Anda di halaman 1dari 2

12/23/21, 11:03 AM JAKIM : E-SMAF V1

Tajuk : Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya

Kategori: Makan dan Minum


Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Pahang

Keputusan : Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri


Pahang  yang bersidang pada 14 Mei 2015 Kali Ke 2/2015 telah
membincangkan Hukum Minyak ikan Yang Diproses tanpa Dibuang
Perut Atau Najisnya . Mesyuarat telah membuat keputusan seperti
berikut:

Mesyuarat menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah


antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada
dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah SAW. Ibn Hajar, Ziyad, al-
Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam
perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh
dimakan serta tidak dianggap najis

Sekiranya ia dihukum bersih, syarak menetapkan hukum memakannya


bergantung pula pada pandangan pakar perubatan yang dipercayai
sama ada ia boleh memudaratkan ataupun tidak. Sekiranya mudarat
maka tidak boleh dimakan kerana memberi kesan pada kesihatan,
begitulah sebaliknya.

Sehubungan itu, berdasarkan  masyaqqah  yang perlu dihadapi untuk


memproses ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga terlalu sukar
untuk dibuang kandungan isi perut ikan satu persatu, dan realiti
semasa industri komersil pemprosesan minyak ikan pada masa ini
yang perlu mematuhi standard dan piawaian yang ketat bagi
memastikan ianya bersih dan selamat digunakan, serta dengan
mengambilkira kepentingan, manfaat dan kegunaan minyak ikan
kepada kesihatan manusia,

e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/12496 1/2
12/23/21, 11:03 AM JAKIM : E-SMAF V1

Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa minyak ikan yang


diproses secara komersial dalam kuantiti yang melibatkan beribu-
ribu tan ikan tanpa dibuang perut atau najisnya adalah suci dan
halal dimakan.

Sumber:

http://mufti.pahang.gov.my/index.php/perkhidmatan/bahagian-
fatwa/keputusan-fatwa/17-2015/49-hukum-minyak-ikan-yang-
diproses-tanpa-dibuang-perut-atau-najisnya 

Klik disini untuk mencetak

Total Execution Time: 0.0488 seconds

e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/12496 2/2

Anda mungkin juga menyukai