Anda di halaman 1dari 16

APAKAH MAKSUD SOSIALISASI POLITIK?

BAGAIMANAKAH PROSES
SOSIALISASI POLITIK MEMPENGARUHI SISTEM POLITIK DALAMAN
NEGARA? BINCANGKAN. KEMUKAKAN TIGA BUAH NEGARA SEBAGAI
CONTOH BERKAITAN.

Abstrak
Politik merupakan satu proses berkaitan dengan pemerintahan negara yang
dilaksanakan oleh sekumpulan manusia. Corak politik dalam sesebuah negara boleh
diukur berdasarkan penilaian situasi semasa dalam negara itu. Pemerintah yang
melaksanakan sistem politik yang efisyen akan dapat mengekalkan situasi yang
harmoni manakala pemerintah yang tidak dapat mewujudkan sistem politik yang efisyen
akan menyebabkan berlakunya kemelut dalam negara. Peredaran politik di dalam
sesebuah negara turut dikaitkan dengan proses sosialisasi politik yang diterima oleh
golongan pemerintah dan juga rakyat. Proses sosialisasi politik yang baik akan
menghasilkan perwatakan yang mempunyai nilai dan norma-norma terpuji dikalangan
pemerintah dan juga rakyat. Bagi memastikan kesinambungan keharmonian politik
dapat dikekalkan, proses sosialisasi perlu diberikan dititikberatkan.
1. Pengenalan
Sistem politik dalam Malaysia dipengaruhi oleh golongan yang mendominasi
sistem tersebut. Corak sistem politik dalam negara juga mengalami turun dan naik
disebabkan perubahan keadaan semasa dan juga penglibatan rakyat dalam bidang

politik. Pendekatan politik yang dikemukakan oleh setiap individu atau seseorang
pemimpin mempunyai perbezaan yang terendiri. Berlakunya perbezaan pendekatan
politik ini disebabkan oleh proses sosialisasi yang dilalui oleh oleh seseorang. Untuk
mengetahui dengan lebih lanjut pengaruh sosialisasi terhadap sistem politik negara,
kita perlu lihat kajian-kajian dan penulisan tokoh-tokoh politik terdahulu. Secara
amnya, sosialisasi politik merupakan satu proses membentuk cara berpolitik
terhadap diri individu bermula daripada mereka mula mengenal dunia. Proses
pembelajaran ini dilalui dalam tempoh masa yang pajang secara sedar atau tidak
oleh seseorang melalui agen-egen persekitaranya. Antara agen yang melakukan
sosialisasi politik terhadap seseorang adalah ahli keluarga, rakan sebaya, sekolah,
pusat pengajian dan juga media massa.
Easton dan Dennis telah mentafsirkan sosialisasi politik sebagai cara
masyarakat menyalurkan budaya dari satu generasi ke generai yang lain dengan
digerakkan oleh agen-egen masyarakat seperti keluarga, rakan sebaya, sekolah dan
juga media massa1. Antara lain, sosialisasi politik turut ditafsirkan sebagai satu
proses pengekalan kepercayaan politik dan orientasi individu atau masyarakat
dalam sistem politik2. Dawson dan Prewitt pula mentafsirkan sosialisasi politik
sebagai cara meneruskan orientasi dan pegangan politik kepada generasi baru.
Pelaksanaan ini dijalankan menerusi institusi-institusi formal seperti sekolah dan
institusi tidak formal seperti keluarga dan rakan sebaya 3. Berdasarkan definasi yang
diutarakan oleh beberapa tokoh falsafah tersebut, proses sosialisasi juga
merupakan suatu proses pembelajara sepanjang hayat yang akan dilalui oleh
kanak-kanak, remaja dan dewasa.

2. Tujuan sosialisali politik


Sosialisasi politik merupakan satu proses penerapan budaya berpolitik dalam diri
setiap individu bagi melahirkan semangat petriotik. Semangat cintakan tanah air
akan mendorong setiap rakyat berusaha untuk mempertahankan negara serta
mengekalkan keharmonian. Semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, semua
rakyat dipaksa taat setia kepada pemerintahan Maharaja Jepun. Propaganda yang
disebarkan oleh pihak Jepun dikalangan rakyat Tanah Melayu pada masa itu dilihat
sebagai salah satu proses sosialisasi untuk melahirkan semangat cintakan tanah air
di bawah naungan tentera Jepun. Rakyat bukan sahaja diajar menulis, membaca
dan bertutur dalam bahasa Jepun malah perlu mengamalkan nilai-nilai kenegaraan
Jepun. Pendekatan sosialisasi yang digunakan oleh pihak Jepun memberikan kesan
yang mendalam terhadap jiwa rakyat Tanah Melayu pada masa itu. Berdasarkan
peristiwa itu, pihak kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menanam dan
menyuburkan semagat patriotik dikalangan rakyat Malaysia bermula daripada
zaman kanak-kanak. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Almond dan Verba,
kesedaran politik berupaya mencetuskan semangat patriotik 4.

3. Peranan agen-agen sosialisasi politik terhadap rakyat Malaysia

3.1. Ibu bapa dan keluarga


Proses sosialisasi politik di peringkat kanak-kanak bermula daripada keluarga.
Anak-anak akan diterapkan dengan nilai-nilai politik bermula daripada rumah

dengan cara melihat peranan bapa sebagai ketua keluarga. Peranan bapa
mencerminkan autoriti yang sama seperti seorang ketua pemerintah negara yang
pertu ditaati dan dihormati. Ibu bapa merupakan medium rujukan terawal yang akan
dirujuk oleh anak-anak untuk mendapatkan kepastian sesuatu perkara. Seiring
dengan perkembangan pendidikan dan pendedahan yang dilalui, kanak-kanak akan
dapat mengenalpasti perbezaan kuasa seorang bapa dan ketua negara. Ketua
negara

mempunyai

kuasa

dan

tanggungjawab

yang

lebih

besar

untuk

mengendalikan urusan negara. Terdapat empat tahap sosialisasi politik yang akan
dilalui oleh kanak-kanak seperti yang diperkenaklan oleh Easton Dennis iaitu autoriti
yang terdapat dalam negara melalui individu seperti ibu bapa, presiden dan juga
polis. Tahap kedua pula, kanak-kanak akan didedahkan dengan autoriti internal dan
eksternal seperti jabatan swasta dan juga jabatan awam. Pada tahap ketiga, kanakkanak akan diperkenalkan dengan institusi politik seperti Mahkamah Agung,
kerajaan dan juga pilihan raya. Pada tahap keempat pula, pengetahuan kanakkanak akan diperkembangkan dengan perbezaan antara institusi-institusi politik dan
individu-individu yang terlibat dalam institusi tersebut. Pada masa kini, penglibatan
aktif ibu bapa dalam arena politik turut memberikan kesan sosialisasi terhadap anak.
Peranan yang dimainkan ibu bapa dalam bidang politik akan turut mempengaruhi
perwatakannya dalam menguruskan hal-hal keluarga. Perbincangan isu-isu politik
diantara ibu bapa dan keluarga di hadapan anak-anak akan menyebabkkan anakanak mendapat gambaran yang jelas berkaitan dengan bidang politik negara.
Secara tidak langsung, anak-anak akan mengalami proses sosialisasi politik dan
mendapat pendedahan berkaitan bidang politik. Pada zaman sekarang, agak

mustahil apabila seorang kanak-kanak membesar tanpa mengalami proses


sosialisasi politik. Peranan ibu bapa akan dimainkan oleh individu yang berhampiran
dengan kanak-kanak sekiranya mereka tidak mempunyai atau tidak dibesarkan
bersama ibu bapa.
Anak-anak akan menerima segala pembelajaran yang didedahkan kepadanya.
Sikap ibu bapa yang fanatik terhadap sesuatu bidang politik seperti menyokong parti
atau mengikut fahaman seseorang peminpin politik akan turut mempengaruhi anakanaknya. Fenomina ini boleh dilihat dengan jelas dalam institusi keluarga di
Malaysia yang membentuk anak-anak mereka supaya bersama-sama menyokong
sesuatu parti politik apabila dewasa. Hanya sejumlah yang kecil sahaja keluarga
yang mempunyai ahli keluarga berbeza fahaman politik. Kenyataan ini turut
disokong oleh Kyung Hwan melalui kajiannya terhadap penduduk di Jepun yang
mendapati perbincangan isu politik di rumah merupakan antara asas tercetusnya
kesedaran politik terhadap generasi muda5.
Peranan ibu bapa dalam melaksanakan proses sosialisasi politik terhadap anakanak mereka turut dipengaruhi oleh taraf pendidikan ibu bapa. Ibu bapa yang
berpendidikan lebih mudah mempengaruhi dan menerangkan kepada anak-anak
dalam berkaitan dengan bidang politik sejajar dengan tahap pemikiran anak-anak
mereka. Ibu bapa yang tidak berpengetahuan atau berpendidikan sukar untuk
menerangkan dan memberikan penjelasan yang tepat kepada anak-anak mereka
sekiranya diajukan persoalan. Penjelasan tidak tepat yang diberikan oleh ibu pada
kepada anak-anak akan menyebabkan anak-anak mereka dipengaruhi sikap berat
sebelah, resis dan tidak adil. Subungan dengan itu, ibu bapa perlu melengkapkan

diri dengan ilmu pengetahuan dan pemahaman yang luas dalam bidang politik
supaya dapat menjadi agen sosialisasi yang baik kepada anak-anak.

3.2. Pendidikan ( sekolah dan pusat penjajian )


Proses sosialisasi politik yang bermula di rumah melalui peranan ibu bapa akan
diperkembangkan serta diperincikan lagi melalui peranan sekolah dan juga pusat
pengajian. Pada peringkat ini seorang kanak-kanak akan melalui proses sosialisasi
politik secara formal melalui kokorikulam yang disediakan berlandaskan kepada
matlamat untuk memupuk semangat patriotik dengan cara yang lebih berkesan dan
sistematik. Kerajaan sedar dengan hanya semangat patriotik yang yang menebal
dalam diri setiap rakyat sahaja yang dapat memastikan arena politik negara
bergerak

berpaksikan

keamanan

serta

memupuk

sifat

berkerjasama

membangunkan negara. Kanak-kanak diajar menyayikan lagu negaraku, mengenal


bendera-bendera negara serta negeri yang menjadi penanda kemakmuran serta
melafazkan ikrar bertujuan meniup semangat patriotik. Semangat perpaduan
dikalangan kaum turut ditekankan melalui bidang pendidikan supaya generasi yang
akan datang dapat mengekalkan perpaduan yang telah dicapai. Berdasarkan kajian
yang dilakukan oleh Easton dan Hess dalam kajiannya mendapati bahawa semakin
lama seseorang itu belajar disekolah atau pusat pengajian tinggi semakin banyak
pengetahuan yang diperolehi dan seterusnya menghasilkan kesedaran politik 6.
Dialam persekolahan, pelajar akan didedahkan dengan program-program yang akan
mendidik pelajar menjadi seorang rakyat dan pemimpin yang berakhlak dalam
mengamalkan politik. Pembentukan akhlak yang mulia dapat memastikan golongan

pemimpin

yang

menerajui

sistem

politik

negara

pada

masa

yang

akan

melaksanakan tugasnya dengan penuh amanah.


Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Almond dan Verba mendapati semakin
tinggi tahap pendidikan seeorang individu semakin tinggi kesedaran mereka tentang
hal ehwal politik dan kenegaraan 7. Diperingkat pengajian tinggi, pelajar masih
didedahkan dengan modul-modul pembelajaran yang berteraskan kenegaraan.
Diperingkat ini pelajar akan lebih berpengetahuan, berkeyakinan dan berfikiran
rasional dalam melibatkan diri dalam arena politik. Pemansuhan akta AUKU yang
dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun 2013 membuktikan pelajar yang berada di
peringkat pengajian tinggi telah aktif melibatkan diri dalam politik. Penglibatan ini
didorong oleh kesedaran yang tinggi di kalangan para pelajar. Pelajar yang ada
pada masa kini lantang menyuarakan pendapat dan pandangan mereka kepada
pihak kerajaan. Situasi ini membuktikan institusi pendidikan telah berjaya
menjalankan peranan sebagai agen sosialisasi yang penting melalui pendidikan
formal.
Berdasarkan kajian Pemupukan semangat Patriotisme Melalui Proses Sosialisasi
Politik yang dilakukan oleh Ku Hasnita Ku Samsu mendapati lima buah negara iaitu
Amerika Syarikat, England, German, Italy dan Mexico mendedahkan sebanyak 89
peratus daripada para pelajar di Amerika Syarikat yang mendapat pendidikan di
peringkat sekolah menengah mempunyai kesedaran politik yang lebih tinggi
berbanding dengan hanya 73 peratus daripada para pelajar di tahap sekolah rendah
yang mempunyai kesedaran tersebut. Di England, 76 peratus daripada para pelajar
universiti mempunyai kesedaran politik yang lebih tinggi berbanding dengan hanya 7

peratus daripada para pelajar sekolah rendah. Manakala di German, 83 peratus


daripada pelajar universiti mempunyai kesedaran politik yang lebih tinggi berbanding
hanya 66 peratus daripada para pelajar sekolah. Di Itali pula, pelajar sekolah
menengah didapati seramai 72 peratus mempunyai kesedaran politik berbanding
dengan 85 peratus pelajar universiti. Begitu juga di Mexico yang mencatatkan 57
peratus daripada pelajar universiti merupakan golongan yang mempunyai
kesedaran politik yang lebih tinggi berbanding hanya 35 peratus daripada pelajar
sekolah menengah8. Dapatan kajian Ku Hasnita Ku Samsu ini jelas membuktikan
bahawa keterbukaan pemikiran seseorang itu tentang hal ehwal politik dan
kenegaraan amat berkait rapat dengan tahap pendidikan mereka. Berdasarkan
kajian yang turut dilakukan terhadap pelajar di Amerika Syarikat mendapati kanakkanak diberikan pendedahan politik seawall usia tiga tahun dan pengetahuan
mereka dimantapkan lagi apabila usia mereka mencecah usia tujuh tahun. Pada
tahap awal pendedahan politik, kanak-kanak didik melalui hal ehwal persekitaran
seperti keterikatan pada sekolah dan hakikat bahawa mereka merupakan
sebahagian daripada negara kerana menghuni bahagian tertentu daripada negara
itu. Sosialisasi politik ini dimantapkan lagi melalui pendedahan symbol-simbol
tertentu yang membawa maksud autoriti polis, presiden dan bendera negara.
Kanak-kanak di Amerika Syarikat mampu menyuarakan pendapat mereka semasa
mencecah usia sembilan hingga sepuluh tahun setelah disedahkan dengan konsep
kenegaraan yang lebih kompleks seperti hak bersuara, sistem demokrasi,
kebebasan sivil dan pernan warganegara dalam sistem politik. Peranan yang

dimainkan oleh pisat pengajian telah berjaya menbentuk kanak-kanak yang dapat
menghayati keindahan negara meraka, kebaikan dan kebersihan rakyat negaranya.
Peranan ibu bapa dalam membentuk budaya politik dalam diri anak-anak akan
semakin berkurangan apabila anak-anak ditempatkan di asrama sekolah atau pusat
peganjian. Pelajar masih mengalami proses sosialisasi politik melalui rakan sebaya
apabila tinggal di asrama. Perbincangan berterusan yang dilakukan dikalangan
mereka akan memberikan pandangan daripada sudut yang berbeza. Kedudukan
dan budaya yang diamalkan disekolah turut mempengaruhi sosialisasi politik yang
diterima oleh pelajar. Sekolah yang mengamalkan budaya yang baik merangkumi
guru, penjaga asrama dan pelajar akan menerapkan perkembagan budaya yang
baik terhadap pelajar. Pelajar akan lebih cenderung mengikuti fahaman dan ideologi
yang disebarkan di sekolah. Sekiranya sekolah tersebut membawa aliran
keagamaan dalam mengajar politik maka para pelajar akan disisialisasikan
berdasarkan pandangan agama manakala sekiranya sekolah membawa aliran
dalam bentuk konvesional, para pelajar akan melihat politik dalam aliran pandangan
barat. Ideologi yang disebarkan diperingkat sekolah akan memberikan kesan yang
lebih mendelam disebabkan pelajar lebih menerima fakta yang diutarakan tanpa
menyelidik kebenaran fakta itu. Fahaman Komunisme yang disebarkan dikalangan
pelajar di negara Korea akan membentuk pelajar yang menyokong dan mendukung
ideologi itu setelah tamat pengajian. Fahaman itu juga sukar untuk dipengaruhi
dengan fahaman lain disebabkan kesan yang mendalam terhadap pelajar. Secara
tidak langsung, kerajaan telah berjaya melahirkan generasi yang akan menjadi
kesinambungan budaya politik pada masa yang akan datang.

Amerika Syarikat telah memperkenalkan buku-buku teks sekolah yang berkaitan


dengan politik merangkumi pendedahan ancaman terhadap kerajaan seawall tahun
1790-an. Bagi memantapkan lagi penerapan budaya politik di kalangan pelajarnya,
Amerika Syarikat turut menekankan pelajarnya mempelajari bidang kajian isntitusi
politik dan latihan kenegaraan. Situasi ini turut di contohi oleh Taiwan yang
menjadikan pendidikan sebagai medium untuk menyemai kesedaran politik dan
indikriminasi

politik.

Berdasarkan

kajian

yang

dilakukan

mendapati

ketika

pemerintahan Jepun di Taiwan pada tahun 1895-1945. Mereka telah menjadikan


slogan Becoming Japanese sebagai teras dalam sistem pendidikan. Setelah Jepun
kehilangan Taiwan ketika Perang Dunia Kedua, Republik China pula memerintah
Taiwan iaitu pada tahun 1945. Seperti mana penguasaan Jepun, Republik China
juga telah melancarkan kempen pendidikan yang berpaksikan kepada slogan
Becoming Chinese. Pada tahun 2000 setelah Taiwan diperintah oleh rakyatnya
sendiri, para pendidik diperlukan untuk membentuk Taiwanese Conciousness dan
membentuk kurikulum pendidikan yang memberi penekanan kepada Becoming
Taiwanese9.

3.3. Rakan sebaya


Sosialisasi politik turut berlaku terhadap individu melalui pergaulan dengan rakan
sebayanya. Kenyataan ini disokong oleh Dawson dan Prewitt melalui kajiannya yang
mendapati kumpulan rakan sebaya merupakan satu faktor asas bagi sesebuah
hubungan sosial yang bertindak sebagai alat pembelajaran sosial dalam semua
masyarakat10. Daripada beberapa kajian yang dilakukan oleh para sarjana
mendapati egen rakan sebaya merupakan egen yang lebih penting berbanding

dengan ibu bapa dan agen autoriti yang lain. Walaubagaimanapun, pengaruh yang
diterima oleh individu itu turut dipengaruhi oleh budaya persekitaran dan juga sosial
rakan sebaya. Individu yang yang bergaul dengan kumpulan rakan sebaya yang
membawa sesuatu fahaman politik sama ada menyokong atau menentang pihak
kerajaan akan turut dipengaruhi dengan fahaman itu secara beransur-ansur melalui
sesi perbualan, perbincangan dan tindakan. Walaupun tindakan yang diambil oleh
seseorang itu hanya sekadar untuk mengikuti budaya pergaulan atau terpaksa
mengikut tindakan rakan sebaya ,lamakelamaan fahaman politik itu akan diserap
ke dalam diri. Pada peringkat ini, perkembagan sosialisasi politik yang berlaku
terhadap seseorang akan menimbulkan pelbagai konflik dalam diri disebabkan
pandangan yang berbeza diterima daripada rakan sebayanya. Secara sedar atau
tidak, seseorang itu menerima sosialisasi politik daripada rakannya dan rakan juga
menerima sosialisasi politik daripadanya.
Perkongsian pandangan dan masalah berkaitan dengan isu-isu semasa politik
lebih kerap dibincangkan bersama rakan sebaya berbanding dengan ahli keluarga.
Kebebasan menyuarakan pandangan kepada rakan-rakan menyebabkan seseorang
itu lebih selesa berbanding dengan ahli keluarga yang memerlukan hemah yang
tinggi untuk menyalurkan pandangan. Terdapat batasan-batasan tertentu yang perlu
dipatuhi untuk membicarakan isu-isu semasa bersama dengan masyarakat umum
atau dengan individu yang lebih tua. Batasan ini menjadi penghalang untuk
seseorang menyuarakan pandangan mereka dengan bebas.
Rakan sebaya juga adalah agen yang membentuk pembelajaran secara
berterusan tanpa mengira tempat dan masa. Proses pembelajaran ini merupakan

satu proses sosialisasi yang penting untuk mewujudkan semangat patriotik dalam
diri setiap masyarakat. Semagat petriotik akan menimbulkan kesedaran dan
kepentingan berpolitik dalam diri individu.

3.4. Media massa


Selain ibu bapa dan rakan sebaya yang berperanan sebagai agen sosialisasi
politik terhadap seseorang, media massa merupakan medium yang penting dalam
memainkan peranan sebagai agen sosialisasi pada masa kini. Seorang kanakkanak akan dididik melalui nasihat dan contoh perwatakan daripada ibu bapa
semasa berada di rumah namum anak-anak masih tetap dididik melalui media
massa seperti television dan majalah. Pengaruh ibu bapa akan terhenti apabila
anak-anak mereka berada berjauhan dengannya namum anak-anak tersebut tetap
menerima sosialisa melalui media massa yang ada secara meluas di sekelilingnya.
Media massa merupakan medium yang penting dalam menyerap eleman-eleman
perubahan terhadap masyarakat tradisional supaya berubah kepada masyarakat
moden. Maklumat terkini berkaitan isu-isu politik dapat disebarkan kepada rakyat
secara umum dengan kandungan fakta yang tepat dan terperinci. Pengaruh yang
disebarkan melalui media massa akan memberikan kesan yang mendalam untuk
membentuk semangan patriotik dan kesedaran politik. Berdasarkan daripada
beberapa kajian yang dilaukan oleh para sarjana politik mendapati media massa
terutamanya televisyen dan wayang gambar merupakan sumber paling kerap
digunakan oleh kanak-kanak kelompok negara maju seperti Amerika Syarikat,
Jerman dan Jepun bagi mendapatkan maklumat 11. Situasi ini jelas berbeza dengan

negra yang kurang membangun kerana berdasarkan kajian seperti di Bantu


(Republik Afrika Selatan), Brazil, Israel, Lubnan dan Turki pula tidak menyebut
langsung televisyen sebagai sumber maklumat mereka. Sebaliknya, mereka
menyatakan bahawa ibu bapa dan kawan-kawan merupakan sumber utama untuk
mendapatkan maklumat12.
Peranan media massa seperti television, radio, laman sesawang, majalah, surat
khabar dan artikel-artikel bebas menyebarkan kefahaman sosialisasi politik
memberikan dua impak iaitu inpak positif dan impak nagatif. Dari segi impak positif,
masyarakat yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa dapat
mengetahui perkembangan terkini berkaitan bidang politik dalam negara mahupun
luar

negara.

Penyiaran

berhubung

dengan

kejayaan

pemerintah

dalam

melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh rakyat memberikan sinar keyakinan


terhadap golongan pemerintah dan perjalanan sistem politik negara. Secara tidak
langsung, semagat petriotik dikalangan rakyat dapat diperkukuhkan dan propaganda
yang diutarakan oleh pihak kerajaan mencapai matlamat. Rentetan daripada
pendedahan yang dibuat, golongan pelapis pemimpin yang akan datang dapat
mendalami situasi politik yang nyata bermula daripada peringkat awal. Sekiranya
golongan pelapis ini menjadi pemimpin negara pada masa yang akan datang,
mereka telah mempunyai bayangan laluan politik yang akan membantu mereka
untuk memilih laluan yang sepatutnya. Laporan berita yang disiarkan setiap hari
melalui media massa tidak lekang megutarakan kejayaan golongan pemimpin politik
mengekalkan

keharmonian

berpolitik

disamping

mencapai

matlamat

yang

digalaskan kepada mereka. Terdapat juga masyarakat menjadikan pemimpin politik

negara sebagai idola untuk merangsang semangat untuk berjaya dalam bidang
politik atau bidang-bidang lain.
Tidak terkecuali juga, pendedahan yang dibuat oleh media massa memberikan
impak yang negatif terhadap masyarakat. Pergolakan dalam arena politik negara
seperti permusuhan diantara pemimpin politik berpunca perbezaan fahaman
memberikan kesan yang negatif terhadap rakyat. Pergolakan politik ini akan
menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat dan menyebabkan palapis pemimpin
yang bakal dilahirkan mempunyai tanggapan yang buruk terhadap pesaingnya.
Rata-rata rakyat yang telah layak untuk mengundi dalam pilihan raya mengalami
konflik untuk membuat pilihan parti politik bagi memimpin kerajaan. Keraguan yang
timbul dalam diri masyarakat ini sentiasa menimbulkan rasa curiga terhadap
keupayaan dan ketelusan pada golongan pemimpin sehingga boleh mencemari
semagat patriotik yang disemai sejak dari kanak-kanak. Tidak hanya insiden politik
yang berlaku di dalam negara, malah insiden yang berlaku di luar negara seperti
pergolakan di antara Israel dan Palastin, MNLF dengan kerajaan Thailand turut
memberikan pengaruh yang negatif. Rakyat akan mengambil pendekatan yang
digunakan oleh masyarakat luar seperti mengadakan demostrasi dan keganasan
untuk menuntut hak mereka. Sekiranya timbul situasi sedemikian di dalam negara,
perjalanan sistem politik akan dicemari dengan unsur-unsur keganasan. Walaupun
media massa merupakan medium yang paling luas serta berkesan dalam sosialisasi
terhadap rakyat, panduan dan kawalan perlu dilakukan supaya proses sosialisasi
yang berlaku mengikut lunas-lunas politik yang baik.

Berdasarkan kajian terhadap golongan remaja yang di United Kingdom yang


merupakan barisan pelapis pemimpin negara mendapati hanya 6 peratus daripada
generasi muda di United Kingdom menonton program berita televisyen yang
berkaitan dengan politik. Manakala bagi mereka yang membaca surat khabar pula,
fokus utama adalah di bahagian hiburan, rencana dan sukan sahaja 13. Kajian yang
dilakukan ini jelas menunjukan fenomina sosialisasi politik yang berlaku terhadap
remaja di United Kingdom berbeza dengan remaja di Malaysia. Menurut kajian yang
dilakukan oleh Bhavnani, situasi tersebut berlaku disebabkan kurangnya kesedaran
pilitik di kalangan remaja United Kingdom. Golongan remaja beranggapan mereka
tidak mempinyai kepentingan dan kuasa untuk melibatkan diri dalam sistem politik 14.

3.5.
4.

5.

K. P, Langton, Political Socialisation, (Oxford: Oxford University Press, 1969).

D. Easton & Dennis, J, Children in the Political System: Origins of Political Legitemacy, (New
York: McGraw-Hill, 1969).
3

R. E, Dawson & Prewitt, K, Political Socialization, (Boston: Little, Brown, 1969).

G.A, Almond dan S, Verba, The Civic Culture, (Boston: Little, Brown & Co, 1965).

Kyung-Hwan, Mo, Citizenship Education for Korean-American Youth, (Tesis PhD. University of California, 2000).

D, Easton, R.D, Hess Children in the Political System

G.A, Almond dan S, Verba, The Civic Culture.

Ku Hasnita Ku Samsu, Pemupukan semangat Patriotisme Melalui Proses Sosialisasi Politik

K. P, Langton & M. K, Jennings, School: Political Socialization and the High School Civics Curriculum in the United
States. Dennis. J. (ed), Socialization to Politics, (Canada: John Wiley & Sons, Inc, 1973), 365.
10

R. E, Dawson & K, Prewitt, Political Socialization.

11

W. E, Lambert & O, Klineberg, Childrens Views of Foreign People, A Cross-National Study, (New York: AppletonCentury Crofts, 1967).
12

Untuk penerangan lanjut, sila lihat N, Hollander, Adolescents and the War: The Source of Socialization, Jurnalism
Quarterly, (1971), 48.
13
14

K, Harcourt & S, Hartland, Discovering Readers, (Tunbridge Wells: Newspaper in Education, 1992).

K-K, Bhavnani, Talking Politics: A Psychological Framing for Views from Youth in Britain, (Cambridge: Cambridge
University Press, 1991).

Anda mungkin juga menyukai