Anda di halaman 1dari 6

Isi kandungan

Bil Perkara Muka surat


1.0 1.1 Sinopsis Takut 2
2.0 2.1 Unsur id 3
2.2 Unsur ego 4
2.3 Unsur superego 5
3.0 Kesimpulan 6

1
1.0 Pengenalan

1.1 Sinopsis Takut

Cerpen Takut karya Hafizah Iszahamid mengisahkan tentang Aku yang ditugaskan untuk
membunuh lelaki berjubah dan berhud. Aku merupakan seorang penembak upahan. Aku
sudah mengekori lelaki berjubah dan berhud sejak lima bulan yang lalu untuk mengetahui
rutin lelaki tersebut. Aku memilih untuk menembak lelaki tersebut dari atas bumbung
bangunan bertingkat 90. Apabila sasaran telah ditetapkan melalui penglihatan diopter rifle,
lelaki berjubah dan berhud itu memandang ke arah Aku dengan pandangan mata yang
tajam menyebabkan Aku berasa takut yang amat sangat.

Rasa ketakutan itu mengingatkan Aku tentang rasa ketakutan yang pernah dialaminya
dahulu. Sudah berpuluh tahun Aku tidak tidur. Aku sering terjaga pada waktu malam dan
bermimpikan perkara yang aneh. Aku juga meminta tolong seorang pentadbir mimpi untuk
membantu mentafsir mimpinya dan membantu memulihkannya. Namun, pentadbir mimpi
mengatakan bahawa Aku takut akan sesuatu yang dipanggil kebenaran. Merasakan
pentadbir mimpi itu bersikap angkuh, Aku menembak mati pentadbir mimpi.

Aku mengimbas kembali bagaimana kehidupan manusia zaman sekarang yang memilih
untuk buta matanya kerana ingin merasai nikmat dunia yang disediakan olehnya. Ada
segelintir yang memilih untuk membuka pandangan tetapi mahu menutupnya kembali
kerana tidak sanggup melihat azab dunia yang penuh penipuan dan peperangan.
Sebahagian lagi memilih untuk membuka mata mereka. Kebanyakkan mereka terdiri
daripada anak-anak muda.

Ketua mereka yang membuka pandangan ialah lelaki berjubah dan berhud itu. Ketika Aku
mengintip lelaki tersebut, dia melihat lelaki itu berebat dengan sekumpulan pemuda di
khalayak ramai tentang kepincangan mereka yang sanggup membutakan mata hati akibat
terlalu inginkan nikmat dunia. Walaupun digasak dan diprovok dengan pelbagai soalan,
lelaki itu tetap tenang.

Aku yang ketakutan terlepas tembakan dan pelurunya tersasar. Akibat panik, Aku berlari
dan bersembunyi di tangga di tingkat 88 bangunan tersebut. Sedang dia bersembunyi, Aku
terdengar bunyi kepakan sayap yang amat kuat dan diikuti oleh bunyi tapak kasut menderap
ke arahnya.

2
2.0 Kritikan cerpen Takut menurut Teori Psikoanalisis Freud Sigmund

Teori Psikoanalisis Freud Sigmund merupakan teori psikologi yang menghubungkaitkan


kewujudan pemikiran iaitu unsur Id (nafsu atau kehendak dalaman), Ego (pertimbangan
rasional terhadap sesuatu perkara) dan Superego (unsur yang mengawal Id). Di dalam
cerpen Takut, kritikan akan dijalankan keatas watak utama (Aku) dan watak sampingan
(lelaki berjubah dan berhud).

2.1 Unsur Id

Aku seorang penembak upahan yang diarahkan untuk membunuh lelaki berjubah dan
berhud. Aku kelihatan cekap dan professional dalam menjalankan pekerjaannya. Dia
mengekori lelaki itu sejak lima bulan yang lalu. Aku sepertinya tidak merasakan penyesalan
dalam kerja yang dilakukan walaupun tugasnya adalah membunuh (petikan 1). Unsur Id
merujuk kepada sifat seseorang yang mengikut hawa nafsu tanpa pertimbangan yang
rasional. Nampak jelas bahawa Aku sedikit pun tidak tergugat untuk membunuh lelaki
tersebut. Aku bahkan membuat persiapan rapi dengan mengambil kira tempat, arah angin
dan jarak sasaran untuk memastikan sasarannya tepat.

Selain itu, aku juga tidak boleh diprovok atau menerima kata-kata yang menyakitkan
hatinya. Unsur Id juga boleh dilihat apabila Aku berjumpa pentadbir mimpi 40 tahun yang
lalu untuk membantu memulihkannya penyakit susah tidurnya dan mentafsir mimpinya
dicekik bota. Pentadbir mimpi menyatakan bahawa Aku sebenarnya berasa takut akan
kebenaran kerana kebenaran itu bakal menghancurkannya. Aku menganggap bahawa
pentadbir mimpi itu bersikap angkuh dan menyindirnya. Aku tanpa berfikir panjang telah
menembak dada pentadbir mimpi itu sehingga mati.

Sikap Aku yang tidak boleh berfikir secara rasional dan terlalu mengikut perasaan amarah
menyebabkan dia menjadi seorang pembunuh (petikan 2). Aku tidak menyesali akan
perbuatannya, malahan masih melakukan perbuatan terkutuk itu. Dia menganggap dirinya
berkuasa dan tiada siapa boleh mengalahkannya. Aku bahkan tidak boleh menerima
pendapat orang terhadap dirinya dan menganggap pendapat yang tidak disukainya biadap
(petikan 2).

Petikan 1:

“Menembak ialah kerja seni, justeru tembakan harus senyap, teliti dan tersendiri. Dan nafas
juga perlu ditarik pada kadarnya.”

3
Petikan 2:

“Sampai kini aku masih mengingati air muka si pentadbir yang angkuh dan bongkah sambil
tersenyum senget yang menjengkelkan. Senyum sewaktu aku memutuskan si pentadbir
mimpi ini biadap.”

“Aku ingat menembaknya di dalam kamar itu. Menembaknya dengan pistol senyap
tepat di dada.”

Kerana unsur Id juga, Aku mudah merasa takut kepada mimpi. Dia percaya bahawa mimpi-
mimpi itu menyebabkan dirinya tidak boleh tidur dan bakal meragut nyawanya. Oleh sebab
itu, Aku mengambil keputusan untuk tidak tidur bertahun lamanya. Hakikatnya, menurut
pentadbir mimpi, Aku sebenarnya sedang lari dari ketakutannya. Ketakutan terhadap
kebenaran bahawa manusia mudah leka dan mabuk apabila berjaya menguasai segalanya
di bumi.

2.2 Unsur Ego

Unsur Ego ialah keadaan di mana manusia boleh membuat pertimbangan dalam sesuatu
perkara dan buka sepenuhnya mengikut kehendak diri. Melalui watak Aku dan lelaki
berjubah dan berhud, unsur Ego boleh dilihat dalam beberapa situasi

Aku sering bermimpi diserang dan disergah oleh bota (makhluk gergasi) yang mahu
mencekik dan mengambil jantungnya. Kerana sudah penat berlari dan berada dalam
ketakutan, Aku mengambil keputusan untuk mengawal mimpi. Aku mengambil keputusan
untuk melawan bota kerana itulah satu-satunya cara untuk membebaskan dirinya daripada
cengkaman bota yang mengganggu tidurnya. Dengan berfikir secara rasional, dia melawan
rasa takut dan berjaya mengalahkan makhluk bota.

Watak lelaki berjubah dan berhud merupakan seorang ketua bagi kumpulan orang yang
terbuka penglihatannya. Terbuka penglihatan daripada dikaburi nikmat duniawi. Lelaki itu
mengajak anak-anak muda untuk sedar dan tidak hanyut dan buta dengan keseronokan
dunia (petikan 3). Perwatakan lelaki ini menyebabkan Aku berasa takut yang amat apabila
lelaki tersebut memandang ke arahnya dengan mata yang tajam ketika Aku hendak
menembaknya.

4
Lelaki berjubah dan berhud juga amat bijak dalam menjawab soalan-soalan yang
dilemparkan kepadanya (petikan 4). Lelaki itu pandai memberikan jawapan yang kelihatan
keras dan sinis dimata oang-orang yang ‘buta’ tetapi kenyataan itu adalah benar dan berjaya
mematahkan soalan yang ingin menolaknya.

Petikan 3

“ Apakah dengan menikmati segala kegembiraan hidup sudah memadai? Apakah gunanya
mata kalau kau tidak membantu sesama manusia?

Petikan 4:

“Kita mati pun sendiri. Kenapa perlu memikir orang lain?” satu suara mencelah.

“Mata yang buta hanya akan menggelapkan hati untuk melihat sebenarnya
kehidupan ini. Kehidupan perlu seimbang antara manis dan pahit. Kemanisan
semata-mata bukanlah namanya kehidupan.” Jawab lelaki itu.

2.3Unsur Superego

Superego muncul untuk mengawal terhadap id, terutama jika keinginan id itu bertentangan
dengan nilai moral masyarakat. Lelaki berjubah dan berhud tenang menjawab soalan-soalan
yang dikemukan oleh pemuda-pemuda yang marah. Air mukanya yang tenang dan
tersenyum menjernihkan keadaan. Berbeza dengan watak Aku yang tidak boleh menerima
pendapat yang dirasakan melawannya, akan terus dibunuh.

Ketika Aku ingin menembak lelaki itu, lelaki tersebut memandang tajam kearahnya dan
menyebabkan tembakan Aku tersasar dek kerana rasa takut yang muncul. Aku ada
menyatakan bahawa dia ingin lari. Lari kearah lelaki tersebut dan memberitahu rahsia besar.
Lelaki tersebut tidak membalas perbuatan Aku, tetapi hanya tersenyum dan kelihatan
tenang. Perwatakan lelaki tersebutlah yang membuatkan Aku merasakan takut yang tidak
tertanggung sehingga membuatkannya lemah.

5
3.0 Kesimpulan

Takut memaparkan ketiga-tiga unsur daripada Teori Psikoanalisis Freud Sigmund. Unsur Id
didomain oleh watak Aku. Aku merupakan seorang yang hanya melakukan apa yang ingin
diingini tanpa mengira salah dan betul. Baginya membunuh itu adalah pekerjaan dan dia
melakukannya tanpa rasa bersalah. Unsur Ego dan Superego dapat dilihat pada watak lelaki
berjubah dan berhud. Seorang yang bijak dan tidak tertipu dengan keseronokan dunia. Dia
bahkan mengajak orang ramai untuk sama-sama membuka mata dan tidak terus sesat
dalam nikmat duniawi.

Anda mungkin juga menyukai