Anda di halaman 1dari 20

NAMA KURSUS:

GGGE 2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

TAJUK:
KEBERKESANAN PdPR DALAM KALANGAN PELAJAR SEMASA COVID-19

TARIKH AKHIR:
16 JANUARI 2022

PENSYARAH:

LT. KOL. MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

NAMA KUMPULAN:
KUMPULAN 3

AHLI-AHLI KUMPULAN :

SEERIDNA A/P ANUPAN A187688

CHIRAWAN A/P EH LOT A187918

IFFA SABRINA BINTI SAMSUDIN A189055

NURAMIRAH RASYIDAH BINTI MOHAMAD RAZALI A189225


ISI KANDUNGAN DAN MUKA SURAT

1.0 PENDAHULUAN…………………………………………………………………3
2.0 PERNYATAAN MASALAH …………………………………………………..…5
3.0 OBJEKTIF KAJIAN …………………………………………………………….6
4.0 METODOLOGI KAJIAN …………………………………………………..…….6
5.0 DAPATAN KAJIAN …………………………………………………………...…8
6.0 PERBINCANGAN …………………………………………………………….…13
7.0 KESIMPULAN DAN CK ………………………………………………...………15
RUJUKAN …………………………………………………………………………..…16
LAMPIRAN A: SS/PTB ………………………………………………...……………19
LAMPIRAN B: PEMBUKTIAN ………………………………...……………………19

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran
di Rumah (PdPR) dalam kalangan pelajar semasa Covid-19.Objektif kajian ini adalah untuk
mengenal pasti faktor-faktor penghalang semasa berlangsungnya PdPR semasa
Covid-19.Selain itu,objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti kesan-kesan
berlangsungnya Pdpr semasa Covid-19 dan cara-cara mengatasi masalah yang berlaku
semasa berlangsungnya PdPR semasa Covid-19.Metodologi kajian ini pula adalah bersifat
kuantitatif iaitu kaedah soal-selidik dengan menggunakan instrumen Skala Likert dari skala 1
hingga 5 untuk menilai tahap persetujuan para responden.Responden bagi kajian ini adalah
seramai 60 orang yang terdiri daripada lingkungan umur 18 hingga 23 tahun.Responden
juga terdiri daripada pelajar UKM dan di luar UKM.Dalam kajian ini ,didapati bahawa
terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi proses PdPR pelajar semasa Covid-19 dan
antaranya ialah pelaksanaan kerja secara kumpulan.Seterusnya,hasil kajian juga didapati
bahawa antara kesan PdPR adalah penurunan prestasi,kesukaran mengakses bahan dan
lain-lain.Di samping itu ,hasil kajian juga menunjukkan bahawa cara-cara pelajar mengatasi
masalah semasa berlangsungnya PdPR semasa Covid-19 adalah melakukan aktiviti
kegemaran masing-masing untuk menghilangkan rasa stress.Justru itu,usaha bagi
penambahbaikan yang lebih tinggi dan berkesan perlu dipertingkatkan bagi memastikan
pembelajaran secara PdPR semasa Covid-19 dapat dijalankan dengan lebih baik.Selain
itu,diharapkan agar kajian ini dapat dijadikan sebagai satu panduan dan rujukan pengkaji
lain untuk membuat kajian pada masa yang akan datang.

Kata kunci: PdPR , Covid-19 ,pelajar

ABSTRACT

This study was conducted to determine the effectiveness of Home-based teaching and
learning (PdPR) among students during Covid-19. The objective of this study was to identify
the barriers during the course of PdPR during Covid-19. In addition, the objective of this
study was to identify the effects of PdPR during Covid-19 and ways to overcome problems
that occur during PdPR during Covid-19. The methodology of this study is quantitative in
nature. It is a questionnaire using Likert Scale instruments from scale 1 to 5 to assess the
level of agreement of the respondents. Respondents for this study were a total of 60 people
ranging in age from 18 to 23 years. Respondents also consisted of UKM students and
outside UKM. In this study, it was found that there are several factors that influence the
PdPR process of current students Covid-19 and among them is the implementation of group
work. Next, the results of the study It was also found that among the effects of PdPR are
decreased performance, difficulty accessing materials etc. In addition, the results also show
that the ways students overcome problems during the course of PdPR during Covid-19 is to
do their favorite activities to eliminate a sense of stress. Therefore, efforts for higher and
effective improvement should be enhanced to ensure learning by PdPR during Covid-19 can
be carried out better. In addition, it is hoped that this study can be used as a guide and
reference for other researchers to make research. in the future.

Keywords: PdPR, Covid-19, students

1.0 PENDAHULUAN

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, pembelajaran adalah suatu proses interaksi antara
pelajar dan pendidik. Pembelajaran ini juga merupakan proses perolehan ilmu pengetahuan,
penguasaan kemahiran, dan pembentukan sikap serta kepercayaan dalam kalangan pelajar.
Secara ringkasnya, pembelajaran adalah bantuan daripada pengajar untuk membantu
golongan pelajar agar dapat menuntut ilmu dengan baik. Untuk membina sebuah
kehidupan yang berkualiti, peranan pendidikan amat penting. Menurut Ross dan Wu
(1996) melaporkan bahawa pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai
peluang kehidupan manusia untuk memperoleh dan mengekalkan kualiti kehidupan.

Malangnya, dunia pendidikan telah menghadapi cabaran dalam melaksanakan pengajaran


dan pembelajaran para pelajar sejak pandemik Covid-19 melanda dunia. Kekangan situasi
pandemi yang melanda ini menyebabkan pelajar tidak dapat ke sekolah dan pengajaran dan
pembelajaran yang normal telah berubah kepada pengajaran dan pembelajaran di rumah
secara atas talian (PdPR). Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau di mana-mana lokasi
yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/atau luar talian dan/ atau
off-site dengan berstruktur dan terancang (Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah,
2020). Norma baharu ini adalah kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang
dilaksanakan oleh kerajaan sejak bulan Mac 2020 yang memerlukan para guru meneruskan
pengajaran dan tuntutan silabus yang perlu diselesaikan. Walau bagaimanapun, sesi
pengajaran dan pembelajaran harus diteruskan juga supaya anak-anak tidak ketinggalan
dan dapat mengekalkan prestasi dalam pelajaran khususnya pelajar yang sudah hampir
menamatkan pengajiannya dan bergraduan untuk menjamin masa depan yang baik.

Selain itu, terdapat pelbagai kaedah yang diperlukan oleh pengajar dan pelajar untuk
berkomunikasi dan berinteraksi secara atas talian iaitu melalui Microsoft Teams, Zoom,
Google Meet, Whatsapp, Telegram dan sebagainya. Untuk mengakses aplikasi-aplikasi ini,
semua individu haruslah mempunyai alat peranti seperti laptop, tablet atau telefon pintar
serta rangkaian internet yang baik diperlukan bagi memastikan kelancaran sepanjang
proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan atas talian. Oleh itu, kepentingan kajian ini
adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor penghalang PdPR dalam kalangan pelajar
semasa Covid-19, kesan-kesan semasa berlangsungnya PdPR dalam kalangan pelajar
semasa Covid-19, dan cara-cara mengatasi masalah semasa berlangsungnya PdPR. Kami
berharap agar kajian ini dapat mempertimbangkan kewajaran PdPR dari semasa ke semasa
dan menyampaikan sesuatu inisiatif untuk terus memperbaiki sistem PdPR menjadi lebih
baik bagi setiap pihak berkenaan.
2.0 PERNYATAAN MASALAH

Pada awal tahun 2020, satu penularan sejenis virus baharu jenis Korona telah
diisytiharkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang disebabkan wabak Covid-19.
Disebabkan oleh penyebaran wabak pandemik tersebut, pemerintah Malaysia telah
mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Terdapat
banyak industri dan sektor terpaksa ditutup akibat terjejas dengan pandemi yang melanda
dunia termasuk sektor pendidikan untuk memutuskan rantai penularan Covid-19. Hal ini
menyebabkan, pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) telah
diperkenalkan untuk memastikan kelangsungan pendidikan di negara ini untuk
menggantikan proses pembelajaran bersemuka yang telah diamalkan supaya proses
pembelajaran tidak berhenti. Walaubagaimanapun, banyak masalah yang telah timbul
semasa menjalankan pendidikan secara PdPR. Hal ini kerana, Pengajaran dan
Pembelajaran di Rumah (PdPR) mempunyai telah mengehadkan komunikasi disebabkan
oleh capaian internet yang tidak stabil,persekitaran yang tidak kondusif serta pelaksanaan
kerja secara berkumpulan dan lain-lain lagi. Seperti pengetahuan umum, terdapat segelintir
rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk menyediakan peranti elektronik yang
diperlukan untuk menghadiri kelas secara atas talian. Kesannya, berlaku ketidakberkesanan
dalam pembelajaran kepada pelajar semasa menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PDPR). Pada masa yang sama, proses pembelajaran secara PdPR memerlukan
gajet yang sesuai seperti telefon bimbit, laptop dan ipad .Disebabkan oleh pembelajaran
secara online ini,para pelajar dan pengajar hanya boleh berjumpa dan berkomunikasi secara
maya sahaja dengan menggunakan aplikasi seperti Zoom,Google Meet dan lain lagi.
Terdapat juga masalah yang berlaku disebabkan oleh para pelajar tidak mempunyai
kemahiran untuk menggunakan aplikasi atau peranti tersebut. Terdapat juga masalah lain
yang berlaku seperti kesukaran untuk mengakses bahan pembelajaran .Pada masa yang
sama, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan memberi kesan buruk kepada
kesihatan mental para pelajar memandangkan ada sebahagian pelajar yang terpaksa
menghadapi tekanan di rumah kerana keadaan rumah yang kurang kondusif dan tidak
sesuai menyebabkan mereka tidak dapat fokus dengan sepenuhnya sewaktu
berlangsungnya Pengajaran dan Pelajaran di Rumah (PdPR).

Justeru itu, satu langkah telah diambil untuk mengkaji faktor utama yang telah menjadi
penyebab untuk pelajar semasa menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah
(PdPR) untuk mengetahui keberkesanan para pelajar yang belajar secara PdPR semasa
penularan wabak Covid-19 sedang berlaku. Seterusnya dapat mencari cara penyelesaian
yang efektif dan berkesan bagi setiap masalah untuk memberi pendidikan yang berkualiti
kepada pelajar di Malaysia. Di samping itu, dalam era yang semakin berkembang pesat ini,
tahap kualiti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang digunakan perlu dinilai
setanding dengan piawaian kualiti pembelajaran antarabangsa. Hal ini akan membawa
Malaysia duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain yang maju di
dunia.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian adalah seperti berikut

I Mengenal pasti faktor-faktor penghalang PdPR dalam kalangan pelajar semasa


Covid-19
I. Mengenal pasti kesan-kesan PdPR semasa Covid-19
Iii Mengenal pasti cara-cara mengatasi masalah semasa berlangsungnya PdPR
semasa Covid -19

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian adalah berbentuk kajian kuantitatif dimana ianya berbentuk tinjauan
yang melibatkan pelajar-pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran atas talian sebagai
kaedah pembelajaran. Menurut John W. Cresswell (2008), Kajian kuantitatif adalah jenis
penyelidikan Pendidikan di mana pengkaji memutuskan apa yang hendak dikaji, bertanya
soalan yang khusus, mengecilkan skop soalan, mengumpul data yang boleh dikuantitatifkan
daripada peserta, menganalisa nombor-nombor tersebut menggunakan statistik dan
menjalankan inkuiri dalam bentuk yang objektif dan tidak bias. Pengkaji memilih kaedah ini
kerana hasil kajian yang diperolehi adalah daripada data yang telah dikumpulkan. Pengkaji
juga memilih kaedah ini disebabkan oleh pandemik Covid-19. Pengkaji juga telah
menyediakan borang soal selidik berbentuk “Google Form” untuk diagihkan kepada
responden yang terdiri daripada kalangan para pelajar. Kajian kuantitatif yang berbentuk
tinjauan ini mengumpulkan data berdasarkan kepada borang soal selidik yang diedarkan
dan dijawab oleh responden. Kesemua responden memberikan kerjasama yang baik ketika
menjawab soal selidik yang telah diedarkan. Pemilihan responden adalah berdasarkan
kelapangan dan kesudian mereka dalam meluangkan sedikit masa untuk mengisi soal
selidik ini. Soal selidik yang diedarkan adalah berkaitan dengan keberkesanan PdPr dalam
kalangan pelajar semasa Covid -19. Oleh itu, pelaksanaan kaedah tinjauan adalah
bersesuaian dengan objektif utama kajian ini dijalankan iaitu untuk mengkaji dan melihat
keberkesanan proses PdPR dalam kalangan pelajar semasa Covid-19.

Instrumen kajian dibahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian A, B, C dan D. Bahagian A


mengandungi maklumat demografi responden, bahagian B mengandungi 5 soalan berkaitan
faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada PdPR dalam kalangan pelajar semasa
Covid-19 manakala bahagian C mengandungi 5 soalan berkaitan kesan-kesan yang
dihadapi semasa berlangsungnya PdPR serta bahagian yang terakhir iaitu bahagian D
dimana ianya turut mengandungi 5 soalan tentang cara-cara untuk mengatasi masalah
berlangsungnya PdPR semasa Covid-19 ini. Kajian soal selidik ini telah dijalankan dengan
mengumpulkan data-data berdasarkan pada kajian soal selidik yang menggunakan skala
likert dengan 5 pilihan jawapan iaitu skala 1, Sangat Tidak Setuju (STS), skala 2, Tidak
Setuju (TS), skala 3, Tidak pasti (TP), skala 4, Setuju (S), skala 5, Sangat Setuju (SS).

Data yang telah di kumpul, dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social
Sciences for Windows Version (SPSS) secara deskriptif seperti skor min dan peratusan.
Populasi kajian ini terdiri daripada para pelajar yang berusia 18-23 tahun. Sampel kajian
adalah seramai 60 orang para pelajar rawak yang berkelapangan dan berkesenian untuk
mengisi soal selidik ini.

Setelah maklumat dan data dikumpul berdasarkan kaedah yang dijalankan, pengkaji telah
menyediakan analisis kuantitatif. Data yang dieprolehi dianalisis menguunakan akedah
kekerapan dan peratusan. Seterusnya, bagi data yang menggunakan skala likert, poin
diberikan adalah seperti berikut:

Sangat Tidak Setuju 1

Tidak Setuju 2

Kurang Setuju 3

Setuju 4

Sangat Setuju 5
5.0 DAPATAN KAJIAN
Untuk mengkaji tentang tajuk ini,satu soal-selidik dengan mengedarkan Google Form
telah digunakan untuk mendapatkan maklumat diri daripada para pelajar .Jadual profil
responden adalah seperti yang disertakan di bawah

JANTINA KEKERAPAN PERATUSAN (%)

Lelaki 13 21.7

Perempuan 47 78.3

JUMLAH 60 100

UMUR KEKERAPAN PERATUSAN (%)

18 1 1.7

19 6 10

20 31 51.7

21 13 21.7

22 6 10

23 3 5

JUMLAH 60 100

BANGSA KEKERAPAN PERATUSAN (%)

Melayu 37 61.6

Cina 9 15

India 4 6.7

Siam 9 15

Dusun 1 1.7
JUMLAH 60 100

FAKULTI KEKERAPAN PERATUSAN (%)

FSSK 0 0

FST 19 31.7

FPEND 12 20.0

FPI 0 0

FPER 0 0

FUU 0 0

FSK 0 0

FEP 2 3.33

FFAR 0 0

FTSM 3 5

FKAB 0 0

FPERG 0 0

PPCU 0 0

BUKAN PELAJAR UKM 24 40.0

JUMLAH 60 100

5.1 Objektif 1
Objektif pertama bagi soal selidik adalah untuk mendapatkan data tentang faktor-faktor
penghalang pdpr dalam kalangan pelajar semasa Covid-19. Kajian ini dilengkapi oleh 60
orang responden.

Jadual 2: Min dan sisihan piawai responden mengikut soalan bahagian B

Bil Item STS TS TP S SS f Min Sisihan


f f f f % Piawai
% % % %
1 Saya mempunyai 2 7 15 21 15 3.6667 1.0749
pencapaian internet 3.3% 7% 25% 35% 25%
yang stabil

2 Saya mempunyai 1 2 11 29 17 3.9833 0.8659


kemahiran dalam 1.7% 3.3% 3% 48.3% 28.3%
menggunakan platform
elektronik yang sedia
ada

3 Saya tidak mempunyai 5 11 17 16 11 3.2833 1.1985


masalah kewangan 8.3% 18.3 28.3% 26.7% 18.3%
melakukan pdpr
semasa covid-19

4 Saya dapat 7 10 17 13 13 3.2500 1.4142


melaksanakan tugasan 11.7% 16.7% 28.3% 21.7% 21.7 %
berkumpulan dengan
mudah

5 Saya mempunyai 5 5 20 16 14 3.4833 1.1760


persekitaran yang 8.3% 8.3% 33.3% 26.7% 23.3%
kondusif menjalankan
pdpr semasa covid-19

JUMLAH 3.5233 1.1459

Daripada jadual di atas, didapati item yang ke-2 mempunyai min yang tertinggi kemudian
diikuti dengan item pertama, item yang ke-5, dan item ke-3. Item ke-4 pula mempunyai min
yang terendah dan menggambarkan masalah melaksanakan tugasan berkumpulan semasa
berlakunya PdPR semasa Covid-19 adalah paling tinggi.

5.2 Objektif 2
Objektif yang kedua bagi soal selidik adalah untuk mendapatkan data tentang kesan-kesan
PdPR dalam kalangan pelajar semasa Covid-19. Kajian ini dilengkapi oleh 60 orang
responden.

BIL. ITEM STS ST (f) TP (f) S SS MIN SISIHAN


(f) (%) (%) (f) (f) PIAWAI
(%) (%) (%)
1 Saya mengalami 5 5 24 12 14 3.4167
penurunan dalam 8.3% 8.3% 40% 20% 23.3% 1.1732
prestasi pembelajaran
semasa Covid-19

2 saya sukar untuk 11 12 18 11 8 2.8833 1.2792


mengakses bahan 18.3% 20% 30% 18.3% 13.3%
pembelajaran semasa
berlangsungnya pdpr

3 Saya menghadapi 9 15 17 10 9 2.9167 1.2687


masalah untuk 15% 25% 28.3% 16.7% 15%
berhubung dengan
pensyarah dan pelajar
lain semasa
berlangsungnya pdpr

4 Saya tidak dapat 5 7 24 11 13 3.3333 1.1785


menguruskan masa 8.3% 11.7% 40% 18.3% 21.7%
dengan baik semasa pdpr
berlangsung semasa
Covid-19

5 Saya mengalami tekanan 4 9 14 12 21 3.6167 1.2792


semasa pdpr 6.7% 15% 23.3% 20% 35%
berlangsung semasa
Covid-19

JUMLAH 3.2330 1.2358

Daripada jadual di atas, didpati item yang kelima iaitu pelajar mengalami tekanan semasa
pdpr berlangsung semasa Covid-19 merupakan kesan yang paling ketara dengan min
3.6167 kemudian diikuti oleh item ke-1, ke-4, ke-3 hingga item ke-2. Item ke-5 telah
menunjukkan pelajar yang mengalami tekanan semasa pdpr berlangsung semasa Covid-19
adalah paling tinggi.

5.3 Objektif 3
Objektif yang ketiga bagi soal selidik adalah untuk mendapatkan data tentang cara-cara
mengatasi masalah PdPR dalam kalangan pelajar semasa Covid-19. Kajian ini dilengkapi
oleh 60 orang responden.

Bi Item STS TS TP S SS Min Sisihan


l F f f f f Piawai
% % % % %

1 Saya mendapat 16 11 12 11 10 2.8000 1.4353


bantuan dari segi 26.7% 18.3% 20% 18.3% 16.7%
kewangan daripada
pihak yang berkaitan

2 Saya melakukan aktiviti 0 2 4 21 33 4.4167 0.7592


kegemaran saya untuk 0% 3.3% 6.7% 35% 55%
menghilangkan stress

3 Saya lebih selesa 9 3 23 10 15 3.3167 1.3101


belajar di rumah 15% 5% 38% 16.7% 25%

4 Saya membuat jadual 8 12 21 9 10 3.0167 1.2040


harian 13.3% 20% 35% 15% 16.7%

5 Saya mendapatkan 17 11 20 6 6 2.5500 1.2705


nasihat daripada 28.3% 18.3% 33.3% 10% 10%
kaunselor

JUMLAH 3.2200 1.1958

Daripada jadual di atas, didapati item yang ke-5 iaitu pelajar kurang mengambil langkah ini
dengan min 2.55 yang terendah untuk menyelesaikan masalah berlangsungnya PdPR iaitu
mendapatkan nasihat daripada kaunselor diikuti dengan item pertama, ke-4, ke-3 hingga
item ke-2 mengikut tertib menaik. Ini menunjukkan bahawa pelajar memilih cara untuk
mengatasi masalah pdpr semasa Covid-19 dengan melakukan aktiviti kegemaran kerana
ianya mempunyai min paling tinggi iaitu 4.4167.

6.0 PERBINCANGAN
6.1 OBJEKTIF 1

Berdasarkan data yang telah dikumpul melalui Google Form,terdapat beberapa faktor
utama yang menjadi penghalang kepada para pelajar untuk melakukan proses PdPR
semasa Covid-19.Daripada keseluruhan,didapati bahawa wujudnya faktor penghalang yang
sederhana semasa berlangsungnya PdPR semasa Covid-19 dengan min 3.5233. Didapati
bahawa faktor yang utama yang menghalang proses pdpr semasa Covid-19 ialah faktor
pelaksanaan kerja secara berkumpulan.Faktor ini merupakan faktor tertinggi kerana
mempunyai min terendah iaitu 3.2500 dan responden yang mempunyai masalah tersebut
adalah seramai 17 atau 28.4% orang daripada 60 orang responden . Faktor kedua yang
tertinggi ialah masalah kewangan dan bilangan responden yang mempunyai masalha
terseut adalah seramai 16 orang atau 26.6%,diikuti oleh faktor persekitaran kondusif
seramai 10 orang atau 16.6% dan faktor pencapaian internet iaitu seramai 9 orang
responden atau 10.3% yang mengalami masalah tersebut. Manakala faktor kemahiran
menggunakan platform elektronik yang sedia ada merupakan faktor yang paling sedikit
kerana hanya 3 atau 5% orang responden yang mempunyai masalah tersebut daripada 60
orang responden dengan min 3.9833. Hal ini menunjukkan bahawa dengan melakukan
proses pdpr dirumah ia menyebabkan aktiviti-aktiviti yang perlu dibuat secara berkumpulan
sukar untuk dijalankan .

Walaupun ,dunia kita sekarang semakin maju dengan pelbagai teknologi yang dicipta
supaya lebih mudah untuk berkomunikasi seperti Zoom , Google Meet ,Microsoft Teams dan
lain-lain,tetapi masih tetap ada masalah-masalah yang berlaku yang boleh menyebabkan
pertemuan secara maya terganggu.Sebagai contoh,penggunaan aplikasi-aplikasi tersebut
memerlukan rangkaian internet yang sangat stabil.Oleh itu,para pelajar memerlukan
pencapaian internet yang agak laju untuk melaksanakan atau membincangkan kerja secara
berkumpulan. Seterusnya,kerja kumpulan juga memerlukan kerjasama daripada semua ahli
kumpulan supaya kerja tersebut dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.Oleh
itu,interaksi antara pelajar adalah amat penting kerana semua seharusnya memberikan
komitmen yang sepenuhnya.Merujuk kepada Hello Health Group (2021 Januari 17),65%
daripada 3500 pelajar mengatakan mereka sukar untuk kekalkan perhubungan dengan
teman sebaya dan tenaga pengajar,63% daripada 3500 pelajar juga mengatakan pelajar
berasa kurang bersedia untuk melaksanakan tugasan dan aktiviti kursus.

6.2 OBJEKTIF 2
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi dalam jadual 5.2, kesan-kesan PdPR dalam
kalangan pelajar semasa Covid-19, ianya menunjukkan bahawa skor min item 5 adalah
yang tertinggi dimana ianya menunjukkan bahawa pelajar yang mengalami tekanan semasa
PdPr berlangsung semasa Covid-19 dengan skor min 3.6167. Seramai 21 orang pelajar
yang sangat bersetuju dan 12 orang pelajar yang bersetuju. Hal ini menunjukkan bahawa,
proses pembelajaran atas talian ini memberikan kesan yang buruk dimana ramai pelajar
yang mengalami masalah tekanan semasa proses PdPr ini berlangsung. Hal ini
berkemungkinan disebabkan suasana belajar tidak kondusif. Ini kerana, proses
pembelajaran atas talian ini kebiasaannya di rumah melalui aplikasi pembelajaran seperti
Google Meet, Microsoft Teams dan Zoom. Jadi, apabila pelajar itu berada dirumah, dia
mempunyai komitmen lain sebagai seorang anak dimana dia diminta untuk menjemur baju
dan melipat baju. Ramai ibu bapa yang salah faham apabila anak mereka berada dirumah,
maksudnya mereka tidak mempunyai kerja untuk dilakukan. Jadi, mereka akan menyuruh
mereka membuat kerja walaupun dalam waktu pdp sedang berlangsung. Disitu kita dapat
melihat bahawa masanya banyak digunakan untuk membantu ibunya daripada
menghabiskan masa dengan membuat latihan. Hal ini justeru boleh mengakibatkan pelajar
itu mendapat tekanan kerana tidak mepunyai masa untuk belajar yang cukup. Selain itu,
suasana belajar dirumah selalunya bising yang juga mengakibatkan pelajar tersebut
mendapat tekanan. Hal ini dapat dielakkan sekiranya ibu bapa tidak mengganggu masa
pembelajaran anak mereka kerana mereka juga memepunyai komitmen sebagai seorang
pelajar.

Item yang mencatatkan skor min yang terendah pula ialah berkaitan kesukaran yang
dihadapi pelajar untuk mengakses bahan pembelajaran semasa PdPr berlangsung dengan
skor min 2.8833. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh pencapaian internet yang tidak
bagus sehingga menyusahkan proses untuk mendapatkan bahan pembelajaran tersebut.
Hal ini kerana, kesemua nota yang disediakan oleh pensyarah mahupun yang perlu dicari
sendiri memerlukan data untuk diakses. Jadi, perkara ini sering menjadi masalah buat
pelajar yang hidup di pedalaman dimana pencapaian internet disana tidak bagus. Jika mahu
membeli nota pula mungkin mereka mempunyai masalah kewangan dan juga tidak
mempunyai kenderaan untuk ke kedai buku. Pihak kerajaan perlu mengambil berat tentang
pelajar yang kurang berkemampuan dan tinggal di pedalaman kerana pembelajaran atas
talian akan menjadi satu beban yang berat buat mereka serta keluarga mereka. Selain itu,
pelajar juga berkemungkinan tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi seperti tiada
mesin pencetak ataupun kedai komputer yang berdekatan untuk mencetak nota-nota yang
disediakan. Perkara sebegini sering terjadi pada pelajar yang tinggal di perkampungan dan
pedalaman. Kedai komputer yang paling dekat mungkin 20 km dari rumah mereka. Hal ini
dibuktikan dengan hanya seramai 8 pelajar yang sangat setuju dan 11 pelajar yang
bersetuju.

Secara keseluruhannya, kesan-kesan yang dihadapi pelajar semasa berlangsungnya PdPr


semasa Covid-19 adalah tinggi dengan skor min 3.233. Oleh itu, diharapkan bahawa semua
pihak mengambil berat tentang isu PdPr ini dan mencari jalan penyelesaian secepat
mungkin bagi menghindarkan kesan-kesan yang negatif ini terus menjadi parah.

6.3 OBJEKTIF 3

Hasil kajian dalam jadual 5.3 menunjukkan bahawa pernyataan kedua iaitu pelajar memilih
cara untuk mengatasi masalah PdPR semasa Covid-19 dengan melakukan aktiviti
kegemaran telah mencapai min tertinggi sebanyak 4.4167. Terdapat seramai 21 orang atau
35% responden yang setuju diikuti dengan 33 orang atau 55% responden yang sangat
setuju dengan penyertaan ini. Tetapi daripada pernyataan kelima didapati bahawa pelajar
kurang mengambil langkah ini dengan min 2.55 yang terendah untuk menyelesaikan
masalah berlangsungnya PdPR iaitu mendapatkan nasihat daripada kaunselor. Bilangan
responden yang sangat tidak setuju dengan pernyataan ini adalah seramai 17 orang atau
28.3% responden dan 11 orang atau 20% responden yang tidak setuju dengan pernyataan
ini. Selain itu, mereka menunjukkan sikap positif dalam

Seterusnya, majoriti responden 15 orang atau 25% responden sangat setuju dengan
pernyataan ketiga yang mengatakan mereka lebih selesa belajar di rumah tetapi sebanyak 9
orang atau 15% responden yang tidak pasti dengan pernyataan ini. Bagaimanapun terdapat
3 orang atau 5% responden yang tidak setuju dengan pernyataan ini. Min bagi pernyataan
ini ialah 3.3167. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa sebanyak 10 orang atau 16.7%
responden yang sangat setuju dan 11 orang atau 18.3% responden yang setuju dengan
pernyataan pertama iaitu mereka dapat bantuan dari segi kewangan daripada pihak yang
berkaitan dalam mengatasi masalah PdPR semasa Covid-19 ini. Tetapi bilangan responden
yang sangat tidak setuju dalam pernyataan ini adalah paling tinggi iaitu 16 orang atau 26.7%
responden. Ini menunjukkan bahawa masih ramai pelajar yang tidak dapat bantuan dari segi
kewangan untuk menyelesaikan masalah PdPR ini. Min bagi kenyataaan barada pada tahap
yang rendah iaitu 2.8. Terdapat 10 orang atau 16.7% responden yang sangat setuju dengan
pernyataan keempat iaitu mereka membuat jadual harian untuk mengatasi masalah yang
dihadapi semasa berlangsungnya PdPR. Bagaimanapun, terdapat 12 orang atau 20%
responden yang tidak setuju dengan pernyataan ini. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak
mengambil langkah ini untuk mengatasi masalah PdPR semasa Covid-19.

7.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN KAJIAN


Berdasarkan data dan keputusan yang diperoleh daripada kajian yang telah
dijalankan, dapat disimpulkan bahawa para pelajar dan tenaga pengajar tidak menghadapi
faktor yang sangat ketara sehingga menyebabkan gangguan semasa proses pembelajaran
secara PdPR semasa Covid-19. Walaubagaimanapun, tekanan semasa mengikuti dan
menjalani pembelajaran atas talian masih dihadapi oleh pelajar itu sendiri. Masalah tersebut
berlaku apabila mereka tidak mempunyai pengurusan masa yang baik semasa berada di
rumah dan juga faktor lain seperti persekitaran tempat belajar yang agak tidak kondusif.
Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah tersebut hampir majoriti daripada pelajar memilh
untuk melakukan aktiviti kegemaran untuk membantu mereka menghilangkan tekanan. Akhir
sekali, daripada kajian ini menunjukkan dimana rakyat Malaysia kini semakin selesa dan
sudah mula menyesuaikan diri ketika menjalani proses pembelajaran secara PdPR.

Seterusnya, cadangan kajian untuk pengkaji sekiranya berminat untuk menjalankan


penyelidikan mengenai isu ini adalah pengkaji boleh membuat kajian dengan lebih meluas di
kawasan terpencil atau kawasan yang agak jauh dari bandar. Hal ini kerana,
berkemungkinan penduduk disana mempunyai masalah yang lebih rumit seperti capaian
internet yang sangat tidak stabil sehingga segelintir daripada mereka terpaksa ke luar
kawasan jauh dari penempatan mereka semata-mata untuk mendapatkan capaian internet
yang baik untuk meneruskan pembelajaran walaupun berada di rumah. Selain itu, pengkaji
juga boleh membuat kajian dalam kalangan ibubapa para pelajar yang turut sama dalam
menjayakan proses pembelajaran ini dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh
mereka semasa mengawasi anak-anak di rumah.

RUJUKAN
Agatha F. Umbit & Muhamad Suhaimi Taat, 2020, Universiti Malaysia Sabah, Faktor-faktor
Yang Mempengaruhi E- Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Di Institut.

Al Faruq, M. H., & Supriyanto, S. 2020. Kepemimpinan Transformasional Kepala Sekolah

Dalam Meningkatkan Mutu Guru. Jurnal Dinamika Manajemen Pendidikan, 5(1),

68. doi:

https://doi.org/10.26740/jdmp.v5n1.p68-76

Arbaa, R., Jamil, H. & Ahmad, M. Z. 2017. Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad

ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Jurnal Pendidikan Malaysia, 42(1),

1-11.

Aziz, A. & Andin, C. 2018. Penggunaan Strategi Pembelajaran Koperatif untuk

Meningkatkan Tahap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Pelajar. Jurnal Pendidikan

Malaysia, 43(1), 1-9. Doi:

http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.01-01

Ahmad Arsyad, Media Pembelajaran, Jakarta: Raja Grafindo Persada, 2005. Dabbagh, N. &

Ritland. B. B, Online Learning, Concepts, Strategies And Application. Ohio:

Pearson, 2005.

Fatimah Azzahra. (2020). Covid-19 dan Pengalaman Home Schooling.

https://ibtimes.id/covid-19-dan-pengalaman-homeschooling/

GHANI, A. M. (2021). PdPR kurang efektif ,pelajar tertekan. Utusan Malaysia.

https://www.utusan.com.my/ekonomi/2021/04/pdpr-kurang-efektif-pelajar-tertekan/

Mohd Arif Johari & Sa’odah Ahmad. (2019). Persepsi Tekanan Akademik dan Kesejahteraan
Diri di dalam Kalangan Pelajar Universiti di Serdang, Selangor.Journal of Social
Sciences,5(1), 24-36

Mohd Koharuddin Mohd Balwi, Adanan Mat Junoh, et al. (2003). Kesediaan Pelajar

University Malaysia Menggunakan E-Pembelajaran Sebagai Satu Alat

Pembelajaran. Satu kajian kes di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai.

Mohd Noor Hassan (2001). Cabaran Pembelajaran melalui IT: E-learning dalam Ahmad

Zaharudin Idrus. Kecemerlangan Menerusi Kreativiti:transformasi dan cabaran

UTM, Skudai, Johor. Penerbit UTM, 145-160

Puteh, S. N., & Salam, K. A. A. (2011). Tahap kesediaan penggunaan ICT dalam pengajaran

dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid prasekolah. Jurnal

Pendidikan Malaysia, 36(1), 25-34.

Rahimi, N. H. Z., Rashid, A. M. & Hamzah, R. 2015. Hubungan Antara Penglibatan Dalam

Pembelajaran Dengan Tahap Pemikiran Reflektif Dalam Kalangan Pelajar

Pendidikan Teknikal dan Vokasional. Journal of Human Capital Development, 8(1),

105-120.

Salha Mohamed Hussain. (2014). Keberkesanan pembelajaran kooperatif untuk

meningkatkan motivasi pelajar dalam pembelajaran bahasa melayu. Proceeding

of the Global Summit on Education, GSE 2014 (e-ISBN 978-967-11768-5-6), 4-5

March 2014, Kuala Lumpur, Malaysia.

Teknologi Informasi. Jurnal Ilmiah Foristek Vol. 2, No. 1. Muhammad Rafie Bin Hamzah

(2017). Kesediaan Pelajar Terhadap E-Pembelajaran: Kajian Terhadap Pelajar

Jabatan Perdagangan, Politeknik Muadzam Shah, Pahang. National Innovation

and Invention Competition through Exhibition (ICompEx’17).


Yusup Hshim (2012) Penggunaan e-Pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan. Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru (KKPG) 2012,

(October 2012), 1–25.

Zainudin bin Hassan, Mohd Zaki bin Mohamed Som, Nur Azza binti Abd Aziz.

Perkembangan dan Reformasi Sistem Pendidikan di Malaysia. 2015. Jurnal

Pendidikan Nusantara Indonesia, 1(1), 110-123

LAMPIRAN A: SS/PTB

https://forms.gle/37X6yaupMtpMR41K7

LAMPIRAN B: PEMBUKTIAN

1. MAKLUMAT DIRI
1. FAKTOR PENGHALANG PdPR SEMASA COVID-19

2. KESAN-KESAN BERLANGSUNGNYA PdPR SEMASA COVID-19

3. CARA MENGATASI MASALAH PdPR SEMASA COVID-19

Anda mungkin juga menyukai