Anda di halaman 1dari 5

BAB 9:BUMI

GEOBENCANA: VOLKANISME
TARIKH:2/10/2021
PENGENALAN KEPADA VOLKANISME
Volkanisme merujuk kepada letusan magma ke permukan bumi atau permukaan planet. Semasa
proses ini , lava , batu piroklastik dan gas gunung berapi meletus keluar melalui celah-celah
tanah. Volkanisme juga merangkumi proses di mana semua magma di kerak bumi dan mantel
naik dari dasar bumi dan membentuk batuan yang diekstrusi di permukaan. Selain itu , ia juga
akibat daripada pergerakan bumi yang berpunca daripada proses endogen seperti proses olakan
mantel , proses pergerakan kerak bumi (Plat Tektonik) serta aktiviti magma.

PROSES TERBENTUK GUNUNG BERAPI


Gunung berapi terbentuk apabila berlakunya pertembungan dua plat yang mewujudkan zon
benam.
 Salah satu plat akan terjunam ke bawah seterusnya bertemu dengan lapisan mantel. Proses
tersebut akan membentuk magma dan lava.
 Plat yang terangkat akibat pertembungan akan membentuk magma dan lava.
 Cecair magma akan keluar memenuhi rekahan pada plat bumi seterusnya membentuk gunung
berapi.
BAB 9:BUMI
GEOBENCANA: VOLKANISME
TARIKH:2/10/2021
LOKASI GUNUNG BERAPI
Gunung berapi wujud di bahagian kerak bumi yang lemah. Kebanyakan gunung berapi yang
aktif terletak di “Lingkaran Api Pasifik” , iaitu di sekitar Lautan Pasifik.
BAB 9:BUMI
GEOBENCANA: VOLKANISME
TARIKH:2/10/2021
PUNCA- PUNCA LETUSAN GUNUNG BERAPI
Terdapat beberapa punca letusan gunung berapi. Antaranya:

 Pergerakan dan pertembungan kerak bumi (Plat Tektonik)

 Aktiviti magma

 Tekanan yang tinggi di bahagian mantel

 Proses olakan mantel


BAB 9:BUMI
GEOBENCANA: VOLKANISME
TARIKH:2/10/2021

KESAN-KESAN YANG DISEBABKN OLEH LETUSAN GUNUNG BERAPI


Terdapat banyak kesan yang disebabkan oleh letusan gunung berapi. Kesan-kesannya
dikategorikan kepada dua jenis , iaitu:
1. KESAN BURUK
 Kehilangan nyawa dan harta benda
 Kerosakan infrastruktur
 Kemusnahan alam sekitar
 Pencemaran udara
 Menyebabkan tsunami
 Berlakunya hujan asid
 Perkembangan ekonomi akan terjejas
BAB 9:BUMI
GEOBENCANA: VOLKANISME
TARIKH:2/10/2021

2. KESAN BAIK
 Menggalakkan aktiviti pertanian (membentuk tanih subur)
 Menggalakkan aktiviti pelancongan (membentuk tasik kawah , kolam air panas dan
lain-lain)
 Merupakan sebuah sumber galian dan sumber batu berhablur.
 Merupakan sebuah sumber tenaga geoterma

Anda mungkin juga menyukai