Anda di halaman 1dari 43

MBE12103 KAEDAH DAN PEMBANGUNAN DALAM PENYELIDIKAN

SEMESTER 1 SESI 2020 / 2021

RESEARCH PROPOSAL

IMPAK KEBIMBANGAN TERHADAP KERJAYA DI TAPAK


PEMBINAAN YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KERJAYA BUKAN
JURUTERA DALAM KALANGAN PELAJAR WANITA
KEJURUTERAAN

LECTURER: PROF DATIN TS DR NORAINI BINTI KAPRAWI

NAMA PELAJAR: NUR FAZLIN BINTI MOHD AZIZ


BAB I

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Sudah menjadi kebiasaan bagi mahasiswa untuk menerima persoalan-persoalan daripada mulut
masyarakat berkenaan bidang kerjaya yang akan mereka ceburi selepas tamat daripada
pengajian. Bidang pengkhususan diibaratkan titik awal trajektori kerjaya (Scott & Ciani, 2008).
Namun begitu, hujah berkenaan pengaruh bidang pengkhususan dalam menentukan pemilihan
kerjaya didapati tidak sejagat. Dalam kajian Lichtenstein (2009), membuktikan bahawa bukan
semua pelajar yang mengkhusus dalam bidang kejuruteraan berakhir dengan karier sebagai
jurutera.

Setiap pelajar mempunyai impian untuk memperoleh kerjaya yang baik selepas tamat
pengajian dan dapat menjamin masa depan diri sendiri serta keluarga. Pemilihan sesuatu kerjaya
memerlukan persediaan yang mencukupi supaya kerjaya yang diimpikan menjadi kenyataan.
Oleh itu, pembentukan perlu dirancang dengan sebaik mungkin agar bersesuaian dengan
kebolehan diri, kepuasan dan jaminan masa hadapan. Perasaan bimbang atau kebimbangan
merupakan suatu pengalaman yang tidak menyenangkan dalam kehidupan manusia (Sidek,
2006). Perasaan bimbang ini akan membuatkan manusia hidup dalam keadaan seperti kerisauan,
ketakutan dan tekanan. Kebimbangan adalah termasuk dalam jenis-jenis gangguan emosi (Omar
& Mustaffa, 2006) iaitu yang paling kerap dialami oleh pelajar di institusi pengajian tinggi awam
(IPTA). Jenis gangguan emosi yang turut dialami oleh pelajar adalah cepat marah, kemurungan,
perasaan bersalah, mudah putus asa, ketakutan, benci, cemburu dan trauma.
Peranan wanita sebagai seorang isteri dan ibu bertukar kepada pekerja adalah
dipengaruhi oleh perubahan sosial dan ekonomi (Abdullah, 1985). Pada zaman dahulu, wanita
dilihat menjalankan peranan dalam rumah tangga yang bersifat asas dan fundamental kemudian
berkembang sejajar dengan perkembangan keupayaan wanita dalam pendidikan dan ekonomi
sebagai sumber manusia atau guna tenaga mahir negara (Bushrah, 2006). Wanita pada hari ini
menjadi sebahagian daripada penyumbang utama ke arah mencapai status negara maju dengan
berkecimpung dalam lapangan pekerjaan yang lebih tinggi dan mencabar (Basri, 2009). Kerjaya
yang kebanyakannya dimonopoli oleh kaum lelaki ternyata memberi cabaran yang lebih hebat
kepada wanita. Namun, terdapat sesetengah wanita yang memilihnya demi minat dan kepuasan
diri (Bushrah, 2006).

Dalam menempuh era globalisasi, penyertaan tenaga buruh wanita tidak lagi asing
dalam norma masyarakat kini. Dalam Prospek, penyertaan tenaga buruh wanita telah mencatat
peningkatan daripada 44.5 peratus pada tahun 2000 kepada 49.0 peratus pada tahun 2010 dan
kadar tersebut terus bertambah dengan adanya pemulihan ekonomi kepada 5.7 peratus pada
tahun 2010. Dalam Rancangan Malaysia Ke-11, pihak kerajaan berusaha meningkatkan
pembangunan modal insan yang menumpukan kepada pembelajaran sejak lahir hingga ke akhir
hayat yang akan meningkatkan produktiviti, menghasilkan tenaga kerja yang berkemahiran
tinggi dan mencipta kitaran perwujudan pekerjaan berterusan. Inisiatif utama merangkumi
pendidikan untuk siswazah abad ke-21 yang akan menyediakan siswazah untuk menghadapi
masa hadapan yang dinamik melalui penerapan pengetahuan dan kemahiran yang kritikal, serta
memupuk etika dan akhlak. Seiring dengan wawasan 2020, negara memerlukan lebih ramai
tenaga mahir dalam bidang kejuruteraan justeru, penglibatan pelajar wanita dalam bidang ini
amatlah digalakkan. Namun begitu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kebimbangan
pelajar wanita untuk menceburi kerjaya di tapak pembinaan antaranya ialah keadaan di tapak
pembinaan itu sendiri, faktor keluarga, kemudahan di tapak pembinaan dan yang paling
dikhuatiri oleh golongan pelajar wanita adalah gangguan seksual.

Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, terdapat wanita yang mampu


bertahan dan mampu bersaing dengan kerjaya didominasikan lelaki, dan ada di antara wanita
yang tidak mampu bertahan menghadapi cabaran di dalam profesion kerjaya ini.
1.2 LATAR BELAKANG MASALAH

Masalah kesukaran mendapat pekerjaan atau lebih dikenali dengan pengangguran di kalangan
siswazah di Malaysia didapati semakin meningkat setiap tahun. Statistik dari Jabatan Perangkaan
Malaysia menunjukkan jumlah graduan yang menganggur di negara ini pada tahun 2018 adalah
seramai 162 ribu orang, meningkat 4.6 peratus daripada tahun 2017 iaitu 154.9 ribu orang.
Sebanyak 56.9 peratus siswazah menganggur adalah perempuan berbanding 43.1 peratus
siswazah lelaki. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, siswazah ialah orang yang telah lulus
dalam peperiksaan terakhir di universiti. Pengangguran pula membawa maksud keadaan orang
yang tidak mempunyai pekerjaan.

Jadual 1.1 menunjukkan bilangan peratus graduan keluaran 2018 mengikut bidang
pengajian utama dan jantina. Berdasarkan hasil kajian pengesanan graduan 2018 (Kementerian
Pengajian Tinggi Malaysia, 2018), tiga bidang pengajian tertinggi bagi lulusan Doktor Falsafah
(Ph.D) di Universiti Awam adalah dalam bidang kejuruteraan, pembuatan dan pembinaan, iaitu
26.2 peratus, bidang sains sosial, perniagaan dan perundangan (23.6 peratus) dan bidang sains,
matematik dan komputer sebanyak 21.8 peratus. Graduan lelaki melebihi perempuan bagi semua
bidang pengajian, kecuali bidang kesihatan dan kebajikan dan bidang pendidikan. Bagi lulusan
Sarjana Universiti Awam 2018, graduan bidang sains sosial, perniagaan dan perundangan
merupakan kumpulan terbesar, iaitu sebanyak 28.5 peratus, diikuti bidang kejuruteraan,
pembuatan dan pembinaan (19.6 peratus) dan pendidikan sebanyak 16.9 peratus. Graduan
perempuan melebihi lelaki dalam semua bidang pengajian, kecuali bagi bidang perkhidmatan.
Tiga kelompok utama graduan ijazah pertama di UA tahun 2018 adalah dalam bidang sains
sosial, perniagaan dan perundangan, iaitu sebanyak 34.8 peratus, diikuti bidang kejuruteraan,
pembuatan dan pembinaan (23.8 peratus) dan bidang sains, matematik dan komputer sebanyak
15.2 peratus. Graduan lelaki melebihi perempuan dalam bidang kejuruteraan, pembuatan dan
pembinaan.
Jadual 1.1 Bilangan Peratus Graduan Keluaran 2018 mengikut bidang pengajian utama dan jantina.

Bilangan (%)

Bidang Pengajian
Umum Doktor Sarjana Ijazah Jantina
Falsafah
(Ph.D)

Jumlah Lelaki Perempuan

Kejuruteraan, 26.2 19.6 23..8 Ph.D = 58.3 Ph.D = 58.0


pembuatan dan Sarjana = 49.4 Sarjana = 58.0
pembinaan Ijazah = 50.3 Ijazah = 98.6

Sains sosial, 23.6 28.5 34.8 Ph.D = 58.9 Ph.D = 50.0


perniagaan dan Sarjana = 38.2 Sarjana = 50.0
perundangan Ijazah = 26.9 Ijazah = 98.1

Sains, matematik 21.8 14.3 15.2 Ph.D = 52.9 Ph.D = 52.7


dan komputer Sarjana = 35.2 Sarjana = 84.4
Ijazah = 30.5 Ijazah = 98.5

Pendidikan 8.6 16.9 5.5 Ph.D = 48.3 Ph.D = 66.8


Sarjana = 23.1 Sarjana = 94.1
Ijazah = 25.5 Ijazah = 95.5

(Sumber dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2018))

Berdasarkan statistik dalam Jadual 1.1, terdapat sebilangan besar wanita yang
menceburkan diri di dalam bidang kejuruteraan, dan ini menunjukkan potensi kaum wanita untuk
memonopoli bidang ini yang dulunya lebih banyak diceburi oleh kaum lelaki (O'Neil &
Bilimoria, 2005). Namun, dalam kajian Fouad & Singh (2011), turut menunjukkan situasi di
Amerika Syarikat lebih daripada 20% graduan kejuruteraan di universiti adalah wanita, namun
hanya 11% menjadikan jurutera sebagai kerjaya. Dalam kajian tersebut turut mendapati, terdapat
kumpulan wanita yang memperoleh ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan tetapi namun tidak
pernah memasuki bidang ini. Laporan Tahunan Lembaga Jurutera Malaysia (2018) telah
menunjukkan Malaysia kekurangan jurutera wanita berdasarkan jumlah enrolmen jurutera
siswazah berdaftar dapat dilihat jumlah jurutera siswazah lelaki lebih ramai berbanding wanita.
Manakala, hingga tahun 2018 hanya terdapat 28% jurutera siswazah wanita sahaja yang
berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia.

Situasi ini akan berada akan menjadi permasalahan yang semakin membimbangkan
apabila jumlah pelajar wanita di dalam bidang kejuruteraan ini meningkat, sedangkan jumlah
jurutera wanita adalah tidak sebanding dengan jumlah kemasukan pelajar (Ismail, 2003). Senario
ini perlu dibendung sebelum menjadi semakin parah. Punca dan faktor penyebab haruslah
dikenalpasti bagi mengurangkan kerugian terhadap modal insan negara.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Salah satu pembangunan kerjaya pelajar adalah pilihan kerjaya iaitu berkaitan dengan kerjaya
membuat sesuatu keputusan. Kegagalan untuk memutuskan apa pekerjaan dikenali sebagai
kebimbangan kerjaya. Secara amnya, kebimbangan kerjaya ditakrifkan sebagai ketidakupayaan
untuk membuat keputusan mengenai kerjaya. Walker & Tracey (2012) menyatakan bahawa
pelajar wanita didapati kekurangan dari segi kesediaan terhadap penentuan kerjaya masa depan
berbanding pelajar lelaki dan hal ini akan memberi impak kepada kerjaya mereka pada masa
akan datang. Berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan jumlah pelajar wanita semakin
meningkat setiap tahun di dalam kursus kejuruteraan, namun begitu, didapati jumlah jurutera
adalah kurang jika dibandingkan dengan jumlah kemasukan pelajar wanita di dalam bidang ini.
Permasalahan yang timbul disebabkan terdapat beberapa faktor yang menghalang wanita
menceburi kerjaya jurutera, yang telah menyebabkan wanita merasakan terdapat perubahan
minat dalam diri mereka untuk membina kerjaya di dalam bidang kejuruteraan dan seterusnya
berhenti dan bertukar ke bidang lain ataupun terus tidak mencuba untuk menimba pengalaman
dalam bidang ini. Kerjaya dalam bidang kejuruteraan memerlukan individu yang mempunyai
kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan teknikal serta ketahanan mental dan fizikal
yang tinggi (Kamro, 2012). Justeru, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti impak
kebimbangan pelajar wanita kejuruteraan awam terhadap kerjaya di tapak pembinaan. Selain itu,
kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor pelajar wanita bidang kejuruteraan tidak memilih
profession jurutera sebagai kerjaya serta menganalisis model kerjaya yang sesuai bagi wanita.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang hendak dicapai dalam penyelidikan ini adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti impak kebimbangan terhadap kerjaya di tapak pembinaan dalam


kalangan pelajar wanita kejuruteraan awam di UTHM.
ii. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pelajar wanita bidang kejuruteraan awam di
UTHM tidak memilih profession jurutera sebagai kerjaya.
iii. Menganalisis keserasian personaliti bagi model kerjaya yang sesuai untuk pelajar wanita
kejuruteraan awam di UTHM.

1.5 PERSOALAN KAJIAN

i. Apakah impak faktor kebimbangan terhadap kerjaya di tapak pembinaan dalam kalangan
pelajar wanita kejuruteraan awam di UTHM?
ii. Apakah faktor yang mempengaruhi pelajar wanita kejuruteraan awam di UTHM tidak
memilih profession jurutera sebagai kerjaya?
iii. Bagaimanakah personaliti bagi model kerjaya yang sesuai untuk pelajar wanita
kejuruteraan di UTHM?
1.6 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting untuk para pelajar untuk mengenal pasti impak kebimbangan mereka terhadap
kerjaya di tapak pembinaan dan bertindak untuk mengatasi agar mereka hidup dengan lebih
selesa dan tanpa tekanan. Selain itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti faktor manakah
yang memberi pengaruh yang kuat kepada pelajar wanita dalam memilih kerjaya bukan jurutera.
Hasil kajian ini boleh digunakan sebagai panduan bagi para pelajar wanita di UTHM untuk
memilih model kerjaya yang sesuai dan menjadi rujukan kepada pihak universiti agar dapat
membantu para pelajar ini mengatasi masalah pengangguran.

1.7 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti impak kebimbangan terhadap kerjaya di tapak
pembinaan. Selain itu, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti faktor manakah yang memberi
pengaruh yang kuat kepada pelajar wanita dalam memilih kerjaya bukan jurutera. Penyelidik
lebih memfokuskan faktor-faktor seperti minat, faktor dorongan serta budaya dan persekitaran
tempat kerja. Kajian ini dijalankan di Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, Johor di
mana responden yang terlibat terdiri daripada pelajar wanita yang mengambil kursus dalam
bidang kejuruteraan awam sahaja yang terdiri daripada pelbagai tahap pendidikan.
Memandangkan kajian ini mempunyai batasan dan skop yang tertentu, maka hasil dari kajian ini
hanya menjelaskan pandangan segelintir pelajar wanita yang terbabit sahaja. Keputusan yang
diterima tidak mewakili kesemua pandangan pelajar wanita kejuruteraan seperti dari Fakulti
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik serta Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan.
1.8 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konseptual bagi kajian yang dijalankan. Kajian ini dijalankan
bagi mengenal pasti impak kebimbangan pelajar wanita kejuruteraan awam terhadap kerjaya di
tapak pembinaan. Selain itu, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor pelajar wanita
bidang kejuruteraan tidak memilih profession jurutera sebagai kerjaya serta menganalisis model
kerjaya yang sesuai bagi wanita.

Impak Kebimbangan Pelajar Faktor pelajar wanita


Wanita Terhadap Kerjaya di bidang kejuruteraan
Tapak Pembinaan tidak memilih
profession jurutera

Wanita
Tidak Lagi Minat
Berminat

Pelajar Wanita Rendah


Kejuruteraan Diri Pendekatan
Awam di Faktor Model Kerjaya
FKAAS, Dorongan Bagi Wanita
UTHM
Hilang
Motivasi

Mengalami Budaya dan


Tekanan Persekitaran

Rajah 1.1 Kerangka Konseptual Kajian


1.9 DEFINISI OPERASI

Definisi operasi adalah penting dalam sesuatu kajian yang dilaksanakan. Ini kerana ia dapat
mengelakkan kekeliruan kepada pembaca terhadap istilah-istilah yang digunakan. Terdapat
beberapa istilah yang digunakan di dalam kajian ini yang perlu dijelaskan dengan pengertian
yang tepat supaya pemahaman sebenar terhadapnya tercapai.

i. Impak

Impak dalam kajian ini membawa maksud kesan yang ketara yang boleh membawa
perubahan ke atas pelajar wanita kejuruteraan awam di UTHM.

ii. Kebimbangan

Kebimbangan dalam Ensiklopedia Psikologi bermaksud satu emosi yang dicirikan oleh
perasaan ketegangan, pemikiran bimbang dan perubahan fizikal seperti tekanan darah
meningkat. Individu yang mempunyai gangguan kebimbangan biasanya akan mengalami
pemikiran atau kebimbangan berulang yang mengganggu kehidupan dan mungkin
mempunyai gejala-gejala fizikal seperti berpeluh, menggeletar, pening atau degupan jantung
yang pantas. Dalam kajian ini, kebimbangan pelajar adalah merujuk kepada perasaan mereka
terhadap masa depan kerjaya.

iii. Kerjaya

Kerjaya juga didefinisi sebagai satu aktiviti yang mengandungi di dalamnya empat unsur
iaitu perasaan tanggungjawab, penggunaan tenaga, pengalaman untuk melahirkan sesuatu
dan diterima oleh maysrakat (Abd. Rashid, Hussin & Othman, 2006). Kajian ini
memfokuskan kepada penglibatan pelajar wanita yang mempunyai kelulusan dalam bidang
kejuruteraan awam namun memilih profesion kerjaya bukan jurutera.

iv. Tapak Pembinaan

Dalam kajian ini, tapak pembinaan membawa maksud tapak untuk segala aktiviti-aktiviti
pembinaan yang akan dijalankan terutama sekali aktiviti kejuruteraan awam seperti
pembangunan rumah, infrastruktur, dan sebagainya.

v. Mempengaruhi

Menurut Lau, (2001). mempengaruhi adalah pengaruh atas atau menggunakan pengaruh
kepada individu dalam membuat keputusan pemilihan kerjaya. Dalam konteks kajian ini,
mempengaruhi membawa maksud perkara atau aspek yang memberi kesan terhadap pelajar
wanita kejuruteraan awamdi UTHM.

vi. Pemilihan

Dalam kajian ini, pemilihan yang dimaksudkan adalah mengenai tindakan atau pilihan
dilakukan oleh graduan wanita kejuruteraan awam terhadap kerjaya bukan jurutera.

vii. Jurutera

Jurutera merujuk kepada suatu pekerjaan profesional dalam bidang kejuruteraan, yang
berkenaan dengan aplikasi sains dan teknologi dalam kehidupan seharian untuk mengatasi
sesuatu masalah. Dalam kajian ini, universiti telah melahirkan ramai jurutera wanita namun
sejauh mana penglibatan wanita dalam kerjaya ini masih tidak diketahui. Maka pengkaji
menentukan.

viii. Pelajar Wanita


Pelajar wanita dalam konteks kajian ini adalah pelajar wanita kejuruteraan awam daripada
Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, UTHM.

1.10 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, bab satu menerangkan tentang pengenalan mengenai apa yang akan
dijalankan oleh penyelidik. Dalam bab ini, penyelidik menerangkan mengenai faktor-faktor
kebimbangan terhadap kerjaya di tapak pembinaan yang membawa impak kepada diri pelajar
serta pemilihan kerjaya bukan jurutera. Penyelidik telah memilih Universiti Tun Hussein Onn,
Johor sebagai lokasi kajian di mana ujian akan dijalankan ke atas pelajar-pelajaar wanita
kejuruteraan awam. Dalam bab ini juga, penyelidik telah membuat huraian mengenai masalah
yang akan wujud seperti di dalam batasan kajian di mana, hanya pelajar wanita kejuruteraan
awam sahaja boleh dijadikan responden. Objektif kajian dan persoalan kajian turut sama
diterangkan di dalam bab ini agar pembaca dapat mengetahui tujuan sebenar kajian ini
dilaksanakan oleh penyelidik. Penyelidik juga turut meletakkan definisi operasi agar pembaca
tidak keliru dengan istilah-istilah yang akan digunakan di dalam bab satu ini. Penerangan dalam
bab ini akan dikembangkan lagi pada bab yang seterusnya.
BAB II

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Bab ini menghuraikan secara lebih lanjut berdasarkan buku rujukan, artikel, laman web, keratan
akhbar, jurnal, prosiding dan kajian lepas yang boleh dipercayai dan disahkan. Maklumat juga
diperoleh dari sumber media cetak dan media elektronik. Maklumat yang diperoleh diolah untuk
menghasilkan laporan kajian ini dengan baik. Secara umumnya kajian literatur digunakan untuk
menganalisis kajian-kajian yang telah dihasilkan oleh penyelidik terdahulu. Dalam bab ini
membincangkan sorotan penulisan meliputi impak kebimbangan terhadap kerjaya di tapak
pembinaan serta faktor-faktor pemilihan kerjaya bukan jurutera bagi pelajar wanita kejuruteraan
awam. Selain itu, dalam topik ini juga menerangkan tentang pendekatan teori model kerjaya
yang sesuai bagi wanita yang digunakan dalam pemilihan kerjaya.
2.2 TEORI KEBIMBANGAN

Menurut Yahya, et al (2004), menerusi teori kebimbangan yang dinyatakan oleh Freud (1977),
kebimbangan terjadi apabila perasaan dipendamkan dan kemudian bertukar menjadi
kebimbangan dan seterusnya mewujudkan simptom kebimbangan. Menurut Freud lagi, terdapat
dua jenis kebimbangan iaitu kebimbangan objektif dan kebimbangan neurotik. Kebimbangan
objektif adalah tindak balas pada ancaman luar iaitu reaksi semulajadi dan berfungsi untuk
mempertahankan kendiri. Kebimbangan objektif tidak akan menimbulkan masalah psikologi
terhadap individu yang mengalami simptom tersebut. Kebimbangan neurotik pula terjadi apabila
inidividu itu mempunyai persediaan bagi menghadapi kebimbangan. Kebimbangan meningkat
disebabkan jumlah kebimbangan yang dialami oleh individu tidak setara dengan ancaman yang
dihadapinya.

2.2.1 Kebimbangan Terhadap Kerjaya

Menurut Chartrand et al. (1990), kebimbangan terhadap proses pemilihan kerja merupakan
kesusahan afektif berkaitan dengan membuat keputusan kerjaya dan dikonsepkan sebagai faktor
penting peribadi-emosi yang boleh menghalang proses membuat keputusan kerjaya.
Kebimbangan kerjaya menyebabkan pelajar ragu-ragu untuk membuat keputusan sama ada untuk
memutuskan atau berasa tidak pasti terhadap pilihan kerjaya mereka. Pilihan kerjaya ialah satu
perkembangan bagi remaja terutamanya pada pelajar universiti. Oleh itu, pilihan kerjaya
merupakan perkara yang paling penting dalam hidup mereka.

Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan oleh penyelidik lain berkaitan dengan
kerjaya dan kebimbangan. Walker & Tracey (2012) mengkaji tentang peranan perspektif masa
depan dalam membuat keputusan mengenai kerjaya. Berdasarkan kajian mereka, terdapat
hubungan di antara kebimbangan dengan kekurangan kesediaan terhadap kerjaya dan didapati
perbezaan gender turut mempengaruhi tahap kesediaan kerjaya serta wanita mempunyai tahap
kesediaan yang rendah berbanding lelaki.

Wahab (2009) pula mengkaji tentang faktor yang mempengaruhi kebimbangan kerjaya di
kalangan pelajar tahun akhir di UTHM. Faktor itu ialah keyakinan diri, penampilan diri,
kelayakan akademik, pengalaman dan kemahiran berkomunikasi. Hasil dapatan kajian beliau
juga mendapati bahawa tahap kebimbangan kerjaya dalam kalangan pelajar tahun akhir di
UTHM adalah tinggi dan faktor keyakinan diri merupakan faktor utama yang mempengaruhi
kebimbangan pelajar. Dalam kajian Abu Talib & Tan (2009) pula, mendapati tujuh faktor
berkaitan kebimbangan kerjaya yang dikenalpasti seperti umur, jantina, pencapaian akademik,
pengalaman kerja, identiti vokasional, maklumat pekerjaan, dan halangan kerjaya. Hasil analisis
kajian mereka menunjukkan siswazah wanita dengan pencapaian akademik yang tinggi serta
berpengetahuan yang rendah terhadap maklumat kerjaya mempunyai masalah berkaitan kerjaya
masa depan mereka.

2.2 TAPAK PEMBINAAN

Peningkatan tapak pembinaan di Malaysia adalah kerana pemodenan dan perindustrian di tapak
pembinaan adalah realistik. Walaupun kewujudan tapak pembinaan semakin meningkat, persepsi
rakyat terhadap tapak pembinaan adalah sangat buruk terutama sekali bagi golongan wanita.
Penyelidikan yang dijalankan oleh Agapiou (2002), mendapati bahawa kemasukan wanita di
tapak pembinaan adalah dipengaruhi oleh gambaran tapak pembinaan itu sendiri. Gambaran
utama di tapak pembinaan adalah suatu tempat atau kawasan yang didominasi oleh lelaki dan
memerlukan kemahiran komunikasi yang baik dan juga kekuatan untuk mengahadapi cuaca yang
panas dan berbagai-bagai bahasa yang digunakan.

Menurut Moodley (2012), terdapat pelbagai jawatan di tapak pembinaan seperti Pengurus
Projek, Pengarah Projek, Juruukur Bahan Tapak, Penyelia Tapak, Kerani Tapak, dan banyak
lagi. Setiap daripada mereka akan memainkan peranan yang berbeza semasa proses pembinaan
berjalan untuk memastikan semua kerja-kerja di tapak pembinaan akan berjalan dengan lancar
dan siap dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Peranan yang berbeza inilah yang akan
membezakan tempat dan keadaan kerja bagi setiap daripada mereka. Oleh sebab itu, ada diantara
mereka akan menghabiskan sepenuh masa mereka di tapak pembinaan dan ada diantara mereka
hanya akan perlu ke tapak pembiaan pada suatu-suatu masa tertentu sahaja. Jadual 2.1 akan
menghuraikan skop kerja pekerja di tapak pembinaan seperti Pengurus Projek, Penyelia Tapak,
Juruukur Bahan, Jurutera Awam dan lain-lain lagi.

Jadual 2.1 Keterangan Kerja

No Jawatan Keterangan Kerja


.
1 Pengurus Projek Sebagai Pengurus Projek biasanya perlu bertanggungjawab bagi sesuatu
projek tertentu yang diberikan oleh syarikat kepada mereka. Biasanya,
Pengurus Projek perlu merancang projek dan mengenalpasti maklumat
projek seperti lukisan. Bagi memastikan skop dan arahtuju setiap projek
adalah mengikut jadual, Pengurus Projek perlu selalu berhubung dengan
pengurusan tertinggi dan jabatan lain yang terlibat dalam projek tersebut.
Pengurus Projek juga perlu memantau kemajuan kerja di tapak pembinaan
bagi memastikan semua kerja berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah
(Stanley, 2014).
2 Jurutera Projek Peranan Jurutera Projek di tapak pembinaan adalah lebih ke arah
Perancangan Selain daripada itu, Jurutera Projek perlu menyelaras
sesetengah kerja di tapak pembinaan. Jurutera Projek mesti menyelaraskan
butiran struktur dan ciri-ciri. rekaan untuk sesuatu projek pembinaan dan
juga mengadakan mesyuarat dengan Arkitek untuk butiran yang diperlukan
(Mellon, 1995).
3 Juruukur Bahan Juruukur bahan menguruskan semua kos yang berhubungan dengan projek,
daripada kos awal hingga akaun muktamad. Mereka juga perlu untuk
mengurangkan kos projek supaya ianya menjadi projek yang lebih memberi
nilai. Mereka terlibat dalam projek daripada proses tender, menyediakan
anggaran untuk projek dan kos kerja. Juruukur Bahan di tapak juga perlu
mengenal pasti kerja yang telah pun disiapkan di tapak bina untuk persediaan
tuntutan/bayaran interim kepada Perunding atau klien (Stanley, 2014).
4 Penyelia Tapak Penyelia tapak ialah mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran,
pengetahuan dan pengalaman yang diterima yang ditugaskan kepada suatu
tapak pembinaan atau mana-mana tempat lain yang sedemikian untuk
menyelia kerja pembinaan (CIDB, 2015).
Situasi yang biasa dilihat adalah wanita yang bekerja di pejabat utama akan bekerja
sebagai Akauntan, Kerani, Eksekutif, Pengurus Korporat, dan lain-lain lagi. Mereka biasanya
akan menguruskan tentang perkara yang berkaitan dengan tuntutan syarikat, belanjawan, dan
lain-lain lagi manakala wanita di tapak pembinaan pula biasanya akan bekerja sebagai Pengurus
Projek, Jurutera Projek, Juruukur Bahan Projek, Penyelia Tapak, Kerani Tapak, dan lain-lain.
Wanita yng bekerja di tapak pembinaan lebih terdedah kepada cabaran dan rintangan yang tinggi
seperti gangguan seksual, keselamatan dan lain-lain lagi. Disebabkan cabaran dan rintangan
inilah menjadi faktor kebimbangan dalam kalangan pelajar wanita kejuruteraan awam untuk
membina kerjaya di tapak pembinaan seterusnya meninggalkan satu impak yang besar kepada
mereka.

2.3 IMPAK KEBIMBANGAN TERHADAP KERJAYA DI TAPAK PEMBINAAN

Wanita yang memilih kerjaya di tapak pembinaan terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan
rintangan seperti keselamatan dan faktor tempat kerja itu sendiri. Kebiasaannya lelaki akan
menguasai tugas di tapak pembinaan yang mengakibatkan wanita tidak lagi berminat menceburi
bidang ini. Fielden (2000) mendapati bahawa ramai orang tanpa mengira jantina tidak berminat
untuk bekerja di tapak pembinaan kerana imej buruk tapak pembinaan itu.

2.3.1 Wanita Tidak Lagi Berminat

Menurut Ediyana (2017), antara kesan cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh wanita adalah
mereka tidak berminat lagi untuk bekerja di tapak pembinaan terutama sekali melibatkan
masalah gangguan seksual. Disebabkan masalah ini, wanita mungkin mula tidak dapat bekerja
dengan baik dan tenang dan mungkin akan menyebabkan mereka tidak hadir untuk bekerja
seperti biasa.

Kebanyakan wanita lebih rela untuk berhenti bekerja daripada bertahan menjadi mangsa
kepada gangguan seksual. Di tapak pembinaan, terdapat beberapa bahagian yang menggunakan
wanita sebagai pekerja mereka lebih-lebih lagi di bahagian pengiraan bayaran interim. Walau
bagaimanapun, jika terdapat berbagai masalah yang perlu dihadapai oleh mereka, ia akan
menyebabkan sesetengah pekerja wanita hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja malah
lebih teruk lagi belum tentu sebulan mereka akan bertahan. Kesan ini akan mengakibatkan
kerugian kepada sesebuah organisasi itu kerana perlu menanggung kos untuk mengambil
pekerja-pekerja baru, kos latihan dan lain-lain lagi.

Atas sebab masalah yang dinyatakan, hal ini amat membimbangkan pelajar wanita yang
mengambil jurusan kejuruteraan awam untuk membina kerjaya mereka di tapak pembinaan. Oleh
itu, mereka tidak lagi berminat untuk menjadikan kerjaya di tapak pembinaan sebagai kerjaya
tetap mereka.

2.3.2 Rendah Diri

Wanita di tapak pembinaan diberi peluang yang sama untuk memberikan arahan kepada pekerja.
Tetapi sebahagian daripada pekerja terutamanya buruh tidak mahu mengikuti arahan yang
diberikan dan hanya sebahagian daripada mereka boleh menerima arahan dari wanita. Ini akan
mengakibatkan wanita akan menjadi rendah diri kerana pekerja lelaki sentiasa membuat persepsi
negatif tersebut dan beranggapan wanita tidak sesuai untuk memberikan arahan kepada lelaki
(Ediyana, 2017).

Lelaki dan wanita adalah seperti magnet. Adalah tidak adil untuk menghukum seorang
wanita, dan untuk mengatakan dia hanya boleh dihormati hanya apabila mereka berkeupayaan
memainkan peranan seperti lelaki. Berdasarkan kepada masalah di tapak pembinaan yang
dinyatakan, hal ini membuatkan kebimbangan kepada pelajar wanita untuk memasuki kerjaya di
tapak pembinaan seterusnya mendorong mereka untuk berasa kurang keyakinan terhadap diri
sendiri dan tidak sanggup untuk mengambil risiko. Ironinya, seperti yang diketahui umum,
wanita kurang cenderung untuk memberi arahan atau menerima arahan untuk tugas-tugas yang
mencabar, yang boleh menyebabkan masyarakat tidak mempercayai kebolehan mereka.

2.3.3 Hilang Motivasi

Cabaran-cabaran di tapak pembinaan akan membuatkan pelajar wanita yang mengambil jurusan
kejuruteraan awam kehilangan motivasi untuk meneruskan pengajian mereka dalam bidang
tersebut. Hal ini turut akan memberi kesan kepada kualiti pembelajaran mereka. Mereka tidak
boleh memberi sepenuh tumpuan ketika belajar akibat daripada kebimbangan yang melampau.

Seterusnya, cabaran dan halangan ini juga akan membuatkan wanita tidak selesa untuk
meneruskan pembelajaran mereka dalam bidang kejuruteraan dan ini akan menyebabkan wanita
tidak dapat memberi komitmen penuh kepada pelajaran mereka dan hasil pembelajaran mereka
akan menjadi tidak berkualiti dan ini akan merugikan pihak universiti dalam menghasilkan
pelajar-pelajar yang berkualiti.

2.3.4 Mengalami Tekanan

Kesan-kesan lain dari cabaran yang dihadapi pelajar wanita akibat daripada kebimbangan
kerjaya di tapak pembinaan adalah mereka akan menjadi lebih tertekan dan ini akan mendorong
kepada pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan banyak lagi. Menurut Omar dan
Mustaffa (2006) dalam kajiannya, kebanyakan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
kerap kali mengalami masalah gangguan emosi akibat daripada kebimbangan. Jenis gangguan
emosi yang turut dialami oleh pelajar adalah cepat marah, kemurungan, perasaan bersalah,
mudah putus asa, ketakutan (fobia), benci, cemburu dan trauma.
2.4 WANITA DAN PEMBANGUNAN KERJAYA

Berdasarkan daripada sorotan kajia-kajian lepas, didapati banyak kajian telah dijalankan
mengenai isu-isu yang wujud dalam kerjaya. Isu-isu mengenai kerjaya yang telah dibangkitkan
adalah mengenai status dan kedudukan, kekayaan, harta, keupayaan pendapatan, reputasi sosial,
prestij dan pengaruh, pengetahuan dan kemahiran, persahabatan dan sambungan rangkaian,
kesihatan dan kesejahteraan serta budaya. Ini menunjukkan kerjaya bukan sahaja mempengaruhi
ekonomi seseorang tetapi juga fizikal dan mental (Abdul Talib, Ahmad & R Pariviny, 2017).

Pembangunan kerjaya yang diurus oleh organisasi atau individu amat penting bagi
seseorang individu untuk berjaya dalam kerjaya. Mobiliti kerjaya pula merupakan pertukaran
pekerjaan atau petukaran tempat pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang individu dalam
mencapai kejayaan dalam kerjaya mereka.

Keseimbangan kerja-kehidupan ditakrifkan sebagai kesepakatan antara kepentingan


peribadi pekerja dan kepentingan majikan (Heijde & Van Der Heijden, 2006). Keseimbangan
kerja-kehidupan ini diukur berdasarkan kepada kualiti kerja-kehidupan. Keperluan pekerja dapat
dipenuhi melalui pengurusan sumber manusia yang baik, perlaksanaan aktiviti dan seterusnya
produk yang terhasil. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Atkins (2013), tinjauan telah
dijalankan oleh firma kejuruteraan United Kingdom terhadap 300 jurutera wanita. Hasil kajian
mendapati 79% daripada jurutera wanita mengatakan rakan dan majikan memainkan peranan
penting dalam membantu mereka memenuhi tuntutan kerjaya mereka bersama kehidupan
keluarga dan kepentingan peribadi.

Wanita bukan sahaja memainkan peranan utama di dalam pembentukan generasi akan
datang malah merupakan sumber ekonomi yang penting. Saiz penduduk wanita telah meningkat
sepanjang tahun di Malaysia. Oleh itu, wanita akan terus menjadi sumber utama dalam
mempengaruhi pembangunan generasi akan datang serta menjadi penyumbang utama kepada
ekonomi.

Dalam struktur pekerjaan, bilangan wanita yang bekerja dalam industri pembinaan, dan
pembuatan adalah sedikit berbanding dengan lelaki. Bilangan wanita yang terlibat dalam aktiviti
profesional, saintifik dan teknikal pula adalah 149.3 ribu orang dan hanya berbeza sedikit
daipada dengan lelaki. Bagi industri seperti penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan
minuman, bilangan wanita tinggi sedikit iaitu 534.2 ribu berbanding dengan lelaki, 491.9 ribu.
Dalam bidang pendidikan serta aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial pula mencatatkan
angka tertinggi bagi penglibatan wanita berbanding lelaki seperti dalam Jadual 2.2.

Jadual 2.2 Bilangan Penduduk yang Bekerja Mengikut Industri dan Jantina, Malaysia, 2013

Industri 2013 (‘000)


Lelaki Wanita
Pembinaan 1134.7 109.4
Pembuatan 1382.5 832.3
Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal 157.7 149.3
Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman 491.9 524.2
Pendidikan 272.3 545.1
Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial 95.5 394.4
(Sumber dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

Berdasarkan Jadual 2.2, terdapat perbezaan antara kerjaya lelaki dan perempuan.
Tumpuan pekerja lelaki dan wanita adalah berbeza mengikut jenis industri dan kategori
pekerjaan. Stereotaip pekerjaan berasaskan faktor jantina wujud dengan nyata di mana terdapat
bidang pekerjaan sering diklasifikasikan sebagai sesuai untuk satu kumpulan jantina dan tidak
sesuai untuk jantina yang lain. Contohnya, pekerjaan seperti juruelektrik dan jurutera dikatakan
sesuai untuk tret maskulin manakala pekerjaan seperti jururawat, guru, dan pakar sains
pemakanan sesuai untuk tret feminin (Sidek Mohd Noah, 2002).
2.5 WANITA DAN KERJAYA JURUTERA

Penglibatan kaum wanita dalam bidang kejuruteraan bukanlah satu perkara yang baru, namun
bilangannya amatlah berbeza jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Buntat dan Ensa (2010)
telah mendapati bahawa pelajar wanita di sekolah menunjukkan minat terhadap mata pelajaran
teknik dan vokasional dan didapati juga pelajar wanita tersebut tidak mempunyai masalah
walaupun mata pelajaran ini merangkumi pembelajaran secara teori dan amali. Ini membuktikan
wanita di Malaysia sudah mula mempunyai minat terhadap kejuruteraan sejak di bangku sekolah
lagi.

Berdasarkan indikator pengajian tinggi menunjukkan setiap tahun kadar enrolmen pelajar
wanita yang memasuki bidang kejuruteraan ini menunjukkan peningkatan yang
memberangsangkan (KPTM, 2018). Di peringkat pengajian tinggi, kemasukan pelajar wanita
dalam bidang kejuruteraan menunjukkan bilangan yang memberangsangkan tetapi
mengecewakan apabila dilihat pada jumlah jurutera wanita (Naan, 2008).

Griffith (2010) merupakan pengkaji dari United States turut membuat kajian terhadap
pelajar wanita universiti terhadap bidang kejuruteraan. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar
wanita adalah golongan minor dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, atau Matematik
(STEM).

Dalam kajian Andrews & Clark (2012), didapati wujud jurang antara gender dalam
program kejuruteraan. Hanya 9% daripada profesion jurutera di United Kingdom adalah terdiri
daripada golongan wanita manakala 11% jurutera wanita di Amerika Syarikat dan 14% pula
jurutera wanita di Australia. Faktor-faktor yang menyebabkan jurang tersebut berlaku
disebabkan oleh persepsi dalam kesukaran mengimbangi keluarga dan kerja, keyakinan diri yang
rendah dan kurangnya model contoh dari golongan wanita yang berjaya.
Situasi sebegini juga berlaku di negara kita di mana bilangan pelajar wanita dalam bidang
kejuruteraan, pembuatan dan pembinaan adalah 31.7% berbanding pelajar lelaki adalah 68.3%
(Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, 2018). Ini dapat dilihat berdasarkan bilangan jurutera
professional yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia memperlihatkan Malaysia
kekurangan jurutera professional wanita seperti dalam Jadual 2.3. Jadual turut menunjukkan
enrolmen jurutera siswazah dari pelbagai universiti dan dapat dilihat jumlah jurutera siswazah
lelaki lebih ramai berbanding wanita. Manakala, hanya terdapat 5% jurutera professional wanita
sahaja yang berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia dan bagi jurutera siswazah hanya 28%
sahaja yang berdaftar selepas graduasi.

Jadual 2.3 Bilangan Jurutera yang Berdaftar Mengikut Jantina

Profession Lelaki Perempuan Jumlah Wanita


(% dari jumlah)
Jurutera 8,286 443 8,729 5%
Professional
Jurutera Siswazah 85,285 33,167 118,452 28%
(Sumber dari Lembaga Jurutera Malaysia, 2018)

Kajian yang dibuat oleh Fouad & Singh (2011) terhadap wanita yang masih bekerja
sebagai jurutera ada berpendapat mereka amat berminat dengan kerjaya ini dan menyatakan
bidang ini membuka banyak peluang dalam memperkembangkan kemahiran dan mereka
menyukai apabila ditugaskan di pelbagai negara atau kawasan. Wanita yang berjaya membina
kerjaya dalam bidang ini berpuas hati dengan profesion kerjaya ini termasuk dari sudut gaji dan
bonus. Secara keseluruhan kajian mengenai kepuasan kerja dan karier bagi wanita yang bekerja
sebagai jurutera berada di paras yang sederhana. Walaupun begitu, jumlah graduan wanita yang
memasuki bidang kejuruteraan selepas tamat pengajian terlalu sedikit. Hal ini mungkin
disebabkan beberapa faktor yang menghalang mereka untuk menceburi ke arah kerjaya
juruteradan ini membuatkan mereka beralih ke arah kerjaya bukan dalam bidang pelajaran
mereka.

2.6 FAKTOR HALANGAN WANITA DALAM KERJAYA JURUTERA

Pelbagai jenis masalah dan halangan yang perlu dihadapi dalam kerjaya jurutera yang mana
ianya telah didominasi oleh lelaki. Pelbagai faktor seperti keluarga, persekitaran atau persaingan
dengan golongan lelaki sering dianggap sebagai halangan utama bagi wanita untuk menceburkan
diri dalam industri (Siti Hajar, 2013).

2.6.1 Minat

Siti Hajar (2013) menyatakan wanita yang meninggalkan profession jurutera tidak berbeza
daripada jurutera yang masih bekerja dari struktur minat, keyakinan terhadap kebolehan mereka,
atau hasil yang positif dijangka daripada mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan
dengan kejuruteraan. Berdasarkan pernyataan Abdul Ghani dan Ahmad Kamil (2011), pelajar-
pelajar yang memohon memasuki universiti biasanya memilih bidang pengajian yang selaras
dengan minat dan kehendak mereka tetapi permasalahan timbul apabila terdapat di antara pelajar
yang mengikuti kursus-kursus pengajian di universiti adalah bukan pilihan dan minat utama
mereka. Minat merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kesediaan pelajar untuk
memilih kerjaya dalam bidang yang dipelajari (Minghat & Mansor, 2010).

Mat Jusoh (2012) dalam kajiannya menyatakan minat pelajar memainkan peranan yang
penting kerana ia akan mempengaruhi prestasi kerja seseorang. Pencapaian yang tinggi akan
terhasil apabila seseorang berminat dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Minat akan
memotivasikan seseorang individu untuk mencapai sesuatu yang dihajati (Yusof, 2013). Selain
itu, minat juga boleh mempengaruhi individu dalam pemilihan kerjayanya. Dari minat akan
datang keazaman untuk menggapai kejayaan (Mat Jusoh, 2012).
2.6.2 Faktor Dorongan

Menurut kajian daripada Fatin dan Ishak (2019), dia menyatakan bahawa faktor dorongan
merupakan faktor penting yang menyumbang kepada alihan kerjaya. Ini kerana pendorong
merupakan orang yang rapat dan mampu mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan ke
arah pemilihan kerjaya. Dorongan dari orang terdekat sedikit sebanyak memberi kesan terhadap
pemilihan sesuatu kerjaya. Dalarn kehidupan kita, orang yang dianggap berpengaruh biasanya
terdiri daripada orang-orang yang dipercayai sebagai contoh ahli keluarga sendiri iaitu ibu bapa.

Setiap keputusan yang akan dibuat oleh kebanyakan pelajar di Malaysia akan dibincang
bersama dengan ibu bapa terlebih dahulu. Menurut Ediyana (2017), didikan ibu bapa merupakan
salah satu faktor yang mempengaruhi tahap harga diri seseorang. Ini jelas menunjukkan ibu bapa
mampu mempengaruhi seseorang individu dalam membuat sesuatu keputusan termasuk
keputusan dalam memilih kerjayanya. Kebiasaannya, anak perempuan yang belajar dalam bidang
kejuruteraan akan mempunyai konflik antara keluarga ketika hendak memilih kerjaya jurutera
kerana kadang-kala ada sesetengah keluarga yang tidak memahami kerjaya anak perempuan atau
ahli keluarga perempuan mereka yang berkerja dalam bidang kejuruteraan.

2.6.3 Budaya dan Persekitaran

Melalui kajian yang dibuat oleh Ayre & Roberts (2003), menyatakan bahawa persekitaran
tempat kerja tidak selesa dan memerlukan komitmen berbentuk harian, merendahkan martabat
serta maruah dan layanan yang buruk merupakan elemen persekitaran yang tidak menggalakkan
mereka untuk meneruskan kerjaya ini. Menurut Bagilhole (2003), budaya maskulin yang di
paparkan di tapak pembinaan yang dianggap antara konflik, pertikaian dan masalah. Kedua-dua
lelaki dan perempuan biasanya terdedah kepada persekitaran yang tidak mesra.
Berdasarkan kajian yang dilakukan Fouad & Singh (2011) dalam penyelidikannya
mencari punca mengapa wanita meninggalkan atau tidak pernah menceburi kerjaya jurutera,
hampir separuh berkata mereka meninggalkan kerjaya jurutera kerana keadaan kerja, terlalu
banyak tugasan di luar daerah, kurang kemajuan atau gaji yang rendah. Satu per tiga wanita
meninggalkan bidang ini kerana mereka tidak suka suasana, ketua atau budaya di tempat kerja
tersebut.

2.7 PENDEKATAN TEORI MODEL KERJAYA

Pemilihan dan perkembangan kerjaya oleh individu pada asasnya adalah berdasarkan kepada
faktor-faktor tertentu di mana kemungkinan faktor-faktor tersebut terdiri daripada trait
personaliti individu, minat individu, persekitaran pekerjaan, kebolehan dan kemahiran individu,
tahap pencapaian akademik, konsep kendiri individu, orientasi pekerjaan, identifikasi individu
dengan ibu bapa, ganjaran pekerjaan dan kesesuaian antara nilai diri individu dengan nilai
pekerjaan (Normala, 2013).

Menurut Najmuddin (2005), teori-teori perkembangan kerjaya dapat dibahagikan kepada


tiga aliran pendekatan utama iaitu seperti berikut:

(i) Pendekatan struktur

Pendekatan struktur terdiri daripada teori-teori yang memberi tumpuan kepada aspek pemilihan
kerjaya di mana majoritinya mempunyai mempunyai struktur pemilihan yang jelas di dalam
memilih kerjaya. Contohnya Teori Trait dan Faktor, Teori Pemilihan Kerjaya Holland, Teori
Pemilihan Kerjaya Anne Ros, Teori Psikoanalitik Bordin dan Teori Sosiologikal.

(ii) Pendekatan proses

Bagi teori yang berdasarkan pendekatan proses pula ia melibatkan proses-proses perkembangan
kerjaya yang boleh dialami oleh seseorang individu. Hubungan di antara individu dengan
kerjayanya merupakan satu proses yang dialami sepanjang kehidupannya. Teori Perkembangan
Kerjaya Ginzberg dan Teori Perkembangan Super adalah contoh kepada pendekatan proses.
(iii) Pendekatan membuat keputusan kerjaya

Teori Pembelajaran Sosial Krumboltz dan Teori Tiedman dan O’Hara merupakan antara teori
yang menggunakan pendekatan ini. Teori ini memberikan penekanan kepada faktor-faktor yang
perlu ditekankan di dalam membuat keputusan berkaitan kerjaya.

2.7.1 Teori Pemilihan Kerjaya Holland

Teori Pemilihan Kerjaya Holland juga dikenali sebagai Teori Tipologi Holland. Holland (1997)
berpendapat bahawa pemilihan kerjaya mestilah selaras dengan ciri-ciri individu. Dalam
teorinya, beliau menegaskan bahawa apabila wujud keserasian antara jenis personaliti dengan
jenis persekitaran, maka individu dikatakan berada dalam kerjaya yang sesuai.

Teori Tipologi Holland menggambarkan tingkah laku vokasional seseorang dapat


dijelaskan dengan melihat interaksi personaliti-persekitaran. Tingkah laku ini mempunyai kaitan
dengan kesan interaksi antara enam jenis personaliti iaitu realistik, investigatif, artisitik, sosial,
enterprising dan konvensional. M. Noah (1998) dalam kajiannya menyatakan jenis-jenis
personaliti individu berdasarkan kepada andaian Teori Holland dalam Jadual 2.4.

Jadual 2.4 Jenis-jenis Personaliti Individu

Jenis Personaliti Ciri-ciri Jenis Personaliti Contoh Pekerjaan


Individu yang mempunyai kemahiran eletrik atau Jurutera, operator mesin,
mekanikal. Suka bekerja dengan objek, mesin, mekanik, perhutanan,
Realistik peralatan, tumbuhan dan binatang. Lebih suka pertukangan, teknikal dan juga
bekerja di luar bangunan dari di dalam bangunan. pekerjaan perkhidmatan.
Individu yang suka membuat pemerhatian, Ahli kaji cuaca, ahli biologi, ahli
mempelajari, menyelidik, menganalisis, menilai botani, ahli astronomi, ahli
Investigatif dan menyelesaikan masalah melalui agronomi, ahli fizik, ahli kimia,
penyelidikan. Mempunyai kemahiran saintifik ahli kajibumi, ahli antropologi,
dan matematik serta meminati kerjaya-kerjaya penyelidik sains, doktor
saintifik dan kerjaya-kerjaya bercorak teknikal. perubatan dan lain-lain.
Individu yang mempunyai kebolehan artistik dan Penyair, pemimpin orkestra,
inovatif. Mempunyai kebolehan intuisi dan suka penyanyi konsert, penggubah
Artistik bekerja dalam situasi yang tidak berstruktur atau lagu, pengarang, pelukis
kurang berstruktur. Tidak selesa dengan perdagangan, pelukis potret,
pekerjaan rutin atau berulang-ulang. Selalu wartawan, pelukis kartun,
menggunakan daya imaginasi dan kreativiti. juruhias dalaman, arkitek dan
lain-lain.
Individu yang suka bekerja dan berinteraksi Ahli sosiologi, guru, pengetua,
dengan manusia. Berminat dalam memberitahu, pegawai perhubungan,
Sosial menolong, melatih, memperkembang, mengubati kaunselor, pegawai khidmat
dan membuat kebajikan kepada orang lain. masyarakat, pegawai hal ehwal
Mempunyai kemahiran mengguna kata-kata serta agama dan lain-lain.
mahir berkomunikasi dengan orang lain.
Matlamat utama adalah membuat kebajikan.
Individu yang suka dan berinteraksi dengan Spekulator, aktuaris, eksekutif
manusia. Mempunyai minat dalam pengiklanan, pengarah syarikat,
Enterprising mempengaruhi, mengarah, memimpin dan pengurus publisiti, peguam, ahli
mengurus individu lain. Pandai dan mahir politik, pengurus hotel, pengurus
memanipulasi orang lain. Matlamat akhirnya bank, jurujual dan perkerjaan
adalah untuk mencapai keuntungan. lain termasuk semua pekerjaan
bercorak.
Konvensional Individu yang suka bekerja dengan data dan Penyimpan kira-kira, guru
nombor. Mempunyai kemahiran dalam bidang perdagangan, akauntan, operator
pengkeranian serta mempunyai kebolehan dan komputer, juruanalisa sistem,
kemahiran dalam menggunakan nombor. kerani gaji, pakar cukai, kerani
Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat insurans dan lain-lain pekerjaan
akur dan menurut arahan. termasuk pekerjaan dalam
pejabat dan pengkeranian.
2.8 KESERASIAN DI ANTARA PERSONALITI DAN PEMILIHAN KERJAYA

Pengkajian mengenai keserasian antara individu-persekitaran kerja telah bermula sejak lebih dari
2000 tahun dahulu. Ia mula ditegaskan oleh Plato iaitu seorang tokoh falsafah Yunani purba
yang hidup di antara tahun 428 hingga 348 sebelum masihi. Kenyataannya berhubung dengan
‘keserasian kerjaya’ ini terkandung dalam bukunya The Republic (Sidek Mohd Noah, 2002).

Teori Tipologi Kerjaya Holland (1973) telah membentuk satu andaian iaitu wujudnya
kaitan keserasian personaliti persekitaran justeru itu menghasilkan kepuasan psikologi dan
komitmen di dalam kerjaya melalui motivasi pencapaian yang tinggi. Holland (1973) telah
menerangkan beberapa personaliti yang dianggap sebagai asas kepada teori kerjaya beliau iaitu :

(i) Pemilihan sesuatu bidang pekerjaan itu adalah merupakan satu ekspresi personaliti
seseorang.
(ii) Minat seseorang itu lahir daripada personaliti yang terdapat dalam dirinya. Inventori
minat juga merupakan inventori personaliti.
(iii) Stereotaip kerjaya mempunyai makna yang tertentu dari segi personaliti dan latar
belakang individu.
(iv) Individu dari satu jenis pekerjaan mempunyai persamaan dari segi personaliti dan
latar belakang dirinya.
(v) Prestasi, pencapaian, stabiliti dan peranan pekerja bergantung kepada persamaan dan
konsistensi di antara personaliti dengan persekitaran sesuatu pekerjaan.

M. Saffa (2009) telah menjalankan kajian menggunakan Self-Direct Search bagi melihat
kesesuaian minat kerjaya dengan bidang kajian yang diikuti oleh pelajar. Seramai 166 orang
pelajar tingkatan empat aliran vokasional di Sekolah Menengah Teknik Kluang, Johor telah
dipilih sebagai responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa minat kerjaya lebih menjurus ke
arah personaliti pelajar. Jenis personaliti sosial menjadi jenis personaliti yang paling dominan.
2.9 RUMUSAN

Setelah menjalankan pembacaan literasi dan sorotan beberapa kajian lepas, pengkaji dapat
menyimpulkan beberapa impak kebimbangan kerjaya di tapak pembinaan iaitu wanitak tidak lagi
berminat untuk terlibat di tapak pembinaan, wanita akan merasa rendah diri, hilang motivasi dan
mereka juga akan mengalami masalah tekanan emosi. Selain itu, pengkaji juga dapat
menyimpulkan faktor-faktor wanita tidak memilih kerjaya sebagai jurutera adalah disebabkan
faktor minat, dorongan serta budaya dan persekitaran tempat kerja. Seterusnya, pengkaji juga
dapat menyimpulkan bahawa keserasian personaliti penting untuk diketahui oleh pelajar wanita
dalam menentukan kerjaya mereka selepas tamat graduasi.
BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Metodologi adalah penting dalam menjalankan setiap kajian. Metodologi yang mantap dan
berkesan adalah metodologi yang menyediakan pemahaman yang menyeluruh tentang langkah-
langkah bagi menjalani kajian untuk menghasilkan kajian yang berjaya. Metodologi merupakan
aspek yang perlu diberi perhatian bagi mendapatkan hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai.
Di dalam bab ini membincangkan secara terperinci tentang metodologi yang digunakan semasa
kajian dilaksanakan. Perkara-perkara yang akan dibincangkan meliputi aspek rekabentuk kajian,
populasi kajian, pemilihan sampel, instrumen yang digunakan, pengumpulan data dan juga
analisis data. Metodologi yang dirangka ini memberikan satu aliran kerja yang sistematik bagi
memudahkan perlaksanaan kajian serta dapat mengenalpasti dengan lebih lanjut mengenai
permasalahan yang timbul dengan hasrat dapat mencapai objektif kajian serta menjawab
persoalan kajian yang telah dikemukakan di dalam Bab 1.
3.2 REKABENTUK KAJIAN

Rekabentuk kajian dilakukan bagi membantu dan memudahkan penyelidik untuk mendapatkan
data dan maklumat serta tujuan kajian dijalankan. Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif
berbentuk tinjauan yang menggunakan kaedah soal selidik. Rekabentuk tinjauan adalah secara
cross-sectional dimana data akan dikumpul dalam satu masa sahaja.

Tinjauan digunakan untuk mendapatkan makluman umum dan penerangan terperinci


tentang fenomena yang berlaku dengan tujuan menggunakan data untuk membuktikan situasi
dan amalan yang wujud atau membuat perancangan yang lebih baik (Konting, 2004).

Menurut Chua (2006), terdapat beberapa ciri mengapa kaedah ini kerap digunakan,
antaranya ialah penggunaan yang menyeluruh, cara pengendalian yang digemari, cara
pengumpulan data yang cepat, penggunaan saiz sampel yang besar, maklumat yang terus dan
keupayaan keputusan kajian yang digeneralisasikan. Antara kelemahan kaedah tinjauan adalah
apabila penggunaan perkataan dan kedudukan soalan dalam soal selidik yang tidak sesuai boleh
menyebabkan bias serta kemungkinan responden yang dipilih secara rawak tidak sesuai.

Dalam kajian ini, pengkaji mengenalpasti impak kebimbangan terhadap kerjaya di tapak
pembinaan serta faktor yang mempengaruhi pelajar wanita kejuruteraan awam memilih kerjaya
bukan jurutera. Selain itu, pengkaji juga ingin mengkaji keserasian personaliti kerjaya yang
sesuai untuk pelajar wanita kejuruteraan awam.

3.3 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi adalah keseluruhan kumpulan individu yang diperlukan oleh pengkaji untuk
mendapatkan maklumat kajian (Idris, 2010). Dalam kajian ini, populasi kajian terdiri daripada
pelajar wanita kejuruteraan awam di peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor
falsafah. Pengkaji hanya memilih pelajar wanita yang mengambil jurusan kejuruteraan awam
adalah kerana ia selari dengan objektif yang telah ditentukan.
Sampel adalah sebahagian daripada populasi tanpa mengambil kira sama ada ia dapat
menjadi populasi ataupun sebaliknya (Azizi et al, 2007). Daripada jumlah populasi yang ada,
pengkaji menggunakan kaedah pemilihan secara rawak mudah bagi mendapatkan bilangan
sampel yang diperlukan di dalam kajian ini. Jumlah keseluruhan sampel yang terpilih adalah
seramai 150 orang pelajar.

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Dalam kajian ini, satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian untuk mengumpul data
daripada responden. Instrumen yang kerap digunakan dalam kajian kuantitatif ialah soal selidik
kerana melalui instrumen kajian ini, kerjasama daripada sampel mudah diperolehi dan
menjimatkan masa (Tuckman, 1988).

Dalam kajian soal selidik ini, satu skala jenis Likert 5 mata (5 untuk sangat bersetuju dan
1 untuk sangat tidak bersetuju) digunakan untuk melihat tahap persetujuan dan ketaksetujuan
terhadap pernyataan-pernyataan yang diberikan. Menurut Azizi et. al (2007), penggunaan skala
lima mata mempunyai kelebihan berikut:

(i) Penyediaan yang lebih mudah.


(ii) Kaedah ini berasaskan data empirikal berkaitan maklum balas subjek berbanding
pendapat subjektif para juri.
(iii) Kaedah ini menghasilkan lebih banyak skala sama jenis dan meningkatkan
kemungkinan satu unit sikap diukur dan ini dapat meningkatkan kesahan dan
kebolehpercayaan.
Soal selidik mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, bahagian C dan
bahagian D. Bahagian A terdiri daripada perincian demografi responden yang mengandungi
item-item seperti umur, bangsa, tahap pendidikan, status perkahwinan serta pekerjaan ibu dan
bapa. Bahagian B pula menguruskan pernyataan dan persoalan berkenaan impak kebimbangan
terhadap kerjaya di tapak pembinaan manakala bahagian C mengruskan pernyataan berkenaan
faktor-faktor menghalang wanita tidak memilih kerjaya sebagai jurutera. Dalam bahagian D,
pernyataan mengenai jenis-jenis personaliti bagi membentuk model kerjaya wanita yang
bersesuaian telah dibangunkan. Maklumat dari soal selidik ini digunakan untuk menggambarkan
pernyataan yang diberikan.

3.4.1 Kajian Rintis

Kajian rintis diperlukan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan alat kajian yang
digunakan oleh penyelidik iaitu instrumen kajian. Ianya membolehkan pengkaji mengenalpasti
kekurangan item soal selidik kajian dalam membuat beberapa perubahan supaya tidak
menjejaskan hasil kajian. Menurut Mohd Najib (2002), kajian rintis ialah satu aktiviti yang
penting bagi setiap kajian tinjauan di mana selain daripada menentukan kesahan kandungan dan
mendapatkan nilai indeks kebolehpercayaan soal selidik, ia juga digunakan untuk menguji
kaedah terbaik mentadbir instrumen, mengenal sampel dan kesesuaian kaedah analisis. Ianya
bagi memastikan instrumen kajian yang digunakan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan.

Oleh itu, pengkaji menjalankan kajian rintis terhadap item-item soal selidik sebelum
kajian sebenar dijalankan. Kajian rintis dijalankan dengan mengambil sampel yang terdiri
daripada 10 orang responden yang dipilih secara rawak dan mereka tidak akan terlibat dengan
kajian sebenar. Pengkaji telah memilih responden di kalangan pelajar wanita kejuruteran
elektrikal dan elektronik serta pelajar wanita kejuruteraan mekanikal. Pemilihan ini dibuat bagi
memastikan sampel mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi yang hendak diuji setelah
data dikumpul, ianya akan diproses dan dianalisis. Jika item yang dijawab adalah tidak menepati
objektif dan persoalan kajian, item ini akan diperbaiki dan dikemaskini.
3.5 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data adalah satu bahagian dan aspek penting bagi mana-mana jenis kajian yang
dilakukan. Data yang akan dikumpul mestilah data yang tepat kerana jika terdapat data yang
tidak tepat ia akan menyebabkan keputusan yang diperolehi tidak boleh diterima. Kaedah
pengumpulan data akan memberi kesan kepada penilaian penyelidikan. Kaedah yang digunakan
dalam mengumpul data untuk kajian ini ialah dengan melalui soal selidik menerusi aplikasi
google form. Dalam kajian ini, borang selidik telah diedarkan melalui aplikasi WhatsApp.

3.6 ANALISIS DATA

Untuk menganalisis data, peringkat yang sangat penting adalah senaraikan data dari soal selidik.
Data yang diperoleh daripada responden dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah
statistik deskriptif. Statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian ini termasuklah min,
kekerapan dan peratusan. Data-data soal selidik kemudiannya dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Pengkaji telah menggunakan program
perisian SPSS bagi mendapatkan nilai Alpha Cronbach. Berdasarkan kenyatan Mohd. Najib
(2002), setiap nilai Alpha Cronbach yang menghampiri 1.0 diannggap mempunyai nilai
kebolehpercayaan yang tinggi.
3.7 JANGKAAN DAPATAN KAJIAN

Kajian dijalankan bagi mengenalpasti impak kebimbangan kerjaya di tapak pembinaan seperti
wanitak tidak lagi berminat untuk terlibat di tapak pembinaan, wanita akan merasa rendah diri,
hilang motivasi dan mereka juga akan mengalami masalah tekanan emosi mempengaruhi faktor-
faktor wanita tidak memilih kerjaya sebagai jurutera iaitu faktor minat, dorongan serta budaya
dan persekitaran tempat kerja.

Seterusnya, pengkaji dapat menganalisis keserasian personaliti dalam menentukan


kerjaya yang sesuai bagi pelajar wanita kejuruteraan selepas tamat graduasi dan berharap
personaliti sosial dapat ditonjolkan dalam diri setiap pelajar wanita. Hal ini kerana, menurut
Teori Topologi Holland, personaliti sosial digambarkan dengan ciri-ciri feminin. Mereka yang
tergolong dalam personaliti ini mempunyai ciri-ciri seperti suka berinteraksi dengan individu
lain, bertanggungjawab, mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi dan memerlukan perhatian
daripada orang lain. Mereka juga akan cuba mengelakkan penyelesaian jenis intelektual.
3.8 GANTT CHART DAN WORK SCHEDULE

M1 M2 M3 M4 M5 M6 M7 M8 M9 M1 M11 M12 M1 M14


0 3
Mengenal pasti kawasan kajian.
Merangka persoalan dan objektif
kajian.
Merangka strategi penyelidikan,
rekabentuk penyelidikan dan
memilih kaedah.
Mengenal pasti skop dan batasan
kajian.
Membina kerangka konsep / teori
kajian
Menulis kajian literatur
Menentukan metodologi kajian
Menentukan jangkaan dapatan
kajian
Merangka gantt chart dan work
schedule kajian
RUJUKAN

Abd. Rashid, A. R., Hussin, S. & Othman, A. J. (2006). Hala Tuju Pengurusan Sumber Manusia
dan Kerjaya. Utusan Publication and Distribution Sdn. Bhd.

Abdullah. F. (1985). Wanita Dan Pekerjaan: Satu Analisis Konflik Peranan. Akademika No. 27
Julai 1985.

Abdul Ghani, F., & Ahmad Kamil, N. R. (2011). Tret Personaliti dan Faktor Pemilihan
Kerjaya dalam Bidang Perguruan di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Teknologi serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup). Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

Abdul Talib, M., Ahmad, N. S., & R Pariviny, R. (2017). Perbandingan kesejahteraan psikologi
wanita di kalangan keluarga komuter dan keluarga tradisional di Malaysia: satu kajian
awal.

Abu Talib, M & Tan K. A. (2009). Predictors of career indecision among Malaysian
undergraduate students. European Journal of Social Sciences. Volume 8, Number 2.

Agapiou, A. (2002). Perception of gender roles and attitudes toward work among male and
female operatives in the scottish construction industry. Construction Management and
Economics, 697-705.

Andrews & Clark. (2012). Breaking down barriers: teenage girls’ perceptions of engineering as a
study and career choice. SEFI 40th Annual Conference, 23-26 September 2012.
Thessaloniki, Greece.

Atkins. (2013). Britain’s got talented female engineers. Retrieved from


https://www.raeng.org.uk/publications/other/britains-got-talented-female-engineers

Ayre, M., & Roberts, P. (2003). The Careers Review of Engineering Women: An Investigation of
Women’s Retention in the Australian Engineering Workforce.

Azizi Yahaya et. al. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. PTS
Professional Publishing Sdn. Bhd.

Bagilhole, B. (2003). Women in Non-Traditional Occupations: Challenging Men. USA:Palgrave


MacMillan.

Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari. (2009). Isu-isu Fiqh Halal & Haram Semasa, Jil.2.
Selangor. Al-Hidayah Publication.

Buntat, Y., & Ensa, N. (2010). Minat Pelajar Wanita Dalam Mata Pelajaran Teknik dan
Vokasional di Sekolah. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Bushrah Basiron. (2006). Wanita Cemerlang. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.


Chartrand, J. M., Robbins, S. B., Morril, W. H., & Boggs, K. (1990). Development and
validation of the career factors inventory. Journal of Counseling Psychology, 37, 491–
501.

Chua, Y. P. (2006). Buku Asas Statistk Penyelidikan. Kuala Lumpur : Mc Graw-Hill Education.

CIDB Malaysia. (2015). Buku keperluan dan prosedur pendaftaran kontraktor.

Ediyana, B. G. (2017). Cabaran dan Halangan Profesion Wanita yang Bekerja di Tapak
Pembinaan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda.

Faridah, B. M. T. (2016). Penglibatan Wanita Yang Mengikuti Technical Vocational Education


And Training (Tvet) Dalam Industri Oil & Gas. Fakulti Pendidikan Teknikal Dan
Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Laporan Projek Ijazah Sarjana.

Fatin, N. A. B. M., & Ishak, B. A. R. (2019). Faktor pemilihan pekerjaan dalam kalangan
prasiswazah: kajian di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina Universiti Kebangsaan
Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, Vol 3(4) : 1-18.

Fielden, Sandra L., et al. (2000). Women in construction: the untapped resource. Construction
Management & Economics, 18(1): 113-121.

Fouad, A.N. & Singh, R. (2011). Stemming The Tide: Why Women Leave Engineering.
University of Wisconsin-Milwaukee.

Griffith, A. L. (2010). Persistence of women and minorities in STEM field majors: Is it the
school that matters? Economics of Education Review, 29, 911–922.

Heijde, C. M., & Van Der Heijden, B. I. (2006). A competence-based and multidimensional
operationalization and measurement of employability. Human Resource Management,
45(3), 449-476.

Holland, J.L (1973). Making Vocational Choices : A Theory Of Careers. Englewood Cliff.
Prentice Hall : New Jersey.

Holland, J. L. (1997). Making Vocational Choices: A Theory of Vocatioanal Personalities and


Work Environment. Odessa, Florida: Psychological Assessment Resources, Inc.

Idris, N. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Malaysia: Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn.
Bhd.

Ismail. S. M. (2003). Men and women engineers in large organization: interpretation of career
progression based on subjective - career experience. Women in Management Review,
Vol.18 No. 1/2 , 2003, PP. 60-67.
Jabatan Perangkaan Malaysia. (2018). Perangkaan Tenaga Buruh, Malaysia, Disember 2019.
Pejabat Ketua Perangkawan Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. (2018). Laporan kajian pengesanan graduan 2018.
Edisi pertama. Putrajaya : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. (2013). Perangkaan Wanita,


Keluarga dan Masyarakat, 2014. Putrajaya.

Konting, M. M. (2004). Kaedah Penyelidikan. Edisi Keenam. Dewan Bahasa Dan Pustaka :
Kuala Lumpur.

Lau, H. (2001). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pelajar Wanita Memilih Bidang


Kejuruteraan Awam, Elektrik dan Mekanikal sebagai Suatu Kerjaya Masa Hadapan.
Parit Raja: Tesis Sarjana.

Lembaga Jurutera Malaysia (2018). Laporan Tahunan 2018. Lembaga Jurutera Malaysia.

Lichtenstein, Gary, Heidi Loshbaugh, Brittany Claar, Helen Chen, Kristyn Jackson & Sherri
Sheppard. (2009). An engineering degree does not (necessarily) an engineer make:
career decision making among undergraduate engineering majors. Journal of
Engineering of Engineering Education, 98 (3): 227-34.

M. Fhaizal, M. B., Rohaiza, D., N. Fazliana, R., N. Amalina, A., M. Aminuddin, M., Farah, L.
A., M. Alhafiizh, Z., & Dhana, J. R. G. (2015). Kajian empirikal awal terhadap pola
kecenderungan pemilihan aliran pengajian peringkat pra-universiti oleh pelajar lepasan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Jurnal Personalia Pelajar, 18(1): 29-43.

M. Helmi, A., Azman, I., Norhidayah, S., & M. Azrul, T. (2016). Faktor pemilihan kerjaya
dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia: satu panduan untuk industri.
Jurnal Personalia Pelajar, 19(2): 9-15.

M. Noah, S. (1998). Pengujian Dalam Psikologi Dan Kaunseling. UPM. Serdang

M. Saffa, S. Z. (2009). Kesesuaian Minat Kerjaya Dengan Bidang Yang Diikuti Oleh Pelajar Di
Sekolah. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

Maisarah, B. K. (2012). Kesediaan Menceburi Kerjaya Kejuruteraan Binaan Dalam Kalangan


Pelajar Jurusan Binaan Bangunan Di Sekolah Menengah Vokasional. Fakulti
Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Laporan
Projek Ijazah Sarjana.

Malaysia. (2016). Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020.


Mastura, M., Fadilah, Z., N.Akmar, N. (2007). Analisis faktor penyebab stres di kalangan
pelajar. Jurnal Kemanusiaan, bil. 9.

Mat Jusoh, N. (2012). Keperluan Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling Kerjaya Pelajar


Tingkatan Empat SMV dalam Pemilihan Kerjaya. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia: Tesis Sarjana.

Maznizam, M., & Abdullah, M. R. (2016). Hubungan antara kesediaan kerjaya dan kematangan
kerjaya pelajar Institusi Kemahiran Awam Malaysia. Skills Malaysia Journal, 2(1): 27-
33.

Mellon, F. L. (1995). Duties of Project Engineer.

Minghat, A. D., & Mansor, N. Z. (2010). Pemilihan Bidang Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik sebagai Pembentukan Awal Kerjaya di Sekolah Menengah TeknikDaerah
Seberang Perai, Pulau Pinang. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.

Mohd Najib. (2002). Perkembangan dan Pemilihan Kerjaya Remaja. Selangor: Federal
Publications.

Moodley, M. S. (2012). An investigation of the role of women in the South African construction
industry.

Naan, S. N. (2008). Glass Ceiling Factor Wanita Dalam Membina Kerjaya Sebagai Jurutera.
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Laporan Projek Sarjana.

Najmuddin, H. (2005). Membimbing Remaja Memilih Pendidikan dan Kerjaya. PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.

N. Rahamah, H. A. B. (2006). Pendidikan dan pekerjaan di kalangan wanita di Malaysia serta


keperluan bimbingan vokasional dalam pemilihan pekerjaan.

N. Rahamah, H. A. B. (2009). Faktor-faktor yang mempengaruhi segregasi pekerjaan mengikut


gender di Malaysia: satu ilustrasi mikro dari Seremban, Negeri Sembilan. Malaysian
Journal of Society and Space, 5(2): 45-54.

Noraini, I., & Sidek, M. N. (2006). Profil dan keselarasan kerjaya di dalam dunia pekerjaan
maskulin dan feminin di daerah Petaling. Jurnal Teknologi, 44: 31-44. Universiti
Teknologi Malaysia.

Normala, B. A. M. (2013). Keserasian Personaliti Pelajar Dengan Kerjaya Agen


Pengembangan. Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia: Laporan Projek Ijazah Sarjana.
Omar, M. A. H. & Mustaffa, M. S. (2006). Tahap Kestabilan Emosi Pelajar di Sebuah Kolej
Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Awam: Satu Tinjauan. Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.

O’Neil, D. A. & Bilimoria, D. (2005). Women and Careers: A Critical Perspective on the Theory
and Practice of Women in Organizations.

Osman, K., M. Zaidi, O., M. Sattar, R., & Azami, Z. (2020). Mobiliti kerjaya graduan wanita
dalam organisasi. Jurnal Refleksi Kepimpinan Jilid 3.

S. Amely, B. J., S. Zarina, B. M. M., Ida, L. A., Zarina, T., Jamaluddin, J., Khalid, I., Norfaiza,
F., Masnani, M., & Shamsul, M. (2008). Mampukah seminar kerjaya kejuruteraan kuasa
meningkatkan motivasi diri kepada pelajar di IPT? Persidangan Pembangunan Pelajar
Peringkat Kebangsaan, 22-23 Oktober 2008. Universiti Teknologi Malaysia.

S. Khairani, B. M. A. (2012). Alihan Kerjaya Pekerja Bidang Teknikal Kepada Bidang


Pendidikan Dalam Kalangan Pengajar Mtun. Fakulti Pendidikan Teknikal Dan
Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Laporan Projek Sarjana.

S. Nazha, B. N. (2008). Glass Ceiling Factor Wanita Dalam Membina Kerjaya Sebagai
Jurutera. Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia: Laporan Projek Ijazah Sarjana.

Scott, a. B., & K. D. Ciani. (2008). Effects of an undergraduate career class on men’s and
women’s career decision-making self-efficacy and vocational identity. Journal of
Career Development, 34: 263-85.

Sidek, M. N. (2002). Perkembangan Kerjaya: Teori & Praktis. Selangor. Universiti Putra
Malaysia.

Sidek, N. A. (2006). Punca-Punca Kebimbangan Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah.


Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Siti, H. B. H. (2013). Kecenderungan Graduan Kejuruteraan Wanita Terhadap Pemilihan


Profesion Kerjaya Bukan Jurutera. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Stanley, L. (April, 2014). Retrieved from Quantity Surveyor: retrieved from


http://www.prospects.ac.uk/quantity_surveyor_job_description.html

Tuckman, B. W. 1988. Conducting Educational Research. 1st Edition. New York: Harcourt
Brace Jovanovich, Inc.
Wahab, L. M. (2009). Tinjauan Ke Atas Tahap Kebimbangan Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar
Tahun Akhir Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia : Laporan Projek Sarjana Muda.

Walker, T. L. & Tracey T. J.G. (2012). The role of future time perspective in career decision-
making. Journal of Vocational Behavior, 81 (2012) 150–158.

Yahya, A. et al. (2004). Ciri-ciri personaliti dalam pemilihan kerjaya pelajar, gaya pembelajaran
pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik. UTM, Skudai.

Yusof, Y. (2013). Faktor Pemilihan Kerjaya Kejuruteraan dalam Kalangan Pelajar Wanita
Pelbagai Jenis Personaliti di Politeknik Negeri Kedah. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia: Tesis Sarjana.

Anda mungkin juga menyukai