Anda di halaman 1dari 3

12/23/21, 11:59 AM JAKIM : E-SMAF V1

Tajuk : Hukum Minum Ucap Selamat (Drinking A Toast) Dalam Majlis


Makan Beradab Angkatan Tentera Malaysia

Kategori: Makan dan Minum


Tahun: 2015
Status Pewartaan: Tidak Diwartakan
Negeri: Johor

Keputusan : Setelah dilihat dan dibahaskan dengan penuh penelitian, maka


Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 15 Rabiul Awal
1436 bersamaan 6 Januari 2015 telah membuat keputusan seperti
berikut:

“Hukum minum ucap selamat (Drinking a Toast) seperti yang dilakukan


dalam majlis makan beradab Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah
dilarang oleh syara’ kerana acara ini sememangnya tiada keselarian
dengan ajaran Islam.

Cara mengucapkan selamat dan kesejahteraan yang terbaik menurut


pandangan Islam adalah mendoakan seseorang dengan menyebut
nama mereka tanpa diikuti perbuatan atau ritual yang mengikuti
tradisi agama atau budaya lain khususnya yang berasal daripada adat
yang haram”.

Keputusan di atas adalah berdasarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Bercanggah dengan aqidah

Menurut tradisi Yunani, terdapat acara mengajukan minuman kepada


tiga tuhan mereka iaitu Mercury, Graces dan Zeus. Menurut “The
International Handbook On Alcohol And Culture” mengatakan bahawa
“toasting” adalah cerminan kepada tradisi Greek kuno iaitu meminum
dan menuang air bersempena acara korban yang di dalamnya air suci
dijamu kepada tuhan-tuhan mereka disamping darah dan arak sebagai
pertukaran kepada permintaan dan kata-kata yang diucapkan sebagai
doa untuk keselamatan dan kesihatan. Kepercayaan dan amalan ini

e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/15871 1/3
12/23/21, 11:59 AM JAKIM : E-SMAF V1

jelas mengandungi syirik kepada Allah dan semua perkara atau amalan
yang mengandungi ciri-ciri syirik adalah wajib ditinggalkan
berdasarkan firman Allah dalam surah Luqman ayat 13:

ii. Wujudnya tashbih (perbuatan menyerupai) amalan orang kafir

Walaupun majlis minum ucap selamat yang diadakan sekarang tidak


menggunakan arak sebagai minuman, namun dari segi hukum ia tetap
merupakan satu perbuatan yang ditegah kerana ia menuruti adat
kebiasaan orang kafir dalam melakukan perkara yang diharamkan oleh
syariat iaitu meminum arak. Ia termasuk dalam kategori perbuatan
menyerupai (tashbih) yang diharamkan oleh Islam. Jika dilihat dari
keseluruhan amalan minum ucap selamat selain dari tidak
menggunakan arak, keseluruhan amalan tersebut benar-benar
menyerupai amalan perbuatan “Drinking aToast” yang dilakukan oleh
orang barat.

Perbuatan menyerupai amalan haram yang dilakukan oleh orang kafir


adalah ditegah oleh Islam berdasarkan sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah
bersabda:

(‫من تشبه بقوم فهو منهم ( رواه ابو داود‬

Ertinya: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia adalah


sebahagian daripada mereka”

Walaupun hadis ini bersifat umum, namun makna atau implikasi


hukumnya dikhususkan berdasarkan hadis-hadis lain yang
mengandungi larangan nabi terhadap penyerupaan perkara khusus
seperti amalan agama dan juga perayaan yang dilakukan oleh orang
kafir yang menjadi sebahagian dari identiti penting (syiar) mereka. Ini
termasuklah pakaian yang digunakan dalam amalan keagamaan orang
kafir. Misalnya dalam hadis daripada Abdullah bin Amru bin al-As yang
mengatakan: Nabi melihatku ketika aku mengenakan dua helai
pakaian celupan, lalu baginda bersabda, “Sesungguhnya pakaian ini
adalah pakaian orang kafir, maka janganlah kamu memakainya.

iii. Sebahagian pandangan Ulama’ berkaitan minum ucap selamat

e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/15871 2/3
12/23/21, 11:59 AM JAKIM : E-SMAF V1

Menurut al-Iraqi, sekiranya seseorang meminum segelas air akan


tetapi diminum mengikut cara perkara yang haram seperti meminum
didalam gelas (yang biasanya) diletak arak dan didalam majlis seperti
majlis minum arak, maka ia menjadi haram disebabkan peniruannya
(tashbih) dengan meminum arak.

Imam an-Nawawi dalam kitabnya Raudhatul Tholibin mengatakan


perbuatan mengangkat atau memusing ( ‫ )ادارة كأس المْاء‬ketika minum
menyerupai cara peminum arak meminumnya termasuk dalam perkara
yang wajib dikenakan hokum ta’zir.

Menurut al-Bahuti, haram meniru perbuatan minum arak ( seperti


majlis keramaian yang melibatkan perbuatan mengangkat gelas sambil
menyebut atau melaungkan perkataan-perkataan tertentu). Pelakunya
perlu dihukum (ta’zir) walaupun air yang diminum adalah air yang
tidak haram ( ‫) مباح‬.

‫وهللا اعلم بالصواب‬

Klik disini untuk mencetak

Total Execution Time: 0.0486 seconds

e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/pr/15871 3/3

Anda mungkin juga menyukai