Anda di halaman 1dari 13

Modul Catch-Up Plan

Bahasa Melayu
Tahun Enam
Tema 1 : Istimewanya

Keluargaku

Nama

Kelas
Nama : Kelas : Tarikh :

Dengar dan sebut semula pelbagai jenis ragam ayat di bawah.

SP 1.2.6
inculKate.my

TP1
TP2

Ibu : Abang, jemputlah minum dan makan karipap.

Ayah : Terima kasih, sayang. Keyaan, apakah yang kamu sedang lihat itu?
Keyaan : Saya sedang menonton pelupusan sampah di Jepun, ayah. Saya berasa sangat
teruja.
Ayah :
Mengapakah kamu berasa sangat teruja?
Keyaan :
Di Jepun, hampir lapan puluh peratus sampah dilupuskan dengan cara
pembakaran.
Kyna :
Wah, menariknya! Mengapakah sampah tersebut dibakar?
Keyaan :
Sampah tersebut dibakar kerana Jepun adalah negara yang kecil.

Ibu : Kita haruslah mencontohi sikap berjimat cermat dan mengurangkan

penggunaan plastik.

Keyaan : Baiklah, ibu. Kami akan mengumpul bahan untuk dikitar semula nanti.

Ayah : Ayah bangga dengan sikap kamu. Mari, kita makan dahulu.

TP: 1 2 3 4 5 6 Disemak oleh: Tarikh: Ulasan:

Nama : Kelas : Tarikh :

Dengar dan sebut semula pelbagai jenis ragam ayat di bawah.

SP 1.2.6

Ibu : Abang, jemputlah minum. Saya juga ada menyediakan karipap untuk minum petang.

Ayah : Terima kasih, sayang. Keyaan, apakah yang kamu sedang lihat itu?

Keyaan : Saya sedang menonton pelupusan sampah di Jepun, ayah. Saya berasa sangat
teruja.

Ayah : Mengapakah kamu berasa sangat teruja?

Keyaan : Di Jepun, hampir lapan puluh peratus sampah dilupuskan dengan cara
pembakaran. Tetapi, untuk jangka masa panjang, rakyat Jepun dididik untuk
mengasingkan sampah yang boleh dikitar semula, mengurangkan
penggunaan plastik dan menghantar sampah ke tempat-tempat
pembakaran.

Kyna : Wah, menariknya! Mengapakah sampah tersebut dibakar?

Keyaan : Sampah tersebut dibakar kerana Jepun adalah negara yang kecil. Lapan
puluh peratus sampah yang dibakar itu mengurangkan tempat untuk
melupuskan sampah, di mana tempat lain menggunakan beratus hektar
untuk menjadi tapak pelupusan sampah.

Ibu : Kita haruslah mencontohi sikap berjimat cermat dan mengurangkan

penggunaan plastik agar sampah yang perlu dilupuskan tidak mengambil
tempat yang banyak.

Keyaan : Baiklah, ibu. Kami akan mengumpul bahan untuk dikitar semula nanti.

Ayah : Ayah bangga dengan sikap kamu. Mari, kita makan dahulu.

TP: 1 2 3 4 5 6 Disemak oleh: Tarikh: Ulasan:

Nama : Kelas : Tarikh :

Gariskan kata berimbuhan di dalam perenggan. Kemudian, tandakan (√)

SP 2.2.3
pada jawapan.
inculKate.my

TP1
TP2
Autistik Satu Anugerah

Tahun ini, genaplah usia Keyaan sembilan tahun. Dia mengikuti Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI) di mana murid yang mempunyai masalah pembelajaran
ditempatkan untuk mendapatkan pembelajaran yang lebih khusus untuk
menyesuaikan mereka dan melengkapkan mereka dengan ilmu kehidupan.

k se pe rti
guh tida
B e rpe n dirian te
Walaupun pembelajaran mereka di antara lemah dan n g,
lalang, n penghala
sederhana, anak-anak yang mengikuti program ini sangat ik b u k a
Autist klah
berbakat dalam bidang lain seperti sukan, lukisan dan seni in a n u p aya tida
Kela
bina. Keistimewaan Keyaan ialah membina arca daripada
malang, a n g.
n ja d i le bih gemil
tanah liat seperti haiwan, raksasa, dinosaur dan bangunan. me
Se m oga
an
Mereka mempunyai guru-guru yang sangat sabar dalam m e m b a n tu b uk
G ur u
membimbing mereka dalam pelajaran, mendidik mereka , g,
kepalang k a a r a hku hilan
dalam berinteraksi, dan menguruskan diri. Kami sebagai ibu er e
Tanpa m e n d idik hing
ga
bapa sangat berbangga dengan perubahan diri Keyaan dan t u m
Mem ban
menganggap autistik adalah satu anugerah untuk kami lebih n g.
cemerla
bersabar dalam mendidiknya.

1) Apakah program yang disertai Keyaan?

Program yang disertai Keyaan ialah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Program yang disertai Keyaan ialah Program Pendudukan Khas Integrasi (PPKI)

2) Apakah kelebihan Keyaan?

Kelebihan Keyaan ialah membina arca daripada tanah liat.

Kelebihan Keyaan ialah membina dalca daripada tanah liat.

3) Mengapakah ibu bapa Keyaan berbangga dengan Keyaan?

Ibu bapa Keyaan berbangga dengan Keyaan kerana perubahan dirinya
sebelum menyertai program tersebut.

Ibu bapa Keyaan berbangga dengan Keyaan kerana perubahan dirinya

selepas menyertai program tersebut.

TP: 1 2 3 4 5 6 Disemak oleh: Tarikh: Ulasan:

Nama : Kelas : Tarikh :

Gariskan kata berimbuhan di dalam perenggan. Kemudian, lengkapkan

jawapan. SP 2.2.3

Autistik Satu Anugerah

Tahun ini, genaplah usia Keyaan sembilan tahun. Dia mengikuti Program Pendidikan
Khas Integrasi (PPKI) di mana murid yang mempunyai masalah pembelajaran
ditempatkan untuk mendapatkan pembelajaran yang lebih khusus untuk
menyesuaikan mereka dan melengkapkan mereka dengan ilmu kehidupan.

k se pe rti
guh tida
B e rpe n dirian te
Walaupun pembelajaran mereka di antara lemah dan n g,
lalang, n penghala
sederhana, anak-anak yang mengikuti program ini sangat ik b u k a
Autist klah
berbakat dalam bidang lain seperti sukan, lukisan dan seni in a n u p aya tida
Kela
bina. Keistimewaan Keyaan ialah membina arca daripada
malang, a n g.
n ja d i le bih gemil
tanah liat seperti haiwan, raksasa, dinosaur dan bangunan. me
Se m oga
an
Mereka mempunyai guru-guru yang sangat sabar dalam m e m b a n tu b uk
G ur u
membimbing mereka dalam pelajaran, mendidik mereka , g,
kepalang k a a r a hku hilan
dalam berinteraksi, dan menguruskan diri. Kami sebagai ibu er e
Tanpa m e n d idik hing
ga
bapa sangat berbangga dengan perubahan diri Keyaan dan t u m
Mem ban
menganggap autistik adalah satu anugerah untuk kami lebih n g.
cemerla
bersabar dalam mendidiknya.

1) Apakah program yang disertai Keyaan?

2) Apakah kelebihan Keyaan?

3) Mengapakah ibu bapa Keyaan berbangga dengan Keyaan?

TP: 1 2 3 4 5 6 Disemak oleh: Tarikh: Ulasan:

Nama : Kelas : Tarikh :

Baca dan kenal pasti ragam ayat yang digunakan.

SP 2.3.1

Afeeqah : Oh, Fatimah rupanya! Jemputlah masuk.

Fatimah : Terima kasih, Afeeqah. Saya datang ingin memberikan kamu cenderahati.
Saya baru sahaja pulang bercuti dengan ahli keluarga saya.

Afeeqah : Di manakah kamu bercuti?

Fatimah : Saya bercuti di Kuantan, Pahang.

Afeeqah : Bolehkah kamu ceritakan keunikan Kuantan?

Fatimah : Sudah tentu. Kami memilih Kuantan kerana ianya banyak pantai dan
makanan yang sedap. Kami telah pergi ke Cherating, Teluk Cempedak dan
Pantai Batu Hitam. Di Cherating, kami dapat melihat telur penyu dan penyu
yang dijaga di dalam konservatori. Manakala di Teluk Cempedak, kami
bermain layang-layang sambil menikmati aiskrim.

Kami juga menikmati pelbagai hidangan makanan, seperti hidangan barat di

Kopi Mesin dan Crocodile Rock, hidangan nasi campur di Nasi Ulam D'Pondok
dan makanan Thailand di Sara Thai.

Ketika berjalan, terdapat pelbagai kaum dan bangsa turut bercuti. Kami
menegur satu sama lain, membantu ketika tayar kami rosak di tepi jalan
tanpa mengira kaum. Seperti pepatah, "bersatu teguh, bercerai roboh".

TP: 1 2 3 4 5 6 Disemak oleh: Tarikh: Ulasan:

Nama : Kelas : Tarikh :

Tulis perkataan dan frasa yang disebut rakan dengan imlak.

SP 3.4.1
inculKate.my

TP1
TP2

Hari Raya di Kampung

Hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semalam, kami pulang ke

kampung halaman. Pada malam hari, datuk telah membakar
lemang. Lemang ialah pulut yang dimasak bersama santan
dan garam di dalam gulungan daun pisang dan kemudian di
bakar. Kami belajar menganyam ketupat. Kemudian, ayah
merebus dan menggantung ketupat.

Pagi ini, nenek masak rendang. Ibu pula menyediakan lauk -

pauk lain. Kami berasa sangat gembira. Kami bermaaf -
maafan sebelum pergi menziarah.

Tulis enam pelbagai jenis kata nama am. Kemudian, tulis penjodoh bilangan
SP 5.1.1
kata nama am tersebut.
inculKate.my

TP1
TP2

TP: 1 2 3 4 5 6 Disemak oleh: Tarikh: Ulasan:

Nama : Kelas : Tarikh :

Tulis enam pelbagai jenis kata nama am. Kemudian, bina ayat dengan
menggunakan kata nama am dan penjodoh bilangan. SP 5.1.1

TP: 1 2 3 4 5 6 Disemak oleh: Tarikh: Ulasan:

Nama : Kelas : Tarikh :

Gariskan kata nama khas yang sesuai dengan gambar.

SP 5.1.2
inculKate.my

TP1
TP2

a) Sayur-sayuran yang dijual (Pak Alias / pak cik saya)

sangat segar.

b) (Negara itu / Indonesia) terkenal sebagai daerah

pelancongan yang unik kerana gunung-ganangnya.

c) Murid-murid (sekolah / Sekolah Kebangsaan Bandar)

sedang tekun mendengar ceramah mengenai kewangan.

d) (Khalil/ Dia) menyimpan wangnya di dalam tabung.

e) Pak Samad menjual buah-buahan di hadapan (kedai /

Stesen Minyak Petton)

TP: 1 2 3 4 5 6 Disemak oleh: Tarikh: Ulasan:

Nama : Kelas : Tarikh :

Bina ayat berpandukan kata nama khas dan gambar.

SP 5.1.2

a) Pak Alias

b) Indonesia

c) Sekolah Kebangsaan Bandar

d) Khalil

Stesen Minyak Petton

TP: 1 2 3 4 5 6 Disemak oleh: Tarikh: Ulasan:

Copyright © 2021 Siti Khairani Alias, Kate Alias, InculKate.

Cetakan pertama 2021.

Terima kasih atas pembelian dan sokongan pihak tuan dan puan. Kami sangat menghargai
segala bentuk sokongan, komen dan pertanyaan daripada semua. Namun, bahan ini ialah
hak cipta terpelihara. Kami tidak mengizinkan mana-mana pihak untuk berkongsi bahan ini
kepada rakan taulan tanpa izin bertulis daripada pihak InculKate.

Jika bahan ini memberi manfaat kepada cikgu, tuan dan puan sekalian dan ingin berkongsi
dengan rakan, sila kongsikan link di bawah untuk pembelian. Boleh juga menekan link
whatsapp untuk dibantu ejen-ejen kami.

Penulis tidak akan mengHALALkan mana-mana pihak yang menyalahgunakan isi

kandungan buku ini dan menyebarkan tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Siti
Khairani Alias//Kate Alias//InculKate.

Salam sayang,
Kate Alias
CEO Kate Alias Ent.
Owner Inculkate.com, PembantuPendidik.com

Masalah/Tutorial:
Admin : https://katmins.wasap.my
Tutorial : https://www.tiktok.com/@inculkate.my

Sertai Facebook kami:

www.facebook.com/groups/inculkatepembantupendidik
https://web.facebook.com/Inculkate-HQ-274839497654484/

PEMBELIAN DIRECT PEMBELIAN MANUAL TELEGRAM

INCULKATE.MY https://inculkate.wasap.my https://t.me/inculkate

Anda mungkin juga menyukai