Anda di halaman 1dari 8

UNIVERSITI MALAYA

PEPERIKSAAN IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG

SESI AKADEMIK 2021/2022: SEMESTER I

LIA3019: UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

14 Februari 2022 Masa: 3 JAM

ARAHAN KEPADA CALON:

Jawab DUA (2) soalan sahaja.

Soalan 1 adalah soalan WAJIB.

Tempoh peperiksaan ini adalah dengan ketatnya ditetapkan selama 3


JAM.

Calon TIDAK dibenarkan menjawab soalan selepas tempoh tamat.

Calon dinasihatkan menggunakan 10 minit yang pertama untuk


membaca soalan-soalan dengan teliti.

Calon perlu melengkapkan jawapan dalam Microsoft Word sahaja serta


mematuhi format lain yang ditetapkan oleh pensyarah.

Sekiranya calon mempunyai isu-isu capaian talian, calon diberi 2 jam


selepas waktu penyerahan untuk memuatnaik jawapan ke SPeCTRUM
DAN dikehendaki memberi penjelasan mengenai penghantaran lewat
semasa menghantar jawapan melalui emel.

Calon boleh merujuk buku, artikel, nota dan slaid tetapi calon tidak
dibenarkan menyalin perkataan demi perkataan dari buku, artikel nota
dan slaid.

Peperiksaan adalah pada hari Isnin, 14 Februari 2022 bermula jam 11:00
pagi hingga 2:00 tengahari.

Calon mesti memuatnaik jawapan ke SPeCTRUM dan emel kepada


safe.hameedullah@gmail.com sebelum jam 2:00 tengahari pada 14
Februari 2022.

(Kertas soalan ini mengandungi 4 soalan di dalam 4 halaman bercetak)


LIA3019

1. Jawab KEDUA-DUA (a) DAN (b):

(a) Undang-undang jenayah Islam tidak menetapkan sebarang hukuman


semata-mata untuk menyakiti pesalah, malah sebaliknya ia bertujuan
memelihara lima Matlamat Syariah yang berikut: agama, nyawa, akal,
keturunan dan harta.

Bincangkan mana-mana tiga dari lima Matlamat Syariah di atas


dengan meneliti hukuman-hukuman bagi jenayah-jenayah hudud.

(25 markah)

DAN

(b) Abdi yang berniat jahat telah menjemput rakannya, Sarip, minum di
sebuah kelab malam. Ketika asyik berbual, Sarip yang tidak
mengesyaki sebarang niat jahat Abdi telah meneguk minuman yang
telah dimasukkan pil ecstacy oleh rakannya itu. Dalam keadaan
separuh sedar, Sarip kemudiannya telah mengunggang motosikal
untuk pulang ke rumah. Apabila tiba di sebuah persimpangan jalan,
Sarip gagal memberhentikan motosikalnya apabila lampu isyarat
bertukar merah dan telah melanggar seorang pejalan kaki yang
sedang melintas jalan, lalu mengakibatkan mangsa mengalami patah
rusuk dan retak kaki kanan.

(i) Bincangkan tanggungan-tanggungan jenayah Abdi dan Sarip.

(15 markah)

(ii) Jelaskan tuntutan-tuntutan yang boleh dibuat oleh mangsa


kemalangan dalam kes di atas dan terhadap siapa tuntutan itu
boleh dibuat.
(10 markah)

2. Jawab KEDUA-DUA (a) DAN (b):

(a) Rukun adabi merupakan satu dari tiga elemen yang membentuk suatu
jenayah dalam undang-undang jenayah Islam. Ia boleh menambah
atau mengurangkan keseriusan sesuatu jenayah tersebut. Ia juga
boleh menentukan bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas
pesalah.

Bincangkan pernyataan di atas.

(20 markah)

2/4
LIA3019

DAN

(b) Pak Mael merupakan seorang ketua sebuah kumpulan seni


mempertahankan diri. Dia mengajar para pengikutnya gerakan fizikal
dan konsep kerohanian seni mempertahankan diri. Bagi menamatkan
pengajian, para pengikut Pak Mael dikehendaki melalui satu upacara
di mana mereka perlu mengasingkan diri dengan menetap di dalam
sebuah gua dan duduk bertapa selama tujuh hari dan tujuh malam
tanpa melakukan sebarang aktiviti lain. Di akhir pertapaan, mereka
akan keluar dari gua tersebut dan melakukan sujud ke arah bulan
yang sedang mengambang sehingga ke waktu subuh.

Nyatakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh Pak Mael dan


para pengikutnya di bawah undang-undang jenayah Islam dan
terangkan alasan-alasan anda.

(30 markah)

3. Adli merupakan seorang Penolong Pengarah Syarikat Budi yang


menjual kereta mewah. Adli diberikan kepercayaan sebagai orang
kanan Pengarah kerana dedikasinya terhadap perniagaan Syarikat Budi.
Walau bagaimanapun, beberapa orang staf di syarikat itu, terutamanya
Ramli dan Hadi tidak menyukai Adli. Mereka sentiasa mencari peluang
untuk menjatuhkan Adli.

Pada suku pertama tahun 2020, keuntungan Syarikat Budi menurun


sedikit. Ramli dan Hadi mengambil kesempatan untuk menyalahkan
Adli. Mereka mengedarkan surat layang yang menyatakan bahawa Adli
adalah orang yang patut dipersalahkan atas kemerosotan prestasi
syarikat. Mereka menuduh Adli menggunakan wang syarikat bagi
kepentingan peribadi. Mereka juga telah membuat berbagai tuduhan
lain yang menyebabkan para pekerja syarikat hilang kepercayaan dan
rasa hormat mereka terhadap Adli. Tuduhan utama yang mereka
lakukan ialah Adli mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya,
Ida. Ida pada masa ini sedang bercuti di luar negara. Dikatakan
bahawa percutian Ida ke luar negara adalah dibiayai oleh Adli bagi
membolehkan Ida menggugurkan bayi hasil hubungan terlarang kedua-
duanya. Adli mendapat tahu penulis-penulis surat layang tersebut
adalah Ramli dan Hadi.

Adli ingin tahu daripada anda berhubung tuduhan-tuduhan yang


terkandung dalam surat-surat layang tersebut dari perspektif undang-
undang jenayah Islam. Terangkan kepada Adli tentang perkara ini.

3/4
LIA3019

(50 markah)
4. Kerajaan negeri Kelantan baru-baru ini telah mengumumkan
pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang mula
berkuatkuasa pada 2 November 2021. Enakmen ini dikatakan berbeza
dari enakmen-enakmen sebelumnya kerana ia mempunyai 24
peruntukan baharu yang tiada dalam enakmen terdahulu. Menurut
Menteri Besar Kelantan, enakmen baharu ini memilih kaedah
pelaksanaan hukuman berbentuk retributif dan restoratif yang bertujuan
memulih dan memberi pendidikan kepada pesalah Syariah terhadap
kesalahan yang telah mereka lakukan.

(a) Pada pandangan anda, sejauh manakah hukuman yang terdapat


dalam enakmen ini memenuhi kehendak keadilan retributif dan
keadilan restoratif?
(20 markah)

(b) Bincangkan sejauh mana enakmen ini memenuhi tuntutan


pelaksanaan hukuman bagi jenayah-jenayah hudud?
(15 markah)

(c) Nilai sejauh mana keseragaman enakmen ini dengan


peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang
berkaitan.

(15 markah)

TAMAT

4/4
UNIVERSITI MALAYA

EXAMINATION FOR THE DEGREE OF BACHELOR OF LAWS

ACADEMIC SESSION 2021/2022: SEMESTER I

LIA3019: ISLAMIC CRIMINAL LAW

14 February 2022 Time: 3 HOURS

INSTRUCTIONS TO CANDIDATES:

Answer TWO (2) questions only.

Question 1 is COMPULSORY.

This is strictly a 3 HOURS examination.

Candidates are NOT allowed to answer the question after this deadline.

Candidates are advised to spend the first 10 minutes to read the


questions carefully.

Candidates are to complete their answers in Microsoft Word document


only and to adhere to any other format as required by the lecturer.

If candidates are facing connectivity issues, 2 hours extension is given


for candidates to upload their answers AND are also required to give an
explanation for the late submission when emailing the answers.

Candidates may refer to books, articles, notes and slides but candidates
are not permitted to copy word for word from the books, articles, notes
and slides.

The examination is on Monday, 14 February 2022 from 11:00 am to 2:00


pm.

Candidates must upload their answers to SPeCTRUM and email the


same to safe.hameedullah@gmail.com before 2:00 pm on 14 February
2022.

(This question paper consists of 4 questions on 4 printed pages)


LIA3019

1. Answer BOTH (a) AND (b)

(a) The Shariah criminal law does not prescribe any punishment simply to
harm the offender, but rather it aims to protect the Five Objectives of
Shariah namely: religion, life, mind, lineage and property.

Discuss three out of five Objectives of Shariah above by examining


the punishments for hudud offences.

(25 marks)

AND

(b) Abdi, with a wicked intention, has invited Sarip, his friend for a drink at
a night club. While intensely chatting, Sarip who did not suspect any
malicious intent of Abdi drank a beverage spiked with ecstasy pill by
his friend. In a semi-conscious state of mind Sarip then rode his
motorcycle to return home. When he arrived at a road junction, Sarip
failed to stop his motorcycle when the traffic light turned red and
subsequently collided with a pedestrian who was crossing the road
causing the victim to suffer broken ribs and a fractured right leg.

(i) Discuss the criminal liabilities of Abdi and Sarip.


(15 marks)

(ii) Explain any claims available for the victim in the above case and
to whom the claim should be directed to.
(10 marks)

2. Answer BOTH (a) AND (b)

(a) Rukun adabi is one of the three constituent elements of crime under
Islamic criminal law. It may elevate or lessen the severity of a crime. It
also determines the type of punishment that could be imposed on an
offender.

Discuss the above statement.


(20 marks)

2/4
LIA3019

AND

(b) Pak Mael is the leader of a martial art group. He teaches his followers
both the physical movements as well as the spiritual concept of the art
of self-defense. In order to complete the training, Pak Mael’s followers
are required to undergo a ritual that entails confining themselves in a
cave, doing nothing except meditation for seven days and seven
nights. At the end of the ritual, they will come out of the cave and
prostrate towards the full moon until dawn.

State the offences committed by Pak Mael and his followers under the
Islamic criminal law and explain your justifications for that.
(30 marks)

3. Adli is a Deputy Director of Budi Company which sells luxury cars. Adli
has been made the Director’s right-hand man due to his dedication to
the business of Budi Company. However, a few staff in the company
especially Ramli and Hadi dislike Adli. They are always looking for
ways to bring Adli down.

In the first quarter of 2020, the company’s profit had declined slightly.
Ramli and Hadi took this opportunity to put the blame on Adli. They
circulated a poison pen letter stating that Adli was the person to be
blamed for the poor performance of the company. They accused Adli of
using the company’s money for personal interests. They also made
many other accusations which caused the other staffs to lose their
confidence and respect for Adli. Their main accusation was that Adli
has an affair with his secretary, Ida. Currently, Ida is on holiday abroad.
It was alleged that her holiday was funded by Adli so that she could
undergo an abortion of the baby conceived from their illicit relationship.
Adli came to know that the authors of the poison pen letter are Ramli
and Hadi.

Adli wants to know from you about the position of the accusations in the
poison pen letter from the perspective of Islamic criminal law. Explain to
Adli about this matter.

(50 marks)

3/4
LIA3019

4. The Government of Kelantan has recently announced the enforcement


of Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 which came into force on
the 2 November 2021. This Enactment is said to be different than pre-
existing enactments because it contains 24 new provisions which were
not in the previous enactments. According to the Chief Minister of
Kelantan, the new enactment adopts retributive and restorative methods
of punishment for Shariah offenders with the aim to rehabilitate and
educate them on the offences they have committed.

(a) In your opinion, to what extent do the punishments in this


enactment satisfy the requirements of retributive justice and
restorative justice?

(20 marks)

(b) Discuss how far this enactment will meet the requirements for the
implementation of punishment for hudud offences.
(15 marks)

(c) Assess the extent of which this Enactment is consistent with the
corresponding provisions of the Federal Constitution.
(15 marks)

END

4/4

Anda mungkin juga menyukai