Anda di halaman 1dari 22

FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI

IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN SUKAN


LAPORAN PEMBENTANGAN (KERTAS KERJA)

TAHAP DAN KESAN PENGHAYATAN PRINSIP RUKUN NEGARA DALAM KALANGAN


RAKYAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO. PELAJAR

MUHAMMAD ZULHAIRIE BIN ZULAZIZI 2022946679

LUQMANUL HAZIM BIN MUHAMMAD FAIZ 2022947029

NUR ANIS AMIERA BINTI SALIM 2022917131

NORSYAZWANI AINA BINTI ABD SUKOR 2022736545

NUR DIANA BINTI ANDI AZIS 2022765739

Laporan Kertas Kerja Dihantar kepada PROF. DR. ABDUL HALIM BIN RAMLI. Dalam
memenuhi Sebahagian Keperluan Untuk CTU 552 (FALSAFAH DAN ISU SEMASA)

SEMESTER 2
SESI 2022/2023
ISI KANDUNGAN

1.0 OBJEKTIF KERTAS KERJA 4

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN 5

2.1 Kesan permasalahan 7

3.0 PENGENALAN 9

3.1 Latar belakang Rukun Negara 10

4.0 SUBTOPIK 12

4.1 Faktor Pembentukan Rukun Negara 12

4.2 Mengkaji kesan kajian pembentukan Rukun Negara 15

5.0 RUMUSAN 17

5.1 Rumusan kajian 17

5.2 Cadangan penyelesaian 18

6.0 RUJUKAN 21

7.0 LAMPIRAN 22

2
BORANG PERAKUAN PELAJAR

“Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil
tugasan yang kami serahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan
plagiat daripada mana-mana sumber, atau mencuba untuk meniru mana-
mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang sepatutnya. Kami sedar bahawa
mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar perakuan yang
dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib UiTM Negeri
Sembilan.”

1. Nama: MUHAMMAD ZULHAIRIE BIN 2. Nama: LUQMANUL HAZIM BIN


ZULAZIZI MUHAMMAD FAIZ

No. Pelajar: 2022946679 No. Pelajar: 2022947029

3. Nama: NUR ANIS AMIERA BINTI 4. Nama: NORSYAZWANI AINA BINTI


SALIM ABD SUKOR

No. Pelajar: 2022917131 No. Pelajar: 2022736545

5. Nama:NUR DIANA BINTI ANDI AZIS

No. Pelajar:2022765739

3
1.0 OBJEKTIF KERTAS KERJA

1. Mencapai perpaduan yang lebih erat


Kertas kerja ini bertujuan mengkaji kepentingan rukun negara bagi mencapai
perpaduan yang lebih erat antara rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan kaya
dengan pelbagai adat resam dan budaya yang berbeza.

2. Memelihara cara hidup demokratik


Kepentingan memelihara cara hidup yang demokratik berdasarkan prinsip
rukunnegara bagi mengekalkan kemaanan dan kedamaian negara.

3. Mencipta masyarakat adil


Mengkaji kepentingan mencipta masyarakat yang adil melalui undang undang bagi
menjamin kesejahteraan rakyat sejagat.

4. Membentuk sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan


Mengkaji kepentingan mengamalkan sikap liberal terhdap tradisi kebudayaan rakyat
Malaysia yang pebagai.

4
2.0 ISU PERMASALAHAN KAJIAN

Malaysia menggunakan sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan.


Maksudnya, sistem pemerintahan Malaysia adalah demokrasi parlimen dan kerajaan
konstitusi. Seri Paduka Baginda, Raja-raja dan yang dipertua setiap negeri merupakan
lambang kesatuan rakyat. Walaupun Negara Malaysia mempunyai Perdana Menteri, Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah ketua negara. Ini adalah kerana, Seri
Padukan Yang di-Pertuan Agong berada diluar politik. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
berarti setiap rakyat haruslah taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong. Tingkah laku yang salah atau tidak hormat kepada Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan agong juga telah menampakkan kelemahan dalam keselamatan negara
yang memberi impak terhadap keselamatan negara.

Selain itu, Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud setiap rakyat haruslah taat
setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Rakyat haruslah
setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka tinggal tanpa mengurangi taat
setia kepada Yang di-Pertuan Agong sedikit pun. Sikap kesetiaan seperti ini adalah suatu
nilai yang baik dan boleh menjadi kebanggaan kepada negara serta ikatan yang kukuh bagi
menanamkan kecintaan rakyat kepada negara. Kesetiaan kepada raja dan negara
merupakan ayat yang menyatupadukan rakyat Malaysia.

Dalam pada masa yang sama, raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan
untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu,
melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan
sah suku-suku di Malaysia.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, pada tarikh 13 April 2022, seorang pengguna
twitter telah memuat naik satu gambar grafik berunsur hinaan terhadap Yang di-Pertuan
Agong. Mohd Fahmi Reza bin Mohd Zarin, seorang pelukis artis bebas telah dituduh atas
akta hasutan & akta Sakit Hati. Beliau telah ditahan pada 14 April untuk soal siasat yang
bertempat di IPD Dang Wangi.

5
Satu gambar grafik tersebut adalah lukisan gambar Yang di-Pertuan Agong yang
telah diubah menjadi karakter kartun Mojo Jojo. Menerusi tweet fahmi reza, beliau telah
mendapat kecaman yang hebat dari rakyat Malaysia. Kita dapat melihat masih ramai rakyat
Malaysia yang masih memegang teguh Rukun Negara kedua. Fahmi reza menyatakan, itu
bukan lukisan biasa itu adalah seni yang di kenali sebagai seni satira. Fahmi reza telah di
soal 24 soalan di bawah akta hasutan & akta sakit hati. Kes ini masih belum selesai
sehingga 23 april 2022, tindakan pertama yang dikenakan dari Polis Diraja Malaysia adalah
beliau telah disekat untuk keluar negara. Dengan tindakan dari pihak keselamatan negara,
tindakan ini telah menyukarkan Fahmi Reza untuk ke Eropah kerana terlibat dalam satu
persembahan teater. Selain pelukis satira, beliau juga merupakan seorang pelakon teater
berkaitan politik di dalam Malaysia.

Lain daripada itu, seperti baru-baru ini diadakan Konferensi Melayu Maruah yang
berkait rapat dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikan. Beberapa orang
mendukung dan beberapa orang menentang. Tak kurang, yang mengambil tindakan drastis
untuk mengajukan laporan polisi menuduh Kongres menjadi rasis, menyebabkan beberapa
dari mereka yang terlibat dijebak oleh polis. Ada juga mahasiswa yang memprotes saat
sidang atas apa yang dituduhkan sebagai hak asasi manusia. Akibatnya, pihak universiti
pun menulis surat pernyataan kepada polis tentang pelanggaran adat tahunan tersebut.
Bahkan hanya bangsa Melayu yang dibicarakan di kongres ini, tidak ada pertanyaan di
mulut para peserta atau peserta diskusi yang mengejek bangsa lain atau menghasut
kebencian. Jika kita melihat resolusi-resolusi yang ada, kita akan menemukan informasi
tentang kegagalan orang Melayu dan bagaimana memperbaikinya. Sebenarnya, hak dan
kepentingan sah orang lain selalu diperhitungkan dalam kaitannya dengan penunjukan
Persekutuan Kelembagaan. Beberapa partai politik telah menentang pertemuan ini atas
dugaan diskriminasi rasis.

6
Pada hari ini, isu dan sensitiviti perkauman sering berlaku diantara rakyat-rakyat kita.
Kritik terhadap masyarakat dan agama tertentu sering dilihat sebagai kebiasaan saat ini.
Budaya suatu masyarakat sudah bisa diperdebatkan dan dipandang sebagai bahan
tertawaan. Integrasi nasional antara semenanjung dengan Sabah dan Sarawak tidak
semakin dekat, tetapi semakin jauh dari kenyataan. Orang Malaysia perlu mengembangkan
kesopanan dan rasa hormat terhadap orang lain. Pada 27 November 2018, kami dikejutkan
oleh kerusuhan di sebuah kuil dekat Selangor, di mana seorang anggota Bomba bernama
Adib dikorbankan. Penelitian ini menemukan bahwa ada tangan-tangan gaib yang
menyebarkan berita bohong, dikatakan bahwa kedua kelompok ini sedang berkelahi dan
sebagainya. Hal ini menunjukkan kurangnya pendekatan mereka terhadap prinsip pilar
negara. Meski sudah banyak landasan dan rencana yang telah ditempuh pemerintah untuk
mewujudkan persatuan, masih ada persoalan dan tantangan yang harus dihadapi.

2.1 Kesan isu permasalahan

Dari segi kesan pula, isu ini akan menimbulkan pemikiran yang negatif dalam
kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana, masyarakat akan menganggap isu ini sebagai satu
bahan untuk dijadikan jenaka dan menganggapnya remeh dan tidak memperdulikan
kedudukan dan organisasi YDPA di Malaysia. Secara tidak langsung, ia akan
mempengaruhi mentaliti orang awam untuk tidak menghormati dan terus mencari kesalahan
dalam isu semasa berkaitan organisasi di Malaysia untuk dijadikan ejekan dan bahan lawak
di mana mana media sosial seperti Facebook, Berita Online dan Instagram. Seterusnya,
Agong juga merupakan simbol agama islam dalam negara kita. Hal ini kerana, jika Agong
dihina oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab ia juga memberi kesan kepada sudut
hal ehwal agama islam di Malaysia. Oleh yang demikian, kita sebagai rakyat Malaysia
haruslah memainkan peranan yang penting untuk menjaga kedaulatan serta kekuatan
negara kita daripada diceroboh oleh anasir-anasir luar yang bertindak untuk menjatuhkan
institusi Raja Berperlembagaan di negara ini.

Seterusnya, melalui isu ini juga dapat menimbulkan masalah perpaduan antara
kaum. Ini menyebabkan masyarakat kurang mengenali dan memahami kaum yang
mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya yang berbeza. Melalui kesan ini juga,
sikap masyarakat akan menguatkan perasaan buruk sangka dalam masyarakat serta
menghalang pergaulan yang baik sesama kaum. Selain itu juga, masyarakat akan
membanding-bandingkan adat resam kaum lain dan tidak menghormati budaya mereka.
Sebagai contoh, budaya sesebuah kaum yang telah lama diwarisi dan menjadi adat resam
mereka dijadikan bahan lawak dan rasis sesama kaum. Seterusnya, jika sesebuah kaum
mengadakan majlis atau upacara adat mereka, majlis itu mungkin tidak dapat dijalankan

7
dengan lancar dan teratur kerana mereka mungkin akan diganggu oleh segelintir
masyarakat yang menganggap itu sebagai ajaran sesat dan sebagainya.

Di samping itu, kesan seterusnya adalah pada kedudukan Yang Di-Pertuan Agong.
Hal ini kerana, secara tidak langsung akan menggugat dan menjejaskan kedudukan Yang
Di-Pertuan Agong. Masyarakat akan terus mencari isu isu yang berkaitan Kedaulatan
Undang-Undang di Malaysia dan menjadikannya sebagai bahan lawak dan memandang
remeh isu ini supaya masyarakat mudah terpengaruh dan tidak lagi mempunyai rasa hormat
terhadap pemimpin-pemimpin negara. Hal ini kerana, masyarakat menganggap itu hanyalah
sekadar gurauan dan tidak beranggapan mereka telah menyentuh sensitiviti pemimpin-
pemimpin negara kita. Sebagai contoh, di media sosial seperti Twitter dan Instagram,
pemilik akaun yang memulakan isu pemimpin negara dijadikan bahan lawak ini akan terus
menghasilkan poster atau posting yang berunsur penghinaan supaya mereka dapat meraih
lebih views dan likes di akaun mereka.

Selain itu, isu ini secara tidak langsung akan memberi pengaruh yang buruk
terhadap generasi muda kita. Hal ini kerana, seperti yang kita sedia maklum, generasi muda
kini mudah terpengaruh dengan budaya-budaya negatif yang mengaibkan sesebuah pihak
tanpa usul periksa. Sebagai contoh, generasi muda kini bebas menggunakan kemudahan
telefon pintar yang diberikan kepada mereka kerana mereka tidak diawasi oleh ibu bapa
mereka sendiri. Ini akan mengakibatkan mereka mudah terikut dengan segala isu semasa di
media sosial tak kira berunsurkan ejekan atau menjatuhkan sesebuah pihak kerana mereka
hanya fikir untuk berseronok dan mengikut sahaja apa yang telah dilakukan oleh generasi-
generasi sebelum mereka. Pada hakikatnya, generasi muda ini akan terbiasa dan akan
kerap menyebarkan posting yang mengaibkan pemimpin negara kita tanpa usul periksa agar
mereka berasa bangga kerana mereka menjadi salah seorang dari pihak yang menyokong
perkara ini.

Secara tuntasnya, ini akan menjejaskan imej negara di mata dunia . Hal ini kerana,
isu-isu ini dibangkitkan di dalam media sosial, jadi tiada mana-mana pihak yang akan
terlepas pandang akan isu ini. Sebagai contoh, jika posting yang berunsur penghinaan
terhadap pemimpin negara kita disebarkan secara meluas di semua platform media sosial,
orang luar akan menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak mempunyai
masyarakat yang berjiwa kenegaraan dan menghormati pemimpin-pemimpinnya.
Natijahnya, mereka juga akan turut menyokong isu itu dan beranggapan ia hanyalah sebuah
jenaka dan menyebarkan pula secara meluas di platform media sosial negara mereka.

8
3.0 PENGENALAN

Konflik dan perpecahan dalam suatu komunitas selalu mengarah pada perjuangan
ke berbagai arah. Artinya, konflik terus-menerus akan mengganggu kehidupan masyarakat.
Untuk membentuk negara yang kuat dan bersatu, diperlukan nilai-nilai etika yang kuat dan
filosofi negara yang mendorong cinta (patriotisme), kesetiaan, konsensus, dan persatuan di
antara rakyat.

Di negara kita, kerajaan telah menggubal Rukun Negara sebagai falsafah, etika dan
ideologi negara. Dengan itu, setiap rakyat memahami latar belakang, objektif dan prinsip
Rukun Negara itu. Dari segi latar belakangnya, Rukun Negara digubal setelah berlakunya
peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut telah mendorong pemimpin
negara dari pelbagai kaum memikirkan satu formula bagi memulihkan perpaduan kaum
yang lebih utuh dan kental.

Tiang-tiang negara dirancang untuk membentuk kepribadian masyarakat Malaysia


sebagai bangsa yang bersatu. Ada lima prinsip ideologis yang mendasari integrasi
masyarakat untuk mencapai integrasi yang lebih dekat dari seluruh masyarakat:.
Mempertahankan masyarakat yang demokratis, menciptakan masyarakat yang adil
sehingga semua warga negara dapat sejahtera secara merata, dan mengembangkan sikap
progresif terhadap tradisi budaya dan teknologi baru sangat penting untuk bangsa yang
sehat dan sejahtera. Hal ini dapat membantu menciptakan masyarakat yang harmonis dan
sejahtera untuk selama-lamanya.

Meskipun nilai dan praktik sosial dan budaya menjadi lebih umum, rakyat Malaysia
harus terus mempertahankan identiti dan warisan nasional mereka. Hanya dengan tetap
setia pada identiti kita, rakyat Malaysia akan mencoba mengatasi perubahan yang tepat dan
berkelanjutan dari kesan negatif globalisasi. Jiwa patriotik harus ditumbuhkan di kalangan
masyarakat agar mereka merasa bangga menjadi orang Malaysia.

Rukun negara memiliki lima tujuan, yaitu mewujudkan integrasi yang lebih erat dari
seluruh masyarakat, untuk mempertahankan cara hidup yang demokratis, mewujudkan
masyarakat adil dimana kemakmuran bangsa dapat dibagi secara adil dan merata,
mengembangkan sikap liberal terhadap tradisi budaya yang kaya dan beragam serta secara
bertahap membangun masyarakat dengan ilmu pengetahuan dan teknologi moden.

9
3.1 Latar Belakang Rukun Negara

Rukun Negara diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan
Malaysia ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong IV, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah
Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin. Secara amnya, rukun negara merupakan panduan dan
pegangan negara yang menyatupadukan rakyat dengan menyuarakan tanggapan,
kepercayaan dan keazaman rakyat mengenai bangsa Malaysia. Rukun Negara merupakan
satu ideologi negara yang tercipta ekoran daripada berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada
13 Mei 1969 dan mengganggu-gugat perpaduan etnik di Malaysia serta berpunca daripada
kempen pilihan raya yang menimbulkan isu perkauman sensitif.

Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN
Majlis Perundingan Negeri (badan yang bertanggungjawab menggubalnya). Kata sepakat
untuk mencipta satu ideologi negara dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN yang
dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, iaitu pada 27 Januari 1970. Majlis Perundingan
Negara ditubuhkan oleh Pengarah MAGERAN di bawah undang-undang darurat yang
diwartakan pada 29 Januari 1970. Anggota-anggota Majlis Perundangan Negara terdiri
daripada seorang pengerusi, tiga orang menteri, wakil-wakil kerajaan negeri dan wakil-wakil
daripada tokoh-tokoh agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan
sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil.

Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama, iaitu membentuk perpaduan kukuh
dalam kalangan rakyat dan menjadi identiti rakyat Malaysia. Rukun Negara terbahagi
kepada 2 bahagian. Bahagian pertama ia menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang
mahu dibentuk seperti mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakat, membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
berbagai-bagai corak serta membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden. Manakala bahagian kedua pula menggariskan 5 prinsip dalam
rukun negara iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
keluhuran perlembagaan, Kedaulatan undang-undang dan kesopanan serta kesusilaan.
Rukun-rukun tersebut diwujudkan untuk menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan
masyarakat ini.

10
Akhir sekali, kelima-lima prinsip Rukun Negara perlu diamalkan, dipraktikkan dan
dijadikan pegangan setiap hari oleh seluruh rakyat Malaysia supaya mampu menjadikan
seseorang itu hebat serta mengukuhkan kedaulatan negara serta mencapai semangat
patriotisme dalam sesebuah negara. Setiap warganegara Malaysia mestilah menjadikan
Rukun Negara sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakat dan dapat melahirkan
sebuah negara, bangsa yang bersatu, demokratik serta adil tanpa mengira bangsa dan
agama.

11
4.0 SUBTOPIK

4.1 Faktor Pembentukan Rukun Negara

1. Mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni tanpa
mengira perbezaan agama,kaum dan warna kulit

Pelbagai faktor yang menjadi asbab pembentukan prinsip rukun negara pada 13
Ogos 1970 antaranya ialah bagi memastikan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum yang dapat hidup dengan keadaan yang lebih aman dan harmoni tanpa mengira
perbezaan dan menghormati agama, tradisi setiap kaum dan warna kulit masing-
masing.Dengan wujudnya rukun negara pertama yang menekankan kepercayaan kepada
Tuhan menggalakkan rakyat menghormati kepercayaan agama dan Tuhan tanpa
memperlekehkan sebarang percanggahan kepercayaan antara satu sama lain.Rakyat yang
berbilang bangsa akan lebih menitik beratkan sensitivity setiap kaum dan menghormati
keunikan tradisi setiap kaum seterusnya mewujudkan masyarakat Malaysia yang
harmoni.Sebagai Intihanya,meskipun setiap agama dan kaum di Malaysia mempunyai
perayaan dan tradisi yang berbeza,rakyat Malaysia turut menyambut perayaan Hari
Raya,Tahun Baru Cina dan Hari Deepavali bersama-sama.

2. Menjaga kedaulatan dan kedudukan raja sebagai ketua negara

Seterusnya rukun negara diwujudkan bagi memelihara kedaulatan dan kedudukan


Raja sebagai ketua negara.Memelihara dan mendaulatkan institut beraja amat penting
kerana raja memainkan peranan yang penting dan mempunyai kuasa mutlak dalam sistem
pentadbiran,pemerintah dan penyusunan adat istiadat negara.Malah, dalam institusi beraja
terdapat Agong yang berperanan sebagai ketua negara.Kedudukan dan kedaulatan Agong
haruslah dipelihara kerana agong berperanan mengampunkan dan menangguh hukuman
mahkamah serta berperanan dalam menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa
orang melayu dan kepentingan bangsa lain agar tidak dicemari.Maka dengan ini, sistem
pentadbiran negara akan lebih sistematik dan teratur kerana ketaatan rakyat kepada
pemerinta yang dibentuk melalui prinsip rukun negara.Hasilnya, hak asasi rakyat dan
kedaulatan negara terjaga apabila kedaulatan dan kedudukan raja sebagai ketua negara
dipelihara.
3. Menjadikan Malaysia negara yang aman dan makmur dengan adanya undang-
undang sebagai panduan

Selain itu, demi mewujudkan Malaysia sebagai negara yang aman dan makmur,
prinsip rukun negara yang ketiga dibentuk iaitu kedaulatan undang undang. Dengan adanya
prinsip rukun negara yang ketiga ini,pelaksanaan hukuman yang adil agar setiap jenayah
yang berlaku di Malaysia dapat dijalankan dengan tulus dan saksama.Maka dengan ini
terlahir rakyat yang berdisiplin dan mematuhi undang-undang negara.Malah,pelaksanaan
hukuman yang adil dan mengikut protokol yang telah ditetapkan dapat menjamin
keselamatan dan keamanan negara.Jenayah seperti merompak dan rasuah dapat
dibendung sekiranya hukuman yang setimpal dikenakan dan dilaksanakan secara adil dan
telus tanpa mengira bangsa dan pangkat.Akhirnya dapat mewujudkan negara Malaysia yang
aman dan harmoni.

4. Memelihara cara hidup demokratik dalam Negara

Faktor seterusnya terbentuknya rukun negara adalah demi memelihara cara hidup
yang demokratik dalam negara Malaysia. Sistem demokrasi berperanan melibatkan rakyat
dalam memilih kerajaan yang memerintah negara Malaysia. Malah, rakyat juga dapat
mengemukakan pandangan dan bersuara kepada wakil rakyat jika terdapat sebarang
permasalah atau isu yang berbangkit yang boleh mengganggu kesejahteraan rakyat.Hal ini
menunjukkan bahawa sistem demokrasi menjamin hak asasi rakyat sebagaimana kuasa
pemimpin tidak mutlak dan ditentukan oleh undian daripada rakyat. Maka dengan ini,
pemimpin tidak akan sewenang-wenangnya mengabaikan kebajikan rakyat dan memberikan
khidmat yang terbaik untuk rakyat kerana rakyat bebas memili pemimpin melalui pilihan raya
yang diadakan setiap 4 tahun sekali.Tuntasnya,keamanan negara dapat dijamin dengan
adanya prinsip rukun negara.

13
5. Membentuk sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai

Demi membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan
pelbagai corak prinsip rukun negara dibentuk.Prinsip rukun negara kesopanan dan
kesusilaan menggalakkan rakyat menghormati tradisi kebudayaan masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum bagi mengekalkan keharmonian masyarakat bersama.Sikap
keterbukaan rakyat dalam menerima pelbagai budaya masyarakat Malaysia yang majmuk
mampu menghidupkan suasana yang lebih aman dan sejahtera tanpa sebarang
pertelingkahan.Maka dengan ini,perpaduan dapat dipupuk apabila setiap rakyat Malaysia
mengamalkan dan mempraktikkan sikap menghormati dan menjaga tata susila seiring
dengan prinsip rukun negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan.

14
4.2 Mengkaji Kesan Pembentukan Rukun Negara

1. Masyarakat hidup dengan lebih aman dengan cara menghormati agama yang
berbeza-beza

Antara kesan yang dapat dilihat adalah masyarakat akan hidup dengan lebih aman
dengan cara menghormati kaum dan agama yang berbeza beza .Hal ini kerana, masyarakat
akan saling mengenali adat resam dan budaya sesuatu agama.Sebagai contoh, jika
masyarakat yang berbeza agama melihat sesuatu agama lain melakukan adat dan budaya
mereka,tidak akan ada perkara yang tidak diingini berlaku seperti sesuatu majlis itu
diganggu ataupun mendapat kecaman dari agama lain .Jadi, masyarakat akan bertindak
secara rasional dan berfikir secara waras seiring dengan sikap mereka yang saling
menghormati adat resam dan budaya kaum dan agama lain.

2. Kedaualatan dan kedudukan Raja sebagai ketua negara terjaga.

Seterusnya, secara tidak langsung akan memberi impak yang positif kepada
kedaulatan dan kedudukan Raja sebagai ketua negara. Hal ini kerana, kedaulatan dan
kedudukan Raja sebagai ketua negara akan terjamin dan terjaga. Sebagai contoh,
kedudukan Raja tidak akan tergugat kerana tidak akan timbul isu yang menyentuh sensitiviti
seperti berunsur penghinaan dan cacian. Di samping itu, masyarakat akan lebih percaya
dan menuruti segala apa yang dilontarkan dan dilakukan oleh pihak atasan dalam kerajaan
Malaysia. Juga, masyarakat tidak akan menimbulkan isu dan permasalahan yang mampu
menjejaskan kedudukan dan kedaulatan Raja sebagai ketua negara.

3. Melahirkan masyarakat yang adil. Setiap kaum akan dilayan sama dalam pelbagai
bidang dan tiada kaum yang terpinggir dengan arus kemajuan negara.

Selain itu, ia dapat melahirkan masyarakat yang adil dan saksama. Sebagai contoh,
setiap kaum akan dilayan sama-rata dalam pelbagai bidang dan tiada kaum yang terpinggir
selaras dengan arus kemajuan negara . Oleh itu, masyarakat tidak perlu risau akan isu
perkauman yang akan menjejaskan hubungan sesama kaum kerana kerajaan Malaysia
bersifat adil dan berteraskan prinsip rukun negara dalam menentukan dan menetapkan
sesuatu keputusan . Di samping itu, setiap kaum juga akan diberi kebebasan dalam
menyuarakan hak mereka tentang apa yang mereka ingini tanpa disekat dan dihalang oleh
kerajaan Malaysia .

15
4. Memelihara pengamalan sistem demokratik dengan cara penntadbiran demokrasi
iaitu melaksanakan pilihan raya setiap 5 tahun.

Intijahnya, memelihara pengamalan sistem demokratik dengan cara pentadbiran


demokrasi terhadap rakyat. Sebagai contoh, kerajaan melaksanakan pilihan raya umum
setiap 5 tahun di dalam negara. Hal ini kerana, jika pilihan raya umum dijalankan 5 tahun
sekali, rakyat diberi peluang untuk memilih siapa yang bakal memimpin dan menjadi
perdana menteri Malaysia . Oleh itu, rakyat akan terus menyokong bakal pemimpin yang
telah dipilih sebagai ketua yang akan mengetuai negara Malaysia. Oleh itu, negara akan
lebih tersusun dan segala perancangan berjaya dirancang dengan lebih aman dan damai
dengan adanya seorang pemimpin yang dipilih melalui pilihan raya umum di Malaysia .

16
5.0 RUMUSAN & CADANGAN PENYELESAIAN

5.1 Rumusan

Sebagai penutup kata pemanis bicara, bulan semakin terang, bayang kian jelas
bahawa melalui kajian ini pihak berkuasa, pihak masyarakat serta ibu bapa memainkan
peranan yang singnifikan untuk mendidik mahupun menekankan tentang betapa pentingnya
penghayatan prinsip rukun negara kepada seluruh rakyat di malaysia yang mempunyai
pelbagai kaum di Malaysia. Dalam pada itu, perpaduan kaum di antara rakyat adalah satu
matlamat yang yang penting untuk dicapai oleh semua negara dan termasuklah negara kita
iaitu Malaysia. Perpaduan sangat penting dalam kalangan rakyat kerana tanpa perpaduan
sesebuah negara itu akan menjadi lemah dan sangat sukar untuk dibangunkan.

Oleh yang demikian, menjadikan rukun negara sebagai satu kepentingan dapat
melahirkan masyarakat yang bersatu padu, percintaan kasih mesra tanpa mengira kaum
serta saling menghormati antara satu sama lain. Dalam pada masa yang sama melalui
perpaduan yang mampan antara masyarakat berbilang kaum dapat membantu negara
dalam mempertingkatkan dan memperluaskan lagi pertumbuhan ekonomi dalam negara
serta mengekalkan kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang demokratik.

Tambahan pula, rukun negara haruslah dijiwai dalam setiap sanubari kita dan bukan
sekadar laungan dan ikrar bagaikan menanam tebu di bibir mulut agar kita dapat bermegah
di persada dunia sebagai seorang warga malaysia yang berjaya dengan perpaduan dalam
kepelbagaian kita.Dalam sebuah dan nilai hasil daripada mewujudkan masyarakat berbilang
kaum di negara ini telah menjadikan negara ini unik. Keunikan ini perlu dipelihara untuk
tatapan generasi akan datang dan pada masa yang sama menjadi contoh kepada negara
luar.

Tuntasnya, Tahun ini negara akan menyambut Hari kemerdekaan ke-65, kita
sebagai rakyat Malaysia sewajarnya lebih bersatu-padu berbanding 65 tahun yang lalu.
Namun, hakikatnya, pada ketika ini kebanyakkan dari kita mempunyai sifat perkauman yang
tinggi. Sifat toleransi di antara kaum dan agama juga sudah semakin luntur. Ramai rakyat
yang tidak lagi melihat kepentingan Rukun Negara pada masa ini. Didalam keadaan kita
menuju kemajuan, ianya dilupakan sebagai salah satu alat yang membantu rakyat Malaysia
bersatu-padu suatu ketika dahulu. Ia sepatutnya bukan setakat dibaca saja tetapi juga
diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

17
5.2 Cadangan Penyelesaian

Dalam usaha menangani isu-isu berkaitan penghayatan prinsip rukun negara dalam
kalangan rakyat, terdapat beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan untuk
menangani isu ini seperti pihak-pihak yang sangat berperanan penting dalam hal ini.

1. Pihak Berkuasa

Pihak berkuasa perlu lebih tegas terhadap isu ini dengan cara memberikan hukuman
yang setimpal dan mewujudkan undang-undang bagi membendung dan mencegah
perbuatan pihak tertentu yang mencemar kedaulatan negara. Langkah-langkah keselamatan
dan undang-undang memainkan peranan penting dalam mengawal dan mencegah
pertubuhan-pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum mahupun
agama daripada melakukan kegiatan yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum
dan menggugat keselamatan Negara. Hal ini bersangkut paut dengan memberi tumpuan
khusus untuk membangunkan rakyat yang patriotik dan demokratik melalui program
peningkatan literasi dan penghayatan sistem demokrasi dan Perlembagaan Persekutuan.
Usaha ini dilihat akan dapat meningkatkan semangat patriotisme yang jitu dan penghayatan
jati diri. Peranan Parlimen sebagai platform perpaduan serta kepemimpinan tauladan
berteraskan ilmu dan menghormati sistem perundangan negara turut ditekankan.

2. Pihak Masyarakat

Pihak masyarakat haruslah bijak dalam meneliti setiap isu yang sering berbangkit di
media sosial supaya tidak mudah terpengaruh dengan ideologi negatif yang dilontarkan
terhadap institusi di-Raja. Selain itu, peranan rukun negara dalam kehidupan sesebuah
masyarakat adalah sangat penting. Antaranya ialah dalam “Keluhuran perlembagaan”.
Prinsip tersebut menghendaki setiap rakyat tanpa mengira bangsa dan agama supaya
menghormati serta mematuhi Perlembagaan. Prinsip Rukun Negara ketiga itu juga
bertanggungjawab dalam memelihara hak rakyat serta menjamin perpaduan dan
kemakmuran negara. Sebagai contoh, seorang individu itu tidak mempertikaikan kesetiaan
seseorang individu lain berdasarkan kaum atau keturunan.Perlembagaan juga menentukan
bentuk pentadbiran kerajaan serta melindungi hak asasi manusia secara menyeluruh.

18
Tambahan pula, masyarakat progresif melalui penghayatan ilmu sains, teknologi dan
inovasi dapat menyumbang kepada pembangunan negara melalui penyediaan persekitaran
yang kondusif, pendedahan awal mengenai sains, teknologi dan inovasi di peringkat
prasekolah dan menyemarakkan usaha membudayakan sains, teknologi dan inovasi di
peringkat komuniti.

3. Ibu Bapa

Pada alaf baru ini, ibu bapa menjadi peranan yang penting kepada masyarakat dan
negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. Dalam kalangan
ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai terutamanya
kerajaan. Tidak dinafikan bahawa ibu bapa turut berperanan penting dalam mengajar anak-
anak mereka menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara serta menghormati adat istiadat
kaum-kaum lain dengan penuh berdedikasi. Pada realitinya , ibu bapa haruslah memastikan
generasi muda berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk melahirkan
masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni dalam pelbagai aspek. Bertitik tolak daripada
itu , ibu bapa turut bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka memahami dan
menghormati adat istiadat , pantang larang serta kebudayaan pelbagai kaum di Malaysia
demi mengelakkan konflik antara kaum .

4. Individu

Setiap manusia adalah warga negara bagi sesebuah Negara.Oleh itu, dalam berpikir
,berbuat sesuatu,bertindak dan setiap tingkah laku manusia terikat kepada norma atau
ukuran yang dibuat oleh negara.Manusia tidak boleh bertindak sesuka hati, Sekiranya
menyalahi norma yang ditetapkan,seseorang itu harus bertanggungjawab kepada
Negara.Kita harus menjaga nama baik bangsa dan negara kita sendiri.Seterusnya, seperti
mana prinsip “ Kesopanan dan kesusilaan” prinsip ini mempunyai kaitan yang rapat dengan
pembangunan dan personality seseorang individu yang seharusnya dibina sejak muda
lagi.Tambahan pula, prinsip ini juga berkait rapat dengan nilai-nilai moral, akhlak dan murni
masyarakat. Prinsip ini seharusnya menjadi panduan seluruh masyarakat aga perilaku
masyarakat mahupun seseorang individu itu sentiasa terjaga dan terpelihara agar dapat
berkembang sesuai dengan kemajuan sesebuah tamadun pembangunan Negara yang
berasaskan kepribadian bangsa dan nilai-nilai murni.setiap manusia adalah warga negara
bagi sesebuah Negara.

19
Oleh itu, dalam berpikir berbuat sesuatu bertindak dan setiap tingkah laku manusia
terikat kepada norma atau ukuran yang dibuat oleh negara. Manusia tidak boleh bertindak
sesuka hati, Sekiranya menyalahi norma yang ditetapkan, seseorang itu harus
bertanggungjawab kepada Negara. Kita harus menjaga nama baik bangsa dan negara kita
sendiri. Seterusnya, seperti mana prinsip “Kesopanan dan kesusilaan” prinsip ini mempunyai
kaitan yang rapat dengan pembangunan dan personaliti seseorang individu yang
seharusnya dibina sejak muda lagi.Tambahan pula, prinsip ini juga berkait rapat dengan
nilai-nilai moral, akhlak dan murni masyarakat. Prinsip ini seharusnya menjadi panduan
seluruh masyarakat agar perilaku masyarakat mahupun seseorang individu itu sentiasa
terjaga dan terpelihara agar dapat berkembang sesuai dengan kemajuan sesebuah
tamadun pembangunan Negara yang berasaskan kepribadian bangsa dan nilai-nilai murni.

5. Pihak institusi, Pihak swasta dan NGO

Bagi pihak institusi, swasta dan NGO juga dapat membantu dalam hal yang demikian
sebagai contoh mengusahakan untuk mengadakan Hari Rukun Negara yang bertujuan
untuk meningkatkan lagi semangat bersatu padu dan saling hormat menghormati dalam
kalangan rakyat Malaysia. Dalam pada masa yang sama dalam program ini juga semua
pihak yang terlibat iaitu institusi pengajian tinggi serta sektor awam dan swasta akan
melafazkan ikrar Rukun Negara serentak seluruh negara agar kita lebih menghayati betapa
pentingnya rukun negara di sebuah negara dan rukun negara juga bukan sekadar untuk
dilafaz dan dihafal semata-mata, sebaliknya perlu dihayati setiap rakyat bagi mewujudkan
kerukunan dalam hidup bermasyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Tambahan pula, pihak institusi, swasta dan NGO juga dapat membantu untuk
menganjurkan program-program yang berasaskan penghayatan yang lebih mendalam
tentang rukun negara bertujuan mengeratkan hubungan rentas etnik, meningkatkan
penghayatan kepada Rukun Negara, membina pemahaman mengenai sistem Raja
Berperlembagaan, mengukuhkan sistem pendidikan yang meliputi semua kaum dan bertaraf
dunia kepada seluruh rakyat. Seterusnya, pihak NGO mahupun swasta juga dapat
menonjolkan lagi lebih banyak naratif seperti filem, video, simbolik kebersamaan dan
toleransi antara kaum serta mempromosikan dan meraikan lagi kepelbagaian budaya
dengan mengambil inisiatif mengenali peranan dan fungsi rumah ibadah. Hal yang demikian
dapat membantu kita menangani isu-isu yang berkaitan prinsip rukun negara dalam
kalangan rakyat kita.

20
6.0 RUJUKAN

1. “Kepercayaan kepada Tuhan” mampu mewujudkan perpaduan | Suara Merdeka.


(2020, July 12). https://suaramerdeka.com.my/kepercayaan-kepada-tuhan-mampu-
wujudkan-perpaduan/

2. Selvam, S. T. (2020, December 18). Rukun Negara perlu dipraktekkan, bukan


sekadar dilafaz. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/12/766304/rukun-negara-perlu-dipraktik-
bukan-sekadar-dilafaz

3. Azwaraini. (2015). RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI: RUKUN NEGARA


SEBAGAI IDEOLOGI. RUKUN NEGARA SEBAGAI IDEOLOGI.
http://azwaraini.blogspot.com/2015/08/matlamat-rukun-negara-mencapai.html?m=1

4. MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR. (n.d.). Kepentingan Mendaulatkan Institusi


beraja di Malaysia. Majlis Agama Islam Selangor. Retrieved May 20, 2022, from
https://www.mais.gov.my/kepentingan-mendaulatkan-institusi-beraja/

5. Facebook. (n.d.). Www.facebook.com. Retrieved May 23, 2022, from

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=5059009990801061&set=a.38122330524

6443&type=3

6. Ideologi, R. N. S. (2016, January 30). Rukun Negara Sebagai Ideologi:

PENGENALAN. Rukun Negara Sebagai Ideologi.

https://nilaimasyarakatdub1012.blogspot.com/2015/09/pengenalan_15.html

7. DR. ABDUL HALIM RAMLI menulis...: CABARAN PEMBENTUKAN AKHLAK. (2008,

July 15). DR. ABDUL HALIM RAMLI Menulis...

http://abdulhalimramli.blogspot.com/2008/07/cabaran-pembentukan-akhlak.html

21
7.0 LAMPIRAN

Rajah 1.0: Gambar yang dimuat naik oleh Fahmi Reza di Media Sosial

Rajah 1.1: Gambar yang dimuat naik oleh Fahmi Reza di Media Sosial

22

Anda mungkin juga menyukai