Anda di halaman 1dari 3

BAHAGIAN A

[30 Markah]

Gambar dan maklumat di bawah menunjukkan masalah kutipan sampah yang dihadapi oleh
penduduk di kawasan tempat tinggal anda.
Sebagai seorang penduduk yang prihatin, tulis sepucuk surat kepada pihak berkuasa tempatan
untuk mengadukan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tempat tinggal anda tentang
masalah sampah sarap yang sering tidak dikutip dan cadangkan tindakan yang perlu diambil.
Panjangnya surat anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

MASALAH KUTIPAN SAMPAH


FORMAT KARANGAN : JENIS SURAT RASMI – ADUAN
B. Penerima dan alamat surat rasmi.
i i. Penerima surat rasmi – penerima perlu sesuai dengan situasi surat yang ditulis.

Contohnya, jika kebakaran (bomba – Ketua Balai Bomba), kecurian (polis – Ketua Balai Polis
XXXXXX), sampah sarap (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur – Ketua Penguat Kuasa), jabatan
kerajaan (Pengarah) dan sebagainya.
i ii. Alamat penerima – Jika anda tidak pasti alamat penerima, jangan bimbang kerana anda
boleh menciptanya sendiri.

Contohnya, jika alamat individu (ada nombor rumah, ada nama jalan, ada nama taman, ada poskod,
ada nama bandar, ada negeri). Jika alamat jabatan kerajaan atau agensi kerajaan (ada tingkat, ada
nama bangunan, ada nama jalan, ada poskod, ada nama bandar, ada nama negeri).
Contoh : Masalah sampah sarap tidak diangkut.
Ketua Penguat Kuasa
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Tingkat 5, Bangunan Menarajaya,
Jalan Bunga Raya,
56000 Kuala Lumpur.
C. Format Surat Rasmi:
1. Nama dan alamat pengirim – di sudut kiri surat.
2. Penerima dan alamat penerima – di sudut kiri surat.
3. Tarikh dengan huruf besar – di kanan dan selari dengan baris terakhir alamat penerima.
4. Panggilan hormat (Tuan / Puan / Datuk dan sebagainya yang sesuai) – di kiri dan tanda koma.
5. Tajuk surat – Semua perkataan awal dengan huruf besar, kecuali untuk kata hubung, sendi dan
kata bantu. Garisi tajuk dan jangan letak tanda titik pada akhir ayat.
6. Pengenalan surat – nyatakan siapa anda + mewakili siapa (jika anda sebagai wakil) + tujuan surat
ditulis.
7. Isi surat:
i (i) Huraian isu atau huraian masalah yang ditulis (di mana + sejak bila + nama pihak
penyebab masalah + masa masalah berlaku + siapa terlibat + dan apa-apa juga maklumat awal
tentang isu atau masalah itu yang dapat digunakan bagi membantu pihak yang anda beritahu).

ii (ii) Cadangan mengatasi masalah – anda boleh memberi cadangan awal untuk mengatasi
masalah atau isu yang anda tuliskan.
CONTOH ;
Isi 1 :
Ketiadaan tong sampah besar - segelintir pihak membuang sampah merata-merata termasuk di bahu-
bahu jalan dan di kawasan lapang – sampah berterabur – imej kurang menyenangkan, menjejaskan
kehidupan seharian – bau busuk , tidur tidak nyenyak, pakaian yang disidai berbau busuk - beri kesan
jika tidak ditangani segera.
Cadangan – pihak berkuasa sediakan tong sampah besar – kegunaan penduduk – atasi buang sampah
di tepi – tepi jalan – tiada masalah pencemaran bau.
Isi 2 :
Jadual kutipan sampah – sampah sarap di kawasan perumahan tidak dipungut mengikut jadual yang
telah ditetapkan oleh kontraktor – sampah sarap semakin membukit – mengeluarkan bau busuk –
mengganggu keselesaan penduduk – mengundang pelbagai penyakit – haiwan seperti tikus dan lalat
membawa masalah kepada para penduduk – keracunan makanan, penyakit kencing tikus – membawa
maut.
Cadangan : - pihak berkuasa memantau aktiviti kutipan sampah oleh kontraktor – mengikut jadual –
3 kali seminggu – sampah tidak membukit / berkumpul terlalu banyak.
Isi 3 :
Kerja kutipan sampah sarap yang tidak sempurna – menggunakan pekerja asing yang tidak dilatih -
ada saki baki sampah dalam tong sampah, berterabur di atas jalan raya – anjing liar menyelerakkan
sampah yang tertinggal – keselamatan penduduk terancam bila buat aktiviti luar rumah - Telah buat
aduan secara bertulis kepada pihak kontraktor tersebut – maklum balas yang diberi tidak memuaskan,
tidak bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah.
Cadangan : Pihak berkuasa mengawasi kontraktor yang bekerja mengangkat sampah dengan lebih
ketat lagi.
8. Penutup surat – tuliskan harapan anda dan iringan terima kasih.
9. Tulis ucapan terima kasih – di kiri dan rapat dengan garisan. (Jangan letak nombor) (Selepas itu,
langkau 3 hingga 4 baris)
10. Tulis pengesahan:
• • “Yang menjalankan tugas” (jika tujuan rasmi) dan “Yang benar” (jika tujuan
• • persendirian)
• • Tandatangani
• • (NAMA) dengan huruf besar dan dalam kurungan
• • Nama jawatan (Ikut kehendak soalan jika dinyatakan), jika tidak tulislah Setiausaha.
• • Jika tujuan persendirian, tidak perlu menulis jawatan.
• • Nama institusi, persatuan atau taman perumahan yang anda wakili

Anda mungkin juga menyukai