Anda di halaman 1dari 35

FAKULTI SAINS PENTADBIRAN DAN PENGAJIAN POLISI

DIPLOMA PENTADBIRAN AWAM (AM110)


PRINSIP ASAS ISLAM (CTU101)
PERSEPSI MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA TERHADAP BAHAN
BACAAN INDIE MENERUSI MEDIA BAHARU DAN PENULISAN BUKU

NAMA PELAJAR NOMBOR KELAS


MATRIKS
MALISSA IZZANI 2022456972 AM1101H
BINTI MD YAZID
INTAN SOFEA BINTI 2022892846 AM1101H
JAMALLUDIN
NUR SAKINAH 2022452242 AM1101H
MARDHIAH BINTI
JOHARI
SITI MASTURA 2022867556 AM1101H
BINTI MOHD SAFI

NAMA PENSYARAH: PUAN SITI HAJAR SOPHIA BINTI AMRAN


TARIKH PENGHANTARAN: 6 JANUARI 2023

1
PERAKUAN PELAJAR

Kami dengan ini membuat perakuan bahawa pada setiap masa semua hasil tugasan yang kami
serahkan adalah hasil kerja kami sendiri, tidak meniru dan plagiat daripada mana-mana
sumber, atau mencuba untuk meniru mana-mana pihak tanpa meletakkan sitasi yang
sepatutnya. Kami sedar bahawa mana-mana pelajar yang melanggar atau disyaki melanggar
perakuan yang dibuat boleh dibawa kepada Jawatankuasa Tatatertib ACIS (Academy of
Contemporary Islamic Studies).

NAMA PELAJAR NOMBOR MATRIKS TANDATANGAN TARIKH

MALISSA IZZANI BINTI 2022456972 6 JANUARI


MD YAZID 2023
INTAN SOFEA BINTI 2022892846 6 JANUARI
JAMALLUDIN 2023
NUR SAKINAH 2022452242 6 JANUARI
MARDHIAH BINTI 2023
JOHARI
SITI MASTURA BINTI 2022867556 6 JANUARI
MOHD SAFI 2023

2
Isi Kandungan
1.1 PENGENALAN KEPADA INDIE.........................................................................................4
(MALISSA IZZANI BINTI MD YAZID)....................................................................................................4
1.2 PERNYATAAN MASALAH........................................................................................................5
(INTAN SOFEA BINTI JAMALLUDIN)...................................................................................................5
1.3 OBJEKTIF KAJIAN.....................................................................................................................6
(MALISSA IZZANI BINTI MD YAZID)....................................................................................................6
1.4 METODOLOGI KAJIAN.....................................................................................................................7
(NUR SAKINAH MARDHIAH BINTI JOHARI)........................................................................................7
2.0 KAJIAN LITERATUR..........................................................................................................................9
2.1 KONSEP DALAM ISLAM...............................................................................................................9
(SITI MASTURA BINTI MOHD SAFI)................................................................................................9
2.2 KAJIAN PERPUSTAKAAN...........................................................................................................12
(SITI MASTURA BINTI MOHD SAFI)..............................................................................................12
3.0 PUNCA GOLONGAN MUDA MULA TERJEBAK DALAM MEMBACA BAHAN
BACAAN INDIE...............................................................................................................................14
(INTAN SOFEA BINTI JAMALLUDIN).................................................................................................14
3.1 KESAN TERHADAP PEMBACAAN BAHAN BACAAN INDIE KEPADA INDIVIDU,
MASYARAKAT DAN NEGARA....................................................................................................17
(INTAN SOFEA BINTI JAMALLUDIN).................................................................................................17
4.0 PERBINCANGAN HASIL DAPATAN KAJIAN....................................................................................20
(NUR SAKINAH MARDHIAH BINTI JOHARI)......................................................................................20
4.1 ANALISIS MAKLUMAT RESPONDEN..........................................................................................20
4.2 ANALISIS SOAL SELIDIK.............................................................................................................22
4.2.1 PENGETAHUAN MAHASISWA DAN MAHASISWI UITM BERKENAAN BAHAN BACAAN INDIE
.....................................................................................................................................................22
4.2.2 KESAN YANG DIDAPATI MAHASISWA DAN MAHASISWI BERKAITAN BAHAN BACAAN INDIE. 25
5.0 CADANGAN KAJIAN................................................................................................................28
(MALISSA IZZANI BINTI MD YAZID)......................................................................................................28
6.0 RUMUSAN.....................................................................................................................................29
(MALISSA IZZANI BINTI MD YAZID)..................................................................................................29
RUJUKAN.............................................................................................................................................30
7.0 LAMPIRAN.....................................................................................................................................31

3
1.1 PENGENALAN KEPADA INDIE
(MALISSA IZZANI BINTI MD YAZID)
Sejak dahulu lagi sering kedengaran tentang kewujudan Indie dari mulut ke mulut
masyarakat. Apa itu Indie? Perkataaan ini berasal dari Bahasa Inggeris “Independent” yang
bererti bebas, merdeka atau tidak bergantung kepada orang lain. Maka wujud pembacaan
bacaan bacaan indie seperti, majalah indie, buku indie serta film indie. Dalam industri
penerbitan buku buku indie dikategorikan sebagai buku yang diterbitkan secara bebas sama
ada oleh seseorang atau kumpulan dalam bentuk komuniti atau organisasi.

Menurut artikel yang diterbitkan oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)
pada 2016, jika dilihat kepada sejarah kemunculan karya indie di Malaysia, karya-karya ini
mula bertapak secara serius sejak sepuluh hingga sebelas tahun belakangan ini. Perkara ini
bermula dengan penerbitan kecil-kecilan sehingga ke skala yang besar. Antaranya adalah
Fixi, Lejen Press, dan Gerak Budaya. Maka lebih menarik minat golomgan muda atau remaja
terutamanya mahasiswa di institusi pengajian tinggi. Buku-buku Indie juga tidak perlu
melalui sistem tapisan atau sekatan seketat karya karya lain oleh pihak berautoriti.

Menurut Nimoiz T.Y. (2016) Penulis indie tidak meletakkan estetika atau penggunaan
Bahasa Baku sebagai matlamat mereka. Mereka lebih menekankan keatas keaslian idea,
kreativiti dan inovasi kerana hasilnya akan memberikan kepuasan intelek dan emosi yang
akan berterusan kekal dalam jiwa pembaca.

Maka, Istilah ‘Indie’ boleh difahami sebagai sebuah aliran atau budaya yang inginkan
kebebasan dari sebarang kongkongan autoriti serta mainstream (Muhammad Rashidi & Siti
Nur Hidayah 2016).

Persoalannya, apakah perspektif mahasiswa terhadap bacaan indie? Bagaimanakah


pembacaan buku buku indie beristilah bebas memberi kesan kepada pembaca pembaca dalam
golongan mahasiswa?

4
1.2 PERNYATAAN MASALAH
(INTAN SOFEA BINTI JAMALLUDIN)

Pada era globalisasi ini, bahan bacaan indie kian popular terutamanya dikalangan
golongan muda kerana berunsur bebas dan tidak terlampau formal seperti buku-buku lain di
pasaran. Antara buku yang berkonsepkan indie ialah Nazi Goreng, Awek Chuck Taylor,
Darlingku Mr. Cold Mafia dan lain-lain. Buku-buku ini telah banyak terjual di pasaran kerana
mudah diperolehi di mana-mana sahaja sama ada di kedai buku berdekatan ataupun di
platform tertentu seperti Wattpad. Antara syarikat popular yang sering didengari yang
menerbitkan bahan bacaan ini ialah Lejen Press, Fixi, Dubook Press dan banyak lagi.

Bahan bacaan indie juga kadang-kala dikaitkan dengan politik, agama, hak asasi dan
lain-lain. Hal ini demikian kerana bahan bacaan inide ini lebih berkonsepkan kebebasan
bergantung kepada penulis sendiri. Namun begitu, unsur-unsur yang terlampau bebas dan
tidak ditapis boleh memberikan bebrapa kesan kepada individu mahupun masyarakat dan
negara. Oleh itu, tidak salah sekiranya seseorang itu ingin memupuk budaya membaca
sebagai minat mahupun hobi tetapi seseorang itu haruslah memastikan bahawa buku itu
bersesuaian dengan batas agama mahupun umur. Ibu bapa juga haruslah peka dengan
keadaan semasa dengan memastikan anak-anak tidak terdedah dengan bahan bacaan yang
tidak bersesuaian dengan umur mereka.

Menerusi kajian ini, pengkaji akan menjelaskan tentang isu terhadap bahan bacaan
indie lebih mendalam agar setiap lapisan masyarakat lebih berhati-hati dalam memilih bahan
bacaan kerana tidak semuanya buku-buku yang dipasarkan sesuai untuk dibaca.

5
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
(MALISSA IZZANI BINTI MD YAZID)
Kajian kami merangkumi objektif-objektif yang berikut:
1. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk membantu saya bersama-sama ahli kumpulan
yang lain menjalankan penyelidikan melalui statistik dan data kajian ke atas
mahasiswa dengan jelas dan tepat. Kemudian, dapat menguasai kemahiran
menyelidik, mengumpul, merekod, dan menganalisis maklumat berkaitan bahan
bacaan Indie. Kami dapat mengenal pasti persepsi mahasiswa terhadap bahan bacaan
indie dan penerimaan mereka terhadap penulisan bebas sama ada dari sudut negatif
atau sebaliknya.
2. Kajian ini juga boleh dijadikan contoh dan iktibar, serta menyedarkan kita tentang
sejauh mana isu agama dan bacaan Indie boleh dikaitkan di kalangan mahasiswa di
negara kita. Tambahan pula, ia dapat mengajar kita bahawa masyarakat Islam harus
bertanggungjawab menjaga dan memelihara pegangan agama Islam agar tidak
menjadi masalah di kemudian hari.
3. Penyelidikan ini juga membolehkan pengenalpastian isu-isu membaca bahan-bahan
Indie dalam masyarakat Islam masa kini. Cabaran ini dapat memberi panduan dan
menyedarkan mahasiswa-mahasiswa beragama Islam tentang kepentingan terhadap
fahaman agama dalam kehidupan seharian umat Islam di negara kita dimana ianya
dapat menjadi panduan kepada mahasiswa mahasiswa untuk berfikir dan bertindak
secara selari dengan ajaran ajaran Islam yang berpandukan kepada Al-Quran dan Al-
hadis
4. Penyelidikan ini dapat membantu kita mempelajari lebih lanjut tentang Islam dan
pembacaan bebas dalam kalangan mahasiswa pada hari ini agar ianya selari dengan.
Tambahan pula, ia dapat memberi kita pendedahan yang meluas untuk mengenali dan
memahami ajaran Islam dan bacaan Indie dimana norma norma postif dari ajaran
Islam dijadikan panduan kepada pembaca bahan bacaan Indie supaya tidak
mempengaruhi pembaca secara negatif.

6
1.4 METODOLOGI KAJIAN
(NUR SAKINAH MARDHIAH BINTI JOHARI)

Pada bahagian ini, pengkaji akan membincangkan instrumen kajian bagi menjawab
persoalan-persoalan isu bahan bacaan indie menerusi media baharu dan penulisan buku di
kalangan mahasiswa dan mahasiswi di UITM. Tujuan metodologi ini adalah untuk
mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong
kajian berkaitan bahan bacaan indie.
Kaedah Instrumen kajian
Kualitatif Google form

Kajian ini diberi kepada responden untuk mengetahui kefahaman mereka:


 Apakah yang anda faham mengenai bahan bacaan indie?

Kajian ini menggunakan skala likert 2 mata yang mengandungi:


 1- ya
 2- tidak

Di dalam Google Form tersebut, terdapat 3 bahagian di mana bahagian A adalah data bagi
responden. Di bahagian B pula mengandungi soalan yang berkaitan dengan konsep dan faktor
tentang bahan bacaan indie manakala bahagian C berkaitan dengan kesan dan langkah.

Contoh soalan yang ditanya dalam Google Form kami ialah seperti “adakah mahasiswa tahu
apa itu maksud bahan bacaan indie?” dan “adakah mahasiswa setuju jika bahan bacaan indie
ini dapat membuang masa seseorang individu?.” Soalan-soalan ini dibuat dalam format
jawapannya sama ada ya atau tidak. Ini bagi memudahkan pengkaji dan para responden untuk
menjawab soalan-soalan yang pengkaji telah sediakan.

Dengan hasil dapatan kajian dari google form yang pengkaji telah buat, pengkaji mendapati
bahawa persepsi mahasiswa di UITM terhadap bahan bacaan indie ini lebih kepada
pandangan negatif kerana bahan bacaan indie ini banyak kekurangan berbanding pandangan
positif.

7
Selain itu, kami juga telah menggunakan kaedah melayari internet dengan mencari informasi
dan bahan ilmiah melalui laman sesawang yang boleh dipercayai dan yang mempunyai
informasi sahih bagi digunakan untuk menyokong hujah kami berkenaan isu bahan bacaan
indie. Antaranya laman sesawang
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/01/115468/karya-indie-abai-nilai-bahasa yang
menyatakan tentang bagaimana karya indie mengabaikan nilai bahasa Melayu dan laman
sesawang https://www.goodreads.com/topic/show/614082-obses-membeli-buku-apa-
pandangan-islam yang mengulas tentang pandangan islam tentang pembelian bahan bacaan
yang bukan berkontekskan tentang perihal Islam dan hanya buku semata-mata.

8
2.0 KAJIAN LITERATUR
2.1 KONSEP DALAM ISLAM
(SITI MASTURA BINTI MOHD SAFI)

Islam dari segi bahasa berasal daripada perkataan aslama’ yang bermaksud tunduk, patuh dan
menyerahkan diri kepada Allah SWT berdasarkan ayat al-Quran yang dipetik daripada surah
al-Baqarah ayat 112. Islam juga bererti kedamaian, keamanan atau kesejahteraan. Manakala
Islam menurut istilah syarak, terdapat sabda Rasulullah yang membawa maksud kita sebagai
hamba mengakui bahawa tiada tuhan yang layak disembah selain daripada Allah SWT dan
sesungguhnya Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah. Sebagai umat Islam, kita perlulah
mendirikan solat fardhu lima waktu, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan serta
mengerjakan haji di Mekah sekiranya berkemampuan yang boleh dilihat dari pelbagai aspek
seperti faktor kesihatan dan kewangan. (HezryKhairul, 2011) (PauziNasif, 2022)

“Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim” (H.R Ibnu Majah)

9
Berdasarkan hadis di atas, Islam sangat menekankan aktiviti penimbaan ilmu supaya kita
menjadi orang yang berpengetahuan dan bukannya orang yang jahil. Untuk menjadi orang
yang berilmu, kita perlulah sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Selain itu, kita juga
digalakkan untuk membaca banyak bahan bacaan untuk mendapatkan ilmu tambahan. Buya
Hamka iaitu ahli falsafah Indonesia berpendapat bahawa membaca buku-buku yang baik
bererti memberi makanan rohani yang baik. Hal ini sering disalahertikan oleh manusia zaman
kini yang hanya membaca buku bagi memanfaatkan masa yang ada tanpa mendatangkan apa-
apa faedah kepada diri sendiri. Ini kerana buku yang dibaca tidak mempunyai apa-apa
maklumat penting serta pengajaran yang boleh dijadikan sebagai tauladan dan hanyalah buku
fiksyen semata-mata. Jenis variasi buku seperti ini sering menarik perhatian para remaja yang
berumur dalam lingkungan 20 tahun dan ke bawah. Mereka menganggap membaca buku
fiksyen itu adalah satu perkara yang menarik dan menyeronokkan kerana jalan cerita dan
watak-watak yang menepati citarasa mereka yang masih berjiwa muda. (Goodreads Malaysia,
2011)

Bahan bacaan indie merupakan satu bahan bacaan yang kini sedang menigkat naik tidak kira
di dalam negara mahupun di luar negara. Bahan bacaan ini kebanyakkannya menggunakan
perkataan dan tulisan yang bebas tanpa mengira kosa kata dan tatabahasa yang betul dan
tepat. Hal ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi dan menjadi ikutan anak muda yang
mempunyai kebarangkalian tinggi untuk mereka menerapkannya dalam kehidupan seharian.
Antara contoh bahan bacaan indie yang laris di pasaran sehingga sekarang dan sentiasa
menduduki carta teratas dalam pemilihan bahan bacaan ialah FIXI. Bahan bacaan indie juga
boleh didapati secara dalam talian seperti di dalam aplikasi Wattpad. Melalui aplikasi ini,
ramai penulis tanah air yang telah berjaya menerbitkan novel mereka di pasaran secara fizikal
setelah mendapat reaksi positif daripada pembaca maya. Namun, gaya penulisan yang ringkas
dan sedikit jauh daripada karya sasterawan lain menjadikan bahasa yang digunakan
mempunyai mutu yang lebih rendah kerana penulis indie lebih mendahulukan isi kandungan
dan jalan cerita berbanding bahasa. (latifah, 2016)

10
Secara keseluruhannya, Islam tidak melarang umatnya untuk membaca bahan bacaan bagi
tujuan menghiburkan diri selagi tidak melanggar syariah Islam. Akan tetapi, biarlah bahan
bacaan yang dibaca itu mendatangkan faedah kepada diri sekali gus membolehkan kita untuk
menuntut ilmu dan mencari pengatahuan baru yang boleh dikongsi dengan saudara-mara dan
sahabat handai kerana perkara seperti ini lebih disukai oleh Allah SWT dan rasulnya.

11
2.2 KAJIAN PERPUSTAKAAN
(SITI MASTURA BINTI MOHD SAFI)

Berdasarkan artikel Berita Harian, kualiti yang ada pada bahasa Melayu sedikit terjejas pada
masa kini kerana penggunaan bahasa dalam sesetengah karya penulisan seperti bahan bacaan
indie kelihatan bebas dari sudut kandungan karya dan cara penulisan serta tatabahasa dan
ejaan. Ia kelihatan sedikit berbeza dengan sastera tulen dimana bahasa Melayu dimartabatkan
kerana penggunaannya sangat teratur dan disanjung tinggi. Di dalam konteks ini, bahan
bacaan indie lebih mengutamakan kandungan karya berbanding nilai bahasa kerana ia
dianggap sebagai medium penyampaian karya sahaja. Menurut Nadia Khan yang merupakan
penulis indie yang terkenal dengan novel Kelabu berkata bahawa kebanyakan penulis bahan
bacaan indie bukanlah seorang sasterawan tetapi lebih kepada seorang pencerita kisah
tersendiri. Tambahan pula, ia meletakkan isi kandungan di tempat teratas disamping
mencapai sasaran pembaca yang ramai. Novel-novel yang diterbitkan pula kian meraih
perhatian umum dan mendapat sambutan yang menggalakkan kerana penggunaan bahasa
yang lebih santai dan mudah difahami berbanding karya sasterawan.

Namun, di sebalik reaksi positif itu, penulisan yang bebas sedikit sebanyak menggangu
penghadaman makna yang cuba diterjemahkan oleh penulis kepada pembaca. Ini kerana
bahasa yang digunakan di dalam sesebuah karya adalah merupakan bagaimana cara

12
seseorang itu berfikir dan meluahkannya kepada orang lain. Sekiranya bahasa yang
digunakan tidak memenuhi piawai yang asli, bagaimana pula kita mahu menyampaikan
makna tersebut? Bukan sahaja penulis muda, tetapi pengarang veteran juga lebih memilih
untuk menggunakan gaya penulisan yang mudah dan ringkas dalam karya mereka.

Hal ini terjadi apabila tiada pakar bahasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan
Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) dalam penerbitan bahan bacaan indie untuk
mengkaji dan menyemak semula penggunaan kata dan tatabahasa serta kesalahan ejaan
sebelum diterbitkan dan diedarkan ke pasaran dalam negara. Antara asbab utama mengapa
ramai penulis karya lebih terdorong untuk menggunakan gaya penulisan sedemikian adalah
kerana mereka mahu mengelak daripada menjalankan prosedur-prosedur dalam arus perdana
kerana bimbang sekiranya karya mereka tidak berjaya melepasi sesi penapisan dan akhirnya
terpaksa dipulangkan semula.

Tuntasnya, bahasa merupakan tonggak utama dan asas yang penting dalam sesebuah negara
disamping melahirkan karyawan dan penulis yang mampu membangunkan bangsa sendiri
dengan memartabatkan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu. Oleh itu, para pelajar dan
golongan muda dinasihatkan agar mencari bahan bacaan yang serius dan mempunyai
penggunaan bahasa yang tinggi dari segi penulisan supaya tidak terpengaruh dengan gaya
penulisan yang boleh mengubah cara pemikiran seseorang individu.

https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/01/115468/karya-indie-abai-nilai-bahasa

13
3.0 PUNCA GOLONGAN MUDA MULA TERJEBAK DALAM
MEMBACA BAHAN BACAAN INDIE
(INTAN SOFEA BINTI JAMALLUDIN)

Bahan bacaan indie telah menarik minat golongan muda untuk membaca kerana jalan
ceritanya yang agak menarik hati si pembaca apatah lagi bahan ini mudah diperolehi
dimerata-rata tempat mahupun di kedai ataupun di laman sesawang. Antara contoh bahan
indie yang terdapat dalam talian ialah Wattpad.

Contoh buku-buku yang terdapat di Wattpad

Antara salah satu punca golongan muda lebih berminat untuk membaca bahan bacaan
indie ialah bahan ini boleh didapati di laman sesawang tertentu sama ada percuma mahupun

14
berbayar dimana golongan muda merangkumi pelbagai usia boleh membaca bahan bacaan
ini.

Contoh bahan bacaan indie yang boleh dibeli dalam talian

Namun begitu, si pembaca juga boleh membeli buku ini dengan mudah secara online
sahaja tanpa bersusah payah untuk keluar daripada rumah dan menghabiskan duit untuk
membeli buku secara fizikal kerana satu buku sudah mencecah hampir RM20-RM40 ataupun
lebih daripada harga tersebut belum campur lagi dengan kos tambang pengangkutan. Hal ini
dapat menjimatkan wang dan juga masa seseorang individu kerana kadang-kala bahan bacaan
tersebut sukar didapati atau sering kehabisan stok di sesetengah kedai kerana
terlampau popular.

Selain itu, pengaruh daripada rakan sebaya juga merupakan salah satu punca
seseorang tersebut mula mengetahui dan menyukai
sesuatu perkara yang baharu. Hal ini menjadi
lebih teruk apabila seseorang tersebut lebih
rapat dengan golongan yang tidak sepatutnya yang boleh
membawa seseorang itu ke jalan yang salah kerana
dipengaruhi dengan perkara negatif.

15
Contohnya, hampir semua bahan bacaan indie berkandungan bebas mengikut
kehendak penulis dan tidak ditapis. Sekiranya seseorang itu mula menceburi minat dalam
membaca bahan bacaan indie ini apatah lagi sekiranya individu tersebut dibawah umur,
kemungkinan besar seseorang itu akan dipengaruhi dengan perkara negatif seperti
menggunakan bahasa yang tidak sopan mahupun menyelitkan perkara lucah dalam perbualan
dimana boleh merosakkan akidah dan akhlak seseorang mahupun boleh mencalarkan agama
dan imej seorang muslim.

Tidak salah sekiranya seseorang itu ingin memulakan minat membaca bahan bacaan
yang berkonsepkan bebas tetapi seseorang itu perlulah bijak memilih buku yang bersesuaian
dengan umur dan isi kandungan yang tidak melampaui batas.

16
3.1 KESAN TERHADAP PEMBACAAN BAHAN BACAAN
INDIE KEPADA INDIVIDU, MASYARAKAT DAN NEGARA
(INTAN SOFEA BINTI JAMALLUDIN)

Bahan bacaan indie ini amatlah popular pada masa kini apatah lagi bahan seperti ini
boleh didapati hanya dihujung jari sahaja. Bahan bacaan seperti ini kebiasaannya sering kali
menarik minat golongan remaja kerana genrenya yang tidak formal dan santai untuk dibaca.
Namun begitu, terdapat beberapa yang boleh memberi kesan kepada si pembaca dari sudut
individu, masyarakat dan negara.

Antara salah satu kesan terhadap seseorang individu ialah individu tersebut akan
bersikap lalai kerana jalan ceritanya yang melahirkan rasa ingin tahu dan menyebabkan
seseorang individu itu sukar memberhentikan dirinya daripada membaca. Sikap lalai ini juga
mendorong seseorang individu itu daripada terlepas menunaikan kewajipan bagi seorang
muslim seperti menunaikan solat fardhu.

Menurut artikel yang ditulis oleh Pusat Media Institut Kefahaman Islam Malaysia
(IKIM), “Sikap lalai merupakan salah satu penyakit yang dipanggil ghaflah iaitu penyakit
lalai yang mematikan hati sehingga tidak dapat melihat kebaikan.” (IKIM, 2017). Hal ini
demikian kerana kelalaian seorang manusia telah membawa diri kita sendiri dibuai oleh
permainan dunia dan menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang membawa mendekatkan
diri daripada Allah SWT.

17
Selain itu, bahan bacaan indie juga boleh memberikan kesan negatif kepada
masyarakat terutamanya golongan muda dibawah umur kerana kebanyakan kandungan yang
terdapat dalam bahan bacaan indie berunsur bebas dan tidak ditapis mengikut kesesuaian
umur. Hal ini akan menyebabkan golongan muda mula terdedah dengan perkara yang kurang
sopan seperti penggunaan bahasa kesat dan perkara yang mempunyai unsur lucah.

Masalah ini semakin bertambah apabila bahan bacaan indie ini telah menarik
perhatian beribu-ribu anak muda dan kini kian popular dari tahun ke tahun dan mudah
didapati melalui atas talian sahaja. Oleh itu, ibu bapa haruslah cakna dengan keadaan semasa
dan memantau aktiviti anak-anak supaya dapat menghidari diri mereka daripada terdedah
dengan hal-hal yang tidak sepatutnya.

Akhir sekali, bahan bacaan indie juga dapat memberikan kesan kepada negara
terutamanya negara Islam kerana sesetengah bahan bacaan indie mempromosikan idea-idea
pemikiran yang bertentangan islam seperti syiah. Antara salah satu contoh bahan bacaan
tersebut ialah buku bertajuk Antithesis (2014) yang ditulis oleh Benz Ali dari terbitan
syarikat Dubook Press. Bahan bacaan seperti ini dapat memesongkan pemikiran sebagai
seorang muslim kerana gaya penulisan yang bebas dan berfikiran liberal.

18
Menurut artikel yang tulis oleh Muhamad Faisal Ashaari, Mohd Firdaus Hamzah, Lily
Yaakub dan Rosmawati Mohamad Rasit (2018), “Kandungan buku ini menunjukkan
sokongan terhadap penyebaran Syiah di Malaysia dan mengkritik prinsip akidah Ahli Sunnah
Wal Jamaah termasuklah mengkritik para sahabat.” (Muhamad Faisal Ashaari, 2018).

Antara contoh ayat yang dipersoalkan oleh penulis dalam buku ini ialah "Aku tidak
faham mengapa kamu tidak boleh terima orang Syiah? Sedangkan kamu boleh terima orang
Hindu, orang Buddha, orang Kristian, tetapi kamu sakit mata tengok orang Syiah sangat
kenapa?" di halaman 27-28.

Pemikiran yang terlampau bebas seperti ini dapat memesongkan akidah dan
kepercayaan seseorang sebagai muslim sejati. Malah, pemikiran ini akan bertambah teruk
apabila mereka mula meluaskan kefahaman ini secara berorganisasi atau berkumpulan untuk
mengajar kefahaman mereka kepada orang lain. Hal ini juga memberi cabaran yang agak
sukar kepada kerajaan dalam membanteras isu ini sekiranya pemikiran ini mula meluas di
Malaysia.

19
4.0 PERBINCANGAN HASIL DAPATAN KAJIAN
(NUR SAKINAH MARDHIAH BINTI JOHARI)
4.1 ANALISIS MAKLUMAT RESPONDEN

Seramai 32 orang responden yang terdiri daripada pelajar Universiti Teknologi Mara telah disoal
selidik. Di sini akan dilampirkan huraian analisis latar belakang responden;

Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa 32 orang responden telah menjawab soalan
kajian kami, dimana 5 orang (15.6%) daripada pelajar lelaki dan 27 orang (84.4%) daripada
pelajar perempuan.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti responden yang menjawab kajian ini
adalah yang berumur 20 tahun dan kebawah di mana 31 pelajar (96.9%) dan 1 pelajar (3.1%)
untuk 21 tahun dan keatas.

20
Hasil dapatan kajian ini ialah ada 29 pelajar (90.6%) daripada diploma, 2 pelajar
(6.3%) daripada ijazah sarjana muda dan 1 pelajar (3.1%) daripada ijazah sarjana.

Hasil kajian ini menunjukkan 21 responden (65.6%) adalah pelajar daripada FSPPP, 1
responden (3.1%) adalah pelajar FSR, 2 responden (6.3%) daripada pelajar FSKM dan 8
responden (25%) adalah pelajar daripada fakulti lain yang bukan ditawarkan di UITM
Seremban 3.

21
4.2 ANALISIS SOAL SELIDIK
4.2.1 PENGETAHUAN MAHASISWA DAN MAHASISWI UITM BERKENAAN BAHAN
BACAAN INDIE

Hasil kajian ini menyatakan bahawa 20 pelajar (62.5%) di UITM tahu apakah itu bahan bacaan indie
manakala 13 pelajar yang lain (37.5%) tidak tahu.

Separuh dari hasil kajian ini menunjukkan bahawa ada 16 pelajar yang membaca dan 16 pelajar yang
lain tidak.

Berdasarkan hasil kajian, 10 responden (31.3%) mengetahui berkenaan bahan bacaan


indie melalui media sosial, manakala 12 responden (37.5%) dan 10 responden yang lain
(31.3%) mengetahui tentang berkenaan melalui rakan-rakan dan baru tahu buat pertama kali.

22
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa 19 responden (59.4%) membaca melalui atas
talian, 9 responden (28.1%) membaca dari buku seperti novel, dan 4 responden (12.5%) tidak
pernah membaca bahan bacaan indie.

Hasil kajian ini menunjukkan 14 responden (43.8%) menggunakan masa untuk


membaca bahan bacaan indie dalam 1 jam, 7 responden (21.9%) 2 jam, 4 responden (12.5%)
3 jam, dan 7 responden (21.9%) 4 jam dan keatas.

23
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa sebab yang mendorong mahasiswa membaca
bahan bacaan indie ialah 11 responden (34.4%) menyatakan kerana merasakan bahan bacaan
indie itu menarik manakala 20 responden yang lain menyatakan untuk mengisi masa lapang
mereka dan 1 responden (3.1%) menyatakan tiada sebab.

Hasil kajian ini didapati bahawa 22 responden (68.8%) mengatakan remaja perlu
mengurangkan pembacaan bahan bacaan indie manakala 10 responden (31.3%) yang lain
mengatakan tidak.

24
4.2.2 KESAN YANG DIDAPATI MAHASISWA DAN MAHASISWI BERKAITAN
BAHAN BACAAN INDIE

Hasil kajian ini menunjukkan apa yang mahasiswa tahu berkenaan bahan bacaan
indie. Di sini ada 23 responden (71.9%) mengatakan bahawa bahan bacaan indie ini berkait
dengan menggunakan perkataan atau bahasa yang bebas, 3 responden (9.4%) mengatakan
bahan bacaan indie ini mempunyai jalan cerita yang tidak berfaedah, 1 responden (3.1)
mengatakan membuang masa dan 5 responden (15.6%) mengatakan bahan bacaan indie tidak
memberi pengajaran.

Hasil kajian menunjukkan 5 responden (15.6%) mengatakan bahawa bahan bacaan


indie membawa manfaat manakala 27 responden (84.4%) mengatakan tidak membawa
manfaat.

25
Hasil kajian menunjukkan bahawa 30 responden (93.8%) menyatakan bahawa bahan bacaan
indie ini boleh mempengaruhi gaya hidup seseorang manakala 2 responden (6.3%)
menyatakan bahan bacaan indie ini tidak akan mempengaruhi gaya hidup seseorang.

Hasil kajian menunjukkan bahawa 17 responden (53.1%) menyatakan individu yang kerap
membaca bahan bacaan indie akan menggunakan kata-kata kesat dalam kehidupan seharian
mereka manakala 15 responden yang lain (46.9%) mengatakan tidak.

26
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa 26 responden (81.3%) menyatakan bahawa bahan
bacaan indie yang bertentangan dengan ajaran agama islam boleh memesongkan akidah
seseorang individu muslim manakala 6 responden (18.8%) menyatakan tidak.

RINGKASAN

Kesimpulannya, jawapan daripada para responden untuk soal selidik kajian ini adalah
sangat penting dalam memudahkan kajian kami. Hal ini demikian kerana dengan membuat
soal selidik tentang bahan bacaan indie ini kepada mahasiswa dan mahasiswi, pengkaji
dapat mengetahui dengan lebih mendalam kerana ada yang mengetahui dan membaca
bahan bacaan indie melalui soal selidik kami. Selain itu, pengkaji juga dapat mengetahui
bahawa pandangan mahasiswa terhadap bahan bacaan indie ini lebih kepada pandangan
negatif berbanding pandangan positif kerana bahan bacaan indie banyak memberi banyak
kesan yang kurang baik berbanding manfaat yang boleh diperolehi.

27
5.0 CADANGAN KAJIAN
(MALISSA IZZANI BINTI MD YAZID)
Kajian ini telah dijalankan untuk menyelidik serta menganalisis maklumat berkaitan bahan
bacaan Indie. Dengan cara ini kita dapat mengenal pasti persepsi mahasiswa terhadap bahan
bacaan indie dan penerimaan mereka terhadap penulisan bebas. Hal ini untuk dijadikan
contoh dan iktibar, serta penyedaran tentang isu agama dan bacaan Indie dalam kalangan
mahasiswa di negara kita. Penyelidikan ini juga membolehkan pengenalpastian isu-isu
membaca bahan-bahan Indie dalam masyarakat Islam masa kini. Berikut adalah antara
cadangan cadangan untuk membantu memperbaiki isu bacaan bebas dalam kalangan
mahasiswa. :-
1. Mewajibkan penerbit untuk meletakkan label “Untuk Pembaca Matang” sebagai
amaran kepada pembaca sebelum membaca dan membeli bahan bacaan bebas.
2. Mengawal kandungan yang dipamerkan di sosial media dan media massa dimana
unsur unsur negatif seperti lucah, keganasan atau pendapat politik yang melampau
dapat dikawal secara efektif.
3. Mewujudkan lebih banyak bahan bacaan yang menepati standard bacaan arus perdana
yang menarik minat pembaca-pembaca terutamanya mahasiswa agar dapat
mengurangkan pembacaan bahan indie yang tidak terkawal.
4. Minat mereka yang semakin meningkat untuk membaca buku-buku Indie kerana kos
yang rendah dan akses mudah serta keluaran cepat berbanding kesusasteraan arus
perdana. Maka penerbit harus merendahkan harga runcit (retail) buku-buku arus
perdana serta untuk mengeluarkan “e-book” agar dapat menarik minat pembaca muda
beralih dari bahan bacaan Indie kepada bacaan arus perdana.
5. Mempromosi buku-buku “non-indie” di laman sosial seperti televisyen radio atau di
papan-papan iklan.
6. Mengenakan “age conformation” fetur (pengesahan umur) sebelum melawati mana-
mana laman sesawang buku-buku indie.

28
6.0 RUMUSAN
(MALISSA IZZANI BINTI MD YAZID)

Dengan persona umum karya Indie Melayu seperti novel, cerpen, dan puisi dalam aliran
media sosial seperti Facebook dan Twitter, ramai pengkritik yang terbelah bahagi antara
mengutuknya sebagai pemusnah bahasa Melayu dan memujinya sebagai langkah kreatif
untuk menghidupkan semula tabiat membaca semakin pupus dalam kalangan generasi alaf
baharu. Golongan penulis “Indie” menulis novel, cerpen, atau puisi berdasarkan pendapat
sendiri dalam bahasa yang tidak menepati piawaian Dewan Bahasa Pustaka.

Karya-karya ini sememangnya telah membangkitkan semula trend pembacaan di kalangan


generasi muda, dan mereka dikreditkan dengan memberi nafas baharu kepada kesusasteraan
Melayu, kerana kesusasteraan Melayu arus perdana yang semakin canggih semakin tidak
dapat dicapai oleh masyarakat umum.

Namun begitu, penggunaan bahasa melayu tidak diterapkan secara serius dalam buku-buku
indie membuatkan pelbagai tokoh-tokoh bahasa tidak berpandang positif terhadap penulis
dan pembaca indie. Oleh kerana pembacaan buku indie adalah kebiasaan khalayak ramal dan
tidak dapat dihentikan sepenuhnya, kita boleh mengeluarkan alternatif lain dimana kita
meninggikan syarat-syarat untuk menerbit buku sebagai contoh, ISBN, singkatan kepada
“International Standard Book Number (ISBN).” Dimana untuk mendapatkan nombor ISBN,
seseorang itu harus memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Perpustakaan Negara.

Dengan cara ini penggunaan bahasa melayu dalam buku buku sastera akan lebih berkualiti
serta penggunaan bahasa melayu akan dimustahakkan . Terdapat kira-kira 7,000 bahasa yang
dituturkan di seluruh dunia. Walaupun bahasa berkongsi banyak ciri, setiap satu adalah
berbeza, dari segi struktur dan cara ia mencerminkan budaya orang yang bercakap itu. Maka,
buku-buku dipasarkan dan diluar pasaran adalah sumber bacaan untuk warga negara kita,

29
seharusnya mengeluarkan buku bacaan yang berfaedah dan bermaklumat agar legasi
penggunaan bahasa tidak akan dilupakan anak bangsa terutama dalam kalangan mahasiswa.

RUJUKAN
Hezry, K. (24 July, 2011). Obses Membeli Buku. Apa Pandangan Islam? Retrieved from Goodreads
Malaysia discussion: https://www.goodreads.com/topic/show/614082-obses-membeli-
buku-apa-pandangan-islam
IKIM. (26 July, 2017). Retrieved from https://ikim.my/penyakit-lalai/: https://ikim.my/penyakit-lalai/
latifah. (18 January, 2016). Karya Indie abai nilai bahasa. Retrieved from Berita Harian:
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/01/115468/karya-indie-abai-nilai-bahasa
Muhamad Faisal Ashaari, M. F. (17 December, 2018). Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/330170430_Tarikan_terhadap_Buku_Indie_dala
m_Kalangan_Pembaca_Muda_di_Malaysia_Attraction_to_the_Indie_Book_among_Young_R
eaders_in_Malaysia:
https://www.researchgate.net/publication/330170430_Tarikan_terhadap_Buku_Indie_dala
m_Kalangan_Pembaca_Muda_di_Malaysia_Attraction_to_the_Indie_Book_among_Young_R
eaders_in_Malaysia
Pauzi, N. S. (2022). pengertian islam. In N. S. Pauzi, Prinsip Asas Islam (p. 3). Seremban: UiTM
Kampus Seremban, Negeri Sembilan.
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/01/115468/karya-indie-abai-nilai-bahasa

https://selangorkini.my/2021/05/karya-genre-indie-pupuk-budaya-membaca-generasi-muda/

https://www.bernama.com/bm/rencana/news.php?id=1958433

https://www.researchgate.net/publication/330170430_Tarikan_terhadap_Buku_Indie_dalam_K
alangan_Pembaca_Muda_di_Malaysia_Attraction_to_the_Indie_Book_among_Young_Readers_in
_Malaysia

https://iluminasi.com/bm/5-penerbit-buku-indie-alternatif-paling-cemerlang-di-malaysia.html

https://www.goodreads.com/list/show/27279.Buku_Fixi_Terbaik

https://www.astroawani.com/gaya-hidup/9-fakta-menarik-mengenai-buku-fixi-57858

https://ikim.my/penyakit-lalai/

30
7.0 LAMPIRAN

31
32
33
34
35

Anda mungkin juga menyukai