Anda di halaman 1dari 3

No 135

AFIDAVIT PENYAMPAIAN (A 62 k 9)

(Tajuk seperti dalam tindakan)

(a) Afidavit Penyampaian Ke Diri bagi writ atau proses lain ke atas seseorang

Saya, ______ beralamat di______ sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) dan menyatakan seperti yang berikut:

1 Saya telah pada ______ haribulan ______ 20______ di (nyatakan di mana) menyampaikan ke diri (defendan yang
dinamakan di atas) (atau salah seorang daripada defendan-defendan yang dinamakan di atas) (atau seorang
perkongsi dalam firma defendan yang dinamakan di atas iaitu firma __________ & Co. ) (atau orang (pemasukan
namanya adalah tidak perlu) yang mempunyai pada masa penyampaian itu pengawalan atau pengurusan
perniagaan perkongsian tersebut) (atau sebagaimana yang berkenaan), dengan salinan benar writ,(atau
sebagaimana yang berkenaan) dalam tindakan ini yang ternyata kepada saya telah dikeluarkan dengan teratur
dari Pejabat Pendaftaran Mahkamah terhadap (defendan yang dinamakan di atas) (atau defendan-defendan yang
bernama di atas) (atau sebagaimana yang berkenaan) atas guaman (plaintif yang dinamakan di atas) (atau
plaintif-plantif) (atau sebagaimana yang berkenaan) dan yang bertarikh ______ haribulan ______ 20______

2 Defendan (atau sebagaimana yang berkenaan) (adalah orang yang saya kenali) (atau telah ditunjukkan
kepada saya oleh ______ ) (atau mengakui kepada saya bahawa dia ialah ______ )

3 Pada masa penyampaian tersebut writ tersebut (atau sebagaimana yang berkenaan) dan salinannya telah
ditandatangani (dan diendorskan) mengikut cara dan bentuk yang ditetapkan oleh Kaedah-kaedah Mahkamah
2012.

4 Saya telah pada ______ haribulan ______ 20______ mengendorskan pada writ tersebut hari dalam bulan dan
minggu bagi penyampaian tersebut kepada defendan tersebut.

Diangkat sumpah (atau diikrarkan) seperti dalam Borang 74.

(b) Afidavit Penyampaian Ke Diri bagi writ atau proses lain kepada suatu pertubuhan perbadanan

Saya, __________ beralamat di ______ sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) dan menyatakan seperti berikut:

1 Saya telah pada ______ haribulan ______ 20______ (tarikh pengeposan) menyampaikan ______ kepada defendan
yang dinamakan di atas (atau sebagaimana yang berkenaan) dengan sesalinan benar writ (atau sebagaimana
yang berkenaan) dalam tindakan ini, yang ternyata kepada saya telah dikeluarkan dengan teratur dari Pejabat
Pendaftaran Mahkamah terhadap defendan yang dinamakan di atas (atau sebagaimana yang berkenaan) dalam
guaman plaintif yang dinamakan di atas (atau sebagaimana yang berkenaan), dan yang bertarikh ______ haribulan
______ 20______ dengan meninggalkannya di (tempat penyampaian) (atau menghantarnya pada ______ haribulan
______ 20______ melalui pos berdaftar berbayar dahulu yang dialamatkan kepada pejabat berdaftar defendan
tersebut (atau sebagaimana yang berkenaan) (dan seperti dalam perenggan (3) dsb. kepada (a) di atas)).

Nota − Borang ini boleh digunakan dengan pengubahan yang perlu untuk suatu syarikat asing yang didaftarkan
di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 tetapi afidavit mestilah menyatakan bahawa syarikat itu ialah suatu
syarikat asing yang didaftarkan menurut Akta tersebut dan bahawa penyampaian sedang dilaksanakan ke atas
orang yang diberi kuasa dengan cara pendaftaran di Malaysia untuk menerima penyampaian bagi pihak
defendan di bawah Akta tersebut.

(c) Afidavit Penyampaian Ganti melalui Pos bagi writ atau Proses lain

Saya, __________ beralamat di __________ sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) dan menyatakan seperti berikut:

1 Saya telah pada ______ haribulan ______ 20______ menyampaikan kepada defendan yang dinamakan di atas (atau
sebagaimana yang berkenaan) dengan sesalinan benar writ (atau sebagaimana yang berkenaan) dalam tindakan
ini dan sesalinan benar perintah untuk penyampaian ganti, dengan mengeposkannya di Pejabat Pos di ______
dalam surat atau sampul surat bayar dulu (atau dua surat atau sampul surat bayar dahulu tiap-tiap satunya)
yang mengandungi sesalinan benar writ tersebut, (atau sebagaimana yang berkenaan) dan perintah tersebut,
dan dialamatkan (masing-masing) kepada defendan (atau sebagaimana yang berkenaan) di ______ (dan
di__________) menurut perintah tersebut.

2 Bahawa writ tersebut (atau sebagaimana yang berkenaan) ternyata kepada saya telah dikeluarkan dengan
teratur dari Pejabat Pendaftaran Mahkamah terhadap defendan yang dinamakan di atas (atau sebagaimana yang
berkenaan) dalam guaman plaintif yang dinamakan di atas (atau sebagaimana yang berkenaan) dan yang
bertarikh pada ______ haribulan ______ 20______ (dan seperti perenggan (4) dsb. kepada (a) di atas).

(d) Afidavit Penyampaian bagi Notis Writ melalui Iklan

Saya, ______ beralamat di ______ sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) dan menyatakan seperti berikut:

1 Saya telah pada ______ haribulan ______ 20______ menyampaikan kepada defendan yang dinamakan di atas
dengan notis writ dalam tindakan ini dan perintah untuk penyampaian melalui iklan
bertarikh______haribulan______20______dengan menyebabkan supaya dimasukkan sekali dalam (nama akhbar atau
akhbar-akhbar seperti yang diperintahkan) suatu iklan dengan kata-kata yang berikut iaitu:

(Tajuk, Nombor Rujukan, dsb.)

Defendan yang dinamakan di atas,

(Seperti dalam (e) di bawah ini)

2 Iklan tersebut di atas disiarkan dalam (namakan akhbar) pada ______ haribulan ______20______ (dan dalam
(namakan akhbar) pada ______ haribulan ______20______).

Diangkat sumpah (atau diikrarkan) seperti dalam Borang 74.

(e) Bentuk Iklan

Kepada______beralamat di (atau dahulunya beralamat di) __________


Ambil perhatian bahawa suatu tinakan telah dimulakan terhadap kamu dalam Mahkamah dalam Guaman
No______ tahun 20______ oleh ______ beralamat di ______, dalam mana tuntutan plaintif untuk (nyatakan dengan
seberapa ringkas jenis tuntutan dan amaunnya (jika ada) yang dituntut dalam pengendorsan pada writ itu).

Dan bahawa telah diperintahkan bahawa penyampaian writ itu dalam tindakan tersebut kepada kamu kena
dilaksanakan melalui iklan ini. Jika kamu berhasrat untuk membela dalam tindakan tersebut kamu mestilah
dalam masa______hari dari tarikh tersiarnya iklan ini, termasuk hari penyiaran itu, memasukkan kehadiran di
Pejabat Pendaftaran Mahkamah. Jika ingkar apa-apa kehadiran yang demikian maka penghakiman boleh dibuat
terhadap kamu.

Bertarikh pada ______ haribulan ______ 20______

…………………………..……………………………………….
Peguam

bagi__________

(f) Afidavit Penyampaian Ke Diri bagi Penghakiman atau Perintah

Saya ______ beralamat di ______ sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) dan menyatakan seperti berikut;
1 Saya telah pada ______ haribulan ______ 20______ di ______ menyampaikan ke diri defendan (atau plaintif) yang
dinamakan di atas dengan sesalinan benar perintah (atau penghakiman) tersebut yang bertarikh ______ dalam
tindakan ini, kini dikemukakan dan ditunjukkan kepada saya bertanda ______ (atau sebutkan bahagian yang
berkuat kuasa bagi perintah atau penghakiman).

2 Salinan perintah (atau penghakiman) tersebut yang disampaikan sedemikian seperti tersebut di atas telah
ada diendorskan padanya apabila disampaikan sedemikian dengan perkataan-perkataan yang berikut, iaitu
“Sekiranya kamu yang dinamakan di dalam ini cuai mematuhi perintah (atau penghakiman) ini dalam masa yang
dihadkan di dalamnya kamu akan dikenakan proses pelaksanaan bagi maksud memaksa kamu untuk mematuhi
perintah (atau penghakiman) yang sama”.

Diangkat sumpah (atau diikrarkan) seperti dalam Borang 74.

Anda mungkin juga menyukai