Anda di halaman 1dari 14

Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 1

Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 3

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

Kesan-Kesan
Keimanan
Dalam Diri Insan
Alwi Lateh

Isi Kandungan

Aluan Penulis 2
Mukaddimah 3
Latar Belakang 4
Kesan Pertama 6
Kesan ke Dua 8
Kesan ke Tiga 9
Kesan ke Empat 10
Kesan ke Lima 11
Kesan ke Enam 12
Penutup 13

1
Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 4

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

ALUAN PENULIS
Dengan lafaz

Segala pujian hanya milik Allah SWT. Kita


memohon perlindungan dari keburukan jiwa dan
amal perbuatan kepadaNya dan memohon hanya
keampunan kepadaNya. Barangsiapa yang diberi
petunjuk oleh Allah SWT, tidak ada orang yang
dapat menyesatkannya dan sesiapa yang disesatkan
oleh Allah, tidak ada orang yang dapat memberi
petunjuk kepadaNya.

Perbincangan ringkas ini merupakan satu catatan


dari pengalaman dan peristiwa yang berlaku pada
diri saya dan gabungan dari isi-isi hadis dan
maksud dari Al-Quran disamping saya pungut dari
buku rujukan, bahkan ada antaranya dari fikiran
peribadi. Jika benar maka ianya kurniaan dari Allah
SWT namun jika salah ianya dari kekurangan
peribadi saya sendiri.

Semoga perbincangan ringkas ini akan diterima


sebagai amal. Akhirnya, sekali lagi puja dan puji
hanya milik Allah.

Penulis.
2
Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 5

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

1. MUKADDIMAH

Iman dan agama tidak dapat dipisahkan. Jika


seseorang beriman dengan konsep triniti maka ia
akan mendalami agama Kristian dan menjadi
penganutnya. Jika seseorang beriman dengan tuhan
- patung berhala yang disembah maka ia akan
mendalami agama tersebut dan menjadi pengikut
agama tersebut - mungkin Hindu.

Jika seseorang itu beriman bahawa tuhan itu esa,


nabi Muhammad Pesuruh Allah, ada hari
pembalasan, ada syurga dan neraka, ada kadar baik
dan buruk maka ia telah beriman dengan rukun-
rukun iman dan agama Islam. Ia akan mendalami
agama Islam dan menjadi penganutnya. Maka iman
seseorang tadi telah membawa ia kepada pencarian
agama yang sebenar.

Iman perlu dalam kehidupan kerana ia akan


memimpin manusia untuk mencari sesuatu yang
lebih baik, beramal dengan sesuatu yang lebih baik
dan memimpin manusia ke arah kebaikan. Manusia
yang beriman akan lebih beragama, tetapi
kadangkala manusia yang beragama, kelakukannya
dan etikanya seperti manusia yang tidak punya
iman lansung.

3
Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 6

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

Keimanan akan memberi kesan dalam kehidupan


terutamanya dalam beberapa bidang antaranya:
Ekonomi: Menambah produktiviti kerana pekerja
tekun, amanah dan ikhlas.
Politik: Menghasilkan sistem pemerintahan
yang mengikut undang-undang
Negara Islam serta menghukum
mengikut hukum Islam kerana
pemimpin dan rakyat takut hanya pada
Allah, percaya dengan kuasa Allah dan
memahami maksud khalifah Allah di
muka bumi.
Sosial: Melahirkan masyarakat yang bersatu
padu saling bantu membantu dan
mengamalkan akhlak Islam, tidak ego
dan kanaah.
Agama: Melahirkan mukmin sejati

Tulisan ini lebih menjurus kepada kesan-kesan dari


keimanan tersebut dalam diri insan yang beragama
Islam sahaja.

2. LAtArbELAKANg
Agama mempunyai dua bahagian utama iaitu:
nampak dan tak nampak. Seperti pokok, bahagian
dalam tanah akar tunjang atau akar serabut dan lagi
satu bahagian di luar daripada tanah iaitu batang,
ranting, daun, bunga dan buah. Apabila akarnya
baik maka akan menghasilkan batang yang baik

4
Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 7

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

dan sempurna sebagai sebatang pokok.

Bahagian akar inilah disebut sebagai iman. Iman


telah digariskan berdasarkan dari hadis Rasulullah
SAW yang bermaksud:
“ImanadalahkamubeirmankepadaAllah,beriman
kepada malaikat, Kitab-kitab, Rasul-rasul, hari
akhiratdanQadha(baikdanburuk)”

Rukun iman tersebut menjadi tunjang kepada


agama. Keimanan yang jitu kepada rukun iman
tersebut akan melahirkan individu yang beragama
seperti yang dikehendaki oleh iman itu. Keimanan
seperti ini akan melahirkan penganut-penganut
agama Islam yang baik, yang akan
menyempurnakan segala tuntutan dalam
agamanya seperti yang terkandung dalam rukun-
rukun Islam atau ciri-ciri Islam, sebagaimana hadis
Rasulullah SAW:
“Islamituadalahkamumengucapkanduakalimah
syahadat, mengerjakan solat, puasa di bulan
Ramadhan,mengeluarkanzakatdanmengerjakan
hajikeMekahjikatermampu.”

Jelas menunjukkan bahawa iman akan mendorong


manusia supaya beragama dengan apa yang
diimaninya. Iman bukan sahaja boleh menghasilkan
manusia yang beriman dan beragama tetapi ia akan
memberi beberapa kesan dalam kehidupan
manusia khususnya manusia yang beriman.

5
Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 8

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

Tulisan ini menjurus kepada kesan-kesan keimanan


kepada manusia atau individu beriman. Saya
menggariskan beberapa kesan antaranya:
• Membebaskan manusia
• Memberi ketenangan jiwa
• Menguatkan jiwa
• Membentuk persaudaraan dan persamaan
• Menjadi pengawal setia
• Membentuk kehidupan yang baik, adil dan
makmur.

3. KESAN YANG PERTAMA:


MEMbEbASKAN MANUSIA

Keimanan seseorang akan membebaskan dirinya


daripada kekuasaan orang lain atau kekuasaan
makhluk lain. Kesan ini timbul kerana keimanan
yang benar itu memberikan kemantapan dalam jiwa
seseorang. Hanya Allah sahajalah Maha Berkuasa
untuk memberikan kehidupan, mendatangkan
kematian, memberikan ketinggian kedudukan,
menaik dan menurunkan darjat dan memberikan
kemudharatan dan kebaikan. Selain Allah tidak ada
kuasa yang boleh melakukannya.

Kekangan yang diberikan oleh yang berkuasa di


dunia ini atau penguatkuasa undang-undang dan
6
Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 9

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

sikap tunduk dan patuh kepada kemahuan orang


lain menjadi penyebab kemunduran, menjadi
penghalang kepada kemajuan.

Dengan penjelasan Islam mengenai kebebasan jiwa,


maka segala perhambaan haruslah dilenyapkan dan
diganti dengan kemerdekaan setiap orang dari
kongkongan dan belengu para pengekang dan
penguasa yang telah sekian lama menghambat
kemerdekaan manusia.

Dengan inilah para pemimpin yang mendukung


syirik dan golongan thaghut jahiliah menentang
dakwah nabi-nabi umumnya dan para Rasul
khususnya. Mereka mengerti bahawa
pengisytiharan: tiada tuhan melainkan Allah
adalah pengisytiharan umum kemerdekaan dan
pembebasan manusia serta berusaha
menumbangkan setiap kekuasaan dan takhta
ketuhanan yang dusta, serta akan mengangkat dahi
mukmin yang tidak akan tunduk, sujud kecuali
kepada Allah SWT.

7
Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 10

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

4. KESAN YANG KE DUA:


MEMbErI KEtENANgAN JIWA

Keimanan seseorang akan memberi keamanan dan


ketenangan jiwa. Ia tidak akan ditindas dan dizalimi
dengan perkara-perkara yang menakutkan.
Ketakutan tentang rezeki yang sedikit atau rezeki
yang banyak, takut tentang ajal, takut pada diri,
takut pada keluarga dan anak-anak, takut pada
manusia, takut pada jin dan apa jua yang berlaku
selepas mati.

Keimanan seorang mukmin tidak akan merasai


takut kepada segala sesuatu kecuali kepada Allah.
Mereka tenang dalam keadaan orang lain gelisah
dan tenteram ketika mana orang lain ketakutan.

Firman Allah dalam surah Al-An’am ayat 82


bermaksud:
“Orang-orangyangberimandantidakmencampur
adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik),
merekaitulahorang-orangyangmendapatkeamanan
danmerekaituadalahorang-orangyangmendapat
petunjuk.”

Ketenangan ini lahir dari hati dan bukan dari


pengawasan polis. Inilah keimanan dunia dan
ketenteraman akhirat lebih hebat dan lebih kekal.

8
Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 11

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

5. KESAN YANG KE TIGA:


MENgUAtKAN JIWA

Apabila jiwa seseorang dipenuhi sifat raja’


(mengharap) kepada Allah, meletakkan
kepercayaan, bertawakkal kepadaNya, redha
dengan kadarNya, sabar dengan ujianNya, tidak
meminta pertolongan dengan makhluk lain, maka
jiwanya menjadi kukuh dan tidak mudah goyah.
Jiwanya kuat.

Sejarah telah membuktikan bahawa jiwa yang


beriman dengan kukuh kepada Allah tidak akan
mudah goyah. Sebagaimana kisah Nabi Hud a.s.
yang diancam oleh kaumnya dengan bencana
berhala, lalu ia berkata sebagaimana yang
termaktub dalam Al-Quran, surah Hud ayat 54 - 56:
“Sesungguhnya aku bersaksi kepada Allah dan
saksikanlaholehmusekalianbahawasesungguhnya
akuberlepasdiridariapayangkamupersekutukan,
dariselainNya,sebabitujalankanlahtipudayakamu
semua terhadapku dan janganlah kamu memberi
tangguhkepadaku.Sesungguhnyaakubertawakal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada
sesuatubinatangmelatapunmelainkanDialahyang
memegangubun-ubunnya.SesungguhnyaTuhanku
diatasjalanyanglurus.”

Pernyataan tersebut melambangkan jiwa yang


9
Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 12

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

kukuh, kuat dan dengan keimanan yang tidak


berbelah bagi. Lahir dari roh yang tidak pernah
kenal lemah atau takut di mana kekuatan dan
tenaga terbit dari bertawakal penuh kepada Allah.

Firman Allah dalan surah Al-Anfal ayat 49


bermaksud:
“Barangsiapa bertawakkal kepada Allah, maka
sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.”

6. KESAN YANG KE EMPAT:


MEMbENtUK PErSAUDArAAN DAN
PErSAMAAN

Persaudaraan dan persamaan tidak akan terbentuk


di kalangan manusia apabila ada di kalangan
mereka menjadi tuan kepada yang lain. Tetapi
apabila manusia itu dikira sebagai hamba Allah
maka ianya adalah sebagi punca dan asas
persaudaraan dan persamaan di antara sesama
manusia.

Rasulullah SAW pernah berdoa yang bermaksuh:


“Ya Allah ya Tuhan kami, Tuhan bagi setiap
sesuatu dan yang memilikinya, aku naik saksi
bahawahamba-hambaitusemuanyabersaudara.”

10
Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 13

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

Pengisytiharan persaudaraan sesama manusia


secara menyeluruh adalah berdasarkan kepada
pengakuan kesemuanya mengesakan Allah dan
mengaku bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah.
Orang-orang yang beriman kesemuanya
bersaudara, satu matlamat, satu akidah dan
kepercayaan. Islam hanya menggariskan bahawa
mereka hanya berbeza dari segi ketaqwaan dan
ilmu sahaja.

7. KESAN YANG KE LIMA:


MEMbENtUK PENgAWAL SEtIA

Iman menjadi pengawal setia mukmin dalam


memikul amanah, kesucian dan harga diri.
Keimanan boleh membantu orang mukmin
menguasai diri ketika berhadapan dengan
keinginan hawa nafsu dan syahwat yang bergelora,
di waktu sendirian, di tempat sunyi tidak dilihat
oleh manusia, di tempat ia berkuasa, ia hanya akan
merasai kehadiran Allah dan rasa takut hanya
padaNya.

Perkembangan peradaban Islam telah memaparkan


bagaimana kesucian jiwa perajurit Islam ketika
berhadapan dengan harta kekayaan rampasan
perang. Imam at-Thabari bercerita ketika pasukan
muslim memasuki kota Madain di Parsi dan mereka
11
Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 14

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

mula mengumpul rampasan perang, datanglah


seorang perajurit membawa peti dan menyerahkan
kepada petugas. Dengan terkejut petugas itu
mengatakan “kami belum pernah melihat harta
sebanyak ini, tak ada bandingnya. Apakah anda
mengambil sesuatu dari harta itu?” Perajurit itu
menjawab, “Demi Allah, kalau tidak kerana Allah
nescaya aku tidak akan menyerahkan kepada mu.”

Kisah tersebut menunjukkan bukti bahawa iman


perajurit tadi telah menjadi pengawal yang setia,
supaya menghalang ia dari melakukan
penyelewengan.

8. KESAN YANG KE ENAM:


MEMbENtUK KEHIDUPAN YANg
bAIK, ADIL DAN MAKMUr

Yang dimaksudkan membentuk kehidupan yang


baik, adil dan makmur ini adalah kehidupan yang
dijelmakan untuk orang mukmin yang memimpin.
Kekuasaan yang dikurniakan oleh Allah Taala pada
orang yang beriman itu, sehingga dapat
memerintah dengan baik di atas permukaan bumi
ini.

Diberinya petunjuk yang baik dalam kehidpan


kepimpinannya atau seluruh umat Islam. Diberi
12
Kesan Iman:Layout 1 8/30/2010 10:58 AM Page 15

Kesan-kesan Keimanan Dalam Diri Insan

kemenangan dalam melawan semua musuh yang


hendak mmenghalang perkembangan masyarakat
sama ada dari segi keduniaan atau keagamaan.
Dilindungi oleh serangan yang dilancarkan oleh
musuh tanpa disangka-sangka. Sentiasa mendapat
bimbingan dari Allah dan dikurniakan dengan
kenikmatan dunia.

Keimanan individu muslim nanti akan membentuk


ummah atau masyarakat yang berpegang teguh
kepada agama dan meyakini sepenuhnya iman
mereka, melahirkan masyarakat yang hebat dan
ummah yang kuat, melahirkan jiwa yang kasihan
belas, produktif dan menjadi pendorong kemajuan
diri, masyarakat dan negara.

9. PENUtUP

Iman yang benar dalam diri insan boleh


membentuk peribadi mereka. Iman boleh
melunturkan rasa ego sesama manusia dan ia juga
boleh menjadi pendorong kemajuan. Iman boleh
membawa perubahan dalam diri manusia dari tidak
baik kepada yang lebih baik.

13

Anda mungkin juga menyukai