Anda di halaman 1dari 33

Al-Biruni

Ahli falsafah yang serba boleh.


Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak
begitu terdedah kepada ilmu falsafah. Walau bagaimanapun
menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai memberikan
perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan
dengan falsafah.

Asas kepada falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berpaksikan ajaran
Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan
umat Islam. Berbeza dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian
kebenaran berlandaskan pemikiran dan logik semata-mata sehingga menimbulkan
kekeliruan serta kecelaruan yang tidak berpanjangan.
 
Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada
persoalan yang berkaitan dengan metafizika ketuhanan dan kejadian alam. Tetapi juga
meliputi perbincangan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan
kemanusiaan. Walaupun ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-Ghazali sebagai
golongan yang sesat lagi menyesatkan, tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah
berjaya membantu menyelesaikan pelbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik,
sosial, budaya, dan bidang-bidang lain.
 
Wahyu sebenarnya tidak bercanggah dengan akal. Menerusi paduan wahyu dan akal
seperti yang dicernakan oleh para ilmuwan Islam telah berjaya membantu meletakkan
batu asas yang kukuh kepada pembinaan peradaban
Islam.
 
Kerana itu, umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu hatta sampai ke negara
China. Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan semacam motivasi
kepada para sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari pelbagai ilmu
pengetahuan sama ada di timur ataupun barat.
 
Salah seorang ilmuwan tersebut ialah Al Biruni atau nama asalnya Abu al-Raihan
Muhammad ibn Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H (973 M) diBirun,
ibu negara Khawarizm atau lebih dikenali sebagai Turkistan. Gurunya yang terawal
ialah Abu Nasr Mansur ibn Alt ibn Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu
matematik dan alam.
 
Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu
pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau sehingga ke negara India. Tetapi
semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi.
Setelah menyedari keilmuwannya beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang
ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari
bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India.
 
Di sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah
India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai hubungan
dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu.
 
Dalam satu tulisannya, beliau menyatakan bahawa ajaran Hindu berasaskan konsep
penjelmaan yang mempunyai persamaan dengan syahadah Tauhid dalam Islam dan
triniti dalam agama Kristian.
 
Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan
menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya kepada
ilmu dan peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam
penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi
menggunakan kiraan matematik. Beliau juga telah berjaya menghasilkan satu daftar
yang mengandungi peta dan kedudukan ibu-ibu negara di dunia.
 
Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan
peluang yang ada untuk menjalinkan hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi
Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi.
 
Selepas dibebaskan, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid al
Nih-ayat al Amakin Lita'shih al Masafat al Masakin. Di samping itu, beliau turut
mendirikan sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu
perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajiannya
dalam bidang sains, matematik, dan geometrik telah menyelesaikan banyak masalah
yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini.
 
Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan
beliau digelar sebagai "Ustaz fil Ulum" atau guru segala ilmu. Penulisannya tentang
sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul "Chronology
of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropah dan
tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol. Dalam sepanjang hidupnya
 
Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku termasuk satu senarai kajian yang
mengandungi 138 tajuk.
 
Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-
Athar al-Baqiah berkaitan kesan-kesan lama tinggalan sejarah dan Al-Saidalah fi al-
Tibb, tentang ubat-ubatan. Karya ini dikatakan karyanya yang terakhir sebelum
meninggal dunia pada 1048M.
 
Al-Biruni bukan sahaja dapat menguasai bahasa Sanskrit dengan baik tetapi juga
bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas
tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan
oleh dunia Islam. Al-Biruni berjaya membuktikan bahawa gandingan falsafah dan ilmu
pengetahuan telah membolehkan agama terus hidup subur dan berkembang serta
membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.
 
Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imaginasi dan
permainan logik tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal.
Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak boleh dipertikaikan kerana dalam umur yang
masih muda lagi beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul
Asar al baqiya 'Anil Quran al Khaliya.
 
Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalinkan hubungan dengan Ibnu Sina. Keadaan
ini menjadi bukti pengiktirafan ilmuwan Islam lain terhadap ketokohan dan
kesarjanaannya. Sekali gus menjadikan beliau seorang ahli falsafah Islam yang serba
boleh dengan sumbangan yang telah memberikan manfaat yang besar kepada manusia
seluruhnya.
 
Dalam masa yang sama, Al-Biruni juga membuktikan bahawa golongan ahli falsafah
bukan merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Sebaliknya
mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi pengiktirafan. Peranan dan
kedudukan mereka amat besar dalam pembinaan tamadun Islam serta peradaban
manusia.
 
Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah
mengangkat martabat ahli falsafah daripada terus diberikan pelbagai stigma dan label
yang berbentuk negatif serta merubah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh ahli
falsafah itu sendiri.
AL-BIRUNI
 Nama penuhnya Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad al-Biruni daripada keluarga Tajik.
Lahir pada 3 Zulhijjah 362H @ 4 September 973M di Parsi. Menurut kitab al-Ansab yang ditulis
oleh Sam’ani dan kitabMu’jam al-Buldan yang ditulis oleh Ya’qut al-Hamawi, penduduk
Khawarizm memanggil orang asing sebagai biruni (dalam bahasa Parsi). Maka atas alasan
inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai al-Biruni kerana beliau merupakan
orang asing bagi penduduk Khawarizm.

Sarjana lain menyatakan beliau bukan dilahirkan di Khawarizm, tetapi di Birun, iaitu sebuah
bandar di luar Kath. Bandar Khawarizm terletak 20 farsakh (60 km) dari Kath yang menjadi ibu
kota kerajaan pemerintahan putera- putera Ma’muniyah. Oleh itu ada kemungkinan apabila
Khawarizm menjadi ibu kota Ma’muniyah, maka penduduk Kath yang berhijrah ke bandar itu
digelar biruni. Oleh kerana Abu Rayhan orang yang lebih terkenal di kalangan mereka, maka
gelaran ini diberikan kepadanya. Beliau turut digelar ‘Khawanizini’ kerana nama kawasan itu
juga dipanggil Khawanizin.

 Pendidikan

 Beliau banyak memperoleh ilmu pengetahuan daripada seorang Putera Raja Parsi, iaitu Abu
Nasr Mansur bin Ali Jilani, pakar matematik. Keluarga Abu Nasr begitu mengambil berat
tentang al-Biruni. Al-Biruni merupakan sarjana agung pada akhir abad ke-4H/1OM dan pakar
dalam bidang astronomi, sejarah dan bahasa. Beliau hidup sezaman dengan Ibn Sina. Antara
karya beliau yang teragung ialah Rasa’il al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan
matematik. Sebagai seorang yang dahagakan ilmu, beliau tidak suka membuang masa.
Sepanjang hayatnya ditumpukan kepada bidang penyelidikan dan penu lisan. Dengan itu,
beliau dapat menguasai dua buah tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan
tamadun Yunani.

 Beliau mempunyai hubungan erat dengan para intelek Islam dan Kristian. Seorang
daripadanya ialah Abu Sahl Masihi (ahli flzik Kristian). Beliau juga berhubung rapat dengan para
saudagar Kristian Syria, tujuannya adalah untuk mempelajari nama-nama orang Yunani serta
sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul.

 Sebagai AhIi Astronomi

 Minat dan aktiviti al-Binuni merangkumi skop yang luas. Ini termasuklah teori-teori abstrak
tentang falsafah hinggalah kepada sains praktis matematik, geografi, fizik dan astronomi.
Bidang pengajiannya yang utama ialah astro nomi. Ini adalah berdasarkan pengakuannya
sendiri iaitu:

 Oleh kerana bidang saya adalah bidang astronomi dan sejak saya wujud di dunia ini
lagi saya terkenal dengan ilmu itu dan saya tidak berniat untuk keIuar dari disipIin ilmu
itu, maka saya mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Mas’ud) yang
dikenali sebagai nikmat, dengan menulis kanun (undang-undang) Sina’at al-Tanjim
(Seni Astronomi).
 Beliau memberi contoh tentang kegunaan harian pengetahuan matematik dan astronomi.
Contoh inimenunjukkan pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan pasang
surut air laut. Ilmu pengetahuan tentang binatang-binatang dan kedudukannya sangat penting
bagi menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. Iajuga sangat berguna ketika
menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garis lintang atau bujur sesuatu bandar.
Maka beliau telah menunjukkan bahawa astnonomi sangat berguna dan sesuai menurut Islam.
Teori-teori astronominya yang penting ialah seperti berikut.

  1.   Teori alam semesta

 Al-Biruni menganggap bahawa alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad.
Pada masa yang sama beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai
kuasa sebenar yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman. Beliau mendakwa
bahawa,

 ‘Apabila sesuatu bahagian anggota jisim tegar bergerak secara garis Iurus dan satu bahagian
ke satu bahagian yang lain, sebaliknya jasad itu mengelilingi jasad lain dalam gerakan bulatan
yang rnenggambarkan gerakan mengelillngi satu titik tetap seperti pusat bumi ketika jasad lain
itu tegar. Walau bagaimanapun, kawasan per sekitaran matahari menyebabkan planet bergerak
dalam bentuk elips.’

 2.      Kosmogeni

 Walaupun Qanun al-Mas’udi tidak membincangkan asal-usul alam Semesta tetapi al-Biruni


membincangkannya secara terpeninci dalam bukunya al-Tahdid. Beliau menolak
pandangan yang menyatakan dunia ini kekal. Beliau mengumpul pelbagai arus pertukaran
bumi di zamannya dan melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Busti yang
mempunyai muka surat.

 3.   Teori geosentrik

 Al-Biruni dan cendikawan sezamannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentnik


dan heliosentrik. Beliau mengatakan bahawa sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa
bukti sains yang kukuh. Selagi sesuatu teori alternatif yang sebenar belum ditemui maka
wajarlah seseorang itu mempercayai dan menerima teori dan penerangan yang ter dahulu.
Al-Biruni menulis mengenai pergerakan matahari dalam sebuah buku berjudul Kitab al-
Tatbiq fi Tahqiq Harakat al-Syam yang berkaitan dengan teori ini.

 4.   Kalender dan kronologi

 Beliau telah menulis satu risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang
juga dapat membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah mencipta
sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hariserta menulis buku mengenainya
iaitu Ta’bir al-Mizan wa Taqbir al-Azman. Bukunya yang bertajuk Tanqih al-
Tawarikh membincangkan tentang tarikh. Manakala buku Tasawwur Amr al-Fajr wa al
Shafiq fi Jihat al-Gharb wa al-Sharq pula inembincangkan tentang terbitnya fajar.

 Qanun al-Mas’udi adalah antara bukunya yang terakhir yang membincangkan perkara di


atas dengan lebih terperinci. Ia membincangkan tentang siang dan malam, bulan dan tahun,
bulan serta matahari, juga pene rangan terperinci mengenai perbezaan takwiin, maklumat
tambahan (baru) mengenai kalendar orang India, mengubah takwin Sakkala kepada takwin
Hijrah.

 5.   Matahari

Al-Biruni turut membuat kajian tentang Matahari dan perkara-perkara yang berkaitan seperti
berikut:

 (a)   Sifat fizikal Matahari

Al-Biruni cekap dalam pengajian ilmu fizik dan kadangkala memberi kan sumbangan
asli. Misalnya, beliau membuat kajian mengenai sifat fizikal waktu Matahari.
Menurutnya Matahari ialah jasad yang panas bagi letusan solar yang boleh
diperhatikan apabila gerhana penuh, samajuga seperti nyalaan yang muncul di
sekeliling jasad yang mem bakar.

 (b)    Gerakan tahunan

 AI-Biruni mempercayai teori geosentrik dan menganggap Matahani bergerak


mengelilingi Bumi. Beliau berfikir bahawa gerakan mata hari yang perlahan dan cepat
menggambarkan sesuatu orbit.

(c)          Panjang tahun solar (tropika)

Semasa mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni memerhati peruba han dan perbezaan
pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melapor kan ada empat rumusan yang
berbeza iaitu 365.2426, 265.2421, 365.398 dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat
pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga
mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini tidak jauh perbezaan nya
dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 ininit dan 47 saat.

 Ketika menuhis Qanun, beliau mengira titik yang tertinggi di antara Matahari


dengan Bumi bergerak satu darjah dalam masa 1/3 tahun, dan 0, 0, 7, 44, 54 dalam
satu hari. Perkiraan yang telah dibuat oleh al-Biruni ini hampir sama dengan angka
moden iaitu 52.2 setiap tahun dan satu darjah dalam masa 72 tahun.

(d)   Fajar dan senja

 Beliau membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan senja. Al-Biruni mendapati
senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada 18 di bawah ufuk. Penyelidik
moden mengesahkan penemuan al-Biruni ini. Beliau menulis buku al-Lam’at mengenai
perkara ini.

Sebagai AhIi Sains


 Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam bidang astronomi namun beliau mahir dalam
ilmu matematik. Al-Biruni dapat menguasai geometri, aritmetik dan menggunakan algebra
dengan mahir. Beliau juga berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik.

 1.      Trigonometri sfera

 Al-Biruni menuhis Kitab Maqalid ‘Ilm al-Hai’ah fi Basit al-Kurah. Buku itu dihasilkan


sebagai satu karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim kerana
penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik dan mudah difahami.

 Ketika ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Satu
daripadanya diberi tajuk Jami’ al-Tarq al-Sa’irah fi Ma’rafah Awtar al-Da’irah yang
membincangkan mengenai kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan.

 Al-Biruni patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri sebagai


bidang yang terpisah dengan astronomi mengembang kannya dengan cara yang sistematik.
Beliau tidak membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas tetapi membandingkannya
dengan bahan dan keterangan lain yang berkaitan, menilai, mengkritik dan memberi
pengolahan yang lebih baik.

 Karangan Qanun al-Mas’udi yang berkaitan dengan trigonometri me ngandungi 10


bab. Bab pertama menerangkan cara-cara mendapatkan sisi-sisi daripada pelbagai gambar
rajah seperti segi tiga sisi dan segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan.
Bab seterusnya membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk.
Teori ini beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda.

 Beliau turut membincangkan tentang jejari bulatan sebagai satu ke satuan


mnenggantikan 60. Ini akan memendekkan lagi kerja-kerja pengira an. Beliau berjaya
mendahului ahli matematik yang lain dengan mem buktikan rumus sinus dalam satah segi
tiga iaitu.

                      sinA = sinB = sinC
                        a         b          c

 Banyak lagi rumus-rumus yang dikemukakan dan diperkenalkan oleh beliau. Beliaulah orang
pertama yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah segi tiga. Beliau cekap
menggunakan rumus dan penentu dalaman dan yang pertama memberikan contoh mengenai
kalkulus dan teorem umum.

 2.   Aritmetik orang India

 Di samping trigonometri sfera, al-Biruni turut menguasai aritmetrik orang India. Beliau telah
menulis beberapa buah buku berhubung dengan subjek itu. Antaranya ialah,

     (a) Rashikat al-Hind iaitu Zodiak di India


(b) Kaedah aritmetik yang berbeza dalam Brahma Siddhant 
(c) Kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran aritmetrik. 
(d) Mansubat al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.
 3.   Cahaya dan bunyi

 Al-Biruni mempercayai bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau sinaran
membawa haba dari Matahari dan ia dapat menembusi air dan udara. Beliau juga
mendapati senja kala bermula atau berakhir apa bila Matahari berada di bawah kaki langit.
Penemuan al-Biruni ini sama dengan penemuan moden.

 4.   Graviti

     Beliau turut memberikan sumbangan yang besar dalam bidang graviti. Beliau menolak
pandangan Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau
menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas bumi kerana tidak ada tempat asal
bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke pusatnya.

5.      Ketumpatan

 Beliau dapat menyukat dengan betul ketumpatan bahan-bahan. Al-Biruni menggunakan suatu
alat yang berfungsi sebagai dosimeter untuk menyukat ketumpatan. Beliau dapat menyukat
air yang begitu tepat sehinggakan hasil pencubaannya itu selaras dengan nilai moden.
Beliau turut mem berikan sumbangan yang tulen dalam bidang hidrostatik. Beliau
menerangkan fenomena tentang banjir, mata air dan pninsip-prinsip yang berkaitan. Al-
Biruni menggunakan emas, raksa, zamrud dan kuartza untuk menentukan ketumpatan.
Dalam bidang mekanik behiau telah mengukur ketumpatan relatif beberapa logam dan
bahan bukan logam dengan kejituan yang tinggi. Beberapa keputusan dicatatkan seperti
berikut:

Bahan Uku ran Ukuran dengan Moden


dengan  emas raksa
Emas 19.26 19.05 19.26
Raksa  13.74  13.59  13.59 
Tembaga  8.92  8.83  8.85 
Loyang  8. 67  8.58  8.40 
Besi  7.82  7.74  7.79 
Plumbum 11.40 11.29 11.35

                         
  Jadual di atas merupakan penemuan al-Biruni yang kiraannya hampir sama dengan kiraan
moden. Sumbangan beliau dalam menyukat ketum patan sangat bermanfaat kerana beliau
berjaya membuat ukuran tepat.

 6.   Mekanik

     Al-Biruni memberikan sumbangan yang banyak dalam bidang mekanik. Beliau mahir dalam
bidang pengetahuan tentang peralatan. Beliau telah mencipta dua alat yang istimewa. Satu
daripadanya ialahpengimbang hidrostatik. Melalui alat ini beliau dapat mencari
ketumpatan 18 bahan. Satu lagi alat ialah sejenis balai cerap yang baru, ia dinamakan al-
Ustawani yang beliau gunakan untuk mengukur bintang-bintang, ketinggian menara dan
bukit, dan kedalaman telaga atau sungai.
 7.   Berat dan ukuran

      Minatnya dalam matematik menyebabkan al-Biruni mempelajari tentang berat dan ukuran.
Ini kenana ia berkait rapat dengan bidang kajian astro nomi dan fizik. Ketumpatan sebenar
18 bahan yang diukur oleh beliau menunjukkan kepakarannya dalam menyediakan berat
dan ukuran yang paling tepat.

 8.   Geografi, geodesi dan stratografi

 Al-Biruni telah memberikan sumbangan yang sangat berharga dalam bi dang geografi.
Antaranya beliau telah membezakan antara kuala dan teluk. Beliau menganggap semua
kelompok Eurasia dan Afrika sebagai satu benua yang didapati terletak di Barat dan Timur.
Ahli geografi agung ini tahu tentang banjaran gunung di India yang dikenali sebagai
Himalaya. Dalam bukunya India, beliau membincangkan peranan kawasan pengu nungan
dalam menyumbang hujan lebat dan melindungi sebahagian daerah Kashmir.

 Pengetahuan al-Biruni tentang Asia sangat luas. Beliau memberitahu dengan terpeninci
tentang negeri Turki, yang berkaitan dengan Sungai Augarer dan kawasan Tasik Baikal. Namun
sumbangan utama beliau ialah tentang India. Beliau memberikan maklumat tentang kawasan
barat laut India.

 Al-Biruni telah mengarang beberapa karya geografi, antaranya Tahdid Nihayat al-


Amakin(Penentuan Batas Daerah). Beliau telah menghasilkan kaedah baru untuk mengukur
latitud (darjah lintang) dan longitud (darjah bujur) dan membuat pengukuran sendiri untuk
menetapkan antupoda dan kebulatan bumi juga ketinggian dan sifat-sifat geografi bandar-
bandar. Beliau telah membuat ukuran bagi menaksirkan lilitan bumi dan mendapat ang
garannya 25,000 batu. Daripada al-Biruni kita mendapat tahu bahawa pada abad ke-11,
saudagar-saudagar Muslim telah sampai di pulau-pulau Lautan India berhampiran dengan
Pulau Jawa.

 Beliau meninggal dunia pada 1 September 1048 @  12 Rejab 440H.

Sumbangan Sang Ilmuwan

* Astronomi

”Dia telah menulis risalah tentang astrolabe serta memformulasi tabel astronomi untuk Sultan
Ma’sud,”papar Will Durant tentang kontribusi Al-Biruni dalam bidang astronomi. Selain itu, Al-
Biruni juga telah berjasa menuliskan risalah tentangplanisphere dan armillary sphere. Al-Biruni
juga menegaskan bahwa bumi itu itu berbentuk bulat.
Al-Biruni tercatat sebagai astronom yang melakukan percobaan yang berhubungan dengan
penomena astronomi. Dia menduga bahwa Galaksi Milky Way (Bima Sakti) sebagai kupulan
sejumlah bintang. Pada 1031 M, dia merampungkan ensiklopedia astronomi yang sangat
panjang berjudul Kitab Al-Qanun Al Mas’udi.

* Astrologi
Dia merupakan ilmuwan yang pertama kali membedakan istilah astronomi dengan astrologi. Hal
itu dilakukannya pada abad ke-11 M. Dia juga menghasilkan beberapa karya yang penting
dalam bidang astrologi.

*Ilmu Bumi
Al-Biruni juga menghasilkan sejumlah sumbangan bagi pengembangan Ilmu Bumi. Atas
perannya itulah dia dinobatkan sebagai ‘Bapak Geodesi’. Dia juga memberi kontribusi signifikan
dalam kartografi, geografi, geologi, serta mineralogi.

*Kartografi
Kartografi adalah ilmu tentang membuat peta atau globe. Pada usia 22 tahun, Al-Biruni telah
menulis karya penting dalam kartografi, yakni sebuah studi tentang proyeksi pembuatan peta.

* Geodesi dan Geografi


Pada usia 17 tahun, Al-Biruni sudah mampu menghitung garis lintang Kath Khawarzmi dengan
menggunakan ketinggian matahari. ”Kontribusi penting dalam geodesi dan geografi telah dibuat
disumbangkan Al-Biruni. Dia telah memperkenalkan teknik mengukur bumi dan jaraknya
menggunakan triangulasi,” papar John J O’Connor dan Edmund F Robertson dalam MacTutor
History of Mathematics.

* Geologi
Al-Biruni juga telah menghasilkan karya dalam bidang geologi. Salah satunya, dia menulis
tentang geologi India.

* Mineralogi
Dalam kitabnya berjudul Kitab al-Jawahir atau Book of Precious Stones, Al-Biruni menjelaskan
beragam mineral. Dia mengklasifikasi setiap mineral berdasarkan warna, bau, kekerasan,
kepadatan, serta beratnya.

* Metode Sains
Al-Biruni juga berperan dalam memperkenalkan metode saintifik dalam setiap bidang yang
dipelajarinya. Salah satu contohnya, dalam Kitab al-Jamahir dia tergolong ilmuwan yang sangat
eksperimental.

* Optik
Dalam bidang optik, Al-Biruni termasuk ilmuwan yang pertama bersama Ibnu Al-Haitham yang
mengkaji dan mempelajari ilmu optik. Dialah yang pertama menemukan bahwa kecepatan
cahaya lebih cepat dari kecepatan suara.

* Antropologi
Dalam ilmu sosial, Biruni didapuk sebagai antropolog pertama di dunia. Ia menulis secara detail
studi komparatif terkait antropologi manusia, agama, dan budaya di Timur Tengah, Mediterania,
serta Asia Selatan. Dia dipuji sejumlah ilmuwan karena telah mengembangkan antropologi
Islam. Dia juga mengembangkan metodelogi yang canggih dalam studi antropologi.

* Psikologi Eksperimental
Al Biruni tercatat sebagai pelopor psikologi eksperimental lewat penemuan konsep reaksi
waktu.

* Sejarah
Pada usia 27 tahun, dia menulis buku sejarah yang diberi judul Chronology. Sayangnya buku itu
kini telah hilang. Dalam kitab yang ditulisnya Kitab fi Tahqiq ma li’l-Hind atau Penelitian tentang
India, Al-Biruni telah membedakan antara menode saintifik dengan metode historis.

* Indologi
Dia adalah ilmuwan pertama yang mengkaji secara khusus tentang India hingga melahirkan
indologi atau studi tentang India.

*Matematika

Dia memberikan sumbangan yang signifikan bagi pengembangan matematika, khususnya


dalam bidang teori dan praktik aritmatika, bilangan irasional, teori rasio, geometri dan lainnya.
(heri ruslan–republika)

Huraikan sumbangan Al-Biruni dalam bidang astronomi.


Pendahuluan

• Nama penuh Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad Al-Biruni.


• Dilahirkan di Parsi dalam keluarga yang mementingkan pendidikan.
• Merupakan sarjana abad ke-4 yang pakar dalam astronomi, sejarah dan
bahasa.
• Memberikan sumbangan yang sangat besar dalam bidang astronomi
untuk kegunaan praktis seharian.
• Karyanya yang terbesar : Sina’at al-tanjim (seni astronomi)

Isi-isi penting

1. Teori Alam Semesta


• Alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad.
• Menolak konsep graviti alam semesta.
• Planet bergerak dalam bentuk elips.

2. Kosmogeni
• Menulis kitab al-Tauhid yang membincangkan secara terperinci asal-usul
alam semesta.
• Menolak pandangan alam semesta ini kekal.
3. Teori Geosentrik
• Menjelaskan teori tentang pergerakan matahari.
• Menuliskan kitab al-Tatbiq fi Tahqiq Haraqat al-Syam menerangkan
tentang pergerakan bumi.

4. Kalendar dan kronologi


• Menerangkan tentang siang dan malam yang juga membuktikan panjang
siang dalam setahun di kutub.
• Mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hari.
• Menulis buku tentang tarikh.
• Menulis buku tentang terbitnya fajar.
• Qanun al-Masudi disusun sebagai pelengkap kepada semua teorinya.

5. Matahari
• Kajian tentang sifat fizikal matahari – menunjukkan bahawa matahari ialah
jasad yang panas bagi letusan solar.
• Gerakan tahunan – percaya kepada teori geosentrik yang menyatakan
matahari bergerak mengelilingi bumi.
• Panjang tahun solar adalah 365 hari, 5 jam, 49 minit. 
• Kejadian fajar dan senja diterangkan dalam kitab al-Lam’at. Fajar dan
senja terjadi apabila matahari berada 18 darjah di bawah ufuk.

Kesimpulan

• Huraian Al-Biruni memberi sumbangan kepada tamadun Islam dan dunia.


• Banyak huraian dan teorinya yang diakui kebenarannya oleh ahli-ahli
astronomi moden.
• Huraiannya juga menerangkan manfaat pengetahuan astronomi yang
sangat berguna dan sesuai menurut Islam.
Meneruskan Kegemilangan Saintis Islam

Wan Rolili binti Majid


Pegawai Penyelidik

23/01/2007 | Berita Harian

Amat mendalam maksudnya ungkapan al-Biruni, (m.d. 440H./1048M.)


"Sesungguhnya yang kulakukan ini ialah apa yang wajib bagi setiap insan untuk
dilaksanakan dalam kerjayanya, iaitu menerima pencapaian masyarakat terdahulu
dengan penuh kesyukuran dan memperbaiki kesilapan yang ditemui tanpa rasa silu
serta mengabadikan apa yang kelihatan berharga sebagai kenang-kenangan bagi
orang yang datang selepasnya dan mereka yang terkemudian." Kata-kata yang
dilafazkan oleh tokoh kelahiran Birun, ibu negeri Khawarizm (Turkestan) ini jelas
dibuktikannya melalui usaha bagi meneladan jejak orang yang terdahulu, bukan
sahaja dengan menguasai ilmu-ilmu dari Eropah bahkan juga dari Timur,
terutamanya dari India. Itulah tanda kesyukuran dan penghargaan yang diberikannya
terhadap kegigihan masyarakat sebelumnya. Malah, selain usahanya yang hebat itu,
al-Biruni juga membuktikan kata-katanya melalui sumbangan besarnya yang
dikagumi hingga hari ini dalam pelbagai bidang seperti falsafah, matematik, falak dan
geometri.

Pencapaian besar al-Biruni termasuklah penciptaan kaedah penggunaan angka-angka


India dengan menggunakan angka sifar, penentuan garis bujur serta garis lintang
bumi dan penjelasan tentang hakikat kelajuan perjalanan cahaya mengatasi
perjalanan bumi. Malah al-Biruni juga mewariskan banyak hasil penulisan yang
sangat berharga termasuklah "Al-Saidalah fi al-Tibb" (ubat-ubatan) dan "Al-Qanun"
(falak). Selain membuktikan kecintaan yang mendalam terhadap ilmu, al-Biruni dan
juga sarjana-sarjana agung Islam zaman silam ternyata menunjukkan banyak teladan
yang selayaknya dicontohi oleh umat Islam kini. Antaranya termasuklah usaha yang
dilakukan dengan membuka pintu pengajian di seluruh dunia; timur serta barat dan
bagi kemasukan segala bentuk warisan tamadun manusia sejagat. Proses
penerimaan, penyerapan, penterjemahan, pengembangan semula dan
pengubahsuaian ilmu asing menurut asas yang ditentukan Islam demi kepentingan
masyarakat Islam, tidak terhenti di situ sahaja, malah ditingkatkan sehingga mereka
berjaya mencapai tahap kreativiti dan inovasi yang sebenar, iaitu pada kurun ke-
3H./9M.

Di samping itu, hubungan yang dijalin dengan bangsa-bangsa maju di dunia ketika itu
dijadikan penggerak usaha untuk memanfaatkan kemajuan dan pengetahuan yang
dimiliki oleh bangsa-bangsa tersebut. Lebih utama daripada itu, tokoh-tokoh agung
kebanggaan Islam ini membuktikan bahawa pencapaian hebat dan sumbangan besar
lagi terbilang mereka itu hanyalah dengan satu tujuan yang suci, iaitu demi
membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada kehidupan manusia sejagat,
bukan sahaja yang sezaman dengan mereka tetapi juga selepas mereka. Ini terbukti
dengan penghasilan karya-karya agung yang dapat dimanfaatkan hingga pada zaman
kini. Amat menarik juga jika diteliti bahawa kegigihan tokoh-tokoh agung Islam
dalam pelbagai bidang itu sebenarnya turut didorong oleh pemerintah yang berilmu
dan juga memiliki kecintaan yang mendalam terhadap ilmu seperti Khalifah al-
Ma'mun (yang memerintah dari tahun 198-218H./813-833M.). Antara usaha penting
khalifah `Abbasiyyah ini termasuklah titah baginda kepada sekumpulan besar ahli
geografi dan ahli astronomi untuk menghasilkan sebuah buku geografi yang lengkap
dan peta dunia yang baharu. Demikianlah pula dengan usaha untuk menentukan ukur
lilit bumi di khatulistiwa. Pada awal kurun ke-3H./9M., Khalifah al-Ma'mun
menitahkan supaya sekumpulan besar ahli astronomi menajdikan ukuran darjah
longitud sebagai asas bagi penghasilan peta dunia. Kumpulan ahli astronomi ini
melaksanakan titah baginda di Padang Pasir Sinjar, di utara Iraq dan juga di Tadmur
dengan menggunakan pelbagai alat pengukuran, iaitu astrolab, rod serta tali pintal
untuk menentukan permulaan dan penghujung darjah latitud serta jarak di antara
kedua-duanya. Kesimpulan yang dicapai oleh mereka ialah darjah longitud mencapai
56 2/3 batu Arab dan dengan demikian, longitud khatulistiwa adalah hampir 40,000
km. Pada hakikatnya, longitud khatulistiwa yang diiktiraf oleh ahli geografi moden
berpandukan hasil ilmiah yang cemerlang dan terperinci ini.

Sesungguhnya usaha menghayati serta menyuburkan semula ingatan terhadap


sumbangan besar cendekiawan Islam yang terbilang itu di samping menjadikannya
sebagai pencetus semangat dan inspirasi merupakan sesuatu yang harus dipuji. Ia
diharapkan dapat menimbulkan kesedaran yang tinggi tentang kepentingan
penguasaan ilmu sains dan teknologi yang dapat membantu usaha membentuk
sejumlah besar cendekiawan dan pakar bagi memacu kecemerlangan negara.
Sehubungan itu juga, penglibatan aktif cendekiawan serta pakar ini dalam kegiatan
penyelidikan dan pembangunan, membolehkan negara mencipta teknologi sendiri
yang bukan sahaja dapat mengelakkan pergantungan pada teknologi asing. Bahkan
sebaliknya dapat merancakkan perkembangan iktisad ummah seluruhnya. Inilah yang
kelihatan dijadikan sebahagian matlamat "Pameran Kegemilangan Sains dalam
Tamadun Islam" yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri pada 8 Januari yang lalu.

Namun demikian, seharusnya pula kesedaran, minat, semangat serta inspirasi yang
berhasil dipupuk sepanjang pameran yang dijadualkan berlangsung lebih dua bulan
ini tidak terhenti di situ sahaja. Lebih banyak langkah susulan yang perlu dirancang
dan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan. Ini misalnya dengan memperkenalkan
tokoh ilmuwan Islam silam ini secara berterusan dan melalui pendekatan yang
berkesan. Salah satunya ialah melalui kurikulum atau sukatan pelajaran dan
pengajaran di sekolah, khususnya di peringkat rendah. Misalnya melalui mata
pelajaran matematik, pelajar-pelajar diberikan maklumat tentang peribadi dan
sumbangan al-Khawarizmi, antaranya bagaimana beliau menggunakan angka sifar
sebagai gandaan puluh, ratus dan juta selain mengasaskan algebra (al-jabr) dan
menjadikannya sebagai cabang ilmu yang terpisah daripada ilmu hisab dan geometri.
Demikian juga melalui mata pelajaran sains, kegigihan dan sumbangan Ibn al-
Haitham dalam bidang ini wajar didedahkan kepada pelajar-pelajar, apatah lagi
kejayaan beliau untuk menguasai bidang sains, falsafah dan geometri bermula sejak
usia remaja lagi.

Bagi penuntut-penuntut di institusi pengajian tinggi pula, keagungan tamadun Islam


dan sumbangan ilmuwannya seharusnya tidak dibataskan hanya melalui
pembelajaran subjek tamadun Islam semata-mata. Sebagai contoh, pensyarah boleh
memainkan peranan dalam memberikan pendedahan dan pengetahuan yang
mendalam tentang sumbangan tidak terhingga nilainya oleh ilmuwan agung Islam
terhadap bidang atau kursus yang diikuti oleh pelajar-pelajar. Kehebatan dan
pencapaian mengagumkan ilmuwan Islam dalam seni bina (seperti Istana al-
Hamra'/al-Hambra serta Taj Mahal), astronomi, geografi, pengembaraan dan
pelayaran (misalnya jam matahari, astrolab dan kompas), teknologi dan penciptaan
dalam bidang pertanian, pembinaan serta kejuruteraan (sebagai contoh, pam air
automatik), penciptaan dan penemuan dalam bidang perubatan (misalnya kelalang
tanah liat yang digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan), pasti dapat menyuntik
semangat yang luar biasa sifatnya di kalangan penuntut, sekurang-kurangnya untuk
mencipta kejayaan tersendiri.

Selain kurikulum dan kegiatan pembelajaran, peranan media elektronik juga dilihat
sangat berkesan dalam menjayakan hasrat besar ini. Usaha yang dirintis oleh TV3
dalam menerbitkan rancangan berkualiti seperti "Ilmuwan Islam" seharusnya
diteladani dan diberikan sokongan yang tiada taranya. Ternyata melalui rancangan
tersebut, masyarakat negara ini memperoleh maklumat sebenar tentang sumbangan
dan usaha yang dirintis oleh ilmuwan atau sarjana agung Islam. Sekadar menyebut
contoh, pendedahan "Ilmuwan Islam" tentang sumbangan Ibn Firnas dalam
kejuruteraan penerbangan dan merupakan orang pertama yang membuat percubaan 
untuk terbang pada tahun 875 (sebagaimana yang juga disebut oleh Philip Hitti,
History of Arabs) membetulkan tanggapan orang ramai yang sebelumnya hanya
mengetahui pencapaian Wilbur dan Orville Wright dalam bidang yang sama sekitar
tahun 1900. Rancangan bermutu seumpama ini seharusnya mendapat sokongan
dalam pelbagai bentuk, khususnya tajaan dan pengiklanan yang memungkinkan ia
terus berperanan memberikan manfaat yang tidak terbanding nilainya kepada
segenap lapisan masyarakat negara ini. Dalam hubungan ini, pihak pengiklan
seharusnya menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap usaha kerajaan
menyemarakkan budaya keilmuan dan tradisi menyelidik serta menghasilkan
teknologi di kalangan rakyat. Bahkan inilah juga sebahagian daripada tanggungjawab
kemasyarakatan yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Telah tiba masanya juga
untuk pengiklan-pengiklan mengutamakan rancangan keilmuan berbanding dengan
minat, tumpuan serta sasaran mendapatkan keuntungan melalui rancangan
berbentuk hiburan semata-mata.

Secara peribadi, setiap kita perlu memainkan peranan masing-masing bagi


menjayakan usaha menimbulkan minat mengikuti jejak dan pencapaian ilmuwan
Islam silam. Sekurang-kurangnya inilah tandanya kita menyokong penuh dan
menghargai kegigihan Prof Dr Fuat Sezgin, pemilik 148 replika pameran anjuran
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Institute for the History
of Arabic-Islamic Science, Johanne Wolfgang Goethe University, Frankfurt, Germany
yang bertemakan "Sains Islam Mendahului Zaman" itu. Memetik inti pati ucapan
beliau pada hari pelancaran pameran, "Sains moden yang bermula di Eropah
beberapa kurun silam sebenarnya begitu biasa dan dekat dengan kita. Justeru itu,
umat Islam tidak harus sama sekali berasa terasing daripadanya kerana sebahagian
besarnya merupakan cabang bagi tahap awal perkembangan dalam dunia Islam.
Sebaliknya kini telah tiba masanya bagi kita mempelajari dan menyerap pencapaian
dalam tamadun barat sehingga kita berkeupayaan menyumbang pencapaian kita
sendiri." 
Tokoh Islam: Abu raihan Al-Biruni
Posted January 22, 2009 |
Abu Raihan Al-Biruni dilahirkan di Khwarazm (kini Uzbekiztan) di Asia
Tengah yang pada masa itu terletak dalam sempadan Kerajaan Parsi 
pada tanggal 15 September 973 masihi.Beliau merupakan seorang
ahli matematik, astronomi, ahli fizik, cendekiawan, penulis
ensiklopedia, ahli falsafah, ahli astrologi, pengembara, pakar
sejarah, ahli farmasi dan guru yang banyak menyumbang kepada
bidang matematik, falsafah, perubatan dan sains dari Persia.
Para penulis riwayat hidup menggambarkan ilmuan itu tidak pernah
melepaskan pena dari tangannya, atau mengalihkan mata dari
sebuah buku, dan fikirannya selalu terarah pada pembelajarannya.
Saat ia menanggung bisa kesakitan di ranjang menjelang
kematiannya, seorang ahli fiqih datang menjenguknya. Al-Biruni
dengan segala penyakit dan penderitaannya menganggap bahawa ini
merupakan kesempatan baik baginya untuk menanyakan berbagai
masalah yang berkaitan dengan hukum, lalu dia pun menanyainya.
Ahli fiqih itu terkejut menyaksikan perbuatannya, lalu berkata, ‘Saya
fikir saat ini bukan waktunya bagi anda untuk bertanya dan
membahas ilmu pengetahuan.’ Al-Biruni dengan suara lemah
menjawab, ‘Aku berfikir akan lebih baik sekiranya aku mengetahui
masalah ini kemudian aku meninggal dunia, daripada aku tidak
mengetahuinya kemudian meninggal.’

Islam sangat mendorong penganutnya belajar dan menguasai ilmu


pengetahun. ‘Tuntutlah ilmu sejak buaian ibu hingga ke liang lahad,’
demikian pesanan Nabi Muhammad saw yang mengisyaratkan bahawa
menuntut ilmu bagi seorang Muslim tidak pernah mengenal akhir.

Karya agungnya ialah Rasa’ll al-Biruni, sebuah ensiklopedia


astronomi dan mathematik. Kejayaannya yang terpenting ialah
menentukan musim dan pasang sudut air laut, menentukan
kedudukan garis lintang dan garis bujur bumi, mencipta jam dan
kalendar, mencipta rumus trigonometri dan mencipta alat menyukat
ketumpatan.

Al-Biruni mempelajari matematik dan astronomi daripada Abu Nasr


Mansur. Al-Biruni merupakan rakan pelajar kepada ahli falsafah dan
pakar perubatan Ibn Sina, pakar sejarah, pakar falsafah, dan pakar
etik (ethicist) Ibn Miskawayh, di universiti dan pusat sains yang
ditubuhkan oleh putera Abu Al Abbas Ma’mun Khawarazmshah. Abu
Raihan Al-Biruni juga mengembara ke India dengan Mahmud dari
Ghazni dan menemani beliau dalam kempen ketenteraannya di sana,
mempelajari bahasa, falsafah dan agama mereka dan menulis buku
mengenainya. Dia juga mengetahui bahasa Yunani, dan
kemungkinannya Syriac dan Berber. Dia menulis bukunya dalam
bahasa Persia (bahasa ibundanya) dan bahasa Arab.

Keilmuannya Al-Biruni tidak dapat disangkal lagi.Antara pencapaian


Al-Biruni ialah ketika berusia 17 tahun, dia mengira latitud bagi
Kath, Khwarazm, dengan menggunakan altitud maksima matahari.
Ketika beliau berusia 22, beliau menulis beberapa hasil kerja
ringkas, termasuk kajian unjuran pemetaan (map projections),
“kartografi”, yang termasuk pengkaedahan untuk membuat unjuran
hemisfera pada satah matematik (plane (mathematics)). Ketika
berusia 27 tahun, beliau  telah menulis buku bertajuk “Kronologi”
yang merujuk kepada hasil kerja lain yang dihasilkan oleh beliau
(sekarang tiada lagi) termasuk sebuah buku berkenaan astrolabe,
satu berkenaan sistem perpuluhan, empat buku berkenaan astrologi,
dan dua berkenaan sejarah.Selain itu juga beliau membuat
pengiraan jejari bumi kepada 6,339.6 kilometer (hasil ini diulang di
Barat pada abad ke-16). Hasil karya Al-Biruni mencecah melebihi 120
buah kitab.

Antara sumbangan besar Al-Biruni dalam bidang Matematik


termasuklah teori dan amali aritmetik, penjumlahan siri, analisis
kombinatorik, peraturan tiga, nisbah (irrational numbers), teori
nisbah, definisi algebra, kaedah untuk penyelesaian persamaan
algebra, geometri, teori Archimedes dan juga pembahagian tiga
sama sudut.
Sumbangan  Abu Raihan Al-Biruni bukan terhenti kepada bidang
Matematik sahaja.Antara hasil kerja dan karyanya yang bukan bidang
matematik termasuklah Kajian kritis mengenai apa yang telah
dikatakan oleh India, baik diterima mengikut pemikiran atau tidak,
Sari pati agama dan falsafah India, Tanda-tanda tinggal abad-abad
yang lalu, kajian perbandingan kalendar-kalendar pelbagai budaya
dan peradaban, berjalin maklumat matematik, astronomi dan
sejarah, Daftar karya Mas’udi  sebuah buku mengenai Astronomi,
Geografi dan Kejuruteraan, yang didedikasikan dan dinamai sempena
nama Mas’ud, anak lelaki kepada Mahmud dari Ghazni, Memahami
Astrologi, Buku soal-jawab mengenai matematik dan astronomi,
dalam bahasa Arab dan Persia, Farmasi: mengenai drug dan ubat,
Permata  mengenai geologi, mineral dan permata, yang
didedikasikan kepada Mawdud, anak lelaki kepada Mas’ud,
Astrolabe, buku sejarah ringkas, Sejarah Mahmud dari Ghazni serta
ayahandanya dan juga Sejarah Khawarazm.

Abu Raihan Al-Biruni menghembuskan nafasnya yang terakhir pada


tanggal 13 Disember 1048. Segala sumbangan dan keilmuan yang di
tinggalkan Al-Biruni amat besar kepada dunia Islam khususnya dan
kepada dunia amnya.
Al-Biruni (973-1050)

Nama sebenarnya ialah Abu Arrayhan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni.

Beliau dilahirkan pada 15 September 973 di Kath, Khwarazm (sekarang

dikenali sebagai Kara-Kalpakskaya, Uzbekistan) dan meninggal dunia

pada 13 Dec 1048 di Ghazna (sekarang dikenali sebagai Ghazni,

Afganistan). Al-Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi,

astronomi, fizik dan ahli matematik. Selama 600 tahun sebelum Galgeo,

Al-Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang

sendiri. Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah Matematik untuk

membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia.


Beliau juga adalah orang yang pertama menyatakan bahawa jejari bumi

ialah 6339.6 km

AL-BIRUNI

Abu Raihan al-Biruni dilahirkan di luar Birun. Kota Khwarazm Bandar Khiva di zaman ini dan
pada zaman dahulu bernama Chorasmia iaitu di sebuah daerah yang melahirkan ramai hukama
dan sarjana Islam yang terkemuka. Beliau juga dikatakan telah menuntut ilmu sains di bawah
bimbingan Abu Nasr al-Mansur, seorang ahli astronomi dan matematik yang pernah menulis
syarah ke atas buku Spherics karya Menelaus dan merupakan penuntut kepada Abu’l-Wafa’.
Peringkat awal penghidupan al-Biruni ialah di bawah pemerintahan a’munid yang memerintah
Khwarzm dan juga dikenali sebagai pemerintahan Khwarazmiyah. Pemerintahan ini asalnya
adalah di bawah perlindungan kerajaan Samaniyah tetapi kemudian boleh dikatakan berkuasa
sendiri. Al-Biruni mengembara ke tempat lain di Parsi dan pada tahun 388H/998M
hingga403H/1012M beliau berada di Jurjan iaitu di Iistana Shams al-Ma’ali Qabus ibn
Wushmgir. Pada masa inilah iaitu pada tahun 390H/1000M beliau menulis risalahnya yang
sangat masyhur, bertajuk al-Athar al-Baqiyah. Nama penuhnya ialah Abu Rayhan Muhammad
bin Ahmad al-Biruni. Beliau dilahirkan pada 3 Zulhijah 362 H (4 September 973 M di negeri
Parsi. Beliau adalah orang asing dalam kalangan penduduk Khawarizm. Olen sebab itulah
beliau digelar al-Biruni yang bermaksud orang asing dalam bahasa Parsi. Beliau sangat
terkenal di kawasan Khawarizm sehingga diberi gelaran Khawarizmi bersempenadengan nama
kawasan itu.

Kuasa bangsa Turki di Asia Tengah yang kian memuncak, mencapai kekuatannya semasa
pemerintahan mahmud dari Ghazna di mana kebanyakan pemerintahan Mahmud kecil
kerajaan Parsi di daerah itu dimusnahkan. Dalam tahun 408H/107M. Mahmud berjaya
mengusai Khwarazm, dan pada tahun berikutnya membawa Abu Raihan, yang menjadi musuh
politiknya ke Ghazna. Sebagai ahli astrologi dan ahli matematik istana pula kemudiannya, al-
Biruni kerap mengiringi Mahmud dalam pergerakan tentera raja itu dan turut serta dalam
pergerakan tentera yang masyhur iaitu pergerakan menawan India yang juga memberi peluang
yang seluas-luasnya kepada al-Biruni untuk mengkaji manifestasi yang pelbagai bagi agama
Hindu. Pada tahun 422H/1031H, al-Biruni kembali ke Ghazna dan menulis kitab beliau yang
paling terkemuka sehingga kini iaitu, India dan sebuah kitab lain yang bertajuk Kitab al-
Tafhim.

Mahmud meninggal dunia di Ghazna pada tahun 421H/1030M. Perebutan kuasa berlaku di
antara putera-puteranya dan berkesudahan dengan kemenangan Mas’ud, yang kemudiannya
menjadi penaung al-biruni dan kepadanya, iaitu pada tahun ia memenangi kuasa
pemerintahan, sebuah kitab yang bertajuk al-Qanun al-Mas’udi dipersembahkan sebagai
dedikasi al-Biruni kepada penaungnya itu. Kitab ini merupakan sebuah adikarya bidang
astronomi. Al-Biruni terus tinggal di Ghazna, hidup dengan memperhambakan diri kepada
pengkajian dan penulisan sehingga akhir hayatnya iaitu pada kira-kira tahun 442H/1051M.

Penghidupan al-Biruni bukan sahaja dipenuhi dengan pergolakan politik dan perubahan hidup
di Asia Tengah dan Parsi tetapi juga penuh dengan perubahan minatnya sendiri daripada satu
bidang ilmu kepada bidang ilmu yang lain. Pada peringkat awal beliau sangat tertarik hati
kepada lapangan ilmu matematik dan astronomi sehingga ia menjadi tokoh yang paling
berwibawa di dalam sejarah sains islam. Kemudian minatnya tertumpu pula kepada sejarah
dan kronologi dan akhirnya iaitu pada penghujung hayatnya ia memberi tumpuan pula kepada
optika, perubatan, mineralogy dan farmakologi iaitu seperti yang ditunjukkan dalam Kitab al-
saidanah (atau saidalah). Di sepanjang perubahan minatnya dalam bidang ilmu itu, minatnya
terhadap agama dan kultus tetap kuat; petikannya akan Bhagavad-Gita dan gambaran yang
diberikannya tentang hari kebebasan agama bagi agama-agama di Asia Barat memberi
petanda kepada minatnya yang mendalam dan kefahamannya akan agama. Karya beliau
tentang perbandingan agama tetap menjadi sumbangan beliau yang paling penting.
Walaupun tidak ada hasil penulisan falsafah al-Biruni yang terdapat di dalam simpanan
khazanah atau diketahui selamat tersimpan kini namun adalah diketahui bahawa al-Biruni
telah mempelajari falsafah dengan mendalam dan sangat mahir dalam bidang ini. Beliau
sangat berminat dalam falsafah anti Aristotle yang dibawa oleh tokoh falsafah seperti
Muhammad ibn Zakariyya’ al-Razi. Al-Biruni berusaha bertahun-tahun mencari kitab Sirr al-
Asrar karya al-Razi dan juga lain-lain karya falsafah. Namun beliau menulis sebuah risalah
membahas tentang kesalahan-kesalahan al-Razi. Beliau juga mempelajari, sekadar yang
termampu pada zaman itu, tentang Vendanta dan teks lain mengenai agama Hindu yang
kalaupun tidak berciri falsafah dalam pengertian moden atau pengertian aliran Aristotle
namun tetap merupakan pengajaran himah yang sangat halus. Sikap dan pandangan Abu
Raihan terhadap falsafah Yunani aliran Aristotle tidak langsung menunjukkan sebarang simpati
atau sokongan.

Selain karya utama beliau yang masih terdapat hingga kini seperti al-Athar al-Baqiyah, India,
Kitab al-Tafhim, Kitab al-Jamahir fi Ma’rifat al-Jawahir, al-Qanun al-Mas’udi, dan yang belum
diterbitkan seperti Kitab al-Saidanah serta Kitab Tahdid Nihayat al-Amakin, al-Biruni menulis
banyak risalah kecil tentang astronomi dan geografi. Beliau juga banyak menulis risalah
mengenai bidang-bidang ilmu lain termasuklah falsafah. Karya beliau tentang falsafah seperti
Kitab al-Sha-mil fi’-l-mawjudat al-mahsusah wa’l ma’qulah, Kitab fi’l-tawassut bain Aristutalis
wa Jalinus fi’l-muharrik al-awwal, Riyadat al-fikr wa’l-‘aql, Maqalah fi’l-bahth’an al-athar
al-‘ulwiyah dan Maqallah fi sifat asbab al-sukhunat al-mawjudah fi’l-;alam wa ikhtilaf usul al-
sanah, nampaknya sudah tidak terdapat lagi dan turut juga ‘hilang’ ialah banyak karya
terjemahan beliau ke atas Elements karya Euchids dan Almagest karya Ptolemy. Beliau
menterjemahkan karya-karya besar ini ke dalam bahsa Sanskrit. Terjemahan beliau dari karya
Sanskrit iaitu Yoga sutras of Patanjali yang dianggap ‘hilang’ telah dijumpai tidak lama dahulu
di Istanbul. Beliau juga menulis beberapa buah karya sastera seperti cerita Qasim al-surur wa
‘ayn al-hayat, dan Urmuzdyar wa mihryar. Al-Biruni, dalam penulisannya, Fi fihrist kutub
Muhammad ibn Zakariyya’ al-Razi telah menyenaraikan 113 tajuk kitab dan karyanya sendiri
dan 25 buah lagi yang ditulus oleh Abu Nasr al-Mansur ibn ‘Ali ibn al-‘Iraq, Abu Sahl ‘Isa Ibn
Yahya al-Masihi dan Abu ‘Ali al Hasan ‘ibn ‘Ali al-jili, kesemunya di bawah arahan beliau.
Hajji Khalifa, dalam kitabnya, Kashf al-zunun menyebut kira-kira lima belas buah karya tidak
termasuk Fihrist tetapi yang sah ditulisnya empat belas tahun sebelum ia meninggal dunia.
Tambahan kepada semua ini ialah tujuh lagi manuskrip telah dijumpai yang tidak langsung
disebutkan dalam senarai-senarai tadi. Jika seseorang pengkaji memasukkan senarai Yaqut
yang menyebutkan terjemahan daripada bahasa Sanskrit dan karya yang ditulis oleh orang lain
tetapi dipadankan kepada nama al-Biruni, maka jumlah kesemuanya akan menjadi 180.

Di samping bersemuka dengan sebilangan sarjana dan hukama Muslim, Kristian dan Hindu di
zamannya, al-Biruni juga mengkaji dan mendalami teks sains Greek, Babylonian, Manichean
dan Zoroaster. Malah harus diingati bahawa karya agung seperti al-Qanun al-Mas’udi bukan
sahaja merupakan kitab besar astronomi Muslim, tetapi juga adalah sumber bagi kebanyakan
sains zaman dahulu, sama ada sains Chaldean ataupun Greek yang teks asal mereka sudah
tidak terdapat lagi.

Selain mempunyai pengetahuan yang asasi tentang teks astronomi-matematik seperti


Almagest, Elements, pelbagai buku Sinddhanta dan lain-lain penulisan Hindu, Al-Biruni juga
sangat fasih mendalami banyak penulisan yang berkaitan dengan “falsafah tabii” dan sejarah.
Sumber-sumber yang dirujuk dalam Kitab al-jamahir fi ma’rifat al-jawahir, teks ilmu Islam
yang paling lengkap tentang mineralogy, termasuklah para ahli sains Muslim seperti al-Kindi,
al-Jahiz, Muhammad ibn Zakariyya’ al-Razi, Jabir ibn Hayyan, tokoh-tokoh sastera, sejarah
dan geografi seperti Nasr ibn Ya’qub al-Dinawari, Ahmad ibn ‘Ali, Abu’l- ‘Abbas al- ‘Ummani
dan penulis Greek seperti Aristotle, Archimedes, Apollonius dari Tyana, Dioscorides, Plutarch,
Ptolemy, Galen, Bolos Democritus, Plato, Heraclides, dan Diogenes. Beliau juga banyak
memetik puisi Arab - sama ada zaman Islam atau praIslam – dan juga puisi Parsi, India,
Suryani dan karya-karya Alexandria di dalam bidang ini. Tambahan Kitab al-jamahir, dan
dalam kitab-kitabnya yang lain juga akan bahagian-bahagian daripada kitab-kitab suci bagi
banyak agama termasuklah Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru, Avesta dan tentu juga al-
Qur’an sendiri yang mana al-Biruni sangat mahir tentangnya. Dalam risalahnya Ifrad al-maqal
fi amr al-dalal, semasa membicarakan waktu sembahyang beliau telah memetik hadith nabi,
kata-kata ‘Umar ibn al-Khattab, al-Ash’hari, al-Shafi’I, dan ramai lagi tokoh agama yang
berpengaruh yang kesemuanya ini menunjukkan kebolehan beliau yang sangat mendalam
tentang sumber hukum serta teologi Islam. Bagaimanapun, memang terdapat bebaerapa
bidang sains di zamannya yang tidak disentuh.

Disebabkan terdapat aral terjemahan maka al-Biruni tidak begitu dikenali dan tidak
berpengaruh di Barat Latin berbanding dengan tokoh besar di zamannya, Ibn Sina. Jika
sekiranya kitab beliau al-Qanun al-Mas’udi diterjemahkan ke bahasa Latin, maka kitab ini
tentu akan menjadi semasyhur Qanun Ibn Sina. Di dunia Islam, al-Biruni tetap menjadi sarjana
besar yang tiada tandingannya di dalam bidang-bidang astronomi, astrologi, geografi dan
matematik. Karya beliau India, adalah karya yang unik di dalam sejarah kaum Muslimin dan
karya beliau, al-Athar al-baqiyah adalah sumber terbaik tentang kronologi peristiwa-peristiwa
keagamaan di Asia Barat pada zaman silam. Kitabnya yang bertajuk Kitab al-tafhim menjadi
inspirasi kepada beberapa buah risalah saintifik zaman selepas beliau termasuklah Kitab
rawdat al-Munajjimin oleh Shahrdan ibn Abi’l-Khair al-Razi dan Kaihan shinakht oleh Hassan
Kattan al-Marwazi, yang kedua-duanya ditulis pada abad yang kelima, Jahan-I Danish oleh
Sharaf al-Din Muhammad ibn Mas’ud ibn Muhammad al-Mas’udi dan Kifayat al-ta’limi sina’at
al-tanjim oleh Sayyid al-‘Ulama’ abu’l-Mahamid ibn Mas’ud ibn al-Zaki al-Ghaznawi, yang
ditulis pada bad ketujuh dan juga Kitab al-tafhim fi ma’rifat istikhraj al-taqwim oleh Mazhar
al-Din Muhammad al-Lari, iaitu karya abad kesepuluh adalah kedua-duanya berdasarkan
kepada hasil penulisan al-Biruni.

Karya-karya al-Biruni bersemarak di arena aktiviti intelektual yang berkemuncak pada abad
keempat. Karya-karya beliau juga merupakan satu usaha yang paling rapi serta teliti dalam
menyatukan cabangan-cabangan ilmu kaum Muslimin dan juga ilmu-ilmu yang diwarisi
daripada tamadun zaman dahulu. Dengan sifatnya yang demikian, karya-karya al-Biruni
memberi khidmat kepada zaman selepas beliau sebagai sumber sains tabii dan sains
peradaban dan mendapat sanjungan dan berpengaruh sebagai bahan penulisan seorang
sarjana yang tidak dipertikaikan. Sebagai ahli astronomi dan juga terutamanya ahli astrologi
keidealan beliau sentiasa diikuti.

Pengkajian terhadap geografi, astronomi, dan lain-lain adalah sesuai kerana ia sangat
mustahak kepada penghidupan beragama masyarakat Islam dan perlu dikaji dengan matlamat
atau tujuan ini. Tidak timbul persoalan ‘sains untuk sains’ dalam pemikiran al-Biruni sama
juga halnya dengan tidak wujudnya gagasan ‘seni untuk seni’ dalam pemikiran Islam. Seni dan
sains perlu memberi khidmat kepada keidealan penghidupan Islam yang merupakan
‘penghidupan sejahtera’ dan matlamat terakhir yang perlu dicita-citakan. Kewajaran serta
kesahihan bagi pengkajian sains tidak seharusnya ditentukan oleh kegunaan praktikal, kerana
kegunaan tidak menentukan nilai dalaman bagi sesuatu. Sebaliknya, kesahihan pengkajian
sains bersama dan tujuan dan matlamatnya adalah bersandarkan kepada suruhan al-Qur’an
yang mempertanggungjawabkan manusia merenung kejadian langit dan bumi yang telah
dijadikan Tuhan dengan Haqq (bi’l-haqq).
Walaupun ketaatan dan usaha ikhlas al-Biruni sebagai seorang Muslim adalah jelas, namun
kemiripan beliau terhadap aliran tertentu di dalam Islam susah dipastikan. Sebagaimana juga
karya para penulis abad ke-4 umumnya, penulisan Abu Raihan tidak menunjukkan dengan
jelas sama ada ia dipengaruhi oleh mazhab Syiah atau Sunni. Beliau menulis tentang kedua-
dua mazhab dengan pengetahuan dan kebijaksanaan tetapi tidak membayangkan pilihan
beliau atau kemiripan beliau. Seseorang dapat meilihat pengaruh Syiah yang lebih kuat ke
atas diri beliau semasa ia muda dan tarikan yang lebih kuat kepada mazhab Sunni pula apabila
umurnya sudah lanjut, namun pilihan beliau sendiri tidak dinyatakan dengan tegas. Malah Abu
Raihan pernah menyatakan bahawa ia memakai sebentuk cincin dengan dua jenis batu, yang
satu dimuliakan oleh Sunni dan satu lagi oleh Syiah. Dengan begitu ia cuba menyatakan
bahawa ia menerima kedua-duanya.

Al-Biruni juga memperlihatkan kebolehan yang tinggi tentang ilmu tasawwuf walaupun beliau
membuat kesalahan dengan mengatakan bahawa Sufi berasal dari Sophos, dan dalam
bukunya, India, ia selalu membanding-bandingkan antara doktrin Hindu dengan doktrin Sufi.
Namun begitu tidak ada sedikit keraguan bahawa ia bukanlah seorang ahli Sufi. Al-Biruni
merupakan seorang sarjana yang ulung dan ahli sains yang terbilang dan juga seorang Muslim
yang amat taat, yang telah mempelajari banyak perkara melalui pembacaan, penilitian dan
berfikir dan telah berjaya menguasai banyak cabangan ilmu pengetahuan, namun ia tidak
mengikuti jalan penyucian jiwa dan intuisi Qalbu yang bersifat terus yang di dalam Islam
adalah berkaitan dengan ilmu tasawwuf. Beliau memuliakan kerohanian Sufisme seperti kaum
Muslimin lainnya tanpa mempunyai pengalaman rohani sendiri.

Penguasaannya terhadap pelbagai ilmu pengetahuan dan bidang tersebut menjadikan al-Biruni
dijuluki sebagai "ustaz fil ulum" atau guru segala ilmu. Meski sebahagian besar ilmuwan
Muslim masa lalu memang memiliki kemampuan multidimensi, namun al-Biruni tampaknya
lebih menonjol. Ia tak hanya menguasai bahasa Arab, tapi juga Sanskrit dan Ibrani. Ia
memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang filsafat Yunani, menjadikannya seorang sarjana
agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni berhasil membuktikan,
menyandingkan ilmu dan filsafat telah memungkinkan agama bisa terus hidup subur dan
berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.

Al-Biruni telah menghasilkan lebih dari 150 buah buku. Di antara buku-buku itu adalah "Al-
Jamahir fi al-Jawahir" yang berbicara mengenai batu-batu permata; "Al-Athar al-Baqiah"
berkaitan kesan-kesan lama peninggalan sejarah, dan "Al-Saidalah fi al-Tibb", tentang obat-
obatan. Penulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris
dengan judul "Chronology of Ancient Nation". Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di
Eropah dan tersimpan dengan baiknya di Museum Escorial, Sepanyol.

Sejak usia muda, Al-Biruni sudah tertarik pada astronomi dan matematik. Ia banyak belajar
kepada astronom dan ahli matematika terkemuka kala itu, Abu Nasr Mansur. Pada tahun 990
atau saat usianya baru menginjak 17 tahun, Al-Biruni sudah melakukan pengamatan serius di
bidang astronomi, yakni dengan menghitung garis lintang Kath melalui pengamatan ketinggian
maksimum Matahari.

Al-Biruni amat berminat dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan teori-teori
abstrak, falsafah, sains praktis matematik, geografi, fizik, dan astronomi. Dalam semua
bidang itu, beliau lebih memberi penumpuan terhadap bidang astronomi. Ini dibuktikan
melalui pengakuannnya sendiri, “Oleh kerana saya berminat dalam bidang astronomi, malah
saya dikenali dalam bidang ini, maka saya tidak berniat untuk keluar dari bidang ini dan mahu
berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Mas’ud) yang dikenali sebagai nikmat, dengan
menulis undang-undang astronomi”.

Bagi menunjukkan kepentingan ilmu astronomi dan matematik dalarn kehidupan harian,
beliau telah memberi contoh dengan mengemukakan pengaruh matahari dan bulan ketika
menentukan musim dan air pasang surut. Ilmu kaji bintang juga penting dalam menentukan
arah pengembaraan dan perjalanan, kiblat, waktu solat, dan kedudukan garis lintang dan
garis bujur sesuatu tempat.

Beliau telah mengemukakan beberapa teori astronomi yang penting. Pertamanya teori alam
semesta yang mana beliau menganggap alam ini terletak di luar permukaan sfera yang terhad.
Beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semester sebagai kuasa sebenar. Teori yang
kedua ialah kosmogoni. Beliau membincangkan asal-usul alam semesta secara terperinci
dalam bukunya al-Tahdid. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang mengatakan bumi
ini kekal. Beliau telah melengkapkan karya Abdul al-Malik al-Tayyib al-Busi dengan
mengumpulkan pelbagai arus pertukaran bumi pada zamannya.
Ketika usianya belum genap 22 tahun, Al-Biruni telah menulis sejumlah kertas
kerja, meski dalam bentuk pendek. Sayangnya, semua kertas kerja Al-Biruni hilang ditelan
sejarah. Salah satu karyanya yang bisa selamat adalah kartografi yang berguna dalam proyeksi
pembuatan peta. Seperti halnya mendeskripsikan proyeksinya mengenai belahan Bumi melalui
suatu pesawat, Al-Biruni pada usia 22 tahun dengan fasih membaca proyeksi peta yang
ditemukan orang lain dan mendiskusikannya dalam risalah.

Tapi sayang, masa-masa ketika Al-Biruni hidup, adalah masa-masa genting Dunia Islam. Situasi
politik yang berkembang saat itu juga turut memengaruhi dan menentukan arah kehidupan Al-
Biruni. Penguasa Khwarazm adalah Banu Iraq dan secara kebetulan guru Al-Biruni, Abu Nasr
Mansur adalah seorang pangeran dari keluarga tersebut. Pada tahun 995 terjadi kudeta
politik. Perang saudara pun berkecamuk. Sebagai murid, Al-Biruni tentu saja terkena imbas
persoalan politik tersebut. Ia kemudian melarikan diri dari Khwarazm sehingga ia kemudian
tidak mengetahui bagaimana nasib sang guru. Minat dan kecenderungannya untuk
mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni
merantau sehingga ke negara India. Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan
oleh Sultan Mahmood al-Ghaznawi. Setelah mengetahui keilmuwan Al-Biruni, sang sultan pun
menugaskan Al-Biruni sebagai ulama istana. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-
Biruni untuk mempelajari bahasa Sanskrit dan bahasa lain di India. Di sana Al-Biruni mendapat
kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan filsafat India. Hasilnya, ia menulis beberapa
buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu. Dalam satu
tulisannya, Al-Biruni menyatakan, ajaran Hindu berasaskan konsep penjelmaan yang
mempunyai persamaan dengan ajaran tauhid dalam Islam dan triniti dalam agama Kristen.

Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan
menghasilkan karya-karya yang besar dalam pelbagai bidang. Sumbangannya kepada ilmu dan
peradaban India amat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan
kaidah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan
perhitungan matematika. Al-Biruni berhasil menyusun satu daftar peta yang berisi kedudukan
ibu kota negara di dunia. Semasa berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan
seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalin hubungan antara para ilmuwan sekolah
tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi.

Sebelum ke India, Al-Biruni sering menjalin hubungan dengan Ibnu Sina. Pada
waktu yang bersamaan, Al-Biruni juga membuktikan bahwa golongan ahli filsafat bukan
merupakan golongan yang sesat dan hidup di awang-awangan. Peranan dan kedudukan mereka
amat besar dalam perkembangan dan kemajuan Islam serta peradaban manusia. Pencapaian
besar al-Biruni termasuklah penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dengan
menggunakan angka sifar, penentuan garis bujur serta garis lintang bumi dan penjelasan
tentang hakikat kelajuan perjalanan cahaya mengatasi perjalanan bumi. Malah al-Biruni juga
mewariskan banyak hasil penulisan yang sangat berharga termasuklah "Al-Saidalah fi al-Tibb"
(ubat-ubatan) dan "Al-Qanun" (falak). Selain membuktikan kecintaan yang mendalam terhadap
ilmu, al-Biruni dan juga sarjana-sarjana agung Islam zaman silam ternyata menunjukkan
banyak teladan yang selayaknya dicontohi oleh umat Islam kini. Antaranya termasuklah usaha
yang dilakukan dengan membuka pintu pengajian di seluruh dunia; timur serta barat dan bagi
kemasukan segala bentuk warisan tamadun manusia sejagat. Proses penerimaan, penyerapan,
penterjemahan, pengembangan semula dan pengubahsuaian ilmu asing menurut asas yang
ditentukan Islam demi kepentingan masyarakat Islam, tidak terhenti di situ sahaja, malah
ditingkatkan sehingga mereka berjaya mencapai tahap kreativiti dan inovasi yang sebenar,
iaitu pada kurun ke-3H./9M.

Di samping itu, hubungan yang dijalin dengan bangsa-bangsa maju di dunia ketika itu
dijadikan penggerak usaha untuk memanfaatkan kemajuan dan pengetahuan yang dimiliki
oleh bangsa-bangsa tersebut. Lebih utama daripada itu, tokoh-tokoh agung kebanggaan Islam
ini membuktikan bahawa pencapaian hebat dan sumbangan besar lagi terbilang mereka itu
hanyalah dengan satu tujuan yang suci, iaitu demi membawa kesejahteraan dan kemakmuran
kepada kehidupan manusia sejagat, bukan sahaja yang sezaman dengan mereka tetapi juga
selepas mereka. Ini terbukti dengan penghasilan karya-karya agung yang dapat dimanfaatkan
hingga pada zaman kini. Amat menarik juga jika diteliti bahawa kegigihan tokoh-tokoh agung
Islam dalam pelbagai bidang itu sebenarnya turut didorong oleh pemerintah yang berilmu dan
juga memiliki kecintaan yang mendalam terhadap ilmu seperti Khalifah al-Ma'mun (yang
memerintah dari tahun 198-218H./813-833M.). Antara usaha penting khalifah `Abbasiyyah ini
termasuklah titah baginda kepada sekumpulan besar ahli geografi dan ahli astronomi untuk
menghasilkan sebuah buku geografi yang lengkap dan peta dunia yang baharu. Demikianlah
pula dengan usaha untuk menentukan ukur lilit bumi di khatulistiwa. Pada awal kurun ke-
3H./9M., Khalifah al-Ma'mun menitahkan supaya sekumpulan besar ahli astronomi menajdikan
ukuran darjah longitud sebagai asas bagi penghasilan peta dunia. Kumpulan ahli astronomi ini
melaksanakan titah baginda di Padang Pasir Sinjar, di utara Iraq dan juga di Tadmur dengan
menggunakan pelbagai alat pengukuran, iaitu astrolab, rod serta tali pintal untuk menentukan
permulaan dan penghujung darjah latitud serta jarak di antara kedua-duanya. Kesimpulan
yang dicapai oleh mereka ialah darjah longitud mencapai 56 2/3 batu Arab dan dengan
demikian, longitud khatulistiwa adalah hampir 40,000 km. Pada hakikatnya, longitud
khatulistiwa yang diiktiraf oleh ahli geografi moden berpandukan hasil ilmiah yang cemerlang
dan terperinci ini.

Sesungguhnya kemunculan Al-Biruni sebagai tokoh ilmuwan tersohor telah mengangkat


martabat ahli filsafat dari pelbagai stigma dan label negatif, serta mengubah peranan yang
sepatutnya dimainkan oleh ahli filsafat itu sendiri. Al-Biruni meninggal dunia pada tanggal 13
Desember 1048 di Ghazna (kini Ghazni, Afganistan). Meski sudah lama meninggal, nama Al-
Biruni tetap harum dikenang zaman.

Rumusan dan Cadangan

Sesungguhnya usaha menghayati serta menyuburkan semula ingatan terhadap sumbangan


besar cendekiawan Islam yang terbilang itu di samping menjadikannya sebagai pencetus
semangat dan inspirasi merupakan sesuatu yang harus dipuji. Ia diharapkan dapat
menimbulkan kesedaran yang tinggi tentang kepentingan penguasaan ilmu sains dan teknologi
yang dapat membantu usaha membentuk sejumlah besar cendekiawan dan pakar bagi
memacu kecemerlangan negara. Sehubungan itu juga, penglibatan aktif cendekiawan serta
pakar ini dalam kegiatan penyelidikan dan pembangunan, membolehkan negara mencipta
teknologi sendiri yang bukan sahaja dapat mengelakkan pergantungan pada teknologi asing.
Bahkan sebaliknya dapat merancakkan perkembangan iktisad ummah seluruhnya. Namun
demikian, seharusnya pula kesedaran, minat, semangat serta inspirasi yang berhasil dipupuk
sepanjang pameran yang dijadualkan berlangsung lebih dua bulan ini tidak terhenti di situ
sahaja.

Lebih banyak langkah susulan yang perlu dirancang dan dilaksanakan dengan penuh
kesungguhan. Ini misalnya dengan memperkenalkan tokoh ilmuwan Islam silam ini secara
berterusan dan melalui pendekatan yang berkesan. Salah satunya ialah melalui kurikulum
atau sukatan pelajaran dan pengajaran di sekolah, khususnya di peringkat rendah. Misalnya
melalui mata pelajaran matematik, pelajar-pelajar diberikan maklumat tentang peribadi dan
sumbangan al-Khawarizmi, antaranya bagaimana beliau menggunakan angka sifar sebagai
gandaan puluh, ratus dan juta selain mengasaskan algebra (al-jabr) dan menjadikannya
sebagai cabang ilmu yang terpisah daripada ilmu hisab dan geometri. Demikian juga melalui
mata pelajaran sains, kegigihan dan sumbangan Ibn al-Haitham dalam bidang ini wajar
didedahkan kepada pelajar-pelajar, apatah lagi kejayaan beliau untuk menguasai bidang
sains, falsafah dan geometri bermula sejak usia remaja lagi.

Bagi penuntut-penuntut di institusi pengajian tinggi pula, keagungan tamadun Islam dan
sumbangan ilmuwannya seharusnya tidak dibataskan hanya melalui pembelajaran subjek
tamadun Islam semata-mata. Sebagai contoh, pensyarah boleh memainkan peranan dalam
memberikan pendedahan dan pengetahuan yang mendalam tentang sumbangan tidak
terhingga nilainya oleh ilmuwan agung Islam terhadap bidang atau kursus yang diikuti oleh
pelajar-pelajar. Kehebatan dan pencapaian mengagumkan ilmuwan Islam dalam seni bina
(seperti Istana al-Hamra'/al-Hambra serta Taj Mahal), astronomi, geografi, pengembaraan dan
pelayaran (misalnya jam matahari, astrolab dan kompas), teknologi dan penciptaan dalam
bidang pertanian, pembinaan serta kejuruteraan (sebagai contoh, pam air automatik),
penciptaan dan penemuan dalam bidang perubatan (misalnya kelalang tanah liat yang
digunakan untuk menghasilkan ubat-ubatan), pasti dapat menyuntik semangat yang luar biasa
sifatnya di kalangan penuntut, sekurang-kurangnya untuk mencipta kejayaan tersendiri.

Selain kurikulum dan kegiatan pembelajaran, peranan media elektronik juga dilihat sangat
berkesan dalam menjayakan hasrat besar ini. Usaha yang dirintis oleh TV3 dalam menerbitkan
rancangan berkualiti seperti "Ilmuwan Islam" seharusnya diteladani dan diberikan sokongan
yang tiada taranya. Ternyata melalui rancangan tersebut, masyarakat negara ini memperoleh
maklumat sebenar tentang sumbangan dan usaha yang dirintis oleh ilmuwan atau sarjana
agung Islam. Sekadar menyebut contoh, pendedahan "Ilmuwan Islam" tentang sumbangan Ibn
Firnas dalam kejuruteraan penerbangan dan merupakan orang pertama yang membuat
percubaan untuk terbang pada tahun 875 (sebagaimana yang juga disebut oleh Philip Hitti,
History of Arabs) membetulkan tanggapan orang ramai yang sebelumnya hanya mengetahui
pencapaian Wilbur dan Orville Wright dalam bidang yang sama sekitar tahun 1900. Rancangan
bermutu seumpama ini seharusnya mendapat sokongan dalam pelbagai bentuk, khususnya
tajaan dan pengiklanan yang memungkinkan ia terus berperanan memberikan manfaat yang
tidak terbanding nilainya kepada segenap lapisan masyarakat negara ini. Dalam hubungan ini,
pihak pengiklan seharusnya menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap usaha
kerajaan menyemarakkan budaya keilmuan dan tradisi menyelidik serta menghasilkan
teknologi di kalangan rakyat. Bahkan inilah juga sebahagian daripada tanggungjawab
kemasyarakatan yang perlu dilaksanakan oleh mereka. Telah tiba masanya juga untuk
pengiklan-pengiklan mengutamakan rancangan keilmuan berbanding dengan minat, tumpuan
serta sasaran mendapatkan keuntungan melalui rancangan berbentuk hiburan semata-mata.

Secara peribadi, setiap kita perlu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan usaha
menimbulkan minat mengikuti jejak dan pencapaian ilmuwan Islam silam. Sekurang-
kurangnya inilah tandanya kita menyokong penuh dan menghargai kegigihan Prof Dr Fuat
Sezgin, pemilik 148 replika pameran anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan
kerjasama Institute for the History of Arabic-Islamic Science, Johanne Wolfgang Goethe
University, Frankfurt, Germany yang bertemakan "Sains Islam Mendahului Zaman" itu.
Memetik inti pati ucapan beliau pada hari pelancaran pameran, "Sains moden yang bermula di
Eropah beberapa kurun silam sebenarnya begitu biasa dan dekat dengan kita. Justeru itu,
umat Islam tidak harus sama sekali berasa terasing daripadanya kerana sebahagian besarnya
merupakan cabang bagi tahap awal perkembangan dalam dunia Islam. Sebaliknya kini telah
tiba masanya bagi kita mempelajari dan menyerap pencapaian dalam tamadun barat sehingga
kita berkeupayaan menyumbang pencapaian kita sendiri."

Al-Biruni, Ahli Farmasi dan Pendita 

Abu al-Rayhan al-Biruni (973-1048) merupakan cendiakawan yang amat disegani dalam
bukunya, al-Saydanah fi al-Tibb, al-Biruni mendefinasikan ahli farmasi (yakni al-Saydanani)
sebagai seorang perofesional yang mengkhusus dalam pengumpulan semua ubat, memilih
bahan atau sebatian yang terbaik, serta menyediakan ubat terbaik daripadanya mengikut
kaedah dan teknik paling tepat seperti yang disyorkan oleh pakar dalam seni perawatan.
Dengan demikian farmasi menjadi bebas daripada perubatan sebagai satu bidang kajian dan
amalan. Selain itu farmasi berupaya berfungsi sebagai `alat' untuk membantu dalam
penyembuhan, tetapi bukannya sebahagian daripada perubatan. 

Sejajar dengan definasi ini, beliau juga menekankan tentang latihan serta pengalaman yang
mendalam yang diperlukan supaya ahli farmasi itu betul-betul mahir dalam bidangnya
sehinggakan tiada sesiapa yang boleh mengambil alih profesion mereka. Mengikut beliau, ahli
perubatan mesti memajukan pengetahuan teori dan pengalaman, kemudian menyerahkannya
kepada ahli farmasi berjiwa rakyak untuk mereka menjalankan khidmat profesional yang
cemerlang. 

Menurut Al-Biruni farmasi adalah satu seni untuk mengenali jenis, bentuk dan sifat fizikal
bahan-bahan asas, serta seni mengetahui bagaimana membancuh untuk menjadikannya
sebagai ubat mengikut preskripsi doktor. Ahli farmasi mesti berupaya mengganti atau
mengenepikan satu ubat dengan yang lain. Namun, mengikut beliau, ilmu bagaimana ubat
bertindak pada tubuh manusia, yakni farmakologi, adalah lebih penting daripada kemahiran
membancuh ubat semata-mata. Tanpa ilmu ini, seseorang itu tidak akan dapat mencapai
matlamat profesionalnya. 

Anda mungkin juga menyukai