbesaran; Allahlah yang menjaganya sepenuhnya. Allah cipta badan bayi
yang hanya boleh keluar dari rahim ibu tapi tidak dapat masuk balik ke dalam
perut ibunya; begitulah "penjagaan" Allah terhadap kita. Apabila lahir Allah
sediakan susu pula. Allah bagi ilham kepada sesiapa saja untuk jaga bayi
tersebut; bayi yang tidak tahu apa-apa tetapi mendapat rezeki dengan hanya
sekadar menangis. Dengan tangisannya, bayi dapat susu, dia dijaga,
dilindungi, dirawat. Hakikatnya, Allah yang jaga, Allah yang pelihara. Dalam
proses pembesaran ini, ibu secara nalurinya akan mengutamakan anaknya.
Ini adalah kerana Allah campakkan naluri dalam hati ibu supaya memelihara
bayi ini. Begitu juga dicampakkan naluri dalam hati bapa supaya anak ini
dijaga dan dikawal dengan sempurna. Sehingga ke peringkat bayi ini boleh
bercakap.
56. Bila boleh bercakap, bayi ini akan nampak, siapa yang pelihara dia. Yang
dia nampak, yang paling dekat ialah ibunya yang pelihara dia. Bila membesar
lagi, dia sedar yang memeliharanya ialah bapanya, bukan ibunya. Maknanya,
bayi ini pada mulanya telah tersilap. Kemudiannya, lama kelamaan dia mula
sedar bukan bapanya yang memeliharanya, tetapi majikan kepada bapanya
yang memeliharanya.

57. Semakin dia matang, semakin dia rasa dia terpedaya; hakikatnya
manusia akan sentiasa tertipu selagi dia tidak "nampak" dan "kenal" Allah
taala. Apabila diberi akal, manusia mula berfikir dan menafikan yang lain,
berubah fikirannya disebabkan pengalamannya.

58. Allah berkata, wahai manusia, "Semasa kamu dalam perut ibumu,
semasa kamu menjadi bayi, menjadi kanak-kanak, Kamilah yang menjaga
kamu".

59. Tetapi mengapa kamu derhaka?

60. Lumrahnya, tidak diterima akal anak menderhaka kepada ibubapanya. Ini
adalah kerana jasa, pengorbanan dan susah payah ibu bapa. Mungkin kita
boleh terima hakikat yang seseorang boleh derhaka kepada majikan atau
kawan-kawannya, tetapi kita tidak boleh terima hakikat bahawa dia derhaka
kepada ibu bapanya. Ini adalah kerana seorang anak tidak akan mampu
membalas jasa kedua ibu bapanya. Ingatlah sekiranya seorang anak derhaka
kepada ibu bapanya, anak itu yang salah, bukan ibu bapanya.

61. Disebabkan sifat ibu dan bapa yang "memelihara" (rabb) akal manusia
tidak boleh terima jika mereka diderhakai, walaupun mereka syirik kepada
Allah.

62. Allah ingin beritahu sebelum ibu dan bapa kamu memelihara mu, Dialah
yang memelihara kamu, tapi disebabkan Allah tidak nampak di mata mu,
engkau rasa Allah tidak ada!.

63. Oleh kerana sifat "Rabb" (memelihara) ini, Allah ingin manusia insaf
supaya jangan derhaka kepadaNya; kerana yang memelihara mereka adalah
Allah.

ْ
64. Oleh itu Allah menyatakan " ِ‫"ال َعالَ ِمينَِ َرب‬. Namun, disebabkan manusia tidak
sedar dan tidak faham yang sebenar-benar yang "memelihara" itu adalah
Allah, mereka akan sentiasa derhaka.

65. Ironinya, mereka tidak derhaka kepada ibubapa, tetapi mereka sentiasa
derhaka kepada Allah taala. Ada saja arahan Allah taala yang mereka tidak
ikut. Ada saja larangan Allah taala yang mereka langgar. Tidak timbul rasa
agung sifat "rabb" di dalam hatinya.

66. Oleh itu untuk melahirkan rasa agung bahawa Allah sebagai "rabb", maka
Allah huraikan sifat "rabb" ini dengan panjang lebar dalam surah al-An'am
sehingga surah Bani Israil.
ْ
67. Keagungan Allah selepas kita menyebut " ِ‫"ال َعالَ ِمينَِ َرب‬ itu benar-benar
dirasai sekiranya ianya sentiasa di"tadabbur" dan direnungi.

ْ maka akan
68. (Sepatutnya) Setiap kali kita menyebut kalimat " ِ‫"ال َعالَ ِمينَِ َرب‬
berkuranglah kederhakaan kita kepada Allah.

69. Dia akan insaf bahawa dia menderhakai orang yang memeliharanya,
orang yang memelihara ayah dan ibunya, orang yang mencampakkan naluri
ke dalam hati ibubapanya supaya menjaganya.

70. Perasaan ini datang kepada kita apabila kita dapat hayati apa makna
kalimah "rabb" (yang sebenar).

71. Makna asal perkataan "rubbubiyah" adalah " membawa (menjadikan)


sesuatu benda atau perkara ke tahap yang sempurna (kemuncak) secara
beransur-ansur".

72. Allah ingin manusia sedar bahawa Allahlah yang memelihara seorang
manusia sedikit demi sedikit dari peringkat janin sehingga mencapai tahap
matang, dengan menyediakan makan dan minum dengan berbagai cara dan
bentuk. Maka apabila akalmu telah matang (akil baligh), bersedialah untuk
taat kepada Ku kerana Akulah yang memelihara kamu selama ini.

73. Tetapi manusia tidak taat dan tidak faham kerana dia hanya faham apa
yang dia nampak sahaja. Apa yang dia tidak nampak, dia akan nafikan
(kewujudannya). Untuk menjelaskan kepada manusia apa yang dia tidak
nampak, Allah turunkan wahyu yang menceritakan hakikat berkenaan Allah
sebagai "Rabb". Dengan ini, akan timbul perasaan dalam hatinya bahawa
Allah adalah "rabb". Bila timbul perasaan ini, bila dia sampaikan kepada
orang lain apa yang dia rasai, orang tersebut akan terkesan; tidak hanya
sebagai lafaz kosong sahaja.

74. Ada ungkapan dalam Bahasa Urdu yang mengatakan, "Kalau kita hanya
memindahkan perkataan maka perkataan sahaja yang berpindah dari satu
mulut ke satu mulut yang lain, tetapi jika kita menterjemahkan ke dalam jiwa
yang kita hayati maka jiwa itu akan meresap kepada hati-hati hamba yang
lain".

75. Dan semua (maklumat) ini adalah mustahil (sampai kepada kita) tanpa
wahyu. Wahyulah yang mengubah manusia, membentuk jiwa manusia;
(wahyu jugalah) yang pernah mengubah jiwa nabi s.a.w dan jiwa sahabat-
sahabat baginda.

76. Wahyu adalah asli dan tulin, tetapi selain dari wahyu ianya boleh jadi
tulin atau palsu.

77. Allah ingin beritahu bahawa " ‫ب‬ ْ yang disebut itu akan dihuraikan
ِ ‫"ال َعالَ ِمينَِ َر‬
di surah-surah selepasnya.
78. Satu ayat (iaitu " ِ‫لِلِ ْال َح ْمد‬ ِ ‫ )" ْال َعالَ ِمينَِ َر‬dibahagikan kepada dua pecahan.
َِِ ‫ب‬

E. PECAHAN KETIGA - ِّ‫يم ال َّر ْح َم ِن‬


ِِّ ‫ال َّر ِح‬

79. Pecahan yang ketiga ialah " ‫ن‬


ِِ ‫َح ِيمِ الرَحْ َم‬
ِ ‫"الر‬

80. Apabila seorang manusia meningkat remaja, mukallaf, dia akan berfikir
lebih jauh. Dia ingin keluar dari kongkongan ibu bapa, ingin keluar mencari
pekerjaan, ingin berumahtangga, memiliki harta dan kenderaan,
menguruskan rumahtangga dan kehidupannya.

81. Pada masa ini, Allah ingin manusia sedar bahawa yang mengurus dan
mentadbir mereka adalah Allah taala, bukan tugas mereka dan bukan akal
mereka.

82. Walaupun kita telah matang dan rasa boleh berdikari, kita hendaklah
sentiasa ingat bahawa Allah lah yang menguruskan hidup kita sehingga kita
mati.

83. Allah ingin memberitahu kepada hamba-hambanya bahawa pengurusan


hidup, sebelum dan selepas mati adalah urusan Allah taala.

84. “Ar-Rahman”, yang Maha Pemurah yang mengurus dan mentadbir segala
makluk semasa hidup di dunia.

85. “Ar-Rahim”, yang Maha Mengasihani yang akan menjaga hamba yang
taat daripada dihukum di akhirat.

86. Apabila telah dewasa, apa-apa kepentingan semasa kecil ditinggalkan,


diganti dengan kepentingan baru ialah kerjaya, memiliki rumahtangga
bahagia, anak-anak yang berbakti, tetapi malangnya dia gagal memikirkan
tentang pengurusan hidup yang berjaya.

87. Allah beritahu, pengurusan hidup yang tidak bergantung kepada Allah
yang ar-Rahman, ar-Rahim tidak akan berjaya.

88. Allah sediakan kepada kita syariat untuk panduan kita supaya bahagia di
dunia dan di akhirat.

89. Urusan hidup kamu adalah dalam genggamanNya sebagaimana Dia


mencipta dan memelihara kamu.

90. Apabila hubungan kamu dengan Allah terputus, kamu akan menjadi
hamba yang kecewa.

91. Tetapi apabila kamu sentiasa berhubungan denganNya, kamu akan


bahagia.
92. ِّ‫"الرَّحْ مَنِّ الرَّحيم‬, yang mengurus dan yang mentadbir seluruh manusia
adalah Allah yang maha Esa.

93. Satu perempat (1/4) dari al-Quran iaitu dari Surah al-Kahfi hingga Surah
al-Ahzab adalah untuk menghuraikan konsep " ‫ن‬ ِِ ‫يم الرَحْ َم‬
ِِ ‫َح‬
ِ ‫"الر‬.

94. Di sini diterangkan tentang pokok keimanan dan sifat tuhan, " ‫ن‬
ِِ ‫يم الرَحْ َم‬
ِِ ‫َح‬
ِ ‫"الر‬,
Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.

95. "Ar-Rahman" diterjemahkan sebagai "Maha Pemurah" untuk perkara-


perkara dunia tanpa mengira siapa mereka, samada muslim atau kafir,
samada manusia atau jin atau haiwan.

96. "ar-Rahim" bermaksud, "Ar-Rahimulakhirah" iaitu apabila seseorang


mematuhi syariat, menurut segala perintah dan meninggalkan segala
larangan, Allah tidak akan mengulangi ujian kepadanya untuk kali kedua,
iaitu selepas kematiannya; Bahkan, Allah akan bagi nikmat dan rahmat
hingga ke Syurga.

97. Dengan sifat "ar-Rahman" Allah ini Dia sanggup melihat hambanya
menderita kerana agama, tetapi sifat "ar-Rahim" Allah tidak akan
membiarkan hambaNya menderita.

98. Allah sanggup melihat hambanya menderita kerana agama supaya


hambanya itu hampir kepadaNya. Tetapi dengan sifat "ar-Rahim", oleh
kerana hambanya itu telah menderita kerana agama, dia tidak akan dibiarkan
menderita untuk kali kedua.

99. Perhatikanlah, semua nabi menderita terutamanya nabi kita.

100. Dalam hadis hadis sahih disebutkan, "Sesungguhnya aku disusahkan


oleh Allah taala yang mana tidak ada nabi sebelum aku susah seperti itu”.
Walaupun umur nabi hanya lebih kurang 63 tahun, tetapi perjuangan nabi
sangat besar, medan perjuangan nabi amat luas. Masa yang amat singkat
tersebut digunakan oleh nabi dengan penuh pengorbanan. Nabi bersabda,
"Sesungguhnya aku disusahkan untuk agama Allah, untuk satu tempoh yang
tidak disusahkan seperti itu nabi-nabi sebelum aku".

101. Allah boleh biarkan hamba yang paling dikasihi-Nya susah kerana sifat
"ar-Rahman"Nya.

102. Bukanlah kesusahan yang ditanggung oleh nabi itu kerana Allah ingin
menyeksanya tetapi kerana sifat "ar-Rahman"Nya, Allah ingin meninggikan
darjatnya di syurga kerana penderitaan yang ditanggungnya.

103. Sheikh Ubaidillah Sindi pernah berkata, "Manusia dibesarkan oleh dua
sifat yang bertentangan iaitu sifat kebapaan dan sifat keibuan".
104. Biasanya sifat bapa adalah tegas, dia sanggup lihat anaknya susah
asalkan masa depannya cerah. Sebaliknya ibu tidak boleh lihat apa saja
kesusahan yang menimpa anaknya dan sentiasa mencuba supaya anaknya
tidak susah dalam setiap keadaan. Seorang anak akan menjadi matang dan
sempurna bila dibesarkan dengan kedua-dua sifat yang berlawanan ini.
Contohnya, anak yang dihantar ke sekolah pada hari pertama, akan takut
untuk pergi ke sekolah, tetapi ayahnya akan memaksanya pergi juga ke
sekolah. Tetapi sebaliknya ibunya akan berkata, "Tak apa. Biarlah hari ini dia
tak pergi sekolah". Seorang anak kalau dijaga hanya oleh ibu, dia tidak akan
ke sekolah, tapi kalau hanya dijaga oleh bapa anak akan kurang ajar kerana
sikap tegas bapanya.

105. Seolah-olah Allah ingin beritahu, "Ar-Rahman" adalah sifat kebapaan,


"Ar-Rahim" sifat keibuan.

106. Allah biarkan manusia menderita di dunia supaya mereka berjaya nanti
di akhirat. Melalui sifat keibuan (Ar-Rahim) pula, apabila sudah menderita di
dunia, Allah taala tidak akan membiarkan hamba itu menderita buat kali
kedua di akhirat.

107. Dengan sentiasa membaca " ‫ن‬ ِ ‫ "الر‬kita berharap akan taat perintah
ِِ ‫َح ِيمِ ال َِرحْ َم‬
Allah walau diuji sepahit mana.

108. Sekiraya kita buat sebagaimana kehendak "ar-Rahman", kita akan


dilayani dengan "ar-Rahim"nya selepas mati.

109. Itulah yang dikatakan seorang yang matang; seorang yang berjaya
hidup dengan menegakkan hukum Allah s.w.t.

110. Huraian tentang sifat "ar-Rahman" dan "ar-Rahim" adalah terkandung


dalam Surah al-Kahfi sehingga surah al-Ahzab.

111. Di dalam surah-surah tersebut nanti akan diterangkan, bahawa di segi


ketuhanan, Allah ingin memperlihatkan kepada kita bahawa Dialah yang
Maha Mentadbir, Maha Mengurus.

112. Segala urusan kehidupan kita hendaklah dilaksanakan mengikut syariat


Allah.

113. Apabila ada sesuatu hajat, manusia hendaklah memintanya dari Allah
kerana Allah adalah "ar-Rahman". Jangan membuat pilihan bersendirin
(tanpa merujuk kepada Allah).

114. Nabi bersabda, "Tidak akan kecewa seseorang yang ber”istikharah”


sebelum melakukan apa saja kerja". Tidak akan kecewa dalam semua hal,
kerana Allah adalah “ar-Rahman”.
115. Seseorang itu hendaklah meminta keputusan dari Allah; mana yang
lebih baik hendaknya diberi kemudahan, kalau tidak baik hendaknya ditukar
kepada yang lain. Sekiranya seorang hamba ber”istikharah” dalam setiap
urusan hidupnya, dia tidak akan kecewa dan akan jadi insan yang bahagia.

116. Tapi kebanyakan manusia tidak melakukan solat istikharah, tetapi lebih
suka membuat keputusan sendiri. Apabila ditimpa apa-apa ujian dari Allah,
maka hendaknya dia bersolat hajat, mengucapkan "‫”راجعون إليه وإنا لِل إنا‬.

117. “Engkau telah ambil dariku, maka gantikanlahnya dengan yang lebih
baik". Dia akan dapat pahala dan akan diganti dengan yang lebih baik.

118. Amalan “istikharah” adalah tanda bahawa orang itu faham apa itu
maksud sifat "ar-Rahman" dan "ar-Rahim". Kehidupan manusia tidak akan
kelam kabut dan kecewa dan sentiasa mendapat kepuasan. Di sebalik
kesusahan sentiasa ada pahala, dan (pahala) itulah merupakan harapannya
dan dengan ini manusia tidak akan menjadi insan yang kecewa.

119. "Arrahmanirrahim" yang kita baca adalah untuk urusan hidup, lebih-
lebih lagi kehidupan semasa dewasa sebelum mati.

120. Satu perempat (1/4) yang ketiga bermula dari Surah al-Kahfi hingga al-
Ahzab menceritakan tentang "ar-Rahman" dan "ar-Rahim".

121. Semoga ianya meresap ke dalam jiwa bila kita menyampaikannya


kepada orang lain, kerana ianya mukjizat yang luar biasa.

122. Kita dengar, kita tadabbur dan kita sampaikan kepada orang lain dengan
tujuan supaya kita dapat (manfaatnya). Sesungguhnya Allah tidak pernah
menghampakan hambanya.

F. ِّ‫مَالكِّ يَوْ مِّ الدين‬

123. "ِّ‫" مَالكِّ يَوْ مِّ الدين‬, yang berkuasa, yang memiliki hari pembalasan.

124. Kita sudah ada pengalaman kehidupan di dunia, tetapi kita tidak ada
pengalaman kehidupan selepas mati.

125. Sehebat mana pun manusia itu, apabila disebut tentang mati,
perasaannya akan pudar dan suram. Oleh sebab itu tidak digalakkan
bercakap tentang mati bila kita sedang makan kerana ianya akan
menyuramkan perasaan kita. Tetapi kita digalakkan supaya selalu ingat
kepada mati di waktu-waktu lain, kerana ianya akan memberi cahaya kepada
hati dan mendorong supaya kita membuat persiapan.

126. Bila kita ingat kepada mati, kita akan ingat kepada Allah.
127. Oleh kerana manusia tidak pernah ada pengalaman tentang mati dan
kehidupan selepas mati, tentu sekali manusia akan rasa takut dan bimbang.
Perasaan ini dialami oleh sesiapa saja, termasuk juga nabi atau wali, dan
lebih-lebih lagi mereka yang berdosa.

128. Allah beritahu kepada kita, hendaklah engkau, wahai hamba, tahu
bahawa yang berkuasa dan memiliki segala-galanya pada hari pembalasan
adalah Allah.

129. Maka kamu hendaklah jaga syariat Allah supaya di hari pembalasan
nanti kamu akan dibalas dengan pembalasan yang baik.

130. Allah menceritakan dengan terperinci tentang permulaan akhirat iaitu


ketika nazak, di alam barzakh, sirat serta hisab, syurga dan neraka.

131. Melalui ayat-ayat al-Quran ini, manusia seolah-olah sudah berada di


sana, walaupun manusia belum mengalaminya lagi.

132. Jika perkara-perkara akhirat ini sudah meresap dalam hati hamba, amat
mudah hamba itu untuk mentaati segala hukum dan syariat Allah; manusia
tidak akan derhaka kepada Allah. Dia tidak akan melakukan maksiat kerana
dia yakin Allah melihatnya walaupun orang lain tidak nampak. Setiap masa
kita akan merujuk kepada Allah taala apa yang perlu kita lakukan, samada
ada manusia atau tidak di sekeliling kita.

133. Oleh itu, bila keadaan terdesak, Allah menghalalkan makanan yang
asalnya haram, kerana Allah tidak ingin menyusahkan kita, tetapi hanya ingin
kita mengikut peraturan iaitu syariat-Nya.

maksudnya, "Maharaja yang berkuasa di hari pembalasan". ,"‫ِّين‬ ِ ِ‫" َمال‬, ِّ‫ " مَالكِّ يَوْ مِّ الدين‬.134
ِ ‫ك يَوْ ِم الد‬
Ayat al-Quran ini adalah untuk menyedarkan kita bahawa semua amalan kita akan dibalas (di hari
.(pembalasan nanti

135. Kehidupan di dunia yang susah, ditipu (dalam urusan) bukanlah


merupakan pembalasan; jika kita sabar setelah menjadi mangsa penipuan,
kita akan mendapat ganjaran (pahala). Kita sebenarnya tidak rugi, malah
sentiasa mendapat untung, disebabkan adanya hari pembalasan.
136. Kecualilah kalau kehidupan kita hanya untuk (kesenangan) dunia
sahaja, sekiranya kita ditipu, maka itu adalah satu bentuk hukuman. Akan
meranalah kita sekiranya tidak memepercayai hari pembalasan.

137. Nabi bersabda, bermaksud, "Aku hairan tentang orang mukmin (orang
yang meyakini Allah, meyakini hari pembalasan), semua urusan hidupnya ada
pahala, kalau diuji oleh Allah dengan ujian dia bersabar, dengan bersabar dia
dapat pahala, bila diberi sesuatu nikmat dia bersyukur, dengan sebab dia
bersyukur, dia dapat pahala". Maksudnya, ketika susah dia dapat pahala, di
waktu senang dia pun dapat pahala kerana dia mukmin, iaitu, seorang yang
yakin adanya Allah dan yakin adanya hari pembalasan.
138. Huraian tentang hari pembalasan diceritakan oleh Allah di dalam al-
Quran dari Surat Saba' sehingga Surah an-Naas. (Dalam surah-surah
tersebut) Allah menceritakan tentang hari akhirat seolah-olah hari akhirat itu
berada di depan kita.

139. Sebenarnya bahagian-bahagian (tiga perempat) sebelum ini mewakili


kitab-kitab yang diturunkan sebelum al-Quran iaitu Taurat, Injil dan Zabur.
Tiga bahagian pertama al-Quran mewakili kitab-kitab sebelum al-Quran,
seolah-olah, walaupun kita tidak baca kitab Taurat, Zabur dan Injil, tetapi
kitab-kitab tersebut ada dalam al-Quran. Tetapi bahagian yang terakhir
dalam al-Quran, iaitu pemberitahuan tentang akhirat, tidak ada dalam kitab
Taurat, Injil dan Zabur.

140. Allah telah kumpulkan perkara-perkara tentang akhirat di dalam al-


Quran dan tidak ada perkara seperti ini di dalam kitab-kitab sebelumnya. Ini
adalah khas untuk umat Muhamad s.a.w.

141. Inilah sebabnya mengapa nabi baca surah-surah akhir dalam al-Quran
ini dalam solat berjemaah, yang memberitahu tentang tauhid dan akhirat,
supaya umatnya sentiasa mendengar dan membacanya.

142. Bila kita baca " ‫ك‬ ِِ ‫"الد‬, "Engkau ya Allah yang menguasai hari
ِِ ِ‫ين يَوْ ِِم َِمال‬
pembalasan", maka tolonglah kami untuk mendapat taufik supaya kami
selamat di negeri akhirat, iaitu pada hari pembalasan nanti.

143. Bila Engkau uji kami (ya Allah), kami boleh bersabar dan bila Engkau
beri nikmat kepada kami, kami boleh bersyukur. (Sesungguhnya) ini adalah
anugerah dari Allah.

144. Bila kita sentiasa membaca " ‫ك‬ ِِ ‫"الدي‬, maka akan timbul dalam hati
ِِ ‫ن يَوْ ِِم َما ِل‬
kita bahawa Allahlah yang berkuasa pada hari pembalasan.

145. Bila kita sentiasa dengar dan baca keempat-empat perkara ini, ianya
akan meresap ke dalam hati.

146. Oleh kerana Allah yang mencipta dan memelihara, mengurus dan
mentadbir kehidupan kita sebelum dan selepas mati.

G - ِّ‫ك نَ ْعبُ ُدِّ إِيَّا َك‬


َِّ ‫ين َوإِيَّا‬ ْ َ‫ن‬
ُِّ ‫ست َِع‬

147. Oleh kerana Allah berkuasa penuh pada hari pembalasan maka, " ‫ك‬ َِ ‫نَعْبدِ إِيَا‬
َِ ‫"نَ ْست َِعينِ َوإِيَا‬, "Kepada Engkau sahajalah Allah kami bersedia menjadi hamba,
‫ك‬
kami bersedia melakukan apa saja ketaatan dan ibadat".

148. "Dan kepadamu sahaja ya Allah kami meminta bantuan dan


pertolongan".
149. Kami minta pertolongan hanya kepada Engkau, Ya Allah, terutamanya
berkenaan perkara luar dari "asbab" (sebab musabab).

150. Kami tidak meminta bantuan daripada nabi yang telah mati, daripada
wali yang telah mati, daripada malaikat dan jin. Kami akan minta bantuan
hanya daripada engkau, wahai Allah.

ْ َ‫َّاك ن‬
151. "ِّ‫ستَعين‬ َِّ ‫َّاك نَعْبدِّ َوإي‬
َِّ ‫ " إي‬merupakan intipati kepada keempat-empat sifat
tadi.

152. Dalam " ‫ك‬ َِ ‫ك نَعْب ِد إِيَا‬ ِ ‫ "نَ ْست َِع‬ada "muqaddam khulu", setelah engkau kata "
َِ ‫ين َوإِيَا‬
ْ
ِ‫لِلِ ال َح ْمد‬َ ْ
ِ ِ ِ‫" ال َعالَ ِمينَِ َرب‬, " ِ‫يم الرَحْ َم ِن‬ ِ ‫"الر‬, " ‫ك‬
ِِ ‫َح‬ ِِ ‫"الد‬, maka bacalah pula, " ‫ك‬
ِِ ِ‫ين يَوْ ِِم َمال‬ َِ ‫ك نَعْبدِ إِيَا‬
َِ ‫َوإِيَا‬
ِ‫"نَ ْست َِعين‬.

153. "Engkau saja yang kami perhambakan diri dan kepada Engkau saja kami
minta bantuan dan pertolongan"

154. Di antara pertolongan yang kami inginkan ialah hidayat, kebahagiaan,


kepuasan, penyelesaian segala masalah, penyempurnaan segala hajat,
samada di dunia atau di akhirat.

155. Apabila kita bersedia untuk beribadat (bila cukup umur), akan diajar
kepada kita ibadat yang direstui Allah dan apabila kita menunaikannya Allah
akan memenuhi janjiNya dan mengabulkan doa kita.

156. Malangnya (kebanyakan) manusia tidak memahaminya, lain yang


disuruh lain yang dibuat, apa yang Allah ajar ditinggalkan, yang orang lain
ajar dibuat. Tapi dalam masa yang sama dia berseru,"Ya Allah, bantulah
kami".

157. Oleh itu, cubalah kita fahami apa yang dituntut dari surah al-Fatihah
apabila membaca surah tersebut.

158. Saidina Abu Bakar berkata, al-Fatihah adalah rahsia kepada 30 juzuk al-
Quran, kunci kepada semua ayat-ayat al-Quran yang lain.

159. Rahsia surah al-Fatihah ini boleh diketahui bila kita memahami ayat " ‫ك‬ َِ ‫إِيَا‬
َِ ‫"نَ ْسِتَ ِعينِ َوإِيَا‬, "Kepada Engkau sahaja ya Allah kami bersedia menjadi hamba
ِ‫ك نَعْبد‬
dan kepada Engkau sahajalah kami memohon bantuan dan pertolongan".

160. Bila kita boleh memahami ayat ini, kita boleh memahami Surah al-
Fatihah, dan bila kita dapat memahami Surah al-Fatihah, kita akan
memahami al-Quran seluruhnya.

161. (Kata Saidina Abu Bakar) al-Fatihah itu adalah rahsia al-Quran dan
rahsia al-Fatihah itu sendiri ialah ayat " ‫ك‬ َِ ‫"نَ ْست َِعينِ َوإِيَا‬.
َِ ‫ك نَعْبدِ إِيَا‬
162. " ِّ‫َّاك نَعْبد‬
َِّ ‫ " " إي‬dihuraikan dalam surah 39, Surat al-Zumar, kerana mesej
penting surah az-Zumar adalah sama seperti dalam lafaz ini

163. Manakala huraian kepada " ‫ك‬ ِ ‫ "نَ ْست َِع‬ialah di dalam surah 40 hingga 46
َِ ‫ين إِيَا‬
(dikenali sebagai "Haa mim tujuh").

ْ َ‫َّاك ن‬
ِّ‫ستَعين‬ َِّ ‫ إي‬.164" adalah merupakan " maqlub" dan " ‫ك‬
َِ ‫ " نَعْبدِ إِيَا‬adalah sebagai
muqaddimah. "Maqlub" ini dihuraikan dalam tujuh surah ( iaitu dari Surah 40
hingga 46 )

165. Selepas kita memahami maksud " ‫ك‬ َِ ‫ " نَعْبدِ إِيَا‬melalui surah az-Zumar dan "
َِ ‫ "نَ ْست َِعينِ َوإِيَا‬melalui surah "Haa Mim tujuh" tadi, maka mudahlah bagi kita
‫ك‬
untuk memahami ayat-ayat yang lain dalam al-Quran.

166. Ada riwayat dari Ibnu Abbas r.hum yang mengatakan setiap benda ada
intipati (punca), intipati al-Quran ialah Surah-surah Haa Mim.

167. Dari Tafsir Ibnu Katsir, diceritakan bahawa para sahabat nabi membina
madrasah dengan nama "al-Hawamim Saba’ ", yang menunjukkan
masyhurnya di kalangan mereka Surah Haa Mim yang tujuh. Ini adalah
kerana surah-surah ini menghuraikan makna " ‫ك‬ َِ ‫"نَ ْست َِعينِ إِيَا‬.

ْ َ‫َّاك ن‬
168. "ِّ‫ستَعين‬ َِّ ‫ "إي‬adalah satu ayat yang amat penting di dalam Surah al-
Fatihah. Istilah "ِ‫ك‬ َ ‫ "نَ ْست َِعينِ إِيَا‬dikenal dalam pengajian tafsir sebagai "Mengesakan
Allah dalam meminta bantuan dan pertolongan".

169. Di antara cara kita minta bantuan dan pertolongan ialah dengan
menyeru nama "Allah", "Ya Allah" atau "Allah humma"; seruan ini merupakan
lafaz-lafaz "isti'anah" (meminta pertolongan) yang tidak boleh digunakan
sama sekali kepada selain dari Allah.

170. "isti'anah" merupakan teras kepada syariat, asas yang paling penting
dalam agama, yang jika digunakan kepada selain Allah akan menyebabkan
syirik.

171. Ianya suatu perkara yang amat penting yang sebenarnya boleh difahami
dengan mudah, tapi oleh kerana kejahilan, perkara yang paling penting ini
telah rosak. Apabila asas aqidah rosak, apa saja amalan akan ditolak dan
tidak sah.

172. Oleh itu, mulai hari ini, kita hendaklah sedar dan faham bahawa " ‫ك‬
َِ ‫إِيَا‬
ِ‫ "نَ ْست َِعين‬adalah satu perkara yang amat penting.

173. Sebagaimana kata-kata Saidina Abu Bakar bahawa rahsia Surah al-
Fatihah itu pada ayat " ‫ك‬ َِ ‫"نَ ْست َِعينِ َوإِيَا‬.
َِ ‫ك نَعْبدِ إِيَا‬

ْ َ‫َّاك ن‬
174. "ِّ‫ستَعين‬ َِّ ‫ِّاك نَعْبدِّ َوإي‬
َِّ َّ‫" إي‬ sebenarnya adalah dua 'jumlah' (dua bentuk
ayat), pertama ayat " ‫ك‬ َِ ‫ " نَعْبدِ إِيَا‬dan satu lagi " ‫ك‬
َِ ‫"نَ ْست َِعينِ َوإِيَا‬.

175. " ِّ‫َّاك نَعْبد‬


َِّ ‫ " إي‬adalah sebagai pendahuluan (muqaddimah), dan yang lebih
penting dari " ‫ك‬ َِ ‫ " نَعْبدِ إِيَا‬malah yang paling penting ialah " ‫ك‬
َِ ‫نَ ْست َِعين َوإِيَا‬
176. Al-Quran adalah perkara yang paling penting, surah yang paling penting
dalam al-Quran ialah Surah al-Fatihah , dan "Isti'anah" ialah ayat yang paling
penting dalam Surat al-Fatihah. Oleh kerana kejahilan, perkara yang paling
penting ini dirosakkan dan diselewengkan.

177. Ramai orang menggunakan lafaz "Ya" ini kepada selain dari Allah,
seperti "Ya Rasulullah", "Ya Nabi Allah", "Ya Habibulllah". Berwaspadalah
kerana dari sinilah pintu-pintu kerosakan akan berlaku.

178. Pada mulanya, mungkin hanya kerana ingin bergurau atau bermain-
main, tetapi akhirnya (tanpa sedar) menyebabkan rosak akidah. Lafaz-lafaz
ini tertolak kerana ianya telah menukar asas agama kepada selain dari Allah.

179. Tapi biasanya teguran (supaya membetulkan kesilapan) ini tidak mudah
diterima kecuali oleh mereka yang memiliki hati yang bersifat "inabah", iaitu
sifat ingin mencari kebenaran, sifat ingin menjadi baik dan pandai. Keinginan
supaya dia lulus ujian dan diterima dan bertemu Allah taala di syurga. Pilihan
yang bijak ini adalah untuk orang yang belajar dan pandai dalam belajar.

180. Ianya tidaklah payah kerana ianya fitrah kita. Tauhid ialah fitrah ahli
syurga dan syirik adalah fitrah ahli neraka, dan tauhid ini menyentuh tentang
hal-hal ketuhanan.

181. Bila kita (diizinkan) berkata, "Engkau sahaja tempat kami meminta
bantuan dan pertolongan", ini bermakna Allah izinkan kita meminta bantuan
daripadaNya.

H – ‫طَ ا ْه ِدنَا‬ ْ ‫ا ْل ُم‬


ِّ ‫ستَقِي َمِّ الص َرا‬

182. Perkara yang kita minta bantuan dari Allah adalah perkara yang terbesar
dan terpenting iaitu bantuan supaya Allah bagi pimpinan hidayat. Jika kita
mendapat hidayat (dari Allah), seolah-olah kita dapat segala-galanya. Jika
kita tidak dapat hidayat tapi memperolehi segala-gala yang lain, ianya tidak
bermakna apa-apa.

183. Pimpinan Allah adalah yang paling asas; walau kita diberi semua
termasuk satu dunia, tetapi jika tidak diberi hidayat, hakikatnya kita tidak
dapat apa-apa; kerana kesudahannya kita dimasukkan ke dalam api neraka.

184. Allah taala memerintahkan supaya kita meminta sebesar-besar perkara


iaitu "hidayat".

185. Oleh kerana Engkau sahaja, Ya Allah, tempat kami meminta bantuan
dan pertolongan, maka " ‫طَ ا ْه ِدنَا‬ ْ
ِ ‫"الم ْستَقِي َِم الص َرا‬, "Pimpinlah kami Ya Allah ke jalan
yang lurus".
186. "Hidayah", sepertimana dalam al-Quran, ada dua cara (maksud),
"hidayah" bermakna "tunjuk jalan" atau "pimpin (beri taufiq) ke jalan yang
lurus". Perbezaanya, "tunjuk jalan" bermaksud "tunjuk jalan" kepada semua
orang, tetapi yang "dipimpin" (masuk ke syurga) hanya kepada sebahagian
orang tertentu. Contohnya, jika ingin ke Petaling Jaya, seseorang akan
memberi panduan kepada kita tentang arah jalan-jalan (tunjuk jalan) menuju
ke Petaling Jaya dengan harapan kita akan sampai ke sana. Ada
kemungkinan kita gagal sampai ke destinasi kerana kita hanya berpandukan
kepada panduan yang diberi. Situasinya berlainan jika ada orang yang
sanggup membawa kita ke destinasi yang ingin ditujui, maka ianya lebih
terjamin.

187. "Hidayat" dalam konteks ini bermaksud "dipimpin".

188. Dalam bahasa Urdu diterjemahkan maksud "Ihdina" dengan "pimpin"


dan bukan "tuju", iaitu "Wahai Allah, di atas jalan yang lurus ini, Engkau
pimpinlah kami dengan sentiasa memberi taufik kepada kami supaya kami
terus sampai kepada yang dituju". Bukan sekadar menyerahkan kepada kami
dan membiarkan kami mencari sendiri jalan tersebut.

189. Lafaz "tunjuk" ini Allah gunakan untuk semua manusia, tidak kira
samada ianya untuk orang kafir yang akan mati dalam keadan kafir atau
untuk orang Islam yang akan mati Islam; Berlainan dengan lafaz "pimpin"
yang bermaksud Allah "pimpin" mereka (yang dalam takdirnya mati Islam)
supaya mati dalam Islam.

190. Allah akan bagi "taufik", di mana jika dia terlanjur, Allah akan sedarkan
dia dan izinkan dia bertaubat, di mana akhirnya dia akan sampai ke
destinasinya.

191. "Pimpinlah kami Ya Allah ke jalan yang lurus".

192. (Contohnya), anak kecil yang belum tahu berjalan, jika kita sekadar
beritahu kepadanya bagaimana cara-cara berjalan, (kemungkinan) dia akan
jatuh; Oleh itu, cara yang tepat ialah dengan "memimpin"nya berjalan.

193. Inilah perbezaan diantara "tunjuk" dan "pimpin".

194. "Pimpinlah kami Ya Allah, ke jalan yang lurus, supaya kami dapat
sampai ke tempat yang dituju".

195. "Sirat" bermakna jalan, bahasa kiasan untuk perkataan "agama", kerana
"agama" adalah cara hidup (sirat atau jalan) yang boleh membawa kita
sampai sehingga berjumpa Allah dalam syurga.
196. Nama kepada cara hidup itu adalah "jalan", sebab ia boleh membawa
kita pergi ke tempat yang dituju. "Jalan" dalam konteks semasa pun, bukan
bermakna kita tinggal di atas jalan, tetapi kita guna jalan untuk pergi ke
suatu tempat lain.

197. Agama ialah satu penghayatan. Tempat yang ingin kita tuju ialah Allah
di syurga, dengan menggunakan "jalan" amalan agama. Jalan digunakan
untuk sampai ke satu tempat, begitu juga amalan agama.
198. Berusaha supaya manusia sedar, belajar dan mengajar, dapatkan ilmu
dan men"tabligh"kan, adalah jalan untuk sampai ke tempat yang dituju.
Sekiranya kita gunakan jalan yang lain, kita akan sampai ke tempat lain dan
bukan tempat yang dituju.

199. Allah namakan agama dengan "as-Sirat". Dan "jalan" ini, sebagaimana
Allah ajar melalui surah al-Fatihah, adalah lurus.

200. "Al-Mustaqim", bermakna lurus, tidak bengkok, ke kanan atau ke kiri.


Jalan yang bengkang bengkok, menyebabkan kita akan lambat sampai atau
mungkin tidak sampai langsung ke destinasi yang dituju. Tapi jika jalan itu
lurus, ianya mudah diikuti, mudah sampai dan lebih cepat.

201. Di antara tuntutan makna "mustaqiim" ialah "asraqu" iaitu cepat


sampai. Contohnya, pada hari ini, banyak jalan-jalan bengkok diluruskan,
untuk jimat masa perjalanan dan cepat sampai. Kita gunakanlah
kebijaksanaan kita untuk menyelesaikan masalah ini.

202. Allah ajar tuntutan agama ini atas jalan yang lurus, tidak ke kanan,
tidak ke kiri

203. "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul
lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; jangan kamu ikut jalan ke kanan
atau ke kiri, yang memesongkan kamu dari jalan yang sebenar; (kalau tidak)
nescaya tersasarlah kamu dari jalan yang benar (Surah Al-An'am, Ayat 152).

204. Oleh kerana ianya jalan yang lurus, ianya mudah difahami; tauhid
adalah perkara yang mudah difahami kerana ianya bersesuaian dengan naluri
dan jiwa kita.

205. Kitab al-Quran ini lebih mudah (difahami) berbanding dengan kitab-kitab
yang lain. Sayangnya kita ditakut-takutkan dan menganggapnya susah untuk
dipelajari. Allah beritahu, "Kami telah mempermudahkan al-Quran".

206. Ada orang yang menakut-nakutkan dengan mengatakan belajar al-


Quran itu susah dan dia menghalang orang lain dari mempelajari al-Quran.
Syaitan berkata, "Jangan kamu dengar al-Quran, hendaklah kamu ganggu
majlis-majls al-Quran, mudah-mudahan dengan mengganggu mereka, kamu
menang dan mereka kalah". Inilah (kelakuan) orang kafir yang dibisikkan
oleh syaitan sebagaimana tercatat dalam al-Quran.

207. Orang yang selamat ialah orang yang bersegera belajar al-Quran
sehingga faham, dan dia amalkan dengan istiqamah tanpa bertangguh-
tangguh. Semoga Allah taala pilih kita (di kalangan orang yang belajar al-
Quran).
208. Pimpinlah kami wahai Allah ke jalan yang lurus, jalan agama yang
membawa terus berjumpa Allah, tanpa susah payah.
209. Jalan lurus itu adalah berupa "amalan-amalan", tetapi Allah ajar kepada
kita "amalan-amalan" tersebut dalam bentuk tulisan, dalam bentuk bacaan
(al-Quran). Jika ianya hanya berada dalam kitab, dalam bentuk tulisan, tidak
diamalkan, tidak bermakna apa-apa jalan itu (kepada kita).

210. Kerana wahyu ini ada dalam kitab, kita perlu buat sesuatu untuk
memindahkannya ke dalam kehidupan kita. Kita perlu berkorban dan
bersusah payah, sebagaimana bersusah payahnya nabi dan sahabat-sahabat
baginda, dua golongan yang terpilih dan ahli syurga.

I - َ‫ط‬
ِّ ‫ص َرا‬ َِّ ‫ َعلَ ْي ِه ْمِّ أَ ْن َع ْم‬dan ‫ين‬
َ ‫ت الَّ ِذ‬
ِ ِّ‫ين‬ ِّ َ ‫َغيْرِّ ا ْل َمغْضوبِّ عَ لَيْه ِّْم َو‬
َِّ ‫ل الضَّال‬

211. Allah ajar jalan yang pernah dihayati dan dilalui dalam kehidupan
manusia, iaitu, " َِ‫ص َراط‬
ِ َِ‫" َعلَ ْي ِه ِْم أَ ْن َع ْمتَِ الَ ِذين‬. Jalan orang-orang yang pernah
menghayati agama, yang Allah bagi nikmat kepada mereka sehingga dapat
mengamalkan dan menghayati agama, jalan yang pernah berjaya dilalui oleh
golongan-golongan ini dimana hamba-hamba Allah yang lain dapat
mengambil contoh.

212. "‫ين‬ ِّ َ ‫" َغيْرِّ ا ْل َمغْضوبِّ َعلَيْه ِّْم َو‬. Bukan jalan orang yang dimurkai dan bukan
َِّ ‫ل الضَّال‬
jalan golongan yang sesat.

213. Al-Quran menunjukkan contoh orang yang berjaya dan juga orang yang
gagal.

214. Orang yang ikut jalan (yang lurus), begini cara hidupnya, dan orang
yang tidak ikut jalan (yang lurus), begiitulah cara hidupnya.

215. Maka hendaklah kamu pilih (jalan yang lurus ini) dan ikut, ianya lebih
mudah, kerana contohya ada di depan kita.

216. Allah s.w.t ajar kepada kita supaya kita baca (al-Quran) dan ikut jalan
orang-orang yang diberi nikmat, taufik, dan hidayat di mana al-Quran yang
dalam bentuk bacaan ini dipindahkan dalam kehidupan mereka.

217. Orang-orang yang mana al-Quran yang ada dalam kitab ini dipindahkan
dalam kehidupan mereka.

218. Semasa hidup dahulu mereka adalah pengikut-pengikut dan orang yang
menghayati dan memperjuangkan wahyu. Wahyu hidup dalam diri mereka.
Dalam surah an-Nisa', dinyatakan bahawa mereka ialah Nabi-nabi, as-
Siddiqin, as-Syuhada' dan Solehin.
219. Itulah golongan yang terbaik, golongan yang berjaya, golongan yang
mengikuti "siral tal mustaqiim", semoga Allah juga pilih kita (dari kalangan
tersebut).
220. Bukan golongan yang "maghdhu", iaitu golongan Yahudi, sebagaimana
yang diberitahu oleh nabi s.a.w.

221. Bukan golongan "Dhaaallin", yang diberitahu oleh nabi sebagai golongan
Nasara (Kristian).

222. Di dalam al-Quran Allah gabungkan golongan Yahudi dengan kaum


"Musyrikin".

223. Lafaz " ‫ل‬


ِ َ ‫" الضَالينَِ َو‬, nabi beritahu bahawa ianya merujuk kepada golongan
Nasara, iaitu golongan yang sesat dalam mencari (kebenaran). Allah
turunkan kepada mereka kitab tetapi mereka berpaling daripadanya. Allah
tunjukkan contoh, tapi mereka tidak mengendahkannya, malah sebaliknya
menggunakan fikiran mereka sendiri. Apa yang dijumpai adalah perkara lain
(dari kebenaran); mereka sesat dalam mencari (kebenaran). Mereka tidak
menjumpai (hidayat) kerana mereka tidak ikut apa yang diajar. mereka
adalah golongan yang jahil dan degil.

224. Golongan Nasara sesat dalam mencari Allah kerana tidak ikut petunjuk
dari Allah taala.

225. Golongan yang diletakkan dalam kategori yang sama dengan Nasara
ialah golongan munafiqin.

226. Munafiqin dan Musyrikin adalah dua kelompok yang berbeza di zaman
nabi. Tempat dan cara hidup golongan Musyrikin berbeza dengan orang Islam
dan mereka dikebumikan di kubur yang berbeza.

227. Tetapi golongan Munafiqin telah memasukkan sebelah kakinya dalam ke


dalam Islam. Mereka tinggal di Masjid Nabawi, duduk bersama dalam majlis
Nabi s.a.w, menjadi makmum di belakang nabi; tetapi sebelah kaki lagi
mereka, ingkar. Mereka dipanggil "Munafiqin" kerana sebelah kaki sudah
menyebelahi Islam tetapi sebelah lagi masih ingkar, dan sekiranya mereka
mati dalam keadaan itu, siksaan ke atas mereka adalah lebih teruk dari
golongan sesat yang lain. Mereka ditempatkan di dasar neraka yang paling
teruk, kerana mereka telah menipu dan dalam kesesatan.

228. Orang-orang Nasara dan golongan munafiqin hampir sama keadaanya,


kerana kedua-dua kelompok ini sama-sama mencari kebenaran. Amatlah
menyedihkan kerana sebenarnya ada bersama mereka seorang guru iaitu
nabi s.a.w. Lainlah jika tidak ada bersama mereka seorang nabi; hakikatnya
mereka bergaul dan hidup bersama nabi dalam tempoh yang lama, tapi
masih gagal nampak kebenaran. Pastinya ada sesuatu yang tidak kena.

229. (Oleh itu pelajarilah tentang sifat-sifat "munafiqin" kerana dikhuatiri)


sekiranya tidak dipelajari tentang apa yang dikatakan sifat-sifat "munafiq" ini,
dibimbangi seseorang itu mempunyai sifat-sifat ini tanpa disedarinya.
230. Golongan sesat terdiri daripada empat golongan ini sahaja. Dari kitab
"Fauzul Kabir Fil Usul Tafsir" (al-Dehlawi), golongan sesat yang diceritakan
dalam al-Quran hanya ada empat golongan sahaja iaitu musyrikin, munafiqin,
Yahudi dan Nasara.

231. Sekiranya kita mempelajari (mengetahui) sifat-sifat dan ciri-ciri


kesesatan, sebagaimana diceritakan oleh Allah taala, yang ada pada
keempat-empat golongan ini, kita akan dapat jaga diri kita dan kita boleh
ingatkan orang lain supaya dapat jaga diri mereka.

232. Allah ceritakan dengan panjang lebar tentang golongan Yahudi dalam
surah al-Baqarah. Allah ceritakan dengan panjang lebar tentang golongan
Nasara dalam surah aali'Imran.

233. Sekiranya kita mempelajari (mengetahui) sifat-sifat dan ciri-ciri


kesesatan, sebagaimana diceritakan oleh Allah taala, yang ada pada
keempat-empat golongan ini, kita akan dapat jaga diri kita dan kita boleh
ingatkan orang lain supaya dapat jaga diri mereka.

234. Yahudi dan Nasara (di dalam Surah al-Baqarah dan aali'Imran) adalah
ِِ ‫" َعلَ ْي ِه ِْم ْال َم ْغضو‬
dua golongan yang beragama tetapi sesat. Sesat Yahudi kerana " ‫ب‬
manakala sesat Nasara kerana " َِ‫" الضَالين‬.

235. Selepas surah aali'Imran disusuli pula dengan surah an-Nisa', di mana
diceritakan tentang golongan Munafiqin.

236. Sebab-sebab kesesatan, perangai dan tingkah laku, percakapan dan


tutur kata mereka diceritakan dengan terperinci dalam Surah an-Nisa'.

237. (Berhati-hatilah) jika sifat seperti ini ada di dalam diri anda, dibimbangi
anda juga adalah munafik.

238. Selepas Surah an-Nisa' ialah Surah al-Maidah. Dalam surah al-Maidah
digabungkan (perihal tentang) semua gologan sesat iaitu, Yahudi, Nasara dan
Munafiqin. Yang banyak diceritakan di dalam Surah al-Maidah ialah tentang
golongan Yahudi dan Nasara, supaya pengetahuan dan maklumat kita lebih
mantap.

239. Seterusnya Surah al-An'am. Dalam surah ini diceritakan tentang


musyrikin dari awal hingga akhir. Surah al-Anaam diturunkan sekali gus. Di
dalam Surah al-An'am diceritakan tentang golongan musyrikin di segi tindak-
tanduk, perangai, cara ibadat dsb supaya manusia tahu apakah yang
dikatakan sesat kerana syirik.

240. Apabila kelima-lima surah ini dipelajari, kita akan kenal semua golongan
yang sesat.

241. Dengan ini (insyaAllah) bacaan (al-Fatihah) dan ucapan kita akan
memberi kesan yang sebenar kepada kita.
J – UCAPAN “AAMIIN”

242. (Selepas membaca semua ayat-ayat dalam Surah (al-Fatihah), akhir


sekali kita ucapkan "Aamiin", "Perkenankan lah, Ya Allah".

243. Setiap hari kita minta bimbingan, petunjuk dan taufik dari Allah
sebagaimana yang diberi kepada golongan-golongan yang diberi taufik.

244. Kita mengkaji dan mempelajari sifat-sifat golongan-golongan yang


dimurkai dan sesat adalah untuk mengelakkan kita dari mempunyai sifat
seperti mereka dan tergolong dari kumpulan-kumpulan mereka.

245. Apa yang ada dalam al-Quran sebenarnya ada dalam Surah al-Fatihah
yang kita baca setiap hari.

K - ِّ‫س ِم‬ َّ ِّ‫يم ال َّر ْح َم ِن‬


ْ ِ‫ّللاِِّ ب‬ ِِّ ‫ال َّر ِح‬

246. Allah ajar supaya kita dapatkan berkat dari Allah untuk semua perkara
yang kita lakukan.

247. Keberkatan hanya datang dari Allah, sehinggakan nama Allah pun
berkat.

248. Orang kafir Mekah menggunakan nama "Allah" pada masa-masa


tertentu, tetapi menggunakan juga nama wali-wali (berhala-berhala)
(kononnya) untuk mendapat keberkatan.

249. Dari syair-syair Arab, didapati orang-orang Musyrikin Mekah


menggunakan nama Allah dan juga nama wali-wali (berhala) seperti Latta
dan Uzza.

250. Adalah merupakan kebiasaan mereka menyeru nama Allah untuk


perkara-perkara besar dan menyeru nama wali-wali untuk perkara-perkara
lain. Oleh itu, mereka menyebut nama Latta dan Uzza hampir setiap masa,
kerana kebanyakan perkara dalam hidup bukanlah perkara besar.

251. Allah ingin membatalkan amalan mereka (yang menggunakan nama


selain dari Allah)

252. Allah ingin ajar yang selain dari nama Allah, tidak ada keberkatan,
kerana keberkatan hanya datang dari Allah.

253. Keberkatan adalah perkara yang luar biasa. Luar biasanya "keberkatan"
adalah seperti "mukjizat" dan "karomah", yang datangnya dari Allah yang
maha Esa.
254. "Mukjizat" bukan dari perbuatan nabi sebagaimana "Karomah" bukan
dari perbuatan wali, bahkan kedua-duanya dari Allah.

255. "Keberkatan" juga adalah dari Allah.

256. Untuk memulakan sesuatu perkara, kita hendaklah meminta keberkatan


dari Allah.

257. - " ِّ‫ " بسْمِّ اللَّهِّ الرَّحْ مَنِّ الرَّحيم‬- Dengan berkat nama Allah yang Maha Pemurah dan
Maha Mengasihani.

َِِ ‫ن‬
258. Di dalam lafaz " ‫ّللا بِس ِِْم‬ ِِ ‫يم الرَحْ َم‬ ِ ‫" الر‬, dizahirkan dua perkara dan
ِِ ‫َح‬
disembunyikan dua perkara.

َِِ " dan disembunyikan " ِ‫" ْال َعالَ ِمينَِ َرب‬, disebut " ‫ن‬
259. Disebut " ‫ّللا ِبس ِِْم‬ ِِ ‫َح ِيمِ الرَحْ َم‬
ِ ‫"الر‬
disembunyikan " ‫ك‬ ِِ ‫"الد‬. Ini adalah untuk meringkaskan bacaan.
ِِ ِ‫ين يَوْ ِِم َمال‬

ْ ِ‫يم الرَحْ َم ِن‬


َ , ِ‫ال َعالَ ِمينَِ َرب‬,
260. Asalnya " ‫ّللاِِ ِبس ِِْم‬ ِِ ‫َح‬
ِ ‫الر‬, ِ‫ين يَوْ ِِم َمالِ ِك‬
ِِ ‫"الد‬.

261. Ianya diringkaskan untuk mudah dibaca.

Anda mungkin juga menyukai