Anda di halaman 1dari 1

KEPENTINGAN

STANDARD 4 DAN
STANDARD 5

Aspek 4.1 Guru Sebagai Perancang


Guru dapat menentukan kaedah pengajaran, menyediakan
RPH mengikut keupayaan murid serta dapat memperuntukan
masa dan arahan yang berkuatkua
Aspek 4.2 Guru sebagai Pengawal
Guru dapat mengawal proses pengajaran dan pembelajaran serta perlakuan
murid agar proses PdPc berjalan dengan lancar dapat mencapai objektif
pengajaran

Aspek 4.3 Guru sebagai Pembimbing


Guru membimbing murid dalam menguasai isi pelajaran yang dipelajari serta
memberi tunjuk ajar akan sesuatu kemahiran, membuat keputusan dan
menyelesaikan masalah dengan tepat dan secara berhemah

Aspek 4.4 Guru sebagai Pendorong


Guru memberikan dorongan kepada murid dalam pembelajaran agar murid
lebih bersemangat dan minat akan subjek pembelajaran. Guru merangsang
murid berkomunikasi dan berkolaboratif terhadap rakan sebaya, Guru juga
mendedahkan murid dengan soalan aras KBAT bagi menjurus pemikiran kritis
dan kreatif

Aspek 4.5 Guru sebagai Penilai


Guru dapat menggunakan pelbagai kaedah pengajaran, pentaksiran serta
menjalankan aktiviti pengukuhan dan pengayaan yang membolehkan murid
dapat menguasai serta guru dapat menilai setiap kelemahan dan kelebihan
yang ada pada seseorang murid.

KEPENTINGAN STANDARD 5
(KEMENJADIAN MURID)

1. Melalui SKPMg2 murid-murid dapat dibentuk melalui


akademik yang mana dapat mencapai matlamat tahunan
sekolah, gred purata sekolah dari aspek kokurikulum juga
meningkat dan sahsiah murid berada tahap yang baik
2. Murid-murid dapat dibentuk secara menyeluruh oleh guru-
guru selaras dengan FPK
3. Murid dapat melibatkan diri dalam pelbagai jenis aktiviti
untuk mencapai potensi diri. sebagai contoh, murid akan
dilatih dari segi keterampilan, menguasai kemahiran,
membentuk akhlak mulia dan dari segi penguasaan
pengetahuan dengan menggunakan pelbagai cara.

NORAFISAH AINI BINTI ASANU


PDPP SEJARAH KUMPULAN 3
2021072400182

Anda mungkin juga menyukai