Anda di halaman 1dari 42

LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

BORANG PENYERTAAN

RINGKASAN EKSEKUTIF

1 Kumpulan dan Nama Projek 2

2 Kategori dan Kenyataan Masalah 3

PERINCIAN PROJEK

3 Latar Belakang Pasukan 5-6

4 Signifikasi Penyelesaian dan Pembuktian 7-9

5 Tindakan Permasalahan dan Pembuktian 10-13

6 Keberhasilan Projek ( Outcome Projek ) 14-16

7 Potensi Pengembangan Projek 17-18

LAMPIRAN

1
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

RINGKASAN EKSEKUTIF

1. KUMPULAN

a. Nama Kumpulan : 9 WOMERA ( Rujuk Lampiran 1 )


( 9 WOKSYOP MEDAN RASCOM )
b. Nama Organisasi : 9 Woksyop Briged
c. Alamat : Kem Rascom
Batu 10, Jalan Oya Lama
96000 Sibu
Sarawak
d. No. Telefon & Faks : 084-331811 Samb 501
e. E-mail : fa10030.ump@gmail.com
f. Tarikh Kumpulan Ditubuhkan : 26 Jun 2016
g. Bilangan Ahli : 09 Orang ( Rujuk Lampiran 2- 3 )

2. PROJEK

a. Nama Projek : Spider Wheel Gripping Tool (SWGT)

b. Keterangan Projek : Permasalahan yang dikenalpasti semasa


berlakunya kasualti yang tersangkut di dalam lumpur. Penarikan kasualti
tersebut dengan menggunakan Kembalikiaitu untuk menarik kasualti yang
tersangkut di dalam kawasan berlumpur. Dalam masa yang sama, penguna
kasualti tersebut terpaksa menunggu masa yang lama untuk Kembaliktiba di
lokasi kejadian. Masa yang diperlukan untuk kenderaan Kembaliktiba di lokasi
di anggarkan tidak kurang dari 30 minit atau bergantung pada jarak lokasi.
Sebelum pergerakan kenderaan Kembalikke lokasi tersebut, pihak pengguna
perlu memaklumkan kepada pasukan pengguna dan seterusnya disalurkan
kepada Pegawai JLJ Briged (PJLJB). Melalui saluran tersebut, masa yang
dianggarkan tidak kurang daripada 20-30 minit. Ini bermakna, keseluruhan
masa yang diperlukan ialah tidak kurang dari 1 jam untuk kenderaan
Kembaliktiba di lokasi tersebut.

30 minit (Saluran melalui PJLJB)

( 30 + 30 = 60 minit @ 1 jam )

30 minit (pergerakan kenderaan Kembalik


ke kawasan kejadian )

2
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

Bagi mengatasi masalah ini, Tim KIK 9 Woksyop Briged telah menjana
idea bagi kesempurnaan kepada penambahbaikan perenggu khas untuk
diaplikasikan pada semua jenis kenderaan tentera dan awam. Perancangan
penambahbaikan perenggu khas tersebut dikaji dan dinilai dari pelbagai
aspek untuk digunakan kepada semua kenderaan tentera dan awam.
Perenggu khas tersebut telah dibuat penambahbaikan dari segi reka bentuk
agar dapat membantu meminimumkan masa mengatasi masalah, kos dan
tenaga kerja oleh pemandu untuk mengeluarkan kenderaan tersebut yang
tersangkut di dalam kawasan berlumpur.

b. Kategori Projek : Primier Inovasi Sosial Penambahbaikan

c. Penyataan Masalah : Perlaksanaan projek ini adalah bertujuan


untuk menyahut cabaran yang dikeluarkan oleh Panglima Tentera Darat
iaitu dari aspek kesiapsiagaan. Oleh yang demikian, keperluan inovasi ini
bertujuan memperkukuhkan aset TD erti kata lain dapat menggurangkan
kos senggaraan, pembaikan dan meningkatkan tahap boleh tempur
kenderaan dalam TD bagi meningkatkan kesiapsiagaan TD. Dengan itu,
penyataan masalah yang dikenalpasti oleh Tim KIK 9 WOMERA adalah
seperti berikut :

PENYATAAN
MASALAH I

i. Pembaziran masa menunggu bantuan Kembalikoleh kasualti dari pihak


woksyop yang terikat dengan prosedur untuk mengaturgerakkan
Kembalikke lokasi.

PENYATAAN
MASALAH II

ii. Tenaga kerja yang ramai iaitu 3 orang Tim Kembalikyang diperlukan
untuk melakukan kerja-kerja mengeluarkan kasualti tersebut.

PENYATAAN
MASALAH III

iii. Kos penarikan menggunakan Kembalikatau Kereta Tunda melibatkan


kos yang agak mahal sekiranya berlaku kenderaan yang tersangkut di
dalam lumpur.

3
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

4
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

BAHAGIAN 1 : LATAR BELAKANG

9 WOKSYOP BRIGED

1. Woksyop Medan RASCOM telah ditubuhkan pada tahun 1973 dengan tujuan
memberi bantuan Medan JLJ kepada pasukan-pasukan tentera di kawasan
RASCOM. Untuk memenuhi tanggungjawab ini, pasukan telah di tempatkan di Kem
Oya Sibu. Perjawatan Woksyop Medan RASCOM telah diluluskan pada 28 Jan 1974
dengan kekuatan seramai 2 Pegawai dan 20 LLP. Oleh kerana ketiadaan bangunan
dan tempat beroperasi, penubuhan sementara telah dibuat di lokasi 5 KJLJ di
Kuching pada 17 Apr 1973. Pada mulanya berbagai-bagai usul telah dikemukakan
untuk penubuhan pasukan ini di Sibu seperti menyewa kedai-kedai agar dapat
berkerja berhampiran dengan pasukan DBK RASCOM yang pada mulanya
ditempatkan di Lapangan Terbang Lama Jalan Teku, pasukan ini juga mendirikan
khemah di Kem Boder Scout di Bukit Lima dan Foward EME Group tetapi setelah
dipertimbangkan didapati ianya tidak sesuai. Keputusan muktamad akhirnya telah
dibuat untuk menubuhkan Woksyop Medan RASCOM bertempat di Kem Oya.

WAWASAN

2. Menjadikan 9 Woksyop Briged unggul dan dinamik di dalam aspek kepuasan


pelanggan darihal kebolehgunaan dan keboleharapan peralatan Tentera Darat di
bawah tanggungjawab.

MISI

3. Menghasilkan prestasi dan output yang melibatkan peralatan moblity, kuasa


tembakan dan teknologi maklumat di bawah tanggungjawab 9 Briged di mana
produk yang dihasilkan adalah berkualiti dan berkos efektif.

PERANAN

4. Memberi bantuan JLJ yang berkesan dan berkualiti serta efektif kepada
semua pasukan di bawah naungan 9 Briged mengikut prosedur yang ditetapkan.

ORGANISASI 9 WOKSYOP BRIGED


5. Perjawatan pasukan di 9 Woksyop Bgd adalah merujuk kepada FED
(M)/4104/1/72 (5 Pegawai dan 146 Llp). Perjawatan KSOD 9 Wksp Briged adalah
merujuk kepada FED (M)/3121/3/75 (1 Pegawai dan 13 x Llp) dan perjawatan
keseluruhan pasukan adalah sebanyak 6 Pegawai dan 157 Llp.

6. Walau bagaimanapun hanya 5 perjawatan Pegawai dipenuhi pada masa ini


dan 116 daripada perjawatan Llp bersamaan 76.16%.

5
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

CARTA ORGANISASI.

7. Carta Organisasi Markas Tadbir 9 Wksp Bgd adalah seperti di bawah :

Gambar Rajah 1:Carta Organisasi Markas Tadbir 9 Wksp Bgd

8. Carta Organisasi Cawangan Pembaikan 9 Wksp Bgd adalah seperti di


bawah:

Gambar Rajah 2:Carta Organisasi Cawangan Pembaikan 9 Wksp Bgd

6
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

BAHAGIAN 2 : SIGNIFIKASI PEMILIHAN PROJEK & PEMBUKTIAN

MENGENALPASTI PROJEK

9. Melalui Mesyuarat Pegawai Pemerintah yang telah dilaksanakan, Pegawai


Pemerintah 9 Wksp Bgd menegaskan supaya setiap permasalahan yang berhubung
kait dengan perkara Tadbir, Latihan, Gerakan, Logistik dan Teknikal perlu diambil
tindakan dengan sewajarnya bagi meningkatkan keberkesan pasukan. Selaras
dengan itu, maka beliau telah melantik Pegawai Woksyop untuk menubuhkan
Kumpulan KIK pasukan bagi merealisasikan matlamat murni tersebut.

10. Kumpulan KIK pasukan yang telah ditubuhkan telah bersidang dan mesyuarat
koordiniasi telah diadakan bagi menjelaskan Misi dan Visi yang perlu dicapai.
Mesyuarat ini juga bertujuan untuk mencari permasalahan utama yang perlu
diselesaikan melalui pemilihan terhadap masalah-masalah yang dihadapi di
pasukan. Pada peringkat awal, Sebanyak 13 masalah telah dikemukakan oleh ahli-
ahli seperti lampiran 5.

11. Kesemua masalah yang dicadangkan oleh ahli 9 WOMERA telah diperhalusi
bagi mengenal pasti masalah-masalah mengikut kategori. Tajuk-tajuk masalah yang
telah disusun mengikut kategori adalah seperti lampiran 6.

12. Semua masalah telah dinilai bagi mengesan tahap kritikal masalah serta
keupayaan Tim KIK 9 WOMERA untuk mengatasinya. Jadual di lampiran 7
menunjukkan kaedah skala Kritikal dan Keupayaan yang digunakan untuk
mengenalpasti masalah.

13. Setiap nilai skala yang diberikan seterusnya diplot pada Rajah Matriks seperti
di lampiran 8. Berdasarkan kaedah tersebut, masalah yang berada pada kedudukan
kritikal dan keupayaan yang maksimum pada Rajah Matriks sahaja yang akan dipilih
untuk proses tapisan selanjutnya.

14. Berdasarkan kaedah Rajah Matriks maka permasalahan yang perlu diambil
tindakan adalah seperti berikut:

BIL MASALAH
1 Sistem rekod/prosedur anggota keluar masuk kem memakan masa.
2 TATADEMOT anggota sering tidak dikemaskini mengikut masa yang
ditetapkan.
3 Kekerapan kenderaan tersangkut diatas jalan berlumpur.
4 Ramai anggota pasukan mengalami masalah BMI yang tinggi.
5 Masalah tempat letak kenderaan yang tidak mencukupi.

Jadual 1: 5 masalah yang dipilih

7
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

15. Jadual senarai masalah (Rujuk Lampiran 9 ) :

Masalah 1. Permasalahan pertama ialah permasalahan sistem rekod dan


prosedur anggota keluar masuk kem memakan masa. Masalah ini dicadangkan oleh
1185238 LKpl Nadzir bin Nazhar. Berdasarkan pemerhatian beliau semasa menjadi
Polis Pasukan di Balai Pengawal 9 Woksyop Briged. Sistem rekod dan prosedur
anggota keluar dan masuk kem masih menggunakan kaedah lama iaitu mengisi
boring keluar kem, mendapatkankelulusan Pegawai dan menulis buku di balai
pengawal. Proses ini mengambil masa yang lama, jika ramai anggota yang ingin
keluar mereka terpaksa berbaris menunggu giliran untuk melapor. Perkara ini dapat
dilihat dari aspek pembaziran masa. Dimana jika seorang mengambil masa selama
3 minit maka 10 orang akan mengambil masa 30 minit. Dalam masa 30 minit itu jika
dikaji semula, pelbagai perkara yang mereka boleh lakukan.

Masalah 2. Masalah TATADEMOT anggota yang sering tidak dikemaskini


mengikut masa yang ditetapkan telah dicadangkan oleh 1161950 Kpl Abdullah bin
Mohd Nor. Berdasarkan penyata kemaskini TATADEMOT yang terdapat di pejabat
tadbir pasukan dan disiarkan pada Perintah Bahagian Pertama adalah merupakan
kaedah lama dan tidak efisien untuk dipraktikan. TATADEMOT ini amat penting bagi
setiap anggota. Ramai anggota yang lewat mengemaskini TATADEMOT atas
beberapa faktor. Antaranya, kebanyakan anggota yang tidak mengemaskini
TATADEMOT adalah anggota yang terlibat dengan tugas khas, tugas luar dan
anggota yang terlibat dengan operasi.

Masalah 3. Permasalahan ketiga ialah masalah kenderaan sering tersangkut


dikawasan berlumpur semasa eksesais taupun latihan yang dijalankan. Masalah ini
dicadangkan oleh 1161950 Kpl Abdullah bin Mohd Nor. Mengikut maklumbalas yang
diperolehi Kembaliksering menarik kenderaan yang tersangkut dikawasan berlumpur
terutamanya semasa operasi, latihan dan program jiwa murni di kawasan
pendalaman. Kaedah penarikan Kembalikmengambil banyak masa, kos yang tinggi
dan tenaga kerja yang ramai.

Masalah 4. Permasalahan keempat ialah masalah ramai anggota pasukan 9


Wksp Bgd mengalami Body Mass Index (BMI) yang tinggi. Permasalahan ini
diusulkan oleh 1157655 Sjn Romanio anak Simi. Berdasarkan penyata BMI yang
direkodkan dipejabat tadbir. BMI seseorang anggota amat penting untuk
memastikan anggota berada di zon yang sentiasa siapsiaga serta menghindari diri
dari sebarang jenis penyakit. Jika anggota itu mempunyai BMI yang lebih, anggota
itu akan sukar untuk menjalani aktiviti-aktiviti pasukan. Contohnya, Ujian Kecergasan
Asas (UKA). Ujian ini selalunya dilakukan untuk kenaikan pangkat. Jika anggota itu
mempunyai BMI yang lebih, anggota tersebut akan gagal dalam ujian tersebut.

Masalah 5 Permasalahan kelima ialah masalah tempat letak kenderaan yang


tidak mencukupi. Permasalah ini dicadangkan oleh Kfn Ikwan. Hasil pemerhatian
yang dibuat oleh beliau didapati banyak kenderaan tidak diletak di tempat yang

8
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

sepatutnya kerana tempat meletak kenderaan yang sediaada tidak mencukupi.


Banyak kenderaan yang diletakan pada tempat yang tidak sepatutny dan ia boleh
menyumbang kepada kesesakan lalulintas. Hal Ini boleh mengganggu kenderaan
tentera untuk keluar masuk kem. Terdapat beberapa kes kenderaan mengalami
kerosakan kecil akibat dari meletak kenderaan di bahu-bahu jalan.

16. Pemilihan masalah:

Dari semua masalah yang telah dinyatakan dan diperhalusi, kaedah


pemilihan masalah utama perlu dibuat bagi merancang dan melaksanakan kaedah
penyelesaian masalah yang dihadapi. Bagi mengatasi masalah yang dikenalpasti,
kumpulan ini telah menganalisis dua kaedah yang sesuai untuk mengatasi masalah
ini iaitu menggunakan kaedah Analisis SMART seperti di Lampiran 10 dan Analisis
Rajah Matrik seperti Lampiran 8. Masalah-masalah yang telah diperhalusi dan
dianalisa bagi memilih masalah yang paling utama untuk dilaksanakan projek KIK.
Pemilihan masalah yang telah dipersetujui ialah masalah tiga iaitu kenderaan kerap
tersangkut didalam kawasan berlumpur.

17. Sebab-sebab masalah dipilih:

a. Melibatkan tiga anggota tenaga kerja dalam satu masa menyebabkan


pasukan mengalami kekurangan tenaga kerja di pasukan.
b. Untuk menjimatkan kos pemeriksaan dan senggaraan pada sistem
penarikan kembalik.
c. Pengerakan Kembalikyang terlalu kerap sehingga boleh menyebabkan
kerosakkan kembalik.
d. Produktiviti kerja dari aspek masa, kos dan tenaga kerja yang
maksimum.
e. Mengira dari aspek keselamatan semasa prosedur penarikan
Kembalik.

18. Jika projek ini tidak dipilih :

a. Kekerapan Kembalikakan banyak bergerak di kawasan yang jauh.


b. Peningkatan pembaziran wang kerajaan semasa penarikan Kembalik.
c. Kemungkinan kemalangan/kecederaan akan berlaku semasa
penugasan.
d. Pembaziran masa dan tenaga kerja akan terus berlaku yang
menyebabkan prestasi organisasi berada pada tahap statik.
e. Tahap moral pengguna dan mekanik akan menurun kerana kerja-kerja
yang memenatkan dan memakan masa yang lama.

Setelah kumpulan memilih masalah untuk dijadikan sebagai projek,


permohonan kelulusan telah dimajukan kepada Pegawai Pemerintah 9 Woksyop
Briged.

9
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

BAHAGIAN 3 : TINDAKAN PERMASALAHAN DAN PEMBUKTIAN

ANALISA SEBAB DAN AKIBAT

19. Proses penyelesaian masalah yang dipraktikan adalah dengan menggunakan


kaedah Rajah Ishikawa dan kaedah Analisis SWOT bagi menganalisis projek dari
segi punca, akibat dan penyelesaian bagi masalah yang berlaku. Perkara yang
dikenalpasti adalah dari segi faktor alat, manusia, kaedah dan faktor persekitaran.
Teknik ini digunakan untuk menganalisis masalah dengan mengenalpasti punca-
punca paling utama yang mendorong kepada pemilihan projek ini. Terdapat 4 faktor
atau punca utama yang dinayatakan pada Rajah Ishikawa seperti di lampiran 10.

20. Berdasarkan Rajah ishikawa di lampiran 10, terdapat 4 punca utama yang
menyumbang kepada permasalahan iaitu kaedah cara kerja yang banyak
menggunakan tenaga, penggunaan tenaga kerja yang ramai, peralatan yang mudah
rosak dan akan melibatkan kos pembaikan yang tinggi dan keadaan persekitaran
diatas gangguan tugas lain dan jarak penarikan Kembalikyang tidak menentu dan
jauh.

21. Daripada 3 punca kritikal yang dikenalpasti, ahli kumpulan telah berbincang
dan menetapkan dengan mengambil sasaran yang telah dikeluarkan oleh Panglima
Tentera Darat iaitu Menentukan Kesiapsiagaan Tentera Darat melebihi 80% pada
sebilang masa.

KAEDAH PENYELESAIAN

22. Kaedah Rajah Ishikawan pada lampiran 10 digunakan untuk mengenalpasti


punca dan kaedah Analisis SMART adalah cadangan penyelesaian dalam
mengatasi masalah kekerapan kenderaan tersangkut didalam lumpur. Terdapat 3
punca utama dan 5 cadangan yang disenaraikan bagi menyelesaikan masalah
tersebut. Setiap cadangan penyelesaian yang diberikan terdapat kebaikan dan
keburukan dimana perkara ini dinilai dari kaedah SWOT. Justeru itu, Kumpulan 9
WOMERA telah memilih salah satu penyelesaian yang berkemungkinan tinggi dapat
mengatasi masalah kekerapan kenderaan tersangkut didalam lumpur dengan
mencipta alat pencengkam tayar yang diberi nama Spider Wheel Gripping Tool
(SWGT).

RUMUSAN PERMASALAHAN

23. Kesimpulan yang diperolehi daripada kaedah yang digunakan serta


digabungkan dengan idea ahli-ahli kumpulan maka satu jalan penyelesaian telah
diperolehi iaitu dengan mencipta Alat yang mudah dikendalikan dan mempunyai
cirri-ciri mesra pengguna seperti berikut :

10
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

a. Mudah Dikendalikan
b. Kos Ciptaan Yang Berpatutan
c. Boleh Digunakan Dimana Sahaja
d. Ergonomik

TATACARA PELAKSANAAN PROJEK

OGOS 18
SEPT 18

MAC 19
NOV 18
OKT 18

APR 19
APR 18

JUN 18

JAN 19
FEB 19
JUL 18
MEI 18

DIS 18
PERINGKAT

1. Mengenalpasti
masalah
2. Analisa masalah dan
memilih projek

3. Pengumpulan data

4. Analisa data

1. Mengenalpasti
alternative
2. Cadangan
penyelesaian
3. Pelaksanaan projek
ujicuba
4. Penilaian projek
ujicuba

Perancangan

Pelaksanaan

Jadual 2 : Jadual Carta Perbatuan

11
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

PENGHASILAN SPIDER WHEEL GRIPPING TOOL (SWGT)

24. Proses perlaksanaan projek inovasi SWGT secara umumnya menggunakan


pendekatan 3S iaitu proses Sebelum, Semasa dan Selepas bagi memudahkan
proses pemantauan dan perlaksanaan projek.

25. Proses Sebelum. Proses ini menumpukan kepada mengenalpasti serta


memahami permasalahan yang dihadapi. Pengumpulan data dan kaedah yang
diguna pakai juga diperhalusi dan diimplementasikan kepada projek seterusnya.
Secara umumnya proses ini telah dilaksanakan semasa proses pemilihan dan
penjelasan projek.

26. Proses Semasa. Proses ini merangkumi penghasilan prototaip yang terdiri
daripada 4 prototaip dari awal permulaan sehingga terhasilnya SWGT. Prototaip 1
mengalami kegagalan kerana tidak dapat mencengkam tayar seperti yang
dijangkakan. Prototaip 2 telah diuji dan diterima keberkesanannya dan telah
memenangi Johan KIK Peringkat Tentera Darat Tahun 2018. Walaubagaimanapun,
prototaip 2 mempunyai sedikit kekurangan kerana ia tidak dapat digunakan pada
kenderaan tentera dan awam yang berlainan saiz tayar. Oleh itu, Kumpulan 9
WOMERA telah membuat penambahbaikan dengan mereka bentuk prototaip 3 dan
prototaip 4 bagi ia boleh digunakan pada semua kenderaan tentera dan awam yang
berlainan saiz tayar.

Prototaip 1 Prototaip 2

27. Walaupun terdapat sedikit kelemahan, tetapi keputusan dari ujicuba prototaip
4 sangat berkesan dalam menghadapi situasi kenderaan tersangkut pada jalan yang
berlumpur. Hasil ujikaji didapati dengan mengunakan SWGT, penggunaan
kenderaan tersebut mampu mengatasi masalah tersebut tanpa bantuan kembalik.

12
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

PENAMBAHBAIKAN WGT KEPADA SPIDER WGT

*Prototaip 3

*Prototaip 4

13
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

BAHAGIAN 4 – KEBERHASILAN PROJEK (OUTCOME PROJECT)

28. Penugasan yang produktif iaitu tanpa pembaziran masa, tenaga dan kos
merupakan objektif pelaksanaan Projek KIK SWGT yang dihasilkan. Alat ini telah
menyumbang kepada penjimatan masa, penjimatan kos operasi, penjimatan sumber
manusia dan tenaga.

PENJIMATAN KEWANGAN

29. Pengurangan Kos Pembaikan. Kerosakan pada kenderaan berat dan


Kembalikyang berlaku pastinya akan menyebabkan kerosakan kepada komponen
lain dan menjadi punca utama kos pembaikan dan kos penggunaan Kembalikyang
lebih tinggi. Keperluan pembaikan dan kos akan dapat dikurangkan sekiranya
langkah awal diambil tindakan.

a. Kos. Kos yang diperlukan untuk membina mechanisme komponen SWGT


adalah sebanyak RM 210.40. Penggunaan komponen yang dikitar semula
dan ada yang dibeli serta pembuatannya dilakukan di bengkel 9 Woksyop
Briged telah menjimatkan kos

b. Pengurangan Kos Penarikan Kembalik. Penggunaan SWGT dapat


menjimatkan kos pemeriksaan sebagaimana dijelaskan dalam jadual 8 dan
jadual 9 di Lampiran 10 dan 11.

PENJIMATAN MASA

30. Melalui kajian yang dilakukan, SWGT telah memberikan penjimatan masa
yang ketara iaitu diterangkan melalui jadual 8 dan jadual 9 di Lampiran 12.

PENINGKATAN HASIL KERJA.

31. Anggota. Moral anggota dapat dipertingkatkan dengan bantuan peralatan


tambahan sekaligus meningkatkan hasil kerja yang efektif. Kemudahan yang
menambah keselesaan adalah berupaya menaikkan semangat kerja. Prestasi
anggota juga tidak ketinggalan turut bertambah baik.

32. Prosedur Kerja. SWGT ini dapat memudahkan prosedur kerja dan pada
masa yang sama masa pembaikan dapat dioptimakan.

33. Output. Dengan keberkesanan sistem ini ianya memberikan output yang
efisien terhadap pelaksanaan penarikan. Ini boleh dilihat dengan jumlah masa yang
dapat dikurangkan. Alat ini dapat membantu juruteknik-juruteknik pembaikan dalam
menyumbang kepada output yang lebih proaktif disamping mengalakkan pemikiran
inovasi dikalangan anggota tentera.

14
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

PENJIMATAN MATERIAL

34. SWGT kebanyakannya menggunakan bahan dan komponen yang sedia ada
serta mudah diperolehi daripada bahan-bahan atau sisa-sisa peralatan terpakai
yang tidak digunakan lagi. Justeru, Ia dapat mengelakkan pembaziran dan
menjimatkan kos pembuatan.

KEPUASAN HATI PELANGGAN

35. Dengan jumlah masa, kos dan tenaga kerja yang dapat diminimumkan,
pelanggan tidak perlu menunggu masa yang lama untuk menunggu penarikan
Kembaliksamada dikawasan latihan atau di kawasan operasi. Alat ini dicipta untuk
membantu pelanggan dan ianya didapati mampu meningkatkan tahap kepuasan
pelanggan melalui Kajian Kepuasan Pelanggan dengan menggunakan Borang
kajiselidik Kepuasan Pelanggan. Keputusan ujinilai terhadap 31 orang pengguna
terhadap SWGT seperti di jadual pada Lampiran 12.

Mutu Kerja. Kerja yang dilaksanakan oleh anggota adalah lebih fokus dan selamat.

Masa. Kerja yang diberi dapat disiapkan dalam masa yang cepat. Oleh itu melalui
alat SWGT ini ia dapat membantu mengatasi masalah ini dan dapat memenuhi
kehendak masa yang telah diperuntukkan.

PENINGKATAN PRODUKTIVITI

36. Penggunaan SWGT dapat memberikan penjimatan penggunaan sumber


manusia dan masa bagi masalah kenderaan tersangkut di jalan berlumpur. Ini
kerana ia dapat dioperasikan secara berseorangan dalam masa yang singkat.
Peningkatan Produktiviti dapat ditunjukkan pada gambar rajah 7 di Lampiran 13.

MUDAH DIGUNAKAN

37. Mudah Digunakan. SWGT yang dihasilkan memenuhi faktor ’friendly user’.
Ia dapat diterangkan seperti berikut:

38. Panduan Pengguna. Merupakan dokumen bagi SWGT yang menerangkan


sejarah ringkas peralatan dan panduan-panduan yang dapat digunakan sekiranya
pengguna mengalami masalah penggunaan SWGT.

39. Aturcara Penggunaan. Ia disediakan pada SWGT sebagai panduan dan


kemudahan pada pengguna untuk menggunakan SWGT.

15
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

PENGURANGAN RISIKO KEROSAKAN

40. Melalui SWGT, kerosakan terutamanya pada kenderaan yang tersangkut


didalam lumpur dapat dikurangkan serta kerosakkan pada Kembalikjuga dapat
dioptimakan berdasarkan pengurangan kerja berat pada Kembaliktersebut.

FAEDAH-FAEDAH LAIN

41. Faedah-faedah yang diperolehi daripada SWGT ini adalah seperti berikut:

a. Menjamin hasil pembaikan mempunyai kualiti keboleharapan dan


kebolehgunaan.
b. Boleh meningkatkan hasil kerja.
c. Menjimatkan kos, tenaga, dan masa.
d. Masa pembaikan dapat dioptimakan.
e. Mewujudkan kepakaran dengan menggunakan sumber-sumber yang
sedia ada di pasukan.

42. Proses penambahbaikan terhadap SWGT akan dibuat dari semasa ke


semasa berpandukan pada maklumbalas pengguna terhadap alat ini. Dijangkakan
alat ini mampu memberikan perkhidmatan melalui fungsinya dengan semaksimum
mungkin. Objektif yang ditetapkan serta pencapaian melalui projek serta pembinaan
SWGT diterangkan seperti di Lampiran 12.

KEPENTINGAN DI DALAM ORGANISASI TENTERA DARAT

43. SWGT mampu menjimatkan pengunaan kos terutamanya semasa


menggunakan Kembalik tentera mahupun kereta tunda awam. Seperti yang kita
fahami, persekitaran dan bentuk muka bumi Malaysia adalah hutan hujan tropika
dimana sering mengalami hujan dan bermusim sepanjang tahun sehingga tanah
menjadi berlumpur dan lembut. Maka dengan itu, sekiranya SWGT disediakan pada
setiap kenderaan, maka Tentera Darat mampu mengurangkan kos dari aspek
penarikan Kembalik, pengurangan masa dan tenaga kerja.

CIRI-CIRI INOVASI

44. Alat SWGT yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri inovasi seperti ringan, mudah
dibawa dan lain-lain. Ini dapat dijelaskan melalui perbandingan yang dibuat seperti di
lampiran Lampiran 14.

16
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

BAHAGIAN 5 – POTENSI PENGEMBANGAN PROJEK

45. Kumpulan WOMERA telah membuat beberapa langkah penyeragaman yang


dapat meningkatkan penggunaan SWGT ini. Tindakan penyeragaman yang telah
diambil adalah seperti berikut:

a. Penyeragaman Peringkat pasukan. Taklimat dan demonstrasi


telah diadakan pada Hari Pengajian Pasukan 9 Woksyop Bgd yang mana
kesemua anggota terutamanya dari tred mekanik dan MT telah didedahkan
dengan penggunaan alat tersebut. Selain daripada itu, penambahbaikan telah
dibuat terhadap proses kerja semasa dan Standard Operating Procedures
(SOP).

b. Penyeragaman Keperluan Stakeholder. Stakeholder yang terlibat


didalam perkhidmatan yang diberikan oleh 9 Woksyop Bgd ialah semua
pasukan-pasukan pelanggan 9 Woksyop Bgd. Adalah menjadi
tanggungjawab pasukan ini bagi memastikan keperluan semua stakeholder
dapat dipenuhi dengan sempurna berlandaskan kepada Misi dan Visi
pasukan. Kini dengan terciptanya peralatan ini, keperluan stakeholder dapat
dipenuhi dengan lebih cekap, cepat, tepat dan mudah.

c. Penyeragaman Peringkat Briged. Kumpulan WOMERA melalui


pasukan telah memohon kepada MK 9 Bgd untuk membenarkan penggunaan
peralatan baru ini bagi semua pasukan di bawah naungan 9 Bgd. Tindakan
yang telah dibuat adalah seperti berikut:

d. Demonstrasi. Kumpulan WOMERA telah membuat persembahan dan


demonstrasi kepada pasukan-pasukan terpilih sebagai pengenalan terhadap
SWGT.

e. Kursus Penyesuaian. Satu kursus penyesuaian telah dilaksanakan


di 9 Woksyop Bgd selama sehari. Kursus ini melibatkan 20 orang
pemandu dari pasukan-pasukan di bawah naungan 9 Bgd.

f. Risalah. Risalah telah dikeluarkan bagi memperkenalkan lagi


SWGT ini.

g. Buku Manual Pengguna. Buku manual pengguna telah dikeluarkan


oleh kumpulan dan diagihkan kepada pasukan yang terlibat melalui MK
9 Bgd.

h. Penyertaan KIK Ke Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam


Peringkat Wilayanh Negeri Sarawak Tahun 2019. SWGT ini telah
menyertai Konvensyen Inovasi Peringkat Negeri Sarawak dan dipilih ke
peringkat akhir yang akan berlangsung pada 14 - 16 Sep 2019. Sijil

17
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

Penyertaan KIK Inovasi Perkhidmatan Awam Peringkat Wilayah Negeri


Sarawak Tahun 2019 seperti di Lampiran 21.

i. Pendaftaran Harta Intelek. Bagi melindungi hasil kerja 9


WOMERA, kumpulan ini telah mendaftarkan projek Spider Wheel Gripping
Tool di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dengan no pendaftaran
LY2019005593 dan merancang untuk mengkomersialkan projek ini untuk
digunakan oleh pengguna di seluruh Malysia mahupun di peringkat
antarabangsa. Sijil pendaftaran Harta Intelek seperti di Lampiran 22.

18
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN

19
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 1

LATAR BELAKANG
BERWARNA HITAM: KEMBALIKHICOM:
- Melambangkan sebuah - Melambangkan asset
kumpulan yang berkualiti. utama bagi KJLJD.

JALUR WARNA
BIRU,KUNING DAN
MERAH:
Tiga warna yang
melambangkan KJLJD.

WOMERA: NOMBOR 9:
- Singkatan nama bagi - Melambangkan 9
kumpulan “WOKSYOP Briged.
MEDAN RASCOM” yang
ditubuhkan dalam tahun
2016.

20
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 2

PROFIL KUMPULAN

1. Ahli-ahli kumpulan 9 WOMERA terdiri daripada 2 orang pegawai fasilitator dan


07 orang anggota lain-lain pangkat. Ahli-ahli kumpulan ini terdiri daripada gabungan
beberapa cawangan seperti Cawangan Kejuruteraan Automotif, Cawangan
Kejuruteraan Mekanik, Cawangan Kejuruteraan Persenjataan, Cawangan
Kejuruteraan Kembalikdan Cawangan Kejuruteraan elektronik.

Fisilitator

Nama :Mejar Abd Rahman bin Zulkefli (3010251)


Umur :34 Tahun
Jawatan :Pegawai Pemerintah
Cawangan :9 Woksyop Briged
Tempoh Perkhidmatan :13 Tahun
Taraf Pendidikan :Ijazah Sarjana Muda

Ketua Kumpulan

Nama :Lt. Mohd Nazzuan bin Mohamad Nawi (3014772)


Umur :31 Tahun
Jawatan :Pegawai Woksyop
Cawangan :9 Woksyop Briged
Tempoh Perkhidmatan :4 Tahun
Taraf Pendidikan :Ijazah Sarjana Muda

21
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 3

Penolong Ketua Kumpulan

Nama :538014 SSjn Ficky anak Irang


Umur :32 Tahun
Jawatan :Penyelia Juruteknik Kejuruteraan
Cawangan :Penerimaan dan Penyeluaran (RNI)
Tempoh Perkhidmatan :16 Tahun
Taraf Pendidikan :SPMV

Ahli 1

Nama :1157655 Sjn Rumanio anak Simi


Umur :33 Tahun
Jawatan :Ketua Cawangan Kembalik
Cawangan :Kembalik9 Woksyop Briged
Tempoh Perkhidmatan :12 Tahun
Taraf Pendidikan :SPM

Ahli 2

Nama :1161950 Kpl Abdullah bin Mohd Nor


Umur :30 Tahun
Jawatan :Juruteknik Persenjataan Kelas 2
Cawangan :Persenjataan 9 Woksyop Briged
Tempoh Perkhidmatan :11 Tahun
Taraf Pendidikan :SPMV

Ahli 3

Nama :540547 Kpl Mohamad Fauzi Akram bin Abdullah


Umur :23 Tahun
Jawatan :Juruteknik KembalikKelas 2
Cawangan :Kembalik9 Woksyop Briged
Tempoh Perkhidmatan :6 Tahun
Taraf Pendidikan :SPMV

22
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 4

Ahli 4

Nama :1185238 Lkpl Nadzir bin Nazhar


Umur :26 Tahun
Jawatan :Kelas 1 Pembuatan
Cawangan :A&G 9 Woksyop Briged
Tempoh Perkhidmatan :4 Tahun
Taraf Pendidikan :SKM Tahap 2

Ahli 5

Nama :1188059 Kfn Mohammad Yusri Bin Azizi


Umur :24 Tahun
Jawatan :Kelas 1 Pembuatan
Cawangan :A&G 9 Woksyop Briged
Tempoh Perkhidmatan :3 Tahun
Taraf Pendidikan :SKM Tahap 3

Ahli 6

Nama :1193660 Kfn Ikhwan bin Ibrahim


Umur :24 Tahun
Jawatan :Mekanik kejuruteraan Kelas 2
Cawangan :Kembalik9 Woksyop Briged
Tempoh Perkhidmatan :3 Tahun
Taraf Pendidikan :SKM Tahap 3

23
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 5

JADUAL PERMASALAHAN TEMA PROJEK DAN KAEDAH BRAIN STORMING

1. Permasalahan yang telah dikenalpasti melalui Mesyuarat Tim KIK.

BIL TAJUK MASALAH PENCADANG

Penjaga stor senjata tidak dapat mengawasi keadaan luar


1. LKpl Nadzir
stor sepanjang masa

2. Harga makanan di kantin pasukan mahal Sjn Rumanio


Masalah bertugas harian terlalu kerap melibatkan anggota 9
3. Kpl Fauzi
Wksp Bgd.

TATADEMOT anggota sering tidak dikemaskini mengikut


4. Kpl Abdullah
masa yang ditetapkan

Penglibatan di dalam tugas sampingan yang kerap


5. menyebabkan banyak kerja pembaikan tidak dapat Lt . Nazzuan
dilaksanakan.

Ramai anggota pasukan mengalami masalah BMI yang


6. Sjn Rumanio
lebih.
Sistem rekod/prosedur anggota keluar masuk kem
7. Lkpl Nadzir
memakan masa
Masalah anggota bertugas tidak mengikut penugasan yang
8. Kfn Ikhwan
betul.
9. Kenderaan sering tersangkut dikawasan lumpur Kpl Abdullah

Kerja grind valve kenderaan memakan masa lama dan


10. Lt . Nazzuan
memenatkan

11. Kekerapan kenderaan tersangkut di atas jalan berlumpur. Kpl Abdullah

12. Masalah anggota mengikut perjawatan Kpl Fauzi

13. Masalah tempat letak kenderaan tidak mencukupi Kfn Ikhwan

Jadual 3: Masalah yang dikemukakan oleh ahli

24
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 6

JADUAL SKALA & KRITIKAL DAN RAJAH MATRIKS

KATEGORI MASALAH KRITIKAL KEUPAYAAN


1. Harga makanan di kantin 4 5
pasukan mahal
2. Masalah bertugas harian terlalu
kerap melibatkan anggota 9 Wksp 7 6
bgd
3. TATADEMOT anggota sering
tidak dikemaskini mengikut masa 7 8
yang ditetapkan
TADBIR 4. Penglibatan di dalam tugas
sampingan yang kerap
menyebabkan banyak kerja 5 4
pembaikan tidak dapat
dilaksanakan.
5. Sistem rekod/prosedur anggota 8 8
keluar masuk kem memakan masa
6. Masalah anggota bertugas tidak 4 4
mengikut penugasan yang betul.
7. Penjaga stor senjata tidak dapat
mengawasi keadaan luar stor 3 4
sepanjang masa
OPERASI
8. Ramai anggota pasukan memiliki
DAN 6 7
BMI yang lebih
LATIHAN 9. Masalah tempat letak kenderaan 7 7
tidak mencukupi
10. Ramai anggota pasukan 6 7
memiliki BMI yang lebih
11.Kekerapan kenderaan tersangkut 9 8
di atas jalan berlumpur.
12. Kerja grind valve kenderaan
TEKNIKAL memakan masa lama dan 5 3
memenatkan
13. Tool box berat dan sukar dibawa 6 5

Jadual 4: Kategori Masalah

25
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 7

13. Skala:

SKALA
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
KRITERIA

Kurang Sederhana Sederhana Sederhana Sangat


KRITIKAL
Kritikal Rendah Kritikal Tinggi Kritikal

Kurang Sederhana Sederhana Sederhana Keupayaan


KEUPAYAAN
Keupayaan Rendah Keupayaan Tinggi Tinggi

Jadual 5: Skala Krikal dan Keupayaan Penyelesaian Masalah

KATEGORI MASALAH

Gambar Rajah 3: Kategori Masalah

26
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 8

Gambar Rajah 4: Menilai Masalah Menggunakan Rajah Matriks

27
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 9

HUBUNGKAIT MASALAH, SEBAB DAN AKIBAT


Hubungkait permasalahan yang berlaku adalah seperti berikut:
BIL MASALAH SEBAB AKIBAT RUJUKAN
(a) (b) (c) (d) (e)
1. Kenderaan -Cuaca dan persekitaran -Jarak yang jauh serta -Borang
sering - Kawasan berlumpur dan jalan yang sukar KEW PA 9
tersangkut berpaya -Kemalangan jalan raya -Laporan
dikawasan -Kecederaan pada NMD
berlumpur pengguna -BAT L 100
- Kerosakan kembalik - Penyata
MIS

Jadual 6: Jadual Hubung Kait Masalah

LIMA MASALAH UTAMA

BIL MASALAH
1 Sistem rekod/prosedur anggota keluar masuk kem memakan masa

2 TATADEMOT anggota sering tidak dikemaskini mengikut masa yang ditetapkan

3 Kekerapan kenderaan tersangkut di atas jalan berlumpur


4 Ramai anggota pasukan memiliki BMI yang lebih
5 Masalah tempat letak kenderaan tidak mencukupi

Jadual 7: Lima Masalah Utama

28
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 10

MASALAH DAN PUNCA

Tayar kenderaan
tersangkut didalam
lumpur

Gambar Rajah 5 : Rajah Ishikawa

Jadual 8: Analisis SMART

29
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 11

LAMPIRAN 11

Gambar Rajah 6 : Punca dan Penyelesaian

KEBERHASILAN PROJEK

BIL PERKARA MASA KOS (RM) CATATAN

(a) (b) (c) (d) (e)


1. Anggaran kos tenaga kerja untuk menarik -
kenderaan oleh Syarikat X: 2000
Kos
2. Anggaran kos tenaga kerja penarikan penarikan
Kembalikoleh anggota JLJ menggunakan dapat
kaedah semasa: (Manhours@ RM3.80 satu 150 9.50 dikurangkan
manhours) minit dan
memberi
3. Anggaran kos tenaga kerja untuk pemandu penjimatan
kenderaan mengunakan SWGT: (Manhours@ maksima
RM 3.80 satu manhours) 2 minit 0.13

Jadual 9: Kos Manhours

30
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 12

KAEDAH SEMASA PROTOTAIP 5


BIL TINDAKAN MASA TENAGA MASA TENAGA
KERJA KERJA
1. Pergerakan
Kembalikke 60 Alat SWGT
-
kasualti dioperasikan
oleh dua
2. Penundaan 3 orang
Kembalik@
30 10 min operator
Pemasangan
sahaja serta
SWGT
mudah
3. Pengerakan
60 - diaturgerakan.
pulang kembalik
Jumlah Masa 150 min 3 10 min 1

Jadual 10: Penjimatan Masa

KEPUASAN HATI PELANGGAN

BIL PERKARA SKOR PERATUS (%)


(a) (b) (c) (d)
Alat ini memberikan kebaikan kepada
1. 228 81.43
pengguna.
2. Penggunaan alat ini begitu mesra pengguna. 227 81.07
3. Alat ini begitu menjimatkan masa. 238 85
4. Alat ini menjimatkan tenaga kerja. 239 85.36
5. Alat ini memudahkan. 237 84.64
6. Rekabentuk alat ini adalah ringkas dan menarik. 225 80.36
7. Alat ini mudah diaturgerakan. 240 85.71
8. Alat ini sukar ditemui di pasaran. 233 83.21
9. Saya suka menggunakan alat ini. 247 88.21
10. Alat ini menjimatkan kos. 233 83.21

Jadual 11: Jadual Data Kepuasan Hati Pelanggan

31
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 13

Masa (min)
25
20
15 WGT
10 Kaedah Semasa
5
0
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Kenderaan
Tersangkut

Gambarajah 7: Perbezaan Produktiviti Antara


Kaedah Semasa Dengan SWGT = 1 : 10

OBJEKTIF DAN PENCAPAIAN

BIL OBJEKTIF PENCAPAIAN


(a) (b) (c)
1. Menjimatkan masa. √
2. Menjimatkan penggunaan sumber manusia. √
3. Menjimatkan tenaga. √
4. Mudah diaturgerak. √
5. Rekabentuk yang kemas. √
6. Mudah digunakan (friendly user). √
7. Kos pembuatan mampu milik. √
8. Dapat diimplementasikan ke organisasi lain. √
9. Mudah diselenggarakan. √
10. Tidak mencemarkan alam sekitar. √
Nota : Tanda (√) menunjukkan pencapaian objektif melalui SWGT

Jadual 12: Objektif

32
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 14
FAEDAH KEBERHASILAN

KENDERAAN TERSANGKUT DI JALAN


BIL FAEDAH BERLUMPUR
KAEDAH SEMASA SWGT
1. Ringan TIDAK YA
2. Keselesaan TIDAK YA
3. Mudah Alih TIDAK YA
4. Menarik TIDAK YA
5. Tahan Lasak TIDAK YA
6. Keselamatan TIDAK YA
7. Jimat Tenaga TIDAK YA
8. Mesra Pengguna TIDAK YA
9. Moral Merosot YA TIDAK
10. Produktiviti Menurun YA TIDAK
11. Mudah Rosak YA TIDAK
12. Kesihatan Terganggu YA TIDAK

Jadual 13: Ciri – Ciri Inovasi

33
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 15
SASARAN PROJEK

Sasaran yang ditetapkan perlu dicapai di dalam pelaksanaan projek adalah


seperti berikut:

BIL SASARAN CATATAN


(a) (b) (c)
1. Menjimatkan masa.
2. Menjimatkan penggunaan sumber manusia. Meningkatkan produktiviti
3. Menjimatkan tenaga.
4. Mudah diaturgerak. Ringan dan compact
5. Rekabentuk yang kemas. Menarik dan mudah digunakan
6. Mudah digunakan (friendly user). Ringkas
7. Kos pembuatan mampu milik. Produk boleh dihasilkan dalam
kuantiti yang banyak
8. Dapat diimplementasikan ke organisasi lain. Promosi produk
9. Mudah diselenggarakan. Kos servis agak murah
10. Tidak mencemarkan alam sekitar. Mesra alam

Jadual 14: Jadual Sasaran Projek


KAJIAN KES
BIL TINDAKAN KAEDAH SEMASA
MASA TENAGA KERJA
(MINIT)
1. Pergerakan Kembalikke kasualti 60 3

2. Penundaan kembalik 30
3. Pengerakan pulang kembalik 60
4. Jumlah Masa 150 3

Jadual 15: Kajian Kes

34
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 16
AKTIVITI 2: MEMBUAT PROTOTAIP

Gambar 8: Penghasilan Prototaip 1

AKTIVITI 2: FABRIKASI PROTOTAIP

Gambar 9: Penghasilan Prototaip 2

35
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 17

AKTIVITI 3: FABRIKASI PROTOTAIP

Gambar 10: Penghasilan Prototaip 3

AKTIVITI 4; FABRIKASI PROTOTAIP

Gambar 11: Rekabentuk Prototaip 3

36
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 18
AKTIVITI 5: MEMBUAT PROTOTAIP

Gambar 12: Penghasilan Prototaip 4

KOS PEMBUATAN

KOS SEUNIT KUANTITI JUMLAH


BIL BAHAN (RM) KOS (RM)

1. 2 ½” x ¼” x 7mm Angle Bar x 3.70 4 14.80


31mm
2. 1 ¼” x 1 ¼” x 1.6mm x 12.50 4 50.00
270mm MS Square Hollow
3. 1” x 1” x 2.3mm x 386mm 10.60 4 42.40
MS Square Hollow
4. Nut S/Steel SS304 UNC ¾” 5.00 2 10.00
5. Tub Bolt Lhread Bar MS ¾” x 10.00 1 10.00
36mm
6. Conduit Pipe GI 1” x 10mm 5.00 2 10.00
7. Round Bar ¾” x 72mm 36.60 2 73.20
JUMLAH BESAR RM210.40

Jadual 15: Kos Bahan Mentah

37
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 19

CARTA RADAR

PETUNJUK :
Skala = 100%

10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

Kurang Memuaskan Memuaskan Sangat Memuaskan

38
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 20

PEGIKTIRAFAN

JOHAN KIK PRIMER INOVASI


SOSIAL (PENCIPTAAN)

39
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 21

40
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 22

Surat Kelayakan Ke Peringkat Akhir Konvensyen Inovasi Perkhidmatan Awam


Peringkat Wialayah Sarawak Tahun 2019

41
LAPORAN KIK HORIZON BAHARU SPIDER WHEEL GRIP TOOL

KATEGORI PRIMIER – INOVASI SOSIAL - PENAMBAHBAIKAN

9 WOKSYOP MEDAN RASCOM

LAMPIRAN 23

Sijil Pendaftaran Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Bagi KIK 9 WOMERA

42

Anda mungkin juga menyukai