Anda di halaman 1dari 14

Pengajaran ayat:

1. Kita hendaklah menghindari perbuatan zina yang terkutuk kerana perbuatan


tersebut dapat menimbulkan pelbagai implikasi buruk kepada umat manusia .

Firman Allah Taala:


َ َ َ َ ُ َّ َ ِّ َْ ََ
‫احشةا َو َس َا‬
‫اء َس ِبيلا‬ ‫ل تق َر ُبوا الزنااۖ ِإن اه ك ا‬
ِ ‫ان ف‬ ‫وا‬
Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)
(Surah al-Isra’,‫ا‬17:32)
Telah Allah menyatakan secara jelas di dalam Al-Quran bahawa perbuatan zina itu bakal
mengundang pelbagai musibah kepada manusia. Sesungguhnya perbuatan zina
mengandungi impak buruk yang perlu dilihat dari tiga sudut, iaitu impaknya terhadap
agama, sosial dan kesihatan manusia. Dari aspek agama, zina mampu menyebabkan cahaya
iman dalam diri seseorang lenyap kerana Rasulullah SAW pernah bersabda yang membawa
maksud:‫“ا‬Tidak seseorang penzina ketika dia berzina, dia dalam keadaan seorang beriman.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

• Implikasi pertama : Kemunculan gejala penyakit pelik dan kronik

Rasulullah SAW bersabda,


َ َ ْ َ َ ْ َ ْ ُ َ ْ َ َ َّ ُ َ ْ َ ْ َ ُ ْ ُ َّ ْ ْ َ َ َّ َ ْ ُ ْ ُ ََّ َ ُّ َ ْ َ ُ َ َْ ْ َ ْ َ َْ
‫اف اأ ْسل ِف ِه ْما‬
ِ‫االطاعوناواْلوجاعاال ِ يّتاالماتكناقدامضت ي‬ ‫اافي ِهم‬ ِ َّ ‫ااإلافش‬
ِ ‫اابه‬
ِ ‫اف اقو ٍماقطاحّتايع ِلنو‬
‫ي‬ ِ ‫احشة‬
ِ ‫الماتظهراالف‬
َ
‫…ال ِذ ْي َن َامض ْوا‬

” Tidaklah nampak perbuatan keji (zina) di suatu kaum, sehingga dilakukan secara terang-
terangan kecuali akan tersebar di tengah-tengah mereka tha’un (wabah) dan penyakit-
penyakit yang tidak pernah menjangkiti generasi sebelumnya.”

[HR. Ibnu Majah, ash-Shahihah no. 106]

Hadis Rasulullah SAW tersebut merupakan salah satu bukti kebenaran mengenai penyakit
yang berkaitan dengan zina kerana di dalam hadis itu ada menjelaskan bahawa apabila
tersebarnya zina secara terang-terangan, akan muncul penyakit kronik yang tidak pernah
ada sebelumnya. Di zaman ini sudah terbukti melalui kemunculan penyakit akibat zina
(faahisyah) yang tersebar meluas seperti penyakit HIV AIDS, syphilis, gonore, herpes dan
sebagainya. Penyakit-penyakit ini disebut sebagai “penyakit kelamin” atau STD (Sexually
Transmitted Disease) kerana penyakit-penyakit ini menular melalui hubungan seksual.

Di era yang penuh pancaroba ini,semakin dapat kita lihat perbuatan zina malah
homoseksual sudah mula dilakukan secara terang-terangan tanpa sebarang segan silu
terhadap masyarakat sekeliling. Hal ini menyebabkan Allah telah menurunkan penyakit
kelamin atau STD sebagai hukuman terhadap perbuatanyang dilakukan oleh penzina. Para
ulama sering menjelaskan bahawa kita sudah berada di akhir di mana kita semakin
menghampiri hari kiamat. Di akhir zaman kelak, zina bakal dilakukan secara terang-
terangan bahkan perbuatan terkeji tersebut dilakukan di khalayak ramai dan orang terbaik
pada saat itu hanya mampu berkata:“Tolong jangan melakukannya di sini, lakukannya jauh
sedikit atau mungkin di sebalik tembok”

Nabi Muhammad pernah bersabda,

ُ َ‫ ﻓَﻴَﻜُﻮ ُﻥ ﺧِ ﻴ‬،‫ﻖ‬
‫ﺎﺭﻫُ ْﻢ ﻳَ ْﻮ َﻣﺌِ ٍﺬ َﻣ ْﻦ‬ ِ ‫ﻄ ِﺮﻳ‬ ُ ‫ﺍﻟﺮ ُﺟ ُﻞ ﺇِﻟَﻰ ْﺍﻟ َﻤ ْﺮﺃَﺓِ ﻓَﻴَ ْﻔﺘ َِﺮ‬
َّ ‫ﺷ َﻬﺎ ﻓِﻲ ﺍﻟ‬ َ ُ‫ ََﻟ ﺗ َ ْﻔﻨَﻰ ﻫَ ِﺬ ِﻩ ْﺍْﻟُﻣﺔُ َﺣﺘَّﻰ ﻳَﻘ‬،ِ‫َﻭﺍﻟَّﺬِﻱ ﻧَ ْﻔﺴِﻲ ﺑِﻴَ ِﺪﻩ‬
َّ ‫ﻮﻡ‬
َ َ َ‫ِِ ِِﺎ ََ ْﻟ ﺍﺬَﻫ‬
َ‫ ُُﻮﻘُﻳ‬: َ‫َﺍﺭ َﻭﺎ َﻬﺘ َ ْﻳ َﺭ َﺍﻭ ْﻮﻟ‬

"Demi jiwaku berada di dalam kekuasaan-Nya, tidak akan hancur umat ini sehinggalah
lelaki datang kepada perempuan, lalu dia menggaulinya (melakukan zina) di jalan. Orang
yang paling baik antara mereka ketika itu ialah orang yang berkata, '(Lebih baik) sekiranya
kamu menutupinya di belakang tembok ini (daripada melakukannya secara terang-terangan
begini)."
Menurut keratan akhbar Berita Harian Online (Julai 17, 2019) oleh Luqman Arif Abdul Karim,
sejumlah 3,293 kes HIV yang bersamaan dengan kadar 10 kes bagi setiap 100,000 penduduk
direkodkan di negara ini pada tahun 2018.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye pada ketika itu, berkata sebanyak 47 kes
daripada keseluruhan jumlah berkenaan membabitkan mereka yang berumur bawah 18
tahun.
Selain‫ا‬itu,‫ا‬rujukan‫ا‬medik‫ا‬terkemuka,‫ا‬Merck‫ا‬cetakan‫ا‬3/1977‫ا‬mengatakan:‫“ا‬Penyakit-
penyakit yang disebabkan oleh aktiviti seks (zina) dan hubungan seksual yang menyimpang
merupakan penyakit yang paling banyak tersebar di seluruh dunia pada ketika ini. Jumlah
penderita penyakit ini terus bertambah setiap tahun. Kejadian ini berlaku lebih kurang 20
tahun yang lalu. Badan Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan bahawa dalam setiap tahun
lebih dari 250 juta penderita penyakit kencing bernanah (gonorhea). Di samping itu, setiap
tahun seramai 50 juta orang dicatatkan menghidap penyakit Syphilis yang lebih terkenal di
negara-negara‫ا‬Arab‫ا‬dengan‫ا‬nama‫“ا‬Penyakit‫ا‬Eropah”.‫ا‬Pusat‫ا‬Pemusnahan‫ا‬Penyakit‫ا‬Kronik‫ا‬di‫ا‬
Atlanta, wilayah Georgia, AS mengira terdapat 3 juta orang di Amerika yang menderita
penyakit kencing bernanah (gonorhea) setiap tahun.

• Implikasi kedua: Menjatuhkan martabat diri dan keluarga


Firman Allah dalam Surah Al A’raf. Ayat 28 yang membawa maksud
“Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan
yang keji, mereka berkata: Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya dan Allah
perintahkan kami mengerjakannya. Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah
tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan
terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?”
Dalam ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa Allah amat mengeji perbuatan terkutuk
zina. Hal ini kerana zina akan menyebabkan martabat seorang penzina itu menjadi rendah
serta merosakkan imej keluarga dan agama akibat perbuatan tersebut. Menurut Statistik
Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2016, sebanyak 3,980 atau 28.8 peratus
daripada 13,831 remaja berusia antara 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah.
Statistik ini telah merekodkan lima negeri yang mencatatkan kes kehamilan remaja tertinggi
iaitu Sabah dengan jumlah 3,084 kes, diikuti Sarawak (2,910), Selangor (1,461), Johor (1,319)
dan Pahang, sebanyak 940 kes. Manakala Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga,
Kementerian Kesihatan Malaysia turut melaporkan 18,000 remaja hamil mendapatkan
perkhidmatan di klinik kesihatan kerajaan dalam setahun bermula dari tahun 2011 hingga
tahun 2013. Daripada jumlah itu, sebanyak 25 peratus (kira-kira 4,500 kes) membabitkan
remaja yang mengandung luar nikah. Secara purata, terdapat 1,500 kes remaja hamil setiap
bulan dan 50 kes sehari di seluruh negara.
Catatan statistik ini amatlah memeranjatkan ramai pihak kerana ia menunjukkan bahawa
rakyat Malaysia berada dalam krisis akhlak yang semakin membarah dan sangat
membimbangkan. Kes kehamilan luar nikah ini bukan sahaja melibatkan perbuatan zina
malah melibatkan kes rogol yang semakin meningkat dari sehari ke sehari bagai tiada
hujungnya. Walau bagaimanapun,berbalik kepada topik perbincangan mengenai zina,kadar
kehamilan yang melibatkan seks luar nikah atau bahasa mudahnya,zina yang semakin
mendarah daging dalam kalangan rakyat Malaysia tidak seharusnya dipandang sepi oleh
mana-mana pihak kerana perbuatan ini melibatkan maruah semua pihak termasuk
keluarga,masyarakat,negara dan agama.
Sudah menjadi lumrah masyarakat setempat yang akan lebih memandang serong
perempuan yang berzina lalu hamil luar nikah berbanding dengan penzina lelaki. Hal ini
kerana impak kepada perbuatan tersebut lebih jelas terlihat kepada penzina perempuan
seperti hamil luar nikah berbanding penzina lelaki. Selain itu, penzina perempuan dan kaum
keluarganya terutamanya ibu bapa akan lebih banyak menerima cemuhan daripada
masyarakat seperti jiran tetangga atas perbuatan tersebut kerana penzina perempuan itu
dianggap tidak pandai menjaga kehormatan diri dan tidak pandai menghargai harga diri
yang seharusnya dijunjung bagaikan mahkota di atas kepala manakala ibu bapa perempuan
akan dikatakan tidak pandai menjaga anak sehingga boleh berlakunya perbuatan terkutuk
itu.
Begitu juga setelah anak tersebut itu dilahir, sudah pasti anak tersebut berada dalam
gangguan mental dan emosi berikutan budaya dan agama yang mengharamkan perbuatan
seks luar nikah. Gangguan mental dan emosi pada pokok pangkalnya berpunca daripada
kutukan dan hinaan tiada habisnya daripada masyarakat kepada penzina perempuan dan
memanggil anak yang terhasil daripada hubungan luar nikah tersebut dengan panggilan
seperti anak haram, anak tak sah taraf dan anak penzina. Hal ini menyebabkan anak itu
merasakan dirinya berbeza daripada kanak kanak yang lain dan tidak layak untuk hidup di
atas muka bumi ini.
Keperibadian anak itu juga dipengaruhi oleh rangsangan dan layanan yang diberikan oleh
ibunya sejak dari dalam kandungan. Seharusnya seorang ibu mengandung memberi
rangsangan yang baik terhadap bayi kandungannya seperti berbicara dan membaca Al
Quran namun kebiasaannya ibu yang hamil luar nikah ini kurang memberi perhatian kepada
anaknya kerana mereka ingin mengganggap kehadiran anak itu tidak wujud sama sekali.
Implikasinya, mereka anggap merasa tersisih daripada keluarga sendiri dan menyebabkan
mereka terlibat dengan perbuatan salah laku seperti mencuri, merempit dan bergaduh
hanya semata-mata untuk meraih perhatian keluarga agar diberi lebih perhatian dan kasih
sayang yang diperlukan oleh mereka.

• Implikasi ketiga: Peningkatan statistik kes pembuangan bayi


Menurut kajian yang dilakukan oleh pihak saintis, penyakit kelamin seperti sifilis dan HIV
dapat disebarkan oleh ibu mengandung kepada kandungannya. Maka, sekiranya salah
seorang pasangan penzina menghidap penyakit kelamin seperti sifilis,sudah pasti bayi dalam
kandungan mempunyai risiko yang tinggi dalam mendapat jangkitan virus tersebut serta
akan menyebabkan bayi tersebut akan mengalami kecacatan yang teruk seperti cacat fizikal,
cacat mental atau penyakit AIDS yang disebabkan oleh Human Immunodeficiency Virus
(HIV).
Hal-hal seperti ini diyakini menjadi punca kepada peningkatan statistik kes pembuangan
bayi. Pada kebiasaannya, seseorang itu akan menggugurkan kandungannya atau membuang
bayi yang baru sahaja dilahirkan di kawasan seperti perkarangan masjid, semak-samun dan
tempat pembuangan sampah. Hal ini demikian kerana perempuan yang hamil luar nikah
tidak lagi mampu untuk menanggung malu atas perbuatannya. Maka, mereka mengambil
jalan pintas untuk mengeluarkan diri mereka daripada penderitaan akibat perbuatan
terkutuk dan untuk menghindari diri mereka daripada hinaan dan cemuhan tanpa
memikirkan mengenai dosa yang tidak tertanggung yang akan diberikan oleh Allah atas
perbuatan berzina dan pembunuhan dan kes-kes pembuangan bayi ini bukanlah suatu
perkara yang baharu dalam masyarakat Malaysia malah merupakan antara kes yang
semakin meningkat kadar statistiknya.
Walaupun pembuangan bayi merupakan suatu perkara yang menyayatkan hati dan tidak
berperikemanusiaan kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa,namun itulah realiti
sebenar yang harus kita terima. Menurut statistik dikumpulkan mendapati sejumlah 577 kes
pembuangan bayi dan janin direkodkan antara Januari 2014 hingga Disember 2018. Rekod
ini diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hasil kerjasama bersama Polis
Diraja Malaysia (PDRM) berdasarkan laporan diterima serta siasatan dilakukan sebelum ini.
Rekod menunjukkan sebanyak 103 kes buang bayi atau janin berlaku pada tahun 2014, 111
kes (2015), 115 kes (2016), 120 kes (2017) dan 128 kes (2018). Statistik menunjukkan kes
pembuangan bayi di negeri Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 135
kes dalam tempoh lima tahun itu diikuti Sabah (67 kes), Johor dan Kuala Lumpur (62 kes),
Kedah (42 kes), Perak (35 kes) dan Pahang (33 kes) sementara di Perlis mencatatkan jumlah
kes pembuangan bayi terendah iaitu sebanyak tujuh kes diikuti Terengganu (12 kes) dan
Melaka (13 kes). Daripada jumlah itu, sebanyak 435 bayi dibuang didapati merupakan bayi
yang baru dilahirkan manakala 142 lagi adalah dalam bentuk janin bayi. (Harian Metro,2019)
Firman Allah S.W.T
َ ‫الل َو‬ َ ُ َ ُ َ َ َ َ ََ ُ َ ّ ّ
ُ ِ ‫الي‬
‫وم‬ ُِ ‫نون ِب‬
ُ ‫ؤم‬ ِ ‫ن كنتم ت‬ُ ‫للا ِإ‬ ُ ‫ل ٰو ِح ُد ِّمنهمُا ِمائ ُة جلد ُةُۖ و‬
ُِ ُ‫ل تأخذكم ِب ِهما َرأفةُ فُ دين‬ ُ ‫اجلدوا ك‬
ِ ‫الزا ِن َيةُ َوالزانُ ف‬
َ َ َ َ َ َ
َُ ‫ؤم‬
‫ني‬ ُ ‫اآلخ ُرُۖ َوليشهد عذابهما طا ِئفةُ ِّم‬
ِ ‫ن الم‬ ِ
“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka rotanlah tiap-tiap seorang dari
keduanya seratus kali rotan, dan janganlah belas kasihan kepada keduanya mencegah kamu
untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah, dan hari akhirat, dan
hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang
beriman.”
(Surah an-Nur: ayat 2)
Ayat ini merupakan ayat mengenai hukuman ke atas penzina yang belum berkahwin (ghairu
muhsan). Penzina perempuan dan penzina lelaki harus dirotan 100 kali setiap seorang
menurut Hukum Hudud ini. Hukum Hudud merupakan hukum yang terdapat dalam Al-
Quran. Bagi penzina yang sudah berkahwin atau disebut sebagai muhsan, seperti yang
terdapat dalam sunnah iaitu rejam sampai mati. Hal ini kerana perbuatan merejam sampai
mati sudah dijalankan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan telah disambung pada zaman
khalifah Islam yang lain.
Pukulan rotan itu tidaklah kuat dan hanya boleh rasa di bahagian kulit sahaja. Maka rotan
kepada penzina ini bukanlah seperti rotan di penjara kita sekarang. Cara hukuman rotan
sekarang amat menyakitkan sehingga boleh melukakan kulit. Dalam Islam, cara sebegitu
tidak dibenarkan. Jika kita menurut kisah para sahabat, mereka hanya memukul
menggunakan selipar atau kain sahaja. Hal ini penting untuk diberitahu kerana ramai
manusia tidak tahu akan perkara ini. Mereka mengatakan agama Islam ini merupakan
agama yang kasar dan kejam kerana menyeksa manusia sahaja. Hal ini kerana mereka tidak
faham hukuman yang terdapat di dalam Islam. Lebih malang lagi, orang Islam sendiri pun
tidak tahu mengenai perkara ini. Maka, pukulan rotan itu kadangkala hanya dengan pelepah
tamar sahaja dan orang yang memukul itu lengannya tidak lepas dari sisi tubuhnya.
Maknanya, kalau dia mengepit buku di celah ketiaknya sambil memukul orang, buku itu
tidak jatuh. Maknanya, pukulan itu tidaklah sampai merosakkan kulit dan tidaklah lembut
sangat sampai tidak rasa dan tidak memberikan kesan langsung kepada penzina.
Sebagai hukuman tambahannya, penzina boleh dibuang selama satu tahun jauh dari
negerinya menurut pendapat sebahagian besar ulama.
Allah sangat mengecam perbuatan zina dan Allah menjadikan perbuatan ini sebagai dosa
yang akan segera diazab atau mendapat balasannya di dunia.
ُ َّ َّ َّ
‫ف اَ ا‬
‫ل اهللا ص ااَاْياُناـاُاِ همـا اهللا ي ا‬ ‫ـَل اللـهاَ قال رسـو ا‬
‫ع ا‬‫ي لاَاُ ا‬ ‫اإ ـلماَاَساِ اواْـهاَ ا‬: َ‫عاُاِ ياـاَـاناْثـناِا‬
‫اِّجل ا‬:‫ ر عن أبا بكة قال‬،
‫ع‬
‫ق ال اواُ اواُق اواَ ا‬
‫لاَاْاُ ا‬
‫اب )اْاَياِد ا ا‬
‫الـ اداْـي غاَ البـاِن (رواه الطب ي ا‬
Dari Ibnu Abi Barkah berkata, Nabi saw. bersabda:" Dua macam dosa yang disegerakan
balasannya oleh Allah, yaitu dosa zina dan durhaka kepada orang tua"
(Hadis Riwayat. AtThabrani)
Bentuk hukuman Allah di dunia terhadap pelaku zina di antaranya adalah celaan
masyarakat terhadap perempuan yang berzina dan mudah terkena penyakit kelamin serta
hukuman yang disabitkan dengan perbuatan jenayah oleh pihak berkuasa seperti dipenjara
atas kesalahan membunuh bayi.

2) Pengawalan nafsu amat penting dalam mengelakkan zina daripada berleluasa.


Firman Allah SWT yang membawa maksud:
“…sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan….”
(Surah Yusuf 12:53)
Ayat ini telah membuktikan secara jelas bahawa nafsu jika tidak dikawal dengan betul akan
menyebabkan timbulnya perasaan untuk melakukan maksiat kepada Allah Taala.
Dalam ayat yang lain, Allah S.W.T. menggambarkan keadaan orang yang menurut hawa
nafsunya,‫“ا‬Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan
hawa nafsunya; tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah kamu menjadi pengawas
yang menjaganya agar tidak sesat?”‫(اا‬Surah‫ا‬al-Furqan 25: 43)
Berdasarkan gambaran buruk yang diberikan oleh Allah SWT dalam ayat Al-Quran ini, maka
Nabi S.A.W. memberikan gesaan demi gesaan agar umat Islam bangkit untuk berjuang
menundukkan nafsu. Baginda menegaskan dalam sebuah Hadis daripada Ibn `Abbas R.A.,
“Sejahat-jahat musuh kamu ialah nafsu kamu sendiri yang berada antara dua rusuk kamu.”‫ا‬
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)
Dalam sebuah hadis yang lain, Baginda S.A.W. menjelaskan salah satu ciri kebijaksanaan
seseorang‫ا‬terletak‫ا‬pada‫ا‬kemampuannya‫ا‬menundukkan‫ا‬nafsunya.‫“اا‬Orang yang bijaksana
ialah yang berusaha menundukkan nafsunya dan beramal (dengan bersungguh-sungguh
bagi menyediakan) bekalan sesudah kematian. Manakala orang lemah ialah yang
membiarkan dirinya menuruti (kehendak) nafsunya dan berangan-angan terhadap Allah
(mengharapkan rahmat-Nya). “(Hadis Riwayat Al-Tirmizi)
Kegagalan pengawalan nafsu ini berpunca daripada perbuatan zina. Perbuatan zina bukan
hanya perbuatan seks di luar nikah. Zina menurut perspektif Islam terbahagi kepada lima
kategori iaitu zina mata, zina hati, zina tangan, zina lisan dan zina luar.

• Zina mata
Pancaindera mata merupakan antara salah satu kurniaan Allah yang amat istimewa kepada
hamba-hambanya kerana melalui pancaindera tersebut, setiap manusia yang dikurniakan
pancaindera tersebut akan dapat melihat serta mengagumi keindahan ciptaan Allah SWT
yang dihiasi dengan pelbagai jenis flora dan fauna di atas muka bumi serta keunikan planet-
planet yang terdapat di luar angkasa.
Walau bagaimanapun, dalam kita meniti arus kemodenan kini dengan lambakan media
sosial yang menjadi suapan setiap manusia menjadikan perintah untuk menundukkan
pandangan itu menjadi lebih sukar. Hal ini kerana kewujudan media sosial ini menjadi
medium kepada berlakunya zina mata di mana hampir majoriti penduduk di dunia ini
mempunyai media sosial dan mereka menggunakannya sebagai platform untuk
mempamerkan hal-hal kehidupan mereka termasuk mempamerkan wajah mereka untuk
dijadikan sebagai tontonan umum.
Menerusi firman Allah SWT bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) kepada lelaki
yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada apa yang tidak halal
melihatnya) dan memelihara kehormatan (daripada apa saja yang tidak halal
melakukannya)." (Surah an-Nur, ayat 30)
Menerusi ayat ini dapat kita fahami bahawa Allah SWT memerintahkan setiap hamba-Nya
yang beriman supaya mememelihara pandangan mata daripada melihat yang haram dan
menjaga kemaluan daripada melakukan sesuatu yang haram. Oleh itu, adalah satu
kewajipan kepada setiap umat Islam untuk mentaati perintah Allah SWT untuk mengelakkan
diri daripada mendapat kemurkaan Allah seterusnya dikenakan azab api neraka.
Daripada Saidina Huzaifah Yamani RA berkata, Rasulullah SAW bersabda dengan maksud:
"Sesungguhnya melihat kepada tempat yang elok yang ada pada tubuh perempuan adalah
seperti anak panah beracun daripada anak panah iblis (kerana sangat cepat ia
membinasakan), terselamatlah sesiapa yang meninggalkannya (kerana takut Allah)". (Ihya
Ulumuddin)
Hadis ini memberi gambaran yang jelas bahawa pandangan mata itu jika tidak dijaga
mengikut landasan iman dan takwa yang betul adalah sama seperti racun yang akan
merebak di dalam badan, sekali gus membinasakan tubuh seseorang hamba kerana
pandangan maksiat terhadap perkara yang haram baginya.
Selain itu, Rasulullah SAW bersabda: "Setiap anak Adam ada bahagiannya daripada zina,
kedua-dua mata berzina dan zina keduanya adalah melihat (kepada sesuatu yang haram).
Kedua-dua tangan berzina dan zina keduanya adalah memegang (kepada sesuatu yang
haram atau menggunakannya secara salah). Kedua-dua kaki berzina dan zina keduanya
adalah berjalan (ke tempat yang haram). Mulut berzina dan zinanya adalah mengucup
(sesuatu yang haram). Hati menginginkan sesuatu dan kemaluan akan membenarkannya
(iaitu dengan melakukan zina) atau mendustakannya (dengan tidak melakukannya)."
(Hadis Riwayat Imam Muslim dan Imam Al-Baihaqi).
Dalam aspek ini, orang beriman bukan saja perlu menjaga dan mengawasi anggota zahir,
malah lebih penting menjaga dan mengawasi hatinya kerana ia raja kepada seluruh anggota
lain.

• Zina hati
Dari Abu Hurairah R.A, Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah telah menakdirkan bahwa pada setiap anak Adam memiliki bagian
dari perbuatan zina yang pasti terjadi dan tidak mungkin dihindari. Zinanya mata adalah
penglihatan, zinanya lisan adalah ucapan, sedangkan nafsu (zina hati) adalah berkeinginan
dan berangan-angan, dan kemaluanlah yang membenarkan atau mengingkarinya” (HR.
Bukhari dan Muslim).
Hadis di atas menjelaskan kepada kita mengenai hakikat sebenar zina hati yang sering
dilakukan oleh kebanyakan manusia. Apabila kita membayangkan kita melakukan sesuatu
yang haram, yang membangkitkan syahwat, sama ada dengan berlainan jantina atau sesama
jantina, itulah hakikat sebenar zina hati. Nabi Muhammad SAW bersabda dalam hadis lain
yang membawa maksud,‫“ا‬Mata itu berzina, hati juga berzina. Zina mata dengan melihat
(yang diharamkan), zina hati dengan membayangkan (pemicu syahwat yang terlarang).
Sementara kemaluan membenarkan atau mendustakan semua itu,” (Hadis Riwayat Imam
Ahmad).
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya ALLAH telah
menetapkan bahagian 'zina' untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak
boleh dihindari, maka 'zina' mata dengan melihat, 'zina' lidah dengan ucapan, 'zina' hati
dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan
semua itu atau mendustakannya." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Zina hati boleh berlaku apabila kita berharap, membayangkan dan merasakan syahwat.
Sama juga dengan hal apabila kita membayangkan aurat seseorang itu sehingga merangsang
syahwat dan berharap untuk berdua-duaan yang akhirnya mencetuskan perbuatan zina.
Oleh kerana itu, segala perilaku yang boleh mengundang perbuatan zina adalah haram
hukumnya. Sebagai contohnya, menonton video lucah lalu membayangkan perbuatan
tersebut.
Kita seringkali mendengar ayat seperti “jatuh‫ا‬cinta‫ا‬itu‫ا‬zina‫ا‬hati” dan “membayangkan‫ا‬
seseorang‫ا‬itu‫ا‬haram”. Ianya seolah-olah satu pasakan minda yang telah ditanam oleh orang-
orang terdahulu namun hakikat sebenar apa yang diperkatakan oleh mereka itu tidak tepat
sama sekali. Bagi mereka, jatuh cinta dan membayangkan seseorang itu merupakan zina hati
kerana kita mengingati, merindui dan menginginkan pasangan kita. Namun kita harus
berbalik semula kepada niat asal atau tujuan asal wujudnya perasaan tersebut. Adakah
benar kerana nafsu? Jika benar,maka akan jatuh kepada hukum haram. Jika bukan kerana
nafsu, maka tidak akan timbul sebarang permasalahan dalam kes ini asalkan niat kita tidak
ke arah ingin menimbulkan nafsu syahwat. Seharusnya kita memahami konsep sebenar zina
hati dan bukan hanya menetapkan semua perkara yang melibatkan ajnabi itu berkaitan
dengan zina semata-mata. Walau bagaimanapun, kita sebagai hamba allah yang beriman
tidak seharusnya terlalu mengingati dan mencintai makhluk Allah melebihi Sang
Penciptanya.

• Zina tangan
Sabda Rasulullah Saw dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Tercatat atas anak Adam
nasibnya dari perzinaan dan dia pasti mengalaminya. Kedua mata zinanya melihat, kedua
teling zinanya mendengar, lidah zinanya bicara, tangan zinanya memaksa (memegang
dengan keras), kaki zinanya melangkah (berjalan) dan hati yang berhazrat dan berharap.
Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kelamin atau digagalkannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari).
Zina tangan yang dimaksudkan dalam hadis diatas merujuk kepada perbuatan menyentuh
seseorang bukan mahram dengan nafsu syahwat dan bukannya menyentuh seseorang itu
tanpa berasaskan sebarang perasaan hawa nafsu seperti bersalaman tanpa sebarang
cetusan syahwat. Zina tangan juga merujuk kepada perbuatan masturbasi atau onani yang
biasa dilakukan dengan tangan mereka sendiri dengan tujuan memuaskan hawa nafsu
sendiri.
Menurut perspektif dan pandangan Islam, menyentuh ajnabi merupakan perbuatan yang
haram apatah lagi bersertakan dengan hawa nafsu yang memuncak. Rasulullah SAW pernah
bersabda dalam sebuah hadis, “Ditusuknya kepala seseorang dengan pasak dari besi,
sungguh lebih baik baginya daripada menyentuh wanita yang bukan mahramnya.”
(Hadis Riwayat Thobroni)
Hal ini jelas diceritakan oleh Rasulullah SAW bahawa adalah lebih baik kepala seseorang itu
ditusuk dengan besi daripada menyentuh seseorang bukan mahram di mana bakal berakhir
menjadi zina.
Beralih pula kepada perbuatan onani atau masturbasi, perilaku ini sering dikaitkan dengan
zina tangan dan hukumnya haram. Firman Allah SWT dalam surat Al Mukmin ayat 5 sampai
7 yang menyatakan bahwa bersetubuh hanya halal jika dilakukan dengan isteri atau budak
yang mereka miliki dan tidak dengan menggunakan tangan.
“dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau
hamba sahayanya. Maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada terceIa. Barangsiapa
mencari yang di balik itu. Maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas” (Surah
Al Mukminun: ayat 5 – 7)
Menurut mazhab Hambali dan Hanafi, perbuatan masturbasi itu diperbolehkan dengan
syarat untuk mengelakkan diri daripada terjerumus dengan perbuatan zina sekiranya
mereka tidak mempunyai isteri atau hamba sahaya.
Walau bagaimanpun, hendaklah kita menjauhi perbuatan yang berkaitan zina tangan kerana
meski dosanya tidak sebesar zina kemaluan namun tetap jua zina tangan ini mendorong
kepada zina kemaluan yang akhirnya menyebabkan seseorang itu mendapat kemurkaan
Allah.

3) Kita perlulah mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan zina.


Firman Allah Taala:
َ َ َ َ ُ َّ َ ِّ َْ ََ
‫احشةا َو َس َا‬
‫اء َس ِبيلا‬ ‫ل تق َر ُبوا الزنااۖ ِإن اه ك ا‬
ِ ‫ان ف‬ ‫وا‬
Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)”
(Surah al-Isra’,‫ا‬17:32)
Allah SWT telah menyatakan secara jelas bahawa zina itu merupakan suatu perkara yang
keji dan boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia. Maka, seharusnya kita
mengelakkan diri daripada terlibat dengan perbuatan zina tidak kira sama ada dari segi
َْ ََ
fizikal atau mental. Ayat ‫ل تق َر ُبوا‬
‫ و ا‬atau‫ا‬maksudnya‫“ا‬dan‫ا‬janganlah‫ا‬kamu‫ا‬menghampiri”‫ا‬
sudah jelas dinyatakan bahawa segala perkara yang boleh membawa kita dekat kepada
zina adalah dilarang sama sekali dalam Islam. Untuk mengelakkan diri daripada zina, kita
haruslah membuat langkah pencegahan seperti menjaga kehormatan diri dan
mendekatkan diri kepada Allah.

• Menjaga kehormatan diri


Sebagai umat Islam yang taat kepada Allah SWT, kita diwajibkan untuk memelihara diri
daripada melakukan perkara yang diharamkan dan dilarang keras oleh Allah SWT seperti
mana yang dituntut di dalam agama.
Di dalam satu hadis ada menyebut bahawa Allah SWT telah berfirman yang membawa
maksud: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan nilai kebaikan dan kejahatan, kemudian
Dia menjelaskannya. Maka barangsiapa berniat mengerjakan kebaikan tetapi tidak
dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat
untuk berbuat kebaikan lalu ia mengerjakannya, Allah mencatatnya sebagai 10 sampai 700
kali kebaikan atau lebih banyak lagi. Jika ia berniat melakukan kejahatan, tetapi ia tidak
mengerjakannya, Allah mencatatkan padanya satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat
melakukan kejahatan lalu dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kejahatan.”
[Hadis Riwayat al-Bukhari (6491) dan Muslim (131)]
Dalam usaha untuk menjaga kehormatan diri, kita seharusnya peka serta memahami akan
perkara-perkara yang perlu dititikberatkan dalam memelihara kehormatan diri. Allah SWT
telah menetapkan di dalam ayat al-Quran iaitu surah al-Nur, ayat 30 hingga 31. Kita
seharusnya menjaga kelima-lima pancaindera seperti penglihatan,
pendengaran,percakapan, pendengaran dan sentuhan daripada melakukan larangan-
larangan Allah SWT serta menutup aurat dengan sempurna mengikut yang telah ditetapkan
dalam tuntuan agama dan menjaga maruah diri tanpa mengira jantina lelaki atau
perempuan.
Dalam kewajipan menundukkan pandangan, ianya perlulah bermula daripada lelaki kerana
menundukkan pandangan merupakan satu kewajipan bagi kaum Adam. Pandangan lelaki
perlu dijaga kerana nafsu lelaki sukar dikawal apabila melihat sesuatu pandangan yang
mampu menaikkan syahwat sehingga boleh menyebabkan timbulnya fitnah. Sebagai contoh
jika seorang lelaki memandang aurat wanita, mereka sukar untuk mengawal nafsu dan
berterusan memandang wanita tersebut. Walau bagaimanapun, pandangan pertama tidak
berdosa dan dimaafkan kerana ingin mengenali wajah. Namun pandangan kedua dan
seterusnya,adalah dilarang kerana bimbang akan berlakunya perkara yang tak diingini
seperti berzina.
Kaum hawa pula diperintahkan dan diwajibkan untuk menutup aurat mereka dengan
sempurna. Hal ini kerana menutup aurat dengan sempurna dapat menjadi benteng
pertahanan diri kaum Muslimah dalam mengelakkan berlakunya kes penzinaan. Kaum
wanita diwajibkan untuk menutup aurat seperti yang telah ditetapkan iaitu melabuhkan
tudung hingga ke paras dada, labuh baju haruslah menutupi bahagian punggung serta hanya
boleh menampakkan bahagian muka dan pergelangan tangan. Orang perempuan tidak
boleh menampakkan aurat kepada lelaki ajnabi kecuali kepada beberapa orang tertentu
iaitu lelaki mahram mereka seperti ayah kandung dan mertua, suami, adik-beradik lelaki dan
anak tiri lelaki. Sekiranya pakaian yang hendak dipakai itu dikhuatiri boleh mendatangkan
fitnah dan menampakkan susuk tubuh, adalah lebih baik tidak memakainya agar maruah diri
sebagai kaum hawa dapat dipelihara dengan sebaiknya. Hal ini kerana Allah telah
meletakkan darjat wanita di suatu darjat tinggi dan janganlah kita sebagai seorang wanita
menjatuhkan darjat diri kita sendiri.
Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda dalam hadis yang‫ا‬bermaksud:‫“ا‬Apa‫ا‬yang‫ا‬aku‫ا‬larang
kamu lakukan, hendaklah kamu jauhi dan apa yang aku perintahkan kepadamu, maka
lakukanlah‫ا‬sesuai‫ا‬kemampuan‫ا‬kamu.”‫(اا‬HR‫ا‬Muslim,‫ا‬1337)
Maka, kita sebagai umat Islam hendaklah menjaga pandangan dan menutup aurat dengan
sempurna agar dapat menjaga batas antara lelaki dan perempuan serta mengelakkan
berlakunya zina.

• Sentiasa beribadah kepada Allah


Firman Allah SWT:
َ ْ َ َْ َ ْ َ َ َ َّ َّ
‫ه َعنا ٱلف ْحش ِا‬
‫آء َاوٱل ُمنك ار‬ ‫لصل ٰو اة تن ٰا‬ ‫نٱ‬
‫ِإ ا‬
Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan
mungkar.
(surah al-Ankabut ayat 45)
Allah telah menerangkan secara jelas di dalam ayat Al-Quran bahawa dengan
memperbanyakkan solat dapat mencegah diri seseorang daripada melakukan kemungkaran
dan kemaksiatan kepada Allah. Hal ini kerana apabila solat, kita secara tidak langsung telah
mendekatkan diri kepada Allah dan berasa takut untuk melakukan dosa yang akan
menyebabkan kita mendapat kemurkaan Allah SWT.
Selain itu, kita boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dengan cara berpuasa.
Dengan berpuasa, seseorang itu dapat melemahkan hawa nafsunya daripada melakukan
perkara maksiat. Hal ini kerana iman yang dimiliki oleh umat Islam dapat mencegah mereka
daripada melakukan perkara yang digemari oleh mereka seperti makan dan minum.
Sekiranya mereka berjaya menahan nafsu tersebut ketika berpuasa, sudah tentu mereka
boleh menahan diri daripada terus melakukan kemungkaran kepada Allah seperti terjebak
dalam kancah penzinaan. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam hadis yang bermaksud:
"Wahai sekalian pemuda, siapa diantara kalian telah mempunyai kemampuan, maka
hendaklah ia menikah, karena menikah itu dapat menundukkan pandangan, dan juga lebih
bisa menjaga kemaluan. Namun, siapa yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, sebab
hal itu dapat meredakan nafsunya."
(Hadis Riwayat al-Bukhari, 4678)
Maka dari situ terbuktilah secara jelas bahawa berpuasa mampu mengelakkan diri daripada
melakukan maksiat yang boleh membinasakan diri sendiri.
Walau bagaimanapun, langkah pencegahan maksiat ini berbalik kepada diri seseorang itu
sendiri dalam usaha untuk mengelakkan diri daripada terlibat secara langsung dalam
lembah penzinaan. Jika diberikan beratus-ratus ayat Al-Quran dan hadis mengenai
bahayanya zina tetapi tidak diambil serius oleh umat Islam itu sendiri, amat sukarlah untuk
meneruskan usaha mencegah zina daripada berleluasa. Namun, kita sebagai khalifah Allah
tidak seharusnya berputus asa dalam memberi dakwah tentang perintah dan larangan Allah
SWT dalam memastikan umat Islam akan terus mendapat kerahmatan daripada Allah Taala.
RUJUKAN
https://cahayapurnama.com/zina-akan-menghancurkan-fitrah-hidup/
https://www.google.com/search?q=hadis+rasulullah+mengenai+zina&oq=hadis+rasulullah+
mengenai+zina&aqs=chrome..69i57j0i22i30i457.6920j0j15&sourceid=chrome&ie=UTF-8
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/03/542400/berbangga-buat-dosa-
tanda-fitrah-diri-rosak
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2606-al-kafi-812-kesan-buruk-zina
https://www.ruangmuslimah.co/31994-sepuluh-penyakit-akibat-zina
https://muslim.or.id/51884-penyakit-ganas-akibat-tersebarnya-zina-secara-terang-
terangan.html
https://drtanandpartners.com.my/apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang-penyakit-kelamin/
https://www.hmetro.com.my/addin/2020/07/597993/tanda-kiamat-zina-bermaharajalela
https://www.google.com/search?sxsrf=ALeKk00ffGJM7CpLSVp8l6lxS-
flhj0opw%3A1606591146197&ei=qqLCX5bDC7Xfz7sPruic4Ao&q=hadis+riwayat+abu+ya%27
la+mengenai+zina&oq=hadis+riwayat+abu+ya%27la+mengenai+zina&gs_lcp=CgZwc3ktYWI
QAzIFCCEQoAE6BAgjECc6CQgAEMkDEBYQHjoICAAQFhAKEB46CwgAEMkDEBYQChAeOggIIR
AWEB0QHjoECCEQFToHCCEQChCgAVDgcljilAFg55oBaAFwAHgAgAGYAYgBlQySAQQzLjExmA
EAoAEBqgEHZ3dzLXdpesABAQ&sclient=psy-ab&ved=0ahUKEwiWwMW0-
qXtAhW173MBHS40B6wQ4dUDCA0&uact=5
https://www.statista.com/statistics/999241/sexually-transmitted-disease-cases-malaysia/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/586082/3293-kes-hiv-direkod-pada-
2018
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/gejala-keruntuhan-moral/
https://kangaswad.wordpress.com/2009/10/14/hadits-hadits-tentang-zina/
http://gigitankerengga.blogspot.com/2012/10/kesan-zina-yang-wajib-kita-
ketahui_7845.html#!/tcmbck
http://azlanyusof.blogspot.com/2011/03/jangan-kamu-hampiri-zina-analisis.html
http://www.riaubook.com/berita/39573/bahaya-perbuatan-zina-hancur-martabat.html
https://dosenpsikologi.com/dampak-psikologis-anak-di-luar-nikah
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/04/448917/buang-bayi-setiap-3-hari
http://www.myhealth.gov.my/en/sifilis/
https://www.hmetro.com.my/addin/2020/07/595738/elakkan-kita-dikuasai-nafsu-syahwat
https://www.hmetro.com.my/addin/2020/06/591333/menjaga-mata-daripada-melihat-
maksiat
https://www.sinarharian.com.my/article/36416/LIFESTYLE/Sinar-Islam/Jauhi-zina-hati
https://medium.com/@punyakakset/apa-itu-zina-hati-5d4c48c1d395
http://dahagakan-ilmu-islam.blogspot.com/2011/12/maksud-sebenar-zina-hati.html
https://redaksi.my/5686-dalam-menjaga-pandangan-ia-perlu-dimulakan-dari-lelaki-
kemudian-perempuan-habib-ali-zainal-abidin
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1696-apakah-maksud-ayat-jangan-dekati-
zina
https://dalamislam.com/hukum-islam/hukum-zina-tangan
https://palembang.tribunnews.com/2017/07/05/pernah-lakukan-zina-segeralah-taubat-
dan-lakukan-3-amalan-ini-jika-tak-mau-diazab
https://www.hmetro.com.my/addin/2019/05/455618/kebaikan-berpuasa-kepada-manusia
https://ikimfm.my/didik-hawa-nafsu-penentu-kebahagiaan-di-dunia-dan-akhirat/
https://today.salamweb.com/ms/pentingnya-memelihara-kehormatan-diri/

Anda mungkin juga menyukai