Anda di halaman 1dari 4

Kertas Kerja Manifesto 3

Oleh: Nurul ‘Aqilah Binti Mohd Naz’ri (AP03129)

Cadangan memperbanyakkan aktiviti-aktiviti di luar kolej seperti lawatan ke


tempat-tempat berilmiah atau bersejarah, khidmat masyarakat, aktiviti
kesukarelawanan dan lain-lain
Aktiviti di luar kolej ini melibatkan jaringan sosial yang luas dan lokasi aktiviti tidak
terbatas sama ada luar atau dalam negeri mahupun di luar negara. Aktiviti ini juga
tidak semestinya berlangsung selama satu hari sahaja tetapi boleh juga berhari-hari
atau bermalam mengikut keperluan dan kesesuaian. Antara aktiviti yang boleh
dicadangkan seperti lawatan ke pameran STEM, khidmat masyarakat di rumah anak-
anak yatim, rumah orang-orang tua, dan mangsa bencana, gotong-royong
membersihkan dan menceriakan tempat-tempat awam, lawatan ke universiti di luar
negara dan sebagainya.

1.0 Penyataan Masalah


1.1 Para pelajar hanya tertumpu kepada pembelajaran dan aktiviti
kokurikulum di dalam kolej sahaja
1.2 Para pelajar kurang pendedahan terhadap situasi dunia luar dimana
terdapat ramai orang yang memerlukan bantuan dan sokongan mereka
1.3 Jaringan sosial para pelajar sempit kerana kurang bergaul dan
berkomunikasi dengan komuniti di luar sana
1.4 Segelintir pelajar sukar mendapatkan markah kokurikulum yang baik
kerana tidak berani menonjolkan bakat yang mereka ada serta kurang
keyakinan terhadap diri sendiri
1.5 Kurang kepelbagaian dalam kaedah pembelajaran pelajar
1.6 Kurang aktiviti yang dapat membina soft-skill pelajar
2.0 Objektif
2.1 Memupuk sikap keprihatinan para pelajar terhadap dunia luar
2.2 Membina kemahiran bersosial pelajar disamping menambahkan
keyakinan diri mereka
2.3 Para pelajar memperoleh pengalaman yang bermakna dalam kehidupan
2.4 Para pelajar dapat berbakti kepada orang ramai
2.5 Memastikan semua pelajar mendapat markah kokurikulum yang baik
2.6 Para pelajar dapat meluaskan jaringan sosial mereka bersama komuniti
di dalam mahupun luar negara
2.7 Aktiviti yang dilakukan mampu memberi kesan positif kepada
komuniti
2.8 Para pelajar mampu mengaplikasi nilai-nilai yang dipelajari sepanjang
berlangsungnya aktiviti

3.0 Cadangan Sumber Kewangan


3.1 Yayasan GENIUS
3.2 Kementerian Belia dan Sukan
3.3 Yuran penyertaan
3.4 Sumbangan daripada syarikat-syarikat swasta terdekat
3.5 Bahagian hal ehwal pelajar

4.0 Cadangan Bantuan-bantuan Lain


4.1 Mendapatkan sokongan penasihat kelab persatuan sekiranya aktiviti
dianjurkan di bawah kelab persatuan
4.2 Bayaran pengangkutan termasuk dalam yuran pelajar
4.3 Mendapatkan tajaan makan minum untuk pelajar dan pegawai
pengiring
4.4 Wakil persatuan Bulan Sabit Merah dan biro kebajikan untuk
menyediakan bantuan kecemasan jika perlu
4.5 Tempat penginapan sekiranya melibatkan aktiviti yang bermalam
5.0 Cadangan Penambahbaikan
5.1 Memastikan keselamatan lokasi dan penerimaan agensi yang terlibat
adalah baik dan positif
5.2 Merancang pengisian menarik dan berfaedah untuk para pelajar yang
menyertai aktiviti
5.3 Menyediakan sijil penghargaan kepada pihak pengurusan dan
penganjuran program serta sijil penyertaan kepada pelajar terlibat
5.4 Memastikan para pelajar terlibat mendapat markah kokurikulum yang
terbaik sesuai dengan penglibatan mereka
5.5 Memastikan para pelajar menjaga SOP dan tidak menghidap apa-apa
masalah kesihatan untuk mengurangkan risiko
5.6 Pegawai pengiring yang memantau para pelajar sepanjang aktiviti
perlulah menjalankan tanggungjawab dengan baik

6.0 Pelaksanaan Manifesto


6.1 Sekiranya aktiviti dianjurkan di dalam negara, permohonan dan kertas
kerja perancangan aktiviti perlu disediakan sebulan sebelum tarikh
aktiviti dijalankan
6.2 Sekiranya aktiviti dianjurkan di luar negara, permohonan dan kertas
kerja perancangan aktiviti perlu disediakan 3 bulan sebelum Tarikh
aktiviti dijalankan
6.3 Semua permohonan perlu dikemukakan ke Pejabat Timbalan Naib
Canselor serta mendapat sokongan dekan atau timbalan dekan
6.4 Pelajar yang terlibat perlu diberikan taklimat ringkas mengenai
program dan melengkapkan borang penyertaan aktiviti
6.5 Mengumpulkan maklum balas para pelajar dan agensi terlibat dengan
aktiviti untuk disertakan dalam laporan pelaksanaan aktiviti
6.6 Menghantar laporan aktiviti paling lewat 2 minggu setelah aktiviti
selesai

Anda mungkin juga menyukai