Anda di halaman 1dari 3

VISI

1. Visi adalah matlamat, cita-cita atau impian yang ingin dicapai. Visi mendorong
dasar dan objektif yang digariskan untuk membantu sesuatu jabatan mendekati
visi tersebut.

2. "Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi tinggi."


adalah visi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

3. Menyedari hakikat bahawa perkembangan pesat yang berlaku di dunia hari ini
memerlukan jabatan membuat persediaan yang rapi bagi memastikan jabatan
berada di landasan yang betul dan sejajar dengan arus perdana.

4. Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia (JBPM) mempunyai objektif untuk


memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan
undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam
kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan.
Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan
kualiti M.S ISO 9001-2015.

5. Fokus pertama ialah melaksanakan strategi di bawah Dasar Kebombaan dan


Penyelamat Negara (DKPN 2020-2030) bagi meningkatkan tahap perlindungan
dan kesedaran awam terhadap keselamatan kebakaran selain pengurusan
kecemasan

6. Dasar ini menggariskan empat teras utama iaitu:


- Persekitaran yang selamat
- Amalan dan pembudayaan keselamatan
- Kerjasama strategik yang inklusif
- Pemantapan kapasiti dan keupayaan jbpm
MISI
1. Definisi misi adalah suatu tugas khusus yang dipertanggungjawabkan kepada atau
yang akan dilakukan oleh jabatan/organisasi.

2. Misi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah “Memberi


Perkhidmatan Kebombaan dan Penyelamatan yang Profesional bagi
menyelamatkan nyawa dan harta benda demi kesejahteraan rakyat."

3. Untuk memenuhi objektif misi tersebut antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh
jabatan mengikut peruntukkan dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta
Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti berikut :

- Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.


- Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
- Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan
pengawalseliaan yang sempurna.
- Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
- Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta
semasa berlakunya apa-apa bencana.

4. Dalam menjayakan matlamat dan menentukan objektif misi berada dilandasan


yang tepat maka beberapa teras dirangka diantaranya:

Teras 1 – Persekitaran Yang Selamat

Selaras dengan matlamat mewujudkan persekitaran yang selamat dari risiko


kebakaran, strategi-strategi yang tuntas perlu dirangka, dilaksanakan dan
ditadbir urus dengan berkesan. Ia merangkumi penambahbaikan berterusan ke
atas perundangan, prosedur yang dinamik, pengutkuasaan yang berintegriti dan
pengukuhan kepada elemen self-regulatory. Elemen pencegahan melalui kawal
selia bersepadu ke atas kualiti bahan binaan dan mutu kerja kontraktor
pepasangan keselamatan kebakaran juga akan mengurangkan jumlah kerugian
serta meningkatkan kebarangkalian penyelamatan diri oleh penghuni jika
berlaku kebakaran. Manakala mekanisma tindakan awal oleh penghuni,
perkongsian maklumat risiko dan amaran awal kejadian juga menjadi elemen
kritikal dalam penyelamatan diri yang perlu dititikberatkan.
Teras 2 – Amalan dan Pembudayaan Keselamatan

Tanggungjawab memelihara keselamatan tidak hanya digalas oleh sesuatu pihak


semata-mata. Semangat, falsafah dan kepentingan budaya keselamatan
hendaklah diselami, dirasai, dikongsi dan dimiliki bersama oleh setiap entiti
masyarakat. Kejayaan pemupukan budaya ditentukan dengan adanya strategi-
strategi yang menyeluruh dan disokong oleh amalan serta penguatkuasaan
kendiri. Amalan dan pembudayaan keselamatan yang efektif berupaya
mengurangkan kadar kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.

Teras 3 – Kerjasama Strategik Yang Inklusif

Penglibatan pihak berkepentingan di setiap peringkat adalah penting bagi


meningkatkan tahap kesedaran dan amalan pencegahan kebakaran yang tinggi
dalam kalangan masyarakat. Penglibatan pemegang taruh secara inklusif akan
menentukan sejauh mana strategi dasar berjaya menggerakkan transformasi
dan menentukan tingkat kecapaian objektif. Agenda transformasi melalui proses
advokasi dan libat urus dalam setiap proses kerja secara bersepadu dan saling
memahami akan memastikan stategi-strategi dasar dapat dijayakan. Ia
diperkukuhkan lagi dengan dapatan daripada penyelidikan yang dikongsi
bersama di mana ia sentiasa memberi idea-idea baharu yang segar dan
berstrategik yang akan menjadikan industri terus relevan, berdaya saing,
mampan dan diterima di peringkat global.

Teras 4 – Pemantapan Kapasiti dan Keupayaan

Pembangunan kapasiti dan keupayaan industri keselamatan kebakaran dan


kebombaan amat diperlukan. Ia memberi penekanan kepada tiga faktor utama,
iaitu kemampuan infrastruktur atau sumber logistik, pembangunan modal insan
dan kaedah mendayakan komuniti. Revolusi Industri 4.0 membuka peluang
kepada setiap industri untuk memajukan infrastruktur dan sumber logistiknya
melalui penggunaan teknologi secara maksima dan ekonomikal. Inisiatif
membangunkan modal insan dalam bidang keselamatan kebakaran bagi sektor
sektor tertentu yang telah dikenalpasti akan meningkatkan lagi tahap kesediaan
untuk mengoptimakan langkah pencegahan dan gerakan tindakan awal
pengurusan premis.

Anda mungkin juga menyukai