Anda di halaman 1dari 71

KERJA KURSUS BERKUMPULAN:

“PENGARUH MEDIA SOSIAL TERHADAP SEMANGAT PATRIOTISME DALAM


KALANGAN MAHASISWA DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA”

TEMA: PATRIOTISME

NAMA SUBJEK : KENEGARAAN PEMBANGUNAN MUTAKHIR MALAYSIA


SEMESTER : 1 (2020/2021)
KOD SUBJEK : UQU10103
NAMA AHLI 1) BALAYOKEE VATHIVELLU (CF200064)
2) ALIA NERINA BINTI AZMIR (AP190458)
3) NURAIN NATASHA BINTI KAMIS (AP190214)
4) NUR ALIA NATHASYA BINTI AZMAN (AP190479)
5) NUR ANIS MISYA BINTI AZMI (AP190488)
6) NUR ASMIDA SHAHIRA BINTI UDA (AP190169)
7) NUR SYAHEERA SYAZWANI BINTI NORDIN(AP190455)
8) NURUL FATIHA BINTI SOHAIMI (AP190160)
9) PRIYATHASHINI A/P S KANAGAMUTHU (AP190209)
10) VASUNTHRA BASKARAN (CF200064)

NAMA PENSYARAH: DR. ZAHRUL AKMAL BIN DAMIN


PENGARUH MEDIA SOSIAL TERHADAP SEMANGAT PATRIOTISME DALAM
KALANGAN MAHASISWA DI UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Abstrak

Kajian ini bertajuk “Pengaruh media sosial terhadap semangat patriotisme dalam
kalangan mahasiswa di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)”. Kajian ini
mengemukakan tiga objektif iaitu (i) menilai kefahaman mahasiswa terhadap
semangat patriotisme, (ii) mengenalpasti kesan media sosial terhadap semangat
patriotisme dan (iii) mengkaji langkah-langkah untuk meningkatkan semangat
patriotisme dalam kalangan mahasiswa di UTHM. Pengumpulan data dikumpul
dengan menggunakan borang soal-selidik melalui platform Google Form bagi kaedah
kuantitatif, manakala kaedah kualitatif pula dijalankan melalui sesi temu-bual melalui
platform Whatsapp dan Google Meet. Seramai 35 orang responden serta 6 peserta
menyertai dalam kajian ini. Data mentah kajian ini diproses menggunakan ‘Microsoft
Excell’ dan dipersembahkan dalam bentuk gambar rajah, graf dan pelaporan. Dapatan
Kajian menunjukkan kesemua peserta menggunakan media sosial dalam kehidupan
seharian dan memahami maksud semangat patriostisme yang mencatatkan 100%
masing-masing begitu juga dengan peserta temu bual. Selain itu, antara kesan media
sosial yang menjadi puncanya semangat patriostime ini luntur ialah anak muda pada
masa kini semakin terdedah dengan trend-trend negara barat yang menyebabkan
budaya negara sendiri dipinggirkan dengan mencatatkan peratusan yang tertinggi
dengan 82.8% secara keseluruhan iaitu seramai 29 orang responden bersetuju
bersertakan 4 orang peserta temu bual. Dapatan terakhir iaitu sekolah hendaklah
memainkan peranan yang penting dengan menerapkan semangat patriotisme dalam
kalangan pelajar melalui aktiviti-aktiviti seperti sukan mahupun kokurikulum
menunjukkan peratusan tertinggi iaitu 100% disokong penuh oleh para responden
malah turut dipersetujui oleh 2 peserta temu bual. Kajian ini adalah penting untuk
diteliti oleh kerana pengaruh media sosial dalam kalangan anak muda dalam negara
kita semakin membimbangkan dan mampu melunturkan semangat patriostisme.
Justeru itu, semangat patriotisme ini hendaklah dipupuk dalam diri anak muda agar
semangat kecintaan negara tidak akan luntur dan mereka mampu menjadi sebuah
generasi yang dapat memperkasakan impian negara.

1
Kata Kunci: Nilai semangat patriostisme, Pengaruh media sosial

Tema Kajian PATRIOTISME

Isu Kajian Pengaruh Media Sosial Di Kalangan Mahasiswa UTHM

Tajuk Kajian Pengaruh Media Sosial Terhadap Semangat Patriotisme Dalam


Kalangan Mahasiswa UTHM

Objektif Kajian 1. Menilai kefahahaman semangat patriotisme.


2. Mengenalpasti kesan media sosial terhadap semangat
patriotisme.
3. Mengkaji langkah-langkah untuk meningkatkan/mengekalkan
semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa.

2
ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN M/S
1 ABSTRAK 1-2
2 ISI KANDUNGAN 3
3 1.0 PENGENALAN 4-5
4 2.0 PERMASALAHAN ISU 6
5 3.0 PERSOALAN KAJIAN 7
6 4.0 OBJEKTIF KAJIAN 7
7 5.0 METADOLOGI KAJIAN 8
8 5.1 REKA BENTUK KAJIAN 8
9 5.2 PERSAMPELAN KAJIAN 8-9
10 5.3 PROSEDUR KAJIAN 9
11 5.4 ANALISIS DATA 9-45
12 6.0 KEPENTINGAN KAJIAN 46-47
13 7.0 CADANGAN 48-49
14 8.0 KESIMPULAN 50-51

3
1.0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Patriostisme didefinisikan sebagai sesuatu
perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Selain itu, patriostisme juga berasal daripada
nama patria dalam Bahasa Latin atau patritha dalam Bahasa Greek yang membawa maksud
kepada kecintaan sesorang dalam memelihara budaya, bangsa dan negaranya. Muhammad
Ali Embi (2009) juga menyatakan bahawa semangat patriostime juga ini hendaklah diberi
penghayatan sedalam-dalamnya oleh setiap warganegara Malaysia. Hal ini kerana, ia
merupakan sesuatu yang agung melibatkan soal keyakinan, kesetiaan, keberanian, kedaulatan
dan jati diri rakyat kepada negara dan kewarganegaraan rakyat Malaysia.
Selain itu, semangat patriostisme juga merupakan nadi kepada kebebasan,
kemerdekaan, kestabilan dan kemajuan negara. Semua rakyat hendaklah sentiasa mempunyai
semangat patriostime kerana dengan mempunyai patriotisme ini dapat melahirkan seorang
marhaen yang akan berkhidmat dengan cekap, yakin dan jujur. Namun untuk memperolehi
semangat patriotisme ini bukanlah mudah diperolehi lebih-lebih lagi daripada golongan belia.
Oleh itu, nilai-nilai patriostisme ini hendaklah dipupuk sejak di bangku sekolah lagi agar
sentiasa subur dalam diri rakyat Malaysia serta generasi pemimpin akan datang yang akan
sentiasa menjadi tonggak utama dalam pembangunan negara dan mengekalkan kemerdekaan
dan keharmonian dalam negara.
Seterusnya, menurut Ku Hasnita (2009) patriostisme sering kali dikaitkan dengan
dengan sikap kesetiaan dan kecintaan dalam negara misalnya individu itu akan dianggap
patriot apabila dia sanggup menggadaikan diri dan maruahnya demi semangat kecintaan
dalam negara yang tinggi. Beliau juga menyatakan bahawa, semangat patriotisme merupakan
nadi kepada kebebasan, kemerdekaan, kestabilan dan kemajuan negara. Jelas sekali,
semangat ini hendaklah diamalkan demi memelihara warisan, budaya, bangsa dan negara
agar tidak dilupakan oleh golongan remaja serta sekaligus negara kita tidak dipandang enteng
oleh negara luar mahupun negara barat.
Kebelakangan ini, semangat patriostisme semakin luntur di dada golongan anak muda
dek terlalu obsesi dengan penggunaan media sosial. Misalnya, sejak zaman kecanggihan
teknologi ini, masyarakat kita terutamanya golongan muda sering saja kali mempercayai
desas-desus berkaitan negara tanpa mencari sumber maklumat yang sahih lalu memuat naik
status di laman Twitter mahupun Facebook untuk membahas dan menghina para pemimpin
negara. Akibatnya, timbul pelbagai fitnah yang dilontarkan kepada pemimpin negara dan

4
negara kita juga akan kucar-kacir dan mampu menghancurkan sesebuah negara. Oleh itu,
penting sekali untuk golongan anak muda ini dipantau aktivitinya dan menggalakkan mereka
untuk menyematkan semangat patriostisme yang tinggi agar mereka lebih menyayangi dan
menghormati para pemimpin negara.
Bukan itu sahaja, masyarakat juga yang terdiri daripada golongan mud aini amat dipengaruhi
oleh media sosial misalnya mereka lebih senang menunjukkan semnagat kenegaraan mereka
di laman sosial dengan memuat naik gambar mahupun status namun tidak kepada fizikal.
Justeru itu, jajahan teknologi dengan penggunaan laman sosial ini tidak boleh dibiarkan
secara meluas hal ini kita takuti ianya akan memenuhi minda golongan muda sehingga
mereka melupakan semangat kenegaraan. Menurut Feride Hikmet (Berita Harian, 2016),
anak muda terlalu selesa kerana lahir dalam sesebuah negara yang aman dan mereka kurang
peduli dengan sejarah tanah air negara. Jadi, hal ini hendaklah dibendung dan pihak ibu bapa
hendaklah memainkan peranan penting begitu juga pihak sekolah dalam mendidik dan
mendedahkan anak-anak tentang sejarah dan tokoh-tokoh dalam negara.
Akhir sekali, pelbagai pihak hendaklah mengambil peranan dalam meningkatkan
penghayatan semangat patriostisme yang tinggi kepada anak muda. Contohnya,
mempergiatkan acara kenegaraan dengan mengadakan kempen negara, lawatan ke tugu
negara atau muzium negara dan mengaplikasikan semula pembelajaran subjek sejarah dan
Pendidikan sivik ke dalam sistem Pendidikan. Hal ini serba sedikit dapat membantu anak
muda untuk meningkatkan semangat patriostisme di dalam dada mereka dan menghayati erti
kemerdekaan.

5
2.0 PERMASALAHAN/ ISU
Kajian mengenai pengaruh media sosial terhadap semangat patriotisme dalam
kalangan anak muda adalah penting. Hal ini kerana, anak muda merupakan tonggak utama
dalam pembinaan negara bangsa dan pembangunan dalam negara. Namun, sejak mengorak
langkah ke arus pemodenan, negara kita telah dijajah oleh teknologi moden misalnya telefon
pintar yang mampu mengakses media sosial untuk masyarakat. Media sosial telah memberi
impak negatif kepada anak muda sehingga melunturkan semangat patriostisme mereka
bahkan anak muda kini sudah tidak mengenali erti patriostisme. Oleh itu, pengkaji mengkaji
sejauh mana pengetahuan yang diperolehi oleh anak muda terhadap semangat patriotisme.

Selain itu, pengaruh media sosial juga banyak memberi kesan yang negatif kepada
anak muda sekiranya disalahgunakan. Antaranya, ialah penggunaan aplikasi Twitter,
Facebook, Instagram mahupun Tiktok menjadi isu utama dalam keruntuhan perpaduan dan
semangat patriostisme yang semakin merundum dan diketepikan oleh anak muda terutama
mahasiswa disebabkan berita dan cerita palsu yang tidak mempunya sumber yang sahih.
Bukan itu sahaja, pengaruh budaya barat serta lagu barat membuatkan anak muda mudah lupa
dengan identiti negara misalnya lagu negaraku disebabkan terlalu obses. Oleh itu, para
pengkaji mengkaji kesan-kesan daripada pengaruh sosial media yang menjadi punca utama
keruntuhan semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa di Universiti Tun Hussein Onn.

Dalam konteks ini juga, pelbagai pihak hendaklah mengambil peranan dalam
meningkatkan semangat patriostisme dalam kalangan anak muda. Justeru itu, para pengkaji
mengkaji pelbagai pihak hendaklah aktif dalam memainkan peranan dalam meningkatkan
semangat patriostisme misalnya Ibu-bapa, pihak kerajaan, pihak sekolah dan pihak NGO. Hal
ini kerana, apabila pelbagai pihak saling bekerjasama antara satu sama lain, semanagat
patriostisme ini dapat digalakkan dan diserapkan dalam jiwa anak muda.

Kepentingan untuk mengkaji kesan pengaruh media sosial terhadap semangat


patriostisme dan Langkah meningkatkan semangat patriostisme ini adalah untuk mengukur
pengaruh sosial media kepada semanagat patriostisme dalam jiwa anak muda serta sejauh
mana tahap kesedaran mahasiswa terhadap semnagat patriostisme pada masa kini. Oleh itu,
kajian ini diharap dapat membantu dalam menghidupkan semula semangat patriotsime dalam

6
jiwa anak muda yang kini menjadi harapan negara dalam pembangunan nusa bangsa dan
negara.

3.0 PERSOALAN KAJIAN


Berdasarkan permasalahan kajian yang dinyatakan, maka persoalan kajian adalah seperti
yang berikut:

3.1 Apakah kefahaman tentang semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa


UTHM?

3.2 Apakah pengaruh negatif media sosial terhadap semangat patriotisme dalam
kalangan mahasiswa UTHM?

3.3 Apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam


kalangan mahasiswa UTHM?

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian dibuat merujuk kepada beberapa tujuan atau objektifnya. Antara objektif tersebut
ialah:

4.1.1 Menilai kefahaman terhadap semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa


UTHM
4.1.2 Mengenalpasti pengaruh negatif media sosial terhadap semangat patriotisme
dalam kalangan mahasiswa UTHM.
4.1.3 Mengkaji langkah-langkah untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam
kalangan mahasiswa UTHM.

7
5.0 METODOLOGI KAJIAN
Menurut kamus dewan edisi ke-4, metodologi kajian bermaksud sistem yang
merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam kegiatan disiplin. Menurut Sabitha
Marican (2005) dan Ahmad Munawar Islamaik dan Mohd Norshahizan Ali (2014),
metodologi merupakan satu kaedah yang digunakan untuk melaksanakan kajian keatas subjek
kajian yang tertentu mengikut disiplin yang teratur. Tujuannya adalah untuk menghasilkan
kajian yang baik. Oleh itu, pengkaji sedaya upaya memanfaatkan teori penyelidikkan tersebut
dalam penghasilan tugasan kursus ini.
Dalam bahagian metodologi kajian, pengkaji akan membincangkan reka bentuk kajian,
persampelan kajian, prosedur kajian dan analisis data bagi menjawab persoalan – persoalan
kajian yang telah dikemukakan lebih awal. Selain itu, metodologi kajian juga boleh
digunakan untuk memastikan objektif utama dalam kajian ini dapat dicapai berdasarkan data
yang sah dan dipercayai.

5.1 Reka Bentuk Kajian


Reka bentuk kajian terdiri daripada dua kaedah iaitu kualitatif dan kuantitatif. Untuk
menjalankan kajian ini, kami telah menggunakan kedua-dua kaedah bagi mendapatkan data
daripada responden. Kaedah kajian yang pertama ialah melalui borang soal selidik secara atas
talian. Bagi kaedah ini, kami memerlukan seramai 30 orang responden yang terdiri daripada
kalangan mahasiswa UTHM untuk menjawab soalan yang terdapat di dalam borang soal
selidik yang diedarkan. Borang soal selidik mengandungi 15 soalan dan mempunyai 3
bahagian iaitu bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C sesuai dalam objektif kajian. Dalam
borang soal selidik ini juga, kami menggunakan skala likert 5 aras iaitu dari Sangat Setuju
sehingga Sangat Tidak Setuju lalu memproses soalan melalui platform Google Form dan
disebarkan melalui aplikasi komunikasi seperti Whatsapp. Selain itu, bagi kaedah kedua pula,
kami akan menggunkan kaedah temubual. Untuk temubual ini, kami akan menemubual
seramai 5 orang peserta yang terdiri daripada kalangan berbagai bangsa dan jantina untuk

8
mendapatkan data dan maklumat yang lebih tepat dalam kajian ini. Untuk menjalankan sesi
temubual ini, kami akan menggunakan aplikasi Google Meet dan Whatsapp.

5.2 Persampelan Kajian


Pada bahagian ini, kami akan mengumpul data menggunakan borang soal selidik
melalui Google form yang akan disebarkan dengan menggunakan aplikasi Whatsapp. Untuk
mendapat data yang mencukupi, kami memerlukan sekurang-kurangnya seramai 30 orang
responden yang terdiri daripada mahasiswa UTHM. Setiap soalan yang ditanya akan
dikaitkan dengan objektif kajian supaya pengkaji mendapat data yang tepat dan menjawab
segala persoalan yang timbul dalam kajian ini.
Bagi mendapatkan data yang lebih tepat, kami juga akan menjalankan sesi temubual
beberapa orang pelajar. Hal ini kerana, dengan adanya sesi temu bual, mahasiswa tersebut
dapat memberi alasan yang kukuh serta dapat membantu dalam memberi cadangan dan
Langkah yang lebih tepat. Mereka juga dapat menyampaikan pendapat mereka dengan lebih
mudah.
Keputusan kajian diproses dengan menggunakan kaedah kekerapan dan penghitungan
peratusan untuk mendapatkan dan membandingkan keputusan daripada kajian soal selidik
dan temu bual. Keputusan dipersembahkan dalam carta pai.

5.3 Prosedur Kajian


5.3 Prosedur Kajian
Prosedur kajian dapat ditakrifkan sebagai cara atau proses sesebuah kajian itu
dijalankan. Sepanjang proses kajian dijalankan, pelbagai kaedah dan instrumen kajian yang
digunakan oleh pengkaji memperoleh objektif yang ingin dicapai. Instrumen yang digunakan
pengkaji dalam memperoleh data adalah melalui temu bual, soal selidik terhadap responden
dan kajian arkib yang dilakukan oleh pengkaji.
Temu bual adalah cara perolehan data secara langsung dengan responden dimana
pengkaji akan mengajukan soalan yang perlu dijawab oleh responden. Manakala soal selidik
pula, adalah perolehan data secara rawak dimana beberapa responden dipilih dan diminta
untuk menjawab soalan yang telah disediakan oleh pengkaji menggunakan skala yang
ditetapkan. Kajian arkib pula perolehan data dan maklumat secara carian pada laman
sesawang, medium pembacaan dan dokumen.

5.4 Analisis Data

9
Data yang terkumpul akan dianalisis dan dikelaskan mengikut senarai tersendiri. Perolehan
data dapat diklasifikasikan kepada dua acara iaitu secara kuantitatif dan secara kualitatif.

SECARA KUANTITATIF
Perolehan data secara kuantitatif bermaksud data tersebut mampu dikira dan
mempunyai nilai. Dalam kajian ini, kami menggunakan Skala Likert 5 aras iaitu Sangat Tidak
Setuju (STS), Tidak Setuju (TS), Kurang Pasti (KP), Setuju (S) dan Sangat Tidak Setuju
(STS). Dengan menggukan skala ini, perolehan data akan dikumpulkan dan nilai purata dapat
diperoleh untuk setiap soalan bagi mendapatkan data yang jitu melalui jawapan daripada para
responden.
Selain itu, pengkaji juga telah menggunakan sumber tambahan untuk dijadikan
rujukan Misalnya, penggunaan internet untuk mencari maklumat dalam laman sesawang dan
begitu juga jurnal yang banyak menjelaskan tentang semangat patriostisme di Malaysia.
Segala maklumat akan diproses dan dimasukkan ke dalam analisis data bagi menyokong
objektif kajian.

Skala Point
Sangat tidak setuju (STS) 1
Tidak setuju (TS) 2
Kurang pasti (KS) 3
Setuju (S) 4
Sangat tidak setuju (STS) 5
Skala Likert 5Aras

SECARA KUALITITATIF

Berbeza dengan data secara kuantitatif, data secara kualitatif adalah data yang
diperoleh dalam bentuk lisan sepert temu bual dan permerhatian terhadap situasi tertentu atau
melalui analisis dokumen sama ada dari arkib atau sumber dokumen yang lain. Data kualitatif
juga ditafsirkan sebagai data yang bukan hadir dalam bentuk nilai. Dalam kajian ini, pengkaji
melakukan temu bual secara tidak formal melalui dalam talian terhadap 5 orang peserta dari
golongan mahasiswa UTHM.

10
BAHAGIAN A: MAKLUMAT DEMOGRAFI
Seramai 35 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah mengambil bahagian dalam membantu menjawab
satu set borang soal selidik yang telah disediakan oleh pengkaji secara “online”. Huraian
analisis latar belakang responden terdiri daripada fakulti, tahun pengajian, kumpulan etnik
dan agama.

Fakulti
BIL FAKULTI PERATUS (%) KEKERAPAN
(orang)
1 FPTP 40 14
2 FKAAB 14 5
3 FSKTM 17 6
4 FKMP 14 5
5 FKEE 9 3
6 FPTV 6 2

Jadual 1: Demografi Fakulti Responden

Fakulti
FPTV
FKEE 6%
9%

FPTP
FKMP 40%
14%

FSKTM
17%
FKAAB
14%

Rajah 1: Demografi Fakulti Responden

11
Jadual 1 dan rajah 1 menunjukkan 6 jenis fakulti yang terdapat di Universiti
Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) iaitu Fakulti Pengurusan Teknologi dan
Perniagaan (FPTP), Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB), Fakulti
Sain Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (FSKTM), Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal Pembuatan (FKMP), Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE)
dan akhir sekali ialah Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV). Fakulti
yang berbeza ini dapat dijadikan profil responden bagi menunjukkan bahawa UTHM
terdiri daripada pelbagai jenis fakulti yang berbeza-beza. Responden yang terdiri
daripada kursus yang berbeza-beza ini dapat memberi pandagan dan kefahaman yang
berbeza dalam kajian ini. Dalam kajian ini, responden yang terdiri daripada FPTP
mempunyai nilai yang tertinggi iaitu seramai 14 orang atau bersamaan 40% manakala
kedua tertinggi terdiri daripada FSKTM iaitu seramai 6 orang atau bersamaan 17%.
Seterusnya, responden yang terdiri daripada FKAAB dan FKMP mempunyai jumlah
responden yang sama iaitu seramai 5 orang atau bersamaan 14%. Responden yang
terdiri daripada FKEE pula seramai 3 orang atau bersamaan 9%. Akhir sekali, fakulti
yang mempunyai responden yang paling rendah ialah FPTV iaitu seramai 2 orang
atau bersamaan 6%. Hal ini kerana, kebanyakkan pengkaji terdiri daripada fakulti
yang sama iaitu FPTP. Majoriti responden juga terdiri daripada rakan-rakan pengkaji
yang membantu dengan mengambil bahagian dalam mengisi borang soal selidik yang
diedarkan bagi menyiapkan kajian ini.

12
Tahun Pengajian
BIL TAHUN PERATUS (%) BILANGAN PELAJAR
PENGAJIAN
(orang)
1 Tahun 1 26 9
2 Tahun 2 51 18
3 Tahun 3 14 5
4 Tahun 4 9 3

Jadual 2: Demografi Tahun Pengajian Responden

tahun pengajian

TAHUN 4
9%
TAHUN 1
TAHUN 3 26%
14%

TAHUN 2
51%

Rajah 2: Demografi Tahun Pengajian Responden


Jadual 2 dan Rajah 2 menunjukkan demografi tahun pengajian responden di
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Terdapat 4 peringkat tahun pengajian
iaitu daripada Tahun 1 hingga Tahun 4. Tahun pengajian yang berbeza dapat
memberikan keputusan yang berbeza. Hal ini kerana, dengan pengalaman yang
berbeza dapat membantu responden memberi jawapan yang lebih tepat dan rasional.
Tahun pengajian juga dapat menunjukkan berapa lama responden tersebut telah
berada di UTHM. Responden yang terdiri daripada Tahun 2 telah mencatatkan nilai
yang tertinggi iaitu seramai 18 orang atau bersamaan 51 peratus manakala bagi

13
responden yang terdiri daripada Tahun 4 mempunyai nilai yang paling rendah iaitu
seramai 3 orang atau bersamaan 9%. Seterusnya, responden yang terdiri daripada
Tahun 1 adalah seramai 9 orang atau bersamaan 26% manakala bagi responden Tahun
3 adalah seramai 5 orang atau bersamaan 14%. Pengkaji lebih mudah untuk
menghubungi pelajar Tahun 2 dan Tahun 1 kerana berkongsi dalam mempelajari
subjek ini bersama berbanding pelajar yang lebih senior iaitu pelajar Tahun 3 dan
Tahun 4 kerana mereka sukar untuk dihubungi kerana kesibukan mereka dalam
melaksanakan tugasan universiti dan sebagainya.
Kumpulan Etnik

BIL KUMPLAN PERATUS (%) BILANGAN


ETNIK PELAJAR
1 Melayu 57.1 20
2 India 17.1 6
3 Cina 11.4 4
4 Iban 11.4 4
5 Bajau 2.9 1

Jadual 3:

kumpulan etnik
Bajau
Iban 2.9%
11.4%

Cina
11.4%

Melayu
57.1%

India
17.1%

Rajah 3: Demografi Responden berdasarkan Kumpulan Etnik


Jadual 3 dan graf 3 diatas menunjukkan demografi kumpulan etnik atau kaum
yang terdapat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Hasil daripada soal
selidik yang dijalankan, menunjukkan responden berbangsa Melayu lebih ramai
berbanding bangsa yang lain iaitu seramai 20 orang atau bersamaan 57.1%.
Kemudian, diikuti dengan kaum India iaitu seramai 6 orang atau bersamaan 17.1%.
Bagi kaum Cina dan Iban, kedua-duanya mempunyai jumlah responden yang sama

14
iaitu seramai 4 orang atau bersamaan 11.4%. Jumlah responden yang paling sikit ialah
kaum Bajau iaitu seramai seorang atau bersamaan 2.9%. Hal ini kerana, UTHM
terletak di Kawasan semenanjung Malaysia manakala kumpulan etnik Bajau
kebiasaanya banyak yang berada di kawasan Sabah dan Sarawak. Perbezaan bangsa
atau kumpulan etnik dapat menunjukkan tiada perbezaan kefahaman antara satu sama
lain. Walaupun mereka terdiri daripada berbilang kaum, semangat patriotisme masih
sama dalam diri masing-masing.

Agama

BI AGAMA PERATUS (%) BILANGAN


L PELAJAR
1 Islam 60 21
2 Hindu 20 7
3 Buddha 11.4 4
4 Kristian 8.6 3

Jadual 4: Demografi Responden berdasarkan Agama

Agama

Kristian Bajau
8.5% 1.0%

Buddha
11.3%

Islam
Hindu 59.4%
19.8%

Rajah 4: Demografi Responden berdasarkan Agama


Berdasarkan jadual 4 dan rajah 4, kajian ini menunjukkan terdapat 4 jenis
agama yang dianuti oleh mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Antaranya ialah agama Islam, agama Hindu, agama Buddha dan agama Kristian.
Hasil analisis daripada kajian ini, majoriti responden terdiri daripada agama islam
iaitu seramai 21 orang atau bersamaan 60%. Kemudian diikuti pula dengan agama
Hindu iaitu seramai 7 orang atau bersamaan 20%. Bagi agama Buddha pula seramai 4
orang atau bersamaan 11.4 peratus. Akhir sekali, agama Kristian menunjukkan nilai

15
yang paling sedikit iaitu seramai 3 orang atau bersamaan 8.6%. Hal ini kerana,
majoriti responden berbangsa Melayu menyebabkan agama Islam mempunyai jumlah
yang paling tinggi berbanding agama lain. Selain itu, penganut agama islam
merupakan penganut agama yang tertinggi yang tinggal di Malaysia malah pelajar
Universiti Tun Hussein Onn yang menganut agama islam juga amatlah tinggi
berbanding penganut agama lain.

BAHAGIAN B: MENILAI KEFAHAMAN SEMANGAT PATRIOTISME


DALAM KALANGAN MAHASISWA UTHM
1) Adakah anda memahami maksud semangat patriotisme?

YA
100%

YA TIDAK

BIL PERNYATAA PERATUS (%) BILANGAN PELAJAR


N
1 YA 100 35
2 TIDAK 0 0

Rajah dan Jadual 1: Soalan 1


Berdasarkan jadual dan carta pai diatas, kesemua responden iaitu sebanyak
100 peratus atau bersamaan 35 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa dan
mahasiswi UTHM menunjukkan bahawa mereka memahami maksud patriotisme.
Selain itu, majoriti responden yang ditemubual mengatakan bahawa mereka juga
memahami maksud patriotisme tersebut. Semangat patriotisme ialah satu perasaan
atau sifat kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara atau tanah air yang
wujud dalam diri seseorang individu (Siti Sarawati Johar, 2020). Mereka yang
mempunyai semangat patriotisme yang tinggi akan membawa kepada kesanggupan
untuk berjuang dan mempertahankan kedaulatan negara tanpa berbelah bahagi. Selain

16
itu, terdapat juga tokoh – tokoh negara yang terdahulu yang dapat dijadikan contoh
kerana sanggup mengorbankan nyawa mereka untuk menegakkan kedaulatan negara
yang kekal sehingga kini. Antaranya ialah Tok Janggut yang merupakan pahlawan
Kelantan, Mat Kilau yang menentang pihak British di Pahang, pahlawan Sarawak
iaitu Rentap dan banyak lagi (Penyelaras iCT, 2013). Para mahasiswa kebanyakkan
telah diberi pendedahan mengenai tokoh-tokoh tersebut di sekolah rendah dalam
subjek Kajian Tempatan dan sekolah menengah dalam subjek Sejarah. Perkataan
patriotisme bukanlah sesuatu yang asing daripada pendengaran kita lagi. Hal ini
kerana, responden juga terdirinya seorang pelajar yang sudah diasuh dan diberikan
pendedahan dengan mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Sivik sejak mereka
dibangku sekolah rendah dan menengah lagi. Hal itu menyebabkan mereka lebih
memahami semangat patriostisme yang lebih mendalam dengan penglibatan dalam
sambutan hari kemerdekaan, pertandingan syair, perarakan dan sebagainya sejak kecil
dan dibangku sekolah lagi.

2) Adakah anda mengetahui maksud-maksud warna yang berada di jalur gemilang?

TIDAK
14%

YA
86%

YA TIDAK

BIL PERNYATAA PERATUS (%) BILANGAN PELAJAR


N
1 YA 86 30
2 TIDAK 14 5

Rajah dan Jadual 2: Soalan 2


Berdasarkan carta pai dan jadual diatas, majoriti responden iaitu seramai 30
orang atau bersamaan 86% menjawab “Ya” bagi soalan diatas. Responden -
responden yang ditemubual juga mengatakan mereka memahami maksud-maksud
warna yang terdapat pada bendera tersebut. Hal ini kerana, sebagai seorang rakyat
Malaysia, kita sentiasa diberikan pengetahuan dan sentiasa diingatkan mengenai

17
warna-warna yang terdapat di bendera Malaysia. Malah terdapat sebuah lagu yang
dicipta oleh Pak Ngah Suhaimi yang bertajuk “Jalur Gemilang”, yang mengandungi
maksud-maksud warna yang terdapat di bendera Malaysia yang sering dinyanyikan
atau dimainkan sewaktu bulan kemerdekaan. Menurut Theinspirasi (2020), lagu ini
juga merupakan lagu yang diciptakan khas untuk bendera Malaysia kerana ianya
mempunyai nilai patriotik yang tinggi menyebabkan ia sering dimainkan pada Hari
Kemerdekaan. Kebiasaannya, lagu ini akan dinyanyikan oleh semua rakyat Malaysia
tanpa mengira bangsa dan umur sambil mengibarkan bendera Malaysia dengan penuh
semangat dan bangga. Selain itu, terdapat juga topik bagi mata pelajaran tertentu yang
mengajar dan menerangkan tentang bendera Malaysia iaitu seperti subjek Pendidikan
Sivik dan Kewarganegaraan yang diajar oleh guru-guru di sekolah. Bendera Malaysia
hanya mempunyai 4 warna iaitu merah, putih, biru dan kuning yang mana
melambangkan semangat yang waja, bersih budi pekerti, perpaduan dan kedaulatan.
Manakala bagi yang menjawab “Tidak” adalah seramai 5 orang atau bersamaan 14%.
Masalah kurang prihatin dan tidak ambil peduli terhadap negara menyebabkan mereka
tidak mengetahui tentang warna-warna yang terdapat di bendera negara sendiri.
Sebagai seorang rakyat Malaysia, kita perlulah bangga dengan negara kita supaya
tidak dipandang rendah oleh negara lain. Selain itu, ia juga cara bagi menghormati
perjuangan pahlawan-pahlwan terdahulu yang sanggup menggadaikan nyawa untuk
menegakkan kedaulatan.

3) Adakah anda tahu apa itu jalur gemilang?

TIDAK
3%

YA
97%

YA TIDAK

BIL PERNYATAA PERATUS (%) BILANGAN PELAJAR


N
1 YA 97 34

18
2 TIDAK 3 1

Rajah dan Jadual 3: Soalan 3


Carta pai dan jadual diatas menunjukkan daripada 35 orang responden
sebanyak 34 orang responden bersamaan 97% menjawab YA manakala sebanyak
1orang responden bersamaan 3% menjawab TIDAK bagi soalan ini.
Majoriti responden menjawab YA kerana mereka tahu apa itu Jalur Gemilang
kerana responden sedia mengetahui perubahan nama bendera negara kita manakala
seorang responden menjawab TIDAK kerana responden itu lebih kenali Jalur
Gemilang sebagai Bendera Malaysia dan ini menunjukkan responden tersebut tidak
mengetahui perubahan nama Bendera Malaysia kepada Jalur Gemilang. Jalur
Gemilang merupakan Bendera Malaysia yang direka oleh Encik Mohamed bin
Hamzah (Laman Web MKN, 2020). Asal Jalur Gemilang bermula pada tahun 1949.
Sebuah pertandingan mereka bentuk bendera dianjurkan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan Tanah Melayu. Pada 23 Februari 1950, Majlis Raja- Raja perakui
bendera ini sebagai pemenang namun telah buat beberapa pindaan dan dikibarkan
buat pertama kali pada 26 Mei 1950 di hadapan Istana Sultan Selangor di Kuala
Lumpur. Pada hari kemerdekaan ke-40 iaitu tahun 1997, dibawah pimpinan Tun Dr
Mahathir Mohamad, nama bendera diubah kepada Jalur Gemilang setelah dikenali
sebagai Bendera Malaysia sejak 1950. Jalur menggambarkan bendera yang mepunyai
14 jalur merah dan putih manakala gemilang gambarkan cahaya, cemerlang dan
terang- berderang (M. (Ed), 2020).

4) Adakah anda menggunakan media sosial dalam kehidupan harian anda?

YA
100%

YA TIDAK

19
BI PERNYATAA PERATUS (%) BILANGAN
L N PELAJAR
1 YA 100 35
2 TIDAK 0 0
Rajah dan Jadual 4: Soalan 4
Carta pai dan jadual diatas menunjukkan daripada 35 orang responden
sebanyak 35 orang responden bersamaan 100% menjawab YA dan sebanyak 0 orang
menjawab TIDAK.
Dalam hal ini, semua responden menjawab YA kerana ini yang mereka
lakukan seharian dan ini menjadi norma baharu sekarang. Pada zaman moden ini,
semua manusia tidak akan meneruskan hari mereka tanpa meluangkan masa mereka
dengan melayari media sosial. Menurut digital influence lab, pada Januari 2019,
sebanyak 25.00 juta bersamaan 78% merupakan pengguna media sosial yang aktif
manakala 24.00 juta bersamaan 74% merupakan pengguna media sosial menggunakan
telefon. Antara lima media sosial paling banyak digunakan oleh pengguna ialah yang
pertama Youtube, Whatsapp, Facebook, Instagram, dan Facebook Messenger (Digital
2019 Malaysia, 2019). Jelaslah pernyataan dalam kajian yang menunjukkan semua
para responden terdedah dengan penggunaan media sosial yang berleluasa dalam
kehidupan harian mereka dan tiada serorang pun yang tidak terdedah dengan
penggunaan media sosial ini.

5) Adakah anda menggunakan media sosial melebihi 6 jam sehari?

TIDAK
23%

YA
77%

YA TIDAK

BI PERNYATAA PERATUS (%) BILANGAN


L N PELAJAR
1 YA 77 27
2 TIDAK 23 8
Rajah dan Jadual 5: Soalan 5

20
Berdasarkan dapatan kajian yang kelima iaitu tentang penggunaan media
sosial oleh kalangan mahasiswa dan mahasiswi UTHM ialah terdapat sebanyak 77%
yang mengakatan mereka menggunakan media sosial melebihi 6 jam sehari dan hanya
23% sahaja yang tidak berbuat demikian. Seramai 27 orang bilangan pelajar yang
mengatakan bahawa mereka pengguna tegar media sosial iaitu melebihi 6 jam sehari
dan bersamaan dengan 77%. Manakala, hanya sebilangan pelajar mahasiswa sahaja
yang tidak menggunakan media sosial melebihi 6 jam sehari iaitu seramai 8 orang
sahaja bersamaan dengan 23% sahaja. Penggunaan media sosial amat penting untuk
kehidupan seharian kita kerana, jika menggunakannya secara berhemah dan
dimanfaatkan dengan betul, pelbagai informasi serta maklumat mampu diperolehi di
media sosial seperti tentang isu-isu semasa di dalam dan di luar negara dan
penggunaan pelbagai aplikasi yang berguna seperti e-book untuk membaca buku
cerita serta melayari laman web akhbar secara talian dan sebagainya.
Menurut akhbar Harian Metro (Isnin, 20 April 2015), membaca bukan saja
terhad dalam bentuk media tradisional seperti buku tapi juga melalui media
elektronik. Rugi jika kita tidak memanfaatkan kebaikan membaca yang boleh diakses
di mana-mana saja kini. Daripada menghabiskan masa hanya dengan bersosial, kita
disarankan mengambil tahu mengenai isu semasa yang berlaku di sekeliling. Kerana
terlalu banyak membazirkan masa bersosial, kita mungkin tidak mendapat
pendedahan isu terkini dan juga isu utama di luar negara. Terdapat banyak aplikasi
yang menyediakan kandungan menarik mengenai isu di luar negara atau tempatan.
Bukankah lebih menarik jika diri kita dilengkapkan serba sedikit mengenai ilmu
saintifik ataupun ilmu sejarah yang belum pernah kita fikirkan. Ia juga bersesuaian
dengan pepatah “Di Hujung Jari” ia bermaksud semua berita dan maklumat pada
zaman kini boleh didapati hanya dengan melayari media sosial sahaja.
Namun begitu, dalam konteks penggunaan media sosial yang kerap akan
mendatangkan ketagihan terutama kepada kanak-kanak. Menurut Suruhanjaya
Komunikasi dan Multimedia Malaysia, sejumlah 50.4 peratus kanak-kanak di negara
ini memiliki telefon pintar pada umur 12 tahun. Manakala 78.8 peratus pengguna
internet terutama kanak-kanak di Malaysia juga mengalami ketagihan Internet.
Keadaan itu amat membimbangkan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu memaikan peranan
yang penting iaitu mereka perlu menyekat penggunaan telefon pintar kepada anak-
anak supaya mereka tidak terikat dengan media sosial semata-mata. Hal ini bagi
mengelakkan perkara yang tidak sewenangnya berlaku seperti, banyak remaja yang

21
mudah terpengaruh dengan media sosial sehingga mereka mempercayai rakan yang
baharu sahaja mereka kenal dengan hanya melalui media sosial.

Selain itu, penggunaan media sosial yang kerap juga merupakan salah satu
punca kemerosotan kesihatan kita. SEBUAH kajian yang dilakukan di sebuah
universiti Amerika Syarikat mendapati bahawa penggunaan media sosial secara
berlebihan berkemungkinan boleh menyebabkan kemurungan. Lapor portal CNET,
kajian University of Pittsburgh mendapati mereka yang sering memeriksa akaun
media sosial mereka, 2.7 kali lebih cenderung untuk mengalami kemurungan
berbanding mereka yang jarang memeriksa akaun media sosial. Ianya kerana,
perasaan cemburu atau iri hati dengan orang lain menyebabkan mereka tertekan dan
mengalami masalah mental.

6) Adakah ketiadaan semangat patriotism dalam kalangan mahasiswa menyebabkan


negara kita dipandang rendah?

TIDAK
9%

YA
91%

YA TIDAK

BI PERNYATAA PERATUS (%) BILANGAN PELAJAR


L N
1 YA 91 32
2 TIDAK 9 3
Rajah dan Jadual 6: Soalan 6
Seterusnya dapatan kajian yang keenam iaitu adakah negara kita akan dipandang
rendah oleh negara lain kerana ketiadaan semangat patriotisme ialah sebanyak 91%
pelajar yang bersetuju dengan pernyataan tersebut dan sebanyak 9% pelajar yang
tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Seramai 32 bilangan pelajar yang

22
bersetuju iaitu bersamaan dengan 91% melebihi pelajar yang tidak setuju iaitu
seramai 3 orang pelajar bersamaan dengan 9% sahaja. Namun begitu, sebagai rakyat
Malaysia yang bergelar golongan Belia dan cinta akan kesejahteraan dan keamanan
negara, kita wajiblah mewujudkan semangat patriotisme yang tinggi dalam diri kita.
Hal ini kerana, jika gugur semangat itu dari diri kita, negara kita tidak akan maju dan
terus mundur kerana akan berlaku pergaduhan antara kaum, perselisihan faham yang
berterusan, mewujudkan suasana yang tidak aman dan sebagainya.

Menurut sumber rujukan daripada Berita Harian oleh Dr Ahmad Zaharuddin Sani
Ahmad Sabri (September 18, 2014) “Tidak dinafikan tugas menjaga keselamatan
negara diterajui sepenuhnya oleh pihak yang berkenaan seperti polis dan tentera.
Namun begitu tanggungjawab ini juga sepatutnya digalas oleh setiap warga negara.
Dengan semangat patriotisme yang tinggi, rakyat akan menjadi semakin peka dan
prihatin terhadap maruah dan kedaulatan negara”. Terbuktilah, dengan kuatnya
semangat patriotisme dalam diri kita, mampu menentukan keamanan negara dan
mengekalkan kemerdekaan yang telah kita kecapi hingga kini sehingga pada masa
akan datang. Kita boleh jadikan negara lain sebagai contoh jika kita tidak menerapkan
nilai patriotisme dalam diri kita seperti negara Mexico dengan masalah dadah dan
negara Thailand dengan konflik berdarah oleh kumpulan ‘Baju Merah’ melawan
‘Baju Kuning’. Kesannya menyebabkan pembangunan ekonomi negara mereka
terencat serta menganggu hubungan baik antara negara.

7) Jika anda terlihat seseorang menyalahgunakan bendera Malaysia, adakah anda akan
menegur tindakan individu tersebut?

23
TIDAK
11%

YA
89%

YA TIDAK

BI PERNYATAA PERATUS (%) BILANGAN PELAJAR


L N
1 YA 89 31
2 TIDAK 11 4
Rajah dan Jadual 7: Soalan 7
Berdasarkan dapatan kajian yang ketujuh iaitu tentang adakah tindakan akan
diambil oleh kalangan mahasiswa dan mahasiswi UTHM jika mereka terlihat
seseorang individu menyalahgunakan bendera Malaysia ialah terdapat sebanyak 89%
yang mengakatan bahawa mereka akan mengambil tindakan dan hanya 11% sahaja
yang tidak berbuat demikian. Seramai 31 orang bilangan pelajar yang mengatakan
bahawa mereka akan mengambil tindakan dan bersamaan dengan 89%. Manakala,
hanya sebilangan pelajar mahasiswa sahaja yang tidak akan mengambil tindakan iaitu
seramai 4 orang sahaja bersamaan dengan 11% sahaja. Kita seharusnya tidak sekali
menyalahgunakan bendera Malaysia dan selalu menhormatinya kerana bendera
Malaysia adalah lambang rasmi dan kedaulatan negara. Bukan itu sahaja, bendera
Malaysia juga boleh membangkitkan semangat patriotik dalam jiwa individu dan
menimbulkan rasa bangga terhadap Negara.
Menurut sumber rujukan daripada Berita Harian oleh Datuk Zainul Rijal Abu
Bakar, Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia, simbol atau lambang
negara seperti bendera, jatanegara dan banyak lagi adalah jati diri negara yang perlu
dihormati dan dipertahan. Ia menandakan identiti negara yang kita ingin kenali. Ia
perlu dihormati oleh bukan sahaja rakyat negara kita tetapi juga orang luar kerana ia
merupakan lambang kepada kedaulatan negara. Penghinaan terhadap lambang negara
mestilah disifatkan sebagai penghinaan kepada negara itu sendiri. Sedihnya simbol
atau lambang negara ini seperti bendera Malaysia yang dikenali sebagai Jalur

24
Gemilang beberapa kali tidak diberi penghormatan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia
sendiri. Kita masih ingat suatu ketika dahulu Jalur Gemilang dikibarkan secara
terbalik dan terkini bukan bendera negara yang dikibarkan dalam upacara rasmi
peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Lumrahnya apabila kesilapan itu berlaku, ada
yang menyalahkan pihak lain supay terlepas daripada sebarang tindakan. Musykilnya
saya golongan ini menyalahkan pihak lain tetapi persoalan saya tidakkah mereka
kenal bendera negara mereka sendiri? Kalaupun pihak lain yang membuat kesilapan
tidakkah mereka sepatutnya dengan pantas memperbetulkan kesilapan ini kerana ia
sangat memalukan.
Dilaporkan pula insiden itu bukanlah kali pertama berlaku tetapi beberapa kali sudah
dilakukan tanpa sebarang tindakan diambil. Sedihnya bukan sahaja Jalur Gemilang
tidak dihormati tetapi ada bendera negeri juga yang diterbalikkan.Apapun tujuan ia
dilakukan ataupun sekadar kesilapan, ia tidak sepatutnya berlaku. Ia sangat
memalukan dan pihak yang menganjurkannya perlu bertanggungjawab sepenuhnya
bukan mengalihkan kesilapan kepada pihak lain.
Permohonan maaf sahaja bagi saya tidak mencukupi kerana ia suatu kesalahan
yang sangat menjejaskan maruah negara. Masakan rakyat sendiri tidak mengenali
bendera kebangsaan mereka. Hal itu belum lagi jika kita meneliti rakyat Malaysia
yang gagal menguasai bahasa kebangsaan. Rakyat yang lebih mementingkan bahasa
asing berbanding dengan bahasa kebangsaan sendiri. Saya percaya tidak ada negara
lain di dunia ini yang ramai rakyatnya tidak menguasai bahasa kebangsaan sendiri.
Perkembangan itu sangat menggusarkan kerana orang Melayu pun sudah ada
yang tidak menguasai bahasa kebangsaan kerana bertutur bahasa asing di rumah.
Bukanlah saya kata kita perlu melupakan bahasa asing atau bahasa ibunda masing-
masing. Penguasaan bahasa kedua dan ketiga memang memberi kelebihan kepada
seseorang. Namun apa yang penting ialah bahasa kebangsaan itu sendiri hendaklah
dikuasai dengan fasih oleh setiap rakyat. Penguasaan bahasa kebangsaan penting bagi
memupuk perpaduan sesama rakyat.
Nama negara juga pernah dinyatakan secara salah dengan meletakkan
perkataan republik baru-baru ini. Penganjur meminta maaf dan mendakwa terdapat
kesilapan di pihak mereka. Namun persoalannya rakyat Malaysia yang mewakili
negara dalam pertandingan tersebut tidakkah tahu Malaysia bukan sebuah republik?
Kenapa tidak beliau enggan memakai selempang tersebut kerana ia bukan negara
Malaysia? Hal ini bukan perkara kecil kerana ia melibatkan maruah negara. Berbalik

25
kepada penyalahgunaan simbol negara seperti Jalur Gemilang, saya menyeru supaya
pihak berwajib menyiasat sepenuhnya motif perbuatan tersebut dan mengambil
tindakan sewajarnya mengikut undang-undang. Mungkin sudah sampai masanya
undang-undang digubal dengan mewujudkan kesalahan-kesalahan secara spesifik bagi
perbuatan yang menghina simbol Malaysia. Mungkin hanya ketika itu barulah
sebahagian rakyat akan menyedari kepentingan simbol negara dan peri pentingnya
kesetiaan kepada negara ini. Lazim kita perhatikan di Malaysia walaupun suatu
kesilapan besar dilakukan ia ditutup dengan permohonan maaf. Beberapa kali insiden
seperti ini berlaku yang memberi natijah membangkit kemarahan rakyat kepada pihak
berkuasa yang dilihat tidak mengambil tindakan sewajarnya. Tampillah dengan
tindakan tegas supaya rakyat dapat melihat keseriusan pihak berkuasa mengembalikan
maruah negara. Saya menghargai beberapa orang menteri Kabinet yang bersuara
dalam isu itu. Namun teguran sebegitu sahaja tidak bermakna tanpa tindakan yang
tegas. Rakyat sudah jelak dengan pelbagai perkara yang tidak masuk akal masih
berlaku di Malaysia

8) Sebagai seorang rakyat Malaysia, adakah anda yakin bahawa anda sudah menghafal
lagu negaraku dan memahami maksud-maksud dalam rukun negara?

TIDAK
9%

YA
91%

YA TIDAK

BI PERNYATAAN PERATUS (%) BILANGAN PELAJAR


L
1 YA 91 32
2 TIDAK 9 3

26
Rajah dan Jadual 8: Soalan 8
Selain itu, kajian kelapan dan juga kajian terakhir berkaitan menilai
kefahaman semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi UTHM
ialah tentang adakah semua orang dapat menghafal lagu negaraku dan memahami
maksud-maksud dalam rukun negara? Melalui kajian ini, terdapat 32 orang bersamaan
91% bilangan pelajar yang mengakatakan mereka dapat menghafal lagu negaraku dan
juga dapat memahami maksud-maksud dalam rukun negara manakala hanya 3 pelajar
bersamaan 9% yang mengakatan tidak. Lagu negaraku harus diafal oleh setiap
individu yang berasal dari Malaysia adalah sebab ia adalah lambang dan identiti kita
sebagai masyarakat Malaysia. Selain daripada itu, setiap masyarakat di Malaysia
seharusnya memahami maksud Rukun Negara ialah kerana dengan memahami Rukun
Negara kita dapat menunjukan semangat ketaatan setia kepda Raja dan Negara.
Berdasarkan Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye, Semua rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum, bangsa dan agama harus hormat lagu Negaraku, Jalur
Gemilang dan lima prinsip Rukun Negara.
“Apa yang saya perhatikan sekarang, kemajuan teknologi maklumat menyebabkan
generasi muda mengabaikan kepentingan ketiga-tiga elemen itu. Kita jangan leka
sehingga rasa cinta pada negara pudar,” katanya kepada BERNAMA di sini, hari ini.
Mengenai penularan video murid sekolah menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku
dalam bahasa Mandarin, Lam Thye berkata, sebarang bentuk perubahan tidak boleh
dilakukan ke atas lagu rasmi itu kerana ia telah diwartakan dalam Akta Lagu
Kebangsaan 1968 dan tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya seperti lagu
hiburan.“Negaraku adalah lagu suci. Maka tidak patut ada pihak cuba persendakan
atau ubah lambang patriotik ini. Lagu ini mesti dinyanyikan di dalam bahasa Melayu
malah versi aslinya adalah dalam bahasa Melayu,” katanya yang juga Pengerusi
Ikatan Komuniti Selamat (IKATAN).
Sekiranya lagu Negaraku diterjemah ke dalam bahasa lain bertujuan
memudahkan pelajar memahami maksud, Lam Thye berkata kaedah itu hanya boleh
dilakukan untuk tujuan pengajaran dan tidak boleh dinyanyikan secara
rasmi.“Kejadian baru-baru ini perlu dijadikan iktibar. Kalau pihak sekolah ingin
menerangkan apa maksud lagu Negaraku dalam bahasa ibunda masing-masing, itu
hanyalah sekadar untuk fahaman mereka sendiri. Tetapi apabila ada majlis mereka
mesti menyanyi dalam bahasa Melayu,” katanya.Lam Thye mengulas video berdurasi
satu minit 23 saat yang menunjukkan murid menyanyikan lagu Negaraku dalam

27
bahasa Mandarin itu didakwa dirakam pada 26 September 2018 di sebuah sekolah di
Seremban, Negeri Sembilan.Aktivis sosial itu juga mengingatkan masyarakat negara
ini supaya tidak terlalu ghairah menggunakan media sosial sebagai medium
menyebarkan maklumat sehingga boleh mencetuskan perbalahan antara kaum di
negara ini.Justeru, beliau menasihatkan setiap tindakan negatif diperbetulkan dan
media sosial digunakan dengan bijak

BAHAGIAN C: MENGENALPASTI PENGARUH NEGATIF MEDIA SOSIAL


TERHADAP SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN MAHASISWA
UTHM.
SKALA LIKERT
Sangat
Tidak Kurang Sangat
Tidak Setuju
Bil Soalan Setuju Setuju Setuju
Setuju
Bi
Bil % Bil % Bil % Bil % %
l
1. Media sosial antara penyebab
lunturnya semangat
patriotisme dalam kalangan 1 14. 25. 45.
2.9 5 9 16 4 11.4
mahasiswa UTHM. 3 7 7

2. Penyebaran budaya negara 2 5.7 2 5.7 6 17. 16 45. 9 25.7


lain menyebabkan semangat 1 6
cinta akan negara semakin
luntur.

28
3. Pengaruh penggunaan
aplikasi seperti Tik Tok,
Instagram dan sebagainya
menyebabkan anak muda 1 14. 25. 22.
2.9 5 9 8 12 34.3
kini semakin kurang 3 7 9
semangat cintakan negara.

4. Anak muda kini terdedah


dengan trend-trend daripada
negara barat menyebabkan
45.
budaya yang diamalkan di 1 2.9 2 5.7 3 8.6 16 13 37.1
7
negara sendiri semakin
kurang diikuti dan
dipraktikkan.
5. Pengaruh media sosial, iaitu
pengaruh lagu-lagu Barat
menyebabkan mahasiswa
mahasiswi UTHM kurang
menghayati lagu-lagu negara 17. 51.
adalah salah satu kesan 1 2.9 2 5.7 6
1
18
4
8 22.9
negatif dalam lunturnya
semangat patriotisme.
Adakah anda setuju?

1) Media sosial antara penyebab lunturnya semangat patriotisme dalam kalangan


mahasisa UTHM.

18
16
16

14

12

10 9

6 5
4
4

2 1

0
Responden

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 1

29
Berdasarkan gambar rajah diatas menunjukkan media sosial merupakan
penyebab lunturnya semangat patriotisme diantara kalangan orang muda lebih-lebih
lagi mahasiswa di UTHM. Pernyataan ini mencatatkan sebanyak 45.7% bersamaan 16
orang responden telah bersetuju dan sebanyak 11.4% (4 orang) yang sangat bersetuju
dengan pernyataan ini. Hal ini kerana, menurut Mohd Izham Unnip Abdullah (25
Disember 2016) pengaruh media sosial banyak mempengaruhi kehidupan sejagat
lebih-lebih lagi ia menjadi salah satu ancaman terhadap pengguna dan menjadi
ancaman perpaduan dalam negara. Berikutan tindakan pihak yang tidak
bertanggungjawab menggunakan platform ini untuk menyebarkan berita tidak benar
yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Hal ini disokong penuh oleh peserta
yang bernama Nur Ismahani daripada Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik,
beliau berpendapat bahawa media sosial menjadi sisi negatif kerana dengan media
sosial inilah rakyat Malaysia sering menviralkan atau menyebarkan perkara yang
tidak benar bahkan mereka juga turut membesar-besarkan hal yang mereka sendiri
tidak tahu kebenaranya. Justeru itu, hal sedemikian mampu memecah-belahkan
perpaduan rakyat Malaysia dan menggugat keharmonian negara. Bukan itu sahaja,
menurut Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri (18 September 2014), beliau
mengatakan budak remaja zaman sekarang kurangnya kesedaran terhadap semangat
patriostisme dek kelalaian dalam kesibukan meluangkan masa dengan media sosial
terlalu lama. Lebih menyedihkan lagi media sosial juga dijadikan sebagai medium
kebebasan mereka untuk bersuara dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka
terhadap pentadbiran negara, mempersoalkan hak Bumiputera serta merendahkan
kekuasaan Raja-raja di Malaysia. Perkara seperti inilah yang amat ditakuti sekiranya
kita mengabaikannya. Hal ini kerana ianya dapat menggugat semangat kecintaan
dalam negara terhadap individu tersebut.
Namun begitu, sebanyak 6 orang responden tidak bersetuju iaitu mencatatkan
17.2% dan sebanyak 9 orang iaitu 25.7% kurang setuju dengan pernyataan ini. Para
responden beranggapan bahawa terdapat kesan positif yang dapat mereka perolehi
dengan menggunakan platform media sosial ini untuk menzahirkan semangat
patriostisme. Peserta temubual iaitu Cik Shazmin Ilyani daripada Fakulti Pengurusan
Teknologi dan Perniagaan (FPTP) juga turut mengatakan bahawa media sosial ini
mempunyai kesan positif dan negatif juga begitu juga dengan peserta yang bernama
Najihah daripada Fakulti Sains Komputer Teknologi Maklumat (FSKTM) yang
mengatakan “tidak sepenuhnya semangat patriotisme ini runtuh disebabkan media

30
sosial. Hal ini kerana, kadang-kadang pihak universiti menggunakan platform media
sosial dalam menghasilkan video-video tentang kemerdekaan”. Melalui Bernama,
Datuk Saifuddin Abdullah selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia (21 Ogos
2020) menyeru anak muda dan masyarakat Malaysia menzahirkan semangat
kemerdekaan dalam platform media sosial serpeti Facebook, Instagram, Twitter dan
sebagainya dengan meraikan sambutan secara kreatif seperti berkongsi gambar, poster
mahupun video tentang kemerdekaan. Hal ini disebabkan Malaysia tidak dapat
meraikan kemerdekaan dan perarakan Hari Kebangsaan disebabkan negara
mengalami pandemik Covid 19 yang mengarahkan masyarakat untuk menjaga jarak
sosial bagi mengelakkan berlakunya penyebaran penyakit berjangkit ini.

2) Penyebaran budaya negara lain menyebabkan semangat cinta akan negara semakin
luntur.

18
16
16

14

12

10 9

8
6
6

4
2 2
2

0
Responden

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 2

31
Berdasarkan graf diatas, hasil dapatan menunjukkan responden amat bersetuju dengan
pernyataan bahawa penyebaran budaya negara lain menyebabkan semangat cinta akan
negara semakin luntur dalam diri anak muda tertutamanya mahasiswa di UTHM. Kira-
kira 71.3% bersamaan 25 orang daripada 35 orang responden bersetuju dan mengakui
pernyataan ini adalah benar. Pernyatan ini jelas mengatakan bahawa penyebaran budaya
negara lain di media sosial mampu melunturkan semangat patriotisme anak muda serta
memberi kesan kepada warisan budaya negara kita. Menurut Bernama (31 Ogos 2017),
Dato Jailani Johari selaku Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia mengatakan
bahawa negara kita telah melonjak kearus permodenan dan perkembangan teknologi
berkembang dari semasa ke semasa yang memberikan impak positif mahupun sebaliknya
terhadap masyarakat. Misalnya, perkembangan teknologi seperti penggunaan media sosial
ini memberi ruang untuk masyarakat lebih terdedah dengan budaya asing secara meluas.
Selain itu, Nadia Fauzi (2017) turut mengatakan dalam kajiannya bahawa 80% kanak-
kanak dan remaja terdedah dengan budaya negara asing yang mengamalkan pergaulan
bebas dan pornografi. Hal ini hendaklah dibanteras dengan segera kerana khuatir akhlak
anak muda ini akan hancur serta merta dan merugikan negara. Seterusnya, kesan
kebebasan media yang sering mepertontonkan keagungan budaya negara asing ini perlu
dilihat secara komprehensif kerana ramai remaja dan anak muda sering terikut dengan
budaya orang lain. Misalnya, negara Korea sering kali mempamerkan keagungan budaya
mereka melalui drama dan lagu yang menjadi ikutan anak muda sehingga mereka
mengatakan mereka mahu menjadi warganegara Korea dan berasa agung dengan budaya
negara asing berbanding di Malaysia. Bukan itu sahaja, anak muda juga sering kali
kagum dan terpengaruh dengan budaya Jepun melalui kartun animasi Manga mahupun
Anime. Kartun animasi daripada Jepun ini sering menjadi ikutan kepda anak muda. Tidak
dinafikan lagi bahawa budaya Jepun menerusi animasi ini disebarkan secara meluas ke
seluruh negara termasuk negara kita Malaysia. Namri Sidek (31 Oktober 2018)
mengatakan populariti budaya bertaraf subkultur Jepun amat terkenal dan memberikan
impak sangat besar dalam pembentukan budaya popular mereka yang kini menjadi ikutan
anak muda. Oleh itu, penyebaran budaya asing secara meluas hendaklah dikawal dengan
segera agar tidak meruntuhkan patriotisme dalam diri anak muda.

32
3) Pengaruh penggunaan aplikasi seperti Tik Tok, Instagram dan sebagainya
menyebabkan anak muda kini semakin kurang semangat cintakan negara.

14

12
12

10
9
8
8

6
5

2
1

0
Responden

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

33
Rajah 3
Berdasarkan kajian yang mengatakan pengaruh penggunaan aplikasi seperti
Tik Tok, Instagram dan sebagainya menyebabkan anak muda kini semakin kurang
semangat cintakan negara, seramai 12 responden bersamaan dengan 34.3% daripada
35 responden sangat setuju dengan kenyataan berikut. Tik tok merupakan aplikasi
yang digunakan oleh anak muda kina bagi pembuatan video pendek. Kini, Tik Tok
berhasil menarik minat anak muda untuk mengaksesnya. Menurut Ratih Rahayu
daripada akhbar Warta Ekonomi Online, Jakarta (2018) kebanyakan pengguna
aplikasi Tik Tok berusia di bawah 18 tahun. Hal ini sudah tentu membahayakan bagi
perkembangan mental generasi penerus bangsa ini. Banyak konten di Tik Tok tidak
layak untuk anak-anak pada masa ini. Hal ini akan mempengaruhi anak muda apabila
mereka terdedah dengan konten-konten tersebut, sekali gus akan menghilangkan rasa
semangat patriotisme dalam diri mereka kerana mereka hanya sibuk memfokuskan
tentang hiburan yang ada dalam aplikasi Tik Tok.
Namun begitu, sebanyak 9 orang responden kurang setuju dengan pernyataan
ini iaitu sebanyak 25.7%. Undian ini juga menunjukkan kedua tertinggi selepas 12
orang responden yang sangat setuju dengan pernyataan ini. Para responden
beranggapan bahawa terdapat kesan positif yang dapat mereka perolehi dengan
pengaruh penggunaan aplikasi seperti Tik Tok, Instagram dan sebagainya. Menurut
Salwa Nizam (Julai 10, 2018), penggunaan teknologi yang canggih dan mudah untuk
digunakan antara penyebab utama Tik Tok menjadi kegilaan ramai. Terdapat banyak
keistimewaan yang boleh digunakan tanpa mengira peringkat umur. Sebagai contoh,
kesan getaran pada video, animasi 3D dan pelekat yang menarik. Selain itu, Tik Tok
juga membolehkan pengguna untuk mengubah wajah dan warna rambut. Namun
begitu, sikap pengguna yang kreatif ini boleh mendatangkan kesan positif apabila
pengguna media massa menggunakan untuk tujuan yang baik seperti menyebarkan
info-info baik tentang negara atau kata-kata semangat cinta akan negara. Oleh itu,
pernyataan tersebut mendatangkan kesan yang negatif dan positif bagi anak muda
kini. Mereka perlu memanfaatkannya

4) Anak muda kini terdedah dengan trend-trend daripada negara barat menyebabkan
budaya yang diamalkan di negara sendiri semakin kurang diikuti dan dipraktikkan.

34
18
16
16

14 13

12

10

4 3
2
2 1

0
Responden

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 4
Berdasarkan kajian yang menunjukkan bahawa anak muda kini terdedah
dengan trend-trend daripada negara barat menyebabkan budaya yang diamalkan di
negara sendiri semakin kurang diikuti dan dipraktikkan. Pernyataan ini mencatatkan
sebanyak 45.7% bersamaan 16 orang responden bersetuju dan sebanyak 37.1% (13
orang responden) yang sangat bersetuju. Selain itu, dapatan kajian kualitatif juga
menunjukkan 4 orang peserta temu bual bersetuju dengan pernyataan ini. Mereka
berpendapat bahawa pengaruh media sosial semakin berleluasa kerana dapat
mengakses trend-trend negara barat kepada anak-anak muda lebih-lebih lagi
mahasiswa. Salah satunya, Cik Najihah daripada FSKTM mengatakan disebabkan
ketaksuban dengan budaya negara barat dan sebagainya, anak muda kini kurang
menghayati budaya negara sendiri. Selain itu, mereka juga gemar mencuba benda
baru dengan mengikuti trend-trend yang tersebar di media sosial. Trend-trend barat
yang terdedah dengan budaya hendonisme ini sering kali menjadi ikutan anak muda
sehingga mereka lupa akan asal usul mereka serta budaya dan warisan mereka. Di
Malaysia, ramai anak muda terjebak dengan trend-trend daripada negara barat seperti
aksi-aksi di dalam filem iaitu memaparkan elemen pergaulan tanpa batasan, seks
bebas, arak, dadah, samseng, pembunuhan kejam, mementingkan diri sendiri dan
memuja harta dan mendengar  lagu yang tidak memberi akhlak kepada anak muda.
Menurut Asrul Adam (2009) trend daripada negara barat yang dapat dilihat di
Malaysia ialah tentang muzik. Muzik di negara kita amat unik dan boleh
diketengahkan ke peringat antarabangsa. Malang sakali, apabila budaya barat
menguasai anak muda, mereka lebih suka mendengar lagu-lagu yang tidak memberi
moral dan faedah kepada mereka. Sebagai contoh, anak muda lebih mahir
35
menyanyikan lagu budaya barat daripada mengaji Al-Quran, terutamanya anak muda
yang beragama Islam. Hal ini akan meruntuhkan keimanan mereka dan mempunyai
kesukaran untuk membaca ayat-ayat Al-Quran. Selain itu, salah seorang daripada
responden yang bernama Ismahani berpendapat anak muda mudah terpengaruh kerana
musik lagu barat agak keras dan lirik lagunya banyak menggunakan perkataan yang
tidak sopan atau lucah. Anak muda senang terikut-ikut dengan budaya tersebut. Jelas
sekali bahawa anak muda kini terdedah dengan trend-trend daripada negara barat
menyebabkan budaya yang diamalkan di negara sendiri semakin kurang diikuti dan
dipraktikkan.

5) Pengaruh media sosial, iaitu pengaruh lagu-lagu Barat menyebabkan mahasiswa


mahasiswi UTHM kurang menghayati lagu-lagu negara adalah salah satu kesan
negatif dalam lunturnya semangat patriotisme. Adakah anda setuju?

20
18
18

16

14

12

10
8
8
6
6

4
2
2 1
0
Responden

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

36
Rajah 5
Akhir sekali , dapatan kajian kelima iaitu mengenai pengaruh media sosial
iaitu pengaruh lagu-lagu barat menyebabkan pelajar UTHM kurang menghayati lagu-
lagu negara kerana sebanyak 51.4% bersamaan dengan 18 responden yang bersetuju
dengan pernyataan tersebut manakala sebanyak 17.1% bersamaan dengan 6 responden
tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Bilangan responden yang setuju lebih tinggi
berbanding dengan responden kurang setuju. Hal ini kerana,anak muda kian leka
dengan hendonisme dan hiburan dari ala barat.
Seperti mana dikatakan oleh salah satu responden dalam sesi temubual
,pengaruh lagu barat membawa dua kesan iaitu positif dan negatif.Dari segi positif ,
lagu barat adalah tentang kita dapat mencungkil bakat anak muda/mahasiswa untuk
menghasilkan musik yang sesuai untuk didengari manakala dari segi negatif ialah
anak muda terpengaruh dengan lirik lagu barat yang mengadungi perkataan
-perkataan ataupun bahasa yang agak keras. Oleh itu,mahasiswa dan mahasiswi
UTHM perlu sedar tentang kepentingan menghayati lagu-lagu negara seperti
negaraku,jalur gemilang dan lain-lain daripada mendengar lagu-lagu barat yang tidak
memupuk semangat patriotisme malah nilah cinta akan negara.

Menurut sumber rujukan daripada Berita Harian oleh Nadia Hamid (Oktober 5 ,
2016) “ Generasi muda pandang remeh Negaraku”.Generasi muda hari ini kurang
menghayati, menghormati dan memandang remeh martabat lagu kebangsaan,
Negaraku serta lagu patriotik.Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor,
berkata kebiadapan golongan muda terhadap lagu kebangsaan jelas kelihatan melalui
sikap mereka apabila tanpa segan silu melakukan aktiviti seperti berbual, bertepuk
tampar, berjalan selain, teragak-agak berdiri tegak ketika Negaraku
berkumandang.Beliau berkata, lagu kebangsaan adalah perkara perlu dibanggakan
seluruh rakyat kerana ia milik rakyat di negara ini tanpa mengira agama, bangsa atau
fahaman politik. "Rakyat negara ini perlu bangga, berdiri menghormati lagu
Negaraku. Amalan menyanyikan lagu kebangsaan terutama ketika berada di temasya
acara luar negara, antara usaha menzahirkan semangat cintakan negara.

37
38
BAHAGIAN D: MENGKAJI LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENINGKATKAN
SEMANGAT PATRIOTISME DALAM KALANGAN MAHASISWA UTHM.
SKALA LIKERT
Sangat
Tidak Kurang Sangat
Tidak Setuju
Bil Soalan Setuju Setuju Setuju
Setuju
Bi
Bil % Bil % Bil % Bil % %
l
1. Ibu bapa perlulah
memainkan peranan di
rumah dan menjadi contoh
yang baik kepada anak-anak 28.
0 0 0 0 1 2.9 10 24 68.6
dalam memupuk semangat 6
patriotisme sejak kecil lagi.

2. Sekolah perlulah
menerapkan semangat
patriotisme dalam kalangan
pelajar melalui aktiviti – 42.
0 0 1 0 0 0 15 20 57.1
aktiviti kokurikulum yang 9
diadakan.

3. Pihak kerajaan hendaklah


memberi inisiatif yang
sewajarnya dalam aktiviti
yang diadakan dan
menerapkan semangat cinta 34.
0 0 0 0 1 2.9 12 22 62.9
akan negara melalui subjek 3
Sivik dan Kewarganegaraan
serta Pendidikan Moral.

4. Media masa perlulah


memainkan peranan dengan
menyiarkan filem-filem
berkaitan sejarah Malaysia, 34.
atau membuat animasi 0 0 0 0 1 2.9 12 22 62.9
3
mengenai tokoh-tokoh
negara.

5. Mengadakan sambutan hari 0 0 0 0 1 2.9 14 40 20 57.1


kemerdekaan secara besar-
besaran di universiti masing-
masing.

39
1) Ibu bapa perlulah memainkan peranan di rumah dan menjadi contoh yang baik kepada
anak-anak dalam memupuk semangat patriotisme sejak kecil lagi.

30

25 24

20

15

10
10

1
0 0
0
Responden

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 6
Antara langkah-langkah,untuk meningkatkan semangat patriotisme ialah ibu
bapa perlulah memainkan peranan di rumah supaya dapat menjadikan contoh yang
baik kepada anak-anak dalam memupuk semangat patriotisme sejak kecil.Seramai 24
responden iaitu bersamaan dengan 68% sangat setuju dan sebanyak 10 responden
iaitu bersamaan dengan 28.6% setuju serta 1 responden sahaja bersamaan dengan
2.9% memilih kurang setuju dengan pernyataan langkah tersebut.Majoriti responden
sangat setuju dengan langkah ini untuk meningkatkan semangat patriotisme.
Menurut artikel, Adun Usukan ( Datuk Japlin Akim ) pada Ogos 10,2019
menyatakan,semangat patriotisme harus dipupuk dari peringkat awal dan
persekolahan,bagaimanapun pendidikan awal di rumah menjadi teras utama dalam
mendidik dan memupuk semangat patriotisme dalam jiwa anak.Ibu bapa ialah
pendidikan utama yang memberi kesedaran dan pendedahan mengenai pengorbanan
generasi terdahulu yang berjuang untuk menuntut kemerdekaan daripada
penjajah.Oleh itu,ia perlu dipupuk dan disemat dalam diri seseorang sejak kecil lagi ,
agar jiwa mereka sejati dengan perasaan itu.Generasi muda perlu memupuk nilai
patriostime sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam jiwa dalam
menghadapi era pasca modenisme.

40
2) Sekolah perlulah menerapkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar melalui
aktiviti – aktiviti kokurikulum yang diadakan.

25

20
20

15
15

10

0 0 0
0
Responden

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 7
Berdasarkan jadual bar, seramai 15 responden persamaan dengan 42.9%
memilih setuju manakala seramai 20 responden persamaan 57.1% memilih sangat
setuju dengan penyataan sekolah perlulah menerapkan semangat patriotisme dalam
kalangan pelajar melalui aktiviti-aktivit kokurikulum yang diadakan. Menurut dapatan
kajian kualitatif, seramai 2 peserta mempersetujui pernyataan ini. Cik Shazmin
daripada FPTP mengatakan sekolah merupakan tulang belakang dalam
memperkasakan semangat patriostisme kedalam diri anak muda misalnya dalam
mempelbagaikan aktiviti kokurikulum disekolah. Hal ini kerana, kita perlulah
melentur buluh dari rebungnya dan sekolah merupakan tempat yang paling sesuai
untuk menerapkan semangat patriotisme dalam diri pelajar. Di sekolah pelbagai
aktiviti yang melibatkan pelajar diadakan. Contohnya, setiap tahun sekolah akan
menyambut Hari Kemerdekaan, guru-guru dan pelajar pelajar akan memasang
bendera di setiap penjuru sekolah, di kelas dan di sekitar kawasan sekolah. Pelajar
yang mempunyai semangat patriotisme pasti akan mempertahankan negara daripada
ancaman musuh pada sepanajang masa dan membolehkan pelajar menghargai pejuang
kemerdekaan selama ini.
Aktiviti Kokurikulum juga telah termaktub dalam Akta Pendidikan 1996
bahawa kokurikulum diwajibkan di semua sekolah. Pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) memainkan peranan penting dalam membantu memupuk semangat

41
patriotisme dalam kalangan pelajar dari bangku sekolah supaya menjadi orang yang
berguna pada masa hadapan. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dianjurkan disekolah
ialah membuat pameran dan tayangan filem berkenaan peristiwa tuntutan
kemerdekaan negara kita supaya pelajar lebih terdedah dengan sejarah negara dan
boleh menambah ilmu pengetahuan serta lebih menghargai tokoh-tokoh kemerdekaan.
Bukan itu sahaja, guru juga boleh merancang satu lawatan yang mnyeronokkan ke
tempat-tempat bersejarah atau Muzium Negara bagi mereka melihat sendiri
manuskrip, alat-alat, gambar dan sebagainya yang telah digunakan semasa sambutan
hari Kemerdekaan. Dengan cara ini, pelajar lebih seronok dan ingin mengetahui
dengan lebih lanjut lagi dan membolehkan meraka merasai susasana hari
kemerdekaan disambut walaupun tidak sama seperti sambutan sebenar namun ia telah
memberi pengalaman yang bermakna.

3) Pihak kerajaan hendaklah memberi inisiatif yang sewajarnya dalam aktiviti yang
diadakan dan menerapkan semangat cinta akan negara melalui subjek Sivik dan
Kewarganegaraan serta Pendidikan Moral.

25
22

20

15
12

10

1
0 0
0
Responden

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 8
Langkah seterusnya ialah pihak kerajaan hendaklah memberi inisiatif yang
sewajarnya dalam aktiviti dan menerapkan semangat cinta akan negara melalui subjek
Sivik dan Kewarganegaraan serta Pendidikan Moral. Seramai 12 responden
persamaan 34.3% memilih setuju dan 22 responden memilih sangat setuju persamaan

42
dengan 62.9% serta 1 responden sahaja bersamaan dengan 2.9% memilih tidak setuju
dengan penyataan langkah tersebut.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mewajibkan Pendidikan
Sivik di setiap sekolah di Malaysia sebagai pendekatan baharu kepada semua pelajar
supaya pelajar didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan kewarganegaraan,
sosioemosi kewarganegaraan dan tindakan kewarganegeraan. Sebagai contoh,
Pendidikan Moral telah memberi impak yang positif dalam diri pelajar kerana dalam
subjek tersebut telah mengajar mereka adab-adab dan moral yang baik sebagai rakyat
Malaysia yang bertamadun. Namun, ada sesetengah responden yang tidak bersetuju
dengan penyataan langkah tersebut. Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana menurut
KPM, pihak mereka mendapat respon yang positif di setiap sekolah di Malaysia yang
melaksanakan Pendidikan Sivik, Kewarganegaraan dan Pendikanan Moral. Ia telah
melahirkan ramai pelajar yang bertanggungjawab, amanah, disiplin, intergriti dan
semangat patriotime yang tinggi.

4) Media masa perlulah memainkan peranan dengan menyiarkan filem-filem berkaitan


sejarah Malaysia, atau membuat animasi mengenai tokoh-tokoh negara.

25
22

20

15
12

10

1
0 0
0
Responden

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 9
Berdasarkan langkah yang keempat iaitu media massa perlulah memainkan
peranan dengan menyiarkan filem-filem berkaitan sejarah Malaysia atau membuat
animasi mengenai tokoh-tokoh negara. Seramai 1 orang responden iaitu bersamaan
2.9% kurang setuju. Manakala seramai 12 orang responden iaitu bersamaan 34.3%
43
setuju dan seramai 22 orang responden iaitu bersamaan 62.4% sangat bersetuju
dengan pernyataan ini. Bilangan responden yang sangat bersetuju lebih tinggi
berbanding setuju dan kurang bersetuju.
Menurut Nik Mohd Saiful W Mohd Sidik (2013) kemajuan teknologi telah
menyebabkan negara menghadapi kebanjiran media baharu yang boleh memberi
pengaruh negatif kepada golongan belia. Hal ini berkemungkinan akan menjejaskan
perpaduan dalam kalangan belia. Oleh itu, media massa perlu memainkan peranan
yang penting pada zaman era ini dengan menyiarkan program yang dapat memupuk
semangat patriotisme dalam laman sosial antaranya seperti laman Facebook, Twitter
dan aplikasi-aplikasi yang boleh dapat memainkan peranan penting dalam
memantapkan perpaduan di kalangan mahasiswa.
Lain daripada itu, media massa juga boleh menyiarkan filem-filem yang
berkaitan patriotik bagi menaikkan semangat kenegaraan. Sebagai contoh, Astro
Gempak setiap tahun akan menyiarkan filem-filem patriotik yang beradaptasi kisah
benar bagi menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia antara filemnya ialah
Leftenan Adnan, Bukit Kepong, Paloh dan lain-lain.
Maka, media massa menjadi tunjang pada era ini untuk menyebarkan lebih
luas mengenai Malaysia agar dapat memupuk perpaduan dalam kalangan mahasiswa.
Hal ini dapat lebih diyakinkan melalui temubual yang dilakukan dalam kalangan
mahasiswa di UTHM iaitu Shazmin Ilyani daripada Fakulti Pengurusan Teknologi
dan Perniagaan bersetuju bahawa media massa perlu memainkan peranan penting agar
tidak menyebarkan propaganda yang boleh menghancurkan keharmonian rakyat
Malaysia

5) Mengadakan sambutan hari kemerdekaan secara besar-besaran di universiti masing-


masing.

44
25

20
20

15 14

10

1
0 0
0
Responden

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju

Rajah 10
Akhir sekali, bagi langkah-langkah yang kelima iaitu mengadakan sambutan
hari kemerdekaan secara besar-besaran di Universiti masing-masing. Seramai 1 orang
responden iaitu bersamaan 2.9% kurang setuju dengan langkah ini. Manakala seramai
14 orang responden iaitu bersamaan 40% setuju dan seramai 20 orang responden iaitu
bersamaan 57.1% sangat setuju dengan langkah ini. Bilangan responden yang sangat
setuju lebih tinggi berbanding dengan bilangan responden setuju dan tidak setuju.
Oleh hal yang demikian, Wan Hamdi (2011) peranan universiti ini dapat
dilihat bukan sahaja dari selepas merdeka malah sebelum merdeka. Hal ini kerana,
pada tahun 1922, Maktab Perguruan Sultan Idris yang terletak di Tanjung Malim,
Perak telah ditubuhkan. Maktab ini merupakan institusi tertinggi yang melahirkan
tokoh-tokoh politik Melayu yang menaikkan semangat dan kesedaran masyarakat
Melayu untuk berjuang menentang penjajah. Contoh tokoh ialah Ibrahin Yaakub.
Oleh itu, semangat patriotik ini telah dipupuk dari sebelum negara ingin mencapai
kemerdekaan lagi.
Seterusnya, semangat patriotik ini diteruskan sehingga negara Malaysia
mencapai kemerdekaan. Setiap tanggal 31 Ogos rakyat Malaysia akan menyambut
Hari Kemerdekaan. Sambutan ini dilakukan dari pelbagai jenis pihak seperti sekolah,
kakitangan awam dan universiti. Justeru, semangat patriotisme ini telah dipupuk dari
sewaktu kita sekolah lagi.
Maka, pihak universiti perlu memainkan peranan dengan mengalakkan
aktiviti-aktiviti yang melibatkan kemerdekaan. Perkara ini telah mendapat persetujuan
daripada responden yang ditemubual iaitu Mohd Afiq daripada Fakulti Kejuruteraan
Alam Bina yang telah memberi candangan untuk meningkatkan patriotisme dalam
45
kalangan mahasiswa seperti mengadakan pertandingan melukis potret dan poster.
Malah pihak universiti juga boleh melakukan teater mengenai tokoh-tokoh dahulu dan
banyak lagi. Hal ini sedikit sebanyak membantu mahasiswa memupuk semangat
patriotisme.

46
6.0 KEPENTINGAN KAJIAN

KEPENTINGAN SEMANGAT PATRIOTISME

1. Meningkatkan mutu negara


Mutu negara dapat dipertingkatkan jika lahirnya mahasiswa yang mempunyai
semangat patriotisme yang tinggi dalam diri. Perkara ini dapat dicapai apabila diri setiap
mahasiswa dipenuhi dan ditanam dengan disiplin ilmu yang tinggi. Ini kerana, apabila
mahasiswa mempunyai ilmu yang tinggi, mereka akan mempunyi kesedaran yang tinggi. Di
samping itu, peningkatan mutu negara juga dapat dikaitkan dengan diri para mahasiswa
dimana mereka akan mempunyai jati diri yang kukuh dan tidak goyah apabila diancam oleh
anasir-anasir serta fahaman dari negara luar yang mampu menggugat kesejahteraan negara.
Jati diri yang mampan mampu membuatkan mahasiswa menonjolkan potensi serta nilai diri
mereka yang mana akan digunakan bagi membangunkan negara supaya negara mampu
dipandang di mata dunia dengan sesuatu yang positif dan membanggakan.

2. Menjamin keseinambungan pembangunan negara


Kepentingan patriotisme juga dapat dikaitkan dengan kesinambungan pembangunan
negara. Setiap negara mempunyai cara yang berbeza-beza bagi mencapai kemajuan supaya
tidak ketinggalan dengan negara lain namun termasuklah Malaysia. Dalam mencapai
kemajuan negara, pelbagai institusi pendidikan tinggi telah dibentuk bagi melahirkan tenaga
kerja mahir serta mempunyai daya pemikiran yang kritis, intelektual yang tinggi bagi
memenuhi misi untuk memajukan negara. Pelbagai latihan diberikan kepada mahasiswa bagi
menyediakan mereka untuk berhadapan dengan dunia realiti dimana mereka merupakan
pemimpin, peneraju dan penentu haluan sesebuah negara. Jiwa mahasiswa dibentuk supaya
dipenuhi dengan kreativiti dan inovasi yang digunakan bagi membangunkan negara.

3. Memupuk semangat cinta akan negara


Pemupukan semangat cinta akan negara dalam diri mahasiswa tanpa mengira agama,
bangsa dan warna kulit perlu dilakukan. Hal ini kerana Malaysia adalah sebuah negara yang
unik dimana Malaysia mempunyai kepelbagaian dalam sistem kemasyarakatan. Berbeza
dengan negara lain, Malaysia mampu mengekalkan kehidupan harmoni dalam kalangan
masyarakat tanpa sebarang isu yang mampu menggugat kesejahteraan negara. Dengan
memupuk semangat ini dalam diri mahasiswa, mereka akan jadikan semangat ini sebagai

47
gaya hidup dan membawa sikap ini sehingga mereka hidup dalam masyarakat dan memasuki
alam pekerjaan.

4. Memupuk perpaduan kaum


Malaysia adalah sebuah negara yang menempatkan pelbagai kaum dan masyarakat yang
pelbagai. Patriotisme dapat mengekalkan serta mampu mengukuhkan perpaduan dalam
kalangan mahasiswa. Ini kerana mereka mempunyai minat serta jati diri yang sama dalam diri
mereka dimana kepentingan negara menjadi objektif utama terhadap mereka dalam
melakukan setiap perkara. Secara tidak langsung, perkara ini akan membentuk mahasiswa
yang mementingkan kesejahteraan dan kepentingan negara tanpa mengira bangsa, agama
mahupun warna kulit. Perpaduan yang terjalin juga akan menjadikan Malaysia sebuah negara
yang harmoni.

5. Menyumbang ke arah pembentukan generasi yang berhemah tinggi dan berakhlak


mulia
Patriotisme juga mampu membentuk dan menghasilkan mahasiswa yang mempunyai
daya saing yang tinggi, berhemah serta berakhlak mulia. Mahasiswa yang berjaya adalah
mahasiswa yang menjadikan nilai patriotisme sebagai salah satu gaya hidup dimana mereka
akan menjadikan ia amalan serta pegangan dalam diri mereka. Dalam pembentukan akhlah
serta daya saing juga dapat dibentuk kerana daya saing yang tinggi dalam diri mereka mampu
memberikan satu lonjakan serta inspirasi kepada mereka bagi menerajui serta memajukan diri
mereka dan secara tak langsung, mereka juga akan membangunkan negara dengan penciptaan
pelbagai teknologi.

48
7.0 CADANGAN

Kesedaran patriotisme sangat penting dan menjadi asas utama dalam usaha
membangunkan negara. Bagi belia atau generasi muda, semangat ini sangat penting kerana
mereka merupakan aset utama dan penting kepada masa depan negara. Semangat patriotik
melalui nilai kasih sayang, perpaduan, hormat-menghormati dan toleransi mesti dibina dalam
diri generasi muda Malaysia. Nilai ini wajar ditanam melalui setiap program atau aktiviti
yang melibatkan belia tidak kira apapun bentuk program. Kita tidak boleh meletakkan unsur
patriotisme pada isu-isu sampingan dalam melaksanakan rancangan tersebut . Maknanya
aspek utama sesuatu program ialah memberi penekanan kepada semangat patriotisme dalam
kalangan peserta yang terlibat. Supaya lebih berkesan, semangat ini mesti disemai pada
semua peringkat umur, bermula dari awal persekolahan hingga ke peringkat dewasa. Keadaan
telah berubah, media arus perdana bukan lagi akan menjadi pilihan utama generasi muda hari
ini kerana ia dibayangi dengan pengaruh media alternatif lain termasuk media sosial seperti
Twitter,Facebook,Blog dan sebagainya. Inovasi dan kepantasan laporan dan model media ini
dapat memberi kesan besar kepada kehidupan anak muda hari ini. Oleh yang demikian,
pihak kerajaan mesti memperbaharui pendekatan media arus perdana supaya mampu menarik
golongan muda kepadanya. Pada masa yang sama, kerajaan harus memanfaatkan
sepenuhnya kelebihan media sosial dalam semua aspek, terutama dalam menanamkan nilai-
nilai positif yang berkaitan dengan patriotisme kepada anak muda di semua peringkat.
Seterusnya, menerbitkan komik, cerpen dan filem yang berbentuk patriotik.Begitu juga
dengan melalui media massa, sama ada bercetak atau elektronik di mana ianya perlu
digerakkan bagi membangkit dan memekarkan semangat patriotisme.Ini dapat dilakukan
dengan menerbitkan komik, cerpen dan filem patriotik.Media elektronik pula perlu selalu
menyiarkan lagu-lagu patriotik, menerbitkan dokumentari tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan
dan meyebar-luaskan semangat patriotisme dalam rancangan yang diterbitkan.Bagi
meningkatkan dan memupukkan semangat patriotik dalam negara, pihak NGO seperti
syarikat penerbitan hendaklah kreatif dalam menerbitkan komik, cerpen, majalah, buku
mahupun filem yang berbentuk patriotik. Misalnya, menerbitkan tentang sejarah tokoh-tokoh
negara, peristiwa penting negara dan pelbagai lagi yang mampu memberi pengajaran dan
moral serta menaikkan semangat patriotik dalam kalangan pembaca dan penonton.

Di samping itu, mengekalkan pendidikan sejarah, pendidikan sivik dan kokurikulum di


sekolah dan Institusi Pendidikan Malaysia.Kementerian Pendidikan hendaklah mengekalkan

49
pendidikan sejarah, pendidikan sivik dan kokurikulum di sekolah mahupun Universiti. Hal ini
kerana, melalui pembelajaran ini generasi muda dapat mengenali tentang negara serta
membentuk jati diri mereka sebagai warganegara Malaysia.Perbincangannya perlu
diperluaskan lagi dengan menekankan kepada perkembangan dan sumbangan tokoh-tokoh
dalam membebaskan tanah air dari penjajahan dan membangunkan negara. Kandungan dan
kaedah pendidikan patriotisme dan penilaian keberkesanan pendidikan patriotisme perlu
dititikberatkan dalam pendidikan di Malaysia. Penyampaian pendidikan berunsur patriotisme
yang statik atau kaku, sudah pasti akan mengundang rasa kebosanan dan mewujudkan situasi
belajar berorientasikan peperiksaan di kalangan para pelajar.
Selain itu, menerusi kegiatan belia Memperkukuhkan Program Khidmat Negara dalam
jangka panjang. Program Khidmat Negara ini memberi impak positif yang amat tinggi
kepada para peserta disebabkan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kenegaraan. Justeru itu,
program ini haruslah dikekalkan dan diperkukuhkan bagi menyematkan semangat patriotik
yang tinggi serta membentuk jati diri anak muda pada masa kini. Kegiatan ini juga boleh
dilakukan melalui program Rakan Muda dan yang utamanya golongan belia bukan
bumiputera digalakkan menyertai pasukan tenteradan polis serta lain-lain pertubuhan yang
bersifat patriotik. Tidak terkecuali juga melalui seminar dan kursus perhimpunan patriotik
belia, proses pembangunan negara dan seumpamanya perlu lagi diperbanyakkan.
Begitu juga dengan penglibatan melalui kegiatan sukan, seni dan budaya hendaklah
digalakkan dan dipergiatkan pada masa kini. Penglibatan anak muda dalam kegiatan sukan,
seni dan budaya hendaklah digalakkan oleh para ibu bapa. Hal ini kerana, anak muda dapat
memperolehi pelbagai manfaat daripada penglibatan sukan, seni dan budaya. Misalnya, anak
muda lebih aktif dan berfikiran positif. Bukan itu sahaja, focus dalam penglibatan kegiatan
sukan, seni dan budaya ini dapat memupuk perpaduan dalam anak muda dan meningkatkan
semangat cintakan tanah air mereka.

50
8.0 KESIMPULAN
Semangat patriotisme perlu disemai dalam kalangan rakyat Malaysia dan bukannya sewatu
di bulan kemerdekaan sahaja. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan bangsa,
tanggungjawab mempertahankan negara mesti dipikul oleh semua rakyat. Semangat
patriotisme semestinya dihayati dan dipupuk sejak anak-anak kecil lagi. Perkara ini
merupakan teras pertahanan negara kerana melalui semangat patriotisme akan lahirnya rakyat
yang cinta akan negara dan sanggup berkorban demi negara tercinta.
Namun begitu, pada era modenisasi, semangat ini kian luntur dalam kalangan rakyat
Malaysia khususnya dalam diri belia. Perubahan teknologi yang semakin canggih dan dunia
tanpa sempadan membuatkan mereka alpa dan mudah terpengaruh daripada anasir-anasir
luar. Oleh itu, satu kajian telahpun dilakukan untuk menjawab segala persoalan tentang
kelunturan semangat patriotism di dalam kalangan remaja. Berdasarkan kajian yang telahpun
dilakukan, pengkaji mendapati salah satu punca ketirisan semangat patriotisme dalam diri
mahasiswa mahasiswi berpunca daripada pengaruh media sosial. Maka, kajian ini dilakukan
untuk mengenalpasti kesan negatif media sosial terhadap mahasiswa dan mahasiswi. Masalah
kelunturan semangat patriotisme ini perlulah diatasi dengan segera sebelum semuanya berada
pada aras yang sukar untuk dibendung. Bagi membendung masalah ini, pengkaji juga turut
menyelidik dan mengkaji langkah-langkah yang wajar diambil.
Pengkaji menggunakan pendekatan kuantitatif untuk menjalankan objektif-objektif kajian
ini. Setelah data diperoleh, pengkaji mendapati pengaruh media sosial memberi kesan yang
negatif kepada responden iaitu sebanyak 82.8% bersetuju bahawa kesan daripda media sosial
telah menyebabkan anak muda masa kini semakin terdedah dengan trend-trend negara barat.
Contohnya, penglibatan diri secara tidak langsung dalam aplikasi tiktok menyebabkan
responden terpengaruh dengan apa yang dipapar. Perkara sebegini menyebabkan anak muda
terbawa-bawa sikap itu di dalam kehidupan sebenar dan cuba untuk mempraktikkannya.
Apabila mereka cuba mempraktikan budaya barat, budaya tempatan yang boleh
menumbuhkan semangat patriotisme dalam diri telahpun dipulaukan. Oleh itu, dalam erti
kata lain punca utama masalah kelunturan semangat patriotik datang dari media sosial yang
semakin tiada sempadan.
Negara akan mengalami kemudaratan sekiranya masalah ini terus berlanjutan.
Walaubagaimanapun, ianya masih dapat diatasi dan dibendung dengan mengambil tindakan
yang sewajarnya. Oleh hal yang sedemikian, dalam kajian yang sama pengkaji turut
mengalpasti langkah yang dapat diambil untuk membendung masalah ini. Berdasarkan

51
dapatan kajian, terdapat satu tindakan yang mencatat peratusan tertinggi iaitu sebanyak 100%
responden bersetuju bahawa pihak sekolah perlulah memainkan peranan penting melalui
aktiviti di sekolah sama ada sukan ataupun kokurikulum. Langkah tersebut adalah bermula
dari tindakan pihak sekolah yang memupuk semangat patriotik melalui aktiviti di sekolah
seperti pertandingan lagu patriotik, pertandingan mewarna jalur gemilang dan sebagainya.
Selain itu, terdapat dua orang responden temubual juga turut menyokong bahawa pihak
sekolah memainkan peranan penting dalam memupuk semangat patriotik dalam diri murid
disamping pihak lain juga turut bersam-sama menjayakannya.
Pengkaji mendapati ketiga-tiga objektif tercapai dan segala persoalan akhirnya
terjawab. Dalam erti kata lain, masyarakat khususnya pihak kerajaan dapat kesedaran
setelah data yang diperoleh membuktikan bahawa pada masa akan datang negara akan
mengalami masalah yang besar sekiranya generasi baru ini tidak memiliki semangat
patrisotisme. Selain itu, pihak yang berkenaan contohnya seperti pihak sekolah juga dapat
mengambil langkah-langkah awal untuk memastikan semangat patriotisme dipupuk di
sekolah tidak mengira bulan kemerdekaan ataupun bukan. Hal ini kerana, didikan sejak
kecil itu akan menjadi benteng kepada anak muda untuk mencegah anasir budaya barat
mempengaruhi mereka. Akhir sekali, pengkaji juga mengharapkan pengkaji yang
seterusnya dapat menambahbaik dalam penyelidikan yang berkaitan dengan isu ini kerana
masa ini pengkaji mengalami kekangan untuk bergerak ke destinasi bagi membuat kajian
lapangan secara pemerhatian.

52
9.0 RUJUKAN
Muhamad Ali Embi. (2009). Kesedaran Patriotik Dalam Kalangan Belia Bandar Di
Semenanjung Malaysia. Jurnal Sosial Ilmu Politik Universitas Hasanuddin, 112.
https://journal.unhas.ac.id/index.php/kritis/article/view/6/6
Ku Hasnita Ku Samsu & Mohd Haizam Mohd Nor. (2009). Semangat Patriotisme Dalam
Kalangan Mahasiswa Bukan Melayu di Institusi Pengajian . Akademika 75.
https://ejournal.ukm.my/akademika/article/view/559/520
Sabitha Marican . (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial . Petaling Jaya, Selangor:
Pearson Prentice Hall.
Ahmad Munawar Islamaik, Mohd Norshahizan. (2014). Kaedah Penyelidikan Sosial
Daripada Perspektif Islam (Cet 2). Selangor: UKM Press.
Siti Sarawati Johar, Fauziah Ani, Harliana Halim, Rosman Md Yusoff, Shahidah Hamzah,
Noranifitri Md.Nor, Zahrul Akmal Damin, Khairunesa Isa, Lutfan Jaes, Ku Hasnan
Ku Halim, Shamsaadal Sholeh Saad, Kahirul Azman Mohd Suhaimy, Md. Akbal
Abdullah, Khairol Anuar Kamri, Adi Syahid Mohd Ali. (2020). Kenegaraan Dan
Pembangunan Mutakhir Malaysia Versi Ke-4. Batu Pahat, Johor: Penerbit UTHM.
Penyelaras iCT. (2013, Jun 27). Tokoh-Tokoh Pejuang Kemerdekaan Malaysia. Diambil
daripada Wordpress.com: https://utmkskptdsite.wordpress.com/2013/06/27/tokoh-
tokoh-pejuang-kemerdekaan-malaysia/
Theinspirasi. (2020, Ogos 16). Lirik Lagu Jalur Gemilang (Lagu Tema Bendera Malaysia).
Diambil daripada Theinspirasi.my: https://theinspirasi.my/lirik-lagu-jalur-gemilang/
SEJARAH PENCIPTAAN JALUR GEMILANG. (2020, September 22). Laman Web MKN.
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2020/09/22/sejarah-penciptaan-jalur-gemilang/
M.(Ed). (2020, October 18). Bendera Malaysia Jalur Gemilang : Maksud Warna dan
Lambang . Diambil daripada Mysumber: https://www.mysumber.com/bendera-
malaysia-jalur-gemilang.html
Digital 2019 Malaysia (January 2019) v01. (2019, Febuari 3). Diambil daripada
Slideshare.net: https://www.slideshare.net/DataReportal/digital-2019-malaysia-
january-2019-v01
Malaysia Digital Marketing Statistics . (2020). Retrieved from Digital Influence Lab:
https://digitalinfluencelab.com/malaysia-digital-marketing-stats/
My Metro (2015, April 20). Manfaatkan Media Sosial. Diambil daripada
https://www.hmetro.com.my/node/45037

53
Dr Ismail Sualman (2019, 3 November). Ketagihan Media Sosial Sudah Serius. Diambil
daripada Sinar Harian:
https://www.sinarharian.com.my/article/55317/KOLUMNIS/Ketagihan-media-sosial-
sudah-serius
Portal CNET (2016, Mac 26). Penggunaan Media Sosial Berlebihan Boleh Menyebabkan
Kemurungan. Diambil daripada Astro Awani: https://www.astroawani.com/gaya-
hidup/penggunaan-media-sosial-berlebihan-boleh-menyebabkan-kemurungan-99869
Dr Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. (2014, September 18). Semangat Patriotisme
Dijiwai, Bukan Sekadar Simbolik . Diambil daripada Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2014/09/6611/semangat-patriotisme-perlu-
dijiwai-bukan-sekadar-simbolik
Datuk Zainal Rijal Abu Bakar. (2019, Disember 01). Penghinaan Kepada Simbol Negara.
Diambil daripada Sinar Harian.com:
https://www.sinarharian.com.my/article/59828/KOLUMNIS/Penghinaan-kepada-
simbol-negara
Tan Sri Lee Lam Thye. (2019, Disember 8). Jangan Persenda Negaraku , Jalur Gemilang
Dan Rukun Negara. Diambil daripada Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/636484/jangan-persenda-
negaraku-jalur-gemilang-dan-rukun-negara
Mohd Izham Hunip Abdullah (2016, 25 Disember). Pengaruh Media Sosial Ancaman
Baharu Perpaduan. Diambil daripada Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/12/227021/pengaruh-media-sosial-
ancaman-baharu-perpaduan-musa
Bernama (2020, 21 Ogos). Tiada Perarakan Hari Kebangsaan, Saifuddin Galak Rakyat
Zahir Patriotisma Di Media Sosial. Diambil daripada Portal Rasmi Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia: https://www.kkmm.gov.my/awam/berita-
terkini/17605-bernama-21-ogos-2020-tiada-perarakan-hari-kebangsaan-saifuddin-
galak-rakyat-zahir-patriotisma-di-media-sosial
Bernama (2017, Ogos 17). Perkembangan Media Sosial Memberi Kesan Kepada Warisan
Budaya. Diambil daripada Astro Awani: https://www.astroawani.com/berita-
malaysia/perkembangan-media-sosial-beri-kesan-kepada-warisan-budaya-152242
Nadia Fauzi. (2017). Penggunaan Media Sosial Dalam Dunia Tanpa Sempadan: Suatu
Kebaikan Atau Keburukan? 2017 Nadia Fauzi, ILKAP.
http://www.ilkap.gov.my/download/kertaspenyelidikan/PMSDDTS18122017.pdf

54
Namri Sidek. (2018, Oktober 31). 8 Budaya Asli Masyarakat Jepun Yang Diterima Pakai
Diseluruh Dunia. . Diambil daripada iluminasi.com: https://iluminasi.com/bm/8-
culture-jepun-yang-diterima-dunia.html
Ratih Rahayu. (2018, Julai 5). Aplikasi Tik Tok dan 5 Bahaya yang Mengancam. Diambil
daripada Warta Ekonomi Online:
https://www.wartaekonomi.co.id/read186408/aplikasi-tik-tok-dan-5-bahaya-yang-
mengancam
Salwa Nizam. (2018, Julai 10). Fenomena Tik Tok Meresahkan Orang Ramai? Ini
Sebabnya... Diambil daripada Deenamik.com:
https://deenamik.com/blog/2018/07/tik-tok-meresahkan-orang-ramai/
Asrul Adam. (2009, November 17). Ancaman Barat Terhadap Sosial Remaja Islam. Diambil
daripada Wordpress.com: https://asrul2adam.wordpress.com/2009/11/17/ancaman-
barat-terhadap-sosial-remaja-islam/
Nadia Hamid. (2016, Oktober 5). Generasi muda pandang remeh Negaraku. Diambil
daripada Berita Harian Online:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/10/199221/generasi-muda-
pandang-remeh-negaraku
Dato Japlin Akim (2019, August 10). Semangat Patriotisme Perlu Diterapkan Kepada
Generasi Muda Diambil daripada Daily express:
http://www.dailyexpress.com.my/news/139111/semangat-patriotisme-perlu-
diterapkan-kepada-generasi-muda-japlin/
Kokurikulum. (n.d.). Diambil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia:
https://www.moe.gov.my/en/education/secondary-school/kokurikulum-pendidikan-
menengah
PELAKSANAAN PENDIDIKAN SIVIK OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
(n.d.). Diambil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia:
https://www.moe.gov.my/soalan-lazim-menu/kurikulum/pelaksanaan-pendidikan-
sivik-oleh-kementerian-pendidikan-malaysia
Nik Mohd Saiful W Mohd Sidik. (2013, Mac). Peranan Media Baharu Dalam Memantapkan
Perpaduan Belia: Satu Pemerhatian Awal. . Diambil daripada ResearchGate.net:
https://www.researchgate.net/publication/313209636_Peranan_Media_Baharu_Dalam
_Memantapkan_Perpaduan_Belia_-_Satu_Pemerhatian_Awal
Wan Hamdi. (2011, April). Peranan Institusi Pendidikan Dalam Melahirkan Kelas
Menengah di Malaysia Sebelum dan Selepas Merdeka. Retrieved from

55
ResearchGate.net:
https://www.researchgate.net/publication/329337787_Peranan_Institusi_Pendidikan_
dalam_Melahirkan_Kelas_Menengah_Melayu_di_Malaysia_Sebelum_dan_Selepas_
Merdeka

56
LAMPIRAN
Bahagian B: Menilai kefahaman semangat patriotisme dalam kalangan mahsiswa Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Objektif
Bil. Soalan Ya Tidak
Bil % Bil %
1. Adakah anda memahami maksud semangat
patriotisme? 35 100 0 0

2. Adakah anda mengetahui maksud-maksud


warna yang berada di jalur gemilang? 30 86 5 14

3. Adakah anda tahu apa itu jalur gemilang?


34 97 1 3

4. Adakah anda menggunakan media sosial


dalam kehidupan harian anda? 35 100 0 0

5. Adakah anda menggunakan media sosial


melebihi 6 jam sehari? 27 77 8 23

6. Adakah ketiadaan semangat patriotism


dalam kalangan mahasiswa menyebabkan
negara kita dipandang rendah? 32 91 3 9

7. Jika anda terlihat seseorang


menyalahgunakan bendera Malaysia,
adakah anda akan menegur tindakan 31 89 4 11
individu tersebut?

8. Sebagai seorang rakyat Malaysia, adakah


anda yakin bahawa anda sudah menghafal
lagu negaraku dan memahami maksud- 32 91 3 9
maksud dalam rukun negara?
TEMUBUAL RESPONDEN

RESPONDEN 1

PENGKAJI : Assalamualaikum, awak. Boleh kenalkan diri?

RESPONDEN : Waalaikumussalam Teha. Nama saya Mohd Afiq daripada Fakulti


Kejuruteraan Alam Bina. Saya pelajar Tahun 2.

PENGKAJI : Saya sekarang menjalankan kajian tentang pengaruh media sosial


terhadap semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa di UTHM
dibawah subjek Nationhood. Pada pendapat anda, apakah kefahaman
anda tentang semangat patriostisme dan pengaruh media sosial terhadap
patriostisme di kalangan mahasiswa?

RESPONDEN : Ermm, Panjang ea soalan. Hahaha. Okay bagi pendapat saya, semangat
patriostisme ini adalah semangat macam cintakan negara. Kita saying
negara kita. Kita hormat negara kita. Kita faham dan tahu tentang
negara kita ah bonus kita sanggup berjuang untuk negara. Dan pengaruh
media sosial ini betullah sangat mengambil peranan dalam hidup
mahasiswa dan tak nafikan lagi saya pun kuat menggunakan media
sosial dan menjadi platform untuk saya share sesuatu.

PENGKAJI : Oh, okay faham. Seterusnya, apakah pendapat Afiq tentang kesan media
sosial terhadap semangat patriostisme sejak menjak ini?

RESPONDEN : Banyak sangat kesan dia. Contohnya pengunaan tiktok weyh. Aduh
matilah anak muda kalau terkena racun tiktok ni. Boleh mempengaruhi
mind akita semua lebih2 pengaruh budaya barat senang disebarkan dan
menjadi ikutan orang ramai. Contohnya adik saya. Terlampau obses
dengan drama korea dan oppa korea.. habis menjadi ikutan dan idolanya
sehingga sanggup mahu pindah ke sana dn menjadi warga korea.

PENGKAJI : Oh okay. Hahahha. Bagaimana dengan pengaruh lagu barat?

RESPONDEN : Tu tak yah cakaplah. Sudah tentu menjadi ikutan. Sampai saya pon
boleh jatuh cinta dengan lagu lagu korea dan lagu international. Malah
lebih teruk saya pun kurang suka dengan lagu melayu atau lagu-lagu
nasional kita.

PENGKAJI : Bagaimana dengan Langkah-langkah yang mesti kita atasi? Anda ada
cadangan?

RESPONDEN : Cadangan saya ialah kita hendaklah mengawal aktiviti harian kita lebih
lebih lagi dalam meluangkan masa dengan sosial media ini. Kita juga
boleh mengidolakan mereka tapi smestinya meletakkan had. Selain itu
juga, pihak uni kena menggalakkan dn mepergiatkan lagi aktiviti
kokurikulum dan mengadakan kempen semnagt cintakan negara..mcm
pertandingan lukis poster atau lukis potret lagenda negara dan banyak
lagi lah.

PENGKAJI : Macam mana pula atasi fitnah kepada negara kita?

RESPONDEN : Ah orang macam nilah kita kena hapuskan. Kena disekolahkan balik.
Pendidikan sivik dan sejarah ini mestilah diterapkan supaya mereka
ingat skit asal usl mereka. pihak media massa hendaklah mengawal dan
memerhati netizen netizen yang kurang ajar dan tidak mempunyai
Pendidikan tinggi macam dorang ni selalu je nak menghina dan
memfitnah lagi nak memburukkan perpaduan negara. Pastu kerajaan
kena menggalakann semangat cintakan negara dan mendorong rakyat
untuk tidak rasis satu sama lain.

PENGKAJI : Fuhh lengkap. Terima kasih Afiq sudi luangkan masa.

RESPONDEN : okay Teha. Thanks.

RESPONDEN 2
PENGKAJI : Selamat petang. Saya Alia Nerina dari Fakulti Pengurusan Teknologi
dan Perniagaan. Boleh saya ambil sedikit masa untuk bertanya beberapa
soalan mengenai kefahaman awak tentang semangat patriotisme?

RESPONDEN : Selamat petang. Nama saya Ismahani Binti Juswadi dari Fakulti
Elektrik dan Elektronik (FKEE). Ya, sudah tentu boleh.

PENGKAJI : Pada pendapat awak, apakah yang awak faham mengenai semangat
patriotisme dan pengaruh media sosial terhadap semangat tersebut
dalam kalangan mahasiswa UTHM.

RESPONDEN : Pada pendapat saya, apa yang saya faham tentang semangat patriotisme
ialah kita ada rasa cinta dan sayang akan negara kita. Selain itu, kita
juga berbangga dengan segala pencapaian oleh negara Malaysia. Secara
personal, media sosial membawa sisi buruk terhadap patriotisme,
terutamanya dalam kalangan mahasiswa. Hal ini demikian kerana
sebahagian daripada mahasiswa, mereka lebih cenderung kepada
aktiviti yang tidak berfaedah dan mereka lebih cenderung kepada
negara barat. Hal ini sekali gus telah melupakan tentang negara kita.

PENGKAJI : Wah. Nampaknya awak faham tentang semangat patriotisme.


Seterusnya apakah pendapat awak tentang kesan media sosial terhadap
semangat patriostisme sejak menjak ini?

RESPONDEN : Pada pendapat saya, ia telah memberi sisi yang negatif kerana kita boleh
lihat pada zaman ini, dengan media sosial berlakunya ‘viral’, di mana
kita rakyat Malaysia ni selalu membesar-besarkan perkara yang kita
tidak pasti kebenarannya. Sama ada sahir atau tidak tetapi mereka
sesuka hati viralkan dan kesanya berlaku seperti perpecahkan perpaduan
rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia ni dah kurang bersatu padu, benci-
membenci antara satu kaum dengan kaum yang lain.

PENGKAJI : Betul. Bagaimana pula dengan pengaruh lagu barat?

RESPONDEN : Pengaruh lagu barat ini membawa dua kesan iaitu positif dan negatif.
Saya secara personal percaya bahawa kesan positif daripada lagu barat
ni adalah tentang kita dapat mencungkil bakat anak muda/mahasiswa
untuk menghasilkan musik yang lebih susuai untuk didengari pada
zaman ini, mengikut peredaran zaman manakala untuk kesan negatifnya
ialah anak muda menggunakan perkata barat yang lucah. Jadi itu tidak
sesuai. Musik lagu barat agak keras bagi anak muda dan mereka mudah
terpengaruh. Penggunaan bahasa tersebut oleh orang barat itu biasa, tapi
untuk warga Malaysia apabila mereka mendengar tu dia menjadi
terikut-ikut dan mudah melontarkan kata-kata lucah terutamanya di
media sosial mahupun di khalayak ramai.

PENGKAJI : Dengan adanya masalah sedemikian, apakah langkah yang boleh


diambil untuk mengatasi masalah tersbut?

RESPONDEN : Antaranya ialah kempen melalui media massa. Ini amat penting kerana
pada zaman ini media massa memainkan peranan yang penting dalam
menyebarkan perkara-perkara seperti ini. Jadi, media massa seperti
television sosial media. Peranan ibu bapa juga penting. Saya percaya
didikan daripada rumah mampu membentuk insan yang berguna pada
suatu hari. Ibu bapa perlu memupuk semangat patriotisme dalam diri
anak mereka sendiri.

PENGKAJI : Okay. Bolehkah awak beri satu cadangan untuk mengatasi masalah ini?

RESPONDEN : Saya cadangkan pihak rangkaian television untuk mengadakan atau


memperbanyakkan lagi program yang dapat memupuk semangat
patriotisme dalam kalangan mahasiswa dan orang ramai. Jangan hanya
mengadakan program atau aktiviti yang lebih berunsurkan kepada barat.

PENGKAJI : Okay, terima kasih atas masa awak.


RESPONDEN : Sama-sama Alia.
RESPONDEN 3

PENGKAJI : Assalamualaikum saudari, Nama saya Nur Anis Misya Binti Azmi.
Saya wakil kumpulan saya daripada kelas subjek Kenegaraan Seksyen
14. Saya ingin menemu bual saudari mengenai kefahaman semangat
patriotisme dalam kalangan mahasiswa UTHM. Boleh perkenalkan diri?

RESPONDEN : Waalaikumsalam, okay terima kasih Misya. Nama saya Shazmin Ilyani.
Saya pelajar tahun 2 daripada Fakulti Pengurusan Teknologi dan
Perniagaan (FPTP).

PENGKAJI : Okay. Soalan pertama saya ialah, adakah anda memahami maksud
semangat patriotisme?

RESPONDEN : Bagi saya ya. Tapi untuk kefahaman maksud semangat patriotisme itu,
ia bergantung kepada kefahaman masing-masing jugak lah.

PENGKAJI : Baiklah. Seterusnya, adakah anda memahami maksud-maksud warna


yang berada di Jalur Gemilang?

RESPONDEN : Iya saya.

PENGKAJI : Adakah anda tahu Jalur Gemilang yang dimaksudkan itu apa?

RESPONDEN : Ya. Saya tahu. Ianya merupakan bendera negara kita iaitu Malaysia.

PENGKAJI : Adakah anda menggunakan media sosial dalam kehidupan harian anda?

RESPONDEN : Ya saya.

PENGKAJI : Adakah anda rasa anda menggunakan media sosial melebihi 6 jam
sehari?

RESPONDEN : Iyaa. Betul tu. Saya rasa saya ambil masa selama 7 ke 8 jam di media
sosial seperti Instagram dan Tiktok.

PENGKAJI : Pada pandangan anda, adakah ketiadaan semangat patriotisme dalam


kalangan mahasiswa akan menyebabkan negara kita dipandang rendah
oleh negara lain?

RESPONDEN : Bagi saya ya.

PENGKAJI : Jika anda terlihat seseorang menyalahgunakan bendera Malaysia,


adakah anda akan menegur Tindakan individu itu atau anda hanya
melihat sahaja?

RESPONDEN : Jika saya ternampak depan mata saya sendiri, saya akan menegur
tindakan individu tersebut. Kerana bendera kita merupakan lambang
kehormatan negara kita.

PENGKAJI : Sebagai seorang rakyat Malaysia, adakah anda yakin bahawa anda
sudah menghafal lagu negaraku dan memahami maksud-maksud dalam
rukun negara?

RESPONDEN : Ya.Sejak dari kecil saya dididik untuk mengahafal lagu negaraku dan
diberitahu maksud-maksud rukun negara.

PENGKAJI : Okay. Kita masuk ke bahagian yang seterusnya iaitu mengenalpasti


pengaruh negatif media sosial terhadap semangat patriotisme dalam
kalangan mahasiswa.
Adakah anda setuju bahawa media sosial ni menyebabkan semangat
patriotisme semakin luntur?

RESPONDEN : Bagi saya, saya setuju. Sebab media sosial ni ada baik dan buruknya
juga.

PENGKAJI : Okay soalan seterusnya, penyebaran budaya negara lain, menyebabkan


semangat cinta akan negara semakin luntur. Setuju atau tidak?

RESPONDEN : Bagi saya tidak setuju.

PENGKAJI : Pengaruh penggunaan aplikasi seperti tiktok atau Instagram akan


menyebabkan anak muda kini semakin kurang semangat cinta akan
negara sendiri. Anda setuju atau tidak?

RESPONDEN : Sangat Setuju. Bagi saya, penggunaan aplikasi tersebut adalah meluas.
Banyak perkara yang mereka akan belajar. Anak muda sekarang gemar
mencuba sesuatu yang baru lebih-lebih lagi yang menjadi trend di
negara lain.

PENGKAJI : Seterusnya, pengaruh media massa dan penyebaran lagu-lagu barat


merupakan salah satu kesan negatif yang menyebabkan semngat
patriotisme semakin luntur. Adakah anda setuju?
RESPONDEN : Saya sangat setuju dengan penyataan tersebut.
PENGKAJI : Adakah anda setuju bahawa ibu bapa perlu memainkan peranan yang
penting dan menjadi contoh yang baik dalam memupuk semangat
patriotisme sejak kecil lagi.
RESPONDEN : Saya setuju. Sebab kanak-kanak akan mengikuti perkara yang dilihat
dan diajar. Jika dari kecil mereka dididik untuk cinta akan negara
sendiri, mereka akan bangga dengan negara sendiri.

PENGKAJI : Okay.. adakah anda rasa pihak sekolah juga perlu memainkan peranan
dengan mengadakan aktiviti-aktiviti kokurikulum seperti mengadakan
sambutan hari kemerdekaan dan sebagainya. Setuju?

RESPONDEN : Ya. Saya setuju. Kerana sekolah juga perlu memainkan peranan yang
besar dan menjadi tulang belakang untuk anak muda dalam membentuk
mereka untuk memupuk dan meningkatkan semangat kecintaan negara
melalui aktiviti kokurikulum.

PENGKAJI : Adakah anda rasa media massa perlulah sentiasa memaparkan cerita-
cerita yang berkaitan dengan sejarah dan menggunakan animasi untuk
menarik minat ramai pihak?

RESPONDEN : Ya saya setuju. Media massa juga kalua boleh jangan sebarkan
propaganda kerana ianya akan menhancurkan keharmonian rakyat
Malaysia.

PENGKAJI : Soalan terakhir saya, adakah anda rasa dengan smabutan hari
kemerdekaan di peringkat universiti juga dapat meningkatkan semangat
patriotisme?

RESPONDEN : Ya. Saya setuju. Sebab sejak dari sekolah lagi kita dididik untuk
menyambut hari kemerdekaan. So bagi saya tiada masalah pun untuk
teruskannya di peringkat university juga.

PENGKAJI : Okay. Tamat sudah sesi temubual kita. Terima kasih Shazmin.

RESPONDEN : Sama-sama Misya.


RESPONDEN 4

PENGKAJI : Assalamualaikum. Nama saya Nur Syaheera Syazwani Binti Nordin.


Saya daripada Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP).
Saya ingin mengkaji tentang semangat patriotisme dalam kalangan
mahasiswa dan mahasiswi UTHM untuk subjek Kenegaraan. Harini
saya Bersama dengan Nur Atikah Binti Khamis. Sila perkenalkan diri
anda.

RESPONDEN : Nama saya Nur Atikah Binti Khamis. Saya merupakan pelajar Tahun 2
daripada Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB).

PENGKAJI : Adakah anda memahami maksud semangat patriotisme?

RESPONDEN : Ya saya.

PENGKAJI : Adakah anda tahu apa itu Jalur Gemilang?

RESPONDEN : Tahu. Jalur Gemilang ialah nama lain bagi bendera Malaysia.

PENGKAJI : Adakah anda menggunakan media sosial dalam kehidupan harian anda?
Jika anda guna, adakah ianya melebihi 6 jam sehari?

RESPONDEN : Ya. Lebih kurang begitu.

PENGKAJI : Pada pendapat anda, adakah media sosial antara penyebab lunturnya
semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa UTHM?

RESPONDEN : Saya rasa tidak.

PENGKAJI : Okay. Adakah anda rasa benar mengenai anak muda kini yang terdedah
dengan trend-trend daripada negara barat menyebabkan budaya yang
diamalkan di negara kita semakin kurang diikuti dan dipraktikkan.

RESPONDEN : Saya rasa benar.

PENGKAJI : Sebagai seorang rakyat Malaysia, adakah anda yakin bahawa anda
sudah menghafal lagu negaraku dan memahami maksud – maksud
dalam rukun negara?

RESPONDEN : Saya yakin bahawa saya sudah menghafal lagu negaraku. Tetapi saya
kurang pasti samada saya memahami maksudnya atau tidak.

PENGKAJI : Kalau begitu, sampai sini sahaja temubual kita hari ini. Terima kasih
kerana sudi meluangkan masa anda.

RESPONDEN : Sama-sama.
RESPONDEN 5

PENGKAJI : Hai, Assalamualaikum. Nama saya Nurain Natasha. Saya daripada


Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP). Saya ingin
menemu ramah tentang pengaruh media sosial terhadap semangat
patriotisme dalam kalangan mahasiswa UTHM. Apa yang anda faham
mengenai semangat patriotisme?

RESPONDEN : Waalaikumsalam. Nama saya Najiha. Saya daripada fakulti FSKTM.


Apa yang saya faham ialah ia meurapakan semangat cinta akan negara
kita, cinta kepada bangsa kita. Contohnya apabila berlaku sesuatu
perkara, kita kan pentingkan negara kita berbanding negara lain. Kita
juga ambil berat terhadap pencapaian negara kita.

PENGKAJI : Adakah anda menggunakan media sosial dalam kehidupan harian anda
dan melebihi 6 jam sehari?

RESPONDEN : Ya. Biasanya saya akan gunakan media sosial maksimum 9 jam sehari.

PENGKAJI : Apakah pandangan anda tentang ketiadaan semangat patriotisme


menyebabkan negara kita dipandang rendah.

RESPONDEN : Ketiadaan semangat patriotisme dalam kalangan mahasiswa akan


menyebabkan negara kita dipandang rendah. Contohnya, apa yang saya
Nampak, apabila hari kemerdekaan tiba, ramai mahasiswa yang tidak
bersemangat untuk menyambut hari kemerdekaan dengan cara yang
betul. Mereka juga lebih menggunakan cara yang moden.

PENGKAJI : Okay. Soalan seterusnya, jika suatu hari nanti, anda terlihat seseorang
telah menyalahguna bendera Malaysia. Apakah tindakan anda? Adakah
anda akan menegur atau tidak kesah.

RESPONDEN : Saya akan menegur individu tersebut. Hal ini kerana, bendera Malaysia
merupakan simbolik kejayaan negara kita dalam mencapai
kemerdekaan setelah dijajah oleh negara luar. Menyalaguna bendera
Malaysia merupakan perkara yang tidak patut dilakukan oleh mana-
mana individu.

PENGKAJI : Sebagai seorang rakyat Malaysia, adakah anda yakin bahawa anda
sudah menghafal lagu negaraku dan memahami maksud-maksud dalam
rukun negara?

RESPONDEN : Ya betul. Saya sudah mengahafal dan memahami maksudnya.

PENGKAJI : Pada pendapat anda, adakah media sosial ini menyebabkan semangat
patriotisme semakin luntur dalam kalangan masyarakat mahasiswa di
UTHM.

RESPONDEN : Pada pendapat saya, ianya tidak sepenuhnya menyebakan semangat


patriotisme semakin luntur. Hal ini kerana, kadang-kadang, pihak
universiti akan menjadikan media sosial sebagai platform untuk para
pelajar menghasilkan video-video tentang kemerdekaan.

PENGKAJI : Bagaimana pula dengan faktor penyebaran budaya lain yang


menyebabkan semangat cinta akan negara semakin luntur.

RESPONDEN : Penyebaran budaya negara lain boleh menyebabkan kelunturan


semangat cinta akan negara kerana mereka terlalu taksub dengan
budaya luar berbanding budaya negara kita sendiri.

PENGKAJI : Seperti yang anda lihat, anak muda sekarang terdedah dengan trend-
trend negara luar menyebabkan budaya yang diamalkan dinegara sendiri
kurang diamalkan dan dipraktikkan.

RESPONDEN : Ya. Saya setuju. Seperti yang saya nyatakan tadi, disebabkan taksub
dengan budaya negara barat dan sebagainya, anak muda kini kurang
menghayati budaya negara sendiri. Selain itu, mereka juga gemar
mencuba benda baru dengan mengikuti trend-trend yang tersebar di
media sosial.

PENGKAJI : Okay sampai sini sahaja sesi kita. Terima kasih Najiha kerana sudi
meluangkan masa.
RESPONDEN : Sama-sama Ain.

Anda mungkin juga menyukai