Anda di halaman 1dari 9

0

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TUGASAN INDIVIDU

TUGASAN 3
KAJIAN TERHADAP BENTUK TEATER ASIA ‘HAMDOLOK’

NAMA :
MUHAMMAD NUR FAHIM BIN MOHD FUAD

NO. MATRIK :

D20202095979

PENSYARAH :

DR. PATRICIA ANN HARDWICK


ATT3063 TEATER ASIA
0

SOALAN TUGASAN

This research paper is to be done on the same Asian Theatre form that you

have been assigned for the in-class presentation.  

In this paper please describe

1) The historical development of your chosen form of Asian Theatre

2) The underlying philosophy of this form of Asian Theatre

3) A brief analysis of a performance of this form of Theatre- the example

can be found online and a link should be included in your assignment.

All references for this paper should from academic books and peer reviewed

journals.  The paper should include a bibliography with at least 5 references

in APA style.

The essay should be 5-8 pages double spaced, typed, 12 point font Times

New Roman, 1 inch margins. 


0

Pengenalan

Khazanah dan seni warisan yang terdapat di negara dan benua Asia itu sendiri

merupakan identiti yang luhur dalam pembentukan sebuah bangsa dan negara yang

luhur melalui ketamadunanya. Hal ini berkait rapat dengan masyarakat di negara kita

yang wujud dan hidup dalam keadaan majmuk seterusnya memiliki perbezaan dan

keunikan terhadap kesenian itu sendiri. Teater tradisional telah lama menjadi medium

untuk pelbagai aktiviti sama ada sudut perubatan mahupun teguran dan nasihat yang

disampaikan dalam bentuk performativiti. Salah satu teater tradisional yang masih

wujud sehingga masa kini adalah Hamdolok.

Umum mengetahui bahawa, teataer tradisional amat berkait rapat dengan

amalan-amalan orang zaman terdahulu seperti kepercayaan terhdap roh atau

semangat, penyembuhan penyakit melalui upacara spiritual di dalam persembahan

serta tidak lari mengenai kepercayaan animisme. Menurut Rahmah Haji Bujang

(2007), “Estetika persembahan yang bertujuan terapi terisi dengan dinamika

psikologi, pendidikan, dan erti hubungan perkumpulan” (ms 151-152). Hal in ini

menjelaskan bahawa teater tradisonal pada zaman dahulu bertujuan sebagai

penyembuhan penyakit.

Tujuan penghasilan kertas kajian ini adalah untuk mengkaji teater tradisional

tempatan iaitu Hamdolok dan kajian ini menumpukan kepada beberapa aspek teori-

teori sejarah perkembangan Hamdolok ini secara dasarnya dan elemen-elemen

mengenai teater tradisional itu sendiri. Hal ini demkian kerana, penghasilan kajian-

kajian seumpama ini dilihat tidak dilakukan secara terperinci dan menyeluruh

berbanding teater tradisonal yang terdapat di Malaysia dan benua Asia. Penghasilan
0

kajian ini lebih menekankan analisis-analisis terperinci bagi setiap bab yang

dibincangkan seperti sejarah, asal usul terma serta falsafah dan nilai .

1.0 Sejarah dan Asal Usul

Hamdolok merupkan salah satu teater tradisional yang dipercayai salah satu

kesenian dari Timur Tengah yang telah disatukan dengan nilai-nilai kebudayaan

masyarakat tempatan di negeri Johor khususnya di daerah Batu Pahat. Persembahan

teater tradisional hamdolok ini secara dasarnya telah diilhmkan oleh penciptaan dari

seorang pemuzik iaitu Wak Rahmat yang mengambil tahu cara-cara masyarakat arab

khususnya Arab Badwi dari Timur Tengah menyambut sesuatu peristiwa yang

bermkna sebagai tanda kesyukuran. Hamdolok seringkali dipersembahkan dalam

upacara pesta, majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis kesyukuran.

Upacara sambutan majlis atau peristiwa penting di dalam sejarah agama Islam

sememangnya disambut oleh seluruh umatnya sebagai tanda kesyukuran terhadap

kebesaran Allah seperti peristiwa Israk dan Mikraj, Nuzul Al-Quran serta Hari

Kelahiran Nabi Muhammad. Rentetan daripada itu, masyarakat Arab Badwi

menyambut peristiwa Hari kelahiran Nabi Muhammad dengam melakukan upacara

dan majlis yang dipenuhi dengan syair-syair yang memuji Allah dan Nabi

Muhammad. Mereka menyambut dengan berkumpul secara beramai-ramai dan

berarak dari satu tempat ke satu tempat dalam jarak yang dekat dan saling bersahutan

antara satu sama lain dengan membawa tongkat untuk menghasilkan segala macam

bunyi sebagai salah satu cara untuk memberitahu masyarakat setempat mengenai

majlis tersebut.

Menurut petikan di dalam Buku Siri Mengenal Budaya, (2003), wujudnya istilah

masadeka dan hamdolok di dalam upacara yang dilakukan oleh masyarakat Arab
0

Badwi ini. Dalam setiap rangkap syair, mereka memulakan menyebut perkataan

masadeka yang berasal dari dua perkataan iaitu ‘Ma’ yang membawa maksud ‘siapa’

manakala ‘sadeke’ membawa pengertian ‘yang benar’. Maka perkataan ini seringkali

diungkapkan oleh mereka dalam upacara perarakan tersebut. Istilah hamdolok turut

lahir daripada syair-syair yang dinyanyikan oleh masyarakat Arab Badwi yang

diulang-ulang dan perkataan tersebut ialah ‘Alhamdulillah, Allah Allah. Maka ini

dapat disimpulkan bahawa hamdolok merupakan salah satu bentuk teater tradisional

yang terdapat di Malaysia berdasarkan sejarah dan asal usul mengenai perkembangan

hamdolok di rantau Asia ini khususnya di Malaysia.

2. Persembahan

Seperti kebiasaan teater tradisional yang lain, terdapat satu upacara yang

memanggil semangat yang perlu dilakukan sebelum memulakan persembahan

hamdolok kerana kebiasaanya hamdolok dipersembahkan di khalayak ramai seperti di

majlis perkahwinan, khatam dan sebagainya. Hamdolok merupakan sebuah

persembahan yang menggabungkan unsur nyanyian, tarian dan lakonan itu sendiri

serta memerlukan seorang ketua sebagai orang yang bertanggungjawab mengawal dan

meneraju persembahan. Hal demikian termasuklah memberi keyakinan dan

kepercayaan kepada ahli-ahli persembahan yang lain bagi mengelakkan rasa gemuruh

dan takut ketika melakukan persembahan di khalayak ramai dengan memberikan

mereka air jampi sebagi penguat serta dipercayai melindungi suara daripada sakit

ataupun rosak sepanjang persembahan. Antara air minuman yang diberikan adalah

seperti air selasih, air tebu cina atau air asam limau pekat dan perlu diminum tanpa

campuran gula. Antara perkara lain yang perlu diberi perhatian oleh ketua kumpulan

adalah memastikan tiada perkara ganjil yang berlaku seperti kerasukan kepada ahli-

ahli persembahan yang lain.


0

Antara perkara lain yang sangat perlu diawasi oleh ketua kumpulan hamdolok

ini ialah menjaga keselamatan ahli kumpulannya, di samping memastikan kelicinan

perjalanan persembahan. Ia akan berusaha mengelakkan daripada berlakunya

peristiwa-peristiwa ganjil ketika bermain dan selepas bermain. Ketua mereka mesti

menggunakan 'ilmu pendinding' di tempat persembahan yang dianggap 'keras' dan

juga menjauhi 'perbuatan' makhluk-makhluk lain.

Secara umumnya persembahan hamdolok boleh dilakukan dan

dipersembahkan di atas pentas serta di atas pentas yang meliputi struktur, peringkat

serta turutan tertentu di dalam persembahan hamdolokyang menjadikan perbezaan

transisi peringkat ke peringkat yang lain atau pertukaran babak yang secara

keseluruhanya mempunyai 7 peringkat. Berbalik kepada kondisi dan keadaan

persembahan, hamdolok akan dipersembahkan di tanah lapang khusus kepada majlis

mengarak pengantin, orang besar seperti sultan namun persembahan hanya boleh

dilakukan sehingga peringkat yang kedua sahaja.

Bagi dari sudut estetika dalam konteks sinografi yang terdiri dari elemen

bunyi, kostum dan juga tatarias, hamdolok mempunyai keunikanya yang tersendiri

kerana elemen -elemen tersebut dapat dilihat dengan jelas di dalam persembahan

beserta peranan yang melengkapkan fungsi dan ciri hamdolok itu sendiri. Hal ini

demikian kerana, hamdolok merupakah salah satu teater tradisional yang turut

mempercayai kaitan dengan segala aspek spiritual. (Anderson and Anderson 1984,

1999). Okpu (2015) mentakrifkan kostum sebagai mempunyai pengaruh mistik pada
0

pemakainya seperti kuasa peribadi, martabat dan kekayaan yang ditunjukkan secara

luaran.

3. Ringkasan apresiasi Hamdolok

Pada masa kini, persembahan hamdolok dilihat semakin berkurangan untuk

dibawa ke pentas moden kerana kurangnya pendedahan dari mana-mana pihak atau

usaha untuk melestarikanya secara konvensional. Jika dilihat pada konteks

persembahan hamdolok itu sendiri pada masa kini, kebanyakan persembahan

hamdolok telah berubah dari cara persembahanya. Hal ini demikian kerana, elemen

tarian dalam hamdolok sahaja yang diangkat dan dibawa sebagai suatu bentuk

persembahan untuk dipertontonkan secara umum. Memang tidak dapat dinafikan

bahawa segala pengucapan dialog, nanyian lirik dan pergerakan masih wujud dan

dibentuk namun cara permainan hamdolok itu sendiri telah berubah pada dasarnya.

Melihat pada konteks persembahan yang terdapat di laman sesawang dan media

sosial, maka jelas hamdolok pada masa kini telah kurang dimainkan di kawasan-

kawasan kampung malahan elemen-elemen persembahanya juga dilihat telah pudar.

Terdapat juga persembahan yang dilakukan di atas pentas yang menepati kesemua

elemen persembahan hamdolok kerana kajian lapangan dan bertepatan dengan ciri-

ciri serta dasar itu sendiri. Hal ini juga berkait rapat dengan aspek sinografi, blocking

dan pergerakan pelakon serta nyanyian.

Menurut Prof Madya Dr Andika Aziz Hussin, pensyarah teater dari Program

Seni Persembahan, Pengajian Warisan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan

(FTKW) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dalam penulisan beliau menyatakan


0

persembahan yang diusahakan bersama pelajarnya merupakan inovasi masa kini

dalam melastarikan persembahan hamdolok dengan jolokan Hamdolok 2.0.

Rujukan

1. Haji Bujang, R. (2007). FUNGSI KOMUNIKASI DAN ESTETIKA DALAM

PERSEMBAHAN TEATER TRADISIONAL WAYANG KULIT. Jurnal

Pengajian Melayu, _Mid 18, 2007, Jilid 18, 151–152

2. BIN RIYADZI, M. O. H. D. R. U. H. A. I. Z. I. E. (in press). ISLAM

MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA. ISLAM

MEMPENGARUHI KEBUDAYAAN DI MALAYSIA..

3. Malaysia. Kementerian Kebudayaan, K. P. (2003). Hamdolok (1st ed., Vol. 1).

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.

https://books.google.com.my/books/about/Set_Koleksi_Siri_Mengenal_Buday

a_1_2003.html?id=pnW1tQEACAAJ&redir_esc=y

4. Anderson, B. and Anderson, C. 1999. Costume design. 2nd ed. Wadsworth,

Australia: Thomson. 1984. Costume design. Indiana, USA: Holt, Rhinehart

and Winston.

5. ANDIKA AZIZ HUSSIN, A. N. D. I. K. A. A. Z. I. Z. H. U. S. S. I. N. (2019, May

7). HAMDOLOK 2.0 CETUSAN NAFAS BARU OLEH PELAJAR SENI

PERSEMBAHAN FTKW UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK).

Https://Id.Linkedin.Com/Pulse/Hamdolok-20-Cetusan-Nafas-Baru-Oleh-

Pelajar-Seni-Ftkw-Aziz-Hussin. https://id.linkedin.com/pulse/hamdolok-20-

cetusan-nafas-baru-oleh-pelajar-seni-ftkw-aziz-hussin
0

Anda mungkin juga menyukai