Anda di halaman 1dari 38

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

MALAYSIAN INSTITUTE OF AVIATION TECHNOLOGY

MPU 3333

ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM DI MALAYSIA

AJARAN SESAT DAN ANCAMAN TERHADAP AGAMA DAN NEGARA

WAN TERMIZI BIN WAN MOHAMAD

1. NAJMAN ARIF BIN NASRUDDIN - 4XBAV1 - 53213118476

2. MOHAMMAD FAEEZ BIN MOHAMMED JOHARI - 4XBAV1 - 53213118485

3. MUHAMMAD NAIM BIN ZAKARIA-4XBAV1 - 53213118481

4. UZAIR IZZKHAN BIN ZULKAPLI - 4XBAV1 - 53213118540

5. ZAL HAZIM BIN ROSLI - 4XBAV1 - 531213118539

JANUARI 2019

i
MUKADDIMAH

Mutakhir ini, fenomena kemunculan ajaran sesat seringkali berlaku di seluruh

Malaysia. Kewujudan ajaran sesat berlaku sejak dahulu kala hingga ke zaman kini tanpa

mengira masa, tempat dan keadaan. Paparan mengenai isu ajaran sesat kebanyakannya

didedahkan oleh pihak media secara terbuka bahkan ada yang tersebar secara tertutup melalui

media massa. Lebih membimbanghkan, ajaran sesat ini merupakan satu ancaman bahaya ban

sahaja terhadap agama Islam itu sendiri malahan juga memberi satu ancaman terhadap negara

kita.

Isu ajaran sesat bersifat subjektif dan telah diteliti oleh Jabatan Agama Islam di

Negara ini sebagai satu ancaman terhadap kita. Sebagai muslimin dan muslimat pula, kita

memerlukan penjelasan dan maklumat terperinci sebagai penanda dan langkah pencegahan

agar kita tidak terjebak dengan ajaran sesat. Sepertimana yang telah dibincangkan dalam Al-

Qur’an Al Karim, Allah s.w.t telah mengingatkan kita tentang bentuk kesesatan dari pelbagai

sudut iaitu ajaran sesat mampu menjadi ancaman terhadap agama Islam, juga mampu

menjurus kepada ancaman negara.

Statistik di negara kita menunjukkan peningkatan gejala ajaran sesat ini kian

meningkat saban tahun. Justeru, pelbagai langkah perlu diberi penekanan dalam menghindar

dari ajaran sesat supaya nama baik agam Islam tidak tercemar.

i
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, dengan penuh kesyukuran ke hadrat ilahi serta limpah dan kurnianya,

dapat kami menyelesaikan tugasan kerja khusus inidengan penuh jayanya. Kami menjulang

sepenuh penghargaan kepada Ustaz Wan Termizi bin Wan Mohamad, Pensyarah Mata

pelajaran Isu-Isu Islam Kotemporari, atas kesudian beliau memberi tunjuk ajar mengenai

tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan

tugasan ini berlaku secara langsung mahupun secara tidak langsung.

Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak

membantu kami secara langsung aatau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan

tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan

tugasan yang bertajuk Ajaran Sesat dan Bahaya Terhadap Agama dan Negara.

Sejajar dengan anjakan paradigm dalam era globalisasi ini, begitulah dominannya

peranan mahasiswa khususnya bakal pemimpin masa hadapan untuk merungkai pelbagai nilai

dari peninggalan tokoh pahlawan terdahulu di negara ini. Padadewasa kini, pelbagai

pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah jugaa pembangunan dalam

bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa

mengenang jasa tokoh pahlawan terdahulu yang banyak berjasa kepada Negara ini.

ii
Mukadimah i

Penghargaan ii

Isi Kandungan iii

1.0 Pengenalan 1

1.1 Maksud Ajaran Sesat 1

1.1.1 Dari Sudut Bahasa 1

1.1.2 Dari Sudut Pandangan JAKIM 2

1.2 Sejarah Ajaran Sesat 3

2.0 Faktor Kemunculan 5

2.1 Jahil Ilmu Agama 5

2.2 Aqidah Yang Rapuh 6

2.3 Lemah Spiritual 7

2.4 Mudah Terpengaruh 7

2.5 Teruja Dengan Ilmu Kerohanian 8

2.6 Mengambil Jalan Mudah 8

2.7 Penguatkuasaan Yang Lemah 8

2.8 Tidak Prihatin 9

2.9 Pengaruh Luar 9

3.0 Ciri-ciri Ajaran Sesat 10

3.1 Ajaran Bertentangan Dengan Islam 10

3.2 Berunsurkan Perkara Ghaib 11

3.3 Memperagungkan Ajaran Sesat 12

3.4 Mengutamakan Akal berbanding Hukum Dan Fatwa 13

3.5 Menjalankan Ajaran Secara Rahsia 14

3.6 Bersikap agresif dan berlebihan 15

3.7 Menolak Hadis 16

4.0 Bentuk-bentuk Ajaran Sesat 17

iii
4.1 Ajaran Sesat Berorganisasi 17

4.2 Ajaran Sesat Tidak Mempunyai Organisasi 17

4.3 Ajaran Sesat Melalui Media 17

5.0 Bahaya Terhadap Agama 18

5.1 merosakkan Aqidah Insan 18

5.2 Syirik 19

5.3 Kufur 20

5.4 Murtad 22

5.5 Masa Terbuang Dengan Aktiviti Tidak Berfaedah 24

5.6 Hukuman ke Atas Orang Murtad 25

6.0 Bahaya Terhadap Negara 26

6.1 Pengenalan 26

6.2 Minda Tertutup Dan Dikongkong 27

6.3 Kehidupan Tidak Stabil 27

6.4 Tanggungjawab Terabai – Runtuhnya Institusi Kekeluargaan 28

6.5 Mengancam Keselamatan Negara 29

6.6 Menggugat Kestabilan Politik dan Ekonomi Negara 30

7.0 Langkah-langkah Menangani Ajaran Sesat 32

Rujukan 33

iv
1.0 PENGENALAN

1.1. MAKSUD AJARAN SESAT

1.1.1 Dari Sudut Bahasa

Menurut bahasa bermaksud segala sesuatu yang diajarkan, nasihat, petunjuk, teori, mazhab

atau hukuman (Kamus Dewan 2007: 20). Sesat dari sudut bahasa bermaksud tidak mengikut jalan

yang betul, tersalah atau tersilap jalan, terkeliru atau menyimpang dari jalan yang benar (Kamus

Dewan 2007: 1478). Kombinasi perkataan “ajaran sesat” menurut Kamus Dewan bermaksud ajaran

yang terpesong daripada akidah atau syariat agama Islam (Kamus Dewan 2007).

1.1.2 Dari Sudut Pandang JAKIM

Menurut Panel Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

(JAKIM) (JAKIM 2010: 3), ajaran sesat bermaksud ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang

Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa ajarannya berdasarkan kepada ajaran Islam atau

didakwa tidak bertentangan dengan prinsip ajaran Islam tetapi pada hakikatnya ajaran atau amalan

tersebut bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sentiasa menjadikan Al-Qur’an dan As-

Sunnah sebagai rujukan. Menurut Engku Ahmad Zaki Engku Alwi (2007: 26), ajaran sesat bermaksud

sebarang ajaran atau amalan yang didukung oleh orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan

Islam yang mendakwa ajaran dan amalan itu berdasarkan pada ajaran Islam, sedangkan pada

hakikatnya ajaran dan amalan itu bertentangan dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah, bercanggah dengan

akidah Islam dan berlawanan pula dengan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah.

1
Berdasarkan kepada definisi yang dikemukakan dan bersesuaian dengan situasi di Malaysia,

maka ajaran sesat didefinisikan sebagai sebarang ajaran yang dibawa oleh orang Islam atau bukan

Islam serta mendakwa ajaran tersebut berpandukan ajaran Islam. Namun, apabila diteliti ternyata

ajaran tersebut bertentangan dengan sumber utama Islam iaitu Al-Qur’an, As-Sunnah, ijma dan qiyas

serta bercanggah dengan pegangan atau pandangan ASWJ dari sudut akidah, syariat dan akhlak.

2
1.2. SEJARAH AJARAN SESAT

Ajaran sesat telah wujud sejak awal kemunculan agama Islam di mana wujud kelompok-

kelompok yang dipimpin oleh individu-individu yang mengaku sebagai nabi, wali dan sebagainya.

Menurut Abu Al-Sa’ud iaitu dalam penulisan Engku Ahmad Zaki 2007: 29-35, terdapat 11 orang

individu yang memimpin ajaran sesat sejak zaman Rasulullah SAW dan zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin

atau zaman awal Islam. Daripada 11 kelompok, 3 daripadanya muncul pada zaman Rasulullah SAW

iaitu kelompok yang dipimpin oleh Al-Aswad Al-Unsi (11 H) daripada Bani Madlaj, Musailamah Al-

Kazzab (11 H) daripada Bani Hanifah dan Tulaihah Bin Khuwailid (w. 21 H) daripada Bani Asad.

Sebanyak tujuh kelompok yang muncul pada zaman Sayidina Abu Bakar As-Siddiq.

Antaranya ialah kelompok yang dipimpin oleh Uyainah Bin Hasan daripada kabilah Fazarah, Qurrah

Bin Salamah Al-Qusyairi daripada kabilah Ghatafan, Al-Fuja’ah Bin Abdul Yalil (11 H) daripada

kabilah Bani Sulaym, Malik Bin Nuwairah (12 H) daripada kabilah Bani Yarbu’, Sajah Binti

AlMundhir (55 H) daripada kabilah Bani Tamim, Al-Ash’ath Bin Qais (40H) daripada kabilah

Kindah dan Al-Hatam Bin Zaid daripada kabilah Bani Bakr.

Kesemua tujuh kelompok ini telah dibanteras dan diperangi oleh Sayidina Abu Bakar As-

Siddiq RA. Kelompok yang ke-11 muncul pada zaman Sayidina Umar Al-Khattab (23 H). Kelompok

yang sesat dan menyeleweng daripada Islam ini dipimpin oleh Jabalah Bin Al-Ayham (20 H) daripada

kabilah Ghasan. Secara umum, kesemua kelompok yang sesat dan menyeleweng daripada Islam ini

telah dibanteras dan diperangi oleh para Khulafa’ Ar-Rasyidin. Inilah antara tanggungjawab para

pemimpin umat demi menjaga agama Allah SWT. Sekiranya diperhalusi, kebanyakan ajaran sesat dan

menyeleweng daripada Islam yang muncul selepas Nabi Muhammad SAW adalah dengan dakwaan

sebagai nabi atau rasul. Ini kerana masyarakat Arab melihat dakwaan sebagai nabi atau rasul adalah

sebagai bentuk baharu dalam mendapatkan pengikut dan kedudukan.

3
Sebagaimana yang dimaklum, masyarakat Arab hidup dalam kelompok dan kabilah. Ketua

atau pemimpin kelompok atau kabilah biasanya individu yang paling berpengaruh kedudukannya

sama ada dari keluarga terhormat, ternama dan berharta. Justeru, dakwaan sebagai nabi ketika itu

dilihat sebagai bentuk baharu dalam mendapatkan pengikut dan kedudukan. Ajaran sesat telah mula

dikesan bergerak di Malaysia sebelum tahun 1950an lagi. Kebanyakan ajaran sesat bergerak secara

senyap-senyap atau tanpa disedari menyebabkan ia sukar dikesan dan dibanteras oleh pihak berkuasa

agama dengan lebih awal.

Ajaran sesat dipercayai dibawa masuk oleh penganut dari negara-negara asal lalu timbulnya

ajaran sesat tersebut atau rakyat tempatan yang kembali semula ke Malaysia setelah belajar atau

menetap di luar negara. Munculnya ajaran sesat di negara ini disebabkan beberapa faktor. Antaranya

disebabkan wujud golongan musuh-musuh Islam yang ingin meruntuhkan ajaran Islam dengan

mengubah, menyeleweng dan merosakkan ajaran Islam. Musuh-musuh Islam tidak akan duduk diam

dan mereka sentiasa berusaha menghapuskan Islam.

4
2.0. FAKTOR KEMUNCULAN

Jika dikaji masyarakat Islam di negara ini, kita dapat menyimpulkan punca yang membawa

kepada lahirnya pelbagai jenis ajaran dan amalan sesat pada umumnya adalah berpunca dari dua

faktor utama iaitu faktor individu dan faktor luaran. Selain itu terdapat beberapa faktor fenomena

kemunculan ajaran sesat di negara kita. Antaranya ialah:

2.1. Jahil Ilmu Agama

Zaman ini adalah satu zaman yang menjelaskan lagi kejahilan manusia. Ilmu tentang agama

semakin lama semakin tipis dengan kehilangan para cendekiawan dan ilmuwan agama. Sebahagian

besar umat Islam selesa dengan cara hidup mereka. Budaya hedonism semakin menjadi-jadi.

Akibatnya, tanggungjawab memahami agama dilupakan. Ilmu asas fardhu ‘ain; seperti aqidah,

syari‘ah dan akhlak dipinggirkan. Manakala ilmu keduniaan materialistik diutamakan. Kemuncaknya,

muncul masyarakat yang jahil tentang agama tetapi sensitif dengan isu-isu agama. Dengan ini, ramai

yang membuat tafsiran dan kesimpulan yang bebas dalam agama. Fenomena ini secara tidak langsung

menjadi faktor kemunculan ajaran sesat atau menyeleweng.

5
Kejahilan terhadap sumber utama ajaran Islam jua telah mendorong seseorang itu

mempelajari Islam dari sumber yang tidak wajar. Sehingga ia membuat kesimpulan dan membina

kefahaman yang salah tentang Islam. Hasil dari kesilapan itu diajarkan pula kepada orang lain.

2.2. Aqidah Yang Rapuh

Apabila kejahilan menguasai hidup, manusia sanggup menjadi musuh terhadap apa yang tidak

diketahuinya. Ilmu aqidah kurang mendapat perhatian. Tetapi isu berkaitan dengannya diberi

tumpuan. Akhirnya, kita hanya juara dalam perbualan sahaja. Sedangkan penguasaan ilmu aqidah

tidak sampai ke mana. Dalam penyelidikan, hanya beberapa orang sahaja yang benar-benar

memahami aqidah Islam. Faktor ini menyebabkan pegangan aqidah menjadi longgar dan rapuh.

Akhirnya seseorang terjerumus ke dalam ajaran sesat atau menyeleweng.

6
2.3. Lemah Spiritual

Selain itu, tenaga spiritual yang lemah juga turut menjadi faktor terjerumusnya seseorang ke

dalam ajaran sesat. Sebahagian besar umat Islam kini kurang mengambil berat tentang spiritual.

Penekanan bacaan Al-Quran, zikir, dan wirid semakin berkurangan. Manakala solat-solat sunat

diendahkan begitu sahaja. Amalan-amalan sunat pula dipandang sebelah mata. Akhirnya hati menjadi

kering dan jiwa menjadi kosong menjadi tandus. Justeru, tidak hairanlah jika mereka yang berjiwa

lemah mudah terpengaruh dengan ajaran sesat.

2.4. Mudah Terpengaruh

Tidak dapat dinafikan bahawa orang yang rapat seperti saudara-mara dan rakan-rakan juga

turut menjadi faktor terjerumusnya seseorang dengan ajaran sesat. Imam At-Tarmizi meriwayatkan

bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“ Agama seseorang itu berada di bawah pengaruh temannya. Maka hendaklah dilihat siapa yang

menjadi temannya .”

Keterangan lain menjelaskan bahawa jika kita bersahabat dengan orang yang kotor, kekotoran

seseorang itu turut terpalit kepada kita. Dan jika kita bersahabat dengan penjual minyak wangi, maka

kewangian itu juga turut mewangikan kita. Justeru, hati-hati memilih orang yang mendampingi kita.

Ambillah kebaikan darinya dan jangan sesekali terpengaruh dengan kejahilan yang terhasil dari

fahaman dan tingkah laku mereka.

7
2.5. Teruja Dengan Ilmu Kerohanian

Manusia lazimnya dilengkapi dengan unsur spiritual dan cenderung mendalami ilmu

kerohanian. Kemajuan spiritual manusia bergantung kepada pengisian yang dilakukan oleh seseorang.

Jika rohani manusia diisi dengan pendidikan agama yang benar ia akan menambah nilai kemanusiaan

itu sendiri. Islam ternyata menyediakan cara hidup yang holistik dalam membentuk kerohanian yang

lengkap dan sekaligus melahirkan modal insan yang kuat pegangannya. Namun, jika kerohanian

seseorang diisi dengan pengisian yang salah menyebabkan jiwanya menjadi lemah dan tidak tenteram.

Justeru, pengisian jiwa memerlukan elemen yang sejajar dengan tuntutan agama.

2.6. Mengambil Jalan Mudah

Kebanyakan manusia hari ini mengambil jalan mudah dalam memahami agama. Mereka

sengaja memilih pendapat yang paling mudah dalam menegakkan pendapat dan amalan mereka.

Sebenarnya, langkah seperti ini adalah sesuatu yang terlarang dalam mempelajari ilmu agama.

Kerana manusia hanya memilih sesuatu pendapat yang sepadan dengan hawa nafsu mereka sahaja.

Situasi ini menjadikan hawa nafsu sebagai cara hidup. Akhirnya turut menjadi faktor munculnya

ajaran sesat.

2.7. Penguatkuasaan Yang Lemah

Tiba masanya untuk kita menambah baik sistem perundangan Islam kita ke arah

memantapkan lagi pengurusan Islam di Malaysia. Khususnya dalam kes yang berkaitan dengan isu

ajaran sesat dan penyelewengan aqidah. Jelas bahawa hukuman RM 3,000, dan 5 tahun penjara, atau 6

kali sebatan sudah tidak relevan lagi dan perlu ditambah baik. Hal ini penting supaya penguatkuasaan

hukuman bukan hanya untuk menghukum, tetapi mendidik masyarakat, khususnya berkaitan dengan

ajaran sesat.

8
2.8. Tidak Prihatin

Sesetengah dari masyarakat kita tidak mengambil peduli dengan apa yang berlaku. Mereka

tidak peka dengan pendedahan yang dilakukan penguatkuasa agama ataupun media tentang sesuatu

ajaran sesat atau menyeleweng. Oleh yang demikian, masih terdapat segelintir rakyat Malaysia yg

mengikut ajaran sesat walaupun telah diambil tindakan oleh pemerintah dan dipapar media berkali-

kali dengan peratusan yang amat membimbangkan.

2.9. Pengaruh Luar

Perlu dititikberat bahawa musuh-musuh Islam seperti Yahudi, Kristian, Hindu dan lain-lain

sentiasa mencari langkah untuk menjatuhkankan Islam sama ada secara zahir mahupun tersembunyi.

Mereka menyebarkan beberapa propaganda, mencetuskan idea, aliran pemikiran dan mencetuskan

budaya semasa untuk menipiskan lagi jati diri umat Islam. Hal ini perlu dititikberatkan oleh

penguatkuasa agar identiti dan jati diri umat Islam terpelihara sepertimana yang diwarisi dari baginda

Nabi Muhammad s.a.w.

9
3.0 CIRI-CIRI AJARAN SESAT

Ajaran sesat mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Perkara ini amatlah penting bagi

memastikan masyarakat tidak terpedaya dengan aliran ajaran sesat yang semestinya bertentangan

dengan ajaran islam yang betul iaitu Ahli Sunnah Wal Jamaah.

3.1. Ajaran Bertentangan Dengan Islam

Semua ajaran sesat yang berlaku bertentangan dengan prinsip perundangan islam oleh kerana

tafsiran yang berasarkan hawa nafsu. Sesuatu ajaran akan tertolak apabila ajaran tersebut tidak selaras

dengan al-Quran, al-Sunnah, Ijma1 dan Qiyas2. Selain itu, ia juga alan diklasifikasikan sebagai ajaran

yang sesat. Terdapat contoh di mana individu mendakwa dirinya adalah nabi yang mendapat wahyu

daripada Allah SWT sedangkan ia bercanggah dengan penejelasan dari al-Quran yang mengatakan

bahawa Rasulullah SAW merupakan penutup bagi para nabi dan rasul3. Manakala terdapat juga ajaran

sesat yang mengatakan hanya pengikut tarekatnya sahaja yang dijamin akan ditempatkan ke syurga

memandangkan pemimpin mereka itu memegang kunci pintu syurga.

1
Ijma merupakan kesepakatan para mujtahid ke atas sesuatu hukum berdasarkan peristiwa selepas kewafatan
Rasulullah SAW.
2
Menurut bahasa Qiyas bermaksud mengukur manakala istilahnya adalah menyertakan dua perkara iaitu
perkara yang diqiyaskan dan diqiyasi dalam hukum syarak karena terdapat persamaan antara kedua-duanya.
3
Kemunculan Nabi palsu seperti Musaylamah al-Kazzab, Sajah, al-Aswad bin Yazid al-Ansi. Golongan Ahli
Sunnah sepakat secara ijma‘ bahawa sesiapa sahaja yang mengaku menjadi Nabi selepas kewafatan Nabi s.a.w.
adalah kafir lagi murtad (Abd al-Qahir al-Baghdadiyy, al-Farq Bayn al-Firaq , 1997, hlm. 302)
10
3.2. Berunsurkan Perkara Ghaib

Kebanyakkan ajaran sesat bergantung kepada bantuan selain daripada Allah SWT. Hal ini

termasuklah bantuan daripada jin, syaitan dan iblis. Perkara ini sudah jelas telah menyalahi prinsip

akidah sebagai umat islam di mana manusia hanya perlu meminta pertolongan daripada Allah SWT

bukannya dari jin, syaitan dan iblis. Walaupun umat islam harus percaya akan kewujudan makhluk

Allah yang lain, namun ini bukanlah alasan untuk menggunakan peluang ini untuk melakukan perkara

yang ditegah agama apatah lagi mensyirikkan Allah SWT apabila seorang individu ini bertuhankan

jin, syaitan dan iblis.

Para pemimpin ajaran sesat ini sanggup mengenepikan iman mereka dengan memuja makhluk-

makhluk ghaib ini dengan tujuan memperoleh kuasa yang luar kemampuan manusia. Hal ini termasuk

menggunakan perantaraan roh, jin, hantu dan syaitan. Tujuan utama mereka bertindak sedemikian

adalah untuk mendapatkan keyakinan dan mempengaruhi orang ramai. Akibat daripada pemujaan ini,

perkara yang luar biasa seperti membolehkan pengamal ini menghidupkan orang mati dan sebagainya

walaupun tidak menjaga ibadat dan amalan kepada Allah SWT. Selain itu, sesetengah ajaran sesat

juga memuja roh orang yang telah mati. Mereka memuja kubur keramat bagi meminta pertolongan.

Tindakan ini semestinya akan melibatkan sihir4 di mana perbuatan ini bermakna mereka ini

mensyirikkan Allah SWT.

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:-

4
Berdasarkan Surah al-Maidah ayat 72 : Allah berfirman yang bermaksud, “Nabi Isa A.S berkata, ‘Wahai Bani
Israil, sembahlah kamu akan Allah, Tuhan-ku dan tuhan kamu. Sesungguhnya sesiapa yang menyengutukan
Allah dengan sesuatu yang lain maka Allah haramkan ke atasnya syurga dan tempat menetapnya di dalam
neraka dan tiadalah bagi orang-orang yang zalim itu penolong’.
11
Maksudnya:

“Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah

dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan

melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang

dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.”5

Orang ramai yang terpedaya akan menganggap perkara ini sebagai ‘karamah’ yang merupakan

satu anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepada hambanya yang benar benar soleh dan warak.

Namun begitu, hakikatnya ia adalah istidraj6. Orang ramai yang terpedaya tidak faham akan

perbezaan karamah dan istidraj lalu terus terjerumus ke dalam ajaran sesat yang dibawa oleh kerana

taksub apabila melibat sesuatu yang di luar kemampuan manusia dapat dilakukan oleh pemuja

makhluk ghaib ini.

3.3. Memperagungkan pemimpin ajaran sesat

Majoriti pengikut ajaran sesat bersikap begitu fanatik terhadap pemimpin mereka sehingga

mencecah tahap di mana mereka menganggap taraf pemimpin mereka lebih tinggi daripada para nabi

dan rasul. Hal ini terjadi kerana pemimpin mereka ini dianggap sebagai wali dan memilih untuk

mentaati ajaran pemimpin mereka itu daripada ajaran yang disampaikan oleh nabi. Ketaksuban juga

timbul sehingga tidak dapat membezakan perbuatan yang melanggar hukum syarak dan akidah

sebagai umat islam. Pengikut ini secara membuta tuli mengikut ajaran walaupun pemimpin mereka ini

ternyata sentiasa melakukan larangan Allah SWT. Contohnya, pemimpin ajaran sesat ini dibolehkan

minum arak dan zina kononnya dijamin akan sentiasa mendapat keredhaan Allah SWT.

5
Riwayat al-Bukhari (2766)
6
Al-Jurjani dalam kitabnya al-Ta’rifat menyebut karamah ialah suatu kejadian luar biasa yang diberikan Allah
khusus bagi para hambaNya yang bertakwa dan soleh yang tidak disertai dengan dakwaan sebagai nabi. Begitu
juga tidaklah kepada yang tidak beramal dan beriman jika berlaku maka ia dinamakan istidraj. (IRSYAD AL-
FATWA KE-51: MAKSUD KARAMAH)
12
Sesetengah pemimpin ajaran sesat juga mewajibkan pengikutnya menginfakkan sebahagian harta

mereka bagi tujuan memperluaskan ajaran tersebut. Selain itu, para pengikut ajaran sesat juga dilarang

berguru dengan orang lain dengan alasan supaya dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada ajaran.

Larangan ini dilakukan bagi melindungi ajaran yang menyalahi syariat ini diketahui pihak lain.

3.4. Mengutamakan Akal berbanding Hukum Dan Fatwa

Aktiviti ajaran sesat secara asasnya berdasarkan kepada nafsu semata-mata. Mereka tidak

menjadikan ilmu islam sebagai asas dalam ajaran mereka. Mereka ini menentang hukum-hukum dan

hadis-hadis sahih menggunakan akalnya sahaja7. Situasi ini menjadikan kepercayaan atau tindakan

mereka tidak berlandaskan kepada sumber ilmu yang jelas. Penetapan hukum juga hanya bergantung

kepada akal bukan kepada sumber-sumber yang sahih seperti hadis dan al-Quran. Akibatnya, hukum

wajib, sunat, harus, haram dan makruh digubah mengikut hawa nafsu. Malah, hukum syariat juga

ditentang dan digunakan dengan sewenang-wenangnya asalkan memberi manfaat.

Contohnya, ajaran sesat Taslim8 yang diasaskan oleh Haji Muhammad bin Shafie ataupun

dikenali sebagai Haji Muhammad Matahri. Ajaran sesat ini bermula pada tahun 1870 di Kampung

Seronok, Pulau Pinang. Ajaran ini mempunyai ajaran yang pelik di mana ibadat seperti solat dan

puasa dilakukan melalui niat sahaja. Manakala perbuatan bagi ibadah tersebut tidak perlu dilakukan.

Hal ini secara tidak langsung dilihat bercanggah dengan cara ahli Sunnah Wal Jamaah di mana niat

dan perbuatan hendaklah dilakukan bagi melengkapkan ibadah solat dan puasa.

7
Berdasarkan hadis sahih yang diriwayatkan oleh Sayyidatina Aisyah: ‘Barangsiapa yang melakukan rekacipta
(tokok tambah) dalam urusan kami maka ia tertolak’.
8
Berdasarkan seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [Enakmen No. 10/2003],
Jawantankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar, mengeluarkan Fatwa berikut: Ajaran Taslim
adalah ajaran sesat. Adalah dihukumkan haram bagi orang-orang Islam melibatkan diri dengan ajaran tersebut.
Mana-mana orang Islam yang terlibat boleh menjadi murtad dan hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut
dan bertaubat.
13
3.5. Menjalankan ajaran secara rahsia

Salah satu ciri ajaran sesat yang paling ketara adalah rahsia9. Tempat berkumpul yang terpencil

dan jauh dari orang ramai adalah bukti yang jelas. Mengapa mahu melakukan dakwah mereka di

tempat yang tersorok dan jauh dari orang ramai melainkan apabila melakukan sesuatu yang melanggar

peraturan dan sebagainya. Selain melakukan ajaran di tempat yang terpencil, sesetengah kumpulan

ajaran sesat juga turut melakukan pelbagai aktiviti bagi menutup aktiviti mereka.

Di samping itu, pengikut dan pengamal ajaran sesat juga kebiasaanya mempunyai tali

persaudaraan mahupun orang sekeliling yang terdekat. Pengikut ajaran sesat juga kadang-kala diugut

supaya tidak mendedahkan ajaran tersebut jika tidak mahu ditimpa bala. Dengan menggunakan

kaedah ini, pemimpin dapat mengawal pengikut mereka dengan lebih mudah.

Selain itu, kaedah ini juga dapat mengelakkan ajaran sesat ini diketahui orang awam sehingga

boleh melibatkan pihak berkuasa. Dalam erti kata lain, mereka ini takut untuk menyampai ajaran

secara terbuka kepada masyarakat kerana pada hakikatnya sesetengah pemimpin ajaran sesat ini

hanya mahu menggunakan pengikutnya bagi memberi manfaat kepada dirinya.

9
Y.B S.S Dato’ Hj.Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus:
‘‘Sehingga kini hampir setiap buah negeri di Malaysia ini terdapat ajaran-ajaran yang disebarkan secara senyap-
senyap. Sebahagian kumpulan ajaran sesat ini yang didalangi oleh sesetengah individu atau puak tertentu telah
berjaya bertapak dan mendapat sambutan daripada sesetengah golongan yang jahil setelah melakukan dakyah
secara rahsia.’’
14
3.6. Bersikap agresif dan berlebihan

Di samping itu, ajaran sesat juga menganggap fahaman, kepercayaan dan amalan mereka sahaja

yang benar. Keyakinan ini bertambah lagi apabila melihat pemimpin mereka mampu melakukan

sesuatu perkara yang luar biasa.

Sedangkan seperti yang diterangkan sebelum ini, pemimpin ajaran sesat ini menjadikan istidraj

atau sihir sebagai medium untuk mengaburi mata pengikut mereka. Melaui medium ini, pemimpin

ajaran sesat ini dapat menambahkan keyakinan pengikut akan ajaran yang dipilih sehingga

menganggap amalan atau kepercayaan mereka sebagai satu perjuangan. Sesetengah pengamal ajaran

sesat ini mengkafirkan haluan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menuduh haluan yang benar ini sebagai

bidaah10. Terdapat juga golongan sesat yang merasakan bahawa mereka ini merupakan Ahli Sunnah

Wal Jamaah yang betul.

Antara contohnya ialah Ahli Hadis, Ahli Sunnah dan Salafiyyah. Apabila kita melihat nama

golongan ini membawa maksud dan kedengaran baik, pada hakikatnya mereka ini golongan yang

sesat dan mesti dijauhi oleh semua umat islam. Hal ini kerana golongan ini menentang aqidah Ahli

Sunnah Wal Jamaah yang berlandaskan Asyairah dan Maturidiyah. Selain itu, mereka juga menetang

ajaran empat mazhab utama iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali.

3.7. Menolak hadis

Para ulama telah bersepakat mengatakan hadis merupakan sumber umat islam kedua yang

terpenting selepas al-Quran. Umat islam juga harus percaya pada hadis yang disampaikan oleh

Rasulullah SAW. Namun begitu, umat islam haruslah mengikut hadis yang sahih. Memang tidak

dapat dinafikan terdapat banyak juga hadis yang tidak sahih. Namun itu bukanlah alasan bagi kita

10
Berdasarkan Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Imam at-Tirmizi yang bermaksud : ''Dan jauhilah oleh kamu
perkara-perkara yang baru diadakan, kerana tiap-tiap perkara yang baru diadakan itu adalah bid'ah, dan tiap-tiap
bid'ah itu adalah sesat.''
15
untuk turut menolak hadis yang sahih. Munculnya golongan anti hadis11 yang sentiasa cuba

mempertikai, menolak serta meragui hadis yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW walaupun

kesahihan hadis tersebut telah dibuktikan.

Maksudnya :

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka

menjadikan engkau hakim dalam apa-apa perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian

mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan,

dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Surah al-Nisa': 65)

Berdasarkan ayat di atas, sebagai umat islam kita haruslah menjadikan Rasulullah SAW

sebagai rujukan. Penolakan hadis-hadis sahih daripada Rasulullah SAW juga bermaksud menolak

ajaran yang dibawa oleh baginda. Hal ini akan membawa kepada kesesatan malah lebih teruk boleh

terbatal iman seseorang yang menentang hadis itu sebagai islam.

11
Sejarah telah merakamkan golongan yang mempertikaikan hadis ini telah bermula semenjak daripada zaman
sahabat lagi dan berkembang pada zaman tabi’in kemudiannya menular pada zaman Khalifah Umar bin Abdul
Aziz (63H-101H) dan seterusnya pada zaman Imam as-Syafi’i (150H-204H).
16
4.0 BENTUK-BENTUK AJARAN SESAT

4.1. Ajaran sesat berorganisasi

Ajaran sesat yang mempunyai organisasi merupakan kumpulan yang kuat. Bentuk ajaran ini

mempunyai pengikut yang ramai. Selain itu, kumpulan ini juga mampu bertahan dalam masa jangka

yang lama disebabkan oleh dana yang tinggi secara langsung mampu meluaskan pengaruhnya dengan

lebih luas. Usaha untuk menghapuskan bentuk ajaran ini dilihat amat sukar dilakukan oleh kerana

pengaruhnya maka ia memerlukan masa yang agak lama.

4.2. Ajaran Sesat tidak mempunyai organisasi

Ajaran yang tidak mempunyai organisasi menunjukkan keadaan di mana ajaran tersebut dipimpin

oleh seorang individu sahaja manakala yang lainnya adalah pengikut dalam jumlah yang kecil dan

terhad. Berlainan dengan ajaran sesat yang mempunyai organisasi, bentuk ajaran ini mudah

dihapuskan oleh kerana pengaruhnya yang sedikit dan hanya mempunyai seorang pemimpin. Jika

pemimpin tersebut dapat ditangkap, maka berkemungkinan besar ajaran sesat itu dapat dihentikan.

4.3. Ajaran Sesat melalui media

Memandangkan dunia sudah mencapai zaman teknologi, media juga turut dijadikan sebagai medium

untuk menyebarkan ajaran sesat kepada masyarakat. Hal ini termasuklah internet, cetakan dan banyak

lagi. Menggunakan cara ini, penyebaran ajaran yang sesat adalah lebih mudah lebih-lebih lagi di

laman sosial. Bagi masyarakat yang kurang berpengetahuan tentang hukum hakam agama, apabila

melihat perihal hukum hakam dimuat naik di laman sosial orang ramai terus mempercayainya tanpa

merujuk kembali pada laman web rasmi jabatan agama islam. Perkara seperti ini amat

membimbangkan kerana diyakini sedikit sebanyak merosakkan akidah umat islam.

17
5.0 BAHAYA TERHADAP AGAMA

Seiring dengan perkembangan ajaran sesat yang semakin banyak timbul, muncul persoalan

setakat manakah ajaran sesat memberi kesan kepada keislaman dan keimanan seseorang pengikut dan

pengasas ajaran tersebut mengakibatkan ancaman yang cukup besar kepada masyarakat dan negara

dalam pelbagai aspek yang akan juga menggugat agama Islam. Perkara ini harus diberikan perhatian

kerana ia melibatkan akidah yang memberi kesan pada masa depan seseorang dan umat Islam

keseluruhannya di dalam kehidupan dunia ini. Ini bukan sahaja berhubung kait dengan persoalan

kehidupan di dunia malah berkait dengan akhirat. Akidah juga boleh menentukan status sesebuah

negara dimana Islam mempunyai ketetapan akidahnya yang tersendiri.

5.1 Merosakkan Aqidah Insan

Individu yang terlibat dengan ajaran sesat akan menyebabkan aqidahnya tergugat dan lari

daripada landasan Islam yang benar. Kesannya, individu tersebut akan menjadi kufur, sesat dan lebih

buruk lagi jatuh murtad. Pengamal ajaran sesat wajib bertaubat dan kembali mengamalkan ajaran

Islam yang tulus. Jika tidak, gejala kerosakan aqidah juga akan menular. kajian yang dilakukan oleh

pakar menyimpulkan ajaran sesat menyebabkan kerosakan aqidah seseorang. Jika prinsip ajaran

agama islam yang benar bertindas dengan ajaran yang sesat, secara tidak langsung ia akan memberi

kesan terhadap ketulenan agama yang selama ini berpandukan al-Qur’an dan al-Sunnah. Apabila

manusia tidak lagi beriman dengan Allah dan Rasul- Nya termasuk mempercayai adanya kuasa-kuasa

ajaib yang lain selain dari Allah., hal ini akan menyebabkan murtad menjadi berleluasa.

18
5.2 Syirik

Syirik merupakan dosa yang paling besar yang dilakukan oleh seseorang manusia kepada Allah

SWT. Allah SWT tidak akan mengampuni dosa orang yang melakukan syirik. Allah SWT

berfirman:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik

mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain

dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa

yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah

melakukan dosa yang besar.”

Rasulullah (s.a.w) bersabda;

Maksudnya: "Dari Abi Bakrah katanya: Kami bersama dengan Rasulullah s.a.w. bersabda:

Bolehkah aku beritahu kalian apakah dosa yang lain besar. Baginda s.a.w. mengulangi soalan

tersebut tiga kali. Pertama, syirik kepada Allah SWT, kedua derhaka terhadap kedua ibu bapa,

dan ketiga bersaksi palsu. Ketika itu, Rasulullah s.a.w. sedang bersandar, lalu menegakkan

badannya untuk duduk seraya terus mengulangi sabdanya itu sehingga kami berkata (dalam hati)

mudah-mudahan Baginda akan diam (berhenti)."

19
Syirik dari segi Bahasa ialah menjadikan sesuatu sekutu dengan yang lain. Menurut Ibn

Manzur, syirik itu menjadikan Allah sekutu baginya dalam kerajaan Allah. al-Asfahani pula

mentakrifkan syirik sebagai menjadikan sesuatu kepada dua dan seterusnya.

Syirik dari sudut istilah pula terdapat dua pengertian yang berbeza iaitu; pertama, shirk akbar

yang merujuk kepada perbuatan menyekutukan Allah. Ia merupakan dosa yang paling besar;

kedua, shirk asghar ialah melaksanakan sesuatu perbuatan bukan kerana Allah seperti riya’, nifaq

dan sebagainya.

Dengan kata lain, syirik ialah perkataan yang digunakan sebagai lawan kepada tauhid atau

syirik ialah satu bentuk keyakinan yang mengakui adanya sekutu bagi Allah S.W.T. dalam

kekuasaanNya. Ini termasuk menyembah, mempercayai dan mengharapkan sesuatu selain Allah

SWT. Apabila seseorang itu telah syirik, maka tergugatlah keimanannya dan sekali gus membawa

kepada murtad terhadap Allah SWT.

5.3. Kufur

Definisi kufur dari segi bahasa ialah ingkar, berasal daripada perkataan al-kafr yang bererti

dindingan dan tutupan. Menurut Abu Faris, kufur itu berlawanan dengan iman. Perbuatan

menyembunyikan dan menutup kebenaran adalah maksud tersurat bagi kekufuran.

Kufur dari segi istilah pula bermakna keluar dan menyimpang dari landasan iman. Ini

bermaksud iman dan kufur adalah dua perkara yang berlawanan. Iman ialah pegangan iktikad yang

mutlak bahawa Allah SWT. adalah Pemilik, Pencipta dan Tuhan sekalian alam dan hanya Dia yang

berhak disembah, manakala kufur pula ialah menolak kebenaran Islam selepas menganutinya.

20
Kufur terbahagi kepada dua bahagian seperti iaitu:

1. Al-Kufr al-Asghar

Al-Kufr al-Asghar ialah perbuatan yang tidak akan menyebabkan individu yang melakukannya

terkeluar daripada Islam atau menjadi murtad, tetapi hanya dianggap melanggar hukum syarak.

Oleh sebab itu, dia akan diseksa di dalam api neraka. Sebagai contohnya, Rasulullah s.a.w. pernah

bersabda;

Maksudnya: “Dari Abu Hurayrah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang

menyetubuhi perempuan yang sedang haid atau menyetubuhi perempuan melalui duburnya

atau berjumpa dengan tukang nujum, kemudian mempercayainya, maka sesungguhnya dia

telah kufur dengan apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.."

2. Al-Kufr al-Akbar

Al-Kufr al-Akbar ialah perbuatan yang menyebabkan individu yang melakukannya murtad

dan dimasukkan ke dalam neraka dan kekal di dalamnya. Al-Kufr al-Akbar terbahagi kepada

lima bahagian:

i. Kufr Istikbar wa Iba’ iaitu kufur atas sebab kesombongan dan kebencian terhadap hukum

Islam seperti kufur Iblis.

ii. Kufr Takdhib iaitu kufur atas sebab mendustakan hukum syarak.

iii. Kufr I‘rad iaitu kufur kerana enggan menerima kebenaran Islam dan lari daripadanya.

iv. Kufr Nifaq iaitu menyembunyikan kekufuran tetapi memperlihatkan

v. Kufr Shakk iaitu kufur kerana syak tentang kebenaran Islam dan kurang yakin
21
terhadapnya.

5.4. Murtad

Murtad berasal daripada perkataan riddah daripada akar kata radda yang bermaksud

kembali dan dinamakan sebagai murtad kerana dia kembali kepada kekufuran. Menurut Ibn

Manzur, murtad itu ialah kembali kepada kufur setelah menerima Islam.

Murtad dari sudut istilah pula ialah keluar daripada Islam kepada kekufuran atau kufur

selepas Islam yang diikrarkan dengan lafaz dua kalimah syahadah serta patuh kepada hukum daripada

kedua-duanya. Al-Qalyubi pula menyatakan murtad sebagai memutuskan pegangan terhadap Islam

dengan niat atau dengan perkataan atau dengan perbuatan sama ada berupa persendaan, penghinaan

atau kepercayaan.

Al-Qur’an dan al-Hadith telah menegaskan dengan jelas berkenaandengan hukum murtad ke atas

seseorang Muslim.

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya

(agama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak

binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka,

kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).”

22
Ayat di tersebut menjelaskan bahawa seseorang Muslim yang telah murtad dan meninggal

dunia di dalam keadaan tersebut, segala amalannya yang baik yang dilakukan sepanjang hayatnya

akan menjadi sia-sia. Akibat daripada perbuatannya itu, dia akan dikekalkan di dalam api neraka

di akhirat kelak.29 Dalil daripada Hadith yang menyabitkan hukum murtad ialah sabda Rasulullah

s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas seperti berikut;

Maksudnya: “Ibn Abbas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang telah

menukarkan agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya.”

Hadith ini pula menerangkan bahawa orang yang telah menukarkan agamanya dengan

kembali kepada kekufuran akan dikenakan hukuman bunuh kerana perbuatannya itu.

Nas-nas di atas mengisyaratkan bahawa jenayah murtad merupakan satu jenayah yang

amat terkutuk di sisi Islam. Oleh sebab itu, Islam menetapkan hukuman bunuh kepada sesiapa

sahaja yang murtad atau keluar daripada agama Islam. Di dunia, dia akan dikenakan hukuman

yang paling keras iaitu hukuman bunuh dan di akhirat pula, dia akan dihumbankan ke dalam api

neraka buat selama-lamanya.

5.5. Masa Terbuang Dengan Aktiviti Tidak Berfaedah

23
Kebanyakan pengikut ajaran sesat menghabiskan masa mereka dengan aktiviti yang tidak

bermanfaat ataupun sia-sia. Mereka ternyata mempermainkan nikmat yang telah dianugerahkan oleh

Allah s.w.t. Antara aktiviti yang bertentangan dengan agama ialah seperti aktiviti pemujaan,

melakukan syirik, amalan khurafat dan seumpamanya.

Di samping itu, ibadat yang diperintahkan pula seperti solat, puasa dan lain-lain tidak

diendahkan. Bahkan ditinggalkan dengan begitu sahaja. Bagi mereka amalan ibadat itu hanya

ditentukan oleh ketua atau guru mereka sahaja. Ketaksuban mereka terhadap sesuatu amalan

menyebabkan mereka tidak terasa rugi walau meninggalkan suruhan agama. Sedangkan mereka tidak

sedar bahawa mereka menentang ketetapan agama dan tidak mensyukuri nikmat Allah SWT. Al-

Qur’an secara jelas memerintahkan kita supaya bijak menguruskan masa.

Firman-Nya:

Maksudnya:

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan

beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan

sabar.”-surah al Asr

5.6. Hukuman Ke Atas Orang Murtad

24
Murtad merupakan satu perbuatan yang amat kejam dan zalim di sisi Allah S.W.T. setelah

seseorang itu beriman kepada Allah SWT. dan beramal dengan petunjukNya. Akibatnya, seseorang

yang murtad dikenakan azab yang amat pedih di dunia dan juga di akhirat.

Islam telah menetapkan hukuman bunuh ke atas mereka yang murtad. Para ulama’ bersepakat

bahawa hukuman tersebut sabit ke atas orang murtad berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.

Maksudnya: “Ibn ‘Abbas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Sesiapa yang

telah menukarkan agamanya maka hendaklah kamu bunuhnya.”

Apabila seseorang itu telah disabitkan murtad, hukuman hudud tidak akan dijalankan serta

merta, sebaliknya hendaklah dipastikan terlebih dahulu keadaan dan sebab berlakunya murtad di

samping memerlukan sekurang-kurangnya dua orang saksi yang adil berhubung dengannya. Jika ia

berpunca daripada kekeliruan atau keraguannya terhadap Islam, maka pihak pemerintah hendaklah

menghantar alim ulama' untuk menerang dan menghilangkan keraguannya itu, iaitu dengan

mengadakan perbincangan dan memberi penerangan yang sesuai serta meyakinkannya berhubung

dengan kesucian agama Islam. Tetapi sekiranya murtad itu berlaku kerana sesuatu tujuan atau

matlamat keduniaan atau kerana memberontak, maka hukuman hudud boleh dijatuhkan ke atasnya

setelah diberikan tempoh yang cukup untuk dia menilai dirinya.

6.0 BAHAYA TERHADAP NEGARA

25
6.1 Pengenalan

Isu ajaran sesat bukan sekadar menjejaskan kepentingan agama tetapi turut menjejaskan

kepentingan negara. Kita tidak boleh memandang enteng tentang hal ini kerana ia boleh menjejaskan

keselamatan, ekonomi dan politik social negara. Banyak faktor yang harus kita pandang serius dalam

perkara ini jika ingin meneruskan kemakmuran dan kestabilan negara kita. Kita harus mewariskan

satu negara yang aman dan Makmur kepada generasi muda yang akan datang. Kita harus lindungi

negara kita dari sebarang ajaran yang menyeleweng yang boleh menjejaskan kestabilan negara kita.

Oleh itu ada beberapa kesan buruk yang boleh disimpulkan dari ajaran sesat terhadap negara ini.

Gambar 1 Kubu Kuat Ayah Pin

Ajaran ayah Pin merupakan satu contoh yang jelas bahawa ajaran sesat boleh memberi

ancaman terhadap negara. Kampung tersebut menjadi kubu kuat ajaran sesat mereka dan

menyukarkan pihak polis, pegawai agama untuk membendung masalah ini. Bayangkan jika ajaran ini

tersebar menjadi sebesar sebuah negeri. Ini sudah tentu akan mengakibatkan pegaduhan dan

menentangan yang hebat dari puak tersebut. Oleh itu ada beberapa kesan buruk yang boleh

disimpulkan dari ajaran sesat terhadap negara ini.

26
6.2 Minda Tertutup Dan Dikongkong

Seperti yang kita ketahui, ajaran sesat akan dipimpin oleh seseorang yang dianggap maksum

dan hanya menetapkan sesuatu berlandaskan ilmu mereka yang terhad. Ini berbeza dengan Rasulullah

S.A.W yang menerima wahyu dan menetapkan sesuatu berlandaskan Al-Quran. Tindakan dan

kelakuan pengikut ajaran sesat kebanyakannya tidak rasional. Sikap ini timbul hasil budaya fanatik

yang disemai oleh ketua atau pemimpin ajaran tersebut. Mereka menggabungkan fungsi akal dan

ajaran agama. Sebaliknya mentaati ajaran ketua melebihi segala-galanya. Hal ini menyebabkan fikiran

mereka tertutup dan benar-benar dikongkong. Mereka tidak berfikir tentang diri sendiri. Apatah lagi

untuk mengambil tahu hal ehwal keluarga, masyarakat dan negara. Ada juga arahan dan peraturan

yang tidak masuk akal yang ditetapkan oleh pemimpin ajaran sesat tetapi masih dipatuhi oleh

pengikut mereka yang terlalu taksub kepada pemimpin.

6.3 Kehidupan Tidak Stabil

Seseorang yang terlibat dengan ajaran sesat menjadikan hidupnya tidak seimbang antara

tuntutan di dunia dan di akhirat. Ini kerana penglibatannya itu menjadikan dirinya berada di

persimpangan dilema dalam mencari pegangan dan amalan hidup yang sebenarnya. Seseorang itu

akan merasa dirinya sentiasa di dalam dilemma dalam membuat sesuatu keputusan. Dia juga tidak

merasai nikmat hidup beragama dengan penuh ketenangan. Bahkan hidupnya terasa kosong tanpa

sebarang pengertian dan kesudahan. Masa banyak terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan

bertentangan dengan ajaran Islam seperti memuja dan melakukan amalan-amalan syirik serta

khurafat. Penglibatan dengan ajaran sesat membawa kepada pengabaian tanggungjawab sebagai

pelajar, suami, isteri, ibu, atau bapa.

27
6.4 Tanggungjawab Terabai – Runtuhnya Institusi Kekeluargaan

Apabila seseorang yang terlibat dengan ajaran sesat tidak mengendahkan tuntutan agama, dia

juga pastinya tidak mengambil berat tanggungjawabnya dalam menguruskan hal ehwal diri dan

keluarganya. Senario ini menjadikan pengurusan diri dan keluarganya terabai. Ini kerana mereka

terlalu taksub dengan agama yang dibawa oleh pemimpin ajaran sesat itu sendiri. Ini berbeza dengan

agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W yang mementingkan kehidupan berkeluarga

disamping menyebarkan syiar Islam. Pengabaian tanggungjawab diri dan keluarga menyebabkan

kehidupan mereka berantakan dan tidak stabil. Keretakan boleh berlaku di kalangan ahli keluarga

yang menganut ajaran sesat disebabkan perbezaan akidah dan rasa curiga sesama mereka. Keperluan

asasi anak isteri tidak dipenuhi dengan sebaiknya. Akhirnya membawa keruntuhan kepada institusi

kekeluargaan.

Allah SWT berfirman dalam surat Ar-Rum ayat 21:

‫ي كََِْٰ يِف َّ ِا َن ْةمَحرَ نِدَو َ ْيََ ُم َك ْزعج ِاْيَلِ ُِْ َس ُمَُِْ ْ َجْْ َزِ ْ َمكُ ِس ُم َك نِ َم ْ ُم َك َقل ْ َن ِ ِتِ َِ ْنِ َم‬
‫ُك َم َُْن ِْم َِ آق ٍ ِ آ‬

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu istri-istri dari jenismu

sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu

rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi

kaum yang berpikir. (Ar-Rum: 21)

28
6.5 Mengancam Keselamatan Negara

Seterusnya, ajaran sesat akan membuka ruang kepada daesh-daesh dari negara luar untuk

bertapak di Malaysia. Ia boleh menjejaskan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Mereka ini akan bertindak di luar kawalan dalam mempertahankan ajaran mereka. Ada mengikut

mereka yang sanggup mengorbankan diri mereka dengan membunuh orang yang tidak sependapat

dengan mereka. Ini boleh menimbulkan suasana tidak tenteram dan ketakutan ke atas masyarakat.

Kepatuhan membutatuli kepada pemimpin ajaran sesat memudahkan pengikutnya dipergunakan untuk

melakukan keganasan. Sikap fanatik penganut ajaran sesat terhadap kumpulan dan pemimpin mereka

menyebabkan mereka tidak menghormati masyarakat sekeliling. Ini menjejaskan perpaduan dan

keharmonian hidup dalam masyarakat Pelampau-pelampau ajaran sesat ini hanya memikirkan

bagaimana untuk mengembangkan ajaran mereka. Ini menyebabkan mereka akan bertindak di luar

kawalan seperti menyerang orang awam dan polis.

Sejarah mencatatkan bahawa fenomena kemunculan ajaran sesat mampu mengancam keselamatan

negara. Sebagai contoh:

 Pada 19 Ogos 1979, seramai 4 orang pengikut Ilmu Kasyaf pimpinan Hj. Kamaruddin atau

Abdullah Sani Kajang mati terbunuh dalam satu peristiwa di Kerling, Selangor.

 Pada 16 Oktober 1980, seramai 8 orang dari kumpulan ajaran sesat pimpinan Ahmad Nasir

Kemboja yang mengaku sebagai Imam Mahdi telah terbunuh setelah mereka menyerang dan

mencederakan anggota yang bertugas di Balai Polis Batu Pahat, Johor.

 Pada 7 Julai 1979, Tajul Ariffin yang mengaku dirinya Imam Mahdi telah mencederakan Hj.

Damanhuri Hj. Abdul Wahhab, Imam Masjid Rapat Setia, Ipoh, Perak.

29
Kesimpulannya, paparan fakta di atas membuktikan kepada kita bahawa tindakan kumpulan

ajaran sesat mengancam keselamatan negara. Maka pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu

membuat pemantauan terhadap kemunculan dan pergerakan mereka dari semasa ke semasa. Pihak

polis harus memberi perhatian terhadap kumpulan-kumpulan tersebut sebelum mereka menjadi besar

dan sukar dibendung. Orang ramai juga perlu bekerjasama dengan melaporkan aktiviti-aktiviti aneh

yang berklaku di tempat mereka kepada majlis agama Islam di negeri masing-masing. Negara tidak

stabil. Penglibatan dalam ajaran sesat akan mengancam perpaduan dan keharmonian masyarakat. Ini

boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi negara. Akibatnya negara terpaksa menghabiskan

banyak masa dan perbelanjaan untuk mengekalkan kestabilan negara.

6.6 Menggugat Kestabilan Politik Dan Ekonomi Negara

Sesebuah negara yang mengalami fenomena ajaran sesat berskala besar terpaksa menanggung

beberapa risiko politik dan ekonomi. Dalam bidang politik, sesuatu ajaran tidak ketinggalan

menjadikan tokoh politik tertentu sebagai sasaran mereka. Walaupun tidak secara langsung, pengaruh

terhadap tokoh politik sudah cukup untuk dijadikan ‘kubu’ atau perisai bagi mempertahankan ajaran

mereka dari diusik pihak tertentu.

Tokoh politik ini menjadi antara nadi utama dalam mempertahankan gerakan ajaran sesat

mereka. Dan apabila pihak pemerintah mengambil tindakan keras terhadap ajaran berkenaan maka

tokoh-tokoh pilitik yang dilihat menaungi mereka secara automatik terkena tempiasnya.

Apabila tokoh politik dalaman dilihat tidak lagi dapat membantu mereka, mereka akhirnya

menggunakan isu ‘murtad’ dan ‘hak asasi manusia’ sebagai cara terakhir untuk menyelamatkan

organisasi mereka. Cara ini kerap digunakan dan seringkali mendapat campurtangan antarabangsa.

Lantas menjadikan proses membendung ajaran sesat semakin sukar dan menggugat kestabilan politik

dalaman sesuah negara.

30
Manakala dari sudut ekonomi, negara pula terpaksa menghabiskan masa, tenaga dan

perbelanjaan yang banyak untuk menghapus sesuatu ajaran sesat. Tentunya ada pula golongan yang

menjadi mangsa. Negara juga akan menjadi mundur. Penglibatan dalam ajaran sesat menjadikan diri

seseorang tidak proaktif dan membuang masa. Perkara itu akan menjejaskan prestasi ekonomi negara

yang bergantung kepada sumbangan dan produktiviti individu

Faktor ketidakstabilan politik dan kekacauan setempat menyebabkan aktiviti ekonomi tidak

dapat dijalankan dengan baik. Wujudnya masyarakat yang tidak proaktif terhadap kegiatan ekonomi.

Pelabur asing pula khuatir untuk datang melabur. Situasi ini sekaligus merencatkan pertumbuhan dan

melemahkan prestasi ekonomi negara.

31
7.0 LANGKAH-LANGKAH MENANGANI AJARAN SESAT

1. Mendalami Ilmu islam yang sebenar. Dengan menghadiri kuliah agama di Masjid seperti ceramah

bulanan atau forum perdana, kita akan dapat mempelajari ilmu islam yang sebenar. Hal ini

kerana, penceramah juga merupakan Uztaz dan Uztazah yang bertauliyah.

2. Umat islam hendaklah turut berperanan dalam menunjukkan nilai Islam yang sebenar. Hal ini

kerana, dengan nilai yang baik dari umat islam sendiri merupakan cerminan yang terbaik bagi

menghindari sifat ingin mempelajari nilai Islam yang terpesong.

3. Penguatkuasaan tegas terhadap undang-undang. Pihak Kerajaan haruslah lebih tegas dalam

menangani hal ini. Malah tugas menanggani gejala ajaran sesat ini bukan sahaja terletak di atas

tangan Jabatan Agama Islam setempat tetapi memerlukan sokongan pihak Polis serta penduduk

setempat. Dengan ini, gejalan ajaran sesat ini dapat dibendung malah dapat dikawal dengan rapi.

4. Memperkasakan Pusat pemulihan akhlak. Pesakit yang terlibat dengan ajaran sesat amat

memerlukan kepada program pemulihan akidah secara khusus malah perlu dikawal rapi. Di

Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan Akidah Jelebu,

Negeri Sembilan dan Pusat Pemulihan Akidah Ulu Yam, Selangor dan ini perlu diperluaskan lagi

ke serata Malaysia. Secara tidak langsung, masyarakat setempat juga boleh membantu dalam

memulih kembali pesakit yang pernah terlibat dengan ajaran sesat.

32
RUJUKAN

1) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 2010. Penjelasan ciri-ciri utama ajaran sesat.

Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

2) Abdul Hamid@Yusoff Yunus. (2010). Asas rujukan dalam bidang akidah Islam. Putrajaya:

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

3) Engku Ahmad Zaki Engku Alwi. (2007). Ajaran sesat: Mengenali jalan yang terpesong.

Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd

4) Farahwahida Mohd Yusof. (2007). Aliran kepercayaan: Sejarah dan perkembangannya di

Malaysia. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

5) Nadzirah, 24 Julai 2015, IRSYAD AL-FATWA KE-51: MAKSUD KARAMAH,

http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1953-irsyad-fatwa-

ke-51-maksud-karamah.

6) Abdulrahman, 11 Oktober 2018, IRSYAD AL-FATWA #249 : HUKUM JUMPA TUKANG

SIHIR UNTUK UBATI SIHIR, http://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-

umum-cat/2656-irsyad-al-fatwa-249-hukum-jumpa-tukang-sihir-untuk-ubati-sihir

7) Ditulis oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, 6 Jun 2007, Tafsir Surah al-Maidah ayat 73:

Dosa syirik tidak diampun, http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita

/lama/2007/9/9604/tafsir-surah-al-maidah-ayat-73-dosa-syirik-tidak-diampun.html

8) DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, 7hb

November 2013, ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SEMBILAN)

2003 PEMBERITAHUAN FATWA PENYELEWENGAN AJARAN TASLIM,

http://www.muftins.gov.my/index.php/arkib2/himpunan-fatwa/169-fatwa-mufti-negeri-

sembilan/867-penyelewengan-ajaran-taslim-qadiani-syiah

33

Anda mungkin juga menyukai