Anda di halaman 1dari 37

1

KURSUS

SKPD1013 PENGANTAR SAINS SOSIAL

SEMESTER II 2022/2023

TAJUK

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA KE-15, 2022 – BINCANGKAN ASPEK BERIKUT

PENSYARAH

DR JUNAIDI AWANG BESAR

NAMA

RENEESHA ARUL SEBASTIAN

NO. MATRIK

A196293

TARIKH HANTAR

16/7/2023
2

ISI KANDUNGAN

1.1 PENGENALAN

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.4 SKOP KAJIAN

1.5 METOD KAJIAN

1.6 DEFINISI KONSEP

1.7 KAJIAN LEPAS

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN

1.9 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

2.0 KESIMPULAN

2.1 RUJUKAN

2.2 LAMPIRAN
3

1.0 PENGENALAN
Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai corak pemerintahan berbentuk
demokrasi berparlimen, sangat memerlukan pilihan raya umum di mana rakyat adalah
penentu kepada pembentukan kerajaan. Pilihan raya mula diperkenalkan di Tanah Melayu
sejak sebelum merdeka di mana pilihan raya pertama Tanah Melayu telah diadakan pada
tahun 1955. Pilihan raya adalah sebagai satu kaedah yang berwibawa bagi memilih
pemimpin-pemimpin politik dan ketua negara di seluruh dunia. mengadakan pilihanraya
adalah untuk memilih orang atau orang-orang yang akan mewakili kepentingan pemilih-
pemilih dalam hal yang terletak di bawah bidang kuasa organisasi di mana orang atau
individu berkenaan dipilih untuk bertugas. Malaysia mempunyai surhanjaya yang dilantik
khas bagi mengendalikan urusan pilihan raya mengikut peruntukkan di bawah Perkara 113
Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Justeru, ia menjadi tujuan kajian ini untuk mengkaji
sains sosial sebagai satu perspektif bagi mengamat, memahami dan menghuraikan
fenomena sosial dan alam sosial manusia.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN


4

Pilihan raya umum Malaysia ke-15 merujuk kepada pemilihan umum yang diadakan di
Malaysia yang merupakan pemilihan ke-15 sejak negara kita merdeka pada tahun 1957.
Namun, sehingga September 2021, pilihan raya umum belum terjadi. Pemilihan umum di
Malaysia diadalan untuk memilih anggota Parlimen dan juga Dewan Undangan Negeri
(DUN) di setiap negeri. Dalam pemilihan umum, rakyat Malaysia yang memenuhi syarat
memilih wakil-wakil mereka yang akan mewakili mereka di parlimen dan dewan-dewan
undangan negeri. Pemilihan umum biasanya dilakukan secara teratur dalam jangka waktu
tertentu, meskipun tarikh pasti pemilihan dapat ditentukan oleh pemerintah atau badan
pemilihan yang bertanggungjawab. Senario politik dan isu semasa yang dihadap di
Malaysia adalah yang paling ketara sekali iaitu kecundangan ekonomi dan kewujudan
jurang sosial yang besar. Pertumbuhan ekonomi, penggangguran, dan kesenjangan sosial
tetap menjadi isu penting dan beberapa topik yang sering dibincang adalah ketidaksamaan
pendapatan, harga rumah yang tinggi, dan akses ke peluang ekonomi. Selain itu,
pemberantasan korupsi dan ketulusan pemerintahan terus menjadi isu yang penting di
Malaysia. Langkah-langkah untuk memerangi korupsi, penguatkuasaan undang-undang,
dan reformasi sistem pemenrintahan telah menjadi antara perdebatan semasa. Senario
politik pilihan raya di luar negara pula adalah pemilihan umum yang sering melibatkan
persaingan antara pelbagai parti politik yang berusaha untuk memenangi kerusi dan
memperoleh kuasa. Selain itu, isu-isu politik yang relevan yang pelbagai bergantung
kepada negara tertentu. Isu-isu seperti ekonomi, kesihatan awam, pendidikan, keamanan,
dan keadilan sosial sering kali menjadi fokus dalam pilihan umum. Senario politik di Perak
iaitu kawasan kajian adalah seperti megeri-negeri lain di Malaysia, Perak mempunyai parti-
parti politik yang beroperasi di wilayah tersebut. Antaranya, Parti Keadilan Rakyat (PKR),
Parti Tindakan Demokratik (DAP), dan Barisan Nasional (BN) yang berperanan signifikan
dalam politik Perak.
Demokrasi berparlimen agak berbeza berbanding dengan sistem demokrasi, seperti
demokrasi langsung, demokrasi perwakilan, demokrasi sistem presiden, dan demokrasi
liberal. Salah satu senario politik luar negara yang menggunakan sistem demokrasi
berparlimen seperti di Malaysia ialah negara Australia, iaitu Parlimen Australia. Namun,
cabang perundangan kerajaan Australia dibangunkan daripada tiga dasar, iaitu Mahkota
yang diwakili oleh Gabenor Jeneral, Senat dan Dewan Perwakilan. Pada 21hb Mei 2022,
pilihan raya di Australia telah dijalankan untuk memilih wakil-wakil untuk Senat. Perdana
Menteri baru, Anthony Albanese telah dipilih sebagai Perdana Menteri Australia yang ke-
31 pada masa itu. Sebanyak 151 kerusi Parlimen dipertandingkan, yang mana 76 diperlukan
5

sebagai majoriti untuk menubuhkan kerajaan (BH.Online, 2022). Pilihan raya umum
Australia pada tahun 2022 akan menentukan siapa menguasai Parlimen, Senat dan
kediaman rasmi Perdana Menteri. Di Malaysia, terdapat 13 parti politik bertanding di
pilihan raya umum ke-15, 2022. Pakatan Harapan telah memenangi sebanyak 82 kerusi,
diikuti oleh Perikatan Nasional, telah menang sebanyak 74 dan seterusnya ialah Barisan
Nasional telah memperolehi 30 kerusi. Gabungan Parti Sarawak dan Warisan pula
memenangi jumlah 23 dan tiga kerusi, manakala Gabungan Rakyat Sabah dan Parti Bangsa
Malaysia mendapat enam dan satu kerusi masing-masing. Akhirnya, Bebas memperolehi 2
kerusi dan KDM memenangi sebanyak satu kerusi.
Sebab berminat untuk mengkaji Pilihan Raya Umum adalah kerana di antara 2020 dan
2022, ketampakan penganjuran pilihan raya persekutuan awal kekal tinggi disebabkan oleh
kemelut politik kerajaan negara (Wikipedia, 2022). Ketidakstabilan politik terbit daripada
para ahli parlimen bertukar parti atau gabungan, dan digabungkan dengan pandemik
COVID-19, telah menyumang kepada peletakan jawatan dua perdana Menteri dan
kejatuhan setiap kerajaan gabungan masing-masing (Wikipedia, 2022).

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian untuk topik ini adalah untuk mengkaji senario Pilihan Raya Umum
Malaysia ke-15, 2022.

Objektif khusus:
I. Untuk mengenal pasti jenis-jenis dan isu-isu dalam Pilihan Raya Umum
Malaysia ke-15, 2022.
II. Untuk mengkaji faktor-faktor sokongan undi terhadap parti politik yang
bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15, 2022.
III. Untuk menganalisis pola pengundi dan impak Pilihan Raya Umum
Malaysia ke-15, 2022 terhadap politik dan sosioekonomi.

1.4 SKOP KAJIAN


Pengundi di DUN Jelapang dan Taman Rishah ialah skop kajian Pilihan Raya Umum
Malaysia ke-15, 2022. Jelapang merupakan sebuah bahagian pilihan raya negeri di
Perak, Malaysia yang mempunyai wakil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak
dengan kod N.31. Kawasan DUN ini memberi mandat kepada seorang ahli Dewan
6

Undangan Negeri di DUN Perak mengikut sistem undian terbanyak (Wikipedia, 2022).
Anggaran pengundi di Jelapang yang telah sah didaftar adalah seramai 24,729 orang
penduduk. Silibin dipilih sebagai skop tempat kajian untuk pilihan raya umum ke-15,
Malaysia. DUN Jelapang pula dipilih sebagai sasaran lokasi kerana lokasi ini
merupakan tempat mengundi pengkaji. Skop masa Ketika perubahan parlimen ialah
pada 19hb November 2022 pasca Pilihan Raya Umum ke-15, 2022, manakala skop
bahan kajian ialah pengundi, ahli politik, parti politik dan kerajaan. Skop-skop ini
bertujuan untuk mencapai objektif kajian dalam pilihan raya umum ke-15, 2022.
Justeru, skop kajian ini telah dapat dibahagikan kepada tiga perkara, iaitu skop bidang
kajian, skop masa, skop tempat, dan skop bahan kajian.

1.5 METOD KAJIAN


Metod yang digunakan untuk mengkaji Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15, 2022 ialah
kaedah secara primer. Contohnya, risalah dan rencana, buku kecil parti-parti politik di
Jelapang, Buntong, Menglembu dan Tronoh. Gambar- gambar berkaitan dengan pilihan
raya umum Malaysia ke-15, 2022 juga disertakan untuk kajian tajuk ini. Selain itu,
kaedah kajian secara sekunder juga digunakan untuk menjalankan topik kajian ini,
contohnya bahan artikel jurnal, e-akhbar, portal, web kerajaan dan akhbar. Kawasan
kajian Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15, 2022 ialah negara Malaysia. Malaysia
adalah sebuah negara monarki konstitusional federal yang terletak di Asia Tenggara.
Sejarah Malaysia bermula pada zaman kesultannan Melayu Melaka iaitu di sekitar
tahun 1400 Masihi. (“Sejarah Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka iaitu ...”). Yang di-Pertuan Agong ialah ketua negara Malaysia, yang digilirkan
setiap lima tahun di antara sembilan Sultan Negeri Melayu. Merujuk kepada rajah 1.5.1,
Malaysia yang memiliki luas wilayah sebesar 329.847 km2 ini terpisah menjadi dua
kawasan oleh Laut Tiongkok Selatan, iaitu Malaysia Barat yang berada di semenanjung
Malaysia benua Asia dan Malaysia Timur yang berada di Pulau Kalimantan. (Profil
Negara Malaysia, 2022). Ibu negara Malaysia ialah Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, di mana kerajaan melaksanakan tugas di perbadanan Putrajaya. Menurut
kepada statistik terkini 8 jumlah keseluruhan penduduk sehingga tahun 2022, penduduk
Malaysia dianggarkan seramai 32.7 juta penduduk berbanding 32.6 juta penduduk pada
tahun 2021. Negara Malaysia terletak di tengah Garis Khatulistiwa. Merujuk kepada
rajah 1.5.2, terdapat 24 kawasan parlimen, 59 kawasan Dewan Undangan Negeri
7

(DUN). Pada Pilihan Raya Umum ke-14, 2018, Kawasan Parlimen P.066 Batu Gajah
telah dimenangi oleh Sivakumar Varatharaju Naidu, dari Parti Pakatan Harapan (PH)
dengan jumlah undi sebanyak 60,999 manakala kawasan Dewan Undangan Negeri
(DUN), N.31 Jelapang, iaitu kawasan kajian, dimenangi oleh Cheah Poh Hian dari Parti
Pakatan Harapan (PH), sebanyak 16,940 jumlah undi.

Rajah 1.5.1 menunjukkan peta Malaysia. (Sumber:


https://www.malaysiavacationguide.com/malaysiamap.html )
8

Rajah 1.5.2

Rajah ini merujuk kepada peta pilihan raya Perak. (Sumber:


https://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya_negeri_Perak_2022 )

1.6 DEFINISI KONSEP

1.6.1 POLITIK

Politik pada dasarnya merupakan suatu fenomena yang sangat berkaitan dengan
manusia, yang pada kodratnya selalu hidup bermasyarakat. Ia juga merupakan ilmu
tentang cara pemerintahan, ilmu siyasah dan ilmu kenegaraan. Konsep politik ini lebih
berkenaan tentang pemerintahan sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain
(Nambo, A.B& Pulubuluwa, 2005).

1.6.2 GEOGRAFI POLITIK

Geografi politik ialah kajian tentang kedua-dua hasil tidak sekata dengan kawasan lain
melalui proses politik dan cara proses politik itu sendiri dipengaruhi oleh struktur ruang
kawasan tersebut (Wikipedia, 2022). Geografi politik memiliki minat khusus terkait
wilayah, negara, kekuasaan, dan batas, dalam berbagai skala di permukaan bumi.
(“Pengertian Geografi Politik, Ruang Lingkup, Fungsi, dan Contohnya”)

1.6.3 GEOPOLITIK

Selain itu, geopolitik juga boleh dikatakan analisis kebijaksanaan dan strategi nasional
yang didorong oleh letak geografi suatu negara. Ia memeriksa kepentingan politik dan
strategi geografi, dengan geografi ditakrifkan dari segi lokasi, keluasan dan sumber
kawasan-kawasan (Wikipedia, 2020).

1.6.4 PARTI POLITIK

Seterusnya, parti politik juga dibabitkan dalam kes kajian ini. Parti politik, ialah
Persatuan kepentingan awam yang mewakili dan menyampaikan permintaan
warganegara dan mempromosikan penyertaan mereka dalam kegiatan demokrasi (N.N,
2022).

1.6.5 PILIHAN RAYA


9

Pilihan raya ialah satu proses memilih wakil rakyat untuk memerintah negeri atau
persekutuan melalui cara sistem demokrasi berparlimen. Pilihan raya dijalankan pada
setiap lima tahun.

1.6.6 GEOGRAFI PILIHAN RAYA

Tambahan pula, geografi pilihan raya adalah kajian mengenai proses pilihan raya atau
perwakilan yang berdasarkan faktor geografi iaitu perwakilan yang berdasarkan
taburan pengundi serta kajian aspek ruangan organisasi manusia dan keputusan pilihan
raya (A.S.Ghazali, J.A.Besar, 2021).

1.6.7 TINGKAH LAKU

Tingkah laku politik ialah tingkah laku, pandangan dan perasaan mereka terhadap
politik. Teori tingkah laku politik sebagai aspek sains politik cuba mengukur dan
menjelaskan pengaruh yang mentakrifkan pandangan politik, ideologi dan tahap
penyertaan politik seseorang. Secara ringkasan, tingkah laku politik ialah subset
tingkah laku manusia yang melibatkan politik dan kuasa.

1.6.8 PARTISIPASI POLITIK

Menurut Ramlan Surbakti dalam buku Memahami Ilmu Politik (2005), partisipasi
politik diertikan sebagai peranan warga negara dalam kegiatan politik. Bentuk
partisipasi ini dapat mempengaruhi jalannya pemerintahan, sehingga secara langsung
atau tidak, memang berpengaruh bagi kehidupan masyarakat suatu negara
(Kompas.com, 2021).

1.6.9 PERSEPSI POLITIK

Persepsi politik ialah proses bagaimana seseorang individu memilih, mengintepresi dan
menganalisikan input informasi mengenai politik. Persepsi politik merupakan faktor-
faktor yang berperanan penting dalam memahami partisipasi politik, sepertimana yang
dijelaskan di petikan atas.

1.6.10 PENGETAHUAN POLITIK

Pengetahuan politik ialah hasil penginderaan manusia atau hasil tahu seseorang
terhadap gejala-gejala politik. Secara Etimologis istilah “Politik” berasal dari kata
dalam Bahasa Yunani Kunoykani “polis” yang ertinya adalah negara kota. Ilmu politik,
boleh dikatakan sebagai julat maklumat fakta tentang politik yang disimpan dalam
10

ingatan jangka panjang (D. Carpini, Keeter, 1996, p.10). Konsep pengetahuan politik
termasuk legitimasi, keadilan, kekuasaan politik dan sebagainya.

1.6.11 LITERASI POLITIK

Berdasarkan Hands (1992), literasi politik merupakan pengetahuan dan pemahaman


dan pengetahuan yang memunkinkan setiap warganegara dalam sesebuah negara
menjalankan peranannya sebagai seorang wargenegra (Nasrer, Othman, Joko, Ikhsan,
2018). Berdasarkan pendapat Bernard Crick (2000), literasi politik adalah permahaman
tentang konsep-konsep yang diambil dalam kehidupan seharian.

1.6.12 CALON

Calon pilihan raya merupakan wakil rakyat yang yang dipilih oleh parti politik untuk
bertanding untuk merangkul jawatan sebagai pemimpin negara. Ciri-ciri menjadi calon
pilihan raya ialah seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam
Persekutuan (Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan) semasa pencalonan. Kedua, calon
tersebut mestilah berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada hari penamaan calon
untuk bertanding dalam Pilihan Raya Dewan Rakyat manakala Pilihan Raya Dewan
Undangan Negeri, calon berumur tidak kurang daripada 21 atau 18 tahun berdasarkan
peruntukan-peruntukan Perlembagaan

1.6.13 PEMIMPIN

Tambahan pula, pemimpin ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi
tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai
matlamat kumpulan itu (“Definisi Kepimpinan”, n.d.). Antara ciri utama yang perlu ada
dalam seorang pemimpin ialah sifat adil dan saksama terhadap rakyat. Pemimpin yang
adil dan saksama bukan sahaja disanjungi oleh rakyat malahan juga dapat setia terhadap
ketua dan negara.

1.6.14 KERAJAAN

Kerajaan adalah sebuah organisasi yang mempunyai kuasa pentadbiran satu unit
politik. Ia juga bermaksud badan yang dalam sebuah organisasi yang mempunyai kuasa
untuk membuat dan tidak mempunyai menguatkuasakan undang-undang. Ia
merangkumi semua badan yang mengubal, metafsir dan melaksanakan dasar demi
pembangunan negara dan kebajikan rakyat.
11

1.6.15 DASAR AWAM

Dasar awam ialah hubungan di antara unit-unit kerajaan dengan persekitarannya


(Eyestome, 1971, p.18). Menurut Prof. Richard Rose (1969), dasar awam ialah kegiatan
yang berlannjutan sama ada sedikit atau banyak yang melibatkan keputusan yang
konkrit walaupun kesannya berbeza berbanding keputusan yang diambil. Dasar awam
dapat membantu kerajaan dalam merancang, menilai, dan melancarkan sesebuah
program secara sistematik dan berterusan.

1.6.16 SENTIMEN

Sentimen ialah perasaan yang berlebih-lebihan dan berikut suara hati terhadap sesuatu
benda atau isu. Dalam konsep sentimen politik, terdapat juga politik perkauman. Politik
perkauman ialah kegiatan ahli politik membangkitkan isu bangsa untuk meningkatkan
pengikut atau agendanya. Politik perkauman lazimnya berlaku di Malaysia sehingga ia
menjadi salah satu cabaran besar untuk memajukan negara.

1.6.17 PEMBANGUNAN

Menurut Todaro (1977), pembangunan melibatkan proses membangun semula sistem


ekonomi dan sosial. Hal ini menjelaskan bahawa pembangunan bukan sahaja
melibatkan penambahan dari pengeluaran, pendapatan negara, malahan juga
mengambil kira perubahan institusi sosial, struktur pentadbiran, pendapat umum, adat
resam dan kepercayaan (Rahimah Aziz, 1989:3

1.6.18 ETNIK

Etnik juga berkaitan dengan kajian ini. Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani
iaitu “ethnos” yang bermakna orang (Ahmad, 2012). Etnik boleh didefinisikan sebagai
hubungan antara kelompok. Ahli sosiologi merujuk etnik sebagai satu kelompok
manusia yang mempunyai ikatan kebudayaan yang banyak persamaan seperti
persamaan agama, ras, mahupun asal usulnya (Rahman, Ahmad, &Wahab, 2009: 10).

1.6.19 ETNIK GEOPOLITIK

Etnik geopolitik merupakan hubungan antara kelompok yang berkongsi sama budaya
dipengaruh kuasa politik dengan sesuatu tempat.

1.6.20 MEDIA
12

Istilah media dicipta pada tahun 1920-an. Ketika rangkaian radio serta jaringan
suratkhabar dan majalah mula boleh didapati dengan mudah di merata tempat
(Wikipedia, 2022). Merujuk kepada Kamus Bahasa Melayu, media merupakan alat
perantara komunikasi seperti radio, televisyen dan akhbar. Media adalah semua bentuk
perantaran yang digunakan orang penyebar idea, sehingga idea atau gagasan itu sampai
pada penerima (S. Hamijoyo). Reiser dan Gagne (1983) mendefinisikan media sebagai
sebarang cara fizikal yang membolehkan mesej pengajaran disampaikan. Guru,
pengajar, bahan bercetak, persembahan slaid bersuara dan seumpamanya yang boleh
menyampaikan mesej digolongkan sebagai media.

1.6.21 MEDIA SOSIAL

Media sosial merupakan salah satu media yang berkembang paling pesat. Sekitar 70%
dari pengguna internet diseluruh dunia, juga aktif dalam media sosial (Anwar, 2017,
p.137). (“Perubahan dan Permasalahan Media Sosial”) Media sosial seperti Facebook
dan Twitter, sampai saat ini masih sangat tinggi tingkat penggunanya (Anwar, 2017,
p.137). "Penggunaan media sosial seperti kandungan kolaborasi, rangkaian sosial dan
kandungan multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran semakin luas
digunakan memberi peluang baru bagi persekitaran pembelajaran sedia ada (Redecker
et al., 2010)." (“Syaki Intan Lis | PDF”) (“Syaki Intan Lis | PDF”) (“Syaki Intan Lis |
PDF”)

1.6.22 MASYARAKAT

Masyarakat adalah sekelompok manusia yang terjalin erat karena sistem tertentu,
tradisi tertentu, konvensi dan hukum tertentu yang sama, serta mengarah pada
kehidupan kolektif (Sulfan, 2018, p.273). Harus diingat, kehidupan kolektif tidak serta
merta bermakna sekelompok orang harus hidup berdampingan di satu daerah tertentu,
memanfaatkan iklim yang sama, dan mengkomsumsi makanan yang sama (Sulfan,
2018, p.273).

1.6.23 EKONOMI

Akhirnya, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 379), ekonomi bermaksud
ilmu berkenaan pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan
perkhidmatan; sistem pengendalian sumber kekayaan sesebuah negara, keadaan
kekayaan atau kebendaan, urusan mengenai hal perbelanjaan dan penggunaan barang-
13

barang dalam rumah tangga. (“Konsep Dan Takrifan Kegiatan Ekonomi Tugasan
Geogr | PDF”).

1.7 KAJIAN LEPAS

1.7.1 KAJIAN POLITIK DI LUAR NEGARA

Pilihan raya umum telah diadakan di Lubnan pada 15 Mei 2022. Negara ini selama
beberapa tahun menjadi subjek ketidakstabilan politik yang kronik serta krisis ekonomi
yang serius yang diburukkan lagi oleh letupan 2020 yang melanda Pelabuhan Beirut
dan menghadapi demonstrasi besar-besaran menentang kelas politik. Hizbullah dan
sekutu mereka kehilangan majoriti parlimen tetapi masih memenangi pilihan raya
speaker Parlimen. Pasukan Lubnan yang berpangkalan di Kristian Lubnan yang
diketuai oleh Samir Geagea memperoleh keuntungan dan calon bebas yang
menjanjikan pembaharuan memenangi 13 kerusi (Wikipedia, n.d.).

Pilihan raya umum telah diadakan di Nepal pada 20 November 2022 untuk memilih
275 ahli Dewan Rakyat. Terdapat dua undi dalam pilihan raya; satu untuk memilih 165
ahli daripada kawasan pilihan raya ahli tunggal melalui FPTP, dan satu lagi untuk
memilih baki 110 ahli daripada satu kawasan di seluruh negara melalui perwakilan
berkadar senarai parti. Pilihan raya itu diadakan bersama pilihan raya wilayah bagi
tujuh dewan wilayah. Selepas rundingan perkongsian kuasa antara Perikatan Kiri
Demokratik yang akan tamat pada 25 Disember 2022, pengerusi CPN (Pusat Maois)
Pushpa Kamal Dahal menjadi perdana menteri, lapan anggota kabinetnya terdiri
daripada Ahli Parlimen dari partinya, CPN (UML), Parti Rastriya Swatantra dan Parti
Janamat, dengan keyakinan dan bekalan RPP, JSP, DPN dan tiga wakil
bebas(Wikipedia, n.d.).

Pilihan raya perundangan telah diadakan di Macau pada 12 September 2021. Pilihan
raya perundangan ini akan mengembalikan 33 ahli Dewan Undangan Macau, dengan
14 dipilih secara langsung oleh semua pengundi, 12 dipilih secara tidak langsung oleh
kumpulan berkepentingan khas dan 7 dilantik oleh Ketua Eksekutif 15 hari selepas
pengumuman keputusan pilihan raya. Kadar keluar mengundi untuk pilihan raya
langsung Dewan Undangan Negeri 2021 berada pada 42 peratus selepas pengundian
14

ditutup, kadar terendah yang dilaporkan sejak penubuhan Wilayah Pentadbiran Khas
Macau pada 1999 (Wikipedia, n.d.).

Pilihan raya umum Filipina 2022 berlangsung pada 9 Mei 2022, untuk cabang eksekutif
dan perundangan kerajaan – kebangsaan, wilayah dan tempatan, kecuali pegawai
barangay. Di bahagian atas undi ialah pemilihan pengganti Presiden Filipina Rodrigo
Duterte dan Naib Presiden Leni Robredo. Terdapat juga pilihan raya untuk 12 kerusi
kepada Dewan Negara, kesemua 316 kerusi Dewan Rakyat, semua 81 gabenor dan naib
gabenor, dan 782 kerusi kepada lembaga wilayah di semua wilayah, semua 146 datuk
bandar dan naib datuk bandar, dan 1,650 kerusi kepada majlis bandaran di semua
bandar, semua 1,488 datuk bandar dan naib datuk bandar, dan 11,908 kerusi kepada
majlis perbandaran di semua majlis perbandaran. Pilihan raya pertama ke Parlimen
Bangsamoro dijadualkan diadakan pada tarikh yang sama, tetapi dijadualkan semula
pada 2025 (Wikipedia, n.d.).

Pilihan raya parlimen telah diadakan di Algeria pada 12 Jun 2021 untuk memilih
kesemua 407 ahli Dewan Rakyat. Pada mulanya dijangka pada 2022, pilihan raya
diadakan awal dalam konteks pindaan perlembagaan yang dipropagandakan melalui
referendum pada November 2020. Pilihan raya itu menyaksikan peratusan keluar
mengundi paling rendah daripada mereka yang dipegang untuk badan perundangan
dalam sejarah Algeria dengan kurang daripada 23% penduduk yang layak mengambil
bahagian. Sebanyak 136 kerusi dimenangi oleh calon di bawah umur 40 tahun, 35
dimenangi wanita, dan 274 dimenangi oleh mereka yang berpendidikan tinggi
(Wikipedia, n.d.).

Pada kemerdekaan pada tahun 1960, Nigeria mengamalkan sistem pemerintahan


parlimen; bagaimanapun, sejak 1979 Nigeria telah mengendalikan sistem pemerintahan
presiden dengan badan perundangan dwikameral. Dengan 15.4 juta undi mewakili 54%
daripada jumlah undi sah, Muhammadu Buhari daripada APC telah diisytiharkan
sebagai pemenang pilihan raya setelah memperoleh majoriti undi dalam 18 daripada
daripada 36 negeri. Lawan utamanya Goodluck Jonathan memperoleh 12.9 juta undi
(45%). Keputusan menunjukkan bahawa kepentingan nasionalistik yang bercanggah
yang telah membimbing keputusan politik sejak zaman penjajah masih wujud dalam
pilihan raya 2015. Dua calon teratas menerima sumbangan terbesar dari wilayah asal
mereka. Ini menunjukkan bahawa kredibiliti, keturunan dan keupayaan calon tidak
15

dipertimbangkan terutamanya oleh pengundi dalam proses membuat keputusan mereka


(Obinna, Anejionu, Precious-Ann N. Ahiarammunnah, Chinenyendo J, 2016).

Pilihan raya umum telah diadakan di Singapura pada hari Jumaat, 10 Julai 2020 untuk
memilih 93 ahli ke Parlimen Singapura merentasi 31 kawasan pilihan raya. Parlimen
telah dibubarkan dan pilihan raya umum dipanggil oleh Presiden Halimah Yacob pada
23 Jun, atas nasihat Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Ia memilih ahli parlimen ke
Parlimen Singapura ke-14 sejak kemerdekaan Singapura pada 1965, menggunakan
sistem pilihan raya pertama lepas. Pengundian adalah wajib bagi semua warga
Singapura yang berumur 21 tahun ke atas pada 1 Mac 2020.

1.7.2 KAJIAN POLITIK MALAYSIA

Pada Pilihan Raya Umum 1978, Barisan Nasional telah memenangi 131 kerusi
Parlimen daripada 154 jumlah kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Barisan Nasional
berjaya menguasai Kelantan pada pertama kali sejak 19 tahun pemerintahan PAS di
Kelantan. Dalam Pilihan Raya UMUM 1978, terdapat 387 calon yang bertanding,
manakala 50 calon adalah calon bebas dan 9 orang calon Barisan Nasional menang
tanpa bertanding (New Straits Times, 1990). Dalam kempen PRU ini UMNO telah
berkempen sengan mengkritik PAS, kerana telah salah menterjermahkan Al-Quran dan
memberi peringatan kepada masyarakat Melayu khususnya agar tidak mengikuti ajaran
yang salah yang dibawa oleh PAS (Mauzy, 1983).

Dalam PRU 1982, Barisan Nasional menang majoriti dengan menguasai 132 kerusi
daripada 157 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. BN mendapat 60.4 peratus undi
popular. Barisan Nasional berjaya meningkatkan bilangan kerusi Parlimen dengan
memenangi 9 kerusi iaitu 114 kerusi berbanding 103 dalam PRU 1978. Manakala PAS
berjaya memenangi 5 kerusi di Parlimen (New Straits Times, 1990). Bagi Dewan
Undangan Negeri, kerusi yang dipertandingkan adalah 312, manakala calon yang
bertanding adalah 741, di mana 75 merupakan calon bebas. "Barisan Nasional dan PAS
masing-masing menang 18 kerusi Dewan Undangan Negeri tanpa bertanding di
kawasan Semenanjung Malaysia (Mauzy, 1983). (“Ikhtisar analisis Pilihan Raya
Umum 1978 hingga 2013 di Malaysia”) (“Ikhtisar analisis Pilihan Raya Umum 1978
hingga 2013 di Malaysia”) (“Ikhtisar analisis Pilihan Raya Umum 1978 hingga 2013 di
Malaysia”)
16

Dalam Pilihan Raya Umum 1986, Barisan Nasional menang 148 kerusi, DAP menang
24 kerusi, calon Bebas menang 4 kerusi dan PAS hanya menang 1 kerusi di peringkat
Dewan Rakyat. Secara keseluruhan Barisan Nasional menang 83.4 peratus kerusi
Parlimen tidak termasuk kemenangan calon Bebas yang akhirnya menyertai Barisan
Nasional sebanyak 2.4 peratus (Hamil, Saifullah, Suhaimi, Rahman, Mustafa,
Kamaruddin, & Noor, M. N. M., 2014). Di peringkat Dewan Undangan Negeri, Barisan
kehilangan masing-masing 1 kerusi di Perlis, Johor dan Pahang, dan 2 kerusi di
Terengganu. Di Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, Barisan Nasional
berjaya meraih peratusan mengundi sebanyak 85 peratus ke atas (Hamil, Saifullah,
Suhaimi, Rahman, Mustafa, Kamaruddin, & Noor, M. N. M., 2014). Bagi peratusan
keluar mengundi secara keseluruhan pada PRU 1986 ialah 69.97 peratus (Hamil,
Saifullah, Suhaimi, Rahman, Mustafa, Kamaruddin, & Noor, M. N. M., 2014).

Pilihan Raya Umum 1990 merupakan kali pertama "UMNO Baru" bertanding dalam
pilihan raya. Pada tahun 1987, UMNO telah berpecah kepada dua kumpulan, iaitu
UMNO Baru dan Semangat 46. (“warna warni kehidupan: SEJARAH PILIHAN
RAYA DARI 1955- 2013”) (“warna warni kehidupan: SEJARAH PILIHAN RAYA
DARI 1955- 2013”) Semangat 46 kemudian bekerjasama dengan PAS untuk bersaing
dengan UMNO Baru dalam pilihan raya ini (Zakry Abadi, 1990). Barisan Nasional
mengekalkan majoritinya dalam Parlimen dan membentuk kerajaan. Dengan
kemenangan 127 kerusi daripada 180 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 70.6
peratus daripada jumlah kerusi, dan merupakan satu penurunan sebanyak 2.4 peratus
berbanding pilihan raya 1986. UMNO-BN hilang kuasa di Kelantan kepada PAS dan
Angkatan Perpaduan Ummah dan Sabah di tangan Parti Bersatu Sabah (PBS).
Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Umum 1990 ialah sebanyak 72.53
peratus.

Pilihan raya umum Malaysia pada 1995 ini merupakan pilihan raya pertama selepas
persempadanan semula bahagian Pilihan Raya pada 1994. (“Pilihan raya umum
Malaysia 1995 - Wikiwand”) (“Pilihan raya umum Malaysia 1995 - Wikiwand”)
(“Pilihan raya umum Malaysia 1995 - Wikiwand”) Dalam keputusan pilihan raya ini,
Barisan Nasional berjaya mengekalkan majoritinya dalam Parlimen dan membentuk
kerajaan. Dengan kemenangan 162 kerusi daripada 192 kerusi dalam Dewan Rakyat,
ini merupakan 84.4 peratus daripada jumlah kerusi dan merupakan satu kenaikan
sebanyak 19 peratus berbanding pilihan raya 1990(Hamil, Saifullah, Suhaimi, Rahman,
17

Mustafa, Kamaruddin, & Noor, M. N. M., 2014). Ini merupakan rekod undi popular
paling tinggi dalam Pilihan Raya Umum setakat ini yang masih dipegang oleh Mahathir
(Arabi & Mazni, 1995).

Pada 29 November 1999 Pilihan Raya Umum yang ke-10 telah diadakan dan Barisan
Nasional masih mengekalkan majoritinya di dalam Parlimen. Dalam pilihan raya ini
merupakan langkah pemula apabila sebuah lagi gabungan oposisi ditubuhkan untuk
mewujudkan sebuah sistem politik dwiparti bagi member saingan kepada penguasaan
berterusan Barisan Nasional yang telah memerintah sejak merdeka. Kerjasama ini
digelarkan sebagai Barisan Alternatif, yang terdiri dari Parti Islam SeMalaysia (PAS),
Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan (Hamil, Saifullah, Suhaimi,
Rahman, Mustafa, Kamaruddin, & Noor, M. N. M., 2014).

Pada 4 Mac 2004, parlimen dibubarkan sepertimana kuasa yang diperuntukkan untuk
mengadakan Pilihan Raya Umum pada 21 Mac 2004. Pilihan raya kali ini telah
diadakan sembilan bulan lebih awal bagi memberi delegasi yang baru kepada
kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima.
Barisan Nasional (BN) telah memenangi sebanyak 198 kerusi Parlimen dan 20 kerusi
dimenangi oleh gabungan parti oposisi, dengan satu oleh calon bebas. Dalam hal ini
rakyat ingin melihat perubahan yang akan dibawa oleh pemimpin baru sebab itu mereka
memberi undi kepada BN.

Pada malam 9 Mac 2008 telah melakarkan suatu sejarah apabila keputusan pilihan raya
mula diumumkan. Pilihan raya pada 2008 agak menarik disebabkan kedua-dua pihak
yang bertanding iaitu Barisan Nasional dan pembangkang tidak menjangkakan
keputusan tersebut. Barisan Nasional telah kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen iaitu
hanya memenangi 140 kerusi, manakala pakatan pembangkang telah memenangi 82
kerusi di Parlimen. Untuk mendapatkan majoriti 2/3 di dalam Parlimen, sesebuah parti
itu seharusnya memenangi 148 kerusi daripada 222 kerusi yang dipertandingkan. BN
juga telah kehilangan kuasa di lima buah negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah,
Selangor dan Kelantan yang telah sekian lama dikuasai oleh parti PAS. Kemenangan
BN merupakan suatu perkara biasa, namun 8 kemenangan bagi Pakatan Rakyat dalam
Pilihan Raya Kecil ini adalah suatu kejayaan yang cemerlang. Kebanyakan penganalisis
politik menggunakan istilah ‘Tsunami politik’ untuk menggambarkan gelombang
18

penolakan terhadap BN. Kali ini BN bukan sahaja kalah di kawasan yang dianggap
selamat malahan ramai pemimpin parti komponennya yang tewas.

Jadual 1.7.2.1

Jadual ini merujuk kepada tarikh-tarikh PRU yang telah diadakan di Malaysia.

Sumber: Astro Awani

1.7.3 KAJIAN LEPAS POLITIK PILIHAN RAYA NEGERI (PERAK)

Kawasan kajian politik bagi pengkaji tugasan ini ialah negeri Perak. Perak ialah sebuah
negeri Malaysia di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu. Perak mempunyai
sempadan darat dengan negeri-negeri seperti Kedah di bahagian utara, Pulau Pinang di
barat laut, Kelantan dan Pahang di timur, dan Selangor di selatan. Ibu kota Perak ialah
Ipoh, tempat yang terkenal secara sejarah dengan aktiviti perlombongan bijih timah
sehingga harga logam itu turun, menjejaskan ekonomi negeri dengan teruk. Ibu kota
diraja kekal Kuala Kangsar, di mana terletaknya istana Sultan Perak. (“Tempat Menarik
Di Taiping: Jom Lawat Perak! | Ceriasihat”) Perak mempunyai pelbagai hutan hujan
tropika dan iklim khatulistiwa. Banjaran gunung di negeri ini tergolong dalam Banjaran
Titiwangsa, yang merupakan sebahagian daripada Banjaran Tenasserim yang lebih
besar yang menghubungkan Thailand, Myanmar dan Malaysia. Perak mempunyai 24
kawasan Parlimen dan 59 kawasan DUN.

Berdasarkan kepada analisis data keputusan PRU 2013, iaitu Barisan Nasional (BN)
dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kawasan Parlimen Bagan Serai, 60 peratus
19

pengundi di kawasan Parlimen Bagan Serai ini adalah etnik Melayu. Namun begitu,
pengundi Cina dan pengundi India bermain peranan untuk menentukan kemenangan
parti politik yang bertanding dalam setiap Pilihan Raya Umum.

Merujuk kepada analisis Parlimen Pasir Salak P073, dari segi geografi pilihan raya,
kawasan kajian Parlimen Pasir Salak pada tahun 2013, Perak merupakan kawasan
majoriti etnik Melayu dan kini dikuasai oleh Barisan Nasional (BN). Barisan Nasional
(BN) mempunyai peluang yang besar untuk menang dalam pilihan raya. Responden di
kawasan Parlimen Pasir Salak merupakan majoriti pengundi Barisan Nasional (BN).

Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009 merupakan pilihan raya kecil yang
diadakan pada 7 April 2009 kerana kematian penyandangnya, Roslan Shaharum,
daripada PAS , Noor Aziah Hj. Mohd Awal & Khaidzir Hj. Ismail. (J.A.Besar, Mohd.F.
M.Jali, A.H.Sidek, & Y.Ibrahim, 2010). Pilihan raya kecil tersebut diadakan dalam
suasana krisis kepimpinan politik yang ‘tegang’ – krisis Menteri Besar, krisis
Perlembagaan, krisis antara parti politik dan bermulanya Dato’ Sri Mohd. Najib Tun
Haji Abdul Razak mengambil alih kepimpinan negara. Dapatlah disimpulkan bahawa
pola pemikiran politik antara kaum berbeza terhadap kerajaan atau parti politik yang
bertanding. Ketiga-tiga kaum lebih cenderung memilih BN, walaupun 23entali
menyokong PAS oleh kaum Cina dan India adalah meningkat.

Amer Hamzah (2011) dalam bab dalam buku yang bertajuk “The Real Question on
Perak” menjelaskan bahawa krisis politik Perak menimbulkan persoalan dari segi kuasa
Menteri Besar dan Sultan dari segi pembubaran DUN atau pembentukan kerajaan
baharu berlandaskan kedaulatan undang-undang yang sebenar. “Kuek (2012) dalam
kajian PRK Parlimen Bukit Gantang, Perak mendapati sokongan padu pengundi Cina
di samping kekecewaan pengundi terhadap peristiwa rampasan kuasa kerajaan negeri
Perak oleh BN menjadi faktor utama kemenangan PAS dalam PRK tersebut.”
(“Geografi Politik dan Pilihan Raya Di Kawasan Parlimen (P073) Pasir ...”).

Amir Hasan (2013) dalam kajian pola pengundian di Perak dalam pra PRU-13
menjelaskan bahawa adalah sukar untuk membuat ramalan parti yang bakal menang
besar pada PRU-13 di Perak. Namun kemenangan parti politik yang bertanding sangat
bergantung kepada faktor yang mempengaruhi corak pengundian iaitu faktor politik
dalaman Perak dan juga politik kebangsaan.
20

Amer Saifude (2013) dalam kajian pola pengundian PRK Parlimen Bukit Gantang
menjelaskan bahawa kemenangan PAS dalam PRK tersebut disebabkan peristiwa
semasa sosiopolitik Perak iaitu disebabkan peralihan kuasa daripada Kerajaan PR
kepada Kerajaan BN-UMNO tanpa mendapat 24entali rakyat yang telah
mengecewakan sebilangan kelompok pengundi dan disifatkan sebagai 24entali
kerakusan BN-UMNO.

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN PILIHAN RAYA UMUM KE-15

Kajian pilihan raya umum ke-15 di Malaysia penting dari segi perkembangan ilmu.
"Menurut Kamus Dewan Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2010), ilmu
didefinisikan sebagai: pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-
lain." (“NOTA Epistemologi edited - EPISTEMOLOGI: PERBANDINGAN DI ... -
StuDocu”) Menurut Imam al-Ghazali, ilmu ini terbahagi kepada dua jenis iaitu ilmu
falak dan ilmu untuk membuka rahsia sesuatu dengan petunjuk bintang. Ilmu falak
adalah ilmu yang tidak tercela sedangkan ilmu membuka rahsia sesuatu dengan
petunjuk bintang adalah tercela di sisi syarak. Kita boleh mengetahui isu-isu politik dan
impaknya kepada rakyat dan negara kita untuk memperkembangkan ilmu kita.

Kajian pilihan raya juga dapat menambahkan data kajian politik pilihan raya.
Sepertimana pengkaji topik ini mampu menjalankan kajian lepas mengenai pilihan raya
yang telah dijalankan di Malaysia pada tahun-tahun lepas. Data-data ini boleh dijadikan
sebagai rujukan kepada pengkaji lain untuk membuat kajian baru.

Selain itu, pentingnya kajian pilihan raya umum kerana ia boleh menjadi panduan
kepada pihak-pihak politik. Mereka boleh menjadikan bahan kajian sebagai cara untuk
mempermudahkan pengendalian kerajaan supaya negara boleh mengekalkan kestabilan
politik negara.

1.9 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Desas-desus pembubaran ini dilakukan selepas krisis politik Malaysia membabit


perebutan jawatan Perdana Menteri yang telah berlangsung selama ini telah mencapai
tahap klimaknya (MYPT3, 2022). Merujuk kepada berita Astro Awani (2022), desas-
desus itu dikuatkan lagi dengan tindakan beberapa pegawai lantikan politik di
kementerian yang bertindak mengosongkan bilik masing-masing bermula Rabu. Salah
seorang pegawai terlibat turut berkongsi di media sosial dengan mengatakan sudah siap
21

berkemas mengosongkan pejabat dan telah mengucapakan terima kasih disebabkan


diberi peluang untuk berkhidmat dalam kerajaan. Akan tetapi, didapati tahu bahwa
pegawai berkenaan menjelaskan bahawa tiada arahan dikeluarkan untuk
mengosongkan pejabat di Putrajaya selepas beberapa jam, dilihat dari sini, ini
merupakan persediaan awal menghadapi kemungkinan parlimen dibubarkan dalam
masa terdekat. Sebelum ini, semasa bercakap kepada media, Perdana Menteri, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada
Khamis, iaitu sehari sebelum pembentangan Bajet 2023 pada Jumaat. "Selain Bajet
2023, perincian mengenai sesi menghadap iaitu sama ada ia turut melibatkan
pembubaran parlimen, masih menjadi tanda tanya." (“TERKINI: Pegawai Menteri
sudah mula kosongkan pejabat”)

Berdasakan media sosial Majoriti (2020), giliran Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Haji
Muhammad Sanusi Md Nor pula memberi gambaran sama tentang pembubaran
Parlimen dalam masa terdekat. Beliau tulis di laman Facebook: “Dok rasa macam depa
nak umum petang ini (Isnin). "Sebelum ini, Sanusi berkata, kerajaan Kedah kekal
dengan pendirian untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada
tahun ini, sekiranya kerajaan Persekutuan membubarkan Parlimen bagi mengadakan
PRU15 dalam masa terdekat." (“'Hint' makin jelas, Parlimen bubar hari ini? - Berita |
Majoriti”) Beliau menyembah maklum perkara itu kepada Sultan Kedah Al Aminul
Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah. "Di Malaysia, pembubaran Parlimen
hanya melibatkan Dewan Rakyat dan tidak bagi Dewan Negara." (“Erti Pembubaran
parlimen - Journal Malaysia”) Dewan Rakyat ini dibubarkan setelah mendapat
perkenan oleh Yang Di-Pertuan Agong atas nasihati Perdana Menteri (Wikipedia,
2023). Tempoh maksimum bagi sebuah penggal Dewan Rakyat Malaysia ialah 5 tahun.
Ini membawa maksud bahawa genap 5 tahun tarikh pertama persidangan diadakan
selepas pilihanraya umum yang lepas, parlimen akan terbubar dengan sendirinya.
Mengikut Perlembagaan, pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari
dari tarikh pembubaran parlimen tersebut (Wikipedia, 2023).

Pembubaran parlimen Malaysia diadakan pada 10hb Oktober 2022. Datuk Seri Ismail
Sabri Yaakob mengumumkan secara siaran langsung menerusi siaran televisyen dan
media dalam talian di seluruh negara pada jam 3 petang bahawa parlimen dibubarkan
berkuat kuasa pada hari 10hb Oktober 2022 selepas diperkenan Yang di-Pertuan
22

Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi


penjelasan.

Gambar rajah 1.9.1

Gambar ini menunjukkan tarikh-tarikh penting pada PRU ke-15.

Sumber: Awani

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari


pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Sementara itu, Pilihan Raya
Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N66 Bugaya, Sabah akan turut diadakan
serentak dengan PRU15 bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan. Tarikh Keluar
Writ pada 20 Oktober, manakala Hari Penamaan Calon telah diadakan pada 5
November, dan hari mengundi awal pada 15 November.

Pengisytiharan calon Parlimen telah diadakan pada proses penamaan calon Pilihan
Raya Umum Ke-15 (PRU15) berlangsung pada hari 5hb November 2022 bermula 9
hingga 10 pagi di 222 pusat penamaan calon di seluruh negara. Ia membabitkan 222
kerusi Parlimen dan 116 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri-negeri yang
dibubarkan.

Berikut merupakan rumusan daripada hari penamaan calon dari sumber Ecentral
(2022). "Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan 945 calon bertanding, 108
daripadanya calon Bebas." (“Senarai Calon Parlimen PRU 15 & Tumpuan 'Kerusi
Panas'”) Selain itu, tiada calon menang tanpa bertanding manakala enam borang
pencalonan ditolak. Sebanyak 27 parti bertanding mewakili lima gabungan, termasuk
yang turut bertanding ialah PSM, PBM dan WARISAN. Parti baru diberi keyakinan
23

gabungan masing-masing pada Pilihan Raya Umum ke-15. Saingan tiga penjuru akan
dihadapi oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam
mengekalkan kerusi Bera yang disandangya sejak 2004. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid
Hamidi, Pengerusi Barisan Nasional dan juga Presiden UMNO, bertanding bagi
mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk (Ecentral, 2022).

Calon-calon yang telah bertanding untuk jawatan Perdana Menteri pada pilihan raya
umum ke-15 ialah bekas perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Presiden
BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Bin
Dato Ibrahim dan Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad.

Rajah 1.9.2

Gambar menunjukkan suasana hari penamaan calon

Sumber: (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1021490/senarai-calon-dun-
pru15 , 2022)

Gambar rajah 1.9.2

Gambar di atas menunjukan gambar Dato Sri Anwar Ibrahim.


24

Sumber: (https://guruhomedoc.blogspot.com/2021/01/anwar-ibrahim-biodata.html ,
2022)

Datuk Seri Anwar Bin Dato Ibrahim sebelum ini merupakan ahli politik Malaysia yang
menjadi ketua pembangkang ke-12 dan ke-16, Pengerusi Pakatan Harapan. Semasa
kecil, beliau bersekolah rendah di Bukit Mertajam Boys School, Bukit Mertajam, Pulau
Pinang (Wikipedia, 2023). Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan
menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966
(Wikipedia, 2023). Selepas itu pada 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di
Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera). (“Biodata Dato' Sri Anuar
Ibrahim”) Beliau pernah menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan pada tahun
1983 hingga 1985, diikuti Menteri Pertanian pada tahun 1985-1986. Dato Seri Anwar
Ibrahim juga pernah menjadi Menteri Pendidikan pada 1986-1990, di mana Anwar
memperkenalkan dasar pro-Melayu dalam kurikulum sekolah kebangsaan. Pada tahun
1991, Anwar telah dilantik sebagai Menteri Kewangan. Pada tahun 1993, beliau
menjadi Timbalan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad. Pada awal 1997,
Mahatir melantik Anwar sebagai Pemangku Perdana Menteri semasa beliau bercuti
selama dua bulan.

Gambar rajah 1.9.3

Gambar ini merujuk kepada muka Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Sumber: RojakDaily, 2020

Tun Dr. Mahathir bin Haji Mohamad telah dilahirkan pada 20 Disember 1925 di Lorong
Kilang Ais Seberang Perak, Alor Setar Kedah. Bapanya bernama Mohamad bin
Iskandar dan Ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi (UMNO ONLINE, n.d.). "Tun
Mahathir merupakan anak bongsu daripada sembilan adik beradik terdiri daripada
25

empat orang perempuan dan lima lelaki." (“Salasilah Tun Dr Mahathir - Silsilah
Salasilah”)

Tun Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat dan yang paling
lama berkhidmat bermula dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003. Beliau turut
dinobatkan sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia" kerana berjaya membangunkan
Malaysia menjadi sebuah negara industry yang baru. Tun Dr. Mahathir telah menjadi
pemimpin ketiga yang paling lama di Asia Tenggara dengan berkhidmat selama 22
tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas Perdana Menteri Pertama Singapura
Lee Kuan Yew dan Presiden Suharto dari Indonesia. Pada 8 Januari 2018, Mahathir
diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan untuk Perdana Menteri untuk pilihan raya
umum ke-14, dalam rancangan untuk mengampuni Anwar Ibrahim dan menyerahkan
peranan kepadanya jika Berjaya (Wikipedia, 2022). Sehingga peletakan jawatannya
pada 2020, beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang tertua di dunia
(Wikipedia, 2022).

Gambar rajah 1.9.4

Gamabar ini menunjukan Perdana Menteri ke-8 di Malaysia, Tan Sri Muhyiddin
Yassin.

Sumber: OhBulan, 2020

Tan Sri Muhyiddin bin Muhammad Yassin ialah ahli politik Malaysia yang berkhidmat
sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 dari Mac 2020 hingga Ogos 2021. Muhyiddin
26

dilantik sebagai perdana menteri di tengah-tengah krisis politik, dan selepas 17 bulan
memegang jawatan, beliau kehilangan sokongan parlimen dan meletak jawatan. Beliau
menjadi perdana menteri kedua paling singkat dalam sejarah Malaysia, selepas Ismail
Sabri Yaakob. Beliau adalah bekas perdana menteri pertama yang tidak diberi gelaran
tun selepas peletakan jawatannya.

Muhyiddin dibesarkan di Johor dan selepas menamatkan pengajian di Universiti


Malaya (UM), beliau menjadi penjawat awam dalam kerajaan. Beliau pernah
memegang jawatan pengurusan di pelbagai syarikat milik kerajaan. Pada tahun 1978
beliau dipilih sebagai Ahli Parlimen Pago. Semasa memegang jawatan ini, beliau telah
dilantik sebagai Setiausaha Parlimen kepada Menteri Luar Negeri, Timbalan Menteri
Wilayah Kesatuan dan kemudiannya Timbalan Menteri Perdagangan dan
Perindustrian. Dari 1986 hingga 1995 beliau berkhidmat sebagai Setiausaha Negara
Menteri Besar sebagai Ketua UMNO. Pada tahun 1995 beliau kembali ke politik
persekutuan. Beliau dilantik menganggotai Kabinet sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Selepas pilihan raya umum 1999, beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan pada tahun 2000 menjadi Naib Presiden UMNO.
Semasa Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan, Muhyiddin berkhidmat sebagai
Menteri Pertanian dan Industri Berkaitan Tani dari 2004 sehingga beliau berkhidmat
sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dari 2008 hingga 2009.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, COVID-19 merebak ke seluruh negara. Sebagai


tindak balas, pada 16 Mac 2020, Muhyiddin melaksanakan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) untuk mencegah penyakit itu daripada menjangkiti lebih ramai
rakyat Malaysia. PKP yang dimulakannya di seluruh negara pada 18 Mac, dan dengan
syarat dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020. Sebagai tindak balas kepada kesan ekonomi
COVID-19, beliau memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi RM250 bilion pada 27
Mac untuk meredakan ketegangan ekonomi semasa PKP.

Pada 1 Mei, Muhyiddin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat


(PKPB) tepat pada masanya sempena Hari Pekerja. Sektor ekonomi tertentu dibenarkan
beroperasi secara berperingkat selagi SOP dipatuhi. Sekatan perjalanan telah ditarik
balik sebahagiannya untuk membolehkan pelajar yang terkandas tinggal di kampus dan
mereka yang terkandas di negeri lain pulang ke rumah masing-masing. Sukan, rekreasi
dan perhimpunan besar kekal dilarang di bawah PKPB.
27

Calon-calon Parlimen tempat pengkaji, P.066 Batu Gajah yang bertanding ialah, V.
Sivakumar wakil parti Pakatan Harapan (PH), Woo Cheong Yuen selaku wakil
Perikatan Nasional (PN), Teoh Chin Chong wakil Barisan Nasional (BN). (MyMetro,
2022).

Rajah 1.9.6
Ganbar menunjukkan V. Sivakumar yang bertanding di bawah Parlimen Batu Gajah
Sumber: Awani, 2022

Sivakumar A/L Varatharaju, lahir 7 Disember 1970 merupakan ahli politik Malaysia dari Parti
Tindakan Demokratik (DAP). Kini, beliau merupakan Ahli Parlimen bagi kerusi Batu
Gajah sejak 2013, dan bekas ADUN kawasan Tronoh, Negeri Perak, Malaysia. Beliau menjadi
orang India pertama menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan juga di Malaysia
selepas menggantikan Junus Wahid (2000-2008). Beliau kini merupakan Menteri Sumber
Manusia negara, serta menteri tunggal berbangsa India dalam jemaah menteri terkini negara.

Sivakumar dilahirkan pada 1971 sebagai anak kepada ayahnya M. Varatharaju dan ibunya S.
Karunakari. Sivakumar merupakan lulusan Falsafah Perundangan dan Sarjana Pentadbiran
Perniagaan.

Sivakumar menyertai politik pada 1997 sebagai setiausaha politik ahli parlimen Ipoh Barat, M.
Kulasegaran . Pada 2008 beliau menang bertanding di DUN Tronoh, Perak mengalahkan Lee
Kim Choy dengan majoriti 2,571.

Dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang dibentuk pada 17 Mac 2008, beliau telah dilantik sebagai
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Jawatan Speaker lebih tinggi statusnya daripada
pengerusi majlis. Pada 25 Ogos 2008 beliau diundi secara rahsia menjadi Speaker DUN Perak
28

dengan 31 undi mengalahkan Junus Wahid 28 undi.Hee Yit Foong wakil wanita DAP dilantik
sebagai Timbalan Speaker DUN Perak.

Beliau dan lain-lain Adun Pakatan Rakyat dihalang masuk ke Bangunan Perak Darul
Ridzuan pada 3 Mac 2009 kerana ia dijadualkan tanpa mendapat perkenan Sultan
Perak sebagaimana diperuntukkan menurut perlembangaan Negeri Perak. Bagaimanapun,
walaupun tanpa mendapat perkenan Sultan Perak, persidangan itu diteruskan di
bawah pokok dan 3 usul telah diluluskan. Persidangan tersebut kemudiannya diisytihar sebagai
tidak sah oleh mahkamah.

Dalam Persidangan DUN Perak Mei 2009, Dr Zambry Abdul Kadir telah memecat beliau dari
jawatan Speaker. R. Ganesan dari MIC dilantik sebagai Speaker yang baru. Sivakumar dibawa
keluar dari bangunan itu oleh pihak keselamatan agar perasmian persidangan oleh Raja Nazrin
Shah dapat berjalan lancar.

Rajah 1.9.7
Gambar menunjukkan Cheah Poh Hian calon N.31 Dun Jelapang
Sumber: Pru Sinar Harian, 2022
Cheah Pau Hian adalah ahli politik yang bertanding di Dun Jelapang demgan mewakili
parti DAP. Beliau mempunyai Diploma Kejuruteraan Elektronik di Kolej Universiti
Linton dan pengajian Kejuruteraan Elektrik di City and Guilds of London Institute.

Setiap parti yang bertanding dalam pilihan raya telah menjalankan kegiatan manifesto
di tempat masing-masing.

Antara janjian yang dibuat dalam manifesto Barisan Nasional dari sektor taraf hidup
rakyat adalah penyelesaian nasional yang komprehensif bagi menjawab pelbagai isu
paling mendesak seperti kos kehidupan dan sara hidup yang tinggi. Bagi mereka yang
29

mempunyai pendapatan dalam kelompok M40 dan termasuk dalam kumpulan


pembayar cukai antara RM50 ribu hingga RM100 ribu pula, kita akan memberi 2%
potongan cukai pendapatan. Ini sudah pasti akan membolehkan kuasa beli golongan
M40 meningkat dan mengurangkan beban kewangan mereka. Kestabilan politik dengan
membentuk sebuah kerajaan yang kuat agar menjadi sejahtera dan makmur.

Dari segi Ekonomi dan Pembinaan, pihak Barisan Nasional berkata akan
Menghapuskan semua permit import atau AP untuk semua jenis kereta elektrik bagi
memastikan akses yang lebih luas kepada kereta mesra alam. Perlembagaan
Persekutuan juga akan dipindakan berkenaan hak kewarganegaraan anak yang
dilahirkan di luar negar oleh Wanita Malaysia yang berkahwin dengan warganegara
asing. Penggubalan Akta Penjagaan Warga Emas. Mereka juga berancang untuk
memperkenalkan Sistem Persekolahan Tanpa buku Teks dan memberi komputer riba

Pada Hari Pilihan Raya, pengkaji telah bertolak dari rumah pada pukul 10 pagi untuk
pergi ke Pusat Undi, iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan yang terletak
berdekatan dengan rumah pengkaji. Pusat Undi biasanya sekolah atau pusat komuniti
yang diperolehi untuk hari tersebut. Semua aktiviti sekolah dibatalkan pada hari ini.
Untuk memaksimumkan peratusan keluar mengundi, cuti diisytiharkan walaupun di
negeri di mana Hari Pilihan Raya tidak jatuh pada hujung minggu.

Rajah 1.9.17
Gambar rajah ini menunjukkan walkabout di Pasar Malam Taman Bersatu, Simpang Pulai.
Petang ini Team Pakatan Harapan Gopeng berkesempatan hadir ke Pasar Malam Taman
Bersatu, Simpang Pulai.
Sumber: Facebook, 2022
30

Gambar Rajah 1.9.18


Gambar rajah ini merujuk kepada walkabout V. Sivakumar bersama Dewan komuniti b
Buntong (Berhampiran Tempat Tinggal Pengkaji)
Sumber: BH TV, 2022

Gambar rajah 1.9.20


Gambar ini menunjukkan tempat mengundi pengkaji untuk DUN dan Parlimen.
Sumber: Pengkaji
31

Gambar rajah 1.9.21


Gambar ini merujuk poster Pakatan Harapan Parlimen.
Sumber: Pengkaji

Dari segi jenis pengundi, kira-kira 70% pengundi atas pagar menyokong PN dan 25%
menyokong PH. Hanya 5% pengundi menyokong BN. Bantahan pengundi atas pagar terhadap
BN dipersalahkan kerana PRU yang diadakan semasa musim tengkujuh, pemulihan kehidupan
selepas wabak COVID-19, ekonomi tidak menentu, senario politik huru-hara. Selain itu,
pemimpin UMNO dilihat terlalu terikat dengan kuasa politik.

Parlimen tergantung ini tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara. Melalui pilihan raya
ke-15, Malaysia dapat membina sebuah pentadbiran yang sistematik. Hal ini demikian, rakyat
diberi mandate memilih pemimpin yang berwibawa untuk membangunkan negara. Selain itu,
kestabilan politik juga dapat dicapai melalui pilihan raya ke-15. Politik yang stabil bukan
sahaja dapat mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara, malahan juga mencapai urusan
pentadbiran negara yang lebih cekap dan telus.

Pada hemat peribadi saya, terdapat beberapa cadangan agar politik pilihan raya dapat
berlangsung dengan baik. Pertamanya, pilihan raya boleh diadakan pada cuti sekolah untuk
memudahkan rakyat turun ke pusat pengundian untuk mengundi. Selain itu, pihak kerajaan
juga boleh membantu rakyat yang bekerja atau bermastautin berjauhan dengan kawasan asal
mereka untuk pulang ke tempat asal mereka untuk mengundi dengan menaja pembelanjaan
pengangkutan mereka. Majikan swasta juga boleh memanjangkan cuti sempena pilihan raya
supaya pekerja boleh balik ke pusat undi mereka dan melaksanakan tugasan mereka sebagai
rakyat Malaysia dengan tenang. Seterusnya, had umur mengundi patut dimansuhkan serta
32

mengembalikan kepada had umur 21 tahun kerana pada usia ini, pengundi lebih matang dan
peka terhadap situasi semasa, justeru mereka tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
Cadangan lain ialah pihak kerajaan juga boleh menambah baik etika kempen parti dan Undang-
undang Tubuh Negeri (BH, 2022). Seterunya, pendidikan pilihan raya perlu diperkenalkan
dengan menubuhkan Institut Pendidikan Demokrasi, Sivik dan Pengundi kebangsaan (BH,
2022).

2.0 KESIMPULAN

Pilihan raya adalah satu kegiatan demokrasi yang amat diutamakan. Dalam konteks PRU-15,
rakyat telah membuat keputusan mereka. Kelihatan undian mereka juga dipengaruhi oleh
kenaikan harga, isu peluang pekerjaan yang semakin nipis, dan pentadbiran kerajaan semasa
Pandemik Covid-19 yang berpunca kepada ketidakstabilan politik, Berharap kerajaan yang
dipilih oleh rakyat dapat mengemudi negara dengan lebih sistematik dan baik.
33

2.1 RUJUKAN
1. Adnan, M. H., & Jamal, M. (2014). Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-13: Faktor-Faktor
Penentuan Kemenangan Di Sabah. Jurnal Komunikasi Borneo (JKoB), 1.
2. AHMAD, N., & WAHAB, S. R. A. KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK.
3. Ahmad, Fatimah & Salman, Ali. 2015. Partisipasi Politik Belia Secara ‘Online’ Melalui
Ruang Demokrasi Maklumat Media Baru (YOUTH ONLINE POLITICAL
PARTICIPATION THROUGH NEW MEDIA INFORMATION DEMOCRACY SPACE).
Jurnal Komunikasi, Malaysian Journal of Communication. 31. 81-100. 10.17576/JKMJC-
2015-3101-05.
4. Alvarez, R.M, Boehmke, F.J. & Nagler, J. 2005. Strategic voting in British elections.
Electoral Studies 25 (1): 1-19.
5. Amer Saifude Ghazali. (2013). Analisis dan pola pengundian. Dlm. Mohammad Redzuan
Othman & Amer Saifude Ghazali. Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang 2009. Kuala
Lumpur: Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
6. Amir Hasan Dawi. 2013. Pola pengundian di Perak dalam PRU-13. Dlm. Shamsul Amri
Baharuddin & Mansor Mohd Noor (Editor). PRU-13: Siapa Pilihan Pengundi?. Bangi:
Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia.
7. Anwar, F. 2017. Perubahan dan permasalahan media sosial. Jurnal Muara Ilmu Sosial,
Humaniora, dan Seni, 1(1), 137-144.
8. ADNAN, A.F. and ADNAN, A.F. (2022). Calon profesional PRU15. [online] Utusan
Malaysia. Available at: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/11/calon-profesional-
pru15/ [Accessed 30 Jan. 2023].
9. Anejionu, O.C.D., Ahiarammunnah, P.-A.N. and Nri-ezedi, C.J. (2016). The 2015
presidential election in Nigeria: Gaining insights with spatial analysis. Electoral Studies, 44,
pp.455–460. doi:10.1016/j.electstud.2016.07.008.
10. Astroawani.com. (2023). [online] Available at: https://www.astroawani.com/berita-
politik/pru15-jarak-bukan-alasan-ambil-tahu-cara-mengundi-pos-388775 [Accessed 30 Jan.
2023].
11. badra (2022). Senarai Calon Parlimen PRU 15 & Tumpuan ‘Kerusi Panas’. [online]
eCENTRAL. Available at: https://ecentral.my/calon-pru-15/ [Accessed 30 Jan. 2023].
12. Besar, J. A. Fauzi, R., Ghazali, A. S., Abdullah, M. A., Ali, M., & Yusof, A. R. M.
(2014). Pilihan Raya Umum (PRU) 2013 di Malaysia: Suatu analisis ‘tsunami politik bandar’.
Malaysian Journal of Society and Space, 10(28-38).
13. Besar, J. A. (2019). Perubahan politik dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, 2018 di
Malaysia. Geografia Online: Malaysian Journal of Society and Space, 15(4), 220-232.
14. Besar, J. A. (2017). Trend pengundian dalam pilihan raya umum malaysia ke-13. Journal
of social Sciences and Humanities, 12(2), 126-149.
34

15. Christoph Arndt. (2013) The Electoral Consequences of Welfare State Reforms for the
Danish Social Democrats. World Political Science 9:1, pages 319-335.
16. Crick, B. 2000. Essay on Citizenship. London. Bloomsbury Publishing.
17. Crouch. H. 1980. Malaysian politics and the 1978 election. Oxford University Press,
Kuala Lumpur.
18. diwakar (2022). Nepal parliamentary elections on November 20, 2022 - OnlineKhabar
English News. [online] Online Khabar. Available at: https://english.onlinekhabar.com/nepal-
parliamentary-elections-nov-22.html [Accessed 30 Jan. 2023].
19. Geografi, P.S. (n.d.). Malaysia. [online] Geografi.org. Available at:
https://www.geografi.org/2015/03/malaysia.html.
20. Iskandar, A.N. (2016). warna warni kehidupan: SEJARAH PILIHAN RAYA DARI 1955-
2013. [online] warna warni kehidupan. Available at:
https://akhinosaiskandar.blogspot.com/2016/04/sejarah-pilihan-raya-dari-1955-2013.html
21. Hamil, J. H., Saifullah, F. A. I., Suhaimi, M., Rahman, A., Mustafa, M., Kamaruddin, R.,
& Noor, M. N. M. (2014). Ikhtisar analisis pilihan raya umum 1978 hingga 2013 di Malaysia.
Malaysian Journal of Society and Space, 10(1), 39-53.
22. Harian Metro. (2022). PRU-15: Senarai calon Parlimen. [online] Available at:
https://www.hmetro.com.my/utama/2022/11/899856/pru-15-senarai-calon-
parlimen%20%5b21 [Accessed 30 Jan. 2023].
23. Hj, J., Afiq, F., Saifullah, I., Suhaimi, M., Rahman, A., Mustafa, M., Kamaruddin, R.,
Nadzri, M., Noor, M., Sejarah, P., Strategi, D., Fakulti, S., Sosial, D., Kemanusiaan, U. and
Kebangsaan Malaysia (n.d.). Ikhtisar analisis Pilihan Raya Umum 1978 hingga 2013 di
Malaysia. [online] Available at: http://journalarticle.ukm.my/7839/1/4a.paper-jamaie.pdf.
24. Iskandar, A.N. (2016). warna warni kehidupan: SEJARAH PILIHAN RAYA DARI 1955-
2013. [online] warna warni kehidupan. Available at:
https://akhinosaiskandar.blogspot.com/2016/04/sejarah-pilihan-raya-dari-1955-2013.html
[Accessed 30 Jan. 2023].
25. Junaidi Awang Besar, Mohd FuadMat Jali, Abdul Halim Sidek, Yahaya Ibrahim, Noor
Aziah Hj. Mohd Awal and Khaidzir Hj. Ismail (2010). Analisis trend pengundian
berdasarkan kaum di kawasan Bukit Gantang, Perak. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan
Kemanusiaan, [online] 5(1), pp.26–37. Available at: http://journalarticle.ukm.my/1605/
[Accessed 30 Jan. 2023].
26. Jaharudin, M. H. (2014). PILIHAN RAYA UMUM KE-13: PERUBAHAN BUDAYA
POLITIK MALAYSIA DAN KRISIS LEGITIMASI MORAL BARISAN NASIONAL.
Kajian Malaysia: Journal of Malaysian Studies, 32.
27. Junaidi Awang Besar, Abdul Muein Abadi & Ahmad Afif Zulkipli. 2018. Gelombang
rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, 2018 di Malaysia. Prosiding Seminar
Antarabangsa Ke-7, Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu (ASBAM 7, 2018), hlm.
107-134.
35

28. Junaidi Awang Besar, Jali, M. F. M., Sidek, A. H., Ibrahim, Y., Awal, N. A. H. M., &
Ismail, K. H. 2010. Analisis trend pengundian berdasarkan kaum di kawasan Bukit Gantang,
Perak. Jurnal E-Bangi, 5(1), 26-37. http://journalarticle.ukm.my/1605/ .
29. Junaidi Awang Besar, J., Mat Jali, M. F., Lyndon, N., & Ali, M. (2014). Penggunaan
Internet dan Persepsi Politik Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Jurnal Personalia
Pelajar, (16). Retrieved from
https://spaj.ukm.my/personalia/index.php/personalia/article/view/39 [Accessed 13 Jan.
2023].
30. Junaidi Awang Besar, Mohd FuadMat Jali, Abdul Halim Sidek, Yahaya Ibrahim, Noor
Aziah Hj. Mohd Awal and Khaidzir Hj. Ismail (2010). Analisis trend pengundian
berdasarkan kaum di kawasan Bukit Gantang, Perak. e-BANGI: Jurnal Sains Sosial dan
Kemanusiaan, [online] 5(1), pp.26–37. Available at: http://journalarticle.ukm.my/1605/
[Accessed 13 Jan. 2023].
31. Junaidi Awang Besar, Nurul Syafiza Rusli, (2022, July 12). Geografi Politik dan Pilihan
Raya Di Kawasan Parlimen (P073) Pasir Salak, Perak Darul Ridzuan. Jurnal Wacana
Sarjana, 6(3), 1-16. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/481
36

2.2 LAMPIRAN

Gambar 2.2.1
Gambar 2.2.1 ini menunjukkan proses kempen yang diadakan di Jelapang, Ipoh, Perak.
Sumber: Pengkaji, 2022

Gambar 2.2.2
Gambar 2.2.2 ini merujuk kepada bendera- bendera parti politik, BN dan PH di kawasan undi
ibu pengkaji, N.31 Jelapang.
Sumber: Pengkaji, 2022

Gambar 2.2.4
37

Gambar ini merujuk kepada bendera PN, BN & PH di kawasan pengkaji.


Sumber: Pengkaji, 2022

Gambar 2.2.6
Gambar ini merujuk kepada bendera-bendera BN, PN dan PH di Taman Rishah, tempat
tinggal pengkaji.
Sumber: Pengkaji, 2022

Gambar 2.2.7
Gambar merujuk kepada V. Sivakumar bermesra dengan rakyat di kawasannya.
Sumber: Pengkaji, 2022

Anda mungkin juga menyukai