Laporan Sukan Tunjuk Cara (Thulasi23dbs20 F2036)
Laporan Sukan Tunjuk Cara (Thulasi23dbs20 F2036)
CATATAN:
(ditanda oleh
penyelaras
kursus/pensyarah
bidang)
______________
√ Soalan )
Skema
jawapan
√ Rubrik
SOALAN PENILAIAN:
Berikut adalah item yang perlu disediakan:
1 PNS-PA-04 (7)
P:0 02.08.2021
KAEDAH PENYEDIAAN (NON FACE TO FACE):
1. Tugasan dilaksanakan secara individu.
2. Setiap individu dikehendaki menghasilkan video (tunjuk cara kemahiran) dan laporan bertulis
(softcopy) dan dihantar melalui medium atas talian: Link URL You tube (Video) dan Google
Classroom MPU24011 (laporan) bagi menyelesaikan tugasan yang diberikan
SEREMBAN
LECTURER:MDM NORHAFEEZA BINTI BAMBANG SHAIDI
PREPARED BY:
THULASI A/P MUNIANDY(23DBS20F2036)
NO CONTENTS PAGES
1.0 LANGKAH-LANGKAH 5-7
MEMANASKAN &MENYEJUKAN
BADAN SERTA
KEPENTINGANYA
2.0 PENGENALAN SUKAN 8
PERMAINAN TRADISIONAL
BATU SEREMBAN
3.0 SEJARAH SUKAN PERMAINAN 9
TRADISIONAL BATU
SEREMBAN
4.0 ISTILAH-ISTILAH 10
DALAM SUKAN
PERMAINAN
TRADISIONAL
BATU
SEREMBAN
Langkah-
langkah
memanaskan badan:
Lakukan pemanasan badan sebelum mulakan aktiviti secara amanya,fokus pd otot utama semasa
memanaskan badan seperti hamstring.
Aktiviti berjalan pantas,sejukkan badan dgn terus berjalan tetapi perlahan 5-10 minit.
Aktiviti berenang,rehatkan otot dgn berenang di dlm air selama 10 minit.
Menyejukan badan lebih kurang sama seperti memanaskan badan .Anda terus melakukan aktiviti sukan
tetapi pd kadar yg lebih perlahan dan tidak lasak.Menyejukan badan sgt penting untuk atlet sukan yg aktif
seperti ahli marathon.Ia penting untuk menyeimbangkan aliran darah di dlm badan selepas berlari.
KEPENTINGAN MEMANASKAN BADAN DAN
MENYEJUKAN BADAN
Warming-up (memanaskan badan) dan cooling down (menyejukkan badan) merupakan kompenen utama
dalam latihan. Ringkasnya warming up dilakukan sebelum latihan (pralatihan) dan cooling down dijalankan
selepas tamat latihan (pascalatihan). Selepas otot sudah panas bolehlah dijalankan regangan (stretching).
Apakah kepentingannya? Berikut adalah serba sedikit kepentingan warming up dan cooling down.
Membolehkan jantung, paru-paru dan saluran darah menyesuaikan diri terhadap peningkatan kadar
kerja mereka
Regangan
Aktiviti berintensiti rendah
Tujuan menyejukkan badan
i: Mengembalikan fungsi fisiologi ke paras normal secara beransur-ansur
Ii: Mengurangkan kelesuan otot
iii. Meningkatkan fleksibiliti otot, tendon dan ligament
iv. Menurunkan tekanan darah
Keperluan cecair
i. Mengekalkan hemeostasis (keseimbangan cecair dalam badan)
ii. Penyebaran haba dalam badan - 37 C / 98.6
iii. Untuk keperluan system urinary.
iv. Mengekalkan kandungan darah dan tekanan
PENGENALAN PERMAINAN TRADISIONAL
BATU SEREMBAN
Permainan ini adalah sejenis permainan kanak-kanak. Tujuan permainan batu seremban iniadalah untuk
mendapatkan kiraan mata sebanyak mana yang mungkin. Permainan batuseremban ini sebenarnya
mempunyai makna yang lain. Nama-nama yang berbeza ini mungkinwujud kerana mengikut orang yang
memainkannya ataupun negeri di mana ia dikenali. Antaranama lain yang dikenali selain batu seremban
ialah :
Permainan simbang
Permainan selambut
Putu mama
Walaupun namanya berbeza namun, cara dan kaedah permainan serta alat yang digunakanuntuk
memainkannya adalah sama. Walaupun permainan tradisional batu seremban inihanyalah satu permainan
rakyat dan tidak lagi diiktiraf sebagai satu permainan yang bolehdianggap berprestij, namun permainan ini
mempunyai cara dan peraturannya tersendiri untukmemainkannya. Setiap pemain yang memainkannya
mesti mematuhi segala peraturan yangtersedia.
SEJARAH PERMAINAN BATU SEREMBAN
Permainan tradisional merupakan permainan tradisi yang diturunkan oleh nenek moyang kepada kita.
Betapa berharganya permainan ini sehinggakan setiap lapisan masyarakat tanpa mengenal usia dan jantina.
Permainan yang ditugaskan kepada saya ialah permainan batu seremban. Sepertimana yang kita semua tahu
batu seremban ini seringkali dikatakan permainan yang hanya dimonopoli oleh kanak-kanak perempuan.
Tetapi kita tidak sedari bahawa kepentingan permainan ini bukan terletak kepada kelembutan dan kelentikan
tangan menyambut batu tetapi ianya bergantung kepada kemahiran dan kepakaran seseorang pemain
tersebut.
Batu Serembat juga dikenali sebagai Batu Selambut atau Serembat. Permainan ini gemar dimain oleh kanak-
kanak perempuan. Ia biasanya dimain secara berkumpulan – dua orang atau lebih. Objek-objek seperti guli
kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain yang berbentuk bulat
digunakan dalam permainan ini. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Batu seremban selalunya dimain
pada waktu lapang – di serambi rumah, di dalam rumah atau di mana sahaja mereka mahu dengan
memerlukan permukaan lantai yang rata. Pemain
juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih
senang dimainkan. Dalam
permainan Batu Seremban, Terdapat
beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang
berlainan. Permainan ini akan bermula dengan
peringkat pertama yang mudah, di mana sebiji
buah yang dinamakan buah satu digunakan,
sehingga ke peringkat yang lebih sukar atau
peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.
Tidak lapuk dek hujan,tidak lekang dek panas”. Itulah istilah yang sesuai digunakan bagi permainan
tradisional yang terdapat dimalaysia. Walaupun tidak ramai anak muda zaman sekarang yang mengetahui
jenis-jenis permainan tradisional, disebabkan kemajuan dan komodenan dalam teknologi, tapi masih ada lagi
kanak-kanak yang bermain permainan tradisonal ini, kebiasaannya di kampung-kampung. Sebagai contoh
permainan Batu Selambut ataupun dikenali sebagai Batu Seremban. Selambut adalah sebutan di sebelah
Utara dan Pantai Timur Semenanjung, contohnya seperti di negeri kelantan dan Kedah. Manakala di negeri-
negeri Pantai Barat permainan ini dikenali sebagai Seremban. Disebabkan permainan ini memerlukan
pergerakan yang lembut dan teliti,permainan ini lebih sesuai dimainkan oleh kanak-kanak perempuan
berbanding kanak-kanak lelaki. Tapi terdapat juga kanak-kanak lelaki yang bermain permainan ini walaupun
ianya nampak sedikit janggal.
KAEDAH
1) Batu satu
Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak
bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah
dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah
hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut
sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan
sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.
2)Buah Dua
Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji
serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan.
3)Buah Tiga
Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu,
pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak.
4)Buah Empat
Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut
buah ibu yang telah dilambungkan.
5)Buah Lima
Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah,
sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula
serta menyambut buah ibu sahaja.
6)Buah Enam
Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan
buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah
ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai sehingga selesai.
7)Buah Tujuh
Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam
tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah
disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu
yang terakhir dilambungkan hendaklah juga disambut.
Menimbang
Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan
mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan
menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika
buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah
biji buah yang dapat disambutnya. • Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang
dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan
seterusnya sehingga mati.
Mati Permainan
Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah
yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain
tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan
kepada pemain seterusnya.
STRATEGI/TEKNIK SUKAN PERMAINAN
TRADISIONAL
BATU SEREMBAN
Teknik-teknik permainan
Teknik 1:
1. Pemain mengumpulkan semua batu-batu itu di dalam genggaman yang kemas.
4. Sebaik sahaja batu dilambung, sebelum batu-batu itu jatuh, pemain akan memungut batu yang lain
dan dilmabung batu-batu dengan pantas.
5. Pemain akan meletakkan ke tepi batu yang telah dipungut dan meneruskan permainan mengutip
sebiji demi sebiji batu yang tinggal tiga biji seperti cara yang sama pada awal permainan.
Teknik 2:
1. Cara permainan ini hampir sama dengan teknik 1.
2. Pada masa yang sama pemain akan mengutip tiga biji batu yang berbaki sewaktu melambung kali
kedua.
Teknik 4:
Pemain dikehendaki mengutip keempat-empat biji batu sekali gus.
Teknik 5:
1. Pemain dikehendaki mengambil tiga biji batu dalam satu genggaman dan dua biji batu dalam
genggaman yang sebelah lagi.
2. Pada tangan yang menggenggam tiga biji batu, pemain akan melambungkan batu-batu itu sebiji demi
sebiji dan dengan pantas meletakkan ke lantai batu-batu yang ada berbaki dalam kedua-dua belah
tangannya.
3. Seterusnya pemain hendaklah menyambut semula batu yang telah dilambung dengan menggunakan
tangan yang sama.
4. Akhir sekali, pemain dimestikan melambung dan memungut batu itu dengan kedua-dua belah tangan.
Pada sebelah tangan hendaklah diakhiri dengan menggenggam tiga biji batu dan sebelah tangan lagi
menggenggam dua biji batu seperti pada permulaan permainan.
Teknik 6:
1. Teknik ini hampir serupa dengan teknik 1 tetapi para pemain hanya menyentuh sebiji batu sekali dan
tidak memungut batu itu. Ringkasnya batu hendaklah dicuit semasa melambung sebiji batu yang lain.
Tenik 7:
1. Sebelah tangan dicekup ke lantai dengan menggunakan ibu jari dan jari-jari yang lain supaya
menjadi suatu lubang dan tangan ini jangan digerak-gerakkan.
3. Apabila melambung batu tukar pula dengan batu yang lain sebelum menyambut batu yang
dilambung.
5. Selepas semua batu dilambung, batu-batu yang kini terletak setempat itu hendaklah dikaut serentak
dengan menggunakan tangan yang sama.
Teknik 10:
1. Dua biji batu diambil lalu diletak secara berasingan di atas sebelah tapak tangan.
3. Pemain dikehendaki dengan pantas mengutip sebiji batu yang masih berada di lantai.
4. Kedua-dua biji batu yang dilambung tadi disambut dengan sebelah tangan.
5. Batu yang diambil dari lantai tadi diketepikan dan permainan diteruskan.
6. Akhir sekali, kedua-dua biji batu yang tinggal di dalam genggaman itu dilambung satu demi satu.