Anda di halaman 1dari 20

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS SARAWAK

AP114 – DIPLOMA IN QUANTITY SURVEYING

CTU152 – VALUES AND CIVILIZATION

CLASS: AP1142C

TAJUK Analisa AL-Quran: Sosial / Akhlak (Surah an-Nur: ayat 31-32)


BIL NAMA/KUMPULAN NO. MATRIK GAMBAR

Nur Arissa Myra Binti


2020890846
1 Jasni

Nurul Alia Arisha Binti


2020852206
2 Azmi

Nur Izzah Izzati Binti


2020845312
3 Amat

Abdul Hakim Bin Aidil 2020653054


4

Preapared For:
SIR MOHD SAIFUL ANNUAR BIN AZMI

1|Page
PEMARKAHAN

BIL PERKARA MARKAH

PENGENALAN /
1
PENDAHULUAN

2 ISI + HURAIAN

3 CADANGAN / KESIMPULAN

4 RUJUKAN

ETIKA & MORAL


5
PROFESIONAL

JUMLAH
MARKAH

2|Page
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas limpah rahmat dan kurnia-Nya
dapat kami menyelesaikan tugasan berkumpulan ini mengikut perancangan dengan jayanya.
Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang
telah banyak mendorong dan memberi kekuatan serta doa dalam melaksanakan tugasan ini.

Pada kesempatan ini, kami juga ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih
kepada pensyarah kami, Sir Mohd Saiful Annuar Bin Azmi, yang telah berusaha keras dan
membimbing kami untuk menjayakan tugasan yang telah diamanahkan. Kami juga ingin
mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami
untuk menyiapkan tugasan pertama kami sebagai pelajar UiTM Cawangan Sarawak.
Sememangnya, jasa dan ilmu yang dicurahkan oleh beliau amatlah dihargai.

Tidak ketinggalan juga ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih terhadap
barisan ahli kumpulan yang terlibat dalam tugasan ini. Komitmen dan lontaran idea yang diberi
adalah sangat dihargai.

3|Page
Isi Kandungan

BIL KANDUNGAN M/S

1 Pendahuluan 5-6

Sebab Surah An-Nur Ayat 31


2 7
Diturunkan

Sebab Surah An-Nur Ayat 32


3 8 - 10
Diturunkan

4 Tasfir Ayat 31 Surah An-Nur 10 - 14

5 Tasfir Ayat 32 Surah An-Nur 14 - 15

Kelebihan Surah An-Nur


6 16 - 17
Ayat 31 dan 32.

Pengajaran Surah AN-Nur


7 18 - 19
Ayat 31 dan 32

4|Page
1. Pendahuluan

Surah yang telah ahli kumpulan saya pilih adalah surah An-Nuur ayat 31 dan 32 dan tempat
surah ini diturunkan adalah di Madinah. Menurut (Shaer 2011) Surah ini menerangkan tentang
hukum-hukum seseorang untuk memelihara kesucian maruah atau kehormatannya dan
mempelajari untuk menutupi aurat bagi yang Wanita.

Ayat pilihan surah an-Nur: ayat 31

ِ ِّ ‫ضضنَِ ِمن أَبصٰ ِرهِنِ َويَحفَظنَِ فُرو َج ُهنِ َوال يُبدينَِ زينَتَ ُهنِ ِإ‬
َ ‫ال ما‬
‫ظ َه َِر ِمنهِا‬ ُ ‫ت يَغ‬ ِ ‫ِ َوقُل ِلِّل ُم‬
ِِ ‫ؤم ٰن‬
‫ءآباء بُعولَتِ ِهنِ أَو‬
ِِ ‫ال ِلبُعولَتِ ِهنِ أَو ءآبائِ ِهنِ أَو‬
ِ ِّ ‫لى ُجيو ِب ِهنِِ َوال يُبدينَِ زيِنَتَ ُهنِ ِإ‬ َ ِ‫ضربنَِ ِب ُخ ُم ِرهِن‬
ِٰ ‫ع‬ ِ َ‫َولي‬
ِ‫ت أَيمٰ نُ ُهنِ أَ ِو‬
ِ ‫خونِ ِهنِ أَو بَني أَخ َٰوتِ ِهنِ ِأَ نِسائِ ِهنِ أَِ ما َملَ َك‬
ٰ ‫خونِ ِهنِ أَو بَني ِإ‬ ٰ ‫بناء بُعولَتِ ِهنِ أَو ِإ‬
ِِ َ‫أَبنائِ ِهنِ أَو أ‬
َِ‫ضربن‬ِ َ‫ساءِ َوال ي‬ ِِ ِ‫ت ال ِّن‬
ِِ ‫ور‬
ٰ ‫ع‬
َ ‫لى‬ َ ‫ل الذينَِ لَم يَظ َهروا‬
ِٰ ‫ع‬ ِّ ِ ‫ل أَ ِِو‬
ِِ ‫الطف‬ ِِ ‫الرجا‬ ِ ‫َير أُو ِلي‬
ِّ ِ َِ‫اإلربَِ ِِة ِمن‬ ِِ ‫الت ّٰ ِبعينَِ غ‬
ِ ‫ِبأَر ُج ِل ِهنِ ِليُعلَ َِم ما يُخفينَِ ِمن زينَتِ ِهنِِۚ َوتوبوا ِإلَى للاِِ َجميعًا أَيُّ ِهَ ال ُم‬
َِ‫ؤمنونَِ لَ َعل ُكم تُف ِلحون‬

Maksudnya: Katakanlah kepada wanita yangِ beriman:ِ “Hendaklahِ merekaِ menahanِ


pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali
yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke
dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah
mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka,
atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-
putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka
miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau
anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan
kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Menutup aurat adalah sebahagian daripada perintah Allah SWT yang perlu umat islam
patuhi, tetapi di ayat 31 memfokuskan kepada kaum wanita untuk menutup aurat bukan sahaja
dengan menutupi kepala dengan melilit sehelai kain. Hal ini diperkatakan demikian adalah
kerana pada zaman globalisasi ini ramai Wanita yang berhijab tetapi tidak menutup dada dan
pakaian yang dipakai mempernampakkan bentuk badannya. Sejak kebelakangan ini terdapat
pelbagai cara pemakain tudung yang diperagakan oleh Wanita, contohnya tudungnya yang

5|Page
singkat menampakkan dada dan ada juga yang memakai tudung dengan hanya menutup
rambutnya tetapi menampakkan lehernya. Oleh kerana itu, ayat ini juga ada menerangkan
tentang cara penutupan aurat yang sempurna dan diterima oleh Allah swt.

Ayat pilihan surah an-Nur: ayat 32

ِ ‫ص ِلحينَِ ِمن ِعبا ِد ُكم َوإِمائِ ُكمِۚ إِن يَكونوا فُقَرا َِء يُ ِغنِ ِه ُِم‬
ِ‫للاُ ِمن فَض ِل ِه‬ ِٰ ‫ِ َوأَن ِك ُحوا األ َ ٰي‬
ّٰ ‫مى ِمن ُكم َوال‬
‫ليم‬
ِ ‫ع‬ َ ِ‫للاُ ٰو ِسع‬
ِ ‫َو‬

Maksudnya: Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang
yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu
yang perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya.
Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Selain itu, di ayat 32 memperingatkan kepada umat islam bahawa perkahwinan adalah
perkara yang telah diperintahkan oleh Allah SWT bagi umat islam untuk mematuhi
perintahnya. Pernikahan juga adalah tujuan buat umat islam untuk melindungi diri daripada
berlaku sebarang penzinaan yang dapat memburukkan maruah seseorang. Maka dengan itu,
cara untuk mengelakkan penzinaan berlaku umat islam perlulah berkahwin bagi menghalalkan
sesebuah pasangan yang ingin menjalinkan hubungan yang lebih intim. Di dalam ayat ini juga
menerangkan tidak kesemuanya wajib untuk berkahwin, ianya tertuju kepada individu yang
mampu untuk mendirikan rumah tangga kerana mendirikan rumah tangga memerlukan
komitmen yang tinggi sebagai contoh memerlukan duit yang cukup untuk menampung nafkah
isteri bagi untuk yang lelaki.

Oleh itu, sebagai umat islam kita haruslah berpegang teguh kepada perintah-perintah Allah
SWT yang telah disyariatkan kepada kita seperti menutup aurat dan tentang perkahwinan bagi
yang mampu. Sekiranya kita mahu amalan kita diterima di dunia dan di akhirat dan kehidupan
dipermudahkan, maka kita perlulah menunaikan apa yang telah diperintah kepada kita dan
menjaga dan menghormati tubuh badan kita yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.

6|Page
2. Sebab Surah An-Nur Ayat 31 Diturunkan
• Melindungi harga diri kaum Muslimin

Dalam ayat Surah An-nur ayat 31, Allah SWT menyampaikan bahawa golongan wanita
diwajibkan menjaga aurat mereka terhadap semua lelaki kecuali beberapa golongan lelaki yang
dibenarkan. Golongan wanita hendaklah menutup aurat mereka iaitu seluruh anggota badan
kecuali tapak tangan dan muka serta dibenarkan untuk berhias selagi tidak melebihi syarak.

Namun begitu, tidak semua wanita sedar dan mengikuti perintah yang diterapkan dalam ayat
tersebut malahan wanita atau remaja perempuan zaman ini lebih memilih untuk berpakaian
ketat atau mini sehingga menunjukkan lekukan tubuh mereka atas alasan untuk mengikuti trend
terkini. (Santika 2019)

Oleh hal yang demikian, penerapan berkaitan kepentingan menutup aurat ini haruslah
dimulakan dari awal usia kanak-kanak lagi. Ibu bapa haruslah menberi pendedahan kepada
anak-anak terutama sekali anak perempuan tentang etika pemakaian yang mengikut syariat
Islam. Hal ini agar anak-anak perempuan tidak memandang rendah terhadap cara berpakaian
mereka bagi memelihara kehormataan diri masing-masing.

Menutup aurat merupakan simbolik mahkota wanita yang harus dilindungi dan
menunjukkan masyarakat sekitar betapa pentingnya menghormati diri individu yang bergelar
wanita.

Santika juga menghuraikan nilai-nilai pendidikan yang terkandung dalam surah tersebut iaitu
pendidikan etika berpakaian wanita muslimah dengan menundukkan pandangan.

Surah ini menceritakan tentang wanita menundukkan pandangan terhadap kaum lelaki,
memelihara kemaluan, tidak menunjukkan berhiasan yang berlebihan, melabuhkan tudung
menutupi dada dan tidak menghentakkan kaki. Dalam hal ini, wanita dilarang menghentakkan
kaki supaya menyembunyikan perhiasannya seperti gelang kaki agar tidak menarik perhatian
lelaki atas tujuan ingin menunjuk.

Konteks menundukkan pandangan bukan bermaksud menunduukan kepala tetapi sentiasa


mengingatkan diri untuk menjaga hati dan pemikiran daripada perkara-perkara yang negatif.
Selain itu, menundukkan pandangan juga membawa maksud membatasi pergaulan sesama
lawan jenis. Lelaki atau wanita tidak dilarang untuk bergaul dengan berlawanan jenis selagi
tidak melanggar syariat agama sehingga boleh terjerumus dalam pergaulan bebas.

7|Page
3. Sebab Surah An-Nur Ayat 32 Diturunkan
• Mengelakkan diri seseorang daripada perbuatan zina.

Ayat ini menganjurkan lelaki untuk mengahwini wanita yang tidak mempunyai pasangan
khususnya yang pernah menikah iaitu janda.

Surah an-Nur mengajar kita cara untuk menjauhkan diri daripada berlaku zina. Oleh itu, salah
satu kaedah yang harus diambil adalah dengan mencari pasangan. Hal ini kerana, apabila
seseorang itu mempunyai pasangan, maka keperluan nafsu telah dipenuhi dengan cara yang
baik dan halal.

Golongan dewasa yang yang belum berkahwin amatlah digalakkan untuk segera bernikah
kerana lelaki dan perempuan mempunyai perubahan hormon yang menyebabkan keinginan
mereka untuk mempunyai hubungan kelamin bertambah.

Selaras dengan itu, hal ini boleh dibuktikan berdasarkan isu semasa pada hari ini yang
melibatkan kes rogol yang semakin meningkat. Berdasarkan penyataan daripada Laporan
Statistik Jenayah Malaysia 2020 menunjukkan jenayah rogol mencatatkan peningkatan
sebanyak 5.5 pada tahun 2019 dari tahun sebelumnya. (Harian 2020)

Hal ini jelas bahawa, golongan muda yang sudah berkeinginan untuk berkahwin kerana
dikhuatiri berlaku zina adalah wajib hukumnya mengikut cara yang diperintahkan.

Oleh hal yang demikian, Islam memberi panduan yang terperinci sebelum menjalankan
suatu pernikahan salah satunya ialah rukun nikah.

Menurut (Lee 2019) terdapat lima rukun nikah untuk rujukan bersama iaitu:

I. Wajib

Hukum nikah boleh menjadi wajib sekiranya seseorang itu berkemampuan dan sudah tidak
dapat menahan nafsunya.

II. Sunat

Sunat terhadap seseorang itu untuk berkahwin jika berkemampuan dan mempunyai niat untuk
melangsungkan perkahwinan.

8|Page
III. Makruh

Jika seseorang itu mampu tetapi tiada keinginan untuk berkahwin, maka jatuh hukum makruh
terhadapnya.

IV. Harus

Harus hukumnya seseorang yang berkemampuan untuk menikah jika tiada sebab yang
mendesak untuk berkahwin dan tiada juga alasan yang mengharamkannya untuk berkahwin.

V. Haram

Haram untuk seseorang itu berkahwin jika tidak mampu dari segi zahir dan batin serta jika
perkahwinannya itu boleh memudaratkan pihak yang lain seperti bakal isterinya.

• Memberi keyakinan kepada umat Islam perluasan rezeki jika bernikah

Dalam surah ini juga menyatakan bahawa Allah SWT memberi janji dan harapan untuk hamba-
Nya rezeki yang luas agar mereka sanggup untuk bernikah walaupun tidak berkemampuan dan
belum bersedia. Menangguhkan keinginan untuk bernikah adalah dibenarkan.

Menurut (Syam 2018) seseorang yang merasa belum mampu untuk bernikah kerana miskin
harta, dia dibenarkan untuk menangguhkan pernikahan. Walau bagaimanapun, ketika
seseorang itu sudah mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi khuatir akan dirinya tidak
mampu memberi nafkah atau menanggung kewangan keluarga adalah menjadi satu kesalahan.
Hal ini dikatakan begitu kerana, merujuk firman Allah SWT di dalam surah An-Nur ayat 32
yang ditujukan bagi orang yang sanggup untuk bernikah, Allah SWT telah menjanjikan
kemampuan yang cukup atas kurnia-Nya walaupun dibelenggu kemiskinan.

Apabila seseorang ingin bernikah semata-mata untuk memperoleh keradhaan Allah SWT,
maka Allah SWT akan memberi kekayaan kepada dirinya dengan cara yang tidak dijangka.

Terdapat sebuah hadis yang menceritakan ketika Rasullah SAW pernah didatangi oleh
seorang wanita dan menyerahkan dirinya kepada seorang lelaki yang tidak mempunyai harta
kecuali sehelai sarung. Nabi Muhammad SAW pun bertanya kepada lelaki harta jenis apa yang
boleh diberi sebagai maskahwin dan lelaki tersebut menjawab hanya sehelai sarung. Lalu, Nabi
Muhammad SAW menyuruh lelaki itu mencari harta yang boleh dijadikan sebagai maskahwin
tetapi lelaki itu tidak menemukan apa-apa. Akhir sekali, Rasulullah SAW pun bertanya jikalau
dia mempunyai sesuatu dari ayat Al-Quran dan lelaki itu menjawab bahawa dia menjawab iaitu
surah ini dan surah itu.

9|Page
Lalu Rasullulah SAW bersabda: Kami telah mengahwinkannya denganmu dengan
maskahwin yng kamu miliki dari Al-Quran. (HR. Bukhari)

Hadis ini menjelaskan bahawa, ketika seseorang itu berkeinginan untuk menikah haruslah
segera menunaikannya apabila sanggup memberi nafkah dan janganlah menggunakan alasan
takut miskin sebagai salah satu asbab untuk seseorang itu untuk tidak bernikah kerana Allah
SWT akan memampukan diri mereka dengan rezeki yang luas.

4. Tasfir Ayat 31 Surah An-Nur (CelikTafsir 2017)

ِ‫ضضنَِ ِمن أَبصٰ ِر ِهن‬ ِ ‫َوقُل ِلِّل ُم‬


ِِ ‫ؤم ٰن‬
ُ ‫ت َيغ‬
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya,

Ayat di atas menerangkan bahawa Allah memerintahkan kaum wanita untuk menjaga
pandangan mata mereka. Hal ini menunjukkan bahawa, bukan kaum lelaki sahaja yang perlu
menundukkan pandangan malah kaum wanita juga perlu melakukan sedemikian kerana wanita
mempunyai nafsu apabila mereka melihat lelaki selain suaminya. Perkara ini boleh menggugat
iman seseorang dan mulai tergoda untuk melakukan maksiat dan dosa.

ِ‫َو َيحفَظنَِ فُرو َج ُهن‬


Dan menjaga kemaluannya,

Allah juga memerintahkan kaum wanita untuk memelihara kemaluan mereka untuk
mengelakkan daripada berlaku perbuatan buruk. Sekiranya mereka tidak menjaganya maka
seorang lelaki akan menimbulkan nafsu syahwatnya.

ِ‫َوال يُبدينَِ زي َنتَ ُهن‬


Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,

Kaum wanita dilarang untuk mendedahkan perhiasan atau auratnya kepada seseorag yang
bukan mahram seperti kawan lelaki. Mereka perlu menjaga penampilannya dengan menutup

10 | P a g e
aurat. Sebagai contoh, mereka tidak memakai pakaian yang ketat dan perhiasan yang boleh
menarik perhatian kaum lelaki.

ِ ِّ ِ‫إ‬
َ ‫ال ما‬
ِ‫ظ َه َرِ ِمنها‬
Kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.

Oleh itu, kaum wanita hendaklah memelihara auratnya dengan baik iaitu menutup kesemuanya
kecuali muka dan tapak tangan. Sekiranya berlaku perkara yang tidak sengaja seperti baju di
bahagian tubuh mereka terbuka kerana ditiup angin maka perkara itu dimaafkan serta tidak
mendapat dosa.

ِ‫لىِ ُجيو ِب ِِهن‬


ٰ ‫ع‬َ ِ‫ضربنَِ ِب ُخ ُم ِر ِهن‬
ِ ‫َول َي‬
Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya,

Seterusnya,ِkaumِwanitaِjugaِhendaklahِpanjangkanِ‘khimar’ِdenganِmenutupiِdadaِmerekaِ
dan tidak ada bahagian tertentu yang terdedah. Mereka tidak boleh singkatkan tudungnya
kerana ia tidak menutupi keseluruhan bahagian dada. Maka, ibu bapa dan suami harus mengajar
anak dan juga isteri supaya meraka memahami cara memakai tudung mengikut syariat Islam.

ِ ِّ ‫َوال يُبدينَِ زي َنتَ ُهنِ ِإ‬


ِ‫ال ِلبُعولَ ِت ِهن‬
Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka,

Perhiasan kaum wanita hanya boleh dinampakkan untuk suaminya sahaja serta tidak
mempunyai batasan aurat kerana seseorang itu halal bagi suaminya. Oleh itu, mereka
dibenarkan berhias dan mempercantikkan dirinya di hadapan suami. Mereka tidak boleh
melakukan perbuatan tersebut di hadapan lelaki lain kerana itu tidak dikira menutup aurat dan
boleh mencetuskan fitnah.

11 | P a g e
ِ‫ءآباء بُعولَ ِت ِهن‬
ِِ ‫أ َ ِو ءآبا ِئ ِهنِ أ َ ِو‬
Atau ayah mereka, atau ayah suami mereka,

Selain itu, perhiasan wanita juga boleh dinampakkan oleh bapanya sendiri, bapa mertua serta
datuk. Hal ini menunjukkan mereka dibenarkan membuka aurat kepada ahli keluarga tetapi
hanya rambut, wajah, tangan dan beberapa anggota yang sesuai sahaja.

ِِ َ ‫أ َ ِو أَبنا ِئ ِهنِ أ َ ِو أ‬
ِ‫بناء بُعولَِِت ِهن‬
Atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka,

Di samping itu, kaum wanita boleh menunjukkan perhiasannya kepada anak-anak mereka
termasuk anak tirinya.

ِ‫خو ِن ِهنِ أ َ ِو َبني أَخ َٰو ِت ِهن‬


ٰ ِ‫خو ِن ِهنِ أَو َبني إ‬
ٰ ِ‫أ َ ِو إ‬
Atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau anak-
anak lelaki saudara perempuan mereka,

Kaum wanita juga dibenarkan menunjukkan perhiasan mereka kepada adik-beradik lelaki,
adik-beradik tiri dan anak saudara tetapi bukan dengan cara belerbihan seperti yang disebutkan
sebelum ini.

ِ‫أ َ ِو ِنسا ِئ ِهن‬


Atau wanita-wanitanya,

Ayat di atas menyatakan bahawa seorang wanita boleh menunjukkan perhiasannya kepada
wanita muslimat sahaja dan bukan kepada wanita kafir. Hal ini kerana, ia menyebut
‘wanitanya’ِ iaituِ merujukِ kepadaِ sesamaِ Muslimِ keranaِ merekaِ tidakِ akanِ menceritakanِ
keadaan kaum wanita mulimat kepada golongan yang bukan mahram. Sekiranya mereka
menceritakan hal tersebut kepada kaum lelaki, mereka akan mendapat dosa kerana ia adalah
haram.

12 | P a g e
ِ‫أ َ ِو ما َملَ َكت أَيمٰ نُ ُهن‬
Atau hamba-hamba yang mereka miliki,

Hamba-hamba yang baik sama ada lelaki ataupun perempuan, mereka dibenarkan untuk
melihat perhiasan wanita muslimat.

ِ‫الرجا ِل‬ ِ ‫َيرِ أُو ِلي‬


ِّ ِ َِ‫اإلر َب ِِة ِمن‬ ِ ‫أ َ ِِو الت ّٰ ِبعينَِ غ‬
Atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita)

Sebagai contoh, para pelayan yang bergaji tetapi kurang berakal dan lemah, mereka tiada
keinginan terhadap wanita. Oleh itu, mereka tidak akan melakukan perkara buruk terhadap
wanita dan boleh melihat perhiasan wanita.

ِ ‫ت ال ِِّن‬
ِ‫ساء‬ ِِ ‫ور‬
ٰ ‫ع‬
َ ‫لى‬ َ ‫ل الذينَِ لَم َيظ َهروا‬
ِٰ ‫ع‬ ِّ ِ ‫أ َ ِِو‬
ِِ ‫الطف‬
Atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.

Kanak-kanak yang belum mengenali aurat, mereka boleh melihat kaum wanita yang tidak
menutup aurat dengan sempurna. Walau bagaimanapun, kaum wanita haruslah berhati-hati dan
pandai menilai kerana kanak-kanak zaman sekarang sudah terdedah dengan perkara yang tidak
senonoh. Hal ini boleh menyebabkan kanak-kanak mempunyai keinginan untuk melakukan
perkara yang buruk apabila melihat aurat wanita.

ِ‫ضربنَِ ِبأَر ُج ِل ِهنِ ِليُعلَ َِم ما يُخفينَِ ِمنِ زي َن ِت ِهن‬


ِ ‫َوال َي‬
Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka
sembunyikan.

Kaum wanita tidak dibenarkan menghentak kaki sehingga perhiasan kaki mereka berbunyi. Hal
ini kerana perbuatan tersebut boleh menarik perhatian lelaki. Sebagai contoh, mereka memakai

13 | P a g e
kasut tinggi dan kasut tersebut mempunyai bunyi yang kuat apabila mereka berjalan. Oleh itu,
lelaki akan menumpukan pandangan terhadap wanita.

ِ ‫للا َجميعًا أ َ ُّيهَِ ال ُم‬


َِ‫ؤمنونَِ لَعَل ُكم تُف ِلحون‬ ِِ ‫َوتوبوا إِلَى‬
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu
beruntung.

Sekiranya mereka pernah melakukan perkara yang dilarang oleh Allah maka mereka hendaklah
bertaubat supaya dapat menyucikan dosa-dosa yang lalu. Ibu bapa perlu mendidik anaknya
seperti tentang aurat dan sahsiah yang baik sejak kecil lagi supaya mereka dapat membezakan
perkara yang baik serta buruk.

5. Tasfir Ayat 32 Surah An-Nur (Tafsir 2017)

ٰ ‫َوأَن ِك ُحوا األ َ ٰي‬


ِ‫مىِ ِمن ُكم‬
Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu,

Ayat tersebut mengajar seseorang supaya jangan dibiarkan wanita serta lelaki hidup
bersendirian terlalu lama. Sekiranya mereka sudah mempunyai pasangan, mereka hendaklah
berkahwin dengan segera demi menjaga mata, hati serta kemaluan mereka dari melakukan
perkara terlarang. Walau bagaimanapun, perkara ini bukan paksaan.

ِ‫ص ِلحينَِ ِمن ِعبا ِد ُكم َو ِإما ِئ ُكم‬


ّٰ ‫َوال‬
Dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan
hamba-hamba sahayamu yang perempuan.

Ayat di atas menunjukkan bahawa seseorang yang mempunyai keinginan untuk berkahwin
maka mereka hendaklah dikahwinkan dengan pilihan mereka. Walau bagaimanapun, mereka

14 | P a g e
haruslah menilai pasangan mereka sama ada mereka itu layak untuk berkahwin ataupun tidak.
Hal ini kerana, mereka dapat mengetahui perangai sebenar pasangannya.

ِ ‫إِن َيكونوا فُقَرا َِء يُغ ِن ِه ُِم‬


ِ‫للاُ ِمن فَض ِل ِه‬
Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya.

Terdapat segelintir pasangan yang tidak mampu untuk berkahwin. Hal ini kerana mereka takut
hidup dalam keadaan susah selepas berkahwin akibat perlu menanggung anak orang. Walau
bagaimanapun, Allah sudah berjanji dalam ayat di atas bahawa apabila mereka berkahwin,
Allah akan bantu dengan memberikan rezeki yang secukupnya untuk mereka. Oleh itu, mereka
tidak perlu bimbang kerana semua rezeki datangnya dari Allah SWT.

ِ‫عليم‬
َ ِ‫للاُ ٰو ِسع‬
ِ ‫َو‬
Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.

Allah Maha Mengetahui apa yang hambanya perlukan dan Allah juga mempunyai banyak
kurniaan yang boleh diberikan kepada mereka yang dikehendakiNya. Mereka hanya perlu
yakin kepada Allah sahaja. Mereka hendaklah sentiasa berbincang selepas berkahwin. Selain
itu, bukan suami sahaja boleh yang bekerja malah isteri pun boleh juga untuk menambahkan
pendapatan keluarga. Oleh itu, kedudukan kewangan mereka menjadi lebih stabil.

15 | P a g e
6. Kelebihan Surah An-Nur Ayat 31 dan 32.

• Dapat menghindarkan diri dari dosa akibat membuka aurat.

Setiap wanita muslimah yang menutup aurat, mereka dapat menghindarkan diri dari dosa. Hal
ini kerana mereka tidak membuka auratnya kepada orang yang bukan mahram. Apabila mereka
keluar dari rumah, mereka sentiasa memakai pakaian mengikut syariat Islam seperti memakai
pakaian yang longgar serta tudung yang menutupi dada. Umum mengetahui bahawa wanita
yang menutup aurat termasuk hijab merupakan ibadah Rabbani yang selaras dengan fitrah
manusia (Santika 2019). Mereka akan sentiasa rasa tenang, selamat dan mendapat pahala
kerana mereka patuh akan perintah Allah SWT.

Pada zaman sekarang, terdapat segelintir wanita yang masih tidak menutup aurat kerana
mereka malu dan mengganggap perbuatan ini ketinggalan zaman. Mereka tidak tahu bahawa
Allah telah mewajibkan semua umat Islam menutup aurat. Perkara tersebut berpunca daripada
mereka yang sudah tepengaruh dengan trend fesyen artis serta hiburan luar negara seperti
fenomena drama Korea. Mereka sentiasa mempunyai keinginan untuk mencuba memakai
pakaian yang boleh mendedahkan auratnya. Kesannya, mereka akan mendapat dosa kerana
tidak menutup aurat dengan sempurna yang boleh menggugat keimanan seorang lelaki apabila
melihat cara pemakaian mereka.

Seterusnya, Allah SWT akan sentiasa bantu menguatkan hati hambanya apabila mereka
menanamkan sifat yang baik untuk beristiqamah terhadap penjagaan auratnya. Hal ini kerana
mereka bimbang sekiranya esok mereka berubah ke arah keburukan seperti menunjukkan
perhiasannya kepada golongan ajnabi. Mereka perlulah sentiasa ingat bahawa perhiasan kaum
wanita hanya boleh dinampakkan untuk suaminya sahaja serta tidak mempunyai batasan aurat
kerana seseorang itu halal bagi suaminya.

16 | P a g e
• Dapat mencegah timbulnya hawa nafsu berlawanan jantina.

Apabila seseorang wanita menutup aurat dengan sempurna maka hawa nafsu lelaki akan dapat
dicegah. Hal ini kerana mereka tidak memakai pakaian yang boleh menarik perhatian kaum
lelaki. Golongan lelaki akan memelihara pandangan mereka apabila melihat wanita yang
menutup aurat. Menurut (Santika 2019) tujuan wanita menutup aurat adalah untuk menjaga
dirinya dari pandangan liar yang bukan mahramnya. Walau bagaimanapun, hawa nafsu lelaki
boleh berubah serta boleh menggugat iman seseorang untuk melakukan maksiat dan dosa.

Selain itu, pasangan yang sudah berkahwin juga dapat mengawal nafsu syahwatnya. Hal ini
kerana mereka dapat menyelamatkan diri daripada melakukan perbuatan terkutuk iaitu zina.
Sekiranya mereka tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin maka perasaan cinta yang
ditambah nafsu serta hasutan syaitan akan menyebabkan mereka berzina (Subhi, Bakar et al.
2012). Pada zaman sekarang, perbuatan zina telah dianggap perkara biasa serta sifat malu untuk
menghindarinya adalah sangat nipis. Terdapat beberapa kes disebabkan oleh perbuatan zina
seperti kes pembuangan bayi serta kes anak di luar nikah. Kes tersebut haruslah dibendung dari
awal kerana Islam melarang umatnya melakukan zina kerana ia akan merosakkan keturunan
keluarga. Oleh itu, mereka hendaklah berkahwin demi menjaga mata, hati serta kemaluan
mereka dari melakukan perkara terlarang.

Seterusnya, golongan ajnabi juga dapat mencegah hawa nafsu sekiranya wanita tidak
memakai wangian. Menurut (Othman, Muhamad et al. 2016) kaum wanita diharuskan
memakai wangi-wangian sekiranya ia tidak dapat dihidu oleh orang lain. Hal ini kerana
perbuatan tersebut dapat mengelakkan seseorang wanita daripada difitnah. Sekiranya suami
membenarkan isterinya keluar dari rumah dengan memakai minyak wangi yang kuat sehingga
mengalihkan pandangan ajnabi lalu tertumpu kepadanya maka ia dianggap berdosa. Syahwat
seorang lelaki boleh dirangsang terhadap bau tersebut. Pemakaian yang sebaiknya adalah
sekadar untuk membersihkan diri daripada bau yang tidak disenangi bagi menjaga penampilan
wanita apabila berada dikhalayak.

17 | P a g e
7. Pengajaran Surah AN-Nur Ayat 31 dan 32

Pengajaran yang dapat di peroleh dalam Surah an-Nur ayat 31-32 ini ialah kepada kaum Wanita
mereka hendaklah menutupkan segala aurat yang terdapat di bahagian tubuh mereka dengan
kain. Seterusnya, mereka juga tidak digalakkan menunjukkan perhiasan mereka kepada lelaki
lain tetapi jika Suami sangatlah digalakkan dan dibolehkan. Hal ini dikatakan demikian kerana,
Suami mereka sudah sah menjadi pasangan dan tidak ada dosanya jika Wanita tersebut
menunjukkan perhiasannya kepada Suami. Selain itu, kaum Wanita juga perlu menundukkan
pandangan dan tidak boleh memangdang lelaki lain selain Suami tetapi ada syaratnya jika
Wanita tersebut hendak memandang lelaki lain iaitu tidak mempunyai rasa berahi.

Menurut (Rahmayani 2020) ayat 31 bermaksud bahawa Wanita mukmin mesti menahankan
pandangan mereka dan kemaluannya, dan juga jangan menunjukkan perhian mereka kecuali
yang biasa. Kaum Wanita juga diperingatkan supaya mereka menutupkan kain kudung
kedadanya. Di dalam tafsiran Ibnu Katsir menjelaskan bahawa perintah Ilahi yang bertujuan
untuk Wanita mukmin sekaligus ketetapan-Nya yang telah diarahkan supaya menjunjungkan
kehormatan suami mereka. Perintah ini adalah untuk membezakan Wanita mukmin dengan
Wanita jahliyah dan termasuk juga perangai Wanita musyrik.

Pengajaran yang seterusnya ialah tentang perkahwinan. Wanita hendaklah kahwin dengan
lelaki yang tidak mempunyai pasangan hidup lagi tanpa mengambil hak orang seperti lelaki
yang sudah mempunyai pasangan hidup. Justerunya, Wanita yang sudah cukup umur mestilah
disarankan berkahwin bukan kerana dipaksa tetapi untuk mengelakkan perkara yang tidak
diingini berlaku seperti zina untuk melepaskan nafsu mereka.

Menurut (Syam 2018) ayat 32 bermaksud adalah satu perintah yang akan membuatkan
seseorang terhindar atau jauh daripada perbuatan zina. Kata ‫ اليامى‬adalah merupakan jamak
yang berasal dari aima iaitu bermaksud perempuan atau lelaki yang bujang, dan mereka akan
dipercepatkan untuk berkahwin. Sebagai ulama juga mengatakan ayat ini juga bertujuan
kepadaِ sangِ pemegangِ hakِ perwalian.ِ Dalamِ konteksِ iniِ imamِ Syafi’iِ mengambilِ dalilِ
bahawa semua kaum Wanita tidak berhak untuk memutuskan keinginannya dan hendaklah
dalam pengasuhan walinya.

Kesimpulannya, kaum Wanita memang diketatkan untuk menutup segala aurat yang telah
ditetapkan dalam agama Islam untuk mengelakkan berlakunya salah faham dan sebagainya.
Selain itu juga kaum Wanita atau lelaki yang bujang mestilah dikahwinkan mengikut tutur cara

18 | P a g e
agama Islam. Pernikahan tersebut hendaklah tidak dipaksa kerana dengan pernikahan dapat
mengelakkan zina dan sebagainya yang boleh merosakkan imej keluarga dan negara.

Seterusnya, dalam bab berpakaian tadi bukan hanya pakaian tetapi melibatkan perhiasan.
Jikalau tidak menutup segala perhiasan yang terdapat di tubuh ia juga boleh membuat diri
seorang Wanita dirompak dan boleh menyebabkan nafsu para lelaki meningkat dengan
memandangnya. Setiap manusia perlulah mengamalkan Amar makruf dalam kehidupan
seharian agar dapat memperoleh keredaan daripada Allah SWT dan memperoleh syurga yang
telah dijanjikan oleh-Nya.

Oleh itu, kita sebagai umat-Nya hendaklah mengikuti segala perintah yang telah
ditetapkan dalam agama Islam. Biarlah berpakaian labur dan terlihat panas dan rimas kerana
dengan berpakaian begitu dapat menambahkan lagi pahala untuk dibekalkan di akhirat. Perkara
sebegini memang patut di ambil serius kerana ia boleh menjatuhkan agama Islam dan negara.

19 | P a g e
RUJUKAN

CelikTafsir (2017). Tafsir Surah an-Nur Ayat 31 (Tentang aurat wanita).

Harian, B. (2020). "Jenayah rogol, mencederakan meningkat pada 2019." from


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/756298/jenayah-rogol-mencederakan-
meningkat-pada-2019.

Lee, F. (2019). "PERKAHWINAN DALAM ISLAM DAN HUKUM-HUKUMNYA." from


https://tzkrh.com/perkahwinan-dalam-islam-dan-hukum-hukumnya/.

Othman, R., et al. (2016). "Fesyen wanita menurut perspektif Islam dan kesannya terhadap
kesejahteraan fizikal dan spiritual." Sains Humanika 8(3).

Rahmayani, S. (2020). Pendidikan Akhlak Dalam Berpakaian Menurut Al-Qur’an Surat An-Nur Ayat 31
Dan Al-Ahzab Ayat 59, Universitas Islam Negeri Sumatera Utara.

Santika, H. (2019). Nilai-Nilai Pendidikan Dalam Etika Berpakaian Wanita Muslimah (Perspektif Al-
Qur’an Surat An-Nur Ayat 31), UIN Raden Intan Lampung.

Shaer, Z. A. (2011). "BAB 3: AYAT-AYAT HUKUM DALAM SURAH AL-NUR." 14.

Subhi, N., et al. (2012). "Hubungan seksual remaja: Antara cinta dan nafsu." e-Bangi 7(1): 15-25.

Syam, S. A. (2018). Perluasan Rezeki Bagi Orang Menikah Menurut Surah An-Nur ayat 32 (Studi Kasus
Bagi Mahasiswa UIN Sumatera Utara Medan Yang Telah Menikah), Universitas Islam Negeri
Sumatera Utara Meddan.

Tafsir, C. (2017). "Tafsir Surah an-Nur Ayat 32 – 33 (Anjuran untuk berkahwin)." from
https://celiktafsir.net/2017/07/28/nur-ayat-32-33/.

20 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai