Sebelum anda diperkenalkan dengan maksud sebenar pemasaran, adalah lebih elok
sekiranya anda mengetahui serba sedikit berkenaan dengan takrif pasaran ataupun pasar.
Ia bertujuan untuk memudahkan lagi anda memahami maksud pemasaran. Di bawah ini
ada disertakan takrif pasar yang diambil daripada beberapa sumber. Marilah sama-sama
kita mempelajarinya.
Persatuan Pemasaran Amerika (AMA) mentakrifkan pasar sebagai suatu keadaan di mana
pembeli dan penjual membuat keputusan yang membolehkan pemindahan barang-barang
dan perkhidmatan. Pasar merupakan suatu kumpulan pembeli dan penjual dalam sesuatu
kawasan untuk sesuatu keluaran di suatu peringkat dalam saluran perdagangan pada
sesuatu masa yang tertentu.
Pasar adalah suatu kawasan yang di dalamnya terdapat permintaan untuk barang-barang
dan perkhidmatan, kuasa-kuasa penawaran dan permintaan yang bergerak untuk
menetapkan harga dan berlaku pertukaran barangan atau perkhidmatan. Pasaran adalah
jumlah permintaan untuk sesuatu barangan dan perkhidmatan
Melalui penakrifan pasar yang telah diberikan , mungkin sekarang anda lebih bersedia
untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan pemasaran.
Definisi ini menekankan bahawa pemasaran adalah satu proses sosial dan pengurusan.
Tujuan aktiviti pemasaran adalah untuk melakukan pertukaran antara dua pihak, iaitu
pembeli dan penjual dimana proses yang berlaku mestilah pertukaran yang dapat
memberikan nilai kepada pembeli dan penjual.
Menurut Philip Kotler, pemasaran merupakan aktiviti manusia dalam memenuhi keperluan
dan kehendak mereka melalui proses pertukaran.
Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusan-urusan
sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk, perletakan harga,
pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan sebagainya.
Dalam pemasaran terdapat beberapa elemen-elemen atau prinsip-prinsip asas yang perlu
anda pelajari dan fahami kerana ia saling berkaitan antara satu sama lain
Keperluan
Keperluan merupakan asas kepada kehidupan manusia dan ini meliputi keperluan fizikal
seperti makanan dan pakaian, keperluan sosial seperti kasih sayang, keperluan individu
seperti ilmu pengetahuan dan pencapaian hasrat diri seperti kemajuan diri dan juga
kejayaan diri. Keperluan-keperluan ini bukan dicipta oleh pemasar, ia merupakan
sebahagian dari asas kejadian manusia. Keperluan manusia ini penting kepada pemasar
kerana ia dapat membantu pemasar dalam mengenalpasti produk yang perlu ditawarkan
dan diperlukan oleh pengguna.
Kehendak
Kehendak pula, merupakan keperluan manusia yang dibentuk oleh budaya sekeliling serta
personaliti individu. Sebagai contoh, seorang eksekutif jualan mungkin memerlukan kereta
mahal seperti Honda untuk menjaga imej dan statusnya sebagai seorang pegawai,
manakala seorang kerani jualan mungkin memadai dengan kereta Proton sahaja. Di sini
menunjukkan bahawa personaliti individu tersebut memainkan peranan di dalam
membentuk kehendak seseorang .
Permintaan
Apabila kita mempunyai sumber kewangan atau kuasa beli, kita akan berkehendakan
kepada pelbagai jenis produk yang ditawarkan di pasaran. Oleh itu, apabila seseorang
mempunyai kehendak serta kemampuan untuk membeli , kehendak akan bertukar menjadi
permintaan.
Produk
Produk merupakan apa sahaja yang ditawarkan kepada pengguna untuk perhatian, milikan
atau kegunaan yang akan memenuhi sesuatu keperluan atau kehendak. Konsep produk
tidak terhad kepada objek fizikal, seperti kereta, rumah dan sebagainya tetapi apa sahaja
yang berupaya memuaskan keperluan boleh dipanggil produk. Selain daripada produk
fizikal/ketara,
Perkhidmatan
Merupakan aktiviti atau faedah yang ditawarkan untuk jualan yang bukan ketara dan tidak
mendatangkan pemilikan kepada sesuatu. Contoh : perbankan, penerbangan, perhotelan,
menggunting rambut dan banyak lagi.
Nilai
sanggup membayar harga lebih untuk menaiki Eksekutif Coach yang mempunyai tambang
lebih mahal berbanding bas ekspres biasa. Mereka merasakan servis yang ditawarkan
oleh Eksekutif Coach lebih baik, lebih terkenal dan statusnya lebih tinggi berbanding bas
ekspres biasa. Di sini kecenderungan mereka bertindak adalah berasaskan nilai yang
mereka tanggap sebelum ini.
Kepuasan
Kualiti
Kepuasan pelanggan berkait rapat dengan kualiti. Pengurusan Kualiti Menyeluruh (PKM),
direka untuk terus memperbaiki kualiti produk, perkhidmatan dan proses pemasaran.
Kualiti mempunyai kesan langsung ke atas prestasi produk dan seterusnya ke atas
kepuasan pelanggan.
Pertukaran
Mungkin anda telah biasa dengan perkataan ini, tetapi di sini anda akan mengetahuinya
dengan lebih mendalam lagi. Pertukaran di dalam pemasaran membawa maksud
pertukaran nilai antara dua belah pihak, daripada seorang pemasar kepada seorang
pelanggan. Untuk membolehkan pertukaran berlaku , terdapat dua syarat iaitu:
i) Dua pihak mesti terlibat dan setiap pihak mempunyai sesuatu yang bernilai untuk
ditukarkan
ii) Pihak-pihak yang terlibat bersetuju untuk berurusan antara satu sama lain dan
mempunyai kebebasan untuk menerima atau menolak tawaran masing-masing.
Urusniaga
Urusniaga pula merupakan tindakan dalam mendapatkan sesuatu yang dikehendaki dari
satu pihak dengan menawarkan sesuatu yang lain sebagai balasan. Urusniaga merupakan
elemen utama di dalam pemasaran dan ianya melibatkan lima keadaan:
Perhubungan
1.2.5 Pasaran
Merujuk kepada elemen yang seterusnya marilah kita sama-sama melihat sama ada apa
yang anda faham mengenai pasaran adalah sama atau tidak dengan maksudnya yang
sebenar. Dalam pemasaran, pasaran merupakan satu set atau himpunan bakal pembeli-
pembeli yang berpotensi untuk membeli sesuatu produk.
Pembeli-pembeli ini mempunyai sesuatu keperluan atau kehendak yang boleh dipenuhi
melalui pertukaran dan perhubungan. Saiz pasaran bergantung kepada bilangan orang
yang mempunyai keperluan, sumber-sumber untuk melibatkan diri dalam pertukaran dan
sanggup untuk menawarkan sumber-sumber ini sebagai balasan kepada apa yang mereka
kehendaki.
Istilah asal pasaran merujuk kepada tempat di mana pembeli dan penjual berkumpul untuk
bertukar produk antara mereka. Di antara pelbagai jenis pasaran yang wujud pada masa
ini termasuk pasaran komoditi, pasaran kewangan, pasaran buruh dan sebagainya.
Antara persoalan yang sering ditanya oleh pihak pengurusan ialah "Apakah produk yang
paling mudah dan cepat dikeluarkan dengan peralatan atau mesin yang sedia ada?".
Konsep ini menganggap pengguna mempunyai kecenderungan untuk memilih produk
NO KOD / CODE NO DBF1143/K 01/NK 01-01 Muka: 6 Drp: 7
yang tersedia dan berharga murah. Andaian yang dipegang ialah "produk akan terjual
dengan sendirinya" kerana sudah tentu ada permintaan daripada pengguna. Amalan
pendekatan ini dipraktikkan oleh perniagaan yang mempunyai kuasa monopoli dalam
penjualan sesuatu produk.
Konsep ini mengandaikan bahawa pengguna akan membeli sesuatu produk atau servis
sekiranya produk tersebut berkualiti, mempunyai pelbagai ciri, berprestasi tinggi, dan
mempunyai ciri-ciri inovatif. Aspek yang ditekankan ialah pembangunan produk secara
berterusan dengan melakukan inovasi ke atas produk. Contohnya, komputer yang berubah
dari bentuk desktop kepada bentuk netbook dan kini dalam bentuk tablet hasil daripada
usaha inovasi dan memahami kehendak pengguna.
Dalam konsep ini, apa yang boleh dikeluarkan oleh kilang tidak lagi penting. Sebaliknya,
apa yang dikehendaki oleh konsumer itulah produk yang perlu dikeluarkan. Pendekatan ini
juga dianggap suatu idea perniagaan dimana peniagaan berusaha untuk memenuhi
kehendak konsumer, dan pada masa yang sama, perniagaan cuba memaksimumkan
keuntungan. Penekanan dalam pendekatan ini adalah untuk memuaskan keperluan dan
kehendak konsumer. Semua usaha dalam organisasi perlulah bertumpu ke arah orientasi
konsumer.
perlu membuat penilaian serta memenuhi keperluan dan kehendak pengguna dengan cara
yang lebih cekap dan berkesan daripada pesaing. Contohnya, sebelum Proton
mengeluarkan kereta model baharu, iaitu Proton Saga FL, Proton terlebih dahulu mengkaji
keperluan dan kehendak pengguna, cita rasa pengguna, pendapatan pengguna, dan
sebagainya. Konsep pemasaran ini bukan sahaja sesuai digunakan oleh organisasi yang
berasaskan keuntungan, tetapi juga organisasi yang tidak bermotifkan keuntungan.
Konsep ini memerlukan pemasar untuk mengambil berat tentang hal-ehwal dan kebajikan
pengguna dan masyarakat. Ia memerlukan organisasi untuk memahami dan memuaskan
kehendak pengguna melalui cara yang terbaik bagi pengguna dan masyarakat dalam
jangkamasa panjang. Apa yang jelas, eksekutif pemasaran mestilah bertindak dengan
cara yang lebih berkesan dan bertanggungjawab terhadap masyarakat jika mereka mahu
berjaya dan syarikat mereka terus hidup. Contoh biasiswa yang diberikan oleh syarikat
Petronas kepada mereka yang berkelayakan merupakan salah satu sumbangan mereka di
dalam menjaga kebajikan masyarakat.
Kelima-lima konsep yang telah anda pelajari di dalam input ini merupakan konsep-konsep
pemasaran yang biasa digunakan oleh pihak pengeluar atau pemasar. Setiap konsep
mempunyai strateginya yang berbeza. Pemasar tidak semestinya menggunakan
keseluruhan pendekatan konsep-konsep tersebut, tetapi boleh memilihnya berdasarkan
faktor-faktor yang mempengaruhi citarasa pengguna dan kesesuaian produk.
PENILAIAN KENDIRI