Anda di halaman 1dari 4

SHAUFI

PENGENALAN
Abu Raihan al-Biruni adalah seorang putera Islam yang terkenal dalam beberapa bidang sains. Beliau dilahirkan
pada bulan September tahun 973 M di perkampungan Kharizm, Turkmenistan, di mana tempat itu kemudiannya
dikenali dengan nama “Al-Biruni” yang bermaksud ‘asing’. Dunia sains mengenalinya sebagai salah seorang yang
terbaik dalam bidang falsafah, astronomi, kedoktoran dan fizik. Al-Biruni adalah pengasas Indologi, antropologi dan
geodesi. Beliau juga adalah ahli sejarah dan pakar bahasa. 

RIWAYAT HIDUP ABU RAIHAN


AL-BIRUNI

Abu Raiha n al-Biruni. Namanya tidak lagi asing di pentas ilmu sains pada abad pertengahan. Dunia sains
mengenalinya sebagai salah seorang putera Islam yang terbaik dalam bidang falsafah, astronomi, kedoktoran dan
fizik. Wawasan dan pengetahuannya yang sedemikian luas, telah meletakkan dirinya sebagai seorang pakar dan
ilmuwan Islam yang tersohor pada awal abad pertengahan. 

Nama penuh beliau adalah Abu Raihan Muhammad Ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada bulan September
tahun 973 M di Birun, ibu negeri Khawarizm (Turkistan). Tempat tersebut dikenali dengan nama Al-Biruni. “Al-
Biruni” yang bermaksud “asing”, adalah dinisbahkan kepada wilayah tempat tanah kelahirannya, iaitu Turkistan.
Pada masa itu, kawasan ini sememangnya dikhaskan untuk penempatan orang-orang asing. 

Menurut kitab al-Ansab yang ditulis oleh Sam’ani dan kitan Mu’jam al-Buldan yang ditulis oleh ya’qut al-Hamawi,
penduduk Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni (dalam Bahasa parsi). Maka atas alasan inilah yang
menyebabkan Abu Raihan dikenali sebagai Al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk
Khawarizm. Sarjana lain juga menyatakan beliau bukan dilahirkan di Khawarizm, tetapi di Birun, iaitu sebuah
Bandar di luar Kath. Bandar Khawarizm terletak 20 farsakh (60 km) dari Kath yang menjadi ibu kota kerajaan
pemerintahan putera-putera Ma’muniyah. Oleh itu, ada kemungkinan apabila Khawarizm menjadi ibu kota
Ma’muniyah, maka penduduk Kath yang berhijrah ke bandar itu digelar biruni. Oleh sebab Abu raihan orang yang
lebih terkenal di kalangan mereka, maka gelaran ini diberikan kepadanya. Beliau turut digelar “Khawanizini” kerana
nama-nama kawasan tersebut juga dipanggil Khawanizin. 

Beliau dibesarkan dalam keluaraga yang taat beragama. Al-Biruni mengahabiskan usia mudanya dalam persektaran
masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan. Walaupun tidak banyak catatan sejarah yang mengisahkan latar
belakang pendidikannya, namun beberapa sumber telah menyebutkan bahawa ilmuan ulung ini memperolah
pendidikan daripada beberapa orang ulama ternama pada zamannya. Antaranya adalah Syeikh Abdus Shamad.
Dalam bidang kedoktoran, Al-Biruni belajar daripada Syeikh Abul Wafa’ Al-Buzayani. 

Daripada seorang Putera Raja Parsi, Syeikh Abu Nasr Mansur bin Ali bin Iraqi beliau belajar dalam bidang
matematik dan astronomi. Keluarga Abu Nasr begitu mengambil berat tentang Al-Biruni. Al-Biruni merupakan
sarjana agung pada akhir abad ke-4H/10 M. Jadi, tidak hairanlah apabila ulama menulis ini terkenal sebagai
seorang ahli dalam pelbagai bidang ilmu semenjak usia muda. 

Sebagai seorang yang dahagakan ilmu, beliau tidak suka membuang masa. Sepanjang hayatnya ditumpukan
kepada bidang penyelidikan dan penulisan. Dengan itu, beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar pada
ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun Yunani. Beliau mempunyai hubungan erat dengan para intelek Islam
dan Kristian. Salah seorang daripadanya ialah Abu Sahl Masihi (ahli fizik Kristian). Beliau juga berhubung rapat
dengan para saudagar Kristian Syria. Tujuannya adalah untuk mempelajari nama-nama orang Yunani serta sebutan
dan ejaan istilah perubatan yang betul. 
Sebagai ilmuwan ulung, Al-Biruni tidak henti-henti mengais ilmu, termasuk dalam penjelajahannya ke beberapa
buah negeri, seperti ke Iran dan India. Jamel Ahmed dalam buku Seratus Tokoh Muslim mengungkapkan bahawa
antara penjelajahan yang paling menarik tokoh ini adalah semasa di wilayah Jurian, berdekatan Laut Kaspia (Asia
Tengah), serta wilayah India. Penjelajahannya itu sebenarnya tidak disengajakan. Setelah beberapa lama menetap
di Jurjan, Al-Biruni memutuskan untuk kembali ke kampong halamannya. Namun tidak disangkakannya, tanah
kelahirannya dilanda oleh konflik antara etnik. Keadaan ini dimanfaatkan oleh Sultan Mahmoud Al-Gezna, yang
melakukan penaklukan ke wilayah Jurjan. 

Penaklukan ini menyebabkan Al-Biruni dipilih oleh Sultan Mahmoud sebagai “kumpulan pemikir” yang
kemudiannya dibawa menyertai ekspidisi ketenteraan ke India. Di sana, beliau banyak melahirkan karya dan
tulisan, sama ada dalam bentuk buku mahupun artikel ilmiah yang kemudian disampaikannya dalam perjumpaan.
Selain menghasilkan karya, penjelajahan bersama Sultan ini juga telah menjadikan kawasan ini sebelah timur
sebagai kawasan baru untuk menyebarkan dakwah Islamiah. 
ZUL

Sepanjang pengembaraannya di India, Al-Biruni memanfaatkan masa terluang dengan melakukan kahian berkaitan
adat istiadat dan budaya masyarakat tempatan. Berasakan kejiannya inilah beberapa karya agungnya lahir. Bukan
itu sahaja, Al-Biruni juga adalah orang pertama yang memperkenalkan permainan catur ‘ala’ India ke negara-
negara Islam. Beliau juga menjelaskan permasalahan trigonometri yang mendalam dalam karyanya, Tahqiq Al-
Hind. 

Kecerdikan Al-biruni merangsang dirinya untuk mendalami ilmu astronomi. Misalnya beliau turut menjelaskan
tentang kemungkinan pergerakan bumi mengitari matahari. Malangnya, buku beliau yang mengupas tentang
perkara ini hilang. Namun beliau berpendapat, sebagaimana pernah ia sampaikan dalam suratnya kepada Ibnu
Sina, bahawa pergerakan eliptis adalah lebih memungkinkan daripada gerak melingkar yang dilakukan planet. 

“Oleh kerana bidang saya adalah bidang astronomi dan sejak saya wujud di dunia ini lagi saya terkenal dengan ilmu
itu dan saya tidak berniat untuk keluar dari disiplin ilmu itu, maka saya mahu berkhidmat kepada perbendaharaan
baginda (Ma’sud) yang dikenali sebagai nikmat dengan menulis kanun (undang-undang)” Sina’at al-tanjim (Seni
Astronomi)

Al-Biruni sangat konsisten dalam mempertahanlan pendapat tersebut, dan ternyata pada kemudian harinya
pendapat ini terbukti kebenarannya sebagaimana yang telah dibuktikan oleh ilmu astronomi moden. Sebagai
seorang yang gemar membaca pelbagai bidang ilmu, kepakaran Al-Biruni tidak hanya dalam bidang ilmu sains.
Beliau juga mahir dalam ilmu falsafah. Kerana itu, beliau dikenali sebagai salah seorang ahli falsafah Islam yang
amat berpengaruh. 

Pemikiran falsafah Al-Biruni banyak dipengaruhi oleh pemikiran falsafah Al-Farabi, Al-Kindi dan Al-Mas’udi
(meninggal pada tahun 956 M). Hidup sezaman dengan ahli falsafah dan pakar ilmu perubata, Ibnu Sina, Al-Biruni
banyak berdialog dengan Ibnu Sina, sama ada secara langsung mahupun melalui surat dengan aliran pemikiran
peripatetic yang dianuti Ibnu Sina dalam pelbagai aspek. 

Al-Biruni memperlihatkan kecenderungan bahawa beliau tidak menerima bulat-bulat falsafah Aristotle dan berfikir
secara kritikal terhadap beberapa hal dalam teori fizik paripatetik, seperti berkaitan dengan masalah gerakan dan
tempat. Ini kerana semua yang yang dilakukannya itu selalunya berlandaskan pada prinsip-prinsip Islam, serta
meletakkan sains sebagai alat untuk mengingkap rahsia alam. Hasil kajian dan penelitiannya akhirnya adalah untuk
mengakui akan wujudnya Allah, sebagai Maha Pencipta. Menurut Al-Biruni jika seorang ilmuwan ingin
membezakan kebenaran dan kepalsuan, dia perlu menyelidik dan mempelajari tentang alam. 

Dalam bukunya Al-Jamahir, Al-Biruni juga menegaskan, “Penglihatan adalah penghubung apa yang kita lihat
dengan tanda-tanda kebijaksanaan Allah dalam ciptaan-Nya. Daripada penciptaan alam tersebut, kita akan
menemukan kewujudan Yang Maha Pencipta. ” Pandangan Al-Biruni ini tentu berbeza sekali dengan pandangan
saintis Barat pada zaman moden ini yang mengenepikan sains daripada agama. Pandangan mereka tentang alam
seolah-olah menafikan keberadaab Allah sebagai Maha Pencipta. 

Kejayaan Al-Biruni dalam bidang sains dan ilmu pengetahuan ini turut mendapat pujian ilmuwan Barat. Max
Mayerhof misalnya menyatakan, “Abu Raihan Muhammad Ibn Al-Biruni digelar sebagai ahli kedoktoran,
astronomi, matematik, ilmu fizik geografi dan sejarah. Dia mungkin adalah yang paling menonjol dan peneraju
zaman keemasan ilmu pengetahuan Islam. ”
Pengakuan yang sama juga telah dinyatakan oleh ahli sejarah asal India, Si JN Sircar. Beliau menulis “hanya sedikit
yang memahami fizik dan matematik. Di antara yang sedikit itu yang terbesar di Asia adalah Al-Biruni, sekaligus
filsuf dan ilmuwan. Ia pakar dalam kedua bidang tersebut. ” Tokoh dan ilmuwan ulung ini akhirnya menghadap
Ilahi Rabbi pada tahun 1048 M, semasa beliau berusia 75 tahun. 

Anda mungkin juga menyukai