Anda di halaman 1dari 38

CTU 555 SEJARAH MALAYSIA

TAJUK: ISU POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SEWAKTU


PANDEMIK COVID-19
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA AHLI KUMPULAN NOMBOR PELAJAR

NOR NADIANA BINTI AZMI 2020949407

NORLIDA BINTI GHAZALI 2020949545

NURUL ARIFAH ADILAH BINTI MOHD RUS 2020968123

SITI NUR AIN BINTI MUHAMMAD 2015778227

NAMA PENSYARAH:
MISS HASNAH ATIQAH BINTI HASSAN SHUKRI

TARIKH HANTAR:
3 JULAI 2022

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA

2022

0
PERAKUAN PELAJAR

SAYA DENGAN INI MEMBUAT PERAKUAN BAHAWA PADA SETIAP MASA SEMUA
HASIL TUGASAN YANG SAYA SERAHKAN ADALAH HASIL KERJA SAYA SENDIRI,
TIDAK MENIRU DAN PLAGIAT DARIPADA MANA-MANA SUMBER, ATAU
MENCUBA UNTUK MENIRU MANA-MANA PIHAK TANPA MELETAKKAN SITUASI
YANG SEPATUTNYA. SAYA SEDAR BAHAWA MANA-MANA PELAJAR YANG
MELANGGAR ATAU DISYAKI MELANGGAR PERAKUAN YANG DIBUAT BOLEH
DIBAWA KEPADA JAWATANKUASA TERTIB ACIS.

Perakuan oleh:

1) NOR NADIANA BINTI AZMI (2020949407)


2) NORLIDA BINTI GHAZALI (2020949545)
3) NURUL ARIFAH ADILAH BINTI MOHD RUS (2020968123)
4) SITI NUR AIN BINTI MUHAMMAD (2015778227)

1
ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT HALAMAN

PERAKUAN PELAJAR 1

ISI KANDUNGAN 2

ABSTRAK 3

PENGENALAN 4-6

PERNYATAAN MASALAH 7

OBJEKTIF KAJIAN 8

KAJIAN LEPAS 8-11

METODOLOGI KAJIAN 11

TATACARA PENGUMPULAN DATA 11

DAPATAN KAJIAN 12-23

PERBINCANGAN KAJIAN 23-27

KESIMPULAN 28

RUJUKAN 29-30

LAMPIRAN 31-37

2
CABARAN DAN KESAN TERHADAP POLITIK SEWAKTU PANDEMIK COVID-19
DALAM HUBUNGAN ETNIK
Nor Nadiana Binti Azmi, Norlida Binti Ghazali, Nurul Arifah Adilah Binti Mohd Rus & Siti
Nur Ain Binti Muhammad
Akademi Pengajian Bahasa

ABSTRAK
Kajian ini membincangkan mengenai cabaran dan kesan terhadap politik dalam hubungan etnik
di Malaysia sewaktu pandemik Covid-19. Seterusnya, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
melihat bagaimana cabaran politik semasa rakyatnya terkesan dalam mengharungi gejala
pandemik Covid-19 yang berlaku di Malaysia. Hal ini demikian kerana, pada musim pandemik
Covid-19 rakyat Malaysia terkesan dengan virus ini sehingga menyebabkan angka kematian
yang semakin meningkat pada setiap hari. Namun begitu, segala aktiviti seharian yang
dijalankan oleh rakyat juga menjadi terkesan disebabkan oleh Pergerakan Kawalan Perintah
(PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Di samping itu, rakyat juga terpaksa bekerja
dan belajar dari rumah secara atas talian semasa pandemik Covid-19 dan segala urusan yang
ingin dilakukan secara bersemuka pula hanya dibenarkan seorang sahaja untuk membuat
urusan di luar. Selain itu, kajian ini juga telah melibatkan responden yang berumur 18 tahun ke
atas bagi memberi maklum balas di dalam borang soal selidik. Namun begitu, kajian ini juga
telah menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif berbentuk deskriptif iaitu menggunakan
borang soal selidik dan membuat analisis umum. Hal ini demikian kerana, kajian ini dijalankan
dengan bertujuan untuk menjelaskan secara terperinci mengenai cabaran, kesan, punca dan
langkah-langkah terhadap politik dalam hubungan etnik yang dihadapi oleh rakyatnya sewaktu
pandemik Covid-19. Dengan ini, kajian yang dijalankan akan menjadi lebih bersistematik
terutamanya bagi mencapai objektif kajian. Justeru itu, sebanyak 50 responden yang telah
memberikan maklum balas bagi perisian terhadap soalan-soalan mengenai cabaran dan kesan
terhadap politik dalam hubungan etnik di Malaysia sewaktu pandemik Covid-19 yang telah
diberikan melalui borang soal selidik. Hal ini demikian kerana, semasa pandemik Covid-19
berlaku di Malaysia, imej negara kita tercemar disebabkan oleh pergolakan mengenai
perletakan jawatan Perdana Menteri di Malaysia. Benarlah bahawa, cabaran, kesan, punca dan
langkah-langkah terhadap politik dalam hubungan etnik di Malaysia sewaktu pandemik Covid-
19 banyak memberikan kemudaratan dan pergolakan kepada rakyat Malaysia terutamanya
dalam isu politik.

Katakunci: politik, pergolakan, etnik, prihatin dan pandemik Covid-19.

3
PENGENALAN

Sejarah merupakan sastera lama, asal usul iaitu keturunan, salasilah, peristiwa yang benar-
benar berlaku pada waktu lampau, ilmu sejarah ataupun pengetahuan mengenai peristiwa-
peristiwa yang telah berlaku. Hal ini dikatakan demikian kerana, keterangan yang sistematik
daripada sejumlah fenomena ataupun mengenai gejala alam. Namun begitu, keterangan yang
yang sistematik ini daripada gejala-gejala alam terutamanya mengenai manusia yang bersifat
kronologis sedangkan gejala-gejala alam yang tidak bersifat kronologis ini dipakai oleh orang
Latin yang dipanggil sebagai science. Di samping itu, sejarah juga dimaksudkan dengan
membicarakan segala sesuatu yang tersangkut dengan manusia. Hal ini demikian kerana,
definisi yang sempurna ini digunakan oleh pakar-pakar sebagai pangkal yang bertolak untuk
dijadikan landasan bagi meneruskan sesuatu pembicaraan. Jelaslah bahawa, sejarah mengenai
masyarakat atau peradaban dunia ini tentang perubahan-perubahan yang terjadi pada
masyarakat mengenai revolusi dan pemberontakan oleh segolongan rakyat.

Kajian ini membicarakan tentang politik dalam sesuatu yang berhubungan dengan
warganegara atau warga kota (Azhar Abdul Aziz, 2019). Hal ini dikatakan demikian kerana,
politik ditakrifkan sebagai ilmu pengetahuan berkenaan tatacara pemerintahan seperti dasar.
Manakala pembangunan politik pula merupakan satu proses perubahan ataupun tranformasi
secara berencana yang melibatkan perubahan dalam tadbir urus negara daripada cara lama
kepada cara baharu dan yang terkini. Di samping itu, matlamat utama bagi pembangunan
politik adalah pembinaan negara bangsa iaitu wilayah yang mempunyai sempadan,
pemerintahan ataupun kerajaan, warganegara dan bangsa. Seterusnya, perubahan struktur dan
budaya politik iaitu perubahan dari segi cara tradisional kepada cara terkini ataupun moden.
Justeru itu, pembinaan negara bangsa dapat dicapai melalui pelbagai pendekatan termasuk
penerapan dasar awam yang digubal oleh kerajaan dan pemupukan semangat permuafakatan
nasionalisme melalui simbol dan ritual negara seperti lagu kebangsaan, bendera kebangsaan
dan perayaan hari kemerdekaan.

Seterusnya, pilihan raya pula diambil kira kesamaran yang dapat menyelubungi di
sebalik bangsa Malaysia dan kekusutan yang berpunca daripada kemelut ekonomi dan politik.
Justeru itu, terdapat beberapa cara untuk melihat masalah ini iaitu pertama sekali konsep
Bangsa Malaysia masih agak samar dari segi maknanya, tetapi beberapa ucapan oleh Tun
Mahathir dan juga beberapa perubahan dasar yang telah dimulakan oleh kerajaan dalam

4
tempoh selepas tahun 1990-an nampaknya masih menunjukkan arah yang mungkin ditujui oleh
rancangan Bangsa Malaysia. Kedua, meskipun terdapat pihak yang mengkritik, anjakan
tersebut tetap menghasilkan pendekatan kepada pembinaan bangsa selain anjakan yang berlaku
dalam UMNO dan masyarakat yang juga mungkin akan menjadi asas kepada kompromi
nasional ke arah mencapai wawasan tersebut.

Di samping itu, konsep Bangsa Malaysia yang sedang menuju kearah kerangka
perpaduan dalam kepelbagaian ini telah mencerminkan keadaan bagi sesuatu negara bukan
etnik ataupun identiti nasional pelbagai supraetnik iaitu konsep yang digunakan oleh Eriksen
(1993) dalam tinjauan beliau tentang nasionalisme rakyat Mauritius. Selain itu, konsep ini juga
sama dengan konsep nasionalisme sosial yang ditakrifkan oleh Kellas (1991) yang merujuk
kepada satu bentuk nasionalisme yang tidak berasaskan etnik tetapi di sebaliknya menekankan
aspek tentang pemahaman yang dikongsi bersama mengenai identiti nasional, masyarakat dan
budaya yang membolehkan mana-mana warganegara sesebuah negara dianggap sebagai
anggota sesuatu bangsa tertentu selagi mereka mengamalkan ciri sosialnya. Oleh itu, kedua-
dua konsep bangsa supraetnik atau bangsa sosial yang menggambarkan bentuk bangsa yang
tidak berasaskan etnik tetapi berdasarkan nilai yang dikongsi bersama dalam bidang politik,
sosial dan budaya. Walau bagaimanapun, konsep perpaduan dalam kepelbagaian itu sendiri
tidak semestinya menyediakan asas yang berdaya maju untuk bangsa dalam pembikinan yang
mempunyai kelemahannya sendiri, namun konsep tersebut mungkin yang paling sesuai untuk
menggambarkan realpolitik masyarakat Malaysia dalam tempoh selepas tahun 1990-an.

Namun begitu, ancaman terbesar bagi Malaysia mungkin datangnya daripada fahaman
yang melampau dalam bentuk kebangkitan semula etnik, budaya dan agama. Selain itu,
fahaman melampau yang pernah membawa beberapa akibat yang dahsyat di kebanyakkan
tempat di negara ini pernah berlaku pada masa lalu dan ia pasti akan berbangkit semula jika
semangat keetnikan tidak diuruskan dengan sewajarnya. Sebagai contoh, pada Mac 1997,
ketegangan yang tercetus di Pulau Pinang iaitu sebuah negeri di utara Semenanjung di mana
pemuda Melayu dan India yang bersengketa di kampung Rawa mengenai isu sebuah kuil Hindu
yang dibesarkan sehingga menghampiri premis sebuah masjid. Hal ini dikatakan dmikian
kerana, aktiviti di kuil tersebut dikatakan telah mengganggu ketenangan jemaah yang bersolat
di masjid tersebut lantas telah menyebabkan masyarakat masjid di situ naik berang (Utusan
Malaysia, 1998). Justeru itu, selama tiga minggu penduduk di negeri ini hidup dalam
kebimbangan terhadap rusuhan etnik yang bakal tercetus. Tegaslah bahawa, insiden tersebut

5
telah mengejutkan seluruh negara, malah ketegangannya yang memuncak sehinggalah isu
tersebut diselesaikan.

Secara ringkasnya, Malaysia sebagai sebuah negara yang masih berada pada satu
peringkat etnogenesis dalam satu bangsa. Hal ini demikian kerana, pada peringkat ini
pemahaman tentang sejarah dan budaya yang dikongsi bersama serta toleransi agama memang
sentiasa dipupuk. Oleh hal yang demikian, proses penyeragaman amalan budaya ternyata masih
sedang berjalan. Dalam hal ini, perkara tersebut sangat penting supaya proses mengantarai
identiti untuk membina semula identiti nasional ataupun identiti kolektif yang menjadikan
negara ini dilaksanakan secara berterusan. Dengan ini, tidak kurang pentingnya juga ialah
proses berterusan dalam menyelaraskan perbezaan antara etnik dan meyelesaikan pembahagian
dalam bidang ekonomi. Justeru itu, perlu ditegaskan sekali lagi bahawa memang mustahil
untuk menghapuskan semangat keetnikan. Walau bagaimanapun, kepentingannya dalam
mobilisasi politik dan politik konfrontasi yang boleh dihapuskan secara beransur-ansur untuk
mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai strategi pengurangan konflik dalam masyarakat yang
begitu berpecah belah (Horowitz, 1985).

Di samping itu, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti cabaran politik
dalam hubungan etnik di Malaysia sewaktu pandemik Covid-19, mengenal pasti kesan politik
dalam hubungan etnik di Malaysia sewaktu pandemik Covid-19, menganalisis punca
pergelutan politik dalam hubungan etnik di Malaysia sewaktu pandemik Covid-19 dan
Mengenal pasti langkah-langkah menjaga keharmonian politik dalam hubungan etnik di
Malaysia sewaktu pandemik Covid-19. Hal ini dikatakan demikian kerana, identiti yang
berubah disebabkan perubahan pesat sosial dan kebudayaan, namun keetnikan pula tidak
sekali-kali akan lenyap, tetapi mungkin muncul dalam bentuk baharu yang selalunya lebih
berkuasa dan diungkapan dengan lebih jelas (Epstein, 1978). Dalam hal ini, walaupun
pembudayaan dari segi nilai dan kecederungan umum mungkin berlaku dalam kelompok
pendatang generasi kedua dan ketiga, tetapi ia tidak semestinya menghalang kebangkitan
semula gerakan etnik daripada terjadi. Namun begitu, kebangkitan semula etnik biasanya
terjadi apabila terdapat unsur yang mencetuskan kebimbangan dan ancaman “pencerobohan”
daripada kumpulan etnik saingan dalam kehidupan politik, ekonomi, mahupun budaya
(Epstein, 1978). Walau bagaimanapun, jika kelompok pendatang generasi kedua dan ketiga
benar-benar boleh mengidentifikasikan diri mereka, maka kemungkinan pengurangan bagi
kepentingan sosial dalam hubungan etnik yang memang wujud dapat dikurangkan. Tegaslah

6
bahawa, hidup dengan dua atau berbilang identiti dalam entiti politik tertentu bukanlah satu
fenomena yang luar biasa dalam dunia pada zaman ini (Kellas, 1991).

PERNYATAAN MASALAH
Kedudukan situasi politik Malaysia dalam menghadapi pandemik Covid-19 menunjukkan
bahawa sokongan dari pihak kerajaan dan pembangkang dalam mengekang wabak ini sedikit
sebanyak memberi kesan yang positif dimana kedua-dua belah pihak dapat memberi kerjasama
yang baik dalam bersama-sama membantu membanteras wabak Covid-19 ini.
Walaubagaimanapun, senario dalam politik ini juga seringkali menampakkan perkara yang
buruk telah berlaku. Menurut Ilyas Abdullah & Hairol Anuar Hj Mak Din (2020) pihak
kerajaan sebagai tidak serius dan gagal dalam menangani pandemik Covid-19 dengan
berkesan. Hal ini disebabkan oleh mereka hanya mengambil kesempatan dan juga keinginan
mendapatkan jawatan masing-masing dan tidak bersungguh-sungguh untuk membantu
menyelesaikan masalah wabak ini dengan baik. Selain itu, disebalik pandemik ini juga pelbagai
senario berlaku yang dapat dilihat termasuk pihak pembangkang yang cuba mengganggu
gugatkan pentadbiran pihak kerajaan termasuklah ketidakpercayaan yang timbul dalam parti
masing-masing. Selain itu, terdapat wujudnya kerenah birokrasi yang menyebabkan maklumat
kurang sampai dan difahami dengan sebaiknya kepada masyarakat (Nurhaziqah Hishamuddin
et.al, 2020). Hal ini juga menjadi satu permasalahan dalam cabaran politik di Malaysia kerana
mereka memandang enteng terhadap penularan wabak ini sehinggakan masyarakat tidak
menerima maklumat dengan jelas oleh pihak yang sepatutnya peka dengan keadaan ini.
Disamping itu, cabaran lain yang terjadi ialah antaranya persidangan parlimen menjadi terhad
dan sering berlaku penangguhan, pemimpin-pemimpin politik tidak dapat menganjurkan
perhimpunan selain mereka tidak dapat mengadakan kempen secara besar-besaran (Nur Fatin
Wahida Azhari et al, 2022). Selain itu, menurut Ariff Aizuddin et al., (2022) Rejim yang
bersifat semi-autoritarian seperti malaysia pula dilihat masih lagi terperangkap dan bergelut
dengan politik dalaman dan pada akhirnya akan mengakibatkan negara tersebut menyaksikan
penularan wabak dalam bentuk gelombang ketiga.

7
OBJEKTIF KAJIAN
Bagi mencapai matlamat dalam kajian cabaran, kesan, punca dan langkah-langkah terhadap
politik dalam hubungan etnik di Malaysia sewaktu pandemik Covid-19 ini telah dapat
menghasilkan beberapa objektif kajian seperti berikut:

i. Mengenal pasti cabaran politik dalam hubungan etnik di Malaysia sewaktu pandemik
Covid-19.
ii. Mengenal pasti kesan politik dalam hubungan etnik di Malaysia sewaktu pandemik
Covid-19.
iii. Menganalisis punca pergelutan politik dalam hubungan etnik di Malaysia sewaktu
pandemik Covid-19.
iv. Mengenal pasti langkah-langkah menjaga keharmonian politik dalam hubungan etnik
di Malaysia sewaktu pandemik Covid-19.

KAJIAN LEPAS
Satu kajian dibuat oleh mahasiswa dari Universiti Malaysia Sarawak yang bertajuk Mendepani
Cabaran Pandemik Covid-19: Adakah Ini Akan Mengubah Landskap Politik Malaysia?”.
Kajian ini telah dibuat pada tahun 2022 yang membincangkan mengenai situasi semasa Covid-
19 yang melanda negara Malaysia dari segi ekonomi, politik dan sosial. Mendepani cabaran
ini banyak memberi permasalahan termasuk ekonomi, sosial malahan dari segi bidang politik.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa krisis wabak ini juga adalah memberi kesan yang mendalam
kepada beberapa bidang penting yang jelas menunjukkan ianya merupakan tulang belakang
dalam landskap di Malaysia. Menyentuh soal politik, penulis telah mengupas berkenaan
dengan kerenah politik yang terjadi ketika wabak tersebut melanda negara. Tambahan pula,
ianya bertambah mencabar berikutan tampuk pemerintahan telah berlakunya pergolakan
seperti lompat parti dan isu ketidakpercayaan kepada parti sendiri. Hal ini semakin rancak
berlaku apabila timbulnya satu isu dimana punca berlakunya penyebaran wabak Covid-19 yang
meningkat adalah disebabkan oleh pilihan raya negeri Sabah yang melibatkan kedua-dua parti
iaitu kerajaan dan pembangkang. Ini secara tidak langsung memberi impak yang besar buat
rakyat. Bukan itu sahaja, terdapat beberapa lagi pilihan raya kecil yang diadakan sewaktu
wabak tersebut melanda negara. Keadaan yang berlaku dilihat menjadi satu bebanan tambahan
buat negara Malaysia. Tambahan lagi perlantikan perdana menteri baru iaitu Tan Sri
Muhyiddin Yassin dalam memimpin negara ketika sedang dilanda wabak merupakan satu
keputusan yang begitu drastik. Telah diakui bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) tealah

8
melakukan pelbagai reformasi institusi dalam beberapa aspek urus tadbir negara. Justeru itu,
sistem demokrasi negara hari ini masih berada pada aras yang sama dan mampu
mengembalikan pemimpin politik autokratik bagi mengawal pandangan rakyat. Perbalahan
yang berlaku dalam politik Malaysia dilihat tidak akan tamat begitu sahaja tambahan lagi
diantara mereka berkemungkinan dilihat tidak mampu membawa negara seterusnya rakyat
untuk mengembalikan negara malaysia yang harmoni. Oleh itu, kesemua ahli politik di
Malaysia tidak kira dari kerusi pembangkan mahupun kerajaan seharusnya bersatu padu dalam
menyelesaikan permasalah dalam negara terutama sekali berkaitan dengan wabak Covid-19.

Selain itu, kajian lain yang lain yang dibuat oleh Nurhaziqah Hishamuddin et.al (2021)
telah membuat kajian yang bertajuk Wabak Covid-19 Meragut Nyawa: Cabaran Dan Kesan
Kepada Masyarakat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti bagaimana masyarakat
meneruskan kehidupan ketika negara dilanda wabak Covid-19 yang agak dahsyat sehingga
menyebabkan kematian yang meningkat. Kajian ini telah meninjau dari beberapa aspek
antaranya agama, sosial, kekeluargaan, ekonomi, politik, pendidikan dan juga sektor
perindustrian. Oleh hal yang demikian, aspek politik telah diambil kira dimana ianya jelas
memberi kesan kepada wabak ini berlaku. Menurut Harian Metro (2020), ketua pengarah
kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang mengatakan beliau tidak menolak
kemungkinan bahawa peningkatan kes adalah disebabkan oleh berlakunya proses pilihan raya
umum yang dibuat di Sabah tempoh hari. Penganjuran tersebut dilihat telah menyumbang
kepada penularan kes apabila ada pihak yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Berikutan daripada hal tersebut, kes kematian di negeri Sabah telah mencatatkan jumlah yang
agak besar. Menurut pengkaji, hal ini dapat dielak sekiranya semua pihak mengambil serius
dengan keadaan sekeliling dan berhati-hati dalam setiap tindakan yang diambil.

Di samping itu, kajian seterusnya ialah satu kajian yang dibuat oleh Ilyas Abdullah dan
Hairol Anuar Hj Mak Din yang menulis kajian bertajuk Langkah Mendepani Ancaman
Pandemik Covid-19 di Sebalik Krisis Politik di Malaysia pada tahun 2020. Dalam kajian ini,
pengkaji telah membincangkan mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di sebalik
penularan wabak Covid-19 dimana disebalik kemelut pandemik yang berlaku, politik negara
telah dikejutkan dengan berita perletakan jawatan perdana menteri pada 24 Februari 2020.
Kemelut tersebut telah menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah hilang majoriti di
dewan rakyat sekaligus membawa kepada tumbangnya kerajaan tersebut. Seterusnya,
perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan bahawa Yang DiPertuan Agong dapat

9
menangani kemelut politik yang berlaku di negara ini. Pengkaji juga telah menghuraikan
beberapa langkah yang dilakukan oleh kerajaan perikatan nasional dibawah pimpinan tan Sri
Muhyiddin Yassin. Antara langkah yang diambil beliayu dalam usaha membendung wabak ini
adalah dengan mewujudkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana langkah ini
menampakkan kesan yang positif dan rakyat semakin terbuka dengan menerimanya sebaik
mungkin. Selain itu, lanjutan dari wujudnya PKP ini kes-kes juga dilihat semakin berkurangan
oleh kerana pergerakan telah disekat. Selain itu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga dilihat
telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi (PRIHATIN) bagi tujuan meringankan beban
yang ditanggung rakyat sepanjan pandemik. Terdapat pelbagai langkah yang telah diambil oleh
kerajaan dalam usaha untuk membantu memulihkan ekonomi Malaysia ketika negara sedang
dilanda wabak tambahan pula krisis politk juga turut berlaku pada masa yang sama. Namun,
ianya tidak begitu memberi halangan kepada pihak kerajaan mahupun pembangkan dalam
membantu memulihkan negara.

Seterusnya satu kajian berkaitan politik Malaysia covid-19 yang dijalankan oleh Ariff
Aizuddin Azlan et al. (2022) yang menjalankan satu kajian bertajuk Autoritarianisme
Perbandingan: China Dan Malaysia Dalam Politik Covid-19. Kajian ini dijalankan adalah
untuk melihat strategi yang diguna pakai oleh dua negara autoritarian yang berbeza dari segi
prinsipnya iaitu China dan Malaysia semasa berhadapan dengan pandemik global Covid-19.
Ianya dijelaskan bahawa sistem asas politik dan kerajaan di dalam sesuatu negara itu adalah
pemangkin utama yang penting dalam langkah untuk membendung wabak Covid-19. Kajian
ini telah membincangkan dengan membuat perbandingan antara sistem politik Covid-19 China
dan Malaysia dimana China dilihat lebih ke hadapan dalam usaha mengekang penularan wabak
tersebut dengan baik. Dalam konteks pengaji mengenai Malaysia dan Covid-19, jalan
penyelesaian yang dirancang bagi menghadapi wabak ini bersifat lebih kompleks dan boleh
dikatakan bahawa sistem politik Malaysia mempunyai karakter tersendiri dan boleh
diklasifikasikan sebagai semi-autoritarian. Hal ini dikatakan sedemikian kerana pandemik
Covid-19 di Malaysia berada dalam satu ruang yang politiknya tidak stabil dan pada hujungnya
memberikan satu kesan yang buruk. Tambahan pula dengan adanya kempen pilihan raya negeri
Sabah yang lalu yang meninggalkan impak yang besar kepada rakyat dengan wujudnya
peningkatan kes secara mendadak. Ianya turut dibincangkan dalam satu kajian lain yang
mendakwa PRN negeri Sabah merupakan titik tolak permulaan kepada berlakunya penularan
wabak ini. Masih menjadi tanda tanya adakah peperangan wabak ini akan menemui jalan

10
penyudahnya dan sejauh manakah identiti politik Malaysia akan mempengaruhi fenomena
pandemik global tersebut.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif sebagai
pendekatan kajian. Menurut Schostak John. F (2002) kajian kualitatif menyumbang kepada
kajian yang berstatistik iaitu yang bemakna dan tidak boleh diukur. Kajian ini dikumpul melalui
pencarian maklumat di laman-laman web tertentu, e-jurnal, bahan-bahan bacaan akademik,
laporan berkaitan politik malaysia serta wabak Covid-19. Kajian kuantitatif ialah kajian yang
mengaplikasikan statistik yang melibatkan bilangan responden yang ramai dengan sekurang-
kurangnya melebihi sepuluh sampel dalam mengukur pemboleh ubah bagi sesuatu kajian
(Krejcie & Morgan, 1970; Cohen, 1992) dalam (Ang Kean Hua, 2016). Selain itu, kajian ini
menggunakan analisis deskriptif iaitu meliabtkan data yang dikumpul daripada keseluruhan
populasi dan analisis umum yang digunakan adalah frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai
dan taburan skor dalam membentangkan hasil dapatan (Chua, 2011) dalam (Ang Kean Hua,
2016). Maka, kajian yang dijalankan ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif
deskriptif bagi mencapai objektif kajian yang telah dijalankan.

TATACARA PENGUMPULAN DATA


Kajian ini juga telah menggunakan kaedah soal selidik iaitu dengan menggunakan borang
soal selidik secara atas talian atau Google Form dan sebanyak 15 soalan berkaitan dengan
tajuk analisis telah dimuat naik ke dalam Google Form tersebut. Kaedah soal selidik ini
digunakan bagi tujuan untuk mendapatkan maklum balas dari responden berkaitan situasi
semasa politik Malaysia semasa pandemik covid-19 berlaku. Pertama, soalan-soalan yang
berkaitan dengan tajuk kajian dihasilkan dan diletakkan dalam perisian Google Form.
Seterusnya, setiap responden perlu menekan pada pautan yang telah diberikan dan hasil
mendapati seramai 50 orang responden yang telah membantu menjawab semua soalan
borang soal selidik. Hasil daripada jawapan kesemua responden, data akan dikumpulkan
dengan menggunakan kaedah kuantitatif deskriptif dan dapatan kajian pula akan digunakan
untuk dianalisis dengan menggunakan kaedah kualitatif deskriptif.

11
DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini membincangkan analisis dan hasil kajian daripada data-data yang telah dikumpul.
Analisis deskriptif digunakan pada keempat-empat bahagian yang terdapat dalam borang soal
selidik untuk mencapai keempat-empat objektif kajian yang telah ditetapkan. Borang soal
selidik ini terbahagi kepada empat bahagian iaitu ciri-ciri responden, pandangan responden
terhadap pilihan raya, pandangan responden terhadap pergelutan politik dan pandangan
responden terhadap peranan kerajaan sewaktu pandemik Covid-19.
Bahagian Pertama
Bahagian ini berkenaan dengan latar belakang responden bagi memberi gambaran profil
responden berdasarkan jantina, umur dan status. Berdasarkan hasil dapatan pada borang
selidik, kesemua-semua responden menjawab soalan yang diberikan dan setiap hasil dapatan
akan diletakkan mengikut bahagian dan dilabelkan dengan rajah 1.0, rajah 1.1, rajah 1.2 dan
seterusnya.
I. Status

Rajah 1.0: Jantina

Hasil analisis menunjukkan seramai 32 orang (64%) responden terdiri daripada kalangan
pelajar, 12 orang (21%) responden daripada kalangan yang telah bekerja, 5 orang (10%)
responden daripada kalangan yang tidak bekerja dan seorang (2%) terdiri daripada kategori
lain-lain. Secara keseluruhan menunjukkan majoriti responden soal selidik ini adalah wanita
yang umur berlingkungan 22 hingga 25 tahun dan terdiri daripada kalangan pelajar.

12
II. Umur

Rajah1.1: Umur

Dapatan data yang diperolehi menunjukkan seramai 24 orang (48%) responden yang berumur
22 hingga 25 tahun, 15 orang (30%) responden berumur 18 hingga 21 tahun, 7 orang (14%)
berumur 26 hingga 30 tahun dan 4 orang (8%) responden berumur 31 tahun ke atas.

III. Jantina

Rajah1.2: Jantina

Berdasarkan rajah di atas, hasil dapatan menunjukkan majoriti responden ialah wanita iaitu
seramai 36 orang (72%) manakala responden lelaki pula seramai 14 orang (28%).

Bahagian Kedua (Borang A)

Bahagian kedua ini dilabel sebagai Borang A dan dalam bahagian ini berkenaan dengan
pandangan responden terhadap pilihan raya sewaktu pandemik Covid-19. Setiap pandangan
mempunyai tiga soalan yang berbeza dan terdapat tiga pilihan jawapan yang diberikan kepada
responden iaitu setuju, kurang pasti dan juga tidak setuju. Hasil dapatan menunjukkan kesemua

13
responden menjawab soalan yang diberikan dan hasil dapatan akan diletakkan di bawah dengan
label rajah 1.3, rajah 1.4, rajah 1.5 dan seterusnya.

I. Pengalaman Mengundi

Rajah 1.3: Pengalaman Mengundi

Hasil dapatan menunjukkan terdapat 24 orang (52%) responden memberikan jawapan “Ya”
iaitu mempunyai pengalaman mengundi manakala 26 orang (48%) responden memberikan
jawapan “Tidak” iaitu tidak mempunyai pengalaman mengundi sewaktu pilihan raya.

II. Persetujuan

Rajah 1.4: Persetujuan

Dapatan daripada soalan ini menunjukkan terdapat 27 orang (54%) responden yang tidak
bersetuju dengan soalan yang diberikan iaitu adakah responden bersetuju pilihan raya diadakan
sewaktu pandemik, 19 orang (38%) responden tidak pasti manakala 4 orang (8%) responden
menjawab setuju.

14
III. Punca Penyebaran Covid-19

Rajah 1.5: Punca Penyebaran Covid-19

Berdasarkan rajah di atas, hasil kajian menunjukkan majoriti responden bersetuju bahawa
gelombang ketiga penularan wabak Covid-19 adalah berpunca daripada pilihan raya yang
diadakan di Sabah pada 26 September 2020. Dapatan menunjukkan 44 orang (88%) responden
bersetuju, 4 orang (8%) responden tidak pasti manakala 2 orang (4%) responden tidak
bersetuju.

15
Bahagian Ketiga (Borang B)

Seterusnya, bahagian ini dilabel dengan borang B dan soalan-soalan yang diajukan adalah
berkenaan dengan pandangan responden terhadap pergelutan politik yang berlaku sewaktu
pandemik Covid-19 dan pandangan berkenaan dengan kesan yang dialami oleh responden
sewaktu pergelutan politik berlaku. Bahagian ini mempunyai enam soalan dan tiga pilihan
jawapan yang berbeza iaitu setuju, kurang pasti dan tidak setuju.

I. Kesan Perletakan Jawatan Perdana Menteri

Rajah 1.6: Kesan Perletakan Jawatan

Pada awal pandemik Covid-19 berlaku, Perdana Menteri mengumumkan perletakan


jawatannya dan Yang di-Pertuan Agong telah melantik Muhyiddin Yasin sebagai Perdana
Menteri. Adakah pergelutan politik sewaktu ini memberi kesan terhadap diri anda?”
merupakan soalan pertama yang terdapat dalam borang B. Hasil daripada soalan ini mendapati
seramai 22 orang (44%) responden sangat terkesan dengan perkara yang berlaku, 17 orang
(34%) kurang pasti manakala 11 orang (22%) responden tidak terkesan. Berdasarkan dapatan
ini, menunjukkan majoriti responden terkesan akibat daripada pergelutan yang berlaku.

16
II. Kesan Persetujuan

Rajah 1.7: Kesan Persetujuan


Seterusnya, hasil dapatan daripada soalan tersebut menunjukkan 41 orang (82%) responden
yang bersetuju dengan pernyataan tersebut, 6 orang (12%) kurang pasti dan 3 orang (6%)
responden tidak bersetuju. Oleh hal demikian, hasil tersebut menunjukkan majoriti 41 orang
bersetuju bahawa penularan wabak covid-19 adalah berpunca daripada pergelutan politik yang
berlaku.
III. Kesan Pergolakan Politik

Rajah 1.8: Kesan Pergolakan Politik

Soalan berikutnya adalah berkenaan dengan pergelutan politik akan memberikan kesan kepada
sektor yang lain seperti ekonomi, pendidikan dan sosial. Hasil dapatan menunjukkan 47 orang
(94%) responden bersetuju manakala 3 orang (6%) responden kurang pasti.

17
IV. Kesan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)

Rajah 1.9: Kesan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)


Hasil daripada soalan berikut menunjukkan 41 orang (82%) responden bersetuju bahawa
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan kesan terhadap mental, fizikal dan emosi
responden, 6 orang (12%) responden kurang pasti manakala 3 orang (6%) responden tidak
bersetuju. Majoriti daripada 50 orang responden, 41 orang responden bersetuju dengan
soalan tersebut.
V. Kesan Terhadap Keharmonian

Rajah 2.0: Kesan Terhadap Keharmonian


Soalan seterusnya menunjukkan hasil dapatan iaitu seramai 45 orang resonden (90%) bersetuju
bahawa pergelutan politik yang berlaku memberikan kesan terhadap keharmonian antara
masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia manakala 5 orang (10%) responden kurang pasti
dengan soalan tersebut.

18
VI. Kesan Peralihan Fasa Endemik

Rajah 2.1: Kesan Peralihan Fasa Endemik


Rajah di atas menunjukkan soalan terakhir yang terdapat dalam borang B. Soalan tersebut
adalah berkenaan dengan kesan peralihan fasa endemik terhadap politik, pendidikan, ekonomi,
pendidikan dan sosial. Hasil dapatan menunjukkan seramai 38 orang (76%) responden
bersetuju dengan peralihan tersebut manakala 12 orang (24%) responden kurang pasti. Secara
keseluruhan, dapatan daripada borang B menunjukkan responden bersetuju bahawa pergelutan
yang berlaku, PKP dan peralihan fasa endemik memberikan kesan terhadap diri, masyarakat
serta sektor-sektor yang lain juga.

19
Bahagian Ketiga (Borang C)

Seterusnya, bahagian ini dilabel dengan borang B dan soalan-soalan yang diajukan adalah
berkenaan dengan menganalisis punca pergelutan politik dalam hubungan etnik di Malaysia
sewaktu pandemik Covid-19. Oleh itu, bahagian ini mempunyai dua soalan dan tiga pilihan
jawapan yang berbeza iaitu setuju, kurang pasti atau tidak pasti dan tidak setuju.
I. Punca Gelombang Ketiga Penularan Wabak Covid-19

Rajah 2.2: Punca Gelombang Ketiga Penularan Wabak Covid-19


Berdasarkan rajah 2.2 di atas menunjukkan bahawa hasil kajian mendapati majoriti responden
bersetuju mengenai gelombang ketiga penularan wabak Covid-19 adalah berpunca daripada
pilihan raya yang diadakan di Sabah pada 26 September 2020. Hal ini dikatakan demikian
kerana, hasil dapatan menunjukkan bahawa 44 orang iaitu (88%) responden yang bersetuju, 4
orang iaitu (8%) responden yang tidak pasti manakala 2 orang iaitu (4%) responden yang tidak
bersetuju. Oleh itu, hasil dapatan menunjukkan bahawa punca gelombang wabak Covid-19
semakin meningkat disebabkan oleh punca pergelutan politik dalam hubungan etnik melalui
pilihan raya yang diadakan di Sabah.

20
II. Punca Perebutan Kuasa Antara Parti Politik

Rajah 2.3: Punca Perebutan Kuasa Antara Parti Politik


Berdasarkan rajah 2.3 di atas menunjukkan bahawa hasil kajian telah mendapati bahawa
majoriti responden setuju mengenai penyebaran wabak Covid-19 yang berpunca daripada
perebutan kuasa antara parti politik. Hal ini demikian kerana, hasil dapatan memperoleh 42
orang iaitu dengan (82%) responden yang setuju, 6 orang iaitu (12%) responden yang kurang
pasti manakala 2 orang iaitu (6%) responden yang tidak setuju. Jelaslah bahawa, perebutan
kuasa antara parti politik tersebut telah menyebabkan pergelutan politik dalam hubungan etnik
di Malaysia berlaku sewaktu pandemik Covid-19.
Bahagian Ketiga (Borang D)

Borang D merupakan bahagian terakhir yang terdapat dalam borang soal selidik. Bahagian ini
mempunyai tiga soalan yang berkaitan dengan peranan serta tanggungjawab pemimpin dalam
menjaga kesejahteraan rakyat demi memastikan keselematan serta kesihatan rakyat terjamin
sewaktu pandemik Covid-19.

I. Peranan Kerajaan

Rajah 2.4: Peranan Kerajaan

21
Bagi soalan ini, hasil analisis mendapati 42 orang (84%) responden bersetuju, 5 orang (10%)
kurang pasti dan 3 orang (6%) responden tidak bersetuju. Majoriti 42 daripada 50 orang
responden bersetuju bahawa peranan kerajaan sewaktu menghadapi krisis kesihatan adalah
sangat penting demi menjaga kesejahteraan dan keselamatan rakyat.
II. Peranan Wakil Rakyat

Rajah 2.5: Peranan Wakil Rakyat


Seterusnya, soalan kedua dalam borang C berkaitan dengan kesan apabila wakil rakyat
memainkan peranan yang sangat penting sehingga boleh menjamin kesejahteraan rakyat. Hasil
dapatan menunjukkan mendapati 39 orang (78%) orang bersetuju, 6 orang (12%) responden
kurang pasti dan 5 orang (10%) responden tidak bersetuju.

III. Tanggungjawab Wakil Rakyat

Rajah 2.6: Tanggungjawab Wakil Rakyat


Soalan berikut merupakan soalan terakhir dalam borang selidik dan soalan tersebut adalah
mengenai pandangan responden berkenaan dengan jika seseorang wakil rakyat di kawasan
mereka menjalankan tanggungjawab dengan sangat baik, mereka akan mengundinya pada
masa akan datang. Melalui dapatan yang diperoleh, menunjukkan 41 orang (82) responden
bersetuju manakala 9 orang (18) responden kurang pasti. Secara keseluruhannya, soalan pada

22
borang C ini menunjukkan responden bersetuju apabila sesebuah kerajaan itu menjalankan
tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan bijak dalam menguruskan krisis kesihatan
dapat menjamin kesejahteraan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Kesimpulannya, kesemua responden menjawab soalan pada setiap bahagian yang telah
diberikan dan berdasarkan hasil dapatan yang diperoleh, menunjukkan keseimbangan dalam
politik dapat menjamin kesejahteraan sesebuah masyarakat tambahan lagi dengan pandemik
Covid-19 yang melanda negara serta memberi impak yang besar terhadap sistem politik,
ekonomi, pendidikan dan sosial. Kerajaan haruslah memainkan peranan dengan sebaiknya
dengan mengambil kira kesihatan dan keselamatan rakyat. Maka, hasil dapatan ini akan
dianalisis berdasarkan soalan yang diberikan untuk mencapai objektif kajian yang telah
ditetapkan.

PERBINCANGAN KAJIAN
Pada tahun 2019, negara dikejutkan dengan berita berkenaan dengan virus baharu iaitu
Coronavirus (Covid-19) dan wabak tersebut merebak dengan cepat ke serata dunia dan
Malaysia tersenarai antara negara yang dikesan dijangkiti pandemik Covid-19 pada Januari
2020. Rentetan daripada penularan wabak tersebut, wabak ini telah memberi kesan yang besar
terhadap kehidupan sejagat, segala aktiviti terhenti dan proses kuarantin diri perlu dilakukan
bagi menghentikan rantaian ini daripada terus berlaku. Antara sektor yang terkesan adalah
sektor ekonomi, pendidikan, pelancongan dan sebagainya dan tidak ketinggalan juga sektor
politik. Pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang besar terhadap keadaan politik di
Malaysia apabila Perdana Menteri telah menghantar surat perletakan jawatan sewaktu negara
sedang dilanda krisis kesihatan dan diganti dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kemelut yang
tercetus adalah parti politik menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai
Perdana Menteri (Berita Harian, 2021).

Menurut Pakar dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam Berita Harian (2021), kesan
yang dapat dilihat daripada pergelutan itu adalah menjejaskan tumpuan terhadap usaha
menangani Covid-19 yang berisiko menyebabkan angka kematian terus melonjak dan rakyat
yang berterusan menjadi mangsa. Manakala menurut Pakar Kesihatan Masyarakat Fakulti
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), percaturan politik berlaku, perhatian, masa
dan wang tidak lagi tertumpu ke arah kebajikan rakyat serta kesihatan awam. Ramai keluarga
yang kehilangan ketua keluarga akibat daripada wabak ini, hilang punca pendapatan kerana
dibuang kerja, wang perbelanjaan untuk menyara keluarga berkurangan sehingga terpaksa

23
menggunakan wang simpanan yang boleh digunakan untuk masa-masa akan datang.
Tambahan, menurut Mohd Azmi (2020) dalam Sinar Harian (2020), kerosakan yang bakal
diterima apabila politik Covid-19 terlalu ditekan adalah rakyat yang akan menderita dan
terpaksa menanggung nasib akibat kerenah orang politik. Oleh hal demikian, perkara ini
meninggalkan kesan yang sangat buruk kepada masyarakat terutama sekali dalam institusi
keluarga itu sendiri akibat daripada lebih menumpukan kepada pergelutan politik dan bukan
pada nasib rakyat.

Berdasarkan hasil borang selidik, 94% responden bersetuju bahawa pergolakan politik
memberi kesan terhadap fizikal, mental dan emosi mereka tambahan dengan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan. Tambahan pula dengan isu sesetengah ahli politik tidak
mematuhi SOP yang telah ditetapkan menyebabkan masyarakat marah dan kesal terhadap
perbuatan tersebut. Berita Harian Online (2021) melaporkan kes bunuh diri meningkat
sebanyak 143 peratus pada tahun 2021 berbanding dengan tahun 2020. Tambahan, hilang
pekerjaan atau sumber pendapatan, berjauhan dengan keluarga telah memberi kesan kepada
sesetengah individu yang berisiko untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk
kemurungan (Dr Noor Norhisham, 2021). Oleh hal demikian, pihak kerajaan serta
pembangkang perlu lebih menumpukan isu untuk membendungan penularan wabak dan bukan
hanya fokus pada konflik politik sahaja sehingga boleh menyebabkan rakyat menjadi mangsa
pergelutan tersebut.

Dalam usaha membanteras gejala penularan COVID – 19 yang melanda di Negara


Malaysia, pelbagai kesan dan cabaran yang dihadapi terutama dari segi politik. Sepanjang
bermulanya PKP iaitu sewaktu pandemik Covid 19 di mana kerajaan Malaysia perlu
membanteras gejala penularan COVID – 19 kemelut politik Malaysia 2020 – 2021 atau
Langkah Sheraton yang memberi kesan kepada Malaysia yang mengakibatkan tiga Negeri iaitu
Johor, Melaka dan Sabah mengalami perubahan dalam Kerajaan Negeri.

Walaupun berlaku pergelutan politik di Malaysia, Bernama (2022) Perdana Menteri


Ismail Sabri Yaakob berkata solidariti Keluarga Malaysia dalam mendepani cabaran dan
dugaan itu, menjadi teras untuk kerajaan memberi fokus terhadap usaha memacu pemulihan
negara supaya rakyat dapat kembali hidup dengan selesa melalui pelbagai strategi yang
dirangka. Selain itu, untuk memperkasakan perpaduan dan mewujudkan keharmonian terhadap
Negara langkah – langkah yang perlu diambil adalah menghayati Rukun Negara iaitu sebagai
agen utama dalam penyatuan masyarakat Malaysia.

24
Berdasarkan hasil borang selidik yang berpunca daripada gelombang ketiga penularan
wabak Covid-19 adalah daripada pilihan raya yang diadakan di Sabah pada 26 September 2020.
Hal ini dikatakan demikian kerana, jumlah kes yang dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan
ke Sabah sejak 20 September sebanyak 235 kes. Hal ini disebabkan oleh, trend peningkatan
tiga angka kes baharu ini sudah tentunya mencemaskan rakyat khususnya. Selain itu,
peningkatan kes yang berlaku ketika ini bukanlah semata-mata berpunca daripada mereka yang
pulang dari PRN di Sabah, namun setiap anggota masyarakat terutama pemimpin politik
diingatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan umum. Menurut Prof
Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, 2020 iaitu merupakan Pensyarah Undang-Undang
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) menyatakan bahawa golongan tersebut perlu
bersikap rasional dan meletakkan kebajikan rakyat sebagai keutamaan berbanding agenda
politik masing-masing. Hal ini dikatakan demikian kerana, "mengadakan pilihan raya apatah
lagi PRU-15 dalam tempoh terdekat ini hanya akan mengundang pelbagai risiko walaupun
garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) mengenai kempen dan proses pengundian
telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, PRN Sabah bukanlah satu-satunya penyebab kepada
berlakunya peningkatan kes COVID-19 yang kembali sehingga menjadi kerisauan rakyat,
namun tidak boleh dinafikan terdapat penularan kes yang berlaku disebabkan mereka yang
terlibat dengan PRN tersebut dalam Berita Harian Online (2020).
Berdasarkan hasil borang selidik yang berpunca daripada penyebaran wabak Covid-19
daripada perebutan kuasa antara parti politik. Hal ini demikian kerana, kajian tersebut
dijalankan oleh satu kumpulan yang kebanyakkan anggotanya di Saw Swee Hock School of
Public Health, Universiti Kebangsaan Singapura. Hal ini dikatakan demikian kerana, tujuan
menjadikan PRN Sabah sebagai kajian kes bagi mentafsir bagaimana perhimpunan ramai
boleh menyebabkan penularan Covid-19. Walau bagaimanapun, Ketua Menteri iaitu Shafie
Apdal telahpun membuarkan DUN serta menggagalkan usaha tersebut dan membuka jalan
untuk PRN diadakan. Namun begitu, dasar yang diubah dengan cepat dan mengehadkan 30
peserta untuk ceramah politik, kadar jangkitan yang tinggi wabak ini serta peningkatan
risiko penularan sudah memadai menyebabkan peningkatan kes pasca-PRN di dalam negeri
meningkat (Malaysia Kini Online, 2021).
Hasil daripada soal selidik juga menunjukkan bersetuju pergelutan politik memberikan
kesan terhadap keharmonian antara masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia. Malah mereka
berpandangan salah satu langkah yang boleh mengatasi perkara berikut adalah pihak kerajaan,

25
wakil rakyat memainkan peranan yang penting dalam menjaga keharmonian politik sewaktu
pandemic Covid- 19.

Umum mengetahui bahawa sewaktu pandemik bermula kerajaan Malaysia ditadbir oleh
parti Perikatan Nasional (PN) iaitu gabungan parti politik rasmi di Malaysia terdiri daripada
Lima (5) parti komponen. Parti ini ditubuhkan rentetan daripada kemelut politik Malaysia.
Sepanjang bermulanya PKP iaitu sewaktu pandemik Covid 19 di mana kerajaan Malaysia perlu
membanteras gejala penularan COVID – 19 kemelut politik Malaysia 2020 – 2021 atau
Langkah Sheraton yang memberi kesan kepada Malaysia yang mengakibatkan tiga Negeri iaitu
Johor, Melaka dan Sabah mengalami perubahan dalam Kerajaan Negeri.

Justeru dengan adanya gabungan politik dimana mempunyai pelbagai pendapat, pihak
kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam keharmonian politik. Sebagai contoh
sewaktu pandemic Covid-19 melanda Malaysia persidangan Parlimen juga ditangguhkan
kerana ketetapan akan Perintah Kawalan Pergerakan dan pengisytiharan darurat PADA 1
0GOS 2021 adalah salah satu Langkah menjaga keharmonian politik sewaktu pandemic Covid
19 sepertimana yang diumumkan oleh Yang di-Pertuan Agong demi menjaga kestabilan dan
keamanan negara (Berita Harian 2021).

Darurat yang diisytiharkan adalah selaras dengan Undang – undang negara dan di
dalam 150 Perlembagaan Persekutuan yang jelas dinyatakan. Sebelum pengisytiharan Darurat,
perebutan kuasa atau perbezaan pendapat disebabkan oleh politik sangat memberi kesan ke
atas rakyata di mana Malaysia menghadapi krisis keselamatan kesihatan yang besar, kehidupan
ekonomi kurang lancar semasa tempoh PKP. Pada masa pengisytiharan darurat ini, rakyat
khususnya boleh Bersama – sama bertenang dan berfikir untuk memilih sebuah kerajaan yang
selayaknya untuk memimpin negara dimana mampu membina keharmonian sosial, kestabilan
politik dan mencapai kemakmuran ekonomi.

26
KESIMPULAN
‘Corona virus 2019’ atau COVID 19 memberi kesan diseluruh dunia malah Malaysia
tidak terlepas daripada wabak tersebut. Bermula pada 18 Mac 2020, perintah kawasalan
pergerakan (PKP /MCO) Kerajaan Persekutuan Malaysia telah melaksanakan perkara berikut
dalam membanteras wabak ini. Dengan perintah kawalan pergerakan ini yang memberi kesan
yang mendalam terdapat sektor ekonomi, sosial dan sebagaimananya.

Malah politik di Malaysia juga tidak ketinggalan menghadapi cabaran, kesan


pergelutan dan untuk mengembalikan keharmonian politik di Malaysia pihak kerajaan, wakil
rakyat dan rakyat perlu memupuk semangat perpaduan terhadap negara terutama sewaktu
pandemik Covid 19 kerana kebanyakan aktivit yang dilakukan amatlah terhad.

Walaubagaimanapun, gelombang politik yang berterusan di Malaysia sedang banyak


diperkatakan, tetapi langkah yang diambil oleh kerajaan PN untuk menangani wabak COVID-
19 adalah melegakan kepada semua orang di Malaysia. Mengambil tindakan cepat dan tegas
untuk menangani wabak itu membantu pentadbiran PN kekal berkuasa semasa tempoh politik
yang goyah.Selain itu, kerajaan PN juga berdepan tekanan daripada Pakatan Harapan (PH)
yang dilihat giat mengatur strategi untuk mendapatkan semula tadbir urus kerajaan. Kerajaan
PN dikatakan kerajaan pintu belakang, tetapi PN berjaya. Dalam membuktikan kepada seluruh
rakyat Malaysia bahawa kerajaan mampu menguruskan ancaman pandemik Covid-19 dengan
jayanya demi kesejahteraan rakyat.

27
RUJUKAN
Ahmad Suhael Adnan. (2020, Mac 3). Patut tangguh sidang dua bulan. Berita Harian Online.
Diperoleh dari
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/661627/patut-tangguh-sidang-
dua-bulan

Ariff Aizuddin Azlan, Mohd Faiz Ismail & Nor Ashikin Mokhtar (2022). Autoritarianisme
Perbandingan: China Dan Malaysia Dalam Politik Covid-19. Vol.7 issue 3.

Azhar Abdul Aziz, Mohd Asmadi Yakob dan Baterah Alias. (2019). Hubungan Etnik: Sejarah
dan Praktis Di Malaysia. Diterbitkan oleh Tech Production. Kuala Lumpur.

BH Online. (2020, Oktober 6). PRU-15? Ambil iktibar PRN Sabah - Penganalisis Politik.
Dimuat turun https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/738853/pru-15-
ambil-iktibar-prn-sabah-penganalisis-politik

Dr Azmizan Abdul Rashid dan Dr Madeline Berma (2021, Mei 22), Kesan Pandemik beri
dimensi baharu kemiskinan Bandar. Berita Harian Online. Diperoleh daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2021/05/819444/kesan-pandemik-beri-
dimensi-baharu-kemiskinan-bandar

Dr. Muhammad Nadzri Mohamed Noor (2021, Ogos 18) PM ke – 9 BERDEPAN CABARAN
POLITIK, PANDEMIC MENUJU PRU – 15. Berita Harian Online. Diperoleh daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2021/08/852624/pm-ke-9-berdepan-
cabaran-politik-pandemik-menuju-pru-15

Ilyas Abdullah & Hairol Anuar Hj Mak Din (2020). Langkah Mendepani Ancaman Pandemik
Covid-19 Di Sebalik Krisis Politik di Malaysia. Kolej Universiti Islam
Selangor. Vol.7, bill.2.

Ilyas Abdullah (2021). Perpaduan Dan Krisis Politik Melayu: Satu Analisis. Universiti
Teknologi MARA. Vol.18, pp.323-333.

28
Junhairi Alyasa (2020, Mac 16) COVID – 19: Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara
bermula 18 Mac. Sinar Harian Online. Diperoleh daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/74100/KHAS/Covid-19/Covid-19-Perintah-
Kawalan-Pergerakan-di-seluruh-negara-bermula-18-Mac

Malaysiakini. (2021, Mei 29). Kajian sahkan PRN Sabah cetus gelombang ketiga penularan
Covid-19. Dimuat turun daripada https://www.malaysiakini.com/news/576610

Mohd Danial Amin Jalini (2021). Mendepani Cabaran Pandemik Covid-19: Adakah Ini Akan
Mengubah Landskap Politik Malaysia? Universiti Malaysia Sarawak.

Mohamed Mustafa Ishak. (2014). Politik Bangsa Malaysia: Pembinaan Bangsa dalam
Masyarakat Pelbagai Etnik. Diterbitkan oleh Intitut Terjemahan & Buku Malaysia.
Kuala Lumpur.

My Metro. (2020, Julai 7). SOP Pelaksanaan Persidangan Parlimen Diluluskan. Diperoleh
daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/597504/sop-pelaksanaan-
persidangan-parlimen-diluluskan

Nur Haziqah Hishamudin (2021). Wabak Covid-19 Meragut Nyawa: Cabaran Dan Kesan
Kepada Masyarakat. Vol.2. No.1.

Prof Madya Dr Mohd Noor Yazid (2020, Oktober 9) Ambil iktibar peningkatan kes COVID-
19 pasca PRN Sabah. Berita Harian Online. Diperoleh daripada
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/10/740020/ambil-iktibar-peningkatan-kes
-covid-19-pasca-prn-sabah

29
LAMPIRAN
Ciri-ciri responden

• JANTINA

Majoriti responden adalah wanita iaitu seramai 36 orang (72%) manakala responden
lelaki pula seramai 14 orang (28%).

• UMUR

Dapatan data yang diperolehi menunjukkan seramai 24 orang (48%) responden yang
berumur 22 hingga 25 tahun, 15 orang (30%) responden berumur 18 hingga 21 tahun, 7
orang (14%) berumur 26 hingga 30 tahun dan 4 orang (8%) responden berumur 31 tahun
ke atas.

30
• STATUS

Hasil analisis menunjukkan seramai 32 orang (64%) responden terdiri daripada kalangan
pelajar, 12 orang (24%) responden daripada kalangan yang telah bekerja, 5 orang (10%)
responden daripada kalangan yang tidak bekerja dan seorang (2%) terdiri daripada kategori
lain-lain.

Pandangan Terhadap Pilihan Raya (Borang A)


SOALAN 1
“Adakah anda mempunyai pengalaman mengundi?”

31
SOALAN 2

“Adakah anda setuju pilih raya diadakan sewaktu pandemik?”

SOALAN 3
“Berdasarkan situasi sewaktu negara mengalami pandemik Covid-19, adakah anda bersetuju
bahawa gelombang ketiga penularan wabak ini berpunca daripada pilihan raya yang diadakan
di Sabah pada 26 September 2020?”

32
Pandangan Responden Terhadap Pergelutan Politik Sewaktu Pandemik Covid-19 (Borang B)
SOALAN 1
“Pada awal pandemik Covid-19 berlaku, Perdana Menteri mengumumkan perletakan
jawatannya dan Yang di-Pertuan Agong telah melantik Muhyiddin Yasin sebagai Perdana
Menteri. Adakah pergelutan politik sewaktu ini memberi kesan terhadap diri anda?”

SOALAN 2
“Adakah anda setuju penyebaran wabak Covid-19 berpunca daripada perebutan kuasa antara
parti politik?”

33
SOALAN 3
“Adakah anda setuju apabila berlakunya pergolakan antara parti politik akan memberi kesan
kepada sektor yang lain seperti ekonomi, pendidikan dan sosial?”

SOALAN 4
“Sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan oleh kerajaan, adakah perintah
tersebut memberi kesan terhadap mental, fizikal dan emosi anda?”

34
SOALAN 5
“Adakah anda setuju jika berlakunya pergolakan antara parti politik akan memberi kesan
terhadap keharmonian antara masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia?”

SOALAN 6
“Pada 1 April 2022, Malaysia telah beralih ke fasa endemik Covid-19. Pada pendapat anda,
adakah anda setuju peralihan fasa ini akan memberi banyak kesan yang baik terhadap politik,
ekonomi, pendidikan dan sosial?”

35
Pandangan Responden Terhadap Peranan Kerajaan Sewaktu Pandemik Covid-19 (Borang C).
SOALAN 1
“Negara diuji dengan penularan Covid-19 yang semakin meninggi, adakah anda setuju bahawa
ketika itu kerajaan memainkan peranan yang sangat penting dalam berhadapan krisis
kesihatan?”

SOALAN 2
Adakah anda setuju peranan wakil rakyat sangat besar dan penting sehingga boleh menjamin
kesejahteraan rakyat?

36
SOALAN 3
“Jika wakil rakyat di tempat anda menjalankan tanggungjawab dengan sangat baik, adakah
anda akan mengundinya pada masa akan datang atau memberi peluang kepada calon yang
lain?”

37

Anda mungkin juga menyukai