Anda di halaman 1dari 2

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

antaranya ialah baka dan persekitaran. Menurut (Haliza Hamzah, Joy N.


Samuel dan Rafidah Kastawi, 2018) dalam buku ‘ Perkembangan Kanak-
kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat
Tahun”, baka merujuk kepada ciri-ciri biologi, atau gen-gen yang
diperuntukkan melalui ibu bapa kepada anak-anak mereka seperti yang
dikatakan oleh R. Hilgard.

Gen-gen yang terkandung di dalam kromosom ini menguasai


perkembangan manusia dan akan memberikan sifat unik bagi setiap individu.
Baka ini boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental. Baka juga
menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau
tidak pandai. Oleh sebab itu, menurut hasil kajian ahli-ahli psikologi Galton
(1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Shieldo (1962) setiap individu
mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza.

Keturunan adalah penyebaran perwatakan fizikal dari ibu bapa


kepada anak-anak melalui gen mereka. Ia mempengaruhi semua aspek
penampilan fizikal seperti ketinggian, berat badan, struktur badan, warna
mata, tekstur rambut dan kecerdasan dan kebolehan. Penyakit juga
dilepaskan melalui gen seperti penyakit jantung, diabetes, obesiti dan faktor-
faktor genetik yang boleh menjejaskan pertumbuhan anak. Walau
bagaimanapun, faktor persekitaran dan pemeliharaan dapat memberikan
yang terbaik daripada kualiti yang ada sekarang dalam gen.

Faktor yang seterusnya ialah persekitaran. Menurut Amram


Schienfeld dalam Ee Ah Meng (1993), persekitaran merujuk kepada luaran
seseorang individu dan faktor bakanya bermula dari peringkat persenyawaan.
Imam al-Ghazali juga turut menekankan faktor pembelajaran sosial iaitu
pergaulan dengan orang-orang yang soleh sebagai salah satu daripada tiga
kaedah membentuk akhlak yang mulia dalam diri seseorang (Muhamad Abul
Quasem 1975). Ini adalah kerana manusia itu secara semulajadi bersifat
meniru di mana seseorang itu boleh memperolehi kedua-dua sifat baik dan
buruk daripada keadaan seseorang yang lain. Jika seseorang itu bergaul
dengan seseorang yang baik dalam tempoh tertentu, dia akan memperolehi
dalam dirinya sesuatu kebaikan daripada orang tersebut dan secara tidak
disedari banyak mempelajari sesuatu daripadanya.

.Pengaruh rakan sebaya juga mempengaruhi perkembangan intelek,emosi,


sahsiah dan sosial. Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya
yang rajin belajar akan mendorong mereka dalam perkembangan intelek dan
potensi diri ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bergaul dengan rakan yang
bersopan santun secara tidak langsung akan menyerap nilai-nilai murni
daripada rakan mereka itu.

Faktor persekitaran yang seterusnya ialah guru dn sekolah. Guru


berperanan dalam perkembangan intelek, sosial dan emosinya. Guru yang
penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya
dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, pintar, berakhlak dan
bertanggungjawab. Iklim sekolah yang kondusif yang dilengkapi dengan
kemudahan pengajaran dan pembelajaran akan membantu perkembangan
kognitif , afektif dan psikomotor kanak-kanak.

RUJUKAN

Ali. (2012). Faktor yang mempengaruhi perkembangan. Diambil dari


http://aesnote.blogspot.com/2012/12/faktor-yang-mempengaruhi-
perkembangan.html?m=1
Atifah R. (2015). Perkembangan kanak-kanak: faktor yang mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak. SlideShare. Diambil dari
https://www.slideshare.net/eepapoppins/edup3023-perkembangan-
kanakkanak-faktor-yang-mempengaruhi-perkembangan-kanakkanak
Azizi. Y. (2010) Teori-teori perkembangan. ResearchGate. Diambil dari
https://www.researchgate.net/publication/46405353_Bab_2_Teori-
teori_Perkembangan
Farah Aziz. (2020). Perkembangan kanak-kanak: apa yang anda perlu tahu.
HelloDoctor. Diambil dari https://hellodoktor.com/keibubapaan/tips-
keibubapaan/perkembangan-kanak-kanak/

Anda mungkin juga menyukai